21
PSZ 19:16(Pin.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ JUDUL: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU DISIPLIN DALAM MENJALANKAN TUGAS DI SEKOLAH RENDAH DAERAH SEGAMAT. SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya MD SA’DON BIN VIRDANI No. Matriks BP060085 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap , (DR. HJ MOHD ANUAR ABDUL RAHMAN) No.1, Susur Damai Jalan Zachariah Kampung Sungai Gatom, 85300 Labis, Segamat. Johor. , Tarikh: 7 NOVEMBER 2008 Tarikh: 17 NOVEMBER 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ - fp.utm.my fileCATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

Embed Size (px)

Citation preview

1

PSZ 19:16(Pin.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ JUDUL: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU DISIPLIN DALAM MENJALANKAN TUGAS DI SEKOLAH RENDAH DAERAH SEGAMAT.

SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya MD SA’DON BIN VIRDANI No. Matriks BP060085 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap , (DR. HJ MOHD ANUAR ABDUL RAHMAN) No.1, Susur Damai Jalan Zachariah Kampung Sungai Gatom, 85300 Labis, Segamat. Johor. , Tarikh: 7 NOVEMBER 2008 Tarikh: 17 NOVEMBER 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan

dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ’ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

2

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kaualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Pengurusan Pendidikan”.

Tandatangan : ______________________________________

Nama Penyelia : DR. HJ MOHD ANUAR BIN ABDUL RAHMAN

Tarikh : 17 NOVEMBER 2008

ii

PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU DISIPLIN  

DALAM MENJALANKAN TUGAS DI SEKOLAH RENDAH 

 DAERAH SEGAMAT.

HJ MD SA’DON BIN VIRDANI

Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

(Pengurusan Pendidikan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2008

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………………

Nama Penulis : HJ MD SA’DON BIN VIRDANI

Tarikh : 17 NOVEMBER 2008

PENGHARGAAN

iv

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis,

Dr. Hj Mohd Anuar bin Abd. Rahman di atas bimbingan dan dorongan yang diberi

sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini dijalankan. Sesungguhnya jasa Dr. tidak dapat

dibalas. Akan ku kenang sehingga ke akhir hayatku.

Kerjasama daripada pihak Jabatan Pelajaran Johor, Pejabat Pelajaran Daerah Segamat,

Rakan-rakan guru Zon Kurikulum 4 Daerah Segamat amatlah kami hargai.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung

atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

Sekian, terima kasih.

HJ MD SA’DON BIN VIRDANI TERATAK DAMAI

No.1, Susur Damai, Jalan Zachariah Kampung Sungai Gatom,

85300 Labis.

v

Citraan Istimewa Untuk,

Isteri Hajah Noorini ( n ) tercinta Jadi pendamping paling setia Dengan rasa penghargaan yang tidak terhingga Atas kasih, ketulusan dan pengorbanan Demi kejayaan dan kebahagiaan Di dunia dan akhirat Titipan Harapan Untuk, Putera-putera yang di sayangi Muhamad Azrul Aizad Muhamad Azrin Akmal Muhamad Azizan Azri Muhammad Adib Akram Puteri yang dikasihi, Nor Sahira Nazihah Jadi penghibur paling sejati Dengan doa dan bicara alur diberi Demi kecemerlangan dan rekayasa Agar iman, il;mu dan amal Jadi akar milikmu sentiasa………….. kasih sayang yang kalian curahkan akan dijadikan landasan buat menempuh rintangan dan dugaan di hari mendatang. Buat Teman Seperjuanganku …………….. Semangat, nasihat serta dorongan kalian membuatkan diriku terus bertahan dan terus bersaing.

TERIMA KASIH DI ATAS SEMUANYA…..

ABSTRAK

vi

Bidang pengurusan disiplin merupakan satu bidang yang mencabar pada masa kini.

