27
HUBUNGAN ANTARA KOMPETENSI PENSYARAH DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

  • Upload
    others

  • View
    12

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

HUBUNGAN ANTARA KOMPETENSI PENSYARAH DENGAN

PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: HUBUNGAN ANTARA KOMPETENSI PENSYARAH DENGAN

PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap NO. 3456 TAMAN INDAH

73000 TAMPIN,N.SEMBILAN DR. NOORAINI BINTI OTHMAN

Nama Penyelia Tarikh : Tarikh: CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Lapuran Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

‘’ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Elektrik )’’.

Tandatangan : …………………………

Nama Penyelia : DR. NOORAINI BINTI OTHMAN

Tarikh :

Page 4: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

HUBUNGAN ANTARA KOMPETENSI PENSYARAH DENGAN

PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN

TESIS INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT

PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA

PENDIDIKAN

( KEJURUTERAAN ELEKTRIK )

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2009

Page 5: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab
Page 6: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

i

‘’ Saya akui karya ini adalah hasi kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya’’.

Tandatangan : …………………………

Nama Penulis : KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN

Tarikh :

Page 7: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

ii

Dipanjatkan kesyukuran buatNya yang mengizinkan segala sesuatu … … …

Teristimewa buat,

Ayahanda dan Bondaku yang disayangi,

Hj. Abdul Rahman Bin Md Yunus & Hjh. Zaharah Binti Darus,

Nasihat dan amanatmu yang menjadi pedoman.

Untuk abang, kakak-kakak dan adik

Kejayaan ini adalah kejayaan kita semua.

Untuk sahabat handai yang diingati,

Terima kasih atas segala pertolongan, nasihat dan dorongan

Serta perkongsian suka dan duka bersama.

Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan…

Semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

Insyallah…

Page 8: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

iii

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah

kurnia-Nya penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut

masa yang telah ditetapkan.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan jutaan

terima kasih buat penyelia projek sarjana muda saya, Dr. Nooraini Binti Othman

yang telah banyak membantu dengan penuh komited dalam membimbing,

menasihati, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh

penyelidikan ini dijalankan.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih ditujukan buat pelajar-pelajar tahun akhir

sesi 2008/2009 yang mengikuti kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal) yang terlibat sama dalam

memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam memastikan penyelidikan ini

berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada individu yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak dalam menjayakan projek penyelidikan ini. Semoga Allah S.W.T

yang membalas segalanya.

Page 9: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

iv

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan bertujuan untuk menentukan elemen-elemen

kompetensi pensyarah iaitu asertif, suara, penggunaan audio-visual dan perlaksanaan

aktiviti oleh pensyarah dan mengkaji hubungan antara kompetensi pensyarah dengan

pencapaian akademik pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 43 responden yang

terdiri daripada pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (kejuruteraan

awam, elektrik dan mekanikal), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

dengan menggunakan persampelan tidak rawak jenis bertujuan. . Rekabentuk kajian

adalah menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan

statistik deskriptif perbandingan min. Data yang dikumpul dianalisis dengan

menggunakan periaian komputer, Statistical Package for Social Science (SPSS)

versi 12.0. Dapatan kajian menunjukkan pelajar bersetuju bahawa asertif, suara,

penggunaan audio-visual dan perlaksanaan aktiviti oleh pensyarah merupakan faktor

kepada kompetensi pensyarah. Kajian juga mendapati tiada hubungan yang

signifikan antara kompetensi pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar. Ini

menunjukkan walaupun pelajar bersetuju keempat-empat elemen ini merupakan

faktor kompetensi pensyarah, tetapi pencapaian akademik mereka tiada kaitan

dengan faktor kompetensi pensyarah. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk

mempersiapkan diri supaya menjadi seorang pendidik yang dinamik.

