Kesan Halo.ppt

Embed Size (px)

DESCRIPTION

satu perkongsian ilmu

Citation preview

  • GRU 6014 Dr. Abd Kadir Bin Ariffin Yumi Binti Abd RahimM20102000783

  • Definisi Halo Halo bermakna cahaya

  • Definisi Kesan Halo Kesilapan persepsi Kelemahan manusia apabila membuat persepsi Kesilapan berfikir yang bersifat fitrah manusia

  • Pernahkah anda mendengar orang berkata begini :

  • Pemikiran POSITIF Pemuda itu seorang pekerja yang baik. Dia tentu seorang suami yang baik dan bertanggungjawab"

    Budak tu bijak betul. Dia tentu rajin belajar. Di universiti pun nanti dia akan mahasiswa cemerlang.

    Dia pemimpin agama yang alim. Budi pekertinya tinggi. Tidak mungkin dia akan melakukan rasuah.

  • Fenomena Kesan Halo Apabila kita mula membuat satu penilaian positif ke atas seseorang, seterusnya kita cenderung memberi penilaian-penilaian lain yang positif juga kepada orang itu.

  • Kesilapan Kesan Halo

    PENILAIAN KESAN HALOBudak itu bijak (penilaian positif) Rajin belajar (penilaian positif)

    Mahasiswa cemerlang (penilaianpositif juga)KESILAPANYA ADALAH : Di dalam dunia sebenar, budak yang bijak tidak semestinya rajin belajar, manakala budak yang rajin belajar belum tentu bijak. Malah budak yang bijak semasa di sekolah belum tentu menjadi mahasiswa cemerlang di universiti.

  • Pemikiran NEGATIF Pemuda itu seorang pekerja yang malas. Dia tentu seorang suami yang tidak bertanggungjawab"

    Budak itu tidak begitu pandai dalam bilik darjah. Dia tentu malas belajar. Bila besar nanti dia tidak akan menjadi orang yang berjaya.

    Dia pemimpin yang tidak alim. Seorang yang kedekut walaupun banyak harta. Mungkin dia melakukan rasuah.

  • Fenomena Kesan Halo Apabila kita mula membuat satu penilaian negatif ke atas seseorang, seterusnya kita cenderung memberi penilaian-penilaian lain yang negatif juga kepada orang itu.

  • Kesilapan Kesan Halo

    PENILAIAN KESAN HALOBudak itu tidak pandai (penilaian negatif) Malas belajar (penilaian negatif)

    Tidak berjaya dalam hidupnya (penilaian negatif juga)KESILAPANYA ADALAH : Di dalam dunia sebenar, budak yang yang tidak berapa pandai belum tentu malas belajar. Malah ramai pelajar-pelajar yang tidak berapa pandai semasa mereka di sekolah kemudiannya menjadi orang yang sangat berjaya.

  • Kesan Halo Kesan Halo bukan sahaja berlaku pada perkara-perkara positif, malah berlaku secara negatif juga.Fenomena kesan halo tidak semestinya boleh dilihat dengan jelas. Kajian yang dibuat oleh Dougherty dan rakan-rakannya mendapati pelbagai bentuk kesilapan kesan halo yang halus.

  • Implikasi Kesan Halo Kesan halo boleh membawa implikasi serius ke atas orang yang dipersepsi.

    Apabila kita terlebih membuat generalisasi terhadap objek atau seseorang yang mempunyai ciri-ciri cemerlang, yang membawa kita kepada memberi penilaian yang berlebihan kepada objek atau orang tersebut.

    Begitu juga sebaliknya.

  • KesimpulanFenomena kesan halo mengatakan, apabila sekali kita sudah mempunyai persepsi positif ke atas seseorang, walau apa pun yang dibuat oleh orang itu, kita cenderung menilainya secara positif juga, termasuklah dalam perkara-perkara yang kita tidak tahu mengenainya. Kesan halo juga mempunyai kesan yang serius terhadap orang yang kita nilai dan keputusan yang kita buat.