8
PROGRAM ‘SUKANEKA RAKYAT’ FELDA BUKIT KEPAYANG 2014 DENGAN KERJASAMA KRT FELDA BUKIT KEPAYANG Tarikh : Tempat : Masa :

Kertas_Kerja_Sukaneka_Rakyat 2014.doc

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kertas_Kerja_Sukaneka_Rakyat 2014.doc

PROGRAM ‘SUKANEKA RAKYAT’

FELDA BUKIT KEPAYANG2014

DENGAN KERJASAMA

KRT FELDA BUKIT KEPAYANG

Tarikh : Tempat : Masa :

1.0 PENDAHULUAN

Page 2: Kertas_Kerja_Sukaneka_Rakyat 2014.doc

Kertas kerja ini dikemukakan bagi tujuan untuk mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan PIHAK YANG BERKENAAN untuk mengadakan program ‘Sukaneka Rakyat’ bagi Penduduk Felda Bukit Kepayang.

Program ini akan diadakan di Dewan Serbaguna Bukit Kepayang, dengan penglibatan dan 8 orang ahli jawatankuasa pelaksana.

2.0 RASIONAL

Antara beberapa rasional program ini dijalankan adalah seperti berikut:

2.1 Pendedahan kepada Belia/Beliawanis tentang permainan tradisional rakyat yang wujud dalam kelompok masyarakat.

2.2 Berupaya untuk mengembalikan nostalgia mengenai permainan tradisional rakyat yang jarang kali diadakan.

2.3 Memupuk semangat muhibbah dan kekitaan di kalangan pelajar.

2.4 Sebagai salah satu aktiviti tahunan KRT.

3.0 OBJEKTIF

Program ini diharap dapat mencapai beberapa objektif yang telah disasarkan:

3.1 Menyedarkan para Belia/Beliawanis tentang kepentingan dan kesinambungan permainan tradisional rakyat untuk generasi akan datang agar tidak lenyap ditelan zaman.

3.2 Membentuk serta mengeratkan semangat muhibbah di kalangan peserta.

3.3 Mencungkil bakat kepimpinan, ketrampilan diri

3.4 Memupuk sifat bekerjasama dalam setiap kumpulan peserta.

4.0 PERINCIAN AKTIVITI

2

Page 3: Kertas_Kerja_Sukaneka_Rakyat 2014.doc

4.1 Tarikh, masa dan tempat

Program ini akan dijalankan seperti butiran berikut :

Tarikh : Masa : Tempat :

4.2 Penglibatan

Program ini terbuka kepada warga Felda Bukit Kepayang.

4.3 Acara permainan yang dipertandingkan

4.3.1 Mengambil coklat dalam tepung4.3.2 Meniup belon sehingga pecah4.3.3 Dam4.3.4 Carrom4.3.5 Tarik Tali 4.3.6 Pertandingan Gubahan / Masakan4.3.7 Pertandingan Mewarna4.3.8 Kerusi berirama4.3.9 Semakin Jauh Semakin Sayang

4.5 Hadiah

Hadiah akan disediakan oleh pihak penganjur untuk setiap Pemenang dengan mengambilkira tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat. Terdapat juga hadiah bagi peraduan ‘Teka Gula-gula’. Semua peserta program boleh meneka bilangan gula-gula yang terkandung di dalam sebuah bekas khas yang diletakkan di khemah urusetia.

4.6 Makanan/Minuman

3

Page 4: Kertas_Kerja_Sukaneka_Rakyat 2014.doc

Semasa acara dijalankan air minuman disediakan dan diletakkan di khemah urusetia. Makanan serta minuman akan diberikan selepas sahaja selesai semua acara dipertandingkan iaitu pada majlis penutupan program.

4.7 Keselamatan

Pihak penganjur akan menyediakan peti kecemasan (First Aid Kit) sewaktu program sedang berlangsung. Penganjur juga menyediakan kenderaan sekiranya berlaku kecemasan/kecederaan.

4.8 Pakaian

Para peserta diingatkan agar memakai pakaian yang sesuai bagi menjalankan aktiviti ‘Sukaneka Rakyat’ ini. Penggunaan/pemakaian selipar, barangan kemas dan telefon bimbit adalah tidak dibenarkan sama sekali.

5 AHLI JAWATANKUASA INDUK DAN BIDANG TUGAS

4

Page 5: Kertas_Kerja_Sukaneka_Rakyat 2014.doc

5.7 Ahli Jawatankuasa Induk

Penasihat Program :

Pengarah Program :

Timbalan Pengarah :

Setiausaha :

Bendahari :

AJK Logistik :

AJK Cenderahati :

AJK Tugas Khas :

6 TENTATIF PROGRAM

5

Page 6: Kertas_Kerja_Sukaneka_Rakyat 2014.doc

Tarikh Masa Aktiviti Tempat

21.12.2014 8.00 pagi

8.15 pagi

8.20 pagi

8.40 pagi

8.45 pagi

9.00 pagi

12.45 tghr

12.50 tghr

1.15 tghr

Semua peserta berkumpul dan pendaftaran

Bacaan doa selamat

Ucapan aluan dan perasmian oleh penasihat program

Ucapan pengarah program

Taklimat acara permainan

Acara permainan ‘Sukaneka Rakyat’ dimulakan

Acara permainan tamat

Majlis penutup program- Ucapan penutup - Penyampaian hadiah

kepada peserta

Bersurai

Dewan Serbaguna

7.0 ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM

6

Page 7: Kertas_Kerja_Sukaneka_Rakyat 2014.doc

Perbelanjaan

Peralatan permainan RM 300

Makanan & minuman RM 200

Hadiah (peserta dan penasihat) RM 1000

Belanja pentadbiran RM 300

P.A Sistem RM 200

Jumlah RM 2000

8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar segala objektif dan tujuan yang telah dirancang dalam kertas kerja ini dapat dicapai dengan jayanya. Sehubungan itu, kami amat berharap agar kertas kerja ini mendapat pertimbangan dan kelulusan yang sewajarnya daripada pihak tuan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................ ...............................................

Setiausaha PengarahProgram ‘Sukaneka Rakyat’ Program ‘Sukaneka Rakyat’

7