Upload
lengoc
View
997
Download
45
Embed Size (px)
Citation preview
KERTAS KERJA 3 :
CADANGAN BAGI PENGWUJUDAN DAN PENGISIAN JAWATAN
KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (P&P) BAGI SKIM
PERKHIDMATAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
DISEMUA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) DI MALAYSIA.
1.0 PENDAHULUAN
1.1 TUJUAN
Kertas Cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk mendapatkan perhatian
yang sewajarnya daripada pihak Kerajaan agar membuka ruang yang lebih luas
kepada penjawat awam skim perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa
khususnya bagi kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) terutamanya di gred
J41 dengan mewujudkan dan membuat pengisian jawatan tersebut di semua
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia selaras dengan pelaksanaan
inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan pada April 2007 bagi
menambahbaik mutu sistem penyampain perkhidmatan Kerajaan dengan
mewujudkan dan melaksanakan Sistem Pusat Setempat (OSC) bagi urusan
permohonan kelulusan pelan pembangunan.
Melalui pelaksanaan Sistem Pusat Setempat, Kerajaan melalui Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan kerjasama antara Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung (JPBD) dan Jabatan Kerajaan
Tempatan (JKT) telah menghantar pegawai-pegawai bagi membuat pengisian
jawatan dari peringkat kumpulan sokongan, kumpulan pelaksana sehinggalah
kumpulan pengurusan & profesional bagi Unit Pusat Setempat (OSC) yang
ditubuhkan disemua PBT bermula April 2007 yang mana Ketua Unit OSC yang
ditubuhkan disetiap PBT mestilah sekurang-kurangnya Pegawai Perancang
Bandar dan Desa, Gred J41 dan tertakluk kepada taraf PBT yang berkenaan.
1.2 LATAR BELAKANG BIDANG PERANCANGAN BANDAR DI PBT
Peringkat pentadbiran Kerajaan yang paling bawah di Malaysia adalah Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT).Ia meliputi Dewan / Majlis Bandaraya (City Council),
Majlis Perbandaran (Municipal Council) atau Majlis Daerah (District Council).
Selain itu terdapat juda PBT yang diwujudkan atas keperluan sesuatu kawasan
perbandaran baru yang memerlukan satu PBT yang khusus bagi kawasan
tersebut dan PBT ini dikenali sebagai Modified PBT contohnya Pihak Berkuasa
Tempatan Pasir Gudang yang kini telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran.
Kewujudan dan kuasa yang dipegang oleh PBT telah diperjelaskan di dalam Akta
Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).Antaranya, PBT diberi kuasa bagi
menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran, mengawal
pembangunan tanah dan membuat undang-undang kecil bagi melicinkan
perjalanan tugas PBT.Undang-uandang juga membenarkan PBT untuk
menjalankan kerja-kerja berkaitan perancangan dan pemajuan tanah.Dalam
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), PBT adalah Pihak
Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) bagi kawasannya dan dikehendaki
memulakan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perancangan
Bandar atau memudahkan kerja-kerja perancangan dan pembangunan. Ini
bertujuan untuk antaranya:-
Mengawal, mengawal selia dan merancang pemajuan dan penggunaan
semua tanah dan bangunan dalam kawasannya,
Mengusahakan, membantu dan menggalakkan pemungutan,
penyelengaraan dan penyiaran perangkaan, bulletin dan monograf dan
penyiaran lain yang berhubungan dengan perancangan Bandar dan desa
dan perkaedahannya; dan
Menjalankan fungsi-fungsi lain yang diarah oleh Pihak Berkuasa Negeri
(PBN) dari semasa ke semasa.
Instrumen yang digunakan untuk menjaga, mengawal, merancang
pembangunan serta penggunaan tanah ialah Rancangan Pemajuan yang
merangkumi Rancangan Struktur (RS), Rancangan Tempatan (RT) dan juga
Rancangan Kawasan Khas (RKK) dan juga melalui Pelan Tindakan Kawasan
Khas yang ada disediakan dikalangan PBT. Bagi maksud tersebut, setiap PBT di
Malaysia khususnya di Semenanjung, bidang tugas perancangan dan
pembangunan Bandar ini biasanya akan diletakkan di bawah penyeliaan dan
pelaksanaan bahagian yang khusus untuk melaksanakan peranan dan fungsi
tersebut. Kebiasaannya bahagian ini dinamakan dengan panggilan seperti
Jabatan Perancangan Bandar, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan
Perancang dan Kawalan Pembangunan, Jabatan Perancangan Pembangunan,
Jabatan Perancang dan Landskap dan pelbagai lagi nama mengikut kehendak
PBT-PBT yang berkenaan.
