24
KERTAS PENERANGAN KURSUS TEKNOLOGI ELEKTRIK SEMESTER / TAHUN 4 / 2015 NO. DAN TAJUK MODUL ETE403 – INDUSTRIAL INSTALLATION 2 NO DAN PERNYATAAN TUGASAN K07 MENYELENGGARA DAN MENCARI KEROSAKAN ELEKTRIK OBJEKTIF PENCAPAIAN AKHIRAN MENYENGGARA DAN MENCARI KEROSAKAN PENDAWAIAN SATU FASA DAN KEROSAKAN PEMASANGAN, SUPAYA KEROSAKAN SISTEM PENDAWAIAN DAN PERALATAN ELEKTRIK TERSEBUT BOLEH BEROPERASI MENGIKUT SPESIFIKASI YANG DIPERLUKAN NO. KOD : ETE403 TARIKH : NAMA PELAJAR : TAJUK : M07 MENYELENGGARA DAN MENCARI KEROSAKAN ELEKTRIK TUJUAN : Murid boleh: 1. Menerangkan bagaimana mengenalpasti kerosakan, membaca litar skematik, mengesan dan membaiki kerosakan mengikut prosedur serta cara-cara untuk menguji dan mengesahkannya. 2. Menerangkan kaedah mencari kerosakan dan menyelenggara peralatan elektrik satu fasa dan alat penguji yang sesuai digunakan untuk mencari kerosakan.

KERTAS PENERANGAN K07.doc

Embed Size (px)

Citation preview

KERTAS PENERANGAN

KURSUSTEKNOLOGI ELEKTRIK

SEMESTER / TAHUN 4 / 2015

NO. DAN TAJUK MODUL

ETE403 – INDUSTRIAL INSTALLATION 2

NO DAN PERNYATAAN TUGASAN

K07 MENYELENGGARA DAN MENCARI KEROSAKAN ELEKTRIK

OBJEKTIF PENCAPAIAN AKHIRAN

MENYENGGARA DAN MENCARI KEROSAKAN PENDAWAIAN SATU FASA DAN KEROSAKAN PEMASANGAN, SUPAYA KEROSAKAN SISTEM PENDAWAIAN DAN PERALATAN ELEKTRIK TERSEBUT BOLEH BEROPERASI MENGIKUT SPESIFIKASI YANG DIPERLUKAN

NO. KOD : ETE403 TARIKH :

NAMA PELAJAR :

TAJUK : M07 MENYELENGGARA DAN MENCARI KEROSAKAN ELEKTRIK

TUJUAN : Murid boleh:

1. Menerangkan bagaimana mengenalpasti kerosakan, membaca litar skematik, mengesan dan membaiki kerosakan mengikut prosedur serta cara-cara untuk menguji dan mengesahkannya.

2. Menerangkan kaedah mencari kerosakan dan menyelenggara peralatan elektrik satu fasa dan alat penguji yang sesuai digunakan untuk mencari

kerosakan.

Tajuk : 07.01 MENYELENGGARA DAN MENCARI KEROSAKAN PENDAWAIAN

Penerangan :

Tujuan utama pengujian dan pemeriksaan dijalankan adalah untuk memastikan bahawa sesuatu pepasangan dilaksanakan dengan sempurna dan selamat, selaras dengan kehendak undang-undang dan peraturan pemasangan elektrik. Di antara undang-undang dan peraturan tersebut ialah seperti berikut:

1 Electricity Regulations.2 Electricity (Board Supplies) Rules.3. Electricity Ordinance.4. Safety Regulations.5. IEE Regulations for electrical installations.6. Akta Bekalan Elektrik.

Sesuatu pepasangan pada umumnya akan mengalami kerosakan. Kerosakan yang biasa berlaku pada pepasangan elektrik seperti :

1 Litar pintas.2. Arus bocor ke bumi.3. Peralatan tidak berfungsi.

Mengikut peraturan, pemeriksaan dan pengujian hendaklah dibuat terhadap pepasangan-pepasangan berikut:

1. Pepasangan baru elektrik.2. Pepasangan sedia ada untuk tujuan tambahan atau ubahsuaian.3. Pepasangan sedia ada secara berkala mengikut perencanaan bagi tujuan penyelenggaraan.4. Tambahan pepasangan, khususnya tambahan besar.5. Ujian di atas permintaan pengguna. Ini biasanya apabila berlaku kerosakan

terhadap pepasangan.6. Ujian untuk proses kemasukan bekalan oleh TNB.

2

Litar Skematik

Seseorang perlu kenalpasti fungsi peranti perlindungan litar. Secara umumnya fungsi peranti adalah seperti berikut:

1. Fius Perkhimatan dan neutral link. Saiz fius 60A dapat ditentukan. Pemasangan dibuat oleh pihak pembekal.

2.Meter Tenaga (Kwh Meter)Meter tenaga dipasang oleh pihak pembekal.