Disiplin boleh menjadi penentu kemajuan dan kejayaan di sesebuah sekolah. Oleh

sebab itu kajian diskritif bertujuan untuk memberi fokus kepada tiga aspek utama iaitu

mengenal pasti tahap pengetahuan , mengenal pasti tahap kemahiran dan

mengenalpasti sikap guru disiplin terhadap diri sendiri, pentadbir, rakan sejawat dan

ibubapa murid dalam memainkan peranan mereka sebagai pemimpin disiplin di

sekolah. Bagi tujuan kajian ini melibatkan seramai 65 orang responden iaitu 13 orang

Guru Penolong Kanan HEM ( GPK HEM ) dan 52 orang guru penolong dari 13 buah

sekolah dalam Zon Kurikulum 4 Daerah Segamat. Kajian ini menggunakan soalselidik

yang dibina berdasarkan kepada senarai tugas guru disiplin yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Satu set soal selidik dengan 70 item telah

digunakan di dalam kajian ini. Perisian Statistical Package For Social Science (SPSS)

versi 12.0 digunakan untuk menganalisis tugas sebagai guru disiplin berdasarkan min.

Satu kajian rintis telah dilakukan kepada seramai 12 orang guru di Sekolah

Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 1 Johor Bahru, (STAR 1) bagi mendapatkan

kebolehpercayaan item. Nilai Alpha Cronbach yang diperolehi ialah 0.959.. Dapatan

menunjukkan tahap pengetahuan dan kemahiran guru disiplin terhadap tugasnya

adalah tinggi. Manakala sikap terhadap tugas, rakan dan masyarakat sangat positif.

Beberapa cadangan untuk penambahbaikan dikemukan dalam kajian ini.

vii

ABSTRACT

Disciplinary Management is a challenging field nowadays. If can be a benchmark of

the success and achievements in schools. Thus, a descriptire research has been done

focusing on three main aspects, identifying the knowledge levels, skill levels and the

attitudes of disciplinary teachers within themselves, administrators, colleagues and the

parents in playing their roles as disciplinary leaders in schools. This research involves

65 respondents, 13 of the respondent are the Senior Assistants of Stedents’ Affairs and

52 teachers from 13 schools of Zone Curriculum 4 Segamat District. This research

uses questionnaires that are provided by Malaysia of Education. A set of 70 items of

questionnaires were used in this research. There was once a research done to 12

teachers in STAR 1 Johor Bahru to obtain realiable items. The Alpha Cronbach value

showed 0.959. The SPSS version 12.0 software was used to analyze the difference

work factors as a discipline teachers based on mean. The results indicated that the

knowledge and the skill levels are high, where by the attitudes towards the scope of

work, colleagues and the society are positive. In enhancing the research, there are a

few suggestions to improvise it to be considered.

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN

PERAKUAN PENSYARAH i

JUDUL ii

PERAKUAN PELAJAR iii

PENGHARGAAN iv

SEKALUNG BUDI v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

ix

BAB PERKARA MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Rasional Kajian 6

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Skop Kajian 8

1.9 Difinasi Kajian 9

1.9.1 Guru Disiplin 9

1.9.2 Pengetahuan 10

1.9.3 Kemahiran 11

1.9.4 Sikap 12

1.9.5 Disiplin 12

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 14

2.2 Pengurusan Disiplin Sekolah Rendah 14

2.3 Perlantikan Guru Disiplin 18

2.4 Tugas dan Tanggungjawab Guru Disiplin 19

2.5 Hubungan Antara Disiplin Dan Sekolah 22

2.6 Kajian Yang Berkaitan Disiplin 27

2.7 Faktor Yang mempengaruhi Pelanggaran 32

x

Disiplin Oleh Pelajar

2.8 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Tindakan 37

Disiplin Tidak di Ambil Ke atas Pelajar

2.9 Langkah-langkah Pengukuhan Disiplin 43

2.10 Pekeliling Ikhtisas Yang Berkaitan Dengan Disiplin 48

2.11 Peruntukan Undang-Undang Disiplin 50

2.12 Implikasi Terhadap Undang-Undang 51

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1. Pengenalan 53

3.2. Reka Bentuk Kajian 53

3.3. Persampelan Kajian 55

3.4. Instrumen Kajian 56

3.5. Kajian Rintis 57

3.6. Kaedah Analisi Data 58

4 DAPATAN KAJIAN

4.1. Pengenalan 61

4.2. Latar Belakang Responden 61

4.3 Analisis Latar Belakang Responden 62

4.4 Analisis Deskriptif 65

4.5. Kesimpulan 77

xi

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1. Pengenalan 74

5.2. Rumusan 74

5.3. Perbincangan dan Kesimpulan 77

5.4. Cadangan Kajian 82

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 83

5.6 Penutup 84

RUJUKAN 86

LAMPIRAN 89

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Carta Organisasi Lembaga Disiplin Sekolah

