Kelayakan Guru

Embed Size (px)

Citation preview

SME 3023 TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICALS SCIENCEARTIKEL ISU KELAYAKAN GURU

MUHAMMAD FARID BIN AZIZ MOHAMAD SUFFYAN BIN DAIM MOHAMAD SABRI BIN IBRAHIM MUHD HAMIZI BIN YUSOFF MOHD BADRUL HISHAM BI MAT AMIN

D20081032271 D22081032383 D20081032280 D20081032295 D20081032279

PENDIDIKAN SAINS (KIMIA) DR. MAZITAH PUTEH

1

ISI KANDUNGAN1. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 1.1Pengenalan 1.2 Profesionalisme Guru 1.3 Saluran Kemasukan ke Institut Pendidikan Guru dan Syarat-syarat 1.4 Struktur Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 1.5 Latihan Perguruan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 1.5.1 Pedagogi 1.5.2 Kandungan mata pelajaran 1.5.3 Pelajar 1.5.4 Tujuan dan Falsafah Pendidikan di Malaysia 1.5.5 Kurikulum 1.6 Penutup 2. Guru Sebagai Satu Profesion 1 2 3 4 4 4 5 5 5 6 7

2.1 Pengenalan 2.2 Konsep Profesion 2.3 Aspek Keguruan Dianggap Sebagai Satu Profesion 2.3.1 Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melalui pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang. 2.3.2 Mempertingkatkan profesionalisme 2. 3.3 Berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif 2.3.4 Mahir menggunakan IT 2.3.5 Berpengetahuan dan berdaya fikir serta berakhlak 2.4 Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia 2.5 Penutup 3. Guru Cemerlang 3.1 Pengenalan 3.2 Objektif 3.3 Ciri-ciri 3.4 Isu: Bebanan Kerja2

8 9 9 9 10 11 11 12 13 15 16 18 18 20

4.0 Khusus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) 4.1 Pengenalan 4.2 Komponen Kursus bagi KPLI dan DPLI 4.3 Faktor-Faktor Graduan Bekerjaya Memilih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) 4.4 Faktor Pengaruh Orang Signifikan dengan Pemilihan Kursus 4.5 Faktor Peribadi dengan Pemilihan Kursus 4.6 Faktor Kerja itu Sendiri dengan Pemilihan Kursus 4.7 Faktor Jantina dengan Pemilihan Kursus 4.8 Faktor Lokasi Tempat Tinggal 5. Isu-isu yang mengaitkan pelajar KPLI dan DPLI 5.1 Jangka masa yang singkat 5.2 Minat 5.3 Jalan mudah mencari pekerjaan 5.4 Penguasaan kemahiran pelajar DPLI dalam kursus ikhtisas. 5.5 Menolak Hak pelajar Ismp yang layak 5.6 Kesan-Kesan 5.7 Langkah Mengatasi5.8 Kesimpulan Rujukan

21 26 27 27 28 29 30 32

34 36 37 38 40 41 4243

KELAYAKAN GURU 3

1. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 1.1 Pengenalan Guru merupakan sebuah profesion yang berobjektifkkan pembentukan insan dan sahsiah pelajar agar manusia itu tahu tanggungjawab dan amanah mereka terhadap diri sendiri, bangsa, negara dan masyarakat. Jika dilihat dari perspektif Islam, profesion perguruan diangkat ke satu tahap yang tinggi di mana kedudukan guru adalah setaraf dan semulia pemimpin negara dan tugas mendidik dan menyanpaikan ilmu kepada masyarakat merupakan satu ibadah yang sangat dituntut oleh syarak. Islam sangat menggalakkkan umatnya supaya menuntut ilmu tidak kira di mana mereka berada.hal ini supaya mereka dapat mengelakkan diri mereka dari menjadi sesat kerana tidak dapat membezakan antara yang hak dan yang batil sekaligus mengelakkan zaman Jahiliah seperti yang pernah berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w berulang semula.. Pembelajaran adalah satu proses menerima maklumat dan ilmu melalui pancaindera seperti mata, telinga, lidah, hidung dan kulit. Maklumat yang diterima melalui lima deria tersebut disalurkan kepada otak dan ditafsirkan dan proses penyusunan semula untuk tindakan segera atau penyimpanan jangka masa panjang. Pertimbangan atau proses yang berlaku di dalam tersebut dipanggil intelek atau akal. Walaubagaimanpun kemampuan otak manusia adalah terbatas dan tidak semua maklumat yang didapati dapat disimpan. Maka, tidak hairanlah ilmu yang didapati pada masa dahulu tidak dapat ditafsir pada masa sekarang. Oleh itu, ini menunjukkan betapa pentingnya proses pengulangan semula. Ilmu itu sangat luas. Terdapat dua jenis ilmu pengetahuan iaitu ilmu wahyu dan ilmu yang diketahui. Ilmu wahyu adalah ilmu yang diturunkan oleh Allah s.w.t untuk umat Islam dan Holy Ghost untuk agama Kristian melalui perantaraan Nabi dan Rasul. Ilmu yang diterima diberikan dalam kitab Taurat bagi orang Kristian dan Al-Quran bagi umat Islam. Ilmu yang ditemui pula adalah ilmu yang didapati melalui kajian dan penyelidikan terhadap sumber yang terdapat di dunia ini. Manusia dituntut supaya mencari seberapa banyak ilmu pengetahuan bagi memandu kehidupan manusia di muka bumi ini. Rasulullah s.a.w pernah bersabda tuntutlah ilmu dari dari buaian sehingga ke liang lahad. Ini bermaksud manusia disuruh menuntut ilmu seumur hidup mereka. Ilmu dapat memandu kita mengharungi kehidupan dunia sekaligus mencapai tahap hidup yang lebih tinggi sesuai dengan peradaban hidup manusia. 1.2 Profesionalisme guru 4

Profesionalisme adalah suatu yang murni di mana individu menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh komitmen, dedikasi, tidak mementingkan diri sendiri dan menjalankan tugas tanpa sebarang paksaan. Profesionalisme perguruan berkait rapat dengan mutu pendidikan yang dilihat dari beberapa aspek antaranya sikap dan nilai guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini secara langsung dapat mempengaruhi nilai, minat dan sahsiah pelajar. Strategi pemgajaran yang digunakan oleh guru turut memberi pengaruh terhadap sahsiah dan kefahaman para pelajar dalam proses pembelajaran. Penggunaan sumber pengajaran yang berkualiti turut mempengaruhi kefahaman pelajar serta meningkakat prestasi mereka. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti dan sahsiah guru yang akan menentukan proses pembelajaran pelajar. Keberkesanan dalam proses ini berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru untuk menyempurnakan tanggungjawab mereka dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara tanggungjawab guru adalah memberikan penumpuan terhadap kaedah pembelajaran yang berkesan dengan menggunakan sumber teknologi terkini , penyediaan iklim dan suasana bilik darjah yang berkesan serta keberkesanan dalam proses penanaman sikap dan nilai murni dalam kalangan pelajar. Tugas guru juga bukan sekadar menyampaikan ilmu kepada para pelajar bahkan lebih daripada itu. Guru juga bertanggungjawab terhadap kebajikan para pelajar, sekolah dan masyarakat. Guru perlu mengambil berat tentang disiplin para pelajar dan sebagainya. Guru juga bertindak sebagai agen mangkin kepada perkembangan tahap pembelajaran pelajar. Di samping itu, guru juga bertindak sebagai mentor kepada para pelajar bukan sahaja dari aspek pembelajaran, malah terhadap semua aspek kehidupan. Guru yang professional dapat menghidu masalah yang dihadapi oleh para pelajar. Guru merupakan satu profesion yang professional kerana profesion perguruan lebih kepada perkhidmatan jika dibandingkan kepada ganjaran semata-mata. Hal ini berkaitan dengan tanggungjawab untuk melahirkan generasi seterusnya yang berilmu supaya bertepatan dengan arus peredaran masa. Guru professional juga lebih cenderung terhadap kemajuan pelajaran dan berupaya member dorongan terhadap para pelajarnya. Mereka juga berkeupayaan dan sanggup memberikan apa-apa bantuan yang diperlukan oleh para pelajar. Profesion perguruan memerlukan komitmen yang tinggi daripada individu yang terlibat kerana hal ini tidak dapat menghasilkan prestasi yang baik dengan pengelibatan yang sambil lewa. Jesteru itu, dedikasi daripada para guru sangatlah dituntut memandangkan sebahagian besar masa guru diahabiskan untuk memikir, merancang dan menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan proses pembelajaran para pelajar bertujuan meningkatkan prestasi dan sahsiah para pelajar. Masyarakat secara umumnya sangat menharapkan para guru supaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh tanggungjawab, sahsiah yang baik dan tidak melanggar norma-norma masyarakat. Dalam konsep Kepimpinan Melalui Teladan, segala sahsiah dan gaya hidup para guru seharusnya menjadi teladan dan ikutan kepada para 5

