22
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KEPUASAN MAHASISWI TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN FATIMAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR. SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya NORMA SUZILA BINTI AHMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: DR. HAMDAN BIN SAID Lot 15, Kg Tok Oh, ............................................................. 16210 Tumpat, Nama Penyelia Kelantan. Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

  • Upload
    ledieu

  • View
    233

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : KEPUASAN MAHASISWI TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DIKOLEJ TUN FATIMAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,SKUDAI, JOHOR.

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya NORMA SUZILA BINTI AHMAD(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________ __________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: DR. HAMDAN BIN SAIDLot 15, Kg Tok Oh, .............................................................16210 Tumpat, Nama PenyeliaKelantan.

Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________

Page 2: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Serta Teknologi Pendidikan

(Kemahiran Hidup)”

Tanda tangan : ………………………………............

Nama Penyelia : Dr. Hamdan bin Said

Tarikh : …………………………………........

Page 3: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

KEPUASAN MAHASISWI TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJTUN FATIMAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI

NORMA SUZILA BINTI AHMAD

Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2008

Page 4: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ..........................................................

Nama Penulis : Norma Suzila binti Ahmad

Tarikh : ............................................................

Page 5: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

iii

DEDIKASI

Buat Suami Tersayang,

MOHD. NAZRIM B. ABDULLAHTerima kasih atas segala pengorbanan yang telah dicurahkan.

Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu,

NURAMALIN AISYAHMUHAMMAD AFIQ

Semoga kejayaan ummi hari ini menjadi contoh & dorongan untuk kalian..

Buat Ayahanda Dan Bonda Tercinta

AHMAD B.OMARLATIFAH BT. HARON

Terimalah kejayaan anakmu ini...Terima kasih atas segala didikan dan kasih sayang yang dicurahkan selama ini.

Buat adinda-adindaku,semoga kejayaanku menjadi teladan dan dorongan buat semua

Tidak Lupa Juga Kepada Rakan Seperjuangan

EKIN, MIJI, NAZA, WARK, JE, IDA ZAH DAN LAIN-LAINSemoga Persahabatan Kita Berkekalan Hendaknya. Terima kasih atas segalanya

Page 6: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmaanirrahim....

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, dapat saya menyiapkan

projek ini bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr.

Hamdan b. Said selaku pensyarah pembimbing, yang telah banyak memberi bimbingan,

nasihat, buah fikiran dan tunjuk ajar yang membina sehingga projek ini dapat

disempurnakan.

Terima kasih tidak terhingga juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-

rakan seperjuangan yang banyak membantu dan tidak lupa juga kepada semua yang

terlibat dalam menjayakan projek ini.

Wassalam..

Page 7: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti

kehidupan di Kolej Tun Fatimah (KTF). Dalam kajian ini kepuasan mahasiswi terhadap

kualiti kehidupan ditinjau dari aspek persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan,

layanan staf dan Ahli Jawatankuasa Mahasiswi, pentadbiran pejabat pengurusan,

keseluruhan pengalaman, pengawasan dan keselamatan, program dan aktiviti yang

dijalankan, dan perkhidmatan kafeteria. Kajian diskritif ini menggunakan soal selidik

yang diubahsuai dari kajian-kajian terdahulu sebagai instrumen kajian. Seramai 320

orang responden telah terlibat dalam kajian ini. Data yang dikumpul telah dianalisis

dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dan

dipaparkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa para siswi berpuas hati terhadap kualiti kehidupan di KTF dalam kesemua lapan

aspek yang dikaji. Kajian ini turut memberikan cadangan untuk tindakan susulan dan

cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan.

Page 8: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

vi

ABSTRACT

This research intends to identify female students’ satisfaction towards life quality

in the Kolej Tun Fatimah (KTF). In this research, students’ satisfaction towards life

quality was surveyed through the aspects of college environment, facilities and services,

staffs’ and Student Committee’s services, office’s administration, overall experience,

monitoring and safety, program and activity conducted, and cafeteria services. This

descriptive study used a modified questionnaire taken from previous studies as a

research instrument. A total of 320 respondents were voluntarily involved in this study.

The data collected were analyzed using the Statistical Package for Social Sciences

(SPSS) software and the output analysis was shown in frequency, percentage and mean.

The findings indicated that the respondents were satisfied towards the life quality in the

KTF in all eight aspects studied. This study also provides suggestions further actions and

advanced studies can be carried out.

