39
HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) BAGI MATA PELAJARAN SAINS: TINJAUAN DI SALAH SEBUAH SEKOLAH DI DAERAH PONTIAN, JOHOR. RAFIDAH BINTI RAJIMIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) BAGI MATA PELAJARAN

SAINS: TINJAUAN DI SALAH SEBUAH SEKOLAH DI DAERAH

PONTIAN, JOHOR.

RAFIDAH BINTI RAJIMIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) BAGI MATA

PELAJARAN SAINS: TINJAUAN DI SALAH SEBUAH SEKOLAH DI DAERAH PONTIAN, JOHOR.

SESI PENGAJIAN: SEMESTER II SESI 2005/2006

Saya RAFIDAH BINTI RAJIMIN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: NO. 67 KG SERI BUNIAN, PUAN ADIBAH BT. ABDUL LATIF 82000 PONTIAN JOHOR, Nama Penyelia JOHOR DARULTAKZIM. Tarikh: Tarikh:

Page 3: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ”

Tandatangan : ____________________________ Nama Penyelia : PUAN ADIBAH BINTI ABDUL LATIF

Tarikh : ____________________________

Page 4: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

i

HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) BAGI MATA PELAJARAN

SAINS: TINJAUAN DI SALAH SEBUAH SEKOLAH DI DAERAH

PONTIAN, JOHOR.

RAFIDAH BINTI RAJIMIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

ii

PENGAKUAN

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan : ____________________________

Nama Penulis : RAFIDAH BINTI RAJIMIN Tarikh : ____________________________

Page 6: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

iii

Dedikasi Teristimewa buat ayah dan mak,

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi dorongan dan sokongan sejak

kaki ini mula menjejak ke alam persekolahan sehinggalah sekarang…

sudi berkongsi susah senang walau apa jua terjadi…

Buat Along, Angah, Abang, dan Andak yang amat aku sayangi...

Jutaan terima kasih kerana sentiasa memberikan semangat dan apa jua bantuan yang kuperlukan…

Buat anak-anak buah yang sentiasa menceriakan hidupku....

Terima kasih di atas segala-galanya…

Buat Mohd. Noor Firdaus b. Zainal….

Terima kasih kerana sentiasa memberi dorongan dan sokongan sepanjang hidupku di UTM ini….

Buat rakan taulan,

Terutamanya Uyun, Wani, Ina, Sue, Kak Da, Kak Kin, Kak Lis, dan Kak Zai…jasa anda terlalu besar

sepanjang penulisan dan ketika menjalani kehidupanku di UTM ini…

dan kepada semua rakan dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung…

Terima kasih, semoga jasa anda diberkati Allah S.W.T…

Page 7: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

iv

Penghargaan

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Segala puji bagi

Allah tuhan sekalian alam. Selawat serta salam keatas junjunagn besar nabi Muhammmad

S.A.W ahli keluarga serta para sahabat baginda. Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana

dngan limpah rahmat dan kurnianya, dapatlah saya menyiapkan penulisan bagi Projek

Sarjana Muda (PSM) ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Di kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan

terima kasih kepada Puan Adibah Binti Abdul Latif selaku pembimbing yang telah

banyak memberi bimbingan serta tunjuk ajar tanpa rasa jemu dalam proses menyiapkan

PSM ini.

Jutaan terima kasih buat ibu bapa serta keluarga tercinta yang tidak putus-putus

memberi sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang saya menjalankan kajian dan

penulisan ini. Agar Allah lindungi dan memberi kesejahteraan kepada kalian.

Tidak lupa ucapan terima kasih dengan kerjasama dan sokongan dari pihak

Jabatan Pendidikan Negeri Johor, pengetua, guru-guru serta pelajar-pelajar di salah

sekolah di daerah Pontian yang terlibat dalam menjayakan penulisan projek ini.

Ucapan jutaan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah, rakan-rakan, serta

semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan usaha menjayakan

penulisan projek ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.

Page 8: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

v

ABSTRAK

Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan bagi mengkaji hubungan pengaruh ibu

bapa terhadap pencapaian akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) dalam mata

pelajaran Sains terhadap pelajar-pelajar Tingkatan Empat di salah sebuah sekolah di

daerah Pontian,Johor. Responden kajian terdiri daripada 121 orang pelajar Tingkatan

Empat dari sebuah sekolah di daerah Pontian, Johor. Instrumen kajian terdiri daripada

satu set borang soal selidik yang mengandungi soalan berbentuk skala Likert. Kajian

rintis telah dijalankan dan nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah (α = 0.8603). Data

yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science

for Windows (SPSS) versi 11.5. Hasil analisis dipersembahkan dalam bentuk min,

kekerapan dan peratusan. Analisis menggunakan korelasi Pearson digunakan bagi

mengkaji hubungkait antara dua pembolehubah utama kajian iaitu pengaruh ibu dan

pencapaian PMR bagi mata pelajaran Sains. Analisis Korelasi Pearson pula membuktikan

terdapat hubungan signifikan positif yang lemah dianatara kelima-lima faktor pengaruh

ibu bapa dengan pencapaian PMR. Analisis menggunakan Ujian-T digunakan bagi

mengkaji perbezaan faktor pengaruh ibu bapa merentas bangsa. Hasil analisis mendapati

bahawa terdapat perbezaan yang signifikan diantara faktor pengaruh ibu bapa merentas

bangsa.

Page 9: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

vi

ABSTRACT

This descriptive study is conducted to determine the relation of parent influences

to Science subject result in Penilaian Menengah Rendah (PMR). The respondents were

121 students chosen from Form Four secondary schools in Pontian, Johor. The data were

collected by using questionnaires and analyzed using the Statistical Packages For Social

Science For Windows release 11.5 (SPSS software). The reliability of the questionnaire

was (α = 0.8603). The findings were presented by using mean, frequency and percentage.

Pearson Correlation was being used to determine the relationship between two main

variables of this study, the relation of parent influences and the Science subject result in

Penilaian Menengah Rendah (PMR). Finding indicated that the correlation between

parent influences and the Science subject result in Penilaian Menengah Rendah (PMR)

for five factors of parent influences was positive weak significant. T-Test was being used

to determine the differences between Chinese parent influences and Malay parent

influences. It showed that there were significant differences to parent influences between

Chinese and Malay students.

