34
31 KANUN (1) 1 © Dewan Bahasa dan Pustaka. 2019. This work is licensed under the term of the Creative Commons Attribution (CC BY) (http://creative commons.org/licenses/by/4.0/) KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG- UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN MAHKAMAH SIVIL DI MALAYSIA: SUATU KAJIAN PERBANDINGAN (Methods of Proving According to Law of Evidence in Malaysian Syariah and Civil Courts: A Comparative Study) Suhaizad Saifuddin [email protected] Ruzian Markom [email protected] Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd. Munzil Muhamad [email protected] Fakulti Undang-undang, Universiti Multimedia. Published online: 1 January 2019 To cite: Suhaizad Saifuddin, Ruzian Markom and Mohd. Munzil Muhamad. (2019). Kaedah pembuktian dalam undang-undang keterangan mahkamah syariah dan mahkamah sivil di Malaysia: Suatu kajian perbandingan. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 31(1), 1 ‒ 34. Abstrak Artikel ini melihat aspek persamaan dan perbezaan antara enakmen keterangan mahkamah syariah, iaitu Akta Keterangan Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan 1997 (Akta 561) dengan Akta Keterangan 1950 (Akta 56) yang diguna pakai di mahkamah sivil dalam konteks kaedah pembuktian, serta membandingkan implikasi yang wujud hasil proses adaptasi dan harmonisasi. Kajian yang bersifat kualitatif ini mengaplikasikan instrumen analisis kandungan terhadap peruntukan undang-undang, selain menggunakan kaedah temu bual. Hasil kajian mendapati terdapat tujuh kaedah pembuktian yang diperuntukkan di bawah Akta 561 Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 1 1/9/19 4:34 PM

KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG- UNDANG …jurnalkanun.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2019/02/1.-Kaedah... · di Malaysia: Suatu Kajian Perbandingan 1 KANUN (1) Suhaizad Saifuddin,

Embed Size (px)

Citation preview

31 KANUN (1) 1

© Dewan Bahasa dan Pustaka. 2019. This work is licensed under the term of the Creative Commons Attribution (CC BY) (http://creative commons.org/licenses/by/4.0/)

KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN MAHKAMAH SIVIL DI MALAYSIA: SUATU

KAJIAN PERBANDINGAN

(Methods of Proving According to Law of Evidence in Malaysian Syariah and Civil Courts: A Comparative Study)

Suhaizad [email protected]

Ruzian [email protected]

Fakulti Undang-undang,Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Munzil [email protected]

Fakulti Undang-undang,Universiti Multimedia.

Published online: 1 January 2019To cite: Suhaizad Saifuddin, Ruzian Markom and Mohd. Munzil Muhamad. (2019). Kaedah pembuktian dalam undang-undang keterangan mahkamah syariah dan mahkamah sivil di Malaysia: Suatu kajian perbandingan. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 31(1), 1 ‒ 34.

Abstrak

Artikel ini melihat aspek persamaan dan perbezaan antara enakmen keterangan mahkamah syariah, iaitu Akta Keterangan Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan 1997 (Akta 561) dengan Akta Keterangan 1950 (Akta 56) yang diguna pakai di mahkamah sivil dalam konteks kaedah pembuktian, serta membandingkan implikasi yang wujud hasil proses adaptasi dan harmonisasi. Kajian yang bersifat kualitatif ini mengaplikasikan instrumen analisis kandungan terhadap peruntukan undang-undang, selain menggunakan kaedah temu bual. Hasil kajian mendapati terdapat tujuh kaedah pembuktian yang diperuntukkan di bawah Akta 561

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 1 1/9/19 4:34 PM

2 KANUN [JANUARI 2019]

dan lima daripadanya diadaptasi daripada Akta 56, sementara pemakaian qarinah pula dilihat berbeza dari perspektif syarak. Oleh itu, proses adaptasi dan Islamisasi dalam enakmen keterangan mahkamah syariah yang menimbulkan beberapa isu berbangkit, terutama yang berhubung dengan kaedah pembuktian perlu dihalusi supaya menjadi suatu rujukan yang lebih lengkap dan komprehensif untuk diguna pakai di mahkamah syariah.