Bidang Perancangan Bandar di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di
Malaysia bukanlah suatu cabang atau bidang yang baru. Malahan bidang ini
antara pelopor dalam pembentukan sesebuah PBT.Sejarah telah menjelaskan
PBT pertama yang ditubuhkan adalah berasaskan kepada keperluan dan
kepentingan dalam penyusunan aktiviti penempatan atau perbandaran yang
pada masa itu dilihat adalah amat penting kerana ketiadaan perancangan
petempatan yang baik telah menimbulkan beberapa senario yang tidak
menyihatkan seperti penularan wabak penyakit, bencana kebakaran selain
daripada keadaan petempatan yang kotor dan tidak terurus.
Setakat Februari 2014, jumlah PBT yang terdapat di Malaysia adalah sebanyak
150 buah PBT (rujuk Jadual 1 :Bilangan PBT Mengikut Negeri dan Taraf).
Daripada jumlah tersebut masih terdapat PBT yang tidak mempunyai Jabatan
atau Bahagian khas bagi menjalankan fungsi perancangan dan pembangunan
Bandar kecuali diletakkan dibawah Jabatan atau Bahagian yang lain dan yang
paling menyedihkan masih terdapat PBT yang tidak mempunyai Pegawai
Perancangan Bandar Dan Desa untuk mengetuai satu-satu Jabatan atau
Bahagian tersebut.
Jadual 1 :Bilangan PBT Mengikut Negeri dan Taraf
Negeri Dewan / Majlis
Bandaraya
Majlis
Perbandaran
Majlis
Daerah Jumlah
01 - Johor 1 6 8 15
02 - Kedah 1 3 7 11
03 - Kelantan 0 1 11 12
04 - Melaka 1 3 0 4
05 - N.Sembilan 0 3 5 8
06 - Pahang 0 3 9 12
07 - P.Pinang 0 2 0 2
08 - Perak 1 4 10 15
09 - Perlis 0 1 0 1
10 - Selangor 2 6 4 12
11 - Terengganu 1 2 4 7
12 - Sabah 1 2 21 24
13 - Sarawak 3 3 20 26
14 - W.Persekutuan 1 0 0 1
Jumlah 12 39 99 150
Sumber :http://www.epbt.gov.my/osc/stat_PBT.cfm
Daripada pemerhatian dan analisa yang dilakukan ke atas beberapa PBT
berhubung penubuhan dan pengisian jawatan Pegawai Perancang Bandar dan
Desa khsusnya bagi mengetuai sesuatu Jabatan atau Bahagian Perancangan
Bandar di satu-satu PBT, kajian mendapati hampir 85% daripada 99 buah PBT di
taraf Majlis Daerah masih tidak mempunyai Pegawai Perancang Bandar dan
Desa dan kebanyakkan PBT di taraf Majlis Daerah ini, Jabatan atau Bahagian
yang melaksanakan fungsi perancangan ini diketuai oleh Penolong Pegawai
Perancang Bandar dan Desa Gred J29 sahaja (Rujuk Rajah 1: Carta Organisasi
Majlis Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus) . Bagi PBT ditaraf
Majlis Perbandaran pula, didapati sebanyak 15% daripada 39 buah PBT bertaraf
Majlis Perbandaran tidak mempunyai Pegawai Perancang Bandar dan Desa bagi
mengetuai sesuatu Jabatan atau Bahagian Perancangan di PBT yang berkenaan.
Malahan ada juga PBT yang mana bahagian ini diketuai oleh Jurutera Gred J41
(rujuk Rajah 2 : Jabatan Perancang Bandar Dan Landskap, Majlis Perbandaran
Kuala Kangsar).