3.Suis utama (Main Switch)Kadaran saiz fius yang digunakan ditentukan dari beban yang tersambung.

4.ELCB / RCCB ( Earth Leakage Circuit Breaker / Residual Current Circuit Breaker )- Fungsinya memberi perlindungan arus bocor ke bumi.

ELCB 1 - Melindungi litar kecil akhir bagi litar alat tetap. Penentuan saiz ELCB (RCCB) bergantung jumlah pada beban tersambung. Sensitiviti 100mA – litar alat tetap.

RCCB 2 - Melindungi litar kecil akhir bagi litar kuasa. Sensitiviti 30mA – Litar radas tangan.

5.MCB (Pemutus Litar Kenit)- Fungsinya mengawal arus lebih.

- Ditentukan bergantung kepada jumlah beban tersambung.

6.Saiz kabel bagi litar kecil akhirDitentukan dari jumlah arus beban yang digunakan setelah faktor kepelbagaian.

7.Bilangan litar kecil akhir

3

1 2 3 4 5 6 7

2

1

3

4

5

6

7

8

9

10

1

2

Rujukan bagi mengetahui berapa jumlah kuasa atau arus yang digunakan dalam pepasangan

Mengesan dan Membaiki Kerosakan

1. Didalam mengenalpasti kerosakan yang berlaku seseorang murid itu hendaklah mengetahui kaedah melakukan ujian.

2. Kaedah menggunakan peralatan untuk menguji adalah kemahiran asas yang sepatutnya ada pada seseorang murid.

3. Pemeriksaan penglihatan adalah dicadangkan dilakukan terlebih dahulu sebelum diadakan sebarang ujian. Pemeriksaan penglihatan adalah pemeriksaan dengan cara melihat untuk tujuan antara lain seperti berikut :

Untuk memastikan alat-alat elektrik ysng dipasang adalah mengikut British Standard (BS), Malaysian Standard (MS), Suruhanjaya Tenaga (ST), IEE dan SIRIM. Sekiranya alat tersebut tidak ada sebarang tanda kelulusan, pihak pemborong hendaklah diminta supaya mengemukakan surat kelulusan berkenaan.

Untuk memastikan keseluruhan pepasangan dijalankan mengikut peraturan IEE dan lain- lain peraturan seperti dalam perkara di atas.

Untuk memastikan bahawa tidak ada kerosakan zahir pada alat-alat pemasangan atau yang disambung kepadanya.

1. LITAR PINTAS

Litar pintas bermaksud persentuhan tanpa melalui beban pada litar yang mengalirkan arus elektrik.Bagi pemasangan satu fasa,litar pintas ialah pencantuman di antara pengalir fasa dengan pengalir neutral .

Bagi kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila dilaporkan oleh pihak pengguna melalui MCB atau fius yang sering terpelantik atau putus apabila litar tersebut digunakan. Begitu juga apabila kerosakan itu berlaku pada papan suis utama (PSU), maka fius utama akan didapati sering terputus bekalan apabila di ‘ON’ kan .

Di antara penyebabnya ialah :-

1. Penebat kabel terkoyak.2. Penebat kabel cair.3. Benda asing seperti cicak , tikus , air dan kepingan logam yang menyentuh pengalir

elektrik.4. Kerosakan alat perkakas dan aksesori elektrik seperti pemisah terminal motor elektrik yang

pecah pemisahnya , soket yang pecah menyebabkan persentuhan antara pengalir elektrik dan sebagainya .

i. Kaedah mengesan kerosakan litar pintas.

Di antara kaedah mengesan kerosakan adalah seperti berikut :-

1. Matikan bekalan elektrik pada suis utama untuk menggelakkan berlakunya renjatan semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.

2. ‘OFF’kan ELCB (RCCB) dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.

4

3. Sekiranya suis utama , ELCB@RCCB dan semua MCB tidak dapat di’OFF’kan kerana bekalan sedang digunakan , penguji hanya perlu ‘OFF’kan MCB untuk litar yang rosak sahaja dan mesti berhati-hati semasa melakukan kerja mengesan kerosakan.Gunakan pakaian dan peralatan tangan keselamatan yang disyorkan.

4. Gunakan alat uji rintangan penebat( Insulation Resistance Tester ) untuk mengesan kerosakan litar pintas ini.

5. Terlebih dahulu asingkan beban seperti lampu , perkakas elektrik dari litar sebelum diuji. (sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban tersebut suisnya perlu di’OFF’kan).Ini adalah untuk menggelakkan daripada salah mendapat keputusan ujian dan mungkin merosakkan alat-alat elektrik disebabkan voltan dari alat uji tersebut.