Kata kunci: pembuktian, kaedah pembuktian, enakmen keterangan mahkamah syariah, Akta Keterangan 1950

Abstract

The focus of this study is to examine the similarities and differences between the Syariah Court Evidence (Federal Territories) Act 1997 (Act 561) and the Evidence Act 1950 (Act 56) which is applied in civil courts in the context of the methods of proving, and to study comparatively the implications as a result of adaptation and harmonisation. The study adopts a qualitative approach by analysing the provisions of relevant laws and is supplemented by interviews. The findings show that Act 561 provides for seven methods of proving, while five are adapted from Act 56. The findings also indicate that the use of qarinah (circumstancial evidence) in the Syariah Court Evidence Act differs from the methods of proving in syarak (Islamic law). Where evidence is concerned, the adaptation and Islamization of enactments has resulted in several issues that need to be addressed and fine-tuned in order to be comprehensive and complete references for application in the Syariah Courts, especially concerning methods of proving.

Keywords: proving, methods of proving, Syariah Court Evidence Enactment, Evidence Act 1950

PENDAHULUAN

Pembuktian merupakan elemen yang signifikan dalam suatu prosiding perbicaraan dan perlu dikemukakan secara teratur di mahkamah. Kaedah bermaksud cara atau peraturan membuat sesuatu, manakala pembuktian,

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 2 1/9/19 4:34 PM

Kaedah Pembuktian dalam Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia: Suatu Kajian Perbandingan

Suhaizad Saifuddin, Ruzian Markom dan Mohd. Munzil Muhamad31 KANUN (1) 3

iaitu perbuatan, usaha, dan sebagainya untuk membuktikan,1 yang berasal daripada kata dasar “bukti” yang ditakrifkan sebagai keterangan yang nyata, tanda kebenaran dan dalil. Pembuktian dalam istilah perundangan bahasa Arab disebut sebagai ithbat yang membawa maksud mengemukakan dalil di hadapan hakim untuk menuntut sesuatu hak daripada hak-hak.2 Bagi mencapai keadilan dalam sesuatu proses perbicaraan, semua fakta dan isu yang dibangkitkan perlu disokong dengan pembuktian yang tuntas dan dikemukakan di hadapan hakim. Pembuktian tersebut perlu dikemukakan melalui kaedah tertentu yang ditetapkan dalam peruntukan sedia ada. Kaedah pembuktian tanpa cara dan saluran yang ditetapkan akan menyebabkan pembuktian tersebut tidak sah dan ditolak kerana kaedah pembuktian bermaksud cara yang digunakan bagi membuktikan sesuatu kesalahan yang didakwa berlaku di hadapan mahkamah.3 Kaedah pembuktian juga dikenali dengan nama lain seperti cara pembuktian, saluran pembuktian, mekanisme pembuktian dan instrumen pembuktian. Agama Islam juga menetapkan kaedah pembuktian yang perlu dipatuhi dengan perbahasan yang terperinci. Oleh itu, umat Islam perlu memahami kaedah yang menjadi asas pembuktian dalam Islam mahupun yang terkandung dalam peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Meskipun Malaysia mengamalkan sistem dwimahkamah, iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah yang mempunyai bidang kuasa dan peruntukan undang-undang yang berbeza, namun terdapat beberapa peruntukan undang-undang mahkamah syariah yang mengambil undang-undang mahkamah sivil (common law) sebagai panduan dan mengharmonikannya mengikut lunas Islam seperti yang berlaku pada Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah. Proses yang dikenali sebagai harmonisasi dan Islamisasi perundangan ini membuka dimensi baharu perundangan syariah di negara ini. Antara inti pati yang diharmonikan dalam Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah termasuklah kaedah pembuktian kes. Dalam konteks

1 Kamus Dewan. (2013). (4th ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.2 Muhammad Rawwas Qan`arji. (1983). Mausu`ah fiqh Abu Bakar al-Siddiq

(p. 22). Beirut: Dar al-Nafais. 3 Paizah Ismail. (2008). Hudud, Hukum & Pelaksanaan (p. 269). Selangor:

Karya Bestari Sdn. Bhd.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 3 1/9/19 4:34 PM