pelajar. Oleh kerana zaman yang serba maju sekarang, kedua ibu bapa terlibat dengan kerjaya dan tugas masing-masing. Oeh itu, mereka mengharapkan sepenuhnya kepada guru di sekolah untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugas mendidik dan mengasuh anak-anak mereka. Guru yang profesional memerlukan mutu dan kualiti yang sesuai dengan tugas dan status mereka sebagai pendidik kepada anak bangsa. Mutu dan kualiti guru termasuklah sahsiah dan sikap, kreativiti dan inovasi, motovasi, kemahiran komunikasi yang baik serta sifat-sifat kepimpinan yang bakal diikuti oleh anak murid mereka. Kelemahan mutu dan kualiti guru secara langsung akan memberikan kesan yang buruk dan berpanjangan kepada pelajar dan guru itu sendiri jika tiada tindakan segera diambil. Guru yang tidak mempunyai komitmen dan tanggungjawab terhadap profesion mereka akan menyebabkan profesion itu terjejas dan dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling. Hal ini diibaratkan seperti kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga. Jesteru itu, setiap individu yang terlibat dengan profesion ini seharusnya mempunyai jati diri, komitmen dan tanggungjawab yang tinggi terhadap tugas mereka. Mereka seharusnya mengikis sikap mementingkan diri yang ada dalam diri mereka. Dedikasi yang ditunjukkan guru akan menyebabkan perasaan tanggungjawab mereka terhadap usaha mendidik anak bangsa menjadi suatu perkara yang mesti dilakukan. Mereka akan sentiasa mengambil berat tentang kemajuan pelajar mereka dan mementingkan masa depan dan generasi negara kita pada masa depan kerana merekalah yang akan menerajui negara ini suatu hari nanti. Guru yang berdedikasi seharusnya beusaha sedaya-upaya tanpa mengharapkan sebarang ganjaran untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar disamping meningkatkan pelajar dari aspek rohani, jasmani dan emosi dan bukannya intelektual semata-mata. 1.3 Saluran Kemasukan ke Institut Pendidikan Guru dan Syarat-syarat Terdapat beberapa saluran yang boleh diikuti oleh sesiapa yang berminat untuk menceburkan diri di dalam bidang pendidikan negara. Antara saluran-saluran yang boleh diikuti adalah melalui lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), melalui Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan melalui lulusan Diploma. ,ereka akan melalui pengajian selama 8 semster sebagai latihan dan syarat untuk menjadi seorang guru professional. Namun, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh calon sebelum diserap untuk utnuk menjalani latihan perguruan di universiti-universiti atau maktab di seluruh Malaysia. Antara syarat dan kelayakan untuk seseorang diserap bagi menjalani latihan erguruan adalah mereka mestilah seorang warganegara Malaysai yang sah dan berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memohon. Untuk melayakkan mereka menjalani temuduga adalah mereka mesti lulus ujian kelayakan Malaysia Educator 6

Selection Inventory (MEdSI). Selepas lulus ujian kelayakan tersebut mereka akan melalui fasa temuduga yang dijalankan oleh orang yang benar-benar mahir dalam selok-belok pendidikan negara. Antara syaratsyarat lain yang perlu dipatuhi adalah mereka perlu aktif dalam aktiviti kokurikulum ketika di sekolah dan melepasi tahap kesihatan yang ditetapkan. Mereka juga harus bebas daripada penyalahgunaan dadah. 1.4 Struktur Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Setiap bakal guru di Institut Perdidikan Guru dan Institut Pengajian Tinngi yang menwarkan kursus pendidikan perlu menamatkan 133 jam kredit dalam masa lapan semester atau 4 tahun. Ianya dibahagi kepada tiga kursus besar iaitu kursus wajib universiti/maktab merangkumi 23 jam kredit, kursus teras iaitu kursus pengajian professional, major dan amalan professional merangkumi 86 jam kredit dan akhir sekali kursus elektif iaitu kursus minor atau subjek tumpuan merangkumi 24 jam kredit. 1.5 Latihan Perguruan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Menurut Shulman, L.S. seorang guru yang benar-benar profesional perlu menguasai tujuh jenis ilmu pengetahuan iaitu pedagogi, kandungan mata pelajaran, konten-pedagogi, pelajar, konteks pendidikan di Malaysia, tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia dan kurikulum. 1.5.1 Pedagogi Pedagogi adalah ilmu yang berkaitan dengan kaedah pengajaran. Khususnya pengajaran yang melibatkan pendidikan secara formal. Atau dalam erti kata lain, ia adalah sesuatu seni mengenai kaedah dan cara mengajar di sekolah. Pedagogi adalah matapelajaran yang wajib dikuasai oleh setiap guru profesional di Malaysia. Sebagai salah satu bidang kajian yang luas dan amat penting, pedagogi melibatkan kajian mengenai semua yang melibatkan pelajar dan bilik darjah antaranya bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran berjalan, pegurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan interaksi antara guru dan para pelajar. Pedagogi boleh dikaitkan dengan Taksonomi Bloom yang membahagikan fungsi kepada tiga bidang iaitu bidang kognitif, afektif dan psikomotor. Bidang kognitif adalah bidang yang berkaitan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa terhadap sesuatu masalah atau perkara. Bidang afektif pula adalah bidang yang berkaitan dengan sikap dan sahsiah seseorang manakala bidang psikomotor adalah bidang yang melibatkan tubuh badan manusia seperti aktiviti pertukangan dan sukan atau lebih tepat dikatakan melibatkan dunia luar. Ketiga-tiga bidang ini harus digunakan secara serentak. Contohnya, jika guru ingin mengajar seorang pelajarnya menulis, guru tersebut perlu mengajarnya memegang pensel dengan betul yang melibatkan bidang psikomotor, bentuk huruf yang melibatkan bidang kognitif dan menggalakkan pelajar tersebut agar minat menulis yang melibatkan bidang afektif. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya menegaskan diri 7

mereka untuk menguasai kemahiran tertentu terutamanya kemahiran asas dalam proses ini seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, mendengar, bertutur, membaca, menulis dan sebagainya. Apabila perkara asas seperti berikut dapat dikuasai oleh pelajar, maka ini akan dapat membantu pelajar menguasai bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah. 1.5.2 Kandungan mata pelajaran Ilmu kedua yang perlu dikuasai oleh para pendidik adalah kandungan mata pelajaran. Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran guru pada awal tahun, guru seharusnya menganalisa dan mengkaji keseluruhan mata pelajaran pada tahun tersebut. Ini dapat membantu guru tersebut membuat strategi pembelajaran untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran selain memberi lebih pemahaman kepada para pelajar. Oleh itu, guru yang profesional seharusnya menyediakan rancangan pengajaran dan diedarkan kepada para pelajar. Strategi pembelajaran yang dimaksudkan termasuklah latihan intensif yang berterusan bertujuan meningkatkan prestasi pelajar dalam pelajaran. 1.5.3 Pelajar Guru yang profesional juga perlu menguasai ilmu yang berkaitan dengan pelajar. Guru harus tahu tugas dan tanggungjawab mereka terhadap pelajar. Tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Malahan, lebih daripada itu. Tanggungjawab guru yang paling besar ialah mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar melebihi hal-hal yang lain termsuklah tugas mendidik. Guru juga mesti bersikap adil terhadap setiap orang anak didiknya tanpa mengira perbezaan keturunan, agama, jasmani, mental, emosi, politik, sosial dan kaum. Guru seharusnya menjadi role model kepada setiap pelajar dalam semua aspek termasuklah tingkah laku, pertuturan dan cara berpakaian selain menunjukkan contoh yang baik pada setiap masa. Guru bertanggungjawab memlihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, dan menghadiri kursus ikhtisas dan seminar agar mutu prestasi pelajar dapat ditingkatkan. 1.5.4 Tujuan dan Falsafah Pendidikan di Malaysia Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

8

Pernyataan di atas adalah falsafah pendidikan di Malaysia dan bakal guru serta setiap guru harus menghayati dan mendalami maksud setiap baris ayat di atas. Tujuan pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang terdidik dari segala aspek kehidupan. Pendidikan adalah untuk membentuk individu yang matang dari segi intelek, moral, emosi dan estetika. Ia juga bertujuan menggalakkan perkembangan potensi pada tahap maksimum. Pendidikan adalah berpusatkan kepada pelajar itu sendiri. Hal ini bermakna, pelajar itu seharusnya mencapai matlamat dan tujuan falsafah pendidikan Malaysia dengan usaha mereka sendiri setelah bantuan yang diberikan oleh guru dan negara. 1.5.5 Kurikulum Guru juga perlu tahu ilmu berkaitan dengan kurikulum pelajaran di Malaysia. Kurikulum merupakan suatu elemen yang sangat penting dalam sistem pendidikan negara. Kurikulum di Malaysia ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan yang meliputi semua bidang ilmu pengetahuan, kemahiran, dan nilai kebudayaan serta kepercayaan untuk meningkatkan potensi individu secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Proses ke arah pembangunan perlu dilakukan secara berterusan dan dinamik bagi memastikan kurikulum yang dijalankan adalah releven dan sesuai dengan keperluan pada masa ini dan pada masa depan. Pelaksanaan kurikulum adalah penting di peringkat sekolah dan bilk darjah. Pengurusan kurilulum yang berkesan seharusnya dapat memastikan matlamat, dasar dan hasrat pendidikan negara untuk melahirkan warganegara yang memberi kepentingan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Kurikulum perguruan boleh dikelaskan kepada tiga komponen utama iaitu komponen ikhtisas, komponen akademik dan komponen perkembangan diri. Komponen ikhtisas dipecahkan lagi kepada tiga bahagian iaitu teori, amali dan sikap. Elemen-elemen yang terdapat dalam teori ialah psikologi, sosiologi, falsafah pendidikan , pedagogi, bahasa, teknilogi dan pendidikan di Malaysia. Elemen-elemen ini sangat diperlukan untuk menjadi guru yang benar-benar profesional. Amali pula meliputi pengajaran mikro dan latihan mengajar dan sikap yang dapat dibentuk melalui seminar dan bengkel. Ketiga-tiga cabang komponen ikhtisas ini bertujuan membina kemahiran, sikap dan pengetahuan asas perguruan meliputi aspek teori dan amali. Komponen akademik pula boleh dibahagikan kepada dua cabang utama iaitu kursus kaedah dan kursus pilihan. Kursus kaedah merupakan kursus untuk pelbagai mata pelajaran utama dalam kurikulum sekolah termasuk Agama Islam dan mata pelajaran vokasional. Kursus pilihan adalah kursus yang boleh dipilih oleh mereka termasuklah mata pelajaran Pendidikan

9

Sivik, Pendidikan Moral, Pendidikan jasmani dan juga subjek tumpuan. Objektif kursus ini diperkenalkan adalah untuk membina pengetahuan mendalam dalam memberikan keyakinan dalam pengajian sesuatu subjek mata pelajaran. Komponen ketiga iaitu komponen perkembangan diri adalah aktiviti kokurikulum seperti unit Beruniform, aktiviti sukan dan persatuan bertujuan melibatkan guru dengan aktiviti luar. Di samping itu, ia juga bertujuan membina pengalaman dan kemahiran untuk mengendalikan sesuatu aktiviti sukan apabila mereka menjejakkan kaki di sekolah. 1.6 Penutup Sebagai kesimpulan, guru merupakan profesion yang professional di mana setiap bakal guru akan menerima latihan khas yang melayakkan mereka menjadi guru. Ianya bertujuan untuk melahirkan guru yang benar-benar menepati saranan pihak KPM agar mencapai matlamat yang produktif dan bermutu selaras dengan misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Profesion perguruan merupakan satu pekerjaan yang penting kerana seorang doctor, jurutera dan pelbagai pekerjaan lain lahirnya daripada prfesion perguruan itu sendiri. Jesteru, sudah terang lagi bersuluh bahawa profesion perguruan merupakan satu profesion yang tidak boleh dipandang enteng oleh masyarakat dan kerja-kerja untuk memartabatkan profesion perguruan perlu dilaksanakan segera agar profesion ini terus dipandang mulia dan dihormati oleh masyarakat.