6. Lakukan ujian pada setiap litar satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya ( fasa dengan fasa dan neutral ).

7. Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm , maka litar tersebut telah berlaku litar pintas.

8. Teruskan mengesan litar-litar lain kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak.

9. Tumpukan ujian pada satu demi satu litar yang lebih dari satu litar yang rosak sehingga punca kerosakan dapat dikenalpasti.

ii. Kaedah penyelesaian untuk membaikpulih kerosakan litar pintas

1. Setelah dikenalpasti litar yang rosak dan punca kerosakannya maka baiki atau tukar baru pemasangan pendawaian elektrik yang rosak itu mengikut mana yang sesuai.

2. Kerosakan seperti kabel terkoyak ( sedikit ) , benda asing seperti tikus , cicak , air dan

kepingan logam bersentuhan antara pengalir boleh dibaiki tanpa menukar baru pemasangan pendawaian itu .

3. Kabel yang terkoyak boleh diatasi dengan dibalut tempat yang koyak tersebut dengan pita PVC , andainya bahagian yang koyak itu sedikit iaitu memadai dengan dibalut sahaja.

4. Benda asing seperti tikus, cicak, air dan kepingan logam yang menjadi punca kerosakan juga boleh diatasi dengan membersihkan penyebab-penyebab tersebut.

5. Kerosakan yang disebabkan oleh penebat kabel cair ( disebabkan oleh kebakaran atau arus lampau tinggi melaluinya ) dan kerosakan alat-alat elektrik hanya boleh diatasi dengan menukar kabel dan alat-alat elektrik untuk litar itu dengan yang baru.

2. LITAR BOCOR KE BUMI

5

1. Litar bocor ke bumi membawa maksud terdapat arus yang bocor daripada pemasangan pendawaian yang membawa arus elektrik(sama ada dari sebelah fasa-fasa atau neutral) ke bumi.

2. Kejadian ini biasanya berlaku dari kabel atau alat-alat elektrik yang membawa arus elektrik kepada bahagian logam berbumi atau kabel bumi sendiri.

3. Kerosakan jenis ini biasanya dapat dikenalpasti apabila dilaporkan oleh pengguna bahawa ELCB@RCCB terpelantik apabila digunakan litar yang rosak itu.

4. Begitu juga apabila kerosakan itu berlaku pada papan suis utama (PSU), maka fius utama akan didapati sering terputus apabila di ‘ON’kan .

i) Penyebab kerosakan litar bocor kebumi

Penyebab kerosakan adalah disebabkan seperti berikut :

1. Penebat kabel yang mengalirkan arus elektrik dan menyentuh bahagian logam berbumi.

2. Penebat kabel yang mengalir arus elektrik cair dan bercantum dengan kabel bumi atau bahagian logam berbumi.

3. Benda asing seperti cicak, tikus, air dan kepingan logam yang menyentuh antara pengalir- pengalir arus elektrik dan bumi.

4. Kerosakan alat elektrik seperti kerosakan terminal motor, lampu, soket alir keluar yang menyebabkan bersentuhan dengan bumi.

5. Kabel tersepit pada bahagian logam seperti skru pada trunking yang berbumi atau tersepit pada bahagian logam mesin elektrik yang berbumi .

ii) Kaedah mengesan kerosakan litar bocor kebumi

Di antara kaedah yang perlu diketahui dalam mengesan kerosakan adalah seperti berikut :

1. Matikan bekalan elektrik pada suis utama ( main switch ) untuk menggelakkan sebarang bahaya semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.

2. ‘OFF’kan ELCB@RCCB dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.

3. Sekiranya suis utama , ELCB@RCCB dan semua MCB tidak di’OFF’kan kerana bekalan elektrik sedang digunakan , penguji perlu ‘OFF’kan MCB untuk litar yang rosak sahaja dan mesti berhati-hati semasa melakukan kerja mengesan kerosakan. Sila gunakan pakaian dan alat-alat kerja tangan keselamatan yang disyorkan.

4. Gunakan alat penguji rintangan penebat ( Insulation Resistance Tester ) untuk mengesan kerosakan litar dan litar bocor ke bumi itu.

5. Terlebih dahulu asingkan beban seperti lampu , motor elektrik dan alat-alat elektrik dari litar sebelum diuji ( sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban tersebut suisnya

6

perlu di’OFF’kan ).Ini adalah untuk menggelakkan daripada salah mendapat keputusan ujian dan mungkin merosakkan alat-alat elektrik disebabkan voltan dari alat uji tersebut.

6. Lakukan ujian pada setiap litar satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya dengan bumi (fasa – fasa ,neutral dan bumi ).

7. Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm , maka litar tersebut telah dikatakan bocor ke bumi (rujuk Jadual 71A Peraturan IEE-Edisi 16).