Keadaan ini menimbulkan satu senario yang kurang sihat dari sudut kredibiliti
dikalangan PBT khususnya dalam menjalankan fungsi perancangan dan
pembangunan memandangkan masih terdapat PBT-PBT yang belum
mempunyai pegawai pada taraf yang sepatutnya untuk mengetuai satu-satu
Jabatan / Bahagian Perancangan Bandar berbanding beban tugas dan fungsi
yang sama yang dilaksanakan oleh semua PBT termasuklah dalam menjalankan
tugas-tugas semasa yang semakin meluas seperti penglibatan dalam
pelaksanaan Program Bandar Selamat, LA21, MURNINet, GIS dan macam-
macam lagi fungsi baru yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Rajah 1: Carta Organisasi Majlis Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Sumber : http://www.mdkp.gov.my/
Rajah 2 :Jabatan Perancang Bandar Dan Landskap, Majlis Perbandaran Kuala
Kangsar (MPKKPK)
Sumber :http://www.mpkkpk.gov.my/
2.0 CADANGAN PENGWUJUDAN DAN PENGISIAN JAWATAN
KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (P&P) BAGI
SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA DI SEMUA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) DI
MALAYSIA.
Perkembangan profesion Perancangan Bandar dan Desa perlu dinamik ekoran
daripada perubahan dan kehendak perkhidmatan semasa, skop tugas yang luas
dan kompleks dalam menangani perubahan-perubahan pantas dan drastik yang
berlaku dalam sistem perancangan dan pembangunan fizikal, social dan eknomi
negara dan juga pentadbiran awam secara umumnya. Di samping itu,
kepentingan perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa turut diambil kira
bagi memperkukuh serta memantapkan tadbir urus good urban governance dan
penggubalan dasar-dasar yang berkaitan dengan Perancang Bandar dan
perancangan program pembangunan perkhidmatan Perancangan Bandar dan
Desa untuk mencapai dan memastikan keterlaksanaan Dasar Pembangunan
Negara melalui beberapa dasar dan pelan pembangunan yang dibentuk khas
bagi memastikan pencapaian Negara.Sehubungan dengan itu, Kerajaan perlu
bersetuju supaya diwujudkan jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa
atau pegawai dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) disetiap PBT
bagi mengetuai satu-satu Jabatan atau Bahagian yang bertanggungjawab dalam
menjalankan fungsi dan peranan serta skop kerja perancangan bandar dan
kawal selia aktiviti pembangunan tanah.
Bagi maksud pengwujudan jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa di
setiap PBT khususnya bagi PBT-PBT ditaraf Majlis Daerah yang masih belum
mempunyai perjawatan tersebut adalah disyorkan untuk diwujudkan secara
automatik oleh PBT yang berkenaan melalui waran dan peruntukan pihak
berkuasa melantik dan bagi menyokong peruntukan PBT yang terhad, KPKT dan
Kerajaan Negeri disarankan agar bekerjasama dalam perkara tersebut.
Manakala bagi PBT-PBT yang telah sediada peruntukan jawatan tersebut tetapi
masih belum diisi disebabkan oleh faktor kekangan kewangan bagi tujuan
pembayaran gaji dan emolumen, juga disarankan peruntukan disalurkan oleh
pihak KPKT dan kerjasama pihak Kerajaan Negeri dan pengisian boleh dibuat
secara automatik samada melalui perlantikan penjawat yang baru mahupun
melalui peruntukan peluang Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) bagi
penjawat-penjawat yang sedang berkhidmat dan tertakluk kepada syarat-syarat
lantikan yang telah ditetapkan oleh skim perkhidmatan yang berkenaan.
Cadangan pengwujudan dan pengisian jawatan Pegawai Perancang Bandar dan
Desa di setiap PBT ini juga dilihat sebagai satu keperluan yang telah tiba
masanya untuk dilaksanakan memandangkan peranan dan bidang serta skop
kerja perancangan yang semakin luas meliputi kerja-kerja bidang pentadbiran
yang kebiasaannya dipelopori oleh Pegawai Tadbir Diplomatik (M41). Namun,
memandangkan bidang perancangan ini adalah satu seni yang begitu subjektif
dan disokong dengan keperluan kemahiran dan kepakaran teknikal pada tahap
yang tinggi maka wajar perjawatan ini dikaji keperluan untuk dinaiktaraf di
setiap PBT agar sekurang-kurang setiap Jabatan atau Bahagian Perancangan itu
diketuai oleh seorang Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41.