10

2. Guru Sebagai Satu Profesion

2.1 Pengenalan Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilainilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif. Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan mengenai perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura (1949) terdapat satu symposium mengenai Pendidikan Universiti dan Laporan Carr-Saunders. Di dalam symposium tersebut perbincangan mengenai peranan universiti dan kedudukan profesion perguruan turut diadakan ( Lim Tay Boh, 1948). Di antara perkara pokok yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan11

usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa kini. 2.2 Konsep Profesion Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman, 1956). Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas contohnya perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain. Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion (Awang Had Salleh, 1980 ). Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut . Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya. 2.3 Aspek Keguruan Dianggap Sebagai Satu Profesion 2.3.1 Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melalui pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang. Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di12

sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat. 2.3.2 Mempertingkatkan profesionalisme Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk berhadapan dengan cabaran dan tuntutan daripada perubahanperubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategistrategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik. Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk

13

menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapkan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998) 2. 3.3 Berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan. Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program. 2.3.4 Mahir menggunakan IT Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui online. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemankin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut. Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan pembangunan negara bergerak dengan rancak. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk14

membangunkan teknologi maklumat seperti koridor raya multimedia (Multimedia Super Corridor, MSC) yang menjadi pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau dan antarabangsa. Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan di negara ini, komputer telah dijadikan sebagai satu kurikulum di sekolah. Penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer merupakan salah satu bentuk kurikulum yang memerlukan profesion keguruan tahu dan menguasai teknologi maklumat. Penggunaan komputer dalam pendidikan membawa satu reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru ( Mok Soon Sang, 1996). Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, kita berhadapan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian, malah kemudahan teknologi telah menjadi satu cara hidup seperti penggunaan pengangkutan berasaskan teknologi (LRT), perkhidmatan bank ( kad ATM), telekomunikasi (telefon bimbit), hiburan ( Video, VCD) dan lain-lain. Jadi rakyat negara ini harus dapat menangani kehidupan di era teknologi maklumat sehingga teknologi itu menjadi sebahagian daripada amalan biasa tanpa disedari. Oleh itu, profesion keguruan harus memperlengkapkan diri secara global dalam perkembangan penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah. 2.3.5 Berpengetahuan dan berdaya fikir serta berakhlak

Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapakan dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatan di jalan raya dan cara-cara memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak. Melalui pembacaan guru dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai isu-isu semasa, sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, jenayah : seperti peras ugut, pecah rumah, penculikan dan seumpamanya ; ekonomi : urusan perniagaan, jual-beli saham, hartanah dan sebagainya ; politik : hubungan negara di peringkat antarabangsa dan juga pergolakan politik15

sesebuah negara. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar. Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai murni yang disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu. 2.4 Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia Setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing. Etika ialah suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Ini disebut sebagai kod etika. Justeru, etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individu-individu mengikut profesion masing-masing. Mengikut Dewan Bahasa & Pustaka, (1995) etika adalah satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Manakala mengikut Oxford, (1994) etika adalah prinsip moral atau set prinsip moral. Kod etika memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakantindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion. Tujuan kod etika ialah untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion. Dalam bidang perguruan, setiap guru harus mematuhi kod etika yang terdapat dalam tatasusila profesion keguruan seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti berikut: I. Tanggungjawab terhadap pelajar 1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar. 2. Bersikap adil terhadap setiap pelajar 3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar. 4. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang baik.16

5. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar II. Tanggungjawab terhadap ibu bapa 1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa. 2. Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. 3. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka. 4. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. 5. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. III. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara 1. Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 2. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat. 4. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara IV. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan 1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru. 2. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat. 3. Mengawal diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. 4. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. 2.5 Penutup

17

Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani. Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua. Adakah peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doctor, peguam dan arkitek. Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu bersungguh-sungguh dalam menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Menurut Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau menegaskan dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripada peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi.

3. Guru Cemerlang 3.1 Pengenalan Guru sebagai pendidik perlu mempunyai iltizam yang lebih untuk melaksanakan aktiviti bagi mencapai aspirasi-aspirasi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang baru, guru harus lebih bersedia untuk melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran baru bagi melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Guru yang berpandangan futuristik akan sentiasa18

menokok tambah ilmunya dengan membaca dan menghadiri seminar dan bengkel. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung dengan struktur pendidikan iaitu kualiti tenaga pengajar. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikategorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan. Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat KPM adalah untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara. Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai Misi Nasional dan guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Justeru itu, guru perlu memahami, memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Peranan kerajaan memperkenalkan kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang adalah sangat bertepatan untuk memantapkan profesion keguruan sekarang ini. Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan tanpa perlu menukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan cara ini, guru-guru yang bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pelaksanaan konsep Guru Cemerlang juga bertujuan untuk menjadikan guru-guru yang dilantik sebagai role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masingmasing. Kewujudan Guru Cemerlang diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi sesebuah sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang dan gemilang. Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi.19

Pada tahun 1993, Mesyuarat Jemaah Menteri telah pun meluluskan memorandum bertajuk Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan: Cadangan Yang Cemerlang. Hasilnya, konsep Guru Cemerlang telah dijadikan sebagai satu laluan kenaikan pangkat yang baru mulai tahun 1994. Pada tahun 1994, kuota asal Guru Cemerlang yang telah diluluskan dibawah SSB adalah sebanyak 1,000 bagi kenaikan pangkat dari Gred DG3 ke DG2 dan sebanyak 1,600 jawatan bagi kenaikan pangkat dari Gred D6 Ke Gred DG5. Jadual dibawah menunjukkan kuota mengikut tahun yang telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap permohonan jawatan kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang. Kuota Mengikut Tahun Diluluskan 1994 Khas C DG54 DG52 DG48 1,000(DG2) 2004 12 2006 24 100 250 1,000 173(SR) DG44 DGA38 DGA34 DGA32 Jumlah 1,600(DG5) 2,600 12 4,000 800 3,200 9,374 5,379(SM) 1,737(SR) 237 950 4,000 14,327 2009 36 134 336 1,345(SM)

Gred

Jadual 1: Kuota Guru Cemerlang 3.2 Objektif Kaedah kenaikan pangkat Guru Cemerlang telah diluluskan oleh Kerajaan pada tahun 1994 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi guru-guru yang benar-benar cemerlang dalam mata pelajaran yang diajar atau dalam bidang pengkhususan masing-masing selari dengan usaha

20

memartabatkan profesion keguruan. Pelaksanaan kaedah ini adalah untuk mencapai tujuan berikut:i.

Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain. Meningkatkan motivasi guru. Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran. Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi

atau bidang pengkhususan masing-masing.ii. iii. iv. v.

kemahiran Guru Cemerlang.vi. vii.

mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.viii.

secara laluan laju (fast track), Khas Untuk Penyandang (KUP). 3.3 Ciri-ciri Guru Cemerlang mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai peribadi yang terpuji, berpengetahuan, hasil kerja yang bagus, komunikasi yang tinggi, berpotensi dan menyumbangkan sesuatu kepada pendidikan Negara. Ciri pertama Guru Cemerlang ialah mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada warga pendidik. Selain itu, Guru Cemerlang mestilah menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang ternologi maklumat dan komunikasi. Selanjutnya, Guru Cemerlang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) ke arah membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan21

Kebangsaan. Guru Cemerlang juga harus memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi. Guru Cemerlang ialah guru yang berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik. Akhir sekali, Guru Cemerlang berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara. Pada umumnya, profesion perguruan memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pendidik. Ini bagi memastikan generasi pewaris negara iaitu anak didik diberikan pendidikan yang tidak berbelah bagi. Semua guru bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan prihatin terhadap kemajuan dan kelemahan setiap anak didik mereka. Makluman ini bukan sahaja untuk pengetahuan guru bahkan untuk disampaikan kepada ibu bapa. Dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik, pengajaran dan pembelajaran (P&P) tidak hanya berlaku dalam bilik darjah malah guru perlu mempunyai kreativiti dan inisiatif untuk melaksanakan P&P melalui aktiviti di luar bilik darjah. Guru Cemerlang perlu berusaha untuk membentuk kemahiran berfikir kritis dan kreatif murid-murid belajar melalui pengalaman secara terus (kontektualisme dan konstruktivisme) seperti gerak kerja luar bilik darjah, lawatan sambil belajar dan aktiviti kemasyarakatan yang bersesuaian dengan keperluan murid. Usaha ini melibatkan pembentukan nilai-nilai murni, sahsiah, peribadi mulia serta kemahiran insaniah melalui aktiviti pasukan beruniform, kelab, sukan dan permainan dan lain-lain aktiviti luar darjah.