8. Teruskan mengesan litar-litar kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak.

9. Tumpukan ujian pada satu demi satu litar yang rosak sekiranya terdapat lebih dari satu litar yang rosak sehingga dapat mengenalpasti punca kerosakan.

iii) Kaedah penyelesaian membaikpulih kerosakan litar bocor ke bumi

1. Setelah dikenalpasti litar yang rosak dan punca kerosakannya maka baiki atau tukar baru pemasangan pendawaian elektrik yang rosak itu mengikut mana yang sesuai.

2. Kerosakan seperti kabel terkoyak (sedikit), benda asing seperti tikus, cicak , air dan kepingan logam bersentuhan antara pengalir boleh dibaiki tanpa menukar baru tempat yang koyak tersebut dengan pita PVK, andainya bahagian yang koyak itu sedikit iaitu memadai dengan dibalut sahaja .

3. Benda asing seperti tikus, cicak, air dan kepingan logam yang menjadi punca kerosakan juga boleh diatasi dengan membersihkan penyebab-penyebab tersebut.

4. Kerosakan yang disebabkan oleh penebat kabel cair ( disebabkan oleh kebakaran atau arus lampau tinggi melaluinya ) dan kerosakan alat-alat elektrik hanya boleh diatasi dengan menukar kabel dan alat-alat elektrik untuk litar itu dengan yang baru.

7

Prosedur Mencari Kerosakan

A. Baikpulih kerosakan

(i). Litar Pintas

1. Simptom : MCB terpelantik ( trip ) / fius putus.

2. Kaedah Ujian : Ujian Keterusan.

3. Alat : Multimeter (Ohm meter).

4. Punca ujian : Pengalir fasa dan pengalir neutral.

5. Beban : Ditanggalkan.

Bil Jenis KerosakanPeralatan

ujianTindakan

a Litar pintas Multimeter (ohm meter)

1. “ON”kan semua suis yang ada.

2. “OFF”kan semua MCB.

3. “ON”kan satu persatu MCB

4. MCB terpelantik apabila litar yang rosak di “ON”kan.

5. “OFF”kan MCB yang dikenalpasti.

6. “OFF”kan semua suis bagi litar yang bermasaalah.

7. “ON”kan MCB yang dikenalpasti.

8. “ON”kan suis litar yang bermasaalah satu persatu.

9. MCB terpelantik bila kerosakan ditemui.

10. Periksa bahagian yang telah dikenalpasti rosak.

11. Periksa alat yang rosak.

12. Ganti alat yang rosak

(ii). Arus Bocor Ke Bumi

8

1. Simptom : ELCB / RCCB Terpelantik.

2. Kaedah ujian : Ujian Rintangan Penebatan.

3. Alat : Insulation Resistance Tester.

4. Punca Ujian : Pengalir fasa dan pengalir pelindung.Pengalir neutral dan pengalir pelindung.

5. Berbeban : Semua suis dalam keadaan “OFF”.

6. Tanpa Beban : Semua suis dalam kedaan “ON”.

Bil Jenis Kerosakan Peralatan ujian Tindakan

b Arus bocor ke bumi Insulation testerMultimeter(Ohm meter)

1. Uji terminal L & E dengan ujian penebatan

2. Dapatkan bacaan. - lebih 1MΩ (Baik) - kurang 1MΩ (Kelemahan penebat)

3. Kenalpasti kerosakan.

4. Periksa penebat L & E *Jika tiada kerosakan pergi ke

step yang berikutnya*

5. Uji terminal N & E dengan ujian penebatan

a.Dapatkan bacaan.

- lebih 1MΩ (Baik) - kurang 1MΩ (Kelemahan penebat)

7. Kenalpasti kerosakan.

8. Periksa penebat N & E

9. Kerosakan dikenalpasti.

10. Buka tamatan pada Bahagian rosak

11. Baiki kerosakan.

9

(iii). Peralatan tidak berfungsi

1. Ujian yang dijalankan : Ujian keterusan

i - Uji fius

ii - Uji suis yang berada pada alat

iii - Uji pengalir tersambung pada alat:

2. Alat : Multimeter (Ohm meter)

c Peralatan tidak berfungsi.

Multimeter (Ohm meter)

1. Pastikan ada bekalan.

2. Periksa sambungan pada terminal penyambungan suis dan beban.

3. Uji fius ke beban (jika fius ada).

4. Uji keterusan pengalir pada alat.

5. Kerosakan dikenalpasti.

6. Baiki kerosakan.

7. Ganti bahagian yang rosak.Jika tak boleh diganti pisahkan dari pepasangan.

B. Uji dan sahkan pepasangan.

1. Uji dengan ujian litar mati.

2. Uji pepasangan. Ikut prosedur di atas.

Ujian keterusan.