3.0 FAEDAH DAN KESAN PELAKSANAAN CADANGAN
Sekiranya Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan cadangan ini, bermakna
setiap PBT di seluruh Malaysia berjumlah 150 PBT akan mempunyai sekurang-
kurangnya seorang Pegawai Perancangan Bandar dan Desa Gred J41 dalam
memastikan perlaksanaan fungsi dan peranan bidang serta profesionalisma
perancangan bandar itu khususnya diperingkat PBT dapat dipertingkatkan dan
diperkukuhkan sejajar dengan arus permodenan dan pembangunan Negara
yang semakin pesat, drastik dan dinamik.
Apabila cadangan ini dilaksanakan secara tidak langusng Kerajaan akan
membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang layak bagi menjawat
jawatan tersebut melalui perlantikan baru mahupun secara KPSL dan
dianggarkan sejumlah 50 perjawatan untuk skim perkhidmatan Pegawai
Perancang Bandar dan Desa Gred J41 akan diwujudkan melalui pelaksanaan
cadangan ini. Keadaan ini akan banyak membantu didalam meningkatkan mutu
perkhidmatan dan penyampaian khususnya dari sudut perancangan dan
pembangunan kawasan PBT berkenaan ke satu tahap yang lebih professional
serta lebih diiktiraf.
Dengan wujudkan perjawatan diperingkat kumpulan P&P di Jabatan atau
Bahagian Perancangan disetiap PBT, sudah pasti setiap Jabatan dan Bahagian
Perancangan PBT tersebut akan mempunyai seorang ketua yang mempunyai
latarbelakang perancangan bandar yang lebih profesionalisma dengan adanya
kelayakan penjawat terbabit untuk memiliki pengiktirafan profesionalisma
melalui pertubuhan dan persatuan seperti Malaysian Institute of Planner (MIP)
dan Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) yang mana syarat umum
keahliannya mestilah mereka yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perancangan
Bandar yang diiktiraf.
4.0 PENUTUP
Sejak Merdeka, peranan PBT telah melalui berbagai proses transformasi di
dalam arus pembangunan negara yang pesat. Bermula sebagai sebuah institusi
yang memainkan peranan penting dalam pelaksanaan undang-undang, menjaga
ketenteraman awam serta sebagai pemungut cukai utama Kerajaan,
peranannya telah berkembang menjadi agensi penyelarasan pembangunan yang
dinamik dan seterusnya bertindak sebagai penggerak, perancang utama serta
pelaksana kemajuan ekonomi dan pembangunan di peringkat tempatan dan
daerah.Era 90’an telah memperlihatkan negara ini beralih ke arah
pembangunan perindustrian, teknologi tinggi dan perbandaran yang pesat. Ini
mengakibatkan fungsi dan peranan PBT juga telah berubah dan bertambah dari
semasa ke semasa. Kepesatan pembangunan melalui proses urbanisasi dan
industrialisasi telah mewujudkan bandar-bandar baru dan perubahan profail dan
struktur bandar sedia ada yang memerlukan perubahan struktur pentadbiran
PBT yang merancang dan mentadbir kawasan-kawasan tersebut dan bagi
meningkatkan mutu perkhidmatan tersebut maka wajarlah juga personelnya
juga dipertingkatkan.
5.0 LAMPIRAN
LAMPIRAN 1:-
Laman Utama > Maklumat Jawatan (Deskripsi Tugas/Gaji Permulaan) > Ijazah/Sarjana/PHD > Pegawai
Perancang Bandar dan Desa
Gred J41
Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab.: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/Jabatan Perancang Bandar dan Desa
Jadual Gaji:
G A J I M I N I M U M G A J I M A K S I M U M
K A D A R K E N A I K A N G A J I T A H U N A N
RM2,360.00 RM8,743.00 RM225.00
Syarat Lantikan:
Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,360.00 ] atau
Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta ijazah sarjana atau diploma lepas ijazah dalam bidang perancang bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,774.842 ] atau
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Ijazah Sarjana atau Diploma Lepas Ijazah dalam bidang Perancang Bandar atau lain-lain bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,567.28 ] atau
Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Geografi, Ekonomi, Sains Sosial, Antropologi atau Perangkaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta ijazah sarjana atau Diploma Lepas Ijazah dalam bidang Perancang Bandar atau lain-lain bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,360.00 ] dan
lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
mempunyai kelayakan di atas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Merancang, menyedia, menyelia dan menyelaras kajian rancangan pembangunan dan pelan-pelan pembangunan serta membuat laporan teknikal dan memberi nasihat perancangan termasuk pelan tata-atur.