Page 9: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xii

SENARAI SINGKATAN xiii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 8

1.9 Penutup 13

Page 10: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

viii

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Sejarah Kolej Kediaman 14

2.3 Kualiti Kehidupan 18

2.3.1 Persekitaran Tempat Tinggal 22

2.3.2 Kemudahan dan Perkhidmatan di UTM 24

2.3.3 Layanan Staf dan AJK Mahasiswi Kolej Kediaman 27

2.3.4 Pentadbiran Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman 30

2.3.5 Pengalaman Tinggal di Kolej Kediaman/ Asrama 32

2.3.6 Pengawasan dan Keselamatan di Kolej Kediaman 35

2.3.7 Program dan Aktiviti di Kolej Kediaman 37

2.3.8 Perkhidmatan Kafetaria 38

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 39

3.2 Rekabentuk Kajian 39

3.3 Lokasi Kajian 40

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 40

3.5 Instrumen Kajian 41

3.6 Kajian Rintis 43

3.7 Prosedur Kajian 43

3.8 Analisis Data 44

3.9 Penutup 46

Page 11: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

ix

BAB IV ANALISIS DATA DATA

4.1 Pengenalan 47

4.2 Bahagian A - Profil Latar belakang Responden di KTF 47

4.2.1 Pengajian Akademik 48

4.2.2 Jumlah Semester Menginap di KTF 48

4.2.3 Perancangan Penginapan Masa Hadapan 49

4.2.4 Aras Bilik di KTF 49

4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan Kajian 50

4.3.1 Persekitaran KTF 50

4.3.2 Kemudahan dan Perkhidmatan di KTF 53

4.3.3 Layanan Staf dan AJK Mahasiswi KTF 55

4.3.4 Pentadbiran Pejabat Pengurusan KTF 57

4.3.5 Keseluruhan Pengalaman Kehidupan di KTF 58

4.3.6 Pengawasan Dan Keselamatan KTF 59

4.3.7 Program Dan Aktiviti Yang Dijalankan di KTF 61

4.3.8 Perkhidmatan Kafeteria KTF 62

4.4 Analisa Maklumbalas Responden 63

4.5 Penutup 64

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 65

5.2 Perbincangan Kajian 65

5.2.1 Bahagian A - Perbincangan latar belakang 66

responden

5.2.2 Bahagian B - Perbincangan Persoalan Kajian 66

5.2.2.1 Persekitaran KTF 66

5.2.2.2 Kemudahan dan Perkhidmatan di KTF 68

5.2.2.3 Layanan Kakitangan dan Jawatan Kuasa 69

Page 12: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

x

Mahasiswa KTF

5.2.2.4 Pentadbiran Pejabat Pengurusan KTF 70

5.2.2.5 Keseluruhan Pengalaman Kehidupan di KTF 70

5.2.2.6 Pengawasan Dan Keselamatan KTF 71

5.2.2.7 Program Dan Aktiviti Yang Dijalankan di KTF 72

5.2.2.8 Perkhidmatan Kafetaria KTF 73

5.3 Rumusan 74

5.4 Cadangan Kajian 75

5.4.1 Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar 76

5.4.2 Pihak Pentadbir KTF 76

5.4.3 Pihak Jawatankuasa KTF 76

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 76

5.6 Penutup 77

BIBLIOGRAFI 78

LAMPIRAN 82

Page 13: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK JADUAL MUKA SURAT

3.1 Jadual Skala Likert 42

3.2 Jadual Skala Binari 42

3.3 Senarai Item Mengikut Faktor 42

3.4 Pengkelasan Tahap Kualiti Kehidupan Mahasiswi 44

di KTF

3.5 Pemeringkatan Min Menentukan Tahap Kualiti 45

Kehidupan Mahasiswi di KTF

3.6 Pemeringkatan Peratus Menentukan Tahap Kualiti 46

Kehidupan Mahasiswi di KTF

4.1 Pengajian Akademik 48

4.2 Jumlah Semester Menginap di KTF 49

4.3 Perancangan Penginapan Masa Hadapan 49

4.4 Aras Bilik di KTF 50

4.5 Pengkelasan Tahap Kualiti Kehidupan Mahasiswi di KTF 51

4.6 Analisis Persekitaran KTF 52

4.7 Analisis kemudahan dan perkhidmatan KTF 54

4.8 Analisis Layanan Staf dan AJK Mahasiswi KTF 56

4.9 Analisis pentadbiran pejabat pengurusan KTF 58

4.10 Analisis pengalaman Kehidupan di KTF 59

4.11 Analisis pengawasan dan keselamatan di KTF 60

4.12 Analisis program-program dan aktiviti di KTF 62

4.13 Analisis perkhidmatan kafetaria KTF 63

4.14 Analisa Maklumbalas Responden 64

Page 14: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK RAJAH MUKA SURAT

2.1 Aliran Pengurusan Kolej Kediaman 30

2.2 Hierarki Keperluan Maslow 31

2.3 Lima fasa kualiti kehidupan di kolej kediaman 33

LAMPIRAN SENARAI LAMPIRAN

Borang Soal Selidik 82

Surat Pengesahan TNC (HEP)