Ujian penebatan

3. Ujian yang dilakukan bergantung kepada kerosakan yang berlaku.

4. Uji dengan ujian litar hidup.

5. Uji bahagian yang telah dibaik pulih.

6. Masukkan segala data baikpulih di dalam log book.

10

TAJUK : 07.02 MENYELENGGARA DAN MENCARI KEROSAKAN PERALATAN ELEKTRIK SATU FASA

PENERANGAN :

Langkah pertama dalam mengesan kerosakan ialah melalui kaedah pemeriksaan pemerhatian (visual inspection). Visual Inspection ini seperti mengesan bahagian yang pecah atau patah atau terbakar. Kita tidak semestinya menggunakan peralatan sahaja dalam mencari kerosakan sesuatu alat.

Faktor utama yang menggagalkan alat untuk berfungsi ialah tiada bekalan. Sebelum membuat kesimpulan bahawa alat tersebut rosak bekalan hendaklah diuji terlebih dahulu. Sekiranya tiada bekalan, ianya hendaklah dibaikpulih. Jika dikenalpasti bahawa alat adalah rosak pastikan alat diasingkan dari bekalan hidup sebelum mengesan dan membaikpulih kerosakan.

Prosedur mengesan kerosakan peralatan elektrik mestilah dimulakan dari bekalan kuasa, palam tiga pin dan seterusnya komponen-komponen yang terdapat dalam setiap peralatan elektrik yang hendak diperbaiki.

Haruslah diingatkan bahawa adakalanya komponen-komponen yang rosak tidak terdapat dipasaran. Ini memerlukan kebijaksanaan pembaiki untuk menggunakan apa-apa bahan yang ada untuk diubahsuai. Adakalanya adalah lebih ekonomikal untuk melupuskan alat tersebut kerana kos membaiki tidak releven dengan kos membeli peralatan elektrik yang baru.

Setelah alat disenggara/baikpulih dan siap dipasang semula ujian rintangan penebatan hendaklah dilakukan sekali lagi sebelum diuji dengan bekalan hidup.

Rintangan penebatan untuk peralatan elektrik ialah tidak kurang dari 0.5MΩ, jika kurang maka penebatan bagi alatan itu adalah tidak terjamin.

11

1. Prosedur mengesan kerosakan dan membaikpulih peralatan elektrik.

Untuk mengesan kerosakan pada alatan dengan cepat dan mudah, langkah kerja mestilah mengikut prosedur yang betul.

Carta aliran di bawah menunjukkan jujukan mengesan kerosakkan dan baik pulih pada peralatan elektrik seperti periuk nasi elektrik, cerek elektrik dan seterika elektrik.

Penyenggaraan peralatan elektrik perlu dibuat mengikut peraturan tertentu bagi memastikan keselamatan pengguna apabila menggunakan alat tersebut.

12

Mengenal Pasti Kendalian Alat

Mengenal pasti bahagian Kerosakan

Membuka Alat

Mengenal Pasti Bahagian/Komponen Yang Rosak

Menukar Ganti Komponen Yang Rosak

Memasang Alat

Menguji Alat

CARTA ALIR MENGESAN DAN MEMBAIK PULIH PERALATAN ELEKTRIK

2. Langkah pembaikan/senggara Seterika Elektrik Automatik.

Rajah litar Sterika Elektrik

2.1 Penerangan litar tercetak biru bagi seterika elektrik.

Apabila bekalan diberikan, termostat dwilogam akan menyambung bekalan ke elemen pemanas. Elemen pemanas akan menjadi panas mengikut kawalan suhu pada termostat dwilogam.

Lampu penunjuk akan menyala sehingga tahap kepanasan mencapai tahap maksima mengikut kawalan suhu pada termostat.

Apabila haba pada elemen pemanas mencapai tahap maksimum, termostat akan “trip” dan memutuskan bekalan secara sementara.

Apabila termostat dwilogam kembali pada kedudukan asal, ianya akan menyambungkan semula bekalan, memanaskan elemen pemanas dan lampu penunjuk akan menyala.

Proses ini akan berulang.

Sekiranya berlaku kerosakan pada seterika elektrik, kita perlu memulakan proses mencari kerosakan bermula dari bekalan dan seterusnya menguji setiap komponen dengan merujuk litar tercetak yang diberikan.

Jenis kerosakan Kerosakan Langkah Pembaikan / Senggara

1.Seterika tidak berfungsi atau tidak panas.

a. Elemen pemanas putus.

Ganti elemen pemanas

b. Termostat dwilogam rosak.

Bersihkan punca sesentuh atau ganti termostat dwilogam.

2.ELCB/MCB terpelantik/Fius putus

a. Bahagian hidup alat dan rangka alat/bumi pintas.

Bersihkan alat dari habuk, kelembapan atau kotoran. Pastikan tidak ada bahagian hidup bersentuh dengan rangka.

b. Penebat mika/ abestos bocor/pecah.