SUMBER :http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/Ijazah/1113
LAMPIRAN 2:-
Senarai PBT di Malaysia
PBT di Negeri
[ Semua | Johor | Kedah | Kelantan | Melaka | N.Sembilan | Pahang | P.Pinang | Perak | Perlis | Selangor | Terengganu | Sabah | Sarawak | W.Persekutuan ] [ Kembali ke Statistik ]
Nama PBT Alamat Lengkap Cadangan Kod
MySMS
1) Johor Darul Takzim
1) Majlis Bandaraya Johor Bahru
Jalan Dato' Onn Peti Surat 232 80720 JOHOR BAHRU
MBJB
2) Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
Skudai 81300 JOHOR BAHRU
MPJBT
3) Majlis Perbandaran Batu Pahat
Jalan Pejabat 83000 BATU PAHAT
MPBP
4) Majlis Perbandaran Kluang
Jalan Pejabat Kerajaan Kluang 86000 Kluang
MPKLUANG
5) Majlis Perbandaran Kulai Jalan Pejabat Kerajaan 81000 KULAI
MPKULAI
6) Majlis Perbandaran Muar Karung Berkunci No. 516 84009 MUAR
MPMUAR
7) Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Aras 19, Menara Aqabah, Jalan Bandar 81700 PASIR GUDANG
MPPG
8) Majlis Daerah Kota Tinggi Jalan Padang 81900 KOTA TINGGI
MDKT
9) Majlis Daerah Labis 85300 LABIS MDLABIS
10) Majlis Daerah Mersing No. 243 Jalan Ibrahim 86800 MERSING
MDMERSING
11) Majlis Daerah Pontian Bangunan Majlis Daerah 82000 PONTIAN
MDPONTIAN
12) Majlis Daerah Segamat No.1, Jalan Abdullah 85000 SEGAMAT
MDSEGAMAT
13) Majlis Daerah Simpang Renggam
Jalan Pejabat 86200 SIMPANG RENGGAM
MDSR
14) Majlis Daerah Tangkak Pejabat Besar, Majlis Daerah Muar Utara 84907 TANGKAK
MDTANGKAK
15) Majlis Daerah Yong Peng KM 1, Jalan Labis 83700 YONG PENG
MDYP
2) Kedah Darul Aman
1) Majlis Bandaraya Alor Setar
Jalan Kolam Air 05675 ALOR SETAR
MBAS
2) Majlis Perbandaran Kulim No, 104-121, Lorong Kenari 5/1 Kota Kenari 09000 KULIM
MPKK
3) Majlis Perbandaran Sungai Petani
08000 SUNGAI PETANI MPSPK
4) Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan
Bandaraya Pelancongan 07000 LANGKAWI
MPLBP
5) Majlis Daerah Baling 09100 BALING MDBALING
6) Majlis Daerah Bandar Baharu
09800 SERDANG MDBB
7) Majlis Daerah Kubang Pasu
Komplek Pentadbiran Daerah 06000 JITRA
MDKPASU
8) Majlis Daerah Padang Terap
06300 KUALA NERANG MDPTERAP
9) Majlis Daerah Pendang Aras 3 Wisma Sri Pendang 06700 PENDANG
MDPENDANG
10) Majlis Daerah Sik 08200 SIK MDSIK
11) Majlis Daerah Yan 06900 YAN MDY
3) Kelantan Darul Naim
1) Majlis Perbandaran Kota Bharu
Jalan Hospital 15000 KOTA BHARU
MPKB
2) Majlis Daerah Bachok 16300 BACHOK MDBACHOK
3) Majlis Daerah Gua Musang
18300 GUA MUSANG MDGM
4) Majlis Daerah Ketereh Kota Bharu 16450 KETEREH
MDKETEREH
5) Majlis Daerah Dabong 18200 DABONG MDDABONG
6) Majlis Daerah Kuala Krai JKR 60, Jalan Sultan Yahya Petra 18000 KUALA KRAI
MDKK
7) Majlis Daerah Machang Pejabat Majlis Daerah Machang Tingkat 1&2, Bangunan Aked MDM Jalan Dato' Hashim 18500 MACHANG
MDMACHANG
8) Majlis Daerah Pasir Mas Jalan Pejabat 17000 PASIR MAS
MDPM
9) Majlis Daerah Pasir Puteh 16800 PASIR PUTEH MDPP
10) Majlis Daerah Tanah Merah
