7
KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM’S CODE & NAME BPM 101 PENGENALAN KEPADA PEMASARAN TAHAP / LEVEL TAHAP 1 NO. DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE M1K1 PENGENALAN KEPADA PEMASARAN NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1. Pengenalan kepada pemasaran 2. Konsep teras dalam pemasaran NO. KOD / CODE NUM. BPM101-1-2013/M1K1/ P(2/2) Muka : 1 Drp : 5 TAJUK/TITLE : Konsep teras dalam pemasaran TUJUAN/PURPOSE : Kertas Penerangan ini menjelaskan : i. Mengenalpasti konsep pemasaran KOLEJ VOKASIONAL IPOH PERSIARAN BRASH 31400 IPOH PERAK KERTAS PENERANGAN ( INFORMATION SHEET )

Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2

KOD DAN NAMA PROGRAM /PROGRAM’S CODE & NAME

BPM 101 PENGENALAN KEPADA PEMASARAN

TAHAP / LEVEL TAHAP 1

NO. DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI /

COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE

M1K1 PENGENALAN KEPADA PEMASARAN

NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT

1. Pengenalan kepada pemasaran2. Konsep teras dalam pemasaran

NO. KOD / CODE NUM. BPM101-1-2013/M1K1/P(2/2) Muka : 1 Drp : 5

TAJUK/TITLE :

Konsep teras dalam pemasaran

TUJUAN/PURPOSE :

Kertas Penerangan ini menjelaskan :

i. Mengenalpasti konsep pemasaran

KOLEJ VOKASIONAL IPOHPERSIARAN BRASH31400 IPOHPERAK

KERTAS PENERANGAN( INFORMATION SHEET )

Page 2: Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2

PENERANGAN/INFORMATION :

i. MENGENALPASTI KONSEP PEMASARAN

Dalam pemasaran terdapat beberapa elemen-elemen ataupun konsep-konsep asas yang perlu pelajar pelajari dan fahami kerana ia saling berkaitan antara satu sama lain. Konsep yang paling asas sekali ialah konsep keperluan, diikuti dengan kehendak dan juga permintaan. Konsep-konsep yang selanjutnya pelajar boleh perolehi daripada keterangan di bawah ini.

a) Keperluan

Keperluan merupakan asas kepada kehidupan manusia dan ini meliputi keperluan fizikal seperti makanan dan

pakaian, keperluan sosial seperti kasih sayang, keperluan individu seperti ilmu pengetahuan dan pencapaian hasrat diri seperti kemajuan diri dan juga kejayaan diri. Keperluan-keperluan ini bukan dicipta oleh pemasar, ia merupakan sebahagian dari asas kejadian manusia. Keperluan manusia ini penting kepada pemasar kerana ia dapat membantu pemasar dalam mengenalpasti produk yang perlu ditawarkan dan diperlukan oleh pengguna.

b) Kehendak

Kehendak pula, merupakan keperluan manusia yang dibentuk oleh budaya sekeliling serta personaliti individu. Sebagai contoh, seorang eksekutif jualan mungkin memerlukan kereta mahal

seperti Honda untuk menjaga imej dan statusnya sebagai seorang pegawai, manakala seorang kerani jualan mungkin memadai dengan kereta Proton sahaja. Di sini menunjukkan bahawa personaliti individu tersebut memainkan peranan di dalam membentuk kehendak

NO. KOD / CODE NUM. BPM101-1-2013/M1K1/P(2/2) Muka / Page : 5 Drpd/of : 5

Page 3: Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2

seseorang .

c) Permintaan

Apabila kita mempunyai sumber kewangan atau kuasa beli, kita akan berkehendakan kepada pelbagai jenis produk yang ditawarkan di pasaran. Oleh itu, apabila seseorang mempunyai kehendak serta kemampuan untuk membeli , kehendak akan bertukar menjadi permintaan.

d) Produk

Produk merupakan apa sahaja yang ditawarkan kepada pengguna untuk perhatian, milikan atau kegunaan yang akan

memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak. Konsep produk tidak terhad kepada objek fizikal, seperti kereta, rumah dan sebagainya tetapi apa sahaja yang berupaya memuaskan keperluan boleh dipanggil produk. Selain daripada produk fizikal/ketara, produk juga termasuklah perkhidmatan/servis seperti perbankan, penerbangan, perhotelan, menggunting rambut dan banyak lagi.

e) Pertukaran

Pertukaran merupakan proses jual beli antara pemasar dengan pengguna di pasaran untuk memuaskan keperluan dan kehendak pengguna. Dalam proses pertukaran, pemasar akan menawarkan dan mengagihkan produk kepada pengguna, manakal pengguna menikmati produk yang diingini daripada pemasar untuk memuaskan keperluan dan kehendak.