2.2 Penglibatan Pelajar Sekolah Rendah dalam 25

Pelanggaran Disiplin mengikut Tahun /Darjah

2.3 Tajuk Akhbar Yang Berkaitan Masalah Disiplin 28

2.4 Sepuluh Salah laku Disiplin Yang Tertinggi 30

di Sekolah Rendah

2.5 Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran 32

Malaysia (KPM) Yang Berkaitan Dengan Salah

Laku Pelajar

3.1 Sekolah-Sekolah Dalam Zon Kurikulum 4 56

Daerah Segamat

3.2 Jadual Menunjukan Penentuan Item Bagi Mengetahui 56

Tahap Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru Disiplin

3.3 Jadual Skala Likert 57

3.4 Jadual Pengkelasan Skala likert Berserta Dengan 59

Market Skor

3.5 Jadual Menunjukan Antara Nilai Tahap dan Nilai Min 59

4.1 Taburan kekerapan dan Peratus Min Responden 61

Mengikut Jantina

4.2 Taburan kekerapan dan Peratus Min Responden 62

Mengikut Bangsa

4. Taburan kekerapan dan Peratus Min Responden 62

Mengikut Pengalaman Mengajar

4.4 Taburan kekerapan dan Peratus Min Responden 63

Mengikut Status Perkahwinan

4.5 Taburan kekerapan dan Peratus Min Responden 63

xiii

Mengikut Jawatan

4.6 Taburan kekerapan dan Peratus Min Responden 63

Mengikut Kelulusan Akademik

4.7 Taburan kekerapan dan Peratus Min Responden 64

Mengikut Tahap Pengetahuan Guru Disiplin

4.8 Taburan kekerapan, Peratus dan Min Responden 66

Mengikut Tahap Kemahiran Guru Disiplin

4.9 Taburan Kekerapan, Peratus dan Min Responden 69

Mengikut Sikap

xiv

SENARAI SINGKATAN

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru

GPK - Guru Penolong Kanan

GPK HEM - Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

NUTP - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan

JERI - Jasmani, Emosi , Rohani dan Intelek.

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

15

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan.

Pelbagai istilah digunakan apabila memperkatakan tentang disiplin dan

diantaranya ialah nakal, jahat, baik, pendiam, sombong dan berlagak. Kadang kala

istilah ini dinyatakan dalam bentuk gelaran tertentu. Perbezaan penggunaan istilah dan

gelaran menjejaskan tahap pembentukan yang telah diterima dan diamalkan oleh individu

berkenaan dalam menjalani kehidupan seharian. Perbezaan ini tidak akan berakhir tetapi

boleh diatasi secara bersama melalui pemupukan disiplin diri yang baik.

Disiplin sekolah memnpunyai dua tujuan besar. Pertama untuk memastikan

pelajar, guru serta kakitangan sekolah berada dalam keadaan selamat. Kedua,

menyediakan suasana pembelajaran yang baik. Oleh itu disiplin memberikan manfaat

kepada seseorang. Apabila seseorang berdisiplin, ia menjadi seorang yang diterima oleh

masyarakat, dan bermoral. Disiplin juga mengajar seseorang mengunakan pertimbangan

16

yang baik dan tanggungjawab atas segala perbuatan yang dilakukan. Selain darpipada itu

, disiplin dapat mengajar seseorang untuk menghadapi kekecewaan dalam hidup dan

dapat menghindarkan dirinya daripada perkara yang boleh mendatangkan bahaya.