3.4 Isu: Bebanan Kerja Isu yang cuba dibangkitkan adalah bebanan kerja yang terlalu berat untuk dipikul oleh seorang guru yang bergelar Guru Cemerlang. Apabila seseorang itu berada dalam situasi sedemikian, semestinya bebanan kerja yang terlalu banyak tidak dapat dielakkan untuk mengekalkan reputasi kecemerlangan yang telah dibina. Tugas utama guru untuk mendidik dibebani dengan kerja-kerja pengkeranian, program-program sekolah dan kursus-kursus yang telah diatur. Kenyataan En. Akmal Fairuz dalam Utusan Malaysia pada 3 Disember 2009 tentang22

tugas profesional guru dan tugas pentadbiran masih boleh dipersoalkan. Sebenarnya tugas-tugas seperti ini sudah menjani kelaziman bagi guru-guru di sekolah dan mereka seharusnya bijak mengambil peluang dan ruang untuk membaiki diri ke arah yang lebih baik. Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan dan pengurusan bagi menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci, kemudian membandingkan dengan kemampuan seorang pekerja untuk melaksanakan tugas itu dengan terperinci. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlaku beban tugas di kalangan guru yang digariskan oleh Daeng Ramli Akil (1993). Di antaranya ialah : i. ii. iii. atasan. iv. Tugas sampingan yang diberikan secara mendadak kepada guru. Pengagihan tugas yang tidak seimbang antara guru-guru dalam Sikap pentadbir yang suka pilih kasih dan bersikap tidak adil Tugas sampingan yang dibebankan dibahu guru-guru oleh pihak

setahun. terhadap guru-guru tertentu.

4. Khusus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) 4.1 Pengenalan

23

Pada tahun 1960-an, beberapa perubahan dalam sistem pendidikan negara telah berlaku. Jawatan Kuasa Penyemak Pelajaran atau lebih dikenali sebagai laporan Rahman Talib telah mencadangkan supaya satu Program Integrasi dirancang secara menyeluruh untuk melatih guru bagi sekolah menengah, rendah dan penubuhan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional untuk melatih pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang jurusan berbentuk kemahiran. Perlaksanaan rancangan tersebut telah dibahagikan kepada tiga tahap. Tahap pertama ialah pada tahun 1963 hingga 1965, manakala tahap kedua ialah pada tahun 1966 hingga 1970 dan tahap ketiga ialah pada tahun 1971 hingga 1975. Maka sehingga sekarang berkembangnya pengambilan tenaga pengajar untuk melatih guru-guru berkemahiran teknikal dan vokasional sehingga program DPLI bagi sekolah menengah dan KPLI bagi sekolah rendah telah dibuka untuk menampung keperluan guru berkemahiran di setiap sekolah (Mak Soon Sang, 2002). Bilangan penduduk Malaysia semakin bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 2007 terdapat 27.17 juta penduduk negara, meningkat kepada 27.73 juta orang pada tahun 2008. Angka ini meningkat kepada 28.31 juta orang pada tahun 2009 (Laporan Jabatan Perangkaan Negara, 2009). Keadaan ini menyebabkan pembukaan sekolah-sekolah baru giat dijalankan untuk menampung pertambahan bilangan pelajar. Pada tahun 2008 sebanyak 9,825 buah sekolah ditubuhkan dan meningkat kepada 9,922 buah sekolah pada tahun 2010 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010). Ini bererti bilangan guru terlatih juga perlu ditambah untuk menampung kebanjiran pelajar-pelajar ini. Seramai 1,473 daripada 60,000 jumlah pemohon bergraduan di seluruh negara, terpilih untuk memasuki program Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) ambilan Januari 2010 bagi memenuhi 17 bidang pengajian di 27 Institut Pendidikan Guru (IPG). Manakala seramai 1,136 calon guru lepasan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) yang telah menamatkan pengajian mereka pada bulan November/Disember 2009 berjaya mengurangkan jumlah kekosongan guru-guru sekolah menengah sebanyak 11,238 orang. Sehingga Januari 2010 masih lagi terdapat kekurangan 11,238 orang guru di sekolah menengah dan 5,211 orang guru di sekolah rendah (Akhbar Utusan Malaysia, 29 Januari 2010). Pengambilan pelajar-pelajar DPLI dan KPLI telah berjaya membantu mengurangkan kekosongan guru di sekolah-sekolah yang terlibat. Pendidikan latihan guru telah mengalami beberapa perkembangan terkini di mana bilangan kursus dan pelajar di Maktab-Maktab Perguruan telah berkembang dan bertambah khususnya untuk Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI). Mulai 3 Januari 2003, Kursus24

Perguruan Lepas Ijazah Pengkhususan Sekolah Rendah telah diperkenalkan untuk melatih guru siswazah dalam bidang perguruan sekolah rendah. Kurikulum ini digubal berasaskan keperluan mengoptimumkan perkembangan kognitif kanak-kanak, keperluan meningkatkan ilmu pedagogi dan pengalaman berasaskan sekolah rendah serta keperluan memupuk nilai positif dan amalan profesional di kalangan guru. Keperluan-keperluan tersebut diterjemahkan dalam kandungan kurikulum latihan perguruan yang mendefinisikan bagaimana seseorang guru perlu merekabentuk pengajaran yang berkesan, mewujudkan suasana bilik darjah yang selesa, mewujudkan suasana keseronokan untuk menimba ilmu serta memupuk ciri-ciri guru profesional yang disanjung tinggi oleh masyarakat. Antara objektif program diadakan adalah untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 50 peratus guru sekolah rendah berijazah menjelang tahun 2010. Selain itu, khusus ini juga untuk meningkatkan kualiti guru dan menampung kekurangan guru lepasan pengajian pendidikan. Sementara itu, antara matlamat kewujudan DPLI pula bagi melahirkan guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran profesional dalam bidang pendidikan, melahirkan guru yang mampu mengajar dan mengurus mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah dan melahirkan graduan yang mempunyai keupayaan sebagai pemimpin instruksional. Tempoh pengajian bagi program DPLI dan KPLI adalah ditetapkan selama 10 bulan (KPM, 2003). Di samping mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah, pelajar-pelajar ini juga perlu menjalani aktiviti kokurikulum sebagai sebahagian daripada kurikulum kursus. Struktur dan komponen kursus yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran KPLI menetapkan pelajar-pelajar wajib menjalani latihan mengajar selama 12 minggu di sekolah rendah yang terpilih. Jadual 1.1: Pecahan Tempoh Pengajian Program KPLI dan DPLI Pecahan Pengajian Program KPLI dan DPLI Pengajian Semester Pertama Peperiksaan Akhir Semester Pertama Cuti Antara Semester Pengajian Semester Kedua Peperiksaan Akhir Semester Kedua Cuti Sebelum Latihan Mengajar Latihan Mengajar 12 Minggu 1 Minggu 1 Minggu 12 Minggu 1 Minggu 1 Minggu 12 Minggu25

Tempoh Pengajian

Jumlah Sumber : Universiti Putra Malaysia, 2010

40 Minggu

Antara subjek pengkhususan yang ditawarkan dalam program ini ialah Pendidikan Islam, Pengajian Inggeris, Matematik dan Sains. Dua subjek pengkhususan ditambah pada 2004 iaitu Kemahiran Hidup dan Pra Sekolah. Program Diploma Pendidikan adalah di bawah Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama IPTA dan KPTM. Program DPLI pula ditawarkan kepada pelajar-pelajar lepasan ijazah yang melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma pendidikan. Setelah tamat pengajian, mereka akan mengajar di sekolah-sekolah menengah harian, sekolah teknik dan vokasional. Antara kursus-kursus DPLI yang ditawarkan oleh KPTM adalah seperti dalam Jadual 1.2.

26

27

Terdapat pelbagai syarat dan kelayakan bagi permohonan atau pemilihan masuk dalam profesion perguruan. Seperti sistem baru yang diperkenalkan pada ketika ini, bagi pengambilan kursus pendidikan di negara ini perlu melalui ujian kelayakan bertulis MEDSI. Setelah lulus dalam kelayakaan pertama ini barulah melalui ujian temuduga untuk masuk ke bidang pendidikan. Temuduga yang dijalankan sedikit sebanyak mengambarkan terhadap pilihan sebenar individu itu malah menggambarkan kesesuaian jenis personaliti individu tersebut terhadap persekitaran profesion perguruan. Begitu juga dengan program kursus perguruan lepasan SPM pula calon perlu melepasi syarat-syarat akademik yang ditetapkan, menduduki Ujian Sahsiah Guru, ujian bertulis Bahasa Inggeris dan lulus temu duga. Kementerian juga telah mengambil kira kelayakan dalam memenuhi Petunjuk Prestasi Utama untuk diberi insentif kepada para guru. Melalui proses seperti ini dapat meyakinkan bahawa guru yang diambil mampu menyumbang dan merealisasikan wawasan negara. Pemilihan guru bukan sekadar akademik semata-mata malah mereka yang aktif dalam kegiatan kokurikulum bagi membentuk modal insan yang cemerlang. Syarat pengambilan calon guru telah diperketatkan sejak 2005 lagi dalam usaha melahirkankan tenaga pengajar yang mahir dan berwibawa. Tiga pelan tindakan telah dirangka mencakupi Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Calon bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) perlu memiliki ijazah yang menepati bidang yang dipohon, menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MteST), aktif dalam kokurikulum, melepasi tapisan keselamatan, bebas dari penyalahgunaan bahan dadah dan lulus temuduga.