Ganti penebat mika/abestos.

c. Elemen pemanas pintas.

Ganti elemen pemanas

3. Suhu tidak boleh dikawal.

d. Termostat dwilogam rosak.

Ganti termostat dwilogam.

4. Lampu penunjuk tidak menyala.

a.Lampu penunjuk/ perintang terbakar.

Ganti lampu penunjuk/perintang.

13

Carta alir mengesan kerosakan seterika elektrik

2.2 Prosedur Mencari Kerosakan dan Baikpulih kerosakan

i) Seterika tidak berfungsi atau tidak panas./ Suhu tidak boleh dikawal.

Simptom : Unsur pemanas putus, Termostat dwilogam rosak . Kaedah Ujian : Pemeriksaan pemerhatian, Ujian Keterusan. Alat : Multimeter (Ohm meter).

Kerosakan termostat dwilogam boleh ditentukan dengan kaedah pemeriksaan pemerhatian (visual inspection). Kaedah ini bagi mengesan bahagian yang pecah, patah atau terbakar.

Sekiranya fizikal termostat dwilogam berkeadaan baik, gunakan multimeter pada julat x1KΩ untuk menguji keterusan dengan menekan sambungan termostat dwilogam. Sekiranya tiada keterusan, bersihkan punca sesentuh termostat dwilogam.

Uji semula dengan mulitimeter. Jika masih tiada keterusan, gantikan dengan termostat dwilogam yang baru.

Untuk menguji keterusan elemen pemanas, ambil multimeter dan setkan pada julat x1KΩ, sambungkan ke kedua-dua hujung elemen pemanas. Sekiranya jarum meter tidak bergerak, elemen pemanas telah terputus dan perlu digantikan dengan yang baru.

14

TERMOSTAT DWILOGAM

ii) ELCB/MCB terpelantik / Fius putus

Simptom : Bahagian hidup alat dan rangka alat/bumi pintas, Penebat mika/ abestos bocor/pecah, Unsur pemanas pintas.

Kaedah Ujian : Pemeriksaan pemerhatian, Ujian Keterusan, Ujian penebatan.Alat : Multimeter (Ohm meter).

Bagi mengenalpasti kerosakan alat atau komponen yang terlitar pintas, gunakan alat uji rintangan penebat (Insulation Resistor Tester) untuk mengesan kerosakan litar pintas ini.

Lakukan ujian pada setiap komponen satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya. Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm, maka litar tersebut telah berlaku litar pintas.

Teruskan mengesan komponen lain kerana mungkin terdapat komponen lain yang rosak.Tumpukan ujian pada satu demi satu komponen yang rosak sehingga punca kerosakan dapat dikenalpasti.

iii) Lampu penunjuk tidak menyala

Simptom : Lampu penunjuk/ perintang terbakar.Kaedah Ujian : Pemeriksaan pemerhatian, Ujian Keterusan.Alat : Multimeter (Ohm meter).

Kerosakan lampu penunjuk boleh diuji dengan penggunaan meter pelbagai. Ujian keterusan boleh dibuat dengan menyambungkan probe penguji kedua-dua hujung

pengalir pada lampu penunjuk. Laraskan meter pelbagai pada julat x1KΩ. Sekiranya jarum tidak menunjukkan bacaan(tidak bergerak) maka lampu penunjuk

adalah rosak dan perlu digantikan.

3. Langkah pembaikan / senggara Cerek Elektrik Automatik.

Jenis kerosakan Kerosakan Langkah pembaikan/senggara

1. Cerek tidak berfungsi atau tidak

panas.

a. Elemen pemanas putus. Ganti elemen pemanas

b. Termostat dwilogam/Magnetik rosak.

Bersihkan punca sesentuh atau ganti termostat.

2.ELCB/MCB terpelantik/Fius

putus

a. Bahagian hidup alat dan rangka alat/bumi pintas.

Bersihkan alat dari habuk, kelembapan atau kotoran. Pastikan tidak ada bahagian hidup bersentuh dengan rangka.

b. Elemen pemanas pintas ke bumi. Ganti elemen pemanas

3. Suhu tidak boleh dikawal/tidak terpelantik.

a. Termostat dwilogam/magnetik rosak.

Ganti termostat.

Carta alir mengesan kerosakan cerek elektrik

15

\

16

CEREK ELEKTRIK

GETAH SESENDAL

BEKALAN

TALIAN BEKALAN

SUIS JUMPELANG

PALAM

FIUS

ELEMEN PEMANAS

GANTI

BOCOR

TIDAK MENDIDIH

ADA BEKALANTIADA BEKALANROSAK

TALIAN ROSAK

TALIAN BAIK

ELEMEN ROSAK

PALAM ROSAK

PALAM BAIK

FIUS PUTUS

3.1 Prosedur Mencari Kerosakan dan Baikpulih kerosakan

i. Cerek tidak berfungsi atau tidak panas / Suhu tidak boleh dikawal.