Contohnya, untuk mendapatkan sebotol syampu, kita perlu membayar sejumlah wang kepada pekedai. Tindakan mendapatkan sesuatu objek yang diingini daripada seseorang dengan menawarkan sesuatu sebagai pulangan diistilahkan sebagai pertukaran. Pertukaran merupakan satu

NO. KOD / CODE NUM. BPM101-1-2013/M1K1/P(2/2) Muka / Page : 5 Drpd/of : 5

Page 4: Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2

daripada konsep pemasaran yang sangat penting.

f) Transaksi / urusniaga

Transaksi atau urusniaga merujuk kepada urusan jual beli antara dua pihak dengan kedua-dua pihak mendapat sesuatu yang bernilai yang diperlukan oleh mereka.

Antara elemen yang terdapat dalam transaksi ialah produk, kuantiti dan nilai pertukaran. Dalam suatu transaksi, pemasar akan menawarkan produk, manakala pengguna akan membayar sejumlah wang kepada pemasar untuk mendapatkan produk tersebut.

Transaksi juga boleh berlaku tanpa melibatkan wang iaitu pertukaran antara barang dengan barang yang dikenali sebagai sistem barter.

g) Nilai

Konsep nilai ini biasanya wujud berdasarkan kepada persepsi seseorang pengguna terhadap sesuatu produk atau servis yang ditawarkan. Nilai yang dimaksudkan di sini ialah

perbezaan di antara nilai yang pelanggan perolehi daripada memiliki dan menggunakan sesuatu produk dan kos untuk mendapatkan keluaran itu.

Sebagai contoh, seorang penumpang bas sanggup membayar harga lebih untuk menaiki Eksekutif Coach yang mempunyai tambang lebih mahal berbanding bas ekspres biasa. Mereka merasakan servis yang ditawarkan oleh Eksekutif Coach lebih baik, lebih terkenal dan statusnya lebih tinggi berbanding bas ekspres biasa. Di sini kecenderungan mereka bertindak adalah berasaskan nilai yang mereka tanggap sebelum ini.

h) Pasaran

Dalam pemasaran, pasaran merupakan satu set atau himpunan bakal pembeli-pembeli yang berpotensi untuk membeli sesuatu produk.

NO. KOD / CODE NUM. BPM101-1-2013/M1K1/P(2/2) Muka / Page : 5 Drpd/of : 5

Page 5: Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2

Pembeli-pembeli ini mempunyai sesuatu keperluan atau kehendak yang boleh dipenuhi melalui pertukaran dan perhubungan.

Saiz pasaran bergantung kepada bilangan orang yang mempunyai keperluan, sumber-sumber untuk melibatkan diri dalam pertukaran dan

sanggup untuk menawarkan sumber-sumber ini sebagai balasan kepada apa yang mereka kehendaki.

Istilah asal pasaran merujuk kepada tempat di mana pembeli dan penjual berkumpul untuk bertukar produk antara mereka. Di antara pelbagai jenis pasaran yang wujud pada masa ini termasuk pasaran komoditi, pasaran kewangan, pasaran buruh dan sebagainya.

i) Pemasaran

Pemasaran bermaksud mengurus pasaran untuk mewujudkan pertukaran dan perhubungan bertujuan mewujudkan nilai dan memuaskan keperluan dan kehendak. Pemasaran juga sebagai satu proses di mana individu dan kumpulan mendapatkan apa yang mereka perlukan dan kehendaki melalui pembentukkan dan pertukaran produk atau nilai dengan orang lain.

Aktiviti seperti pembangunan produk, penyelidikan, komunikasi, pengagihan, penentuan harga dan perkhidmatan adalah aktiviti-aktiviti teras pemasaran. Walaupun kita memikirkan pemasaran sebagai aktiviti yang dijalankan oleh penjual, pembeli juga menjalankan aktiviti pemasaran. Pengguna menjalankan ‘pemasaran’ apabila mereka mencari produk keperluan mereka pada harga yang mereka mampu. Agen pembelian syarikat menjalankan ‘pemasaran’ apabila mereka menjejaki penjual dan membuat tawar-menawar untuk belian yang terbaik.

Penerangan yang telah diberikan diharap dapat menjelaskan kepada pelajar tentang konsep-konsep teras yang terdapat di dalam bidang pemasaran.

SOALAN/QUESTION:

1. Berikan dua contoh keperluan.

2. Berikan dua prinsip utama dalam konsep pemasaran.

RUJUKAN/REFERENCE :

1. Modul Perdagangan Politeknik KPM, 23 Januari 2014, 9:00

NO. KOD / CODE NUM. BPM101-1-2013/M1K1/P(2/2) Muka / Page : 5 Drpd/of : 5

Page 6: Kertas penerangan pemasaran m1 k1.2

2. Teks Pra U STPM Pengajian Perniagaan Longman, 23 Januari 2014, 9:45

3. Prinsip Pemasaran Edisi Kelapan Prentice Hall, 25 Januari 2014, 8:00

NO. KOD / CODE NUM. BPM101-1-2013/M1K1/P(2/2) Muka / Page : 5 Drpd/of : 5