4.2 Komponen Kursus bagi KPLI dan DPLI28

Kursus KPLI-SR mengandungi 5 komponen penting iaitu komponen pengkhususan, komponen teras, penyuburan diri, praktikum (latihan mengajar) dan GERKO (Kementerian Pendidikan, BPG, 2002). Terdapat enam pengkhususan utama iaitu Pendidikan Islam, Pengajian Inggeris, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup dan Pra Sekolah. Selain dari mata pelajaran pengkhususan di atas, guru pelatih KPLI-SR juga dikehendaki mengambil mata pelajaran teras yang mengandungi tujuh mata pelajaran yang diwajibkan iaitu: a. Ilmu Pendidikan b. Bahasa Melayu c. Bahasa Inggeris d. Pengurusan Sumber Pengajaran e. Sejarah Perkembangan Negara f. Pendidikan Islam / Pendidikan Moral g. Tamadun Islam Bagi kursus DPLI pula, antara komponen penting yang perlu dititkberatkan oleh bakal pelajar bagi kursus ini ialah: Jadual 1.3: Komponen Kursus Bagi Kurikulum Program DPLI Komponen Kursus Ikhtisas Pendidikan Kaedah Mengajar Pengajaran Mikro Kursus Tumpuan Kedua (Berdasarkan pengkhususan PTV) a. Pengurusan Makanan I Pengkhususan b. Pengurusan Pakaian II ERT c. Kemahiran Manipulatif I ( a, b, c ialah pengkhususan ERT ) d. Pengajaran Praktik Sains Pertanian Pengkhususan e. Pengantar Pendidikan Teknik Dan Vokasional SP f. Kemahiran Manipulatif I ( d, e, f ialah pengkhususan SP ) Latihan Mengajar Jumlah Sumber: UPM 201 4.3 Faktor-Faktor Graduan Bekerjaya Memilih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)29

Kredit 17 4 2

8 40

Terdapat lima faktor yang dikenalpasti dikenalpasti mempengaruhi graduan bekerjaya memilih kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI) iaitu faktor pengaruh orang yang signifikan, faktor peribadi, faktor kerja itu sendiri, faktor jantina dan faktor lokasi tempat tinggal. Faktor-faktor ini tidak jauh bezanya dengan faktor-faktor seseorang itu memilih kerjaya sebagai seorang guru. 4.4 Faktor Pengaruh Orang Signifikan dengan Pemilihan Kursus Dorongan orang lain dalam kehidupan kita sedikit sebanyak memberi kesan kepada pemilihan kerjaya. Diantara orang yang dianggap berpengaruh di dalam kehidupan kita terdiri dari ibu bapa, anggota keluarga, guru, rakan sebaya dan lain-lain. Pengaruh ibu bapa diperolehi dari didikan yang diberikan sejak dari kecil dengan mempengaruhi pendapat dan nilai mereka. Ibu bapa adalah orang yang pertama memindahkan kepada anak-anak segala warisan sosial, kebudayaan dan nilai serta adat kebiasaan melalui pengalaman mereka. Secara tidak langsung ibu bapa turut memainkan peranan di dalam membentuk minat anak-anak mereka terhadap sesuatu perkara termasuklah di dalam soal memilih pekerjaan. Mengikut Margaret Mead (di dalam Canger, 1973), di dalam budaya yang stabil biasanya anak-anak menghormati ibu bapa sebagai pembimbing mereka kerana ibu bapa dianggap lebih matang dan mempunyai pengalaman yang lebih luas. Malahan Morrison dan Mac Intyre (1970) mempunyai dapatan yang tidak berbeza dan menegaskan bahawa ibu bapa yang bekerja sebagai guru boleh mempengaruhi secara langsung anak-anak mereka untuk memilih profesion yang sama dan dapatan ini menguatkan lagi kepentingan pengaruh ibu bapa terhadap anak-anak. Kajian yang dilakukan oleh Fox (1961) menunjukkan seramai 75% daripada respondennya menyatakan mereka dipengaruhi oleh guru mereka apabila membuat keputusan untuk memilih pekerjaan. Pengaruh guru juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya di dalam kehidupan seseorang individu kerana dalam tempoh 11 tahun, seseorang kanak-kanak itu membesar dalam persekitaran persekolahan. Kenyataan di atas disokong oleh Jantzen (1981), yang menunjukkan adanya pengaruh guru dalam pemilihan pekerjaan. Pengaruh guru juga mendapat tempat dalam keenam-enam kajian Joseph & Green (1986).30

4.5 Faktor Peribadi dengan Pemilihan Kursus Dalam banyak kajian yang telah dibuat, faktor sukakan kanak-kanak dan faktor suka bergaul dengan remaja sering menunjukkan adanya hubungan yang signifikan dengan keputusan seseorang memilih kerjaya perguruan. Profesion keguruan sebenarnya menyediakan banyak peluang untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dan seterusnya dapat memahami mereka dengan lebih baik lagi. Oleh yang demikian, profesion memerlukan orang yang benar-benar menyukai kanak-kanak kerana jika seseorang guru sukakan kanak-kanak dan merasa seronok bergaul dengan kanak-kanak, maka akan wujudkan pengajaran yang berkesan (Lasley, 1980). Seterusnya, dapatan yang sama diperolehi oleh Jantzen (1981), yang telah membuat kajian di antara tahun 1946-1979, Lau (1964), Lortie (1975) dan memetik fakta dari tesis Noran Fauziah Yaakub (1988), yang menyatakan kajian yang dijalankan oleh Persatuan Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat (NEA) pada tahun 1967 menunjukkan 34% daripada 2316 orang guru yang menjadi responden menyatakan mereka memilih profesion keguruan kerana ingin bekerja dengan golongan muda. Begitu juga dengan kajian yang dibuat oleh Wood (1978), menunjukkan sampel kajiannya memberikan sebab yang sama sebagai pilihan pertama mereka memilih profesion keguruan. Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (1982), mendapati diantara motif intrinsik yang mendorong seseorang memilih menjadi guru ialah berminat terhadap kanak-kanak dan remaja. Hayes (1990) telah menjalankan satu kajian ke atas mahasiswa pendidikan disebuah universiti mengenai sebab-sebab mereka memilih profesion keguruan. Hasil kajiannya menunjukkan kebanyakkan penuntut memasuki profesion keguruan kerana ingin mengubah kehidupan kanak-kanak ke arah yang lebih positif, diikuti oleh peluang untuk meluahkan daya kreatif, seterusnya sebab sukakan kanak-kanak disamping dapat menanamkan sikap tanggungjawab terhadap diri. .

31

4.6 Faktor Kerja itu Sendiri dengan Pemilihan Kursus Profesion keguruan mempunyai ciri-ciri yang dapat menarik seseorang memilihnya sebagai kerjaya mereka. Di antaranya, profesion keguruan memberi peluang kepada seseorang untuk berkhidmat kepada masyarakat dan juga disebabkan oleh faktor kemanusiaan. Menurut Ginzberg et al (1951), apabila seseorang membuat pertimbangan mengenai pemilihan pekerjaan, dia akan menilai dirinya dari pelbagai sudut yang berkaitan dengan profesion yang dipilih seperti kebolehan, kelayakan, bakat dan personalitinya. Sementara itu, Holland (1985) pula menyatakan individu itu tidak akan kekal lama dalam satu-satu pekerjaan sekiranya pekerjaan itu dirasakan tidak mempunyai persamaan dengan personalitinya. Kajian tempatan yang awal mengenai sebab guru pelatih memilih profesion keguruan telah dibuat oleh Daisy Ee (1974). Beliau telah menjalankan kajian ke atas 2046 orang guru pelatih di lima buah maktab perguruan. Hasil kajiannya menunjukkan seramai 73.5% guru pelatih memilih profesion keguruan kerana beranggapan profesion ini dihormati, disamping peluang berkhidmat kepada masyarakat. Anucia (1981) di dalam kajiannya juga ke atas guru pelatih menunjukkan 66.15% sampelnya memilih profesion keguruan kerana profesion ini memberi mereka peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat. Guru-guru dalam kajian Book et al. (1985) dan Rowse & Ley (1986) mengatakan mereka mendapat kepuasan peribadi dengan menjadi guru. Mereka mengutamakan keinginan untuk membantu orang lain dan tidak memberi pertimbangan yang berat kepada status atau gaji yang akan diterima. Selain dari sebab-sebab di atas, Noran Fauziah Yaakub (1990) juga menyatakan bahawa profesion keguruan adalah merupakan pekerjaan yang terjamin di Malaysia dan adalah mudah bagi guru pelatih lepasan Maktab Perguruan mendapat pekerjaan selepas tamat latihan kerana seluruh program latihan mereka dibiayai oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain dari ciri-ciri di atas, terdapat ciri-ciri lain yang menarik seseorang itu memilih profesion keguruan sebagai kerjaya mereka. Diantaranya, cuti yang banyak dan waktu bekerja32

yang singkat iaitu kurang dari lapan jam. Bagi guru wanita pula, mereka berpendapat kerjaya ini sangat sesuai untuk mereka setelah berkahwin kelak kerana mereka boleh mengikut suami bertugas di mana-mana (Noran Fauziah Yaakub, 1990). sewaktu menjalankan kajian ke atas penuntut lepasan ijazah untuk mengetahui sebab-sebab orang memilih kerjaya sebagai pentadbir sekolah, kaunselor sekolah dan guru telah memperolehi dapatan yang hampir sama iaitu sebabsebab yang mempengaruhi seseorang menjadi guru adalah kerana pekerjaan yang terjamin, jadual kerja yang tersusun baik dan cuti yang mencukupi. 4.7 Faktor Jantina dengan Pemilihan Kursus Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan di antara jantina dengan keputusan memilih profesion keguruan. Diantaranya kajian oleh Pratt (1975), Shinar (1975), Suchner dan Moore (1975) [yang terkumpul dalam Osipow, 1983], semuanya menunjukkan adanya pengaruh jantina di dalam pemilihan kerjaya seseorang. Currie (1982) juga telah menyentuh perkara yang sama. Dapatan dari kajiannya telah menunjukkan pola pemilihan kerjaya penuntut-penuntut di Australia Barat lebih cenderung tergolong di dalam pekerjaan yang secara tradisionalnya dipadankan dengan jantina. Di dapati pekerjaan utama yang dipilih oleh penuntut wanita ialah bidang perguruan, jururawat dan sebagai ahli terapi. Sementara penuntut lelaki pula lebih meminati bidang perakaunan, kejuruteraan dan pilihan ketiga ialah perguruan. Hasil terperinci kajiannya menunjukkan sebanyak 25.1% daripada penuntut wanita telah memilih profesion keguruan berbanding dengan 10.1% daripada penuntut lelaki yang memilih bidang yang sama. Dapatan dari kajiannya juga menunjukkan bilangan guru wanita adalah tiga kali ganda lebih ramai daripada bilangan guru lelaki di Australia Barat. Kesan dari kajian ini menunjukkan bahawa profesion keguruan adalah profesion yang boleh diidentifikasikan dengan kewanitaan. Keadaan yang hampir sama juga telah berlaku dinegara kita. Kajian Abdul Raof Dalip (1989) melaporkan bahawa di antara motif sampelnya memilih profesion keguruan sebagai kerjaya mereka adalah kerana guru sesuai dan secocok untuk kaum wanita.