17500 TANAH MERAH MDTMERAH
11) Majlis Daerah Tumpat Jalan Dato' Keramat 16200 TUMPAT
MDTUMPAT
12) Majlis Daerah Jeli 17600 JELI MDJELI
4) Melaka Bersejarah
1) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Bangunan Graha Makmur No, 1 Lebuh Ayer Keroh 75450 MELAKA
MBMB
2) Majlis Perbandaran Alor Gajah
Jalan Dato' Dol Said 78000 ALOR GAJAH
MPAG
3) Majlis Perbandaran Jasin 77000 JASIN MPJ
4) Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Lot 51 & 52, Tingkat 1 Kompleks Melaka Mall 75450 Ayer Keroh
MPHTJ
5) Negeri Sembilan Darul Khusus
1) Majlis Perbandaran Seremban
Wisma Perbandaran, Jalan Yam Tuan 70990 Seremban
MPSNS
2) Majlis Perbandaran Nilai Peti Surat 52 71800 NILAI
MPN
3) Majlis Perbandaran Port Dickson
KM 1, Jalan Pantai 71900 PORT DICKSON
MPPD
4) Majlis Daerah Jelebu Pejabat Majlis Daerah Jelebu Jelebu 71600 KUALA KELAWANG
MDJELEBU
5) Majlis Daerah Jempol 72120 BANDAR SERI JEMPOL MDJL
6) Majlis Daerah Kuala Pilah Jalan Perpateh 72009 KUALA PILAH
MDKP
7) Majlis Daerah Rembau Dewan Merdeka, Jalan Dato' Maharaja Lela 71309 Rembau
MDR
8) Majlis Daerah Tampin 73000 TAMPIN MDTAMPIN
6) Pahang Darul Makmur
1) Majlis Perbandaran Kuantan
Jalan Tanah Putih 25100 KUANTAN
MPK
2) Majlis Perbandaran Temerloh
28000 TEMERLOH MPT
3) Majlis Perbandaran Bentong
Jalan Ketari 28700 BENTONG
MPBENTONG
4) Majlis Daerah Cameron Highlands
39700 TANAH RATA MDCH
5) Majlis Daerah Jerantut 27000 JERANTUT MDJERANTUT
6) Majlis Daerah Lipis Aras4, Bangunan Lipis Centerpoint 27200 KUALA LIPIS
MDLIPIS
7) Majlis Daerah Maran 26500 MARAN MDMARAN
8) Majlis Daerah Pekan 26600 PEKAN BANDAR DIRAJA MDPEKAN
9) Majlis Daerah Raub 26700 RAUB MDRAUB
10) Majlis Daerah Rompin Pejabat MD Rompin 26800 KUALA ROMPIN
MDROMPIN
11) Majlis Daerah Bera Pejabat Majlis Daerah Bera 28200 BANDAR BERA
MDBERA
7) Pulau Pinang
1) Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Paras 17, Menara Komtar Jalan Penang 10675 Pulau Pinang
MPPP
2) Majlis Perbandaran Seberang Perai
Jalan Perda Utama, Bandar Perda 14000 Bukit Mertajam
MPSP
8) Perak Darul Ridzuan
1) Majlis Bandaraya Ipoh Peti Surat 1009 30820 IPOH
MBI
2) Majlis Perbandaran Manjung
Pejabat Majlis Perbandaran Manjung Kompleks Pentadbiran Daerah Manjung 32040 SERI MANJUNG
MPM
3) Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
Jalan Raja Chulan 33000 KUALA KANGSAR
MPKKPK
4) Majlis Perbandaran Taiping
Wisma Perbandaran, Jalan Taming Sari 34000 TAIPING
MPTAIPING
5) Majlis Perbandaran Teluk Intan
36000 Teluk Intan MPTI
6) Majlis Daerah Kampar Kompleks Pentadbiran MD Kampar, Jalan Iskandar, 31900 KAMPAR
MDKAMPAR
7) Majlis Daerah Gerik Jalan Haji Meor Yahaya Perak Darul Ridzwan 33300 GERIK
GERIK
8) Majlis Daerah Kerian No.1 Wisma MDK,Jalan Padang Perak Darul Ridzwan 34200 PARIT BUNTAR
MDKERIAN
9) Majlis Daerah Batu Gajah 31007 BATU GAJAH MDBG
10) Majlis Daerah Lenggong Jalan Alang Iskandar 33400 LENGGONG
MDLG