Page 10: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

I

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN

HALAMAN DEDIKASI

HALAMAN PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

ISI KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang Masalah

1.2 Pernyataan Masalah

1.3 Objektif Kajian

1.4 Persoalan Kajian

1.5 Hipotesis Kajian

1.6 Pembolehubah Kajian

1.7 Kerangka Konsep

1.8 Kepentingan Kajian

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xvi

xvii

xviii

1

9

15

16

16

17

18

19

20

Page 11: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

viii

II

III

IV

1.9 Skop Kajian

1.10 Definisi Istilah

1.11 Penutup

SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan

2.1 Institusi Keluarga

2.2 Sikap Keluarga

2.3 Minat Ibu Bapa

2.4 Tahap Pendidikan Ibu Bapa

2.5 Didikan serta Bimbingan Ibu Bapa

2.6 Latar Belakang Sosio Ekonomi

2.7 Bangsa Pelajar

2.8 Penutup

METODOLOGI

3.0 Pengenalan

3.1 Rekabentuk Kajian

3.2 Tempat Kajian

3.3 Persampelan Dan Populasi Kajian

3.4 Kaedah Pengumpulan Data

3.5 Instrumen Kajian

3.6 Kajian Rintis

3.7 Prosedur Kajian

3.8 Analisis Data

3.9 Kesimpulan

DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan

4.1 Bahagian A (Analisis Deskriptif)

22

23

26

27

31

34

36

37

39

41

42

44

45

45

46

47

48

48

51

51

52

53

54

55

Page 12: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

ix

V

4.1.1 Latar Belakang Pelajar Merentas Bangsa

4.2 Bahagian B (Korelasi dan Ujian-T)

4.2.1 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi

4.2.1.1 Faktor Pengaruh Sikap

4.2.1.2 Faktor Minat Ibu Bapa

4.2.1.3 Faktor Didikan serta Bimbingan

Ibu Bapa

4.2.1.4 Faktor Latar Belakang Sosio

Ekonomi Ibu Bapa

4.2.1.5 Faktor Tahap Pendidikan Ibu

Bapa

4.3 Penutup

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan

5.1 Rumusan Dapatan Kajian

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian

5.2.1 Objektif Pertama:

Bentuk –bentuk Pengaruh Ibu

Bapa terhadap Pencapaian PMR

bagi Mata Pelajaran Sains.

5.2.2 Objektif Kedua :

Hubungan Pengaruh Ibu

Bapa terhadap Pencapaian PMR

bagi Mata Pelajaran Sains.

5.2.3 Objektif Ketiga :

Perbezaan Pengaruh Ibu

Bapa terhadap Pencapaian PMR

bagi Mata Pelajaran Sains Merentas

Bangsa

55

56

56

56

59

62

66

69

79

81

82

87

90

Page 13: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

x

5.3 Cadangan

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

RUJUKAN

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C

92

93

95

101

104

107

Page 14: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

1.1 kadar keciciran pelajar di institusi

pendidikan

12

2.1 Gred Mata Pelajaran Mengikut Kelas PMR

2004

30

3.1 Bilangan Sampel dan Populasi Pelajar

Tingkatan Empat.