Simptom : Unsur pemanas putus, Termostat dwilogam rosak . Kaedah Ujian : Pemeriksaan pemerhatian, Ujian Keterusan.

Alat : Multimeter (Ohm meter).

Kerosakan termostat dwilogam boleh ditentukan dengan kaedah pemeriksaan pemerhatian (visual inspection). Kaedah ini bagi mengesan bahagian yang pecah, patah atau terbakar.

Sekiranya fizikal termostat dwilogam berkeadaan baik, gunakan multimeter pada julat x1KΩ untuk menguji keterusan dengan menekan sambungan termostat dwilogam.

Sekiranya tiada keterusan, bersihkan punca sesentuh termostat dwilogam. Uji semula dengan multimeter. Jika masih tiada keterusan, gantikan dengan termostat

dwilogam yang baru. Untuk menguji keterusan elemen pemanas, ambil multimeter dan setkan pada

julat x1KΩ, sambungkan ke kedua-dua hujung elemen pemanas. Sekiranya jarum meter tidak bergerak, elemen pemanas telah terputus dan perlu

digantikan dengan yang baru.

ii. ELCB/MCB terpelantik/Fius putus

Simptom : Bahagian hidup alat dan rangka alat/bumi pintas, Penebat mika/ abestos bocor/pecah, Unsur pemanas pintas.

Kaedah Ujian : Pemeriksaan pemerhatian, Ujian Keterusan, Ujian penebatan. Alat : Multimeter (Ohm meter).

Bagi mengenalpasti kerosakan alat atau komponen yang terlitar pintas, gunakan alat uji rintangan penebat (Insulation Resistor Tester) untuk mengesan kerosakan litar pintas ini.

Lakukan ujian pada setiap komponen satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya. Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm, maka litar

tersebut telah berlaku litar pintas. Teruskan mengesan komponen lain kerana mungkin terdapat komponen lain yang

rosak. Tumpukan ujian pada satu demi satu komponen yang rosak sehingga punca kerosakan

dapat dikenalpasti.

17

4. Langkah pembaikan/senggara Pemasak Nasi Elektrik Automatik.

Periuk nasi elektrik mempunyai empat bahagian yang penting iaitu bekalan kuasa,suis laras suhu dan plat pemanas. Pertama, voltan punca bekalan diperiksa dengan menggunakan meter pelbagai pada mod

250 volt AU. Jika didapati ada bekalan, elemen pemanas diperiksa. Keterusan elemen diperiksa dengan menggunakan meter pelbagai pada julat x1KΩ.

Sekiranya elemen rosak, elemen digantikan dengan yang baru. Sekiranya elemen dalam keadaan baik, laras suhu diperiksa. Jika laras suhu rosak, laras

suhu digantikan dengan laras suhu yang mempunyai spesifikasi yang sama seperti yang asal.

Sekiranya pada peringkat awal tiada bekalan kuasa, suis periuk nasi diperiksa. Jika suis didapati rosak, ia digantikan dengan suis yang baru.

Sebaliknya jika suis dalam keadaan baik, keterusan talian bekalan dan palam diperiksa dengan menggunakan meter pelbagai pada julat x1KΩ. Jika rosak, talian atau fius yang baru digunakan.

Jadual di bawah menunjukkan contoh beberapa masalah pada periuk nasi elektrik

Jenis kerosakan Kerosakan Langkah

pembaikan/senggara

1.Pemasak Nasi tidak berfungsi atau nasi tidak masak.

a. Elemen pemanas utama putus. Ganti plat pemanas

b. Termostat Magnetik rosak. Bersihkan punca sesentuh atau ganti termostat/plat pemanas.

c. Suis penghidup rosak. Bersihkan sesentuh suis dengan petrol atau thinner atau ganti suis.

2. Nasi tidak kekal panas selepas masak

a. Elemen pemanas ‘keep warm’ putus. Ganti plat pemanas

b. Termostat dwilogam rosak. Bersihkan punca sesentuh atau ganti termostat/plat pemanas.

3. Suhu tidak boleh dikawal / tidak terpelantik.

a. Termostat dwilogam/ magnetik rosak. Ganti termostat.

4. ELCB/MCB terpelantik / Fius putus.

a. Bahagian hidup alat dan rangka alat/bumi pintas.

Bersihkan alat dari habuk, kelembapan atau kotoran. Pastikan tidak ada bahagian hidup bersentuh dengan rangka.

b. Plat pemanas pintas ke bumi.

Ganti plat pemanas.

c. Kadaran MCB/fius tidak sesuai.