Page 10: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

v

ABSTRACT

The purpose of this study is to determine elements of competency that is

assertive, voice, using audio-visual and activity by lecturer and to identify the

relationship between the competency of lecturer and the student academic

achievement. This research involves 43 respondents from Bachelor of Technology

with Education (Civil Engineering), Bachelor of Technology with Education

(Electrical Engineering) and Bachelor of Technology with Education (Mechanical

Engineering). The sample was based on non random sampling with purposeful

sampling procedure. Research design involved is survey method using descriptive

statistical mean analysis. The data was analyzed using Statistical Package for Social

Science (SPSS) version 12.0. The findings indicated that assertive, voice, using

audio-visual and lecturer activities are the factors of lecturer competency. This study

also showed that there is no significant correlation between the lecturer’s

competencies and the student academic achievement. It shows that the students

agreed that the lecturer competency consists of these four elements. However, their

academic achievement does not depend on the elements suggested. Several

suggestions have been brought up on becoming a dynamic instructor.

Page 11: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

HALAMAN PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN i

HALAMAN DEDIKASI ii

HALAMAN PENGHARGAAN iii

HALAMAN ABSTRAK iv

HALAMAN ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiiv

BAB I PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 7

Page 12: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

vii

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis 9

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Batasan Kajian 9

1.9 Kepentingan Kajian 10

1.10 Definisi 11

1.10.1 Kompetensi 11

1.10.2 Pengajaran 12

1.10.3 Pembelajaran 12

1.10.4 Keberkesanan Pengajaran 13

1.10.5 Pencapaian Akademik Pelajar 13

1.11 Penutup 14

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 15

2.2 Kompetensi Pensyarah 15

2.3 Kemahiran Interpersonal Pensyarah 17

2.3.1 Asertif 17

2.3.2 Suara 18

2.4 Kemahiran Syarahan Pensyarah 19

2.4.1 Penggunaan Audio-Visual 20

2.4.2 Perlaksanaan Aktiviti Oleh Pensyarah 22

2.5 Pencapaian Akademik Pelajar 25

2.5.1 Sistem Gred 25

2.5.2 Kedudukan Akademik 26

2.5.3 Kelas Ijazah 27

2.6 Penutup 27

Page 13: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

viii

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 28

3.2 Reka Bentuk Kajian 29

3.3 Model Kajian 29

3.4 Sampel Kajian 30

3.5 Tempat Kajian 31

3.6 Kaedah Pengumpulan Data 31

3.7 Instrumen Kajian 32

3.8 Kajian Rintis 33

3.9 Kaedah Penganalisian Data 33

3.10 Penutup 35

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 36

4.2 Latar Belakang Responden 37

4.2.1 Jantina 37

4.2.2 Status 37

4.2.3 Bangsa 38

4.2.4 Pekerjaan Ibubapa 38

4.2.5 Kursus 39

4.2.6 CGPA 39

4.3 Analisis Terhadap Elemen Didalam 40

Kemahiran Interpersonal Pensyarah

4.3.1 Asertif Pensyarah 40

4.3.2 Suara Pensyarah Dalam Syarahan 42

4.3.3 Analisis Elemen Asertif Pensyarah Dan 43

Suara Pensyarah Bagi Kemahiran Interpersonal

Pensyarah

4.4 Analisis Terhadap Elemen Didalam Kemahiran 44

Syarahan Pensyarah

4.4.1 Penggunaan Audio-visual Oleh Pensyarah 44

4.4.2 Aktiviti Pensyarah 46

Page 14: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

ix

4.4.3 Analisis Elemen Penggunaan Audio- Visual 47

Dan Aktiviti Oleh Pensyarah Bagi Kemahiran

Syarahan Pensyarah

4.5 Hubungan Antara Kompetensi Pensyarah 48

Dengan Pencapaian Akademik Pelajar

4.5.1 Hubungan Antara Kompetensi Pensyarah 48

Terhadap Asertif Pensyarah Dengan Pencapaian

Akademik Pelajar (CGPA)

4.5.2 Hubungan Antara Kompetensi Pensyarah 49

Terhadap Suara Pensyarah Dalam Syarahan

Dengan Pencapaian Akademik Pelajar (CGPA)