48

3.2 Pembahagian Item Mengikut Bahagian Soal

Selidik

49

3.3 Pembahagian Item Positif dan Item Negatif

dalam Bahagian B Soal Selidik

50

3.4 Kekuatan Hubungan 52

3.5 Pengunaan Kaedah Statistik Mengikut

Pecahan Objektif Kajian

53

4.1 Taburan Bilangan Pelajar Merentas Bangsa 55

4.2 Taburan Kekerapan Item Per-1 bagi Faktor

Sikap Ibu Bapa

56

4.3 Taburan Kekerapan Item ke-2 bagi Faktor

Sikap Ibu Bapa

57

Page 15: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

xiii

4.4 Taburan Kekerapan Item ke-3 bagi Faktor

Sikap Ibu Bapa

57

4.5 Taburan Kekerapan Item ke-4 bagi Faktor

Sikap Ibu Bapa

58

4.6 Taburan Kekerapan Item ke-5 bagi Faktor

Sikap Ibu Bapa

58

4.7 Taburan Kekerapan Item ke-6 bagi Faktor

Sikap Ibu Bapa

59

4.8 Taburan Kekerapan Item Per-1 bagi Faktor

Minat Ibu Bapa

59

4.9 Taburan Kekerapan Item ke-2 bagi Faktor

Minat Ibu Bapa

60

4.10 Taburan Kekerapan Item ke-3 bagi Faktor

Minat Ibu Bapa

60

4.11 Taburan Kekerapan Item ke-4 bagi Faktor

Minat Ibu Bapa

61

4.12 Taburan Kekerapan Item ke-5 bagi Faktor

Minat Ibu Bapa

61

4.13 Taburan Kekerapan Item ke-6 bagi Faktor

Minat Ibu Bapa

62

4.14 Taburan Kekerapan Item Per-1 bagi Faktor

Didikan serta Bimbingan Ibu Bapa

62

4.15 Taburan Kekerapan Item ke-2 bagi Faktor

Didikan serta Bimbingan Ibu Bapa

63

4.16 Taburan Kekerapan Item ke-3 bagi Faktor

Didikan serta Bimbingan Ibu Bapa

64

Page 16: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

xiv

4.17 Taburan Kekerapan Item ke-4 bagi Faktor

Didikan serta Bimbingan Ibu Bapa

64

4.18 Taburan Kekerapan Item ke-5 bagi Faktor

Didikan serta Bimbingan Ibu Bapa

65

4.19 Taburan Kekerapan Item ke-6 bagi Faktor

Didikan serta Bimbingan Ibu Bapa

65

4.20 Taburan Kekerapan Item Per-1 bagi Faktor

Latar Belakang Sosio Ekonomi Ibu Bapa

66

4.21 Taburan Kekerapan Item ke-2 bagi Faktor

Latar Belakang Sosio Ekonomi Ibu Bapa

67

4.22 Taburan Kekerapan Item ke-3 bagi Faktor

Latar Belakang Sosio Ekonomi Ibu Bapa

67

4.23 Taburan Kekerapan Item ke-4 bagi Faktor

Latar Belakang Sosio Ekonomi Ibu Bapa

68

4.24 Taburan Kekerapan Item ke-5 bagi Faktor

Latar Belakang Sosio Ekonomi Ibu Bapa

68

4.25 Taburan Kekerapan Item ke-6 bagi Faktor

Latar Belakang Sosio Ekonomi Ibu Bapa

69

4.26 Taburan Kekerapan Item Per-1 bagi Faktor

Tahap Pendidikan Ibu Bapa

70

4.27 Taburan Kekerapan Item ke-2 bagi Faktor

Tahap Pendidikan Ibu Bapa

70

4.28 Taburan Kekerapan Item ke-3 bagi Faktor

Tahap Pendidikan Ibu Bapa

71

4.29 Taburan Kekerapan Item ke-4 bagi Faktor

Tahap Pendidikan Ibu Bapa

71

Page 17: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

xv

4.30 Taburan Kekerapan Item ke-5 bagi Faktor

Tahap Pendidikan Ibu Bapa

72

4.31 Taburan Kekerapan Item ke-6 bagi Faktor

Tahap Pendidikan Ibu Bapa

72

4.32 Taburan Nilai Min bagi setiap Faktor Ibu

Bapa

73

4.33 Analisis Pearson Mengenai Sikap Ibu Bapa 73

4.34 Analisis Pearson Mengenai Minat Ibu Bapa 74

4.35 Analisis Pearson Mengenai Didikan serta

Bimbingan Ibu Bapa

74

4.36 Analisis Pearson Mengenai Latar Belakang

Sosio Ekonomi Ibu Bapa

75

4.37 Analisis Pearson Mengenai Tahap

Pendidikan Ibu Bapa

75

4.38 Analisis Pearson Mengenai Pengaruh Ibu

Bapa (Keseluruhan)

76

4.39 Ujian-T Faktor Sikap Ibu Bapa 76

4.40 Ujian-T Faktor Minat Ibu Bapa 77

4.41 Ujian-T Faktor Didikan serta Bimbingan

Ibu Bapa

77

4.42 Ujian-T Faktor Latar Belakang Sosio

Ekonomi Ibu Bapa

78

4.43 Ujian-T Faktor Tahap Pendidikan Ibu Bapa 78

4.44 Ujian-T Faktor Pengaruh Ibu Bapa

(Keseluruhan).

78

Page 18: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK

MUKA SURAT

1.1 Kerangka Konsep 19

Page 19: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

xvii

SENARAI SINGKATAN

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

SPMV - Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

KPKK - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan

SPSS - Statistical Packages For Social Science

Page 20: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT LAMPIRAN A Surat Pengesahan 101

Pakar Bidang

LAMPIRAN B Surat Kebenaran 104 Kementerian Pendidikan (EPRD) LAMPIRAN C Soal Selidik 107

Page 21: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Sebagai sebuah negara yang merdeka, Malaysia kini dalam proses pembangunan

yang pesat dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sosial, dan pendidikan. Penerapan

nilai-nilai Islam yang menjadi teras jentera kerajaan masa kini sedikit sebanyak telah

diselaraskan mengikut bidang pendidikan itu sendiri. Oleh itu dasar dan polisi pelajaran

yang telah diciptakan untuk disesuaikan dengan kehendak dan inspirasi rakyat itu sendiri,

sekaligus membuangkan sisa pelajaran penjajah yang telah dipraktikkan bagi memenuhi

impian ini seperti ‘Penyata Razak 1956 ( Penyata Jawatan Kuasa Pelajaran 1956)

‘Undang-undang Pelajaran 1957’ ‘Penyata Rahman Talib 1960’ dan akhirnya Dasar

Pelajaran Kebangsaan.

Di samping itu corak kurikulumnya juga diubah suai selaras dengan kehendak

semasa seperti Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah

Menengah (KBSM). Pada dasarnya segala perubahan yang telah disebutkan mempunyai

objektif yang murni. Berjaya atau gagalnya sesuatu dasar atau objektif tersebut antara

lain bergantung kepada tahap pencapaian kelompok terbesar dalam pendidikan iaitu

pelajar.

Page 22: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

2

Dalam memperkatakan pencapaian pelajar, saban tahun sering diadakan pelbagai

cara oleh ahli-ahli akademik untuk memperbaiki pencapaian para pelajar. Dalam hal ini

tidak dinafikan matlamat utama bagi penubuhan pendidikan adalah untuk meningkatkan

pencapaian pelajar-pelajar ( Morison dan Mcintyre 1975; Zainuddin 2000). Masalah ini

bukan sahaja mendapat perhatian yang serius oleh ahli-ahli akademik malah

kebimbangan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah juga semakin jelas.

Pendidikan merupakan satu saluran untuk seseorang memperbaiki dan

mempertingkatkan lagi taraf sosio ekonomi dalam masyarakat yang mempunyai sistem

stratifikasi yang bersifat terbuka (Ee Ah Meng, 1998). Bagi menjayakan hasrat ini,

faktor pencapaian akademik memainkan peranan penting dalam menentukan kehidupan

yang lebih baik di masa hadapan. Mengikut Mokhtar Yusof (1994) taraf pendidikan

yang tinggi sering di kaitkan dengan sosio ekonomi yang lebih baik.

Buat masa ini, pencapaian akademik seseorang diukur melalui pencapaian dalam

peperiksaan. Kegagalan atau pencapaian yang rendah dalam peperiksaan, selalunya

menjadi persoalan utama ibu bapa, masyarakat dan kerajaan. Pelbagai kajian dan syor

dibuat dalam mencari penyelesaian masalah kegagalan tersebut. Justeru itu kekaburan

dalam mengenal pasti faktor-faktor tersebut akan menjadi kemajuan yang ingin

diwujudkan kepada pencapaian pelajar menjadi bertambah rumit dan akhirnya turut

dinafikan. Walaubagaimanapun dalam kajian ini faktor-faktor persekitaran keluarga

adalah dirasakan lebih penting dan perlu dikaji dengan mendalam.

Selaras dengan kehendak kerajaan yang ingin meningkatkan tahap pencapaian

pelajar-pelajar, institusi kekeluargaan sangat memainkan peranan yang penting untuk

melahirkan pelajar-pelajar yang berpendidkan tinggi seterusnya berjaya di masa hadapan.

Ini kerana pembinaan dan pembetukan ummah bermula dari institusi kekeluargaan. Jika

baik dan terurus institusi kekeluargaan, maka baik dan kukuhlah generasi yang

dilahirkan oleh sesuatu ummah. Hal ini bertitik tolak daripada hakikat, bahawa

rumahtangga adalah institusi terawal dan terpenting yang bertanggungjawab membentuk

Page 23: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

3

peribadi individu sama ada dari segi ‘aqidah, syara’ atau akhlak (Mustafa Haji Daud,

1989).

Tiada siapa yang dapat menafikan tentang betapa besarnya pengaruh ibu bapa

dalam pembentukan sahsiah seseorang anak. Ibu adalah orang yang paling hampir

kepada anak. Ia memiliki beberapa senjata yang berkesan untuk menambat kesetiaan

anak-anak. Belaian kasih sayang dan sebagainya merupakan senjata yang penting bagi

membolehkan anak-anaknya mudah menerima nasihat dan tunjuk ajar darinya. Ini

sangat membantu di dalam sesuatu proses pembelajaran pelajar-pelajar di sekolah

(Mustafa Haji Daud, 1989). Hal ini dijelaskan oleh Rasullah (S.A.W) di dalam hadith,

yang bermaksud…

Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka kedua ibu bapanya yang

menyebabkan dia menjadi Yahudi atau nasrani atau Majusi.