33

Perangkaan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru menunjukkan bilangan guru pelatih wanita yang menuntut di 28 buah Maktab Perguruan seluruh Malaysia di dapati melebihi calon lelaki (Perangkaan Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991). Pada kebiasaannya kita lihat di institusi latihan keguruan, bilangan guru pelatih perempuan melebihi dari kaum lelaki. Ketidaksamaan bilangan ini adalah tidak membimbangkan kerana Abd. Main Salimon (1993) mendapati kepuasan kerja guru perempuan adalah lebih tinggi daripada kaum lelaki. Dengan ini mereka akan sedia berkhidmat sebagai guru dalam jangkamasa yang lebih lama dan kurang mendorongkan mereka meninggalkan profesion keguruan dalam jangkamasa yang singkat. Di samping ciri-ciri penting yang telah dibincangkan tadi, terdapat fakta kukuh sebagaimana yang tersurat dalam buku panduan Muslim Womens Rights and Responsibilities keluaran Jabatan Perdana Menteri (1984) ada menerangkan bahawa dari sudut pandangan Islam yang berbunyi wanita Islam perlu sedar bahawa pekerjaan berbentuk pendidikan paling sesuai, secocok dengan naluri dan jasmani mereka. Berdasarkan hakikat inilah bagi pengkaji sebarang kemusykilan dan masalah tidak mungkin timbul jika bilangan guru perempuan melebihi kaum lelaki malahan ianya akan memantapkan lagi prestasi dan imej profesion keguruan. Sesuai dengan hujah dan huraian Abd. Main (1993), beliau melihat aspek pekerjaan wanita dari sudut pandangan Islam adalah lebih baik sekiranya dengan kelulusan dan prasyarat yang sama dengan kaum lelaki tetapi kuota yang lebih tinggi diberikan kepada kaum wanita Islam untuk menjadi guru.

4.8 Faktor Lokasi Tempat Tinggal Mengenai lokasi tempat tinggal, didapati beberapa kajian meunjukkan faktor ini juga turut mempengaruhi keputusan seseorang individu memilih profesion keguruan. Menurut Charters (1973) dalam kajiannya mengenai latar belakang sosial guru di Amerika Syarikat mendapati kebanyakkan guru-guru di sana berasal dari luar bandar atau pekan kecil. Mereka lebih34

cenderung memilih profesion keguruan kerana ingin memperbaiki status sosial mereka. Hasil kajian oleh Chivore (1986) di Zimbabwe mendapati pelajar-pelajar sekolah yang berasal dari kawasan luar bandar lebih meminati profesion keguruan jika dibandingkan dengan pelajarpelajar dari kawasan bandar. Kajian oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (1982) menunjukkan lebih ramai guru sekolah rendah datang dari kawasan luar bandar manakala kebanyakkan guru yang mengajar di Institusi Pengajian Tinggi pula datang dari kawasan bandar. Bakal guru yang diharapkan menjadi pembimbing generasi muda hendaklah mempunyai ciri-ciri unggul yang menjadi aspirasi masyarakat dan negara. Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Guru sememangnya berhasrat memilih bakal guru yang berminat, bukan mereka yang hanya menceburkan diri setelah tiada pilihan lain kerana sikap separuh hati ini telah terbukti mendatangkan akibat buruk kepada profesion itu sendiri (Berita Bahagian Pendidikan Guru, 1990). Sesungguhnya, usaha menjamin kualiti perkhidmatan dalam profesion keguruan di abad ini merupakan satu cabaran kerana arus pembangunan masa kini mendesak peningkatan kualiti dalam semua bidang perkhidmatan termasuklah bidang pendidikan. Oleh itu, menjadi harapan negara agar guru dapat memainkan peranan dalam mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang berguna.

5.0 Isu-isu yang mengaitkan pelajar KPLI dan DPLI

Terdapat pelbagai isu-isu dikaitkan dengan KPLI dan DPLI dewasa ini. Isu ini hangat diperkatakan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sehinggalah ke maktab-maktab peruguruan dan university-universiti yang menawarkan kursus perguruan. Berikut merupakan bebrapa faktor yang menyebabkan lebih ramai graduan yang mengambil kursus selain perguruan memilih perguruan sebagai kerjaya mereka.35

5.1 Jangka masa yang singkat Isu pengajaran guru-guru KPLI dan DPLI yang kurang berkesan di sekolah akibat tempoh pengajian yang singkat untuk mereka menguasai kursus yang diambil telah dipertikaikan (Akhbar Utusan Malaysia, 31 Oktober 2004). Masalah ini dikaitkan dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh IPTA terhadap silibus-silibus program DPLI, di mana mereka hanya mengikuti 3 kursus asas kemahiran teknikal, 7 kursus ikhtisas pendidikan, kaedah mengajar dan pengajaran mikro selama 2 semester berbanding pelajar-pelajar perdana yang lain. Satu semester lagi, mereka akan ditempatkan di sekolah-sekolah menengah untuk menjalani latihan mengajar. Dalam satu kajian, tempoh pengajian selama 10 bulan, telah membuktikan pelajar-pelajar DPLI pengkhususan ERT dan SP gagal mencapai gred A+ dalam kursus pendidikan teknikal dan kursus ikhtisas pendidikan (UPM, 2010). Keadaan ini mendorong pelajar menjadi kurang berkeyakinan untuk mengajar sekiranya mereka tidak dapat menguasai dengan baik pengetahuan teori dan amali dalam pengkhususan yang diambil (Mohd Shukri, 1999) Uniknya mengenai KPLI dan DPLI ini, pada awal kemunculannya seorang guru boleh dilahirkan dalam tempoh pengajian kira-kira setahun dengan bidang serta pengkhususan mengenai pendidikan dengan harapan dapat melahirkan guru yang berkualiti dan bermotivasi. Ini sama sekali bercanggah dengan pendapat DR Illyas Zaidi dari keratan akhbar Berita Harian bertajuk Guru maktab , KPLI perlu pertingkat ilmu. Ianya dilihat satu tempoh yang singkat dalam melahirkan bakal guru yang kuat jati dirinya dan bermotivasi.. Justeru terlalu mudah untuk melihat kelemahan pelaksanaan KPLI dan DPLI dalam melahirkan seorang guru yang sebenar jika dibandingkan dengan guru yang dilahirkan daripada maktab perguruan dan ISMP . Benar siswazah ini sudah mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang, tapi kriteria itu sahaja tidak memadai untuk melayakkan mereka bergelar seorang guru yang baik. Guru-guru ini bakal menghadapi masalah bukan sahaja dalam mengendalikan aktiviti dalam bilik darjah dengan berkesan malah turut merasa sukar untuk bertindak secara proaktif dalam aktiviti kokurikulum dan pentadbiran. Konsep Pendidikan Guru Yang Bersepadu36

menyarankan satu program perkembangan guru yang berterusan harus bermula daripada latihan perguruan praperkhidmatan, program pembangunan sewaktu guru mula ditempatkan, dan seterusnya program perkembangan berterusan sehingga seseorang guru itu bersara (Mohammed Sani, 2002). Tidak hairanlah, hasil kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) menunjukkan penurunan dalam pencapaian murid Malaysia berbanding negara lain seperti Hong Kong, Singapura dan Korea Selatan (Jabatan Perdana Menteri, 2009). Pada masa yang sama, kajian ini turut mendapati kejayaan murid dipengaruhi secara langsung oleh kualiti guru yang mengajar mereka. Keadaan ini mewujudkan satu keperluan untuk menawarkan satu program pembangunan yang komprehensif dan bersepadu untuk membimbing dan melatih guruguru ini secara berterusan.