Surat Pengesahan dari Fakulti Pendidikan

Surat Pengesahan Kerjasama dari Pengetua KTF

Page 15: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

xiii

SENARAI SINGKATAN

UTM – Universti Teknologi Malaysia

KTF – Kolej Tun Fatimah

ATM – Automatted Teller Machine

SPSS - Statistical Package For Sosial Science

IPT - Institut Pengajian Tinggi

USM - Universiti Sains Malaysia

UiTM - Universiti Teknologi Mara

DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka

SUB - Student Union Board

HEP - Hal Ehwal Pelajar

C - Cemerlang

B - Bagus

SD - Seperti Dijangka

SPD - Sedikit Peningkatan Diperlukan

L - Lemah

Page 16: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Penginapan dalam kampus merupakan salah satu ciri atau aspek kehidupan para

siswa-siswi sepanjang tempoh pengajian mereka di institusi pengajian tinggi.

Pembangunan mereka dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek bukan sahaja

dipengaruhi oleh persekitaran dalam bilik kuliah tetapi juga persekitaran tempat

penginapan dan juga lain-lain tempat di universiti.

Menurut Chickering (1969) pembangunan diri individu yang berada di institusi

pengajian tinggi adalah dipengaruhi oleh persekitaran institusi tersebut. Pembangunan

diri individu ini dipengaruhi oleh objektif universiti, saiz universiti, kurikulum di

universti, pengajian dan penilaian yang dilaksanakan di universiti tersebut, susun atur

asrama di universiti, fakulti dan pentadbiran universiti, dan budaya yang dibentuk atau

diamalkan dikalangan para pelajar.

Pembudayaan kolej kediaman merujuk kepada usaha untuk melahirkan para

pelajar yang berdikari, berakhlak mulia, berilmu dan berketerampilan. Pembudayaan ini

dilakukan melalui program-program peningkatan diri seperti ceramah-ceramah

keagamaan dan kursus-kursus motivasi yang dijalankan di asrama dari masa ke semasa.

Dengan ini para siswa-siswi seharusnya menggunakan kesempatan tinggal di kolej

Page 17: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

2

kediaman dengan semaksimum mungkin untuk mencapai wawasan kecemerlangan

akademik mereka kelak.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kolej kediaman di universiti menyediakan pelbagai kemudahan untuk membantu

siswa-siswi menghadapi dunia pendidikan peringkat tinggi. Di antara kemudahan-

kemudahan yang disediakan di kolej kediaman adalah blok-blok penginapan, surau,

dewan makan, padang permainan, dan bilik bacaan. Menurut Shafie Jusoh (1994),

pembinaan kolej kediaman di institusi pengajian tinggi adalah bertujuan untuk

mengumpul pelajar-pelajar bagi mencapai kecemerlangan akademik Justeru sewajarnya

peluang ini digunakan dengan sebaik mungkin.

Mahasiswi memerlukan persekitaran yang kondusif di kolej kediaman untuk

membolehkan pencapaian akademik yang cemerlang dan pembangunan diri yang

seimbang. Namun begitu kedapatan para siswi-siswi yang berpusu-pusu meninggalkan

kampus dan KTF khususnya sama ada semasa hujung minggu ataupun semasa dalam

minggu perkuliahan. Mengapakah ini terjadi? Adakah para siswa-siswi keluar

meninggalkan kampus kerana mencari tempat yang lebih baik untuk mereka

mengulangkaji pelajaran mereka? Adakah suasana persekitaran di kolej kediaman

mereka tidak menyenangkan sehingga memaksa mereka mencari tempat lain yang lebih

kondusif?

Pihak pengurusan kolej kediaman dan pihak Hal Ehwal Pelajar sesebuah

universiti telah berusaha meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan untuk

memberikan keselesaan kepada para penghuni kolej kediaman. Pihak kolej kediaman

misalnya telah menyediakan perkhidmatan dobi, televisyen dan permainan video,

padang permainan, dan kemudahan permohonan pembaikan mengenai sesuatu

kerosakan atas talian. Namun begitu masih kedapatan para siswa-siswi yang kerap

keluar kampus. Mengapakah ini terjadi? Adakah ini disebabkan oleh kekurangan

Page 18: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

3

kemudahan asas di UTM? Adakah ini disebabkan oleh kemudahan dobi di UTM tidak

memenuhi kehendak mereka? Atau adakah keadaan ini disebabkan para siswa-siswi

tidak berminat hendak tinggal di kolej kediaman tetapi terpaksa disebabkan peraturan

yang menghendaki para mereka tinggal di kolej kediaman? Secara khusunya apakah

kekurangan kemudahan yang terdapat di KTF.