4 KANUN [JANUARI 2019]

keterangan dan pembuktian, statut yang dirujuk di mahkamah sivil ialah Akta Keterangan 1950 (Akta 56), manakala mahkamah syariah pula berpandukan statutnya yang berbeza mengikut negeri seperti Akta Keterangan Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan 1997 (Akta 561) dan Enakmen Keterangan Syariah (Negeri Selangor) 2003 kerana undang-undang syariah merupakan hak eksklusif negeri seperti yang termaktub dalam Senarai II, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Statut yang berbeza ini digunakan sebagai panduan untuk mengemukakan pembuktian dan keterangan di mahkamah. Oleh sebab Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah mengadaptasi Akta Keterangan 1950 sebagai panduan, artikel ini juga akan mengenal pasti tahap adaptasi yang berlaku, khususnya dalam aspek kaedah pembuktian.

LATAR BELAKANG UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SIVIL DAN MAHKAMAH SYARIAH

Kedatangan British ke Tanah Melayu banyak mengubah landskap perundangan negara apabila bidang kuasa kenegaraan dan keagamaan dipisahkan dalam pentadbiran kerajaan. Menurut Andrew Phang, pada tahun 1893, British memperkenalkan undang-undang keterangan Inggeris melalui Ordinan Keterangan Negeri-Negeri Selat 1893.4 Selepas itu, pihak British memperkenalkan undang-undang keterangan yang lebih lengkap yang diguna pakai hingga hari ini, iaitu Akta Keterangan 1950 bermodelkan Akta Keterangan India 1872 yang digubal oleh Sir James Stephen.5 Akta keterangan ini merupakan usaha British untuk mengkodifikasikan prinsip undang-undang common law dalam satu akta dan menjadi rujukan di mahkamah.

Akta Keterangan India 1872 yang diadaptasi oleh Akta Keterangan 1950 merupakan undang-undang yang digubal oleh Sir James Firzjames Stephen. Menurut beliau, undang-undang keterangan

4 Andrew Phang Boon Leong. (1989). Of codes and ideology: Some notes on the origins of the Major Criminal Enactments of Singapore. Malaya Law Review, 31(1), 46.

5 Rafiah Salim. (1994). Evidence in Malaysia and Singapore cases, metarials and commentary (p. 5). Kuala Lumpur: Butterworths Asia.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 4 1/9/19 4:34 PM

Kaedah Pembuktian dalam Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia: Suatu Kajian Perbandingan

Suhaizad Saifuddin, Ruzian Markom dan Mohd. Munzil Muhamad31 KANUN (1) 5

bertujuan menentukan tiga perkara yang berikut:

(i) Penentuan fakta yang boleh dikemukakan di mahkamah. (ii) Menggariskan apakah keterangan yang perlu dan boleh

dikemukakan untuk membuktikan kewujudan fakta yang dikemukakan di mahkamah.

(iii) Menentukan siapakah dan bagaimanakah keterangan dikemukakan dalam proses pembuktian.6

Pada zaman penjajahan British, undang-undang keterangan mahkamah syariah tidak diletakkan dalam satu peruntukan perundangan yang khusus. Pada ketika itu, peruntukan tentang keterangan di mahkamah syariah dimasukkan dalam enakmen pentadbiran agama Islam negeri seperti yang dinyatakan dalam seksyen 33 Enakmen Pentadbiran Orang Islam Negeri Terengganu 1955 dan seksyen 53 Enakmen Pentabiran Undang-undang Islam Negeri Selangor 1952. Peruntukan tersebut menyatakan bahawa hukum syarak yang berkaitan dengan saksi yang memberikan keterangan dirujuk dan mahkamah hendaklah mengambil perhatian terhadap undang-undang keterangan yang berkuat kuasa. Sebelum undang-undang keterangan yang khusus digubal, mahkamah syariah merujuk Akta Keterangan 1950 sebagai panduan dalam prosiding perbicaraan selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak. Amalan ini dapat dilihat melalui peruntukan di bawah seksyen 131 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 dan, seksyen yang sama dalam Enakmen Keterangan Syariah Negeri Selangor 1996 dan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Melaka) 1991. Sungguhpun peruntukan undang-undang keterangan yang khusus belum diwujudkan pada ketika itu, prosiding perbicaraan tetap berjalan dengan lancar kerana pihak yang terlibat dalam perbicaraan di mahkamah syariah merujuk hukum syarak dan peruntukan sedia ada.7