( diriwayatkan oleh Abu Daud )

Justeru itu, institusi kekeluargaan seharusnya menjadi tempat penglahiran

generasi yang mempunyai cirri-ciri tersebut sebagai tempat pembentukan sahsiah,

seterusnya dari aspek pendidikan, anak-anak ini mencapai tahap yang cemerlang

(Mustafa Haji Daud, 1989).

Kekukuhan sesuatu umat atau sesuatu negara itu bermula dari kekukuhan dan

kekuatan institusi kekeluargaan. Jika institusi kekeluargaan itu aman, teratur dan terurus,

maka keselamatan masyarakat dan negara pasti terjamin. Ekonomi Negara itu juga

menjadi stabil dan berkembang. Sebaliknya, Negara itu akan menjadi lemah dari segi

ekonomi jika institusi kekeluargaannya kucar-kacir dan tidak terurus. Ini kerana dalam

sesuatu keluarga, ibu bapa perlu membuat persediaan untuk melengkapkan diri sebagai

suami, isteri dan ibu bapa kepada anak-anak mereka. (Mustafa Haji Daud, 1989).

Page 24: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

4

Ekonomi yang kukuh dapat menyempurnakan tugas dan tanggungjawab ibu bapa

terhadap anak-anaknya sama ada dari segi nafkah atau pendidikan. Anak yang mendapat

pendidikan yang sempurna bakal menjadi generasi yang baik dan kuat pada masa akan

datang.

Bapa yang kaya akan mewariskan harta yang banyak kepada anak-anaknya.

Melalui harta yang banyak anak-anak akan menjadi generasi yang maju untuk terus

memperkembangkan lagi harta peningglan bapanya. Dengan ini ekonomi sesuatu

keluarga itu bertambah kukuh dan mambawa implikasi kemakmuran dan keamanan pada

keseluruahnnya. Begitu juga dari sudut pendidikan, sesebuah keluarga ynag mempunyai

ekonomi yanh kukuh dapat membantu anak-anak demi peningkatan pencapaian

akademik mereka di sekolah mahupun di peringkat universiti (Douglas, 1969)

Dalam kajian ini pengkaji memberi penekanan kepada lima faktor berikut yang

mempengaruhi pencapaian akademik pelajar-pelajar dalam mata pelajarn Sains:

i) Sikap Ibu Bapa

Menurut Sa’ibah (2000) ibu bapa adalah terlibat secara langsung dalam

pendidikan anak-anak mereka. Peranan ibu bapa bukan sekadar menghantar anak-anak

ke sekolah tetapi mereka harus peka kepada perkara-perkara yang boleh meningkatkan

pembelajaran anak mereka, seperti menyediakan anak-anak dengan kelengkapan seperti

buku-buku, membayar yuran, dan sebagainya. Perkara ini boleh berlaku sekiranya

keluarga mempunyai sikap dan minat yang positif terhadap pendidikan anak-anak

kecuali keluarga berkenaan menghadapi kekangan dari segi ekonomi.

Mohd Noor (1990) menyatakan ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan anak ke

sekolah tanpa berperanan sebagai sumber pengukuh terhadap pendidikan dan kepada

perkara yang diamalkan dan digalakkan di sekolah. Ibu bapa perlu sedar bahawa jangka

masa anak-anak berada di sekolah adalah singkat. Apa yang dapat di amalkan di sekolah,

Page 25: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

5

di bawah didikan guru adalah terhad dan memadai. Masa anak berada di rumah adalah

lebih lama. Oleh itu ibu bapa perlu terus mendorong dan mengalakkan anak

mengamalkan apa yang dipelajari di sekolah ( Sa’ibah, 2000).

ii) Minat Ibu Bapa

Minat merupakan sesuatu yang abstark di mana ia merupakan sesuatu perilaku yang

sukar untuk dinilai atau diukur secara objektif. Menurut Sufean (1996) minat merupakan

keghairahan atau kegemaran untuk melakukan sesuatu perkara atau aktiviti yang akan

menumpukan pada daya usaha, masa, pemikiran dan sumber-sumber bagi memenuhi

keinginan minatnya.

Ibu bapa perlu mempunyai minat ke atas pelajaran anak-anak seperti bertanya

kepada anak-anak mereka sekiranya ada kerja sekolah yang diberikan oleh guru untuk

disiapkan di rumah. Sekiranya mereka ada tugas yang perlu disiapkan, arahkan mereka

untuk menyelesaikan kerja sekolah terlebih dahulu sebelum membuat kerja-kerja yang

lain. Ibu bapa yang menunjukkan minat terhadap pembelajaran anak mereka akan

menjadi inspirasi untuk anak mereka meminati sesuatu pembelajaran. ( Zainuddin, 2000).

Ada juga di antara ibu bapa yang terlupa akan peranan mereka dalam pendidikan

anak-anak mereka di mana mereka menyerahkan bulat-bulat berkaitan dengan

pendidikan kepada pihak sekolah dalam proses pengajaran serta meningkatkan kemajuan

anak-anak mereka ( Hussein, 1993 )

iii) Pendidikan Ibu Bapa

Latar belakang keluarga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi

pencapaian pelajaran seseorang kanak-kanak . Menurut Manja (1990) ibu bapa yang

kurang berpelajaran lebih menumpukan kerja untuk menampung perbelanjaan keluarga

Page 26: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

6

berbanding pendidikan anak-anak. Kebanyakan ibu bapa ini tidak dapat memberikan

didikan yang dapat membantu anak-anak mereka belajar di luar waktu sekolah.

Sementara itu bagi ibu bapa yang mempunyai pencapaian pelajaran yang tinggi,

pencapaian pendidikan anknya juga tinggi. Ibu bapa ini menghendaki anak mereka

mencapai kemajuan dalam pelajaran. Situasi ini akan menjadi penggerak kepada anak-

anak mereka untuk memilih pencapaian yang baik. ( Fraser 1959; Sa’ibah, 2000)

Ibu bapa yang berpendidikan dan berkemampuan akan berusaha dan memberi

perhatian terhadap pendidikan anak-anak mereka dan mengaharap anak-anak mereka

akan mencapai kemajuan dan kejayaan lebih baik daripada mereka.

(Mohd Noor, 1990)

Menurut Breambeak C.S (1971), ibu bapa yang berpendidikan tinggi dapat

membantu anak-anak mereka dalam pelajaran di rumah. Manakala ibu bapa yang taraf

pendidikannya rendah merasa kurang yakin untuk membantu anak-anak mereka.keadaan

inbi menyebabkan anak-anak tidak mendapat didikan dan seterusnya akan menghasilkan

pencapaian akademik yang rendah jika dibandingkandengan ibu bapa yang

berpendidikan.

iv) Didikan serta Bimbingan Ibu bapa

Didikan keluarga akan mencipta kejayaan anak-anak mereka. Manja (1990)

menyatakan proses pengasuhan dan didikan yang diterima oleh kanak-kanak samada

sebelum atau selepas lahir akan mempengaruhi perkembangan pembelajaran kanak-

kanak itu. Ini bermaksud bahawa asuhan di peringkat awal lagi akan membawa kepada

pencapaian yang baik dalam pendidikan seterusnya. (Mustafa Daud, 1989).

Page 27: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

7

Ibu bapa sebenarnya mempunyai kesempatan yang begitu banyak untuk

mempengaruhi serta mencorakkan anak-anak sehingga menjadi manusia yang cemerlang

dan pintar. Tajul Ariffin(1990) menyatakan masa interaksi anak dan keluarga adalah 70

peratus berbanding guru yang hanya 30 peratus masa interaksi mereka.

Walaubagaimanapun terdapat ibu bapa yang hanya mengasihi, mendidik dan

mengasuh anak-anak semasa mereka kecil tetapi ibu bapa ini sering lupa tanggungjawab

ini apabila anak-anak mereka semakin besar dan meningkat remaja. Seharusnya mereka

perlu berusaha mendidik anak masing-masing sehingga dewasa demi masa depan

mereka. hasil pengasuhan yang baik terhadap kanak-kanak oleh keluarga akan

membentuk perangai, tingkah laku, personaliti, bakat dan potensi anak masing-masing.

Sa’ibah (2000) berpendapat bahawa walaupun seseorang pelajar dilahirkan bijak,

tetapi tidak dapat kesempatan dan rangsangan untuk belajar dengan lebih banyak, sudah

pasti keistimewaan yang ada padanya akan pupus begitu sahaja. Ini bermaksud didikan

adalah penting untuk perkembangan potensi anak-anak.Dalam proses memberi didikan

kepada anak-anak, ibu bapa harus memiliki sifat kasih saying . kasih sayang yang luhur

dari ibu bapa adalah umpama semangat utnuk anak-anak terus hidup dan mempunyai

perkembangan yang baik dalam kehidupan sehariannya.

(Aminah 1997).

Mustafa Daud (1989) menyatakan, tanpa kasih sayang yang luhur daripada ibu

bapa, anak-anak akan bersikap kasar, keras kepala dan kejam yang mana sifat-sifat ini

sangat dibenci oleh Allah S.W.T dan ia akan memberi kesan yang negatif kepada anak-

anak. Justeru itu ibu bapa di kehendaki membentuk sifat kasih sayang di dalam hati dan

memperbaiki diri dengan sifat serta berkelakuan dengan sifat-sifat terpuji. Harus diingat

kasih sayang tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu insan yang baik. Ibu bapa

hendaklah bertanggungjawab memberi pelajaran yang sempurna dan didikan

personalitiserta membimbing anak-anak supaya mempunyai akhlak yang

mulia.( Aminah 1997)

Page 28: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

8

Mustafa Daud (1989) menyatakan dalam mengasuh anak-anak secara Islam ,

pengajaran yang berupa pendidikan mengarahkan supaya memerhati anak-anak mereka

secara teliti dan sempurna termasuklah mengetahui dengan siapa anak-anak mereka

menghabiskan masa mereka. Ini bermaksud ibu bapa mengasuh anak-anak mereka kea

rah pengurusan masa yang sistematik, pemilihan kegiatan yang baik dan pemilihan

rakan-rakan yang baik. Ibu bapa juga harus menghias diri mereka dengan sifat-sifat budi

pekerti yang mulia, lemah lembut dan belas kasihan. Ini akan membolehkan anak-anak

mereka membesar di jalan ynag lurus dan terdidik dengan semangat yang berani berterus

terang dan bebas diri disamping mereka merasakan diri mereka berharga dan dihormati.

Dengan erti kata lain, mendidik, membimbing dan mengasuh anak-anak masih

tetap menjadi tanggungjawab ibu bapa yang dianggap sebagai guru yang paling baik jika

mereka tahu bagaimana hendak mengajar dan mendidik anak-anak mereka.

v) Latar Belakang Ekonomi.

Tahap sosio ekonomi keluarga adalah faktor yang paling penting dalam

menentukan masa hadapan kejayaan anak-anak dalam pelajaran. ( Wan Noor Saliha,

2002 ). Menurut T.Marimuthu (1996) taraf sosio ekonomi atau kelas social keluarga

merupakan unsur yang paling kukuh bagi menentukan kebolehan akademik kanak-

kanak di sekolah. Taraf ekonomi dan pencapaian akademik menunjukkan hubungan

yang positif, iaitu semakin tinggi taraf sosio ekonomi ibu bapanya, maka lebih tinggilah

pencapaian akademik anak-anak itu. Taraf sosio ekonomi bukan sahaja satu penyebab

kepada ketidakhadiran, ponteng, keciciran, kemunduran dalam pelajaran atau peluang

untuk memimpin di sekolah, penglibatan dalam kegiatan luar bilik darjah, jumlah hari

bersekolah dan lain-lain ciri kejayaan.

Sa’ibah ( 2000 ) menyatakan cirri-ciri keluarga yang menjadi asas yang kuat bagi

pencapaian akademik adalah taraf hidup atau status ekonomi mereka. Wan Noor Saliha

(2002) berpendapat apabila keluarga gagal memenuhi keperluan anak-anak seperti

Page 29: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

9

makan, minum dan pakaian, mereka akan tergerak untuk mencari rezeki dan kemewahan

sendiri. Dengan ini ia akan melemahkan usaha mereka di dalam mengejar ilmu

pengetahuan.

Sa’ibah ( 2000 ) juga berpendapat bahawa kemiskinanlah yang menjadikan

sesebuah keluarga gagal membekalkan makanan yang seimbang dan ia akan

menimbulkan masalah lain seperti masalah kesihatan kepada anak-anak ini akan

menjejaskan pembelajaran mereka. Jika ibu bapa mengabaikan perkara ini bererti ibu

bapa mengabaikan keperluan kesihatan anak-anak mereka. ( Aminah 1997)

Pelajar-pelajar yang tercicir di Malaysia dikatakan dari kelas sosio ekonomi yang

rendah. Ini kerana ibu bapa dari golongan yang tidak mampu menyediakan kemudahan

yang diperlukan oleh anak-anaknya. ( Sa’ibah 2000 ). Ibu bapa yang kurang mampu,

lebih mementingkan kerja unutk menampung keperluan keluarga. Ada kalanya anak-

anak dikerah untuk membantu ibu bapa bekerja.

Sa’ibah (2000) juga menyatakan pencapaian akademik sebenar seseorang

dikatakan mempunyai pertalian yang rapat dengan status ekonomi ibu bapa. Ini bererti

lebih tinggi status ekonomi sesebuah keluarga, lebih tinggi kadar pencapaian akademik

anak-anaknya. Sebaliknya jika kedudukan status ekonomi sesebuah keluarga rendah,

maka kadar mencapaian akademik anak-anak turut rendah.

1.1 Latar Belakang Masalah

Pada masa kini masyarakat mula memberikan perhatian terhadap institusi

keluarga sebagai institusi yang penting. Segalanya bermula dengan institusi keluarga itu

sendiri. Keruntuhan sebahagian besar institusi keluarga di barat telah berlaku sejak

bermulanya revolusi industri, yang sampai ke puncaknya pada tahun 1960-an.

Page 30: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

10

Keruntuhan institusi keluarga di Barat merupakan suatu bencana yang amat buruk yang

pasti membawa kepada keruntuhan generasi akan datang. Kebanyakan jenayah yang

berlaku di barat seperti rompakan, rogol, pembunuhan dan penyalahgunaan dadah

adalah berpunca daripada keruntuhan keluarga yang melahirkan generasi yang

merasakan kekosongan jiwa akibat tiada belaian kasih sayang.

Kekosongan ini melahirkan perasaan dendam, tidak bertimbang rasa, kejam,

tidak berperikemanusiaan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan diri.

Perkara ini sudah lama berlaku di barat dan ia sudah menular di Malaysia. Pelbagai

masalah sosial di kalangan anak-anak muda dilaporkan semakin meningkat setiap tahun.

Akhlak sesetengah muda mudi begitu rendah sekali. Ibu bapa dan orang yang lebih

dewasa tidak lagi dihormati. Mereka hidup dalam kepura-puraan dan kepalsuan. Mereka

yang menghadapi keruntuhan institusi keluarga tidak mendapat pedoman yang boleh

dijadikan pegangan.

Kasih sayang ibu bapa yang mendalam terhadap anak-anak boleh membantu

pelajar mengelak daripada melakukan perbuatan tidak senonoh seterusnya membantu

pelajar tersebut lebih menumpukan kepada akademik mereka.Ini kerana kasih sayang itu

akan memberi ingatan kepada pelajar supaya jangan melakukannya. Mereka akan

berfikir, jika dilakukan juga maka ia boleh menjejaskan hubungan baik yang terjalin

dengan ibu bapa termasuk mencemar maruah keluarga. Justeru aspek keibubapaan

dalam membentuk keluarga bahagia perlu disemai ke dalam setiap diri lelaki dan wanita

yang akan berkahwin.

Menurut Mustafa Haji Daud (1989) lagi, masalah-masalah ini timbul akibat

daripada kelemahan institusi kekeluargaan sesebuah keluarga. Ibu bapa tidak mengambil

peranan kepada anak-anak mereka. Ini akan menyebabkan berlakunya kebebasan dalam

pergaulan, sikap suka ponteng sekolah, dan penagihan dadah khasnya kepada anak-anak

remaja yang masih di bangku sekolah lagi ( Mustafa Haji Daud, 1989)

Page 31: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

11

Beberapa perkara yang mempunyai hubungan dengan pengaruh ibu bapa

terhadap pencapaian akademik telah dikenal pasti. Di antaranya ialah sikap, minat, latar

belakang pendidikan, didikan dan latar belakang sosio ekonomi keluarga seseoarang

pelajar tersebut. Dari segi sikap dan minat ibu bapa hendaklah terlebih dahulu

menanamkan minat dan mempunyai sikap yang gigih untuk membimbing anak-anak

yang memerlukan perhatian. Ibu bapa yang bersikap positif dan mempunyai inisiatif

untuk mendidik dengan tekun dan sabar, mereka boleh berusaha dan berdikari.

Mimi Yusmizam Asrafil (2001) juga bersetuju, didikan dari ibu bapa adalah teras

utama bagi membolehkan seseorang pelajar itu berjaya atau tidak. Didikan yang

sempurna akan melahirkan anak-anak yang sentiasa ke arah kebaikan. Mereka tidak

jemu untuk belajar kerana ibu bapa mereka merupakan penggerak serta pembimbing

yang baik, perhatian dan galakan ibu bapa dalam apa jua bentuk, sangat membantu

seseorang pelajar mencapai kejayaan.

Latar belakang pendidikan sememangnya memberikan kesan kepada pencapaian

anak-anak di mana ianya penting untuk proses pengasuhan. Tanpa pendidikan sudah

tentu ibu bapa sukar memberikan didikan dan pandangan kepada anak-anak mereka

ketika anak-anak mereka menghadapi masalah berkaitan dengan pelajaran yang diajar

oleh guru (Aminah 1997). Suasana kehidupan di kalangan ibu bapa yang berpendidikan

lain keadaan di mana meraka selalu menekankan bahawa pendidikan dapat mencorakkan

masa depan anak-anak mereka.

Latar belakang sosio ekonomi merupakan salah satu perkara yang mempunyai

hubungan terhadap sesuatu pencapaian akademik seseorang pelajar. Ini kerana terbukti

bahawa status ekonomi memberikan kesan kepada pencapaian seseorang pelajar iaitu

bagi status sosio ekonomi yang rendah kanak-kanak terpaksa membantu ibu bapa

bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga seterusnya perbelanjaan sekolah

mereka. Ini tidak akan berlaku sekiranya ibu bapa berfikiran bahawa mencari rezeki

adalah tanggungjawab sahaja, bukan anak-anak mereka ( Sa’ibah, 2000) .