Tinggal di kolej kediaman membawa impak yang besar kepada penghuninya.

Persekitaran kolej kediaman biasanya lebih mendorong penghuninya untuk melibatkan

diri dalam berbagai aktiviti di kampus. Selain itu, pencapaian akademik mereka dapat

diberikan jaminan akan sentiasa dalam keadaan yang baik. Pengalaman hidup di kolej

kediaman juga membina persepsi positif para pelajar terhadap iklim sosial di kampus.

Mereka akan merasa seronok dan gembira kerana persekitaran di kampus adalah lebih

akademik dan menyokong terhadap aktiviti pembelajaran. Interaksi dan hubungan akrab

antara para pelajar akan mewujudkan kematangan fikiran yang membawa kepada

pertumbuhan serta pembangunan peribadi yang baik (Blimling, 1999). Adakah

kekerapan pelajar-pelajar KTF berpusu-pusu meninggalkan kampus setiap hujung

minggu itu disebabkan kurang interaksi antara mereka?

Namun begitu, dewasa ini terdapat banyak berita dari media yang melaporkan

tentang kejadian buruk yang menimpa pelajar di sekitar kolej kediaman dan kampus

institusi pengajian tinggi. Misalnya Tanggal 9 Ogos 2002, seorang pelajar perempuan

Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berusia 20 tahun telah dibunuh oleh seorang

warga Bangladesh di kolej kediamannya sendiri. Dalam kejadian yang lain pula,

seorang pelajar baru Universiti Sains Malaysia (USM) berketurunan Cina berumur 20

tahun juga telah bertindak menggantungkan dirinya sendiri pada kipas siling pada Jun

2006 kerana disyaki tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus.

Mangsa dalam surat terakhirnya mendakwa bahawa rakan sebiliknya sering

mengganggu ketika dia sedang tidur. Terkini, 2 orang siswi di salah sebuah IPTA di

Lembah Klang cuba diculik dan dirogol. Persoalannya adakah kawasan KTF selamat

untuk di diami? Kejadian-kejadian yang seumpama ini seolah-olah menunjukkan

Page 19: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

4

bahawa kedapatan perkhidmatan keselamatan yang tidak menepati kehendak pelanggan.

Adakah mahasiswi berpuas hati terhadap tahap keselamatan di KTF UTM?

Tinjauan ke atas pelajar kolej kediaman memperlihatkan masih terdapat lagi

rungutan-rungutan yang berkaitan dengan kehidupan di kolej kediaman. Antara rungutan

itu ialah:

i) Terpaksa berkongsi kemudahan yang sedikit seperti mesin basuh dan tandas

di mana pelajar terpaksa menunggu giliran untuk menggunakannya.

ii) Keadaan di kolej kediaman tidak seperti di rumah yang lengkap dengan

keperluan lain seperti peti sejuk. Selain dari itu para pelajar tidak dibenarkan

memasak makanan mereka sendiri.

iii) Terdapat sebuah televisyen sahaja di setiap bangunan yang terdapat di kolej

kediaman. Berlaku perebutan siaran/ rancangan televisyen antara para pelajar

yang kadang-kadang menimbulkan perbalahan antara mereka.

iv) Di sesetengah kolej kediaman yang agak lama, terdapat kemudahan awam

yang tidak diselenggara dengan baik. Contohnya mangkuk tandas yang lama

kelihatan kotor, saliran air yang telah digunakan di bilik mandi tidak lancar

serta paip bocor dan menyebabkan air menitis.

v) Terpaksa mengemas barang dan mengosongkan bilik asrama semasa cuti

semester dirasakan sesuatu perkara yang membuang masa sedangkan jika

hendak dibandingkan dengan di rumah, mereka tidak perlu melakukan

perkara ini.

vi) Sesetengah pelajar merasakan tiada atau kurangnya kesedaran sivik di

kalangan pelajar lain yang tidak pandai menjaga kebersihan dan kemudahan

yang disediakan oleh pihak kolej kediaman.