11) Majlis Daerah Pengkalan Hulu
33100 PENGKALAN HULU MDPH
12) Majlis Daerah Perak Tengah
Aras Bawah, Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah 32600 SRI ISKANDAR
MDPT
13) Majlis Daerah Selama 34100 SELAMA MDSELAMA
14) Majlis Daerah Tanjong Malim
35900 TANJUNG MALIM MDTM
15) Majlis Daerah Tapah 35000 TAPAH MDTAPAH
9) Perlis Indera Kayangan
1) Majlis Perbandaran Kangar
No.192 , Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar
MPKANGAR
10) Selangor Darul Ehsan
1) Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 1, Wisma MBSA Persiaran Perbandaran 40706 SHAH ALAM
MBSA
2) Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Jalan Yong Shook Lin 46675 PETALING JAYA
MBPJ
3) Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Menara MPAJ, Persiaran MPAJ Jalan Pandan Utama, Pandan Indah 55100 KUALA LUMPUR
MPAJ
4) Majlis Perbandaran Kajang
Jalan Semenyih 43000 KAJANG
MPKJ
5) Majlis Perbandaran Klang Jalan Perbandaran 41675 KLANG
MPKLANG
6) Majlis Perbandaran Selayang
Persiaran 3, Bandar Baru Selayang KM 15, Jalan Ipoh 68100 BATU CAVES
MPS
7) Majlis Perbandaran Subang Jaya
Persiaran Perpaduan, USJ 5 47610 SUBANG JAYA
MPSJ
8) Majlis Perbandaran Sepang
Persiaran Semarak Api 43900 CYBERJAYA
MPSEPANG
9) Majlis Daerah Hulu Selangor
Jalan Bukit Kerajaan 44000 KUALA KUBU BHARU
MDHS
10) Majlis Daerah Kuala Langat
Persiaran Majlis, Off Jalan Morib 42700 BANTING
MDKL
11) Majlis Daerah Kuala Selangor
45000 KUALA SELANGOR MDKS
12) Majlis Daerah Sabak Bernam
45300 SUNGAI BESAR MDSB
11) Terengganu Darul Iman
1) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
Tingkat 8, Menara Permint Jalan Sultan Ismail 20200 KUALA TERENGGANU
MBKT
2) Majlis Perbandaran Kemaman
24000 KEMAMAN MPKEMAMAN
3) Majlis Perbandaran Dungun
23000 DUNGUN MPDUNGUN
4) Majlis Daerah Besut 22200 BESUT MDBESUT
5) Majlis Daerah Hulu Terengganu
21700 HULU TERENGGANU MDHT
6) Majlis Daerah Marang 21600 MARANG MDMARANG
7) Majlis Daerah Setiu 22100 SETIU MDSETIU
12) Sabah
1) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
No.1 Jalan Bandaran 88675 KOTA KINABALU
DBKK
2) Majlis Perbandaran Sandakan
Peti Surat 221 90702 SANDAKAN
MPSNDKN
3) Majlis Perbandaran Tawau
Peti Surat 412 91007 TAWAU
MPTAWAU
4) Majlis Daerah Beaufort Peti Surat Bil.181 89808 BEAUFORT
MDBEAUFORT
5) Majlis Daerah Beluran Peti Surat 20 90107 BELURAN
MDBELURAN
6) Majlis Daerah Keningau Peti Surat 181 89008 KENINGAU
MDKENINGAU
7) Majlis Daerah Kinabatangan
W.D.T No.8 90200 KINABATANGAN
MDKBTGN
8) Majlis Daerah Kota Belud Peti Surat No.8 89157 KOTA BELUD
MDKB
9) Majlis Daerah Kota Marudu
Peti Surat 129 89100 KOTA MARUDU
MDKM
10) Majlis Daerah Kuala Penyu
Peti Surat No.120 89740 KUALA PENYU
MDKPENYU
11) Majlis Daerah Kunak Peti Surat Bil 15 91207 KUNAK
MDKUNAK
12) Majlis Daerah Lahad Datu Peti Surat 60249 91112 LAHAD DATU
MDLD
13) Majlis Daerah Nabawan Peti Surat No.27 89957 NABAWAN PENSIANGAN