Disiplin yang berkesan dapat menghinadrkan seseorang itu daripada tingkah laku yang

kurang sopan. Sering kali masalah disiplin pelajar dikaitkan dengan kegagalan guru

disiplin di sesebuah sekolah bertindak dan kegagalan guru tersebut dalam menjalankan

tugas sebagai seorang guru dan sebagai seorang guru disiplin. Ini keran guru-guru

beranggapan mengawal disiplin pelajar adalah tugas Guru Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid ( GPK HEM ) dan guru disiplin. Sedangkan semua guru adalah guru disiplin, dan

menjadi tanggung jawab bersama dalam meningkatkan kepatuhan disiplin dikalangan

pelajar. Sebenarnya, disiplin diri yang baik dan sempurna perlu dibentuk secara

terancang daripada peringkat awal lagi. Ibubapa, guru-guru dan pertubuhan badan bukan

kerajaan sentiasa bekerjasama agar pembentukan ini menjadi kenyataan. Bagi diri

individu yang sentiasa memandang ke hadapan, mereka akan mencipta diri sendiri

dengan serta merta. Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh agar ibubapa , guru-guru

dan masyarakat sekelilingnya sentiasa menerima sikap dan perlakuannya. Dalam jangka

masa tertentu, pembentukan ini juga berupaya memberi kepuasan, kesejahteraan dan

keselesaan individu berkenaan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa.

Apabila perkara ini dibincangkan di sekolah, pelbagai alasan yang diberikan oleh para

pelajar termasuk diri kita sendiri. Kebanyakan alasan itu berbentuk peribadi dan tidak

menampakkan kecenderungan untuk mengemaskini dan memperkasakan diri sendiri.

Apabila guru-guru membuat cadangan kepada pelajar tertentu, pelajar berkenaan tidak

bersedia memperuntukkan masa bagi merealisasikannya. Alasan lain digunakan untuk

memberi kepuasan hal sendiri.

Dalam membentuk disiplin diri, kita dan rakan-rakan perlu mengubah persepsi

iaitu berusaha dengan bersungguh-sungguh membaca buku dan risalah yang berkaitan

dengan disiplin. Apabila individu itu boleh berfikir, memerhati, merancang dan menilai

pergerakan seharian, bermakna proses mendisiplinkan diri telah bermula. Tanpa disiplin

diri, individu akan bergerak dan bertindak mengikut naluri dalam diri masing-masing.

17

1.2 Latar Belakang Masalah

Apabila disebut sahaja guru disiplin, kebanyakan orang akan mula

membayangkan suatu figure yang agak bengis, garang, bermisai tebal, mempunyai suara

yang garau, tidak peramah dan sebagainya. Guru disiplin juga dianggap sebagai guru

yang paling digeruni di sekolah, malah lebih digeruni daripada guru besar. Sejak

kebelakangan ini berbagai cerita tentang isu yang berkaitan tentang masalah disiplin di

sekolah. Ini kerana guru yang mempunyai perwatakan yang sedemikian lebih kerap

diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk menjalankan tugas yang berat ini dengan

sempurna. Selain dari itu, ia juga sering dikaitkan dengan persepsi yang berbagai

terhadap guru disiplin selaku penguatkuasa peraturan dan disiplin di sekolan.

Sebenarnya terdapat beberapa pihak yang perlu bertanggungjawab tentang

masalah disiplin ini termasuklah para pelajar sendiri, para guru, ibubapa, masyarakat

serta kerajaan. Guru Disiplin selaku Pengurusan Pertengahan antara Guru Penolong

Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM ) yang berkaitan dengan disiplin pelajar terlibat

secara langsung. Ketika ini apabila berlaku sesuatu insiden dengan mudahnya semua

orang menunding jari ke arah guru disiplin. Sepatutnya setiap kes diteliti supaya punca

kejadian itu dapat dikenalpasti. Selepas itu satu kajian yang lebih menyeluruh mesti

dibuat bagi mencari ke akar umbi faktor yang menyumbang kepada berbagai masalah

disiplin pelajar. Sering kali guru disiplin dipersalahkan jika terdapat sesuatu pelanggaran

disiplin di sekolah. Ibu bapa tidak dapat menerima hukuman atau tindakan yang

dikenakan ke atas anak-anak mereka. Pada pendapat mereka, guru bukan menghukum

anak mereka tetapi sebaliknya ia bersifat mendenda anak-anak mereka. Oleh itu amat

penting bagi ibubapa melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan supaya dapat

membesar dan mendidik anak dengan lebih sempurna. Ini perlu memandangkan ibubapa

yang bekerja mempunyai masa yang terhad bersama dengan anak-anak. Masa yang

singkat ini perlulah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin supaya kasih sayang dan

kemesraan kekeluargaan dapat dieratkan.