4.5.3 Hubungan Antara Kompetensi Pensyarah 50

Terhadap Penggunaan Audio-Visual Oleh Pensyarah

Dengan Pencapaian Akademik Pelajar (CGPA)

4.5.4 Hubungan Antara Kompetensi Pensyarah 51

Terhadap Aktiviti Pensyarah Dengan Pencapaian

Akademik Pelajar (CGPA)

4.6 Penutup 52

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 53

5.2 Faktor- Faktor Kompetensi Pensyarah 54

5.3 Hubungan Antara Faktor Kompetensi Pensyarah

Dengan Pencapaian Akademik Pelajar 57

5.4 Rumusan 61

5.5 Implikasi Kajian Kepada Beberapa Golongan Penting 62

5.6 Kajian Lanjutan 63

5.7 Penutup 64

RUJUKAN 65

LAMPIRAN 70

Page 15: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Sistem Gred 25

2.2 Kedudukan Akademik 26

2.3 Kelas Penganugerahan Ijazah 27

3.1 Skala Min Bagi Elemen Kompetensi Pensyarah 34

3.2 Julat Skor pencapaian akademik pelajar 34

3.3 Nilai Hubungan Korelasi 34

4.1 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut 37

Jantina

4.2 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut 37

Status

4.3 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut 38

Bangsa

4.4 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut 38

Pekerjaan Ibubapa

4.5 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut 39

Kursus Pengajian

4.6 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut 39

CGPA

4.7 Min Item Yang Mewakili Elemen Asertif Pensyarah 40

4.8 Min Item Yang Mewakili Elemen Suara Pensyarah 42

4.9 Min Elemen Asertif Pensyarah Dan Suara Pensyarah 43

Terhadap Kemahiran Interpersonal Pensyarah

4.10 Min Item Yang Mewakili Elemen Penggunaan 44

Page 16: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

xi

Audio-Visual Oleh Pensyarah

4.11 Min Item Yang Mewakili Elemen Aktiviti Pensyarah 46

4.12 Min Elemen Penggunaan Audio-Visual Oleh 47

Pensyarah Dan Aktiviti Pensyarah Bagi

Kemahiran Syarahan Pensyarah

4.13 Garis Panduan Guilford 48

4.14 Hubungan antara Asertif Pensyarah dengan 48

CGPA Pelajar

4.15 Hubungan antara Suara Pensyarah dengan 49

CGPA Pelajar

4.16 Hubungan antara Penggunaan Audio-Visual 50

oleh Pensyarah dengan CGPA Pelajar

4.17 Hubungan Aktiviti Pensyarah dengan Pencapaian 51

Akademik Pelajar

Page 17: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Rajah Model 30

Page 18: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

xiii

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN CGPA - Cumulative Gred Point Average

MIN - Skor Min

% - Peratus

F - Kekerapan

Page 19: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 70

Page 20: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dalam negara menuju arus pemodenan, beberapa usaha yang dilakukan oleh

kerajaan bagi merealisasikan impian kearah wawasan 2020. Matlamat yang telah di

sarankan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke empat iaitu Tun Dr.

Mahathir bin Mohamad yang kini diteruskan oleh Perdana Menteri Malaysia

sekarang iaitu Datuk Seri Abdullah bin Badawi. Pembangunan modal insan yang

cuba dibangunkan oleh kerajaan bukan sahaja tertumpu pada para pekerja, malah

pembangunan ini harus bermula pada akar umbi iaitu kepada para pelajar.

Pembangunan modal insan yang dilaksanakan oleh kerajaan merupakan landasan

yang terbaik yang harus digunakan sebaik mungkin agar dapat melahirkan pelajar-

pelajar yang berwibawa yang akan membentuk mereka menjadi tenaga mahir dalam

pelbagai bidang pada masa akan datang yang dapat membantu menjana ekonomi

negara secara keseluruhannya.