Page 32: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

12

Bagi mereka yang mempunyai status sosio ekonomi yang rendah, anak-anak

mereka akan menghadapi keciciran di sekolah di sebabkan oleh banyak faktor. Kajian

Kementerian Pendidikan mengenai keciciran di sekolah rendah mendapati faktor

kemiskinan merupakan penyumbang utama kepada masalah berkenaan. Beberapa faktor

lain seperti penyakit, jarak sekolah yang jauh dari tempat tinggal, masalah yuran sekolah,

kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan semuanya ada pertalian dengan

faktor kemiskinan. Sebilangan besar kanak-kanak yang mengidap penyakit kronik

adalah dari keluarga yang daif dan tidak mampu menyediakan makanan asas yang

seimbang. (Tan Sri Musa Mohamad, 2001)

Kadar keciciran pelajar di institusi pendidikan kerajaan di peringkat rendah

setakat hari ini ialah 2.20 peratus; peringkat menengah rendah 16.68 peratus dan

peringkat menengah 26.20 peratus. (Tan Sri Musa Mohamad, 2001)

Jadual 1.1: kadar keciciran pelajar di institusi pendidikan

Peringkat Kadar keciciran (%)

Peringkat rendah 2.20 %

Peringkat menengah rendah 16.68 %

Peringkat menengah 26.20 %

Sebaliknya situasi begini jarang pula berlaku terhadap sesebuah keluarga yang

mempunyai status sosio ekonomi yang tinggi. Di kalangan mereka yang berada

kebanyakan anak-anak mereka dapat memenuhi keperluan pendidikan anak-anak

mereka disamping didikan yang yang diberi. Didikan yang banyak akan memberi

kenyakinan kepada mereka untuk belajar dan berdikari. (Sa’ibah, 2000)

. Pada dasarnya, semua ibu bapa mempunyai hasrat untuk menghantar anak-anak

ke sekolah untuk memperoleh pendidikan yang sempurna bagi menjamin masa depan.

Terdapat keluarga yang tidak memberhentikan anak mereka dari sekolah walaupun

Page 33: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

13

mereka di belenggu kemiskinan. Ini kerana katanya, ibu bapa terlibat tidak mahu anak-

anak mereka tercicir dan mewarisi kemelut keperitan hidup mereka. Ibu bapa tersebut

terpaksa menyediakan wang secukupnya untuk pembiayaan anak-anak bersekolah.

Namun keadaan hidup mereka yang selalu sahaja keputusan belanja harian

menyebabkan anak-anak ini lebih kerap tidak hadir ke sekolah.

Menurut Tan Sri Musa (2001), kanak-kanak yang tidak dapat mengikuti proses

pembelajaran sepenuhnya dan tercicir dari pembelajaran yang akhirnya menjadikan

mereka hilang minat, hilang keyakinan, tiada motivasi dan seterusnya menjadikan

mereka pelajar yang lemah. Tan Sri Musa (2001) juga berpendapat , punca sebenar

pelajar-pelajar Melayu gagal dalam bidang akademik ialah sikap ibu bapa mereka yang

tidak memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak untuk belajar. Kementerian

mempunyai data yang kukuh mengenai perkara tersebut melalui hasil kajian saintifiknya

dan kajian pelbagai pihak. Daripada kajian yang jalankan memang terbukti bahawa

anak-anak Melayu lemah dalam pelajaran kerana tiada sokongan daripada ibu bapa

manakala pelajar-pelajar bukan Melayu berjaya kerana ibu bapa mereka memberi

dorongan dan sokongan yang kuat. (Tan Sri Musa, 2001)

Menurut Tan Sri Musa (2001) lagi, ibu bapa pelajar Cina memberi sokongan

melalui pelbagai cara kepada anak-anaknya untuk cemerlang dalam akademik. Ini dapat

dilihat daripada cara ibu bapa mereka mengambil berat tentang pelajaran anak-anak

mereka iaitu jika anak mereka sedang mengulang kaji pelajaran pada waktu malam,

mereka bersama-sama bersengkang mata sehingga larut malam sambil menyediakan

kopi, menunggu anak-anak mereka habis belajar. Namun ibu bapa pelajar Melayu pula

lebih dipengaruhi budaya lama iaitu menyerahkan kepada guru dan sekolah untuk

menentukan kejayaan anak-anak mereka. Mereka menyerahkan bulat-bulat soal

pendidikan anak masing-masing kepada guru dan sekolah sedangkan ibu bapa pelajar

bukan Melayu bersama-sama membantu anak-anak mereka.

Page 34: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

14

Menurut beliau lagi kebanyakan ibu bapa pelajar bukan Melayu, tergolong dalam

keluarga yang miskin tetapi memahami pentingnya peranan mereka dalam memastikan

kejayaan anak-anak dalam pelajaran. Manakala ibu bapa pelajar Melayu tidak mahu

menerima hakikat bahawa keluarga adalah pendorong utama kemajuan akademik anak-

anak mereka. Sehubungan dengan itu, bagi menyedarkan ibu bapa itu mengenai

tanggungjawab mereka, Kementerian telah menyediakan program khas iaitu, Program

Pembinaan Ilmu Kekeluargaan untuk mereka.

Program berkenaan telah dibangunkan oleh Kementerian melalui Institut

Aminuddin Baki (IAB). IAB telah melatih guru-guru untuk mengendalikan program

berkenaan dengan matlamat melahirkan ibu bapa yang cenderung terhadap pentingnya

peranan mereka bersama-sama membangun akademik anak masing-masing.

Selain itu, ibu bapa juga diminta mengubah mentaliti yang anak perempuan

sahaja perlu diberi perhatian sepenuhnya manakala anak lelaki dibiarkan apabila mereka

sudah remaja. Menurut Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan

(KPPK), Tengku Habsah Tengku Petera (2003), budaya itu boleh dikatakan telah

menjadi sebati dengan cara hidup sesetengah masyarakat Melayu.

Menurut beliau, tindakan ibu bapa yang menjadikan budaya itu sebagai amalan

boleh mengakibatkan anak-anak lelaki mereka mudah terpengaruh dengan gejala-gejala

sosial yang dibawa oleh rakan-rakan sebaya. Berbanding dengan anak-anak lelaki,

anak-anak perempuan akan diawasi sepenuhnya oleh keluarga bagi mengelakkan nama

baik keluarga tercemar jika berlaku perkara yang tidak baik. Mungkin sesetengah

keluarga beranggapan anak lelaki tahu menjaga diri mereka apabila meningkat remaja,

sedangkan remaja lelaki ini perlu mendapat pengawasan yang sama seperti anak-anak

perempuan.

Page 35: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

15

Menurut Tengku Habsah lagi, tidak hairanlah disebabkan oleh mentaliti itu,

bilangan pelajar perempuan lebih ramai daripada pelajar lelaki di kebanyakan universiti

tempatan. Justeru beliau meminta ibu bapa perlu mengambil tahu setiap tindakan

seharian anak-anak mereka sama ada lelaki atau perempuan apatah lagi ketika

menganjak ke usia remaja. Setiap ibu bapa mempunyai tanggungjawab sepenuhnya

memantau mutu pencapaian akademik anak-anak mereka di sekolah, baik lelaki

mahupun perempuan kedua-duanya perlu kita ambil tahu.