MDN
14) Majlis Daerah Papar Peti Surat 177 89608 PAPAR
MDPAPAR
15) Majlis Daerah Penampang Peti Surat 80 89507 PENAMPANG
MDPPG
16) Majlis Daerah Ranau Peti Surat No.57 89308 RANAU
MDRANAU
17) Majlis Daerah Semporna Peti Surat Bil. 134 91308 SEMPORNA
MDS
18) Majlis Daerah Sipitang Peti Surat 28 89857 SIPITANG
MDS
19) Majlis Daerah Tambunan P.O. Box 31 89650 TAMBUNAN
MDTAMBUNAN
20) Majlis Daerah Tenom Peti Surat 114 89907 TENOM
MDTENOM
21) Majlis Daerah Tuaran Peti Surat Bil. 580 89208 TUARAN
MDTUARAN
22) Lembaga Bandaran Kudat Peti Surat No.201 89058 KUDAT
LBK
23) Majlis Daerah Pitas Peti Pos No. 47 Pos Mini Pitas 89100 PITAS
MDPITAS
24) Majlis Daerah Putatan Dewan Mini, Pejabat Daerah Putatan 88200 PUTATAN
MDPUTATAN
13) Sarawak
1) Dewan Bandaraya Kuching Utara
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya 93050 KUCHING
DBKU
2) Majlis Bandaraya Kuching Selatan
Jalan Padungan 93675 KUCHING
MBKS
3) Majlis Bandaraya Miri Jalan Raja 98000 MIRI
MBM
4) Majlis Perbandaran Padawan
Kota Padawan,Batu 10 Jalan Penrissen 93250 KUCHING
MPP
5) Majlis Perbandaran Sibu Tingkat 19-24, Wisma Sanyan No 1 Jalan Sukan Peti Surat 557 96007 SIBU
SMC
6) Lembaga Kemajuan Bintulu Wisma Bintulu
No. 1, Jalan Tanjung Kidurong Peti Surat 55 97007 BINTULU
BDA
7) Majlis Daerah Bau Jalan Ong Guan Cheng 94000 BAU KUCHING
BAUDC
8) Majlis Daerah Betong Bangunan Kubu Rentap 95700 BETONG
MDBETONG
9) Majlis Daerah Dalat & Mukah
Jalan Kubu, Peti Surat 68 96400 MUKAH
MDDM
10) Majlis Daerah Kanowit Jalan Kubu Jalan Kubu, Peti Surat 1, 96707 KANOWIT
MDKANOWIT
11) Majlis Daerah Kapit Peti Surat 57 96800 KAPIT
MDKAPIT
12) Majlis Daerah Lawas Jalan Hospital Peti Surat 80 98857 LAWAS
MDLAWAS
13) Majlis Daerah Luar Bandar Sibu
Jalan Bujang Suntong Peti Surat 1318 96008 SIBU
MDLBS
14) Majlis Daerah Lubok Antu Engkili 95800 ENGKILILI, BAHAGIAN SRI AMAN
MDLA
15) Majlis Daerah Maradong & Julau
Peti Surat 4, Jalan Mahkamah 96507 BINTANGOR
MDMJ
16) Majlis Daerah Lundu 94500 LUNDU
MDLUNDU
17) Majlis Daerah Marudi Peti Surat 374 Marudi 98058 BARAM
MDM
18) Majlis Daerah Matu & Daro
96250 MATU MDMD
19) Majlis Daerah Samarahan
94300 KOTA SAMARAHAN MDS
20) Majlis Daerah Saratok Jln Datuk Abang Abu Talib Peti Surat No 73 95400 SARATOK
MDS
21) Majlis Daerah Sarikei Jalan Nyelong Peti Surat 420 96100 SARIKEI
MDS
22) Majlis Daerah Serian No. 1 JLn Bunga Tanjung 94700 SERIAN
MDS
23) Majlis Daerah Simunjan LOT 805 New Service Centre GUNUNG NGELI 94800 SIMUNJAN
MDS
24) Majlis Daerah Sri Aman Peti Surat 78 95700 SRI AMAN
MDSA
25) Majlis Daerah Subis 98150 BEKENU
MDS
26) Majlis Daerah Limbang Peti Surat 390 98708 LIMBANG
MDLIMBANG
14) Wilayah Persekutuan
1) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Bangunan Ibu Pejabat DBKL Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur
DBKL
Jumlah PBT : 150
Sumber :http://www.epbt.gov.my/osc/PBT2_index.cfm?Neg=00&Taraf=0&S=2