18

Jelaslah masalah disiplin pelajar ini akan hanya dapat dibendung jika semua pihak

yang terbabit memainkan peranan masing-masing. Menyerahkan kesalahan anak-anak

di bahu guru disiplin menyebabkan timbul rasa kurang senang di kalangan guru-guru

disiplin di sekolah-sekolah. Menjatuhkan hukuman semata-mata tidak akan

menyelesaikan masalah. Mereka yang mempunyai masalah disiplin dan moral ini

sebenarnya sedang sakit. Samada sakit jiwa, sakit hati, sakit fikiran atau sakit rohaninya.

Mereka yang sakit perlu dirawat supaya dapat pulih semula. Mereka yang terjatuh perlu

dibantu untuk bangun semula. Mereka yang tersesat perlu dibimbing ke pangkal jalan.

1.2 Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi guru disiplin dari pandangan

pentadbir, rakan sejawat, masyarakat dan murid terhadap tugas dan tanggungjawab guru

disiplin dalam menjalankan tugas seharian mereka. Kajian ini juga untuk melihat tentang

pengetahuan, kemahiran dan sikap guru disiplin terhadap tugas dan persekitaran mereka.

Bebanan tugas guru disiplin selaku Pengurusan Pertengahan yang berkaitan dengan

disiplin bertambah dan mereka ini tidak terkecuali menjadi guru kelas, sebagai guru

rumah sukan dan sebagainya. Pelbagai persepsi yang berbeza tentang guru disiplin, sama

ada dari diri guru itu sendiri, pihak pentadbiran, ibubapa dan juga murid. Tiada hak

istimewa sebagai penjawat sebagai guru disiplin. Walaubagaimana pun usaha untuk

mengurangkan beban tugas guru disiplin selaku pengurusan pertengahan di sesebuah

sekolah nampaknya mendapat perhatian pihak-pihak tertentu seperti Menteri Pelajaran

dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Mereka sedar, dengan beban tugas guru disiplin

yang berat, guru disiplin tidak dapat menjalankan tugas sebagai guru disiplin dengan

berkesan. Tugas sebagai guru disiplin buka sahaja sekadar semasa di sekolah, malah ia

berlaku semasa di luar waktu persekolahan. Disiplin tidak berakhir pada waktu

persekolahan. Ianya berterusan sepanjang masa tanpa had masa. Oleh yang demikian

19

memang sewajarnya guru disiplin ini diberi kuasa penuh dan juga waktu mengajar

dikurangkan seminimum mungkin agar guru ini dapat menjalankan tugas mereka dengan

berkesan.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk :

i) Mengenalpasti tahap pengetahuan guru disiplin dalam melaksanakan tugas sebagai

guru disiplin sekolah.

ii) Mengenalpasti tahap kemahiran yang dimiliki oleh guru disiplin dalam mengurus

disiplin sekolah.

iii) Mengenalpasti sikap guru disiplin terhadap pentadbir, rakan sejawat dan ibubapa

murid dalam menjalankan tugas sebagai guru disiplin.

1.4 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini beberapa persoalan kajian telah dikemuka oleh penyelidik dan di

antara persoalan kajian ini adalah untuk mengetahui:

20

i) Apakah tahap pengetahuan guru disiplin sekolah-sekolah kebangsaan dalam

melaksanakan tugas dan peranan mereka sebagai seorang guru disiplin.

ii) Apakah tahap kemahiran yang dimiliki oleh guru disiplin sekolah-sekolah

kebangsaan semasa menjalankan tugas sebagai seorang guru disiplin.

iii) Apakah sikap guru disiplin terhadap pihak pentadbiran dalam menjalankan tugas

sebagai seorang guru disiplin.

iv) Apakah sikap guru disiplin terhadap ibu bapa dan murid dalam menjalankan tugas

sebagai seorang guru disiplin.