5
NAMA:MUHAMMMAD RIDZUAN BIN AWANG KAMAL NO. PENDAFTARAN:13B4096 KOD DAN NAMA KURSUS: MELAYU ISLAM BERAJA PB- 1501 NO. KUMPULAN:KUMPULAN 28 PENSYARAH: DR SITI NORKHALBI BINTI HAJI WAHSALFELAH TARIKH MENGHANTAR: 5 OKTOBER 2013

kertas kerja kumpulan 28

Embed Size (px)

DESCRIPTION

melayu islam beraja work

Citation preview

Page 1: kertas kerja kumpulan 28

NAMA:MUHAMMMAD RIDZUAN BIN AWANG KAMAL

NO. PENDAFTARAN:13B4096

KOD DAN NAMA KURSUS: MELAYU ISLAM BERAJA PB-1501

NO. KUMPULAN:KUMPULAN 28

PENSYARAH: DR SITI NORKHALBI BINTI HAJI WAHSALFELAH

TARIKH MENGHANTAR: 5 OKTOBER 2013

Page 2: kertas kerja kumpulan 28

Bagaimanakah cara Perundangan Islam itu menjadi pengukuh kepada falsafah

Melayu Islam Beraja. Huraikan.

Negara Brunei Darussalam sangat terkenal dengan pegangan Islam yang begitu kuat semenjak pemerintahan Sultan pertama iaitu Sultan Muhammad Shah sehinggalah pada hari ini yang diperintah oleh Sultan yang ke-29 iaitu Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Berlandaskan falsafah Negara iaitu falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) yang masih dan juga terus diamalkan oleh masyarakat Brunei Darussalam sejak pencapaian kemerdekaan pada tahun 1984 sehinggalah sampai sekarang. Konsep MIB ini juga berdasarkan ajaran-ajaran agama Islam menurut Ahli Sunnah Wal jama’ah. Islam sebagai agama rasmi Negara, kewajipan melaksanakan Perundangan islam itu mestilah dijalankan sebagaimana firman Allah SWT, surah Al-Ma’idah Ayat 45 tafsirnya, “Barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.’’ Dalam kata lain, Perundangan Islam itu juga disebut sebagai Syariah Islam atau hukum-hukum Allah.

Semua masyarakat manusia di seluruh dunia mempunyai peraturan jalan yang hidup atau undang-undang tersendiri. Di dalam Islam ia dinamakan Syariah yang menggariskan peraturan hidup individu. Pengertian Syariah dalam bahasa adalah aliran atau jalan yang lurus. Manakala makna Syariah dalam istilah adalah hukum-hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada sekalian manusia di muka bumi ini. Ianya juga perkara yang disyariatkan oleh Allah SWT melalui wahyu yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran dan Hadith-Hadith Sunnah Nabi. Ciri-ciri Syariah Islam itu ada empat perkara iaitu:1.) Ciptaan Allah SWT sendiri melalui wahyu, 2.) Hukum-hukum yang sempurna untuk semua manusia, 3.) Tiada kezaliman dan kelemahan dan 4.) Mempunyai kehebatan dan kehormatan yang dipatuhi oleh orang mukmin dengan rela hati.

Negara Brunei Darussalam adalah sebuah Negara tua, menjadi Negara Islam dari Sultan pertamanya lagi, Sultan Muhammad Shah, pada tahun 1363-1402 masihi, Brunei mulai menggubal undang-undang sendiri yang dikenali sebagai “Hukum Kanun Brunei.” Kanun bermaksud undang-undang,hukum dan peraturan. Hukum Kanun Brunei ialah salah satu panduan hidup dalam menjalankan pemerintahan di Brunei. Hukum Kanun Brunei dipercayai sudah terdapat pada saat pemerintahan Sultan Hassan, Sultan yang ke-9(sekitar 1582-1598 masihi). Hukum Kanun Brunei itu dikatakan mengandungi undang-undang Islam dan undang-undang tersendiri. Hukum kanun Brunei itu berjalan dan dipakai oleh Raja-Raja Brunei sehingga Brunei dinaungi oleh British pada tahun 1906. Para pendatang British mengakui dalam catatan mereka akan berkuat kuasanya Hukum kanun Brunei itu, umpamanya Kaptan W.H.Treacher menyatakan bahawa kapal yang singgah di Brunei telah dinaiki pencuri, sebuah jam tangan emas dan sepucuk pistol telah hilang.  Perkara tersebut disembahkan kepada Sultan Brunei dan beberapa hari kemudian barang curian itu dikembalikan dan tiga orang yang terlibat dalam kes kecutian itu telah dipotong tangan mereka