5.2 Minat Isu yang sentiasa dibangkitkan ialah sama ada calon guru KPLI dan DPLI yang berjaya dipilih benar-benar layak dan bercita-cita ingin menjadi guru. Masalahnya, terdapat sebilangan kecil guru yang memilih profesion keguruan dengan motif peribadi seperti mendapat gaji yang tetap, cuti yang panjang, dan pada jangkaan mereka bidang ini mudah serta tidak mencabar. Sikap mengutamakan kepentingan diri akan hanya memalapkan dunia pendidikan yang perlu didokong oleh watak-watak guru yang dinamis dan progresif. Kebanyakan pelajar KPLI dan DPLI ini tidak dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran kerja sebagai seorang guru kerana tiada minat yang mendalam dalam bidang ini. Faktor keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dalam bentuk kesesuaian jenis personaliti seseorang dengan persekitaran itu merupakan satu faktor yang besar. Apabila jenis personaliti tersebut tidak sepadan dengan persekitarannya, maka berlakulah punca kepada sikap tidak berminat terhadap kerja mahupun perkembangannya (Holland, 1973). Sekiranya profesion37

ini adalah pilihan yang terakhir bagi guru, minat utama terhadap profesion ini sebenarnya hanya sedikit sahaja dan akibatnya selepas dua atau tiga tahun menjadi guru, kebosanan terhadap tugas akan berlaku. Kajian yang dijalankan terhadap beberapa orang guru mengenai kejadian Burnout terhadap guru jelas menunjukkan faktor bahawa guru yang seringkali menghadapi masalah ini adalah guru yang kurang berminat sejak dari awal lagi dalam bidang yang diceburi. ( Wan Mohd Zahid Nordin ). Peranan guru adalah penting dalam usaha menyediakan generasi yang seimbang perkembangannya. Mereka yang memilih kerjaya ini seharusnya mempunyai sikap yang positif dan peka terhadap perkembangan sekitar mereka. Profesion ini tidak seharusnya dijadikan sebagai kerjaya terakhir oleh pencari-pencari kerja. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, bidang pendidikan akan dihuni oleh mereka yang tidak berminat dan akibatnya menjejaskan mutu pendidikan negara (Atan Long, 1984). Jika tidak ada minat untuk menjadi pendidik, apa yang akan berlaku kepada anak didik kita. Kualiti pengajaran tidak akan sampai pada tahap yang memberangsangkan dan akhirnya anak didik yang dilahirkan tidak dapat menjadi modal insan yang berkualiti. 5.3 Jalan mudah mencari pekerjaan Sukar untuk tidak mengaitkan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) yang semakin popular hari ini dalam permasalahan nilai-nilai seorang guru seperti yang berlaku memandangkan kebanyakan guru yang dilahirkan daripada kursus ini rata-ratanya siswazah muda. Lebih parah apabila KPLI dan DPLI dijadikan jalan keluar oleh siswazah dalam desakan mencari pekerjaan sekali gus tidak membayangkan keinginan dan hasrat sebenar mereka sebagai seorang pendidik. Kriteria utama pemilihan calon guru untuk mengikuti program KPLI-SR di maktab adalah berasaskan kepada kelayakan akademik sahaja. Selain dari mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dari universiti dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan, caloncalon juga dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia pada peringkat SPM/MCE/SPMV dan lulus ujian lisan Bahasa Malaysia pada38

peringkat tersebut (Kementerian Pendidikan, BPG, 1988). Sepatutnya, kriteria pemilihan caloncalon tidak terhad kepada kelayakan akademik semata-mata tetapi perlu juga diasaskan kepada kualiti personaliti dan faktor-faktor yang mendorong calon-calon memilih profesion ini (Suariani Supardi, 1996). Ramai yang menganggap kerjaya perguruan ini merupakan salah satu kerjaya yang diceburi sebagai batu loncatan sahaja. Menurut Daisy Ee (1974) dan Obura (1974), ramai yang memilih kerjaya perguruan ini setelah gagal memasuki bidang-bidang lain dan guru menjadi pilihan mereka yang terakhir. Kini terdapat fenomena guru-guru meninggalkan kerjaya perguruan sama ada memohon bersara awal atau menceburi kerjaya lain yang lebih baik disebabkan rasa kecewa dengan kerjaya ini (Utusan Malaysia, 16 Nov 1993). Kini KPLI dilihat diwujudkan bukan untuk membantu sistem pendidikan negara tetapi untuk mengurangkan penganguran graduan universiti dalam bidang lain. Sebagai contoh , ada kalangan graduan yang berkelulusan ijazah dalam bidang kejuruteraan mengambil KPLI atas dasar gagal bersaing dalam pasaran kerja di sektor swasta. Hal ini dikukuhkan lagi dengan kajian yang dilakukan oleh (Mahadi Hj. Khalid, Salehudin Hj. Sabar .2005) menunjukkan sebanyak 53.10 peratus pelajar KPLI tiada pilihan lain yang mendorong mereka mengambil kursus perguruan lepasan ijazah Kemasukan guru graduan universiti atas nama ijazah dalam bidang professional dilihat tidak memberi sumbangan besar kepada pembangunan pendidikan negara. Kebanyakan daripada mereka asalnya gagal bersaing dalam pasaran kerja yang semakin mencabar membuatkan mereka mengambil inisiatif mudah masuk ke dalam bidang pendidikan atas tiket KPLI. Kesannya, minat dan motivasi untuk menjadi seorang pendidik yang mampu melahirkan modal insan kelas pertama semakin jauh kebelakang. Yang ada difikiran hanyalah janji cukup bulan dapat gaji. Majoriti siswazah yang mengambil KPLI adalah kerana mereka tidak mendapat pekerjaan yang sesuai dengan ijazah mereka. Maka matlamat asal iaitu untuk menjadi seorang guru itu tidak tersemat dalam diri dan ianya hanya melahirkan guru yang tidak cukup semangat39

perguruannya. Usaha untuk memartabatkan profesion perguruan makin jauh untuk digapai. Kalau kita lihat dan bandingkan dengan negara-negara maju lainnya seperti Singapura, Jepun, Korea,Hong Kong, China, Taiwan kesemua guru yang diamanahkan mengajar haruslah dalam bidang pendidikan. 5.4 Penguasaan kemahiran pelajar DPLI dalam kursus ikhtisas. Komponen kursus ikhtisas pendidikan adalah teras dalam merealisasikan matlamat program DPLI bersama kursus-kursus kemahiran dalam Bidang Pengkhususan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) yang difokuskan pada semester pertama. Sembilan kredit diperuntukkan untuk pelajar-pelajar DPLI ini bagi menguasai kursus tumpuan kedua iaitu dalam bidang pengkhususan masing-masing. Ini berbeza dengan penawaran kursus kepada pelajar-pelajar program perdana ERT di mana mereka diwajibkan mengikuti 16 kursus iaitu sebanyak 43 kredit. Manakala pelajar-pelajar program perdana SP diwajibkan mengikuti 18 kursus iaitu sebanyak 50 kredit (Buku Panduan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, 2010). Selain mengikuti kursus yang disenaraikan dalam kurikulum, pelajar DPLI juga diwajibkan mengikuti aktiviti Bina Insan yang akan dikendalikan selama seminggu. Tujuan aktiviti ini ialah untuk mendedahkan pelajar-pelajar tersebut kepada pelbagai kemahiran insaniah (KPTM, 2010). Ikhtisas di dalam Kamus Dewan (1994:480) berkaitan dengan pekerjaan atau profesion yang memiliki sijil yang disahkan. Ikhtisas juga didefinisikan sebagai pekerjaan yang memerlukan latihan dan pendidikan yang mendalam, sentiasa belajar berfikir, merancang dan menilai murid-murid, mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap. Pendidikan ikhtisas adalah program pendidikan yang menyediakan matapelajaran berbentuk ikhtisas. Di antaranya ialah Pedagogi, Psikologi Pendidikan, Pengajaran Mikro dan banyak lagi. Di dalam Akta Pendidikan 1996 tercatat beberapa perkara penting yang disenaraikan mengenai keperluan pendidikan termasuk maktab-maktab perguruan. Program berbentuk pendidikan ikhtisas hanya disediakan di Maktab Perguruan, Universiti Perguruan dan dibawah Fakulti Pendidikan di sesetengah Universiti sahaja.

40

Dapat disimpulkan bahawa penekanan banyak diberikan kepada kursus-kursus ikhtisas pendidikan untuk membolehkan pelajar-pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran. Kursus-kursus tumpuan kedua kurang diberi penekanan, walaupun ianya amat penting bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran kandungan kursus pendidikan teknikal yang menjadi opsyen utama. Keadaan ini akan mendorong IPTA melahirkan guru-guru pelatih DPLI yang kurang berkeyakinan, kurang kemahiran mengajar (pedagogi), kurang menguasai bidang pengkhususan dan kurang mahir dalam komunikasi (Akhbar Utusan Malaysia, 31 Oktober 2004).

5.5 Menolak Hak pelajar Ismp yang layak Suatu fakta yang harus kita akui, kewujudan guru-guru lepasan KPLI dan DPLI ini sedikit sebanyak telah mengganggu penempatan guru-guru lepasan ijazah pendidikan. Hal ini demikian kerana guru-guru lepasan KPLI dan DPLI ini merupakan pelajar tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Mereka akan dijamin penempatannya dan ditempatkan terlebih dahulu kemudian sekiranya ada kekosongan guru-guru lepasan ijazah pendidikan pula akan diserap. Ini sekaligus meningkatkan kadar pengangguran negara. Mungkin sudah tiba masanya pelaksanaan KPLI ini dikaji semula apatah lagi ketika beberapa laporan bahawa terdapat pelajar pengajian pendidikan tidak mendapat tempat mengajar kerana perlu bersaing dengan guru lepasan KPLI ini. Sedangkan tujuan utama pelaksanaan KPLI sebelum ini adalah untuk menampung kekurangan guru lepasan pengajian pendidikan namun situasi yang berlaku kini menjadi sebaliknya. Ini seiring dengan pendapat DR Illyas Zaidi dari keratan akhbar Berita Harian bertajuk Guru maktab , KPLI perlu pertingkat ilmu. Pengkhususan pengajian KPLI juga barangkali perlu disemak semula dengan memberi lebih penekanan kepada usaha dan pendekatan seorang guru dalam membina jati diri dan membentuk rohani pelajar yang syumul dan bukannya bijak dalam peperiksaan semata-mata.41