Mereka tidak boleh menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab menjaga anak-

anak mereka kepada guru sekolah kerana hanya sepertiga masa mereka dihabiskan di

sekolah, manakala, dua pertiga lagi adalah masa di rumah. Ibu bapa harus sedar zaman

sekarang tidak seperti zaman dulu. Anak-anak zaman sekarang terdedah dengan

pelbagai gejala yang tidak sihat lebih-lebih lagi pengaruh kawan-kawan sebaya. Zaman

sekarang golongan ibu bapa perlu mengambil tahu dengan siapakah anak mereka

berkawan, dengan siapakah mereka keluar, dan memastikan destinasi anak-anak

mereka jika anak-anak mereka keluar. Menurut Tengku Habsah (2003) mengakui

anak-anak perlu diberikan kebebasan tetapi ia hendaklah terbatas bagi mengelakkan

kejadian yang tidak diingini. Sekiranya ibu bapa berjaya membentuk sahsiah serta

peribadi anak-anak mereka, maka dari sudut pencapaian akademik mereka juga turut

berjaya.

1.2 Penyataan Masalah

Dalam kajian ini pengkaji ingin mengkaji serta mengenal pasti bentuk-bentuk

pengaruh ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar dalam Penilaian Menengah

Rendah (PMR) di salah sebuah sekolah di daerah Pontian, Johor. Selain itu, kajian ini

adalah untuk mengenal pasti adakah terdapat hubungan pengaruh ibu bapa terhadap

pencapaian akademik pelajar atau sebaliknya dan juga untuk mengkaji perbezaan

Page 36: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

16

pengaruh ibu bapa merentas bangsa iaitu dengan mengenal pasti perbezaan pengaruh

ibu bapa pelajar bangsa Cina dan pelajar bangsa Melayu.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah :

1. Mengenal pasti bentuk-bentuk pengaruh ibu bapa terhadap pencapaian

Penilaian Menengah Rendah (PMR) dalam bagi mata pelajaran Sains di salah

sebuah sekolah di daerah Pontian, Johor.

2. Mengenal pasti hubungan di antara pengaruh ibu bapa dengan pencapaian

Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi mata pelajaran Sains di salah

sebuah sekolah di daerah Pontian, Johor.

3. Mengkaji perbezaan terhadap pengaruh ibu bapa merentas bangsa di salah

sebuah sekolah di daerah Pontian, Johor.

1.4 Persoalan Kajian 1. Apakah bentuk-bentuk pengaruh ibu bapa terhadap pencapaian Penilaian

Menengah Rendah (PMR) bagi mata pelajaran Sains di salah sebuah sekolah

di daerah Pontian, Johor?

2. Adakah terdapat hubungan di antara pengaruh ibu bapa dengan pencapaian

Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi mata pelajaran Sains di salah

sebuah sekolah di daerah Pontian, Johor?

Page 37: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

17

3. Adakah terdapat perbezaan di antara pengaruh ibu bapa merentas bangsa di

salah sebuah sekolah di daerah Pontian, Johor?

1.5 Hipotesis

1.5.1 Hubungan pengaruh ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar.

Ho1: Tiada hubungan yang signifikan di antara sikap ibu bapa dengan pencapaian

akademik pelajar.

Ho2: Tiada hubungan yang signifikan di antara minat ibu bapa dengan pencapaian

akademik pelajar.

Ho3: Tiada hubungan yang signifikan di antara tahap pendidikan ibu bapa dengan

pencapaian akademik pelajar.

Ho4: Tiada hubungan yang signifikan di antara didikan ibu bapa dengan pencapaian

akademik pelajar.

Ho5: Tiada hubungan yang signifikan di antara taraf ekonomi keluarga dengan

pencapaian akademik pelajar.

Ho6: Tiada hubungan yang signifikan di antara pengaruh ibu bapa dengan

pencapaian akademik pelajar.

1.5.2 Perbezaan terhadap pengaruh ibu bapa merentas bangsa:

Ho7: Tiada perbezaan yang signifikan terhadap sikap ibu bapa merentas bangsa.

Ho8: Tiada perbezaan yang signifikan terhadap minat ibu bapa merentas bangsa.

Page 38: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

18

Ho9: Tiada perbezaan yang signifikan terhadap tahap pendidikan ibu bapa merentas

bangsa.

Ho10: Tiada perbezaan yang signifikan terhadap didikan ibu bapa merentas bangsa.

Ho11: Tiada perbezaan yang signifikan terhadap taraf ekonomi ibu bapa merentas

bangsa.

Ho12: Tiada perbezaan yang signifikan terhadap pengaruh ibu bapa merentas bangsa.

1.6 Pembolehubah Kajian

1.6.1 Pembolehubah Bebas

Pembolehubah bebas atau tidak bersandar ialah pembolehubah yang

boleh berdiri sendiri (Mohd Majid B. Konting,1990). Dalam kajian ini, pembolehubah

bebas adalah pengaruh ibu bapa iaitu minat ibu bapa, sikap ibu bapa, didikan ibu bapa,

tahap pendidikan ibu bapa, dan latar belakang sosio ekonomi ibu bapa.

1.6.2 Pembolehubah bersandar

Pembolehubah bersandar ialah pembolehubah yang bergantung atau boleh

dipengaruhi oleh faktor lain.Dalam erti kata lain ialah hasil kajian yang ingin dicari.

Dalam kajian ini, pembolehubah bersandar ialah pencapaian akademik pelajar dalam

Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi mata pelajaran Sains.

Page 39: HUBUNGAN PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN … · CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak ... bapa terhadap

19

1.7 Kerangka Konsep

Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian

Kajian ini adalah untuk mengkaji bentuk pengaruh ibu bapa terhadap pencapaian

akademik pelajar. Selain itu kajian ini dilakukan untuk mengkaji hubungan di antara

pengaruh ibu bapa terhadap pencapaian akademik seseorang pelajar. Kajian ini juga

dilakukan untuk mengenal pasti perbezaan pencapaian PMR merentas bangsa, iaitu di

antara pelajar-pelajar bangsa Cina dengan pelajar-pelajar bangsa Melayu iaitu dengan

membandingkan pencapaian akademik dalam peperiksaan PMR bagi mata pelajaran

Sains pelajar-pelajar Melayu dengan pelajar-pelajar Cina.

Pengaruh ibu bapa:

1. Minat 2. Sikap 3. Didikan 4. Tahap

pendidikan 5. Sosio ekonomi

Pencapaian akademik

(PMR)

Cina

Perbezaan

Melayu

Hubungan