Untuk melahirkan modal insan yang dinamik dan mampu berdaya saing,

perancangan yang lebih teliti harus dilakukan. Disamping melibatkan pelbagai pihak

sama ada kerajaan ataupun swasta serta badan-badan bukan kerajaan yang lain, maka

banyak institusi- institusi pendidikan ditubuhkan di Malaysia ini adalah bertujuan

untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran dan sikap yang

terpuji. Pelajar-pelajar ini akan mampu menyumbangkan kepada tenaga kerja yang

mampu berdaya saing, sentiasa membuat penambahbaikan dan menerokai ilmu-ilmu

Page 21: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

2

baru. Maka di sinilah peranan yang harus di mainkan oleh institusi-institusi

pendidikan dalam merangka pembelajaran yang berkesan supaya dapat melahirkan

modal insan yang berkualiti dan berkemahiran.

Pengajaran merupakan aktiviti yang dirancang bagi meningkatkan lagi

pengetahuan, kemahiran dan keupayaan ataupun mengubah sikap seseorang agar

dapat meningkatkan lagi penguasaan dalam sesuatu bidang. Namun begitu tidak

semua sesi pembelajaran itu berkesan kepada semua pelajar yang terlibat. Tetapi

sekiranya pembelajaran itu dapat menambahkan penguasaan pelajar, maka

pembelajaran itu di anggap berkesan kepada pelajar. Skinner (1968) menyatakan,

pembelajaran adalah proses yang merujuk kepada perolehan sesuatu lengkungan.

Pengajar bersikap aktif sebagai penyampai dengan berkongsi pengalaman dalam

penyampaian dan pelajar sebagai penerima. Pelajar yang bertenaga berpegang

kepada struktur fakta dan idea. Sekiranya mereka kurang aktif, pengajar perlu

menekankan fakta kepada mereka atau menyalurkan idea kepada mereka atau

memupuk rasa suasana yang baik dan suka kepada pembelajaran.

Pengajaran yang berkesan seharusnya dapat membantu melahirkan pelajar

dan seterusnya tenaga kerja yang berkualiti. Ianya bukan sahaja tertumpu kepada

masa depan pelajar dan negara, ia juga dapat di aplikasikan dalam kehidupan

seharian serta boleh memberi sumbangan kepada sosiologi masyarakat setempat.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pengajaran yang berkesan akan dapat memberi pulangan kepada pelajar

terhadap pelaburan yang di buat ke atas satu-satu sesi pembelajaran.

Walaubagaimanapun, sekiranya pengajaran ini tidak dikendalikan dengan baik maka

ianya akan menjejaskan sesi pembelajaran itu. Maka sangat penting bagi seseorang

pendidik atau jabatan untuk memajukan, mengetuai dan mentafsir pengajaran.

Menurut Brown dan Atkins (1988), pencapaian pengajaran pendidik dan pencapaian

pembelajaran pelajar diperolehi melalui pengetahuan dan kemahiran, pemahaman

Page 22: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

3

yang mendalam, pembangunan penyelesaian masalah atau perubahan dalam

persepsi, penampilan, nilai dan sikap.

Merujuk kepada Lakewood Research and Training (Read dan Kleiner,1996)

berpandapat, terdapat sepuluh kaedah yang disusun daripada yang paling tinggi

kepada yang rendah digunakan iaitu tape video, syarahan, turutan arahan, model,

permainan dan ransangan, kajian kes, pembentangan nota komputer, rakaman suara

dan filem. Menurut Wilson (2000), walaupun kaedah syarahan paling popular tetapi

terdapat kelemahan dalam kaedah ini dan ianya tidak sesuai terhadap semua latihan.

Apabila ujian dilakukan sebaik sahaja selesai syarahan yang diberikan, pelajar

hanya dapat menyimpan maklumat kurang daripada 40% dan ianya semakin

berkurang kepada 20% seminggu selepas sesi pembelajaran itu berlangsung.