Page 20: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

5

1.3 Pernyataan Masalah

Persekitaran yang kondusif, kemudahan dan perkhidmatan yang

berkualiti, layanan staf dan AJK mahasiswi yang profesional, pentadbiran

pejabat pengurusan yang cekap, pengalaman kehidupan di kampus yang

bermakna, pengawasan dan keselamatan yang tinggi mutunya, program dan

aktiviti yang menarik dan mencabar dan perkhidmatan kafetaria kampus yang

memenuhi kehendak pelanggan mampu memberikan kepuasan kepada penghuni

kolej kediaman. Berasaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar,

pihak institusi pengajian tinggi tidak tahu sama ada pelajar berasa selesa tinggal

di KTF atau tidak. Pihak pentadbiran universisit juga juga tidak mengetahui

kualiti kehidupan pelajar di kolej kediaman yang sedikit sebanyak membawa

kesan positif ataupun negatif terhadap kecemerlangan akademik dan bukan

akademik pelajar mereka. Ini adalah kerana, masih belum terdapat lagi kajian

yang dijalankan bagi mengenalpasti kualiti kehidupan siswi-siswi di kolej

kediaman di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian ini adalah bertujuan

untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti kehidupan di Kolej

Tun Fatimah (KTF) UTM, Skudai, Johor.

1.4 Objektif Kajian

Berasaskan kepada pernyataan masalah di atas objektif kajian ini adalah seperti

berikut:

i. Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti persekitaran di KTF.

ii. Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti kemudahan dan

perkhidmatan di KTF.

iii. Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti layanan yang staf

dan Ahli Jawatankuasa Mahasiswa di KTF.

Page 21: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

6

iv. Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti pentadbiran pejabat

pengurusan di KTF.

v. Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti pengalaman

kehidupan di KTF.

vi. Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti pengawasan dan

keselamatan di KTF.

vii. Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap kualiti program dan aktiviti

di KTF.

viii. Mengenalpasti kepuasan mahasiswi terhadap perkhidmatan kafeteria di

KTF.

1.5 Persoalan Kajian

Secara khusus kaji selidik ini bertujuan menjawab beberapa persoalan

berikut iaitu:

i. Apakah mahasiswi berpuashati terhadap kualiti persekitaran di KTF?

ii. Apakah mahasiswi berpuashati terhadap kualiti kemudahan dan

perkhidmatan di KTF?

iii. Apakah mahasiswi berpuashati terhadap kualiti layanan staf dan Ahli

Jawatankuasa Mahasiswa KTF?

iv. Apakah mahasiswi berpuashati terhadap kualiti pentadbiran pejabat

pengurusan KTF?

v. Apakah mahasiswi berpuashati terhadap kualiti pengalaman kehidupan di

KTF?

vi. Adakah mahasiswi berpuashati terhadap kualiti pengawasan dan

keselamatan di KTF?

vii. Adakah mahasiswi berpuashati terhadap kualiti program dan aktiviti di

KTF?

Page 22: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my fileUTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan

7

viii. Adakah mahasiswi berpuashati terhadap kualiti perkhidmatan kafeteria di

KTF?

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini dijangkakan dapat memberi maklum balas yang boleh digunakan

untuk menambahbaik kualiti kehidupan para siswi di KTF, membantu pihak Hal Ehwal

Pelajar UTM, pentadbiran KTF, dan juga Jawatankuasa Mahasiswa KTF meningkatkan

kepuasan pelanggan mereka. Kepada pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar hasil kajian ini

dapat digunakan sebagai garis panduan untuk menyediakan pelbagai kemudahan di

KTF. Ini termasuklah kemudahan pengangkutan bas, padang permainan dan sebagainya.

Kepada pihak pentadbir KTF pula untuk mempertingkatkan lagi kemudahan dan

keselesaan suasana di KTF. Kepada Jawatankuasa KTF diharapkan hasil kajian ini dapat

memberikan mereka garis panduan aktiviti-aktiviti pembangunan yang perlu diselitkan

dalam kolej kediaman. Kesimpulannya hasil daripada kajian ini juga dapat digunakan

oleh pihak universiti sebagai rujukan untuk dijadikan panduan dalam merangka dasar

ataupun program-program tertentu untuk kepentingan siswi-siswi di KTF.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya dijalankan di Kolej Tun Fatimah, Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai sahaja. Populasi dan sampel-sampel adalah terdiri daripada siswi-

siswi kolej berkenaan. Kajian ini juga hanya menfokuskan kepada lapan pembolehubah

sahaja iaitu persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan, layanan staf dan AJK

Mahasiswi, pentadbiran pejabat pengurusan, keseluruhan pengalaman kehidupan,

pengawasan dan keselamatan, program dan aktiviti yang dijalankan dan perkhidmatan

kafeteria.