Sejak sekian lama, guru sangat berbangga apabila jasa dan pengorbanan mereka diagungkan kerana melahirkan seorang Perdana Menteri, doktor, peguam, jurutera dan banyak lagi. Pastinya kita tidak mahu satu hari nanti kebanggaan ini dicemari apabila jasa seorang guru dikaitkan dengan gejala mat rempit, bohsia, penagih dadah dan sampah masyarakat lainnya. Terdapat juga isu-isu lain yang harus diteliti dan dikaji. Antaranya kesedaran diri, pengurusan diri, kesedaran sosial dan kemahiran sosial pelajar-pelajar KPLI dan DPLI. Kajian yang dijalankan ke atas guru-guru KPLI oleh (Kamalularifin bin Subari, Muhammad Sukri b Saud, Adnan b Ahmad et al.) terhadap tahap keterampilan emosi guru-guru pelatihkursus perguruan lepasan ijazah dan kursus diploma perguruan malaysia di dua buah maktab negeri johor mendapati keseluruhannya menunjukkan bahawa tahap

keterampilan emosi guru pelatih KPLI dan KDPM dalam aspek kesedaran diri, pengurusan diri, kesedaran sosial dan kemahiran sosial adalah rendah, manakala terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran sosial dengan jantina dan tiada perbezaan signifikan antara jantina dengan aspek yang lain. 5.6 Kesan-Kesan Antara kesan-kesan yang dapat dilihat ialah tidak dapat memartabatkan profesion perguruan, melahirkan modal insan yang tidak berkualiti dan meningkatkan kadar pengangguran negara. Hal ini demikian kerana akan wujudnya tanggapan mudahnya menjadi seorang guru. Tidak memerlukan jangka masa yang lama untuk belajar. Sekiranya tidak mendapat pekerjaan setelah mempunyai ijazah dalam apa jua bidang hanya perlu cuba mendaftarkan diri di Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dan sekiranya diterima laluan mudah ke dalam profesion perguruan. Ini pastinya memberi tamaparan kepada imej guru dan sukarnya untuk memartabatkan profesion perguruan. Kesan daripada kurang minat dalam diri guru-guru ini membuatkan mereka tiada jiwa dan semangat yang kental sebagai seorang guru. Mereka masuk ke kelas dan menjalankan aktiviti pengajaran seperti melepaskan batuk di tangga yang pastinya memberi tamparan hebat kepada proses pembentukan modal insan kelas pertama. Natijahnya, produk yang dikeluarkan42

daripada institusi pendidikan semakin tidak berkualiti dan gagal bersaing dalam alam kerjaya kelak. Ini pastinya menyukarkan hasrat kerajaan menjadi Negara maju menjelang tahun 2020. Golongan ini juga dilihat akan menolak hak pelajar-pelajar ISMP dan maktab perguruan yang lebih layak kerana mereka merupakan pelajar tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar-pelajar ISMP menghabiskan masa empat tahun belajar untuk menggenggam segulung ijazah pendidikan. Ijazah ini agak sukar digunapakai bagi bidang lain selain daripada bidang pendidikan. Sekiranya hak pelajar-pelajar ini dalam bidang pendidikan telah diambil oleh pelajar-pelajar KPLI dan DPLI yang sememangnya sudah mempunyai ijazah dalam bidang bukan pendidikan, maka timbullah kadar pengangguran yang tinggi kepada negara. Isu ini tidak harus dipandang enteng dan wajar dikaji perlaksanaannya. Sebab kewujudan kursus ini harus diteliti semula kerana tujuan utamanya adalah untuk menampung kekurangan guru pada masa dahulu. Kini, ianya sudah tidak relevan lagi untuk diwujudkan atas sebab lambakan guru dalam bidang ini. 5.7 Langkah Mengatasi Individu yang menceburi bidang pendidikan seharusnya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini dan sanggup berkorban demi kepentingan pendidikan anak bangsa. Mereka seharusnya bersedia sekiranya tempoh lanjutan kursus KPLI ditingkatkan kepada 18 bulan dan bersedia mempersiapkan diri dengan pelbagai disiplin ilmu pendidikan. Kerajaan juga harus peka dengan persekitaran pendidikan masa kini. Kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI) dan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) hanya perlu dibuka bila ada keperluan. Ianya juga dibuka hanya pada subjek-subjek krtikal yang diketahui kekurangannya. Pihak kementerian perlu sedar bahawa KPLI bukan ruang untuk pelajar kursus bukan pendidikan untuk mendapatkan pekerjaan setelah gagal dalam saingan mencabar mendapatkan pekerjaan di dunia luar. Ianya juga bukan cara pihak kerajaan untuk mengurangkan peratus pengguran khususnya bagi kaum Melayu.

43

Pemilihan dan kelayakan permohonan untuk masuk dalam profesion perguruan perlu diperhalusi dan diperketatkan. Temuduga yang dijalankan sedikit sebanyak mengambarkan terhadap pilihan sebenar individu itu malah menggambarkan kesesuaian jenis personaliti individu tersebut terhadap persekitaran profesion perguruan. Pemilihan guru juga bukan sekadar akademik semata-mata malah mereka yang aktif dalam kegiatan kokurikulum bagi membentuk modal insan yang cemerlang. Masyarakat juga harus memainkan peranan dengan sentiasa peka terhadap isu-isu pendidikan serta mencari pendekatan dalam meningkatkan mutu pendidikan negara agar dapat terus bersaing dengan negara-negara membangun yang lain. Kerjaya sebagai guru padazaman ini mempunyai banyak cabaran antaranya sikap pelajar yang banyak tidak menghormati guru, beban guru yang semakin bertambah kadangkala menimbulkan suasana tegang dalam diri guru sendiri ataupun di luar diri guru tersebut. Menurut Goleman (1995) kejadian seperti keganasan, bunuh diri dan penderaan disebabkan oleh manusia yang kurang keterampilan emosinya. Jesteru itu bayangkan guru pelatih dengan keterampilan emosi yang lemah akan dikeluarkan setiap tahun ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia? Oleh itu guru pelatih sepatutnya mempunyai satu lagi nilai tambah diri iaitu keterampilan emosi yang tinggi. Sehubungan dengan itu berdasarkan kepada penemuan penyelidikan ini beberapa cadangan untuk pihak-pihak berkenaan telah diketengahkan. Guru pelatih perlu meningkatkan tahap keterampilan emosi mereka terutama dalam aspek kesedaran diri, pengurusan diri dan kemahiran sosial.Peningkatan kesedaran diri boleh membantu guru pelatih membuat keputusan yang tepat dan yakin terhadap diri sendiri. Peningkatan pengurusan diri pula membolehkan guru pelatih mempunyai beberapa nilai tambah diri seperti waras, menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dan berinisiatif untuk memajukan diri mereka dan berjaya. Kemahiran sosial pula dapat membantu guru pelatih dalam membina hubungan dengan guru lain, staf, pelajar dan masyarakat sekitar mereka.Guru pelatih digalakkan bekerja secara kumpulan dan kolaboratif dalam tugasan yang diberi oleh pensyarah. Ini akan dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan, bertanggungjawab, berbincang44

untuk mendapatkan idea bernas dan bekerjasama untuk mencapai matlamat dan menyiapkan tugasan. Maktab perguruan perlu menambah aktiviti-aktiviti yang menggalakkan guru pelatih bersosial dan meningkatkan pengurusan diri, kesedaran sosial dan kemahiran sosial guru pelatih. Ini dapat dilakukan dengan mengadakan aktiviti gotong-royong, sukan, hari GERKO, koir dan ceramah. Jabatan Hal Ehwal Pelajar boleh merancang kursus dalaman yang boleh meningkatkan kemahiran berkomunikasi, mengatasi stres, mengawal kemarahan, kemahiran interpersonal, komunikasi berkesan, kemahiran sosial dan pengurusan konflik. 5.8 Kesimpulan Kesimpulannya, cadangan langkah mengatasi ini diharap mampu

mengahasilkan guru yang lebih berkualiti agar harapan untuk melahirkan modal insan kelas pertama tidak berkubur begitu sahaja. Kerjasama daripada semua pihak terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia amat diperlukan dalam usaha memartabatkan profesion perguruan di Malaysia.

Rujukan Buku Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Omar (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung Malim: Quantum Book Atan Long (1984). Pendidik Dan Pendidikan. Petaling Jaya, Fajar Bakti. Buku Panduan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, 2010. Kuala. Lumpur45

Dr Illias zaidi. Guru maktab, KPLI perlu tingkat kualiti. Berita Harian.17 Jun 2009. Kuala Lumpur. Guru KPLI dan DPLI .Utusan Malaysia, 31 Oktober 2004.Kuala Lumpur. Gaji Bukan Sebab Guru Bersara. Utusan Malaysia. 16 November 1993. Hayes, S. (1990). Students Reasons For Entering The Educational Profesion. Educational Research And Improment, Department Of Education, United States. Ikhtisas di dalam Kamus Dewan (1994:480). Kuala Lumpur Ishak Ramly (2003). Siri Pendidikan Guru : Inilah Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Jabatan Perdana Menteri. 2009. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS). Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia . Keperluan pendidikan. 1996. Akta Pendidikan 1996. Kementerian Pendidikan Malaysia. Berita Bahagian Pendidikan Guru (1990). Kearah Memantapkan Perancangan Program Latihan Guru. p.88 Kamalularifin bin Subari, Muhammad Sukri b Saud, Adnan b Ahmad. 1999. Tahap Keterampilan Emosi Guru-Guru Pelatih Opsyen Kemahiran Hidup Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia Di Dua Buah Maktab Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia. Mohammed Noor Che Nor PH.D (1990).Asas-asas Pendidikan: Suatu Pengenalan. Damansara Utama, Selangor: Flo Enterprise

Mohd Majid Konteng. (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Universiti Putra Malaysia. Mahadi Hj. Khalid, Salehudin Hj. Sabar .2005. Faktor-Faktor Graduan Bekerjaya Memilih Kursus Prguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Obura, Simon Ojwang (1974). Attitude Towards And Interest In Teaching Among Trained Secondary School Teachers. M. Ed. Dissertation, Education Department, University Of Malaya.46

Suriani Supardi, (1996). Faktor-Faktor Memilih Profesion Keguruan Di Kalangan Guru Pelatih KPLI Di MPT. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1993). Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Internet Iluvislam (2009) Diperoleh pada Julai 15, 2009 daripada http://edu.iluvislam.com/v1/articles.php?article_id=144&c_start=20

Kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah. (2009). Diperolehi pada Julai 15, 2009 daripada http://e-dpli.tripod.com/index.html

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (2009