Terdapat juga pengajar yang kadangkala terlalu memfokuskan kepada apa

yang ingin dicapai sehingga mengabaikan gaya pembelajaran pelajar dan tidak

menitiberatkan kefahaman pelajarnya. Rae (2002) menyatakan, sikap pengajar yang

tidak menyedari gaya pembelajaran akan mempengaruhi cara penyampaian yang

disampaikan dan ianya juga akan membuatkan pelajar berasa bosan kerana

pendekatan gaya pengajaran yang digunakan oleh pengajar tidak sejajar dengan gaya

pembelajaran pelajar. Sebagai seorang pengajar mereka perlu peka terhadap gaya

pembelajaran pelajar-pelajarnya supaya pembelajaran itu berkesan dan dapat

mengelakkan timbulnya konflik dan kesukaran tentang pengajaran yang

disampaikan.

Sebelum mengendalikan satu sesi pembelajaran, pengajar perlulah

mempersiapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran untuk berdepan

dengan pelajar yang pelbagai gaya dan corak pembelajaran. Brown dan Atkins

(1988) menjelaskan, gaya pembelajaran pelajar juga memberi kesan terhadap

penyampaian dan pengajaran daripada pengajar. Terdapat pelajar yang mempunyai

tahap penerimaan yang baik dan mudah untuk menerima apa yang disampaikan oleh

pengajar dan ada juga yang agak lambat untuk menerima pembelajaran yang

diberikan. Ada kumpulan yang mudah melihat hubungkait antara konsep-konsep

yang dibincangkan tetapi bagi kumpulan yang agak lambat untuk menerima

pembelajaran mereka tidak dapat membuat sebarang tanggapan terhadap apa yang

Page 23: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

4

disampaikan. Sebagai pengajar mereka perlu terlebih dahulu mengenalpasti tahap

penerimaan pelajar sebelum memulakan pengajaran dan berusaha untuk

mewujudkan pembelajaran yang berkesan terhadap pelajar.

Pengajar seharusnya mempunyai peningkatan dalam mengawal sikap semasa

pembelajaran. Skinner (1968) menjelaskan bahawa kesan peraturan yang harus

diberi penekanan ialah kita harus memastikan adanya kesan dan ia berlaku dalam

keadaan yang paling optimum untuk menghasilkan peluang pembelajaran. Kita perlu

menyusun jenis akibat yang khusus yang dipanggil peneguhan. Selain itu kita perlu

membenarkan teknik yang boleh membentuk sikap yang diharapkan. Ianya akan

menjadi kebiasaan latihan yang menunjukkan kelas ini asas psikologi oleh persekitan

sekeliling. Abdullah dan Ainon (1999) menerangkan apabila seseorang itu ingin

menjadi pengajar yang berkesan, popular, disukai ramai dan disanjungi oleh pelajar-

pelajar, salah satu kemahiran yang mesti ada pada diri pengajar itu ialah kemahiran

berkomunikasi.

Maka sebagai pengajar mereka perlu kompeten menyampaikan pengetahuan

dan kemahiran, pengurusan kelas yang berkesan, mempunyai pengalaman yang luas

dan mengetahui gaya pembelajaran pelajar dan memilih kaedah pengajaran yang

bersesuaian dengan pelajar. Apabila setiap kriteria ini diambil kira, keberkesanan

pembelajaran dapat dicapai dan ianya akan memberi pulangan keatas pelaburan yang

dibuat pada setiap sesi pembelajaran dan mampu melahirkan modal insan yang

dinamik kepada kepesatan pembangunan negara.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini mengkaji kompetensi pensyarah terhadap pencapaian akademik

pelajar. Hubungan antara kompetensi pensyarah dengan pencapaian akademik

pelajar yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah kemahiran interpersonal pensyarah,

penyampaian pensyarah dan persediaan pensyarah. Rowland dan Birkett (1992)

berpendapat, profession sebagai seorang pensyarah melibatkan banyak bentuk

komunikasi dalam pelbagai perbezaan terhadap jenis hubungan interpersonal.

Page 24: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

5

Pensyarah yang berkemampuan untuk membina kemahiran interpersonal yang

berkesan akan mempunyai peluang yang baik dalam mengekalkan kepuasan kerja

dalam apa jua perubahan keadaan dan pergolakan yang berlaku. Untuk menjadi

seorang pensyarah yang berjaya kita perlu memahami bagaimana hendak

berkomunikasi dengan baik, bagaimana hendak mengadaptasi dan memahami orang

disekeliling, bagaimana hendak menghubungkan ini dengan kehendak diri dan

semestinya untuk meningkatkan kerjaya untuk kepuasan diri. Dengan erti kata lain

keberkesanan diri adalah kunci untuk berjaya.

Dalam penyampaian pengajaran, kompetensi pengajar saling behubung kait

dengan suasana pembelajaran. Pengajar yang begitu kompeten dalam pengajaran

akan mendapat apa yang di inginkan. Jelas disini menunjukkan, kompetensi pengajar

berhubungkait dengan pencapaian pelajar. Pengajar seharusnya menjiwai apa yang

disampaikan agar pelajar dapat apa yang disampaikan. Henley (2006) menyatakan,

dalam pengurusan kelas yang berkesan, pendidik perlu mengambil kira dua perkara

iaitu : emosi dan fizikal peribadi. Dalam mengurus sikap curiga, pendidik seharusnya

mengawal emosi. Dalam erti kata lain pendidik memerlukan kebijaksanaan emosi

supaya berkebolehan menghadapi tekanan, memberi tindak balas yang baik dan

memilih tindak balas yang bersebab.

Di samping itu, pengajaran yang berkesan memerlukan pendidik yang

kompeten untuk menyampaikan pengetahuan dan kemahiran baru kepada pelajar.

Melalui pandangan Khine (2004), pendidik yang kompeten mempunyai pendekatan

dalam mewujudkan pengajaran berkesan seperti kemahiran berikut : pendidik

merancang dengan jelas matlamat yang ingin di capai, membina tahap pemikiran

yang berbeza, memilih bahan yang sesuai dengan arahan, melaksanakan arahan yang

bersistematik, menarik minat pelajar, memulakan dan menutup pengajaran dengan

baik, menggunakan teknologi dalam penyampaian maklumat untuk mewujudkan

persekitaran yang ceria, menekankan konsep, memberi tindakbalas yang baik,

mengurus sikap pelajar, mengawal pemahaman pelajar dan mengurus masa.

Dalam setiap sesi pembelajaran yang dijalankan, tidak semua pengajaran itu

berkesan terhadap pelajar. Salah satu punca yang menyebabkan pembelajaran tidak

berkesan kerana pengajar tidak mampu mempelbagaikan dan tertumpu pada satu-

Page 25: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

6

satu kaedah sahaja. Brown dan Atkins (1988) menegaskan, mengklasifikasi

persembahan, struktur dan penuh perasaan adalah faktor dalam pengajaran berkesan.

Bagaimanapun ianya belum cukup jelas menyatakan faktor ini beroperasi terhadap

persepsi pelajar, pemahaman dan penampilan.

Dalam pengajaran, pengajar tidak komited dalam menyampaikan isi

pengajaran dan mengabaikan objektif pengajaran. Menurut Abdullah dan Ainon

(1999), ada kalanya pendidik terlupa kepada tujuan pengajaran. Apabila mereka

bercakap mereka sibuk bercakap berkenaan segala hal yang berkisar pada diri

mereka sahaja. Mereka mahu diri mereka sahaja difahami oleh pelajar-pelajar yang

mendengar mereka bercakap. Mereka tidak berminat untuk memahami murid-

muridnya.

Pengajar tidak dapat mengadaptasikan pelajar-pelajarnya. Pengajar

menjalankan pembelajaran tanpa memahami kepada latar belakang pelajar. Slavin

(1986) berkata, pelajar adalah berbeza dari segi pengetahuan, kemahiran dan kadar

pembelajaran. Semasa sesi pembelajaran sekiranya pengajar kelihatan seperti

mengikut gerak hati yang ketara pembelajaran akan menjadi mudah atau sukar

kepada pelajar. Sekiranya wujudnya kepelbagaian, pembelajaran akan menjadi

mudah seterusnya optimum untuk sesetengah pelajar dan lebih sukar kepada

golongan pelajar lain.

Seorang pendidik yang kompeten perlu mempunyai pengalaman yang luas

dan banyak dalam sesuatu bidang dan telah berkhidmat dalam satu tempoh yang

agak lama. Khine (2004) berpendapat, pendidik yang berkesan seharusnya merangka

pengetahuan baru berdasarkan pengalaman lepas. Secara keseluruhannya, mereka

mendedahkan pelajar kepada pemikiran yang luas dan tinggi seperti perbandingan,

hubungkait secara berperingkat, melihat pada perspektif yang berbeza, mengaplikasi

konsep dalam kehidupan seharian, membuat kesimpulan, menjana idea, membuat

penilaian terhadap isu-isu semasa dan mengenalpasti maklumat dengan tepat.

Page 26: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

7

Sebagai pengajar sekiranya mereka mengamalkan perkara-perkara di atas

maka sesi pembelajaran yang dilakukan tidak akan berkesan, maka ianya akan

menyebabkan pelajar tidak dapat menimba pengetahuan dan kemahiran baru. Ini

akan menjejaskan prestasi pelajar-pelajar apabila penilaian dilakukan ke atas pelajar

dan ianya menunjukkan pengajaran tidak berkesan yang berlaku di institusi

pendidikan dan akan menjejaskan saranan kerajaan untuk melahirkan modal insan

yang dinamik.

Matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti elemen-elemen dalam

kemahiran interpersonal pensyarah dan elemen-elemen dalam kemahiran syarahan

pensyarah. Selain itu kajian ini juga untuk mengenalpasti hubungan antara

kemahiran interpersonal pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar dan

mengenalpasti hubungan antara kemahiran syarahan pensyarah dengan pencapaian

akademik pelajar. Kajian ini diharap dapat memberi maklumat yang berguna kepada

bakal-bakal pensyarah agar dapat merancang pengajaran yang lebih efektif kepada

pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

i) Untuk mengenalpasti elemen-elemen dalam kemahiran interperonal

pensyarah.

ii) Untuk mengenalpasti elemen-elemen dalam kemahiran syarahan

pensyarah.

iii) Untuk mengenalpasti hubungan antara kemahiran interpersonal

pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar.

iv) Untuk mengenalpasti hubungan antara kemahiran syarahan pensyarah

dengan pencapaian akademik pelajar.

Page 27: KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN - fp.utm.my€¦** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

8

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah seperti berikut :

1) Apakah elemen yang terdapat dalam kompetensi seorang pensyarah?

i) Kemahiran interpersonal pensyarah

a) Adakah asertif pensyarah merupakan sebuah elemen kemahiran

interpersonal pensyarah ?

b) Adakah elemen suara pensyarah merupakan sebuah elemen

kemahiran interpersonal pensyarah ?

ii) Kemahiran syarahan pensyarah

a) Adakah elemen penggunaan audio-visual oleh pensyarah

merupakan sebuah elemen kepada kemahiran syarahan

pensyarah?

b) Adakah elemen aktiviti pensyarah merupakan sebuah elemen

kepada kemahiran syarahan pensyarah?

2) Adakah terdapat hubungan antara kompetensi pensyarah dengan

pencapaian akademik pelajar

a) Adakah terdapat hubungan antara kemahiran interpersonal dengan

pencapaian akademik pelajar?

b) Adakah terdapat hubungan antara kemahiran syarahan pensyarah

dengan pencapaian akademik pelajar?