Ubah kadaran. Kadaran mestilah sesuai dengan pepasangan dan alat.

5. Lampu penunjuk tidak menyala.

a. Lampu penunjuk/perintang terbakar. Ganti lampu

penunjuk/perintang.

Carta alir mengesan kerosakan periuk nasi elektrik

18

19

4.1 Prosedur Mencari Kerosakan dan Baikpulih kerosakan

i. Pemasak Nasi tidak berfungsi atau nasi mentah

Simptom : Unsur pemanas utama putus, Termostat magnetik rosak, Suis penghidup rosakKaedah Ujian : Pemeriksaan pemerhatian, Ujian Keterusan.Alat : Multimeter (Ohm meter).

Kerosakan pada unsur pemanas utama, termostat magnetik dan suis penghidup boleh ditentukan dengan kaedah pemeriksaan pemerhatian (visual inspection). Kaedah ini bagi mengesan bahagian yang pecah, terputus, patah atau terbakar.

Sekiranya fizikal komponen berkeadaan baik, gunakan multimeter pada julat x1KΩ untuk menguji keterusan setiap komponen.

Sekiranya tiada keterusan, bersihkan punca sesentuh pada komponen yang diuji. Uji semula dengan mulitimeter. Jika masih tiada keterusan, gantikan dengan

komponen yang baru. Untuk menguji keterusan elemen pemanas, ambil multimeter dan setkan pada julat x1KΩ, sambungkan ke kedua-dua hujung elemen pemanas. Sekiranya jarum meter tidak bergerak, elemen pemanas telah terputus dan perlu

digantikan dengan yang baru.

ii. Nasi tidak kekal panas selepas masak / suhu tidak boleh dikawal / tidak terpelantik

Simptom : Unsur pemanas ‘keep warm’ putus, Termostat dwilogam rosak / magnetik rosak.Kaedah Ujian : Pemeriksaan pemerhatian, Ujian Keterusan, Ujian penebatan.Alat : Multimeter (Ohm meter).

Bagi mengenalpasti kerosakan alat atau komponen yang terlitar pintas, gunakan alat uji rintangan penebat (Insulation Resistor Tester) untuk mengesan kerosakan litar pintas ini.

Lakukan ujian pada setiap komponen satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya. Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm, maka litar

tersebut telah berlaku litar pintas. Teruskan mengesan komponen lain kerana mungkin terdapat komponen lain yang

rosak. Tumpukan ujian pada satu demi satu komponen yang rosak sehingga punca

kerosakan dapat dikenalpasti.

20

iii. ELCB/MCB terpelantik/Fius putus.

Simptom : Bahagian hidup alat dan rangka alat/bumi pintas, Plat pemanas pintas ke bumi, Kadaran MCB/fius tidak sesuaiKaedah Ujian : Pemeriksaan pemerhatian, Ujian Keterusan.Alat : Multimeter (Ohm meter), meter penguji penebatan.

Bersihkan komponen dari habuk, kelembapan atau kotoran. Pastikan tidak ada bahagian hidup bersentuh dengan rangka.

Bagi mengenalpasti kerosakan alat atau komponen yang terlitar pintas, gunakan alat uji rintangan penebat (Insulation Resistor Tester) untuk mengesan kerosakan litar pintas ini.

Lakukan ujian pada setiap komponen satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya. Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm, maka litar

tersebut telah berlaku litar pintas. Teruskan mengesan komponen lain kerana mungkin terdapat komponen lain yang

rosak. Tumpukan ujian pada satu demi satu komponen yang rosak sehingga punca

kerosakan dapat dikenalpasti. Ganti plat pemanas dan ubah kadaran. Kadaran mestilah sesuai dengan

pepasangan dan alat.

iv. Lampu penunjuk tidak menyala.

Simptom : Lampu penunjuk/perintang terbakar. Kaedah Ujian : Pemeriksaan pemerhatian, Ujian Keterusan. Alat : Multimeter (Ohm meter).

Kerosakan lampu penunjuk dan perintang boleh diuji dengan penggunaan meter pelbagai.

Ujian keterusan boleh dibuat dengan menyambungkan probe penguji kedua-dua hujung pengalir pada lampu penunjuk.

Laraskan meter pelbagai pada julat x1KΩ. Sekiranya jarum tidak menunjukkan bacaan (tidak bergerak) maka lampu penunjuk

adalah rosak dan perlu digantikan.

RUJUKAN :

1. Abd. Samad Hanif (1997). Pemasangan Dan Penyelenggaraan Elektrik. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur, ISBN 983-62-4063-2. Mukasurat :381 hingga 388.

2. T.G. Francis (1990). Electrical Installation Works, Longman. London.3. Abd. Samad Hanif & Mohd Nazi Mustafa (1989). Teknologi Elektrik, Sistem, Kuala Lumpur.

21