Pada hari ini iaitu zaman moden, undang-undang Brunei dibuat menurut dan selaras kepada hukum-hukum yang disebutkan oleh Allah SWT dalam kitab suci Al-Quran. Sebagai Negara Melayu Islam Beraja, undang-undang di Negara ini perlu dikuatkan berasas konsep falsafah Melayu Islam Beraja. Istilah rangkai ‘Islam’ dalam Melayu Islam Beraja, Islam adalah agami rasmi Brunei Darussalam mengikut Mazhab Shafie Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Islam juga adalah satu-satunya cara hidup yang melengkapi demi kesejahteraan umat manusia di dunia dan di akhirat. Ini sememangnya preundangan Islam itu wajib dituruti. Kebanyakkan undang-undang Brunei berlandaskan ajaran agama Islam. Di antara contoh undang-undang Islam adalah seperti pengharaman berjudi dikhayalak masyarakat. Dari segi Melayu kita tidak mahu orang-orang melayu lalai dengan judi sehingga terjerumus ke lembah perjudian. Daripada itu juga perbuatan tersebut dikeji oleh Allah SWT. Pengharaman judi dan penguatkuasaan

Page 3: kertas kerja kumpulan 28

undang-undang serta hukuman terhadap pesalah yang terlibat dalam judi adalah juga bersesuaian dengan kehendak Melayu Islam Beraja.

Pengharaman minuman keras juga diperkuatkuasakan di Negara Brunei Darussalam. Mengharamkan minuman keras atau arak daripada masuk dan diedarkan di Brunei Darussalam sudah mulai berkuatkuasa pada 1 disember 1990. Susulan pengharaman itu, agensi Penerbangan Diraja Brunei juga bertindak mentiadakan hidangan dan sajian minuman keras kepada penumpang-penumpang. Oleh sebab itu, ianya menunjukan betapa kuatnya pegangan Islam kepada Negara kita. Ada beberapa kesan-kesan keburukannya dan kemudaratannya kepada manusia seperti merosakkan akal fikiran, kesihatan, akhlak, akidah seseorang dan terutamanya memalingkan manusia daripada ingatkan Allah SWT berserta meninggalkan daripada mengerjakan sembahyang. Minuman keras juga telah didapati menjadi punca berlakunya zina dan sumbang mahram. Dengan tiadanya minuman keras, itu tidak mustahil dapat melahirkan masyarakat yang berguna dan berpendidikan terhadap Negara.

Negara Brunei Darussalam juga terkenal dengan ketatnya terhadap barangan halal bagi masyarakat di dalam negara. Perkara ini ditegaskan pada 15 julai 1997, sempena menyambut hari keputeraan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Barang kegunaan, makanan dan minuman terutamanya yang berbentuk daging-daging impot yang dijual di Negara ini terkawal dari segala kehalalannya. Perkara ini diperkuatkuasakan demi menjaga nama Islam sebagai agama rasmi negara, dimana dapat menjaga masyarakat Islam di Brunei dari mengguna atau memakan barangan haram seperti makanan dan minuman. Perkara itu dapat menghalang dari terjejasnya iman seseorang itu terhadap Allah SWT.

Satu lagi undang yang sudah diperkuatkuasakan adalah penutupan premis perniagaan sewaktu sembahyang fardhu Jumaat. Tidak kira samaada premis itu dimiliki oleh orang bukan Islam namun mereka wajib menturuti undang tersebut. Perkara ini telah ditegaskan oleh Sultan Haji Hassanal Bolkiah sendiri di dalam titah baginda sempena Aidiladha Tahun 1433 Hijrah yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Brunei, baru-baru ini. Berikutan dengan titah baginda itu, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Pegawai-Pegawai Daerah dan Pengerusi-Pengerusi Lembaga Bandaran telah mengarahkan supaya semua premis perniagaan dan pejabat, pusat-pusat hiburan, rekreasi dan sukan termasuk pawagam dan padang permainan, gerai/tamu dan gedunggedung perniagaan di bawah kawalan pegawai-pegawai daerah dan Pengerusi- Pengerusi Lembaga Bandaran hendaklah ditutup pada setiap Jumaat mulai pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 2.00 petang. Selain daripada untuk mempertahankan kesucian negara atau bandar kita itu daripada segala macam bentuk mungkar. Ini adalah amanah dan termasuk juga selaku amanah itu ialah memberikannya imej yang baik dan indah, maksud beta, imej keIslaman), lebih-lebih lagi sesuai dengan sifatnya selaku bumi Melayu Islam Beraja atau bumi Negara Zikir. Ianya juga dapat mengurangkan sifat lalai dari menunaikan sembahyang Fardhu Jumaat.

Kesimpulannya, undang-undang mempunyai peranan yang sangat penting bagi mengawal dan mengatur kestabilan umat. Dengan adanya undang-undang juga, ianya dapat memartabatkan Melayu Islam Beraja sebagai falsafah Negara bagi menjamin keselamatan rakyat dunia dan akhirat.

Page 4: kertas kerja kumpulan 28

Bibliographyhttp://www.pelitabrunei.gov.bn/tinjauan/item/85-penutupan-premis-perniagaan-sewaktu-

sembahyang-jumaat

http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=389

http://www.bt.com.bn/golden-legacy/2012/04/23/brunei-canons-islamic-law-16th-century