Selepas beberapa dekad, Kedah muncul sebagai negeri pertama

6 James Stephen. (1936). A digest of the law of evidence (p. xiii). London: Mc Millan.

7 Hussin Harun. (2017, 9 Julai). Mantan Hakim Rayuan Syarii Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Personal Interview.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 5 1/9/19 4:34 PM

6 KANUN [JANUARI 2019]

yang menggubal statut khusus tentang undang-undang keterangan mahkamah syariah melalui Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Kedah 1989, diikuti oleh negeri Pahang, Kelantan dan Sarawak.8 Seperti statut yang terdapat di negeri lain, iaitu Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan ) 1997 atau Akta 561 digubal dengan merujuk Akta Keterangan 1950, iaitu suatu kaedah mengintegrasikan undang-undang Inggeris dan syariah.9 Menurut Ruzman (2015), antara pendekatan yang diambil dalam proses penggubalan Akta 561 yang menggabungkan dua undang-undang, iaitu hukum syarak dan kerangka Akta Keterangan 1950 termasuklah:

i. Kaedah pemansuhan (repugnancy method) mana-mana peruntukan yang bercanggah dengan hukum syarak. Begitu juga dengan contoh yang di luar bidang kuasa mahkamah syariah tidak dimasukkan dalam akta ini.

ii. Mengguna pakai semua peruntukan yang tidak bercanggah dengan hukum syarak dan bidang kuasa mahkamah syariah yang dikenali sebagai ihtisab al-Asl.

iii. Pemakaian pelbagai pendapat mazhab dan ulama sama ada melalui pendekatan al-talfiq dan al-takhayyur. Kaedah ini sangat jelas dalam pemakaian prinsip al-bayyinah dan prinsip al-syahadah. Pendapat Ibn Qayyim juga diambil kira dalam penentuan maksud al-bayyinah.10Al-Talfiq bermaksud mengambil pandangan mazhab lain dalam satu urusan tertentu bersama-sama dengan pandangan mazhab

8 Azizah Mohd. Rapini. (2015). Ijtihad dalam penggubalan undang-undang keterangan mahkamah syariah di Malaysia: Tumpuan khusus terhadap konsep syahadah. Paper presented at International Conference on Aqidah, Dakwah and Syariah 2015 (IRSYAD 2015), Kuala Lumpur, 12 – 13 Oktober (p. 3).

9 Ahmad Ibrahim. (1995). Perkembangan terkini undang-undang Islam di Malaysia. In Monir Yaacob (Ed.), Undang-undang keterangan dan prosedur di mahkamah (p. 41). Kuala Lumpur: IKIM

10 Ruzman Md. Noor. (2015). Ulasan Perundangan: Akta Keterangan Mahkamah Syariah (WP) 1997. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 27(1), 195.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 6 1/9/19 4:34 PM

Kaedah Pembuktian dalam Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia: Suatu Kajian Perbandingan

Suhaizad Saifuddin, Ruzian Markom dan Mohd. Munzil Muhamad31 KANUN (1) 7

yang sedia diamalkan. Sementara itu, al-takhayyur pula ialah memilih mazhab lain dalam sesuatu urusan. 11

Selain tiga kaedah yang dinyatakan, terdapat satu lagi kaedah yang diimplementasikan, iaitu kaedah penambahan. Kaedah ini merupakan penambahan peruntukan yang tidak terdapat dalam Akta Keterangan 1950 tetapi berlandaskan prinsip keterangan Islam. Misalnya, dalam Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 terdapat penambahan seksyen 3 yang melibatkan tafsiran beberapa istilah yang bersumberkan hukum syarak. Selain itu, penambahan seksyen 72 yang berkaitan dengan sumpah, seksyen 83 hingga 88 berkaitan dengan bayyinah dan syahadah, serta beberapa peruntukan lain mewujudkan sisi perbezaan dengan Akta Keterangan 1950.

KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM ISLAM

Menurut Abdul Karim, terdapat sembilan kaedah pembuktian, iaitu pengakuan, kesaksian, sumpah, keengganan bersumpah, pengetahuan hakim, keterangan keadaan, al-Qasamah, al-Qiyafah dan al-Qur’ah.12 Sementara itu, Wahbah dalam kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuhu pula menyatakan bahawa antara cara sabitan hak termasuklah melalui pengakuan, kesaksian, sumpah dan keterangan keadaan13:

Al-Iqrar (Pengakuan)

Pengakuan merupakan kaedah pembuktian yang paling signifikan antara kaedah pembuktian lain kerana terdapat tuntutan atau dakwaan yang tidak mempunyai pembuktian seperti kesaksian, dan sebagainya. Dalam keadaan tersebut, pengakuan menjadi kaedah pembuktian yang

11 Ruzman Md. Noor. (2008). Kedudukan bayyinah, syahadah dan qarinah dalam penggubalan undang-undang keterangan Islam di Malaysia. Jurnal Syariah, 16(2), 7.

12 Abdul Karim Zaidan. (2002). Nizam al-Qadaʼ (pp. 133 – 134). Lubnan: Muassasah al-Risalah.

13 Wahbah Zuhaili. (1985). Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (Juzuk 6) (p. 555). Damsyik: Dar al-Fikr.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 7 1/9/19 4:34 PM

8 KANUN [JANUARI 2019]

tunggal dan kuat. Dari segi bahasa, al-iqrar merupakan perkataan bahasa Arab yang berasal daripada perkataan qarra yang bermaksud mengulangi percakapan di telinga orang yang pekak sehingga memahaminya. Pengakuan juga diertikan sebagai pengiktirafan, 14 berlawanan dengan keingkaran dan penentangan.15

Dari sudut terminologi, jumhur mentakrifkan pengakuan sebagai pemberitahuan yang bersabit dengan hak orang lain terhadap pemberitahu.16 Takrif tersebut merupakan kesimpulan daripada pandangan yang dikemukakan oleh para fuqaha mazhab. Pengakuan diiktiraf sebagai suatu kaedah pembuktian berdasarkan dalil daripada al-Quran, sunah, ijmak, kias dan amalan para khalifah al-Rasyidin. Rasulullah SAW bersabda tentang sebuah hadis yang berkaitan dengan kes zina yang diadukan kepada Baginda, lalu Baginda bersabda yang bermaksud, “Pergilah wahai Unays kepada wanita ini, sekiranya dia mengaku maka rejamlah dia.”17

Hadis tersebut menceritakan peristiwa seorang pekerja (ʻasif) yang berzina dengan isteri tuannya, lalu Rasulullah SAW menyuruh Unays, seorang sahabat untuk bertemu dengan perempuan tersebut. Seandainya perempuan tersebut mengaku bahawa dia melakukan zina, maka Rasulullah SAW mengarahkan supaya perempuan tersebut direjam. Namun, sekiranya perempuan tersebut tidak mengaku, maka hukuman tersebut tidak boleh dikenakan. Pengakuan tersebut hanya sah sekiranya mematuhi syarat yang ditetapkan, iaitu orang yang mengaku mestilah seorang yang waras dan cukup umur (baligh),18 pengakuan mestilah dibuat melalui percakapan19

14 Wizarah al-Aqwqaf wa al-Syu’un al-Islamiyyah. (1993). Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah (Juzuk 6) (p. 46). Kuwait: Kementerian Waqaf Kuwait.

15 Ibn Faris, Abu al-Husayn Ahmad. (1972). Mu’jam Maqayis al-Lughah (Jilid 5) (p. 8). Mesir: Matba’ah Mustafa al-Babiy al-Halabi wa Awladuhu.

16 Wizarah al-Aqwqaf wa al-Syu’un al-Islamiyyah. (1993). Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah (Juzuk 6) (p. 46). Kuwait: Kementerian Waqaf Kuwait.

17 Ibn Hajar. (1989). Fath al-bari bi Sharh Sahih al-Bukhari (Jilid 12) (p. 165). Beirut: Dar al-Kutub al-‘llmiyyah.

18 Muhammad bin Ahmad bin Abi Sahal al-Sarakhsi. (1957). al-Mabsut (Jilid 9) (p. 184). Kaherah: Matba‘ah al-Sa’adah.

19 Ibn Qudamah. (n.d.). al-Mughni (Jilid 10) (p. 171). Riyad: Dar ’Alam al-Kutub.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 8 1/9/19 4:34 PM

Kaedah Pembuktian dalam Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia: Suatu Kajian Perbandingan

Suhaizad Saifuddin, Ruzian Markom dan Mohd. Munzil Muhamad31 KANUN (1) 9

dan pengakuan yang dibuat mestilah munasabah atau tidak berbeza daripada kebiasaan hidupnya.20

Al-Syahadah (Kesaksian)

Dari sudut bahasa, al-syahadah bermaksud menghadirkan, penerangan atau khabar yang pasti, iaitu kata-kata yang diucapkan hasil daripada maklumat yang diperoleh melalui penyaksian. Dari sudut terminologi pula, kesaksian bermaksud pemberitahuan yang benar untuk mensabitkan sesuatu hak dengan lafaz syahadah dalam majlis penghakiman.21 Selain itu, kesaksian juga ditakrifkan sebagai pemberitahuan tentang sesuatu hak orang lain terhadap orang lain dengan lafaz “aku bersaksi”.22 Kesimpulannya, kesaksian difahami sebagai pemberitahuan oleh seseorang saksi dalam suatu majlis kehakiman tentang sesuatu hak orang lain dengan lafaz kesaksian. Kesaksian juga merupakan salah satu cara pembuktian yang penting selepas iqrar (pengakuan) kerana dalam sesetengah keadaan kesaksian menjadi pembuktian tunggal terhadap sesuatu dakwaan dan seterusnya dapat membantu mahkamah membuat keputusan. Pensyariatan kesaksian sebagai salah satu cara pembuktian adalah berdasarkan al-Quran, sunah dan ijmak seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa) kerana Allah lebih bertimbang

20 Muhammad bin Ahmad bin Abi Sahal al-Sarakhsi. (1957). al-Mabsut (Jilid 9) (p. 98). Kaherah: Matba‘ah al-Sa’adah.

21 Al-Khatib Muhammad al-Sharbini. (1995). Mughni al-Muhtaj (p. 540). Beirut: Dar al-Fikr.

22 Al-Qalyubi, ‘Umayrah. (1956). Qalyubi wa ‘Umayrah (Juzuk IV) (p. 318). Kaherah: Syarikat Maktabat wa Matba’ at Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 9 1/9/19 4:34 PM

10 KANUN [JANUARI 2019]

rasa kepada kedua-duanya.23

Ayat tersebut menjelaskan bahawa memberikan kesaksian perlu dilakukan tanpa prejudis dan tanpa melihat latar belakang mana-mana pihak, meskipun terhadap saudara sendiri dan orang yang kaya. Orang yang menyampaikan kesaksian juga perlu memenuhi syarat tertentu yang ditetapkan. Timbul persoalan dalam kalangan fuqaha sama ada kesaksian merupakan keterangan (bayyinah) atau keterangan ini membawa maksud yang lebih luas. Kebanyakan fuqaha berpendapat bahawa keterangan bermaksud kesaksian, dan dalam erti kata lain, kesaksian dan keterangan merupakan dua perkataan yang mempunyai maksud yang sama.24 Sementara itu, pendapat kedua yang dipelopori oleh Ibn Qayyim menegaskan bahawa apa-apa sahaja yang membantu menerangkan atau menjelaskan sesuatu hak, perkara atau kepentingan yang menjadi pertikaian dianggap sebagai keterangan. Menurut Ibn Qayyim lagi, kesaksian merupakan suatu keterangan.25 Oleh itu, keterangan atau bayyinah yang mempunyai maksud yang sama mencakupi semua kaedah pembuktian yang boleh membuktikan sesuatu hak atau kepentingan.

Al-Yamin (Sumpah)

Dalam bahasa Arab, al-yamin bermaksud kekuasaan. Al-yamin juga bermaksud tangan kanan kerana kekuatan tenaga yang ada pada tangan tersebut menyebabkan orang Arab memegang tangan kanan apabila bersumpah.26 Sementara itu, dari segi terminologi, al-yamin ditakrifkan sebagai menguatkan maksud kata-kata yang tidak sabit, dengan menyebut satu daripada nama atau sifat Allah dalam lafaz

23 Surah al-Nisa’ 4:135.24 Ahmad al-Husari. (1977). Ilmu al-Qadi (Jilid I) (p. 8). Mesir: Maktabah al-

Kulliyah al-Azhariah.25 Ibn Qayyim. (1977). al-Turuq al-Hukmiyyah (p. 16). Mesir: Matbaah al-Madani.26 Muhammad al-Syarbini al-Khatib. (n.d.). al-Iqna (Jilid 2) (p. 287). Mesir: Dar

al-Ihya al-Kutub an-Arabiyah.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 10 1/9/19 4:34 PM

Kaedah Pembuktian dalam Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia: Suatu Kajian Perbandingan

Suhaizad Saifuddin, Ruzian Markom dan Mohd. Munzil Muhamad31 KANUN (1) 11

tertentu.27 Terdapat dua jenis sumpah, iaitu sumpah di luar mahkamah dan sumpah di dalam mahkamah. Sumpah di dalam mahkamah yang dilakukan atas permintaan hakim merupakan suatu kaedah pembuktian yang hendaklah dilakukan dengan menggunakan lafaz Allah SWT dan sifat-Nya.28 Sumpah diterima sebagai suatu kaedah pembuktian dalam Islam berdasarkan dalil daripada al-Quran dan sunah, seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Keterangan (al-bayyinah) hendaklah diberikan oleh pihak pendakwa dan sumpah (al-yamin) oleh pihak yang mendakwa.”29 Hadis tersebut menjelaskan bahawa sumpah merupakan suatu kaedah yang boleh digunakan oleh pihak tertuduh untuk menafikan dakwaan yang dibuat oleh pihak pendakwa.

Al-Qarinah (Keterangan Keadaan/Fakta Berkaitan)

Perkataan al-qarinah berasal daripada bahasa Arab al-muqaranah yang bermaksud al-musahabah, iaitu bersahabat, bersambung, berserta dan berhubungan.30 Al-qarinah juga bererti perkara yang menunjukkan maksud yang dikehendaki.31 Dari segi terminologi, al-qarinah bermaksud setiap tanda yang jelas menunjukkan sesuatu yang tersembunyi.32 Abdul Karim (1984) pula menjelaskan bahawa al-qarinah ialah suatu perkara yang menjadi dalil ada sesuatu atau tidak ada sesuatu sama ada dalam bentuk keadaan,

27 Mustafa al Khin, Mustafa al-Bugha. (2006). ‘Ali al-Syarbaji, Fiqh Minhaji (Jilid 3) (p. 574). Damsyik: Dar al-Qalam.

28 Wahbah Zuhaili. (1984). al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (Jilid 6) (p. 591). Beirut: Dar Fikr.

29 Muhammad ibn Ismail al-Bukhari. (1428 H). Sahih al-Bukhari bi Hasyiat al-Sindi (Juzuk V) (p. 24). Beirut: Darul al-Fikr. Lihat juga Abu Musa ibn Ahmad bin Sarwah al-Tirmizi. (1975). Sunan al-Tirmizi (Juzuk II) (p. 617). Mesir: Syarikat Maktabat wa Matba’at Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awlafih.

30 Ibn Manzur. (1956). Lisan al- Arab (Jilid 13) (p. 336). Beirut: Dar al-Sadir. 31 Wahbah al-Zuhaili. (1985). Al-Fiqh Islami wa Adillatuhu (Jilid 6) (p. 644).

Damsyik: Dar al-Fikr. 32 Wahbah al-Zuhaili. (1985). Al-Fiqh Islami wa Adillatuhu (Jilid 6) (p. 644).

Damsyik: Dar al-Fikr.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 11 1/9/19 4:34 PM

12 KANUN [JANUARI 2019]

suasana, perkataan atau perbualan.33 Al-qarinah juga dikenali sebagai al-qarain yang membawa maksud alamat atau petanda. Mustafa al-Zarqa (1968) pula mendefinisikan al-qarain sebagai setiap petanda zahir yang boleh dijadikan bandingan terhadap sesuatu yang terselindung34 dan boleh dijadikan hujah atau bukti sabitan atau penafian dalam proses pembuktian kerana pensyariatan al-qarinah bersumberkan al-Quran dan sunah seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata, “Tidak! bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongan-Nya, mengenai apa-apa yang kamu katakan itu.”35

Ayat tersebut menceritakan sebuah kisah penipuan yang dirancang oleh adik-beradik Nabi Yusuf. Mereka mendakwa bahawa Nabi Yusuf mati dimakan serigala dengan menunjukkan baju Nabi Yusuf yang berlumuran darah kepada Nabi Yaakub. Baju tersebut merupakan bukti dan petanda bahawa Nabi Yusuf mati dibaham serigala. Namun, Nabi Yaakub menolak dakwaan tersebut kerana dapat mengesan petanda dan bukti penipuan yang berlaku. Secara logik akal, apabila seseorang diserang dan dimakan serigala, pakaian yang dipakai mestilah menunjukkan tandanya. Oleh itu, Ibn al-Gharas menyatakan bahawa kes tersebut juga menjadi bukti yang sah terhadap dakwaan palsu bahawa Nabi Yusuf dibaham serigala.36 Kisah tersebut menunjukkan bahawa al-qarinah atau petanda diterima sebagai bukti dan dalil yang sah di sisi hukum syarak.

33 Abd. Karim Zaidan. (1984). Nizam al-Qada’ fi al-Shariah al-Islamiyyah (p. 55). Baghdad: Matba’ah al-Ani.

34 Mustafa Ahmad al-Zarqa. (1968). Al-Madkhal al-Fiqhi al-‘Alm (Juzuk II) (p. 918). Beirut: Dar al-Fikr.

35 Surah Yusuf 12:18.36 Ibn Farhun. (1301 H). Tabsirat al-Hukkam (Juzuk II) (p. 93). Kaherah: Matba’at

al-‘Amirah al-Sharafiyyah.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 12 1/9/19 4:34 PM

Kaedah Pembuktian dalam Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia: Suatu Kajian Perbandingan

Suhaizad Saifuddin, Ruzian Markom dan Mohd. Munzil Muhamad31 KANUN (1) 13

Al-Kitabah (Keterangan Dokumen)

Dari segi bahasa, al-kitabah yang dilafazkan dengan menggunakan huruf hijaiyyah bermaksud tulisan.37 Dari segi terminologi, para fuqaha tidak memberikan definisi khusus berkaitan dengan al-kitabah, tetapi sebaliknya memberikan definisi pada catatan yang digunakan sebagai bukti bertulis dengan pelbagai istilah seperti al-sakk, al-hujjah, al-mahdar, al-sijill dan al-wathiqah.38 Al-kitabah juga merupakan dokumen bertulis sebagai suatu bukti atau cara mensabitkan sesuatu hak. Terdapat definisi yang diberikan merujuk keadaan semasa dan teknologi yang semakin berkembang dengan mentakrifkan al-kitabah sebagai menjelaskan atau menyifatkan sesuatu dengan menggunakan tulisan atau lakaran atau salinan yang berbentuk zahir sama ada secara klasik seperti menggunakan kertas, kayu, dan seumpamanya atau secara moden seperti penggunaan disket, cakera padat, internet, dan seumpamanya.39 Meskipun demikian, terdapat pandangan yang menyatakan bahawa al-kitabah merupakan pembuktian yang paling kukuh sekiranya terbukti sahih dan tulen tanpa memerlukan pembuktian lain. Dalam Majalah Al-Ahkam Adaliyyah terdapat peruntukan yang menyatakan bahawa tulisan dan cap yang terpelihara daripada penipuan dan peniruan boleh dijadikan sebagai asas penghukuman dan tidak perlu dibuat sabitan dengan cara lain.40

Nukul al-Yamin (Keengganan Bersumpah) dan Al-Yamin al-Mardudah (Sumpah yang Dikembalikan)

Nukul al-yamin yang bermaksud keengganan bersumpah merupakan suatu cabang dalam pembuktian secara al-yamin (sumpah). Namun,

37 Muhammad Zuhaili. (1994). Wasail Ithbat fi al-Syariah al-Islamiah fi al-Muamalat al-Madaniyyah wa al-Ahwal al-Syakhsiyyah (Jilid 2) (p. 415). Riyadh: Maktabah al-Mu’ayyad.

38 Muhammad Zuhaili. (1994). Wasail Ithbat fi al-Syariah al-Islamiah fi al-Muamalat al-Madaniyyah wa al-Ahwal al-Syakhsiyyah (Jilid 2) (p. 415). Riyadh: Maktabah al-Mu’ayyad.

39 Wan Abdul Fatah Wan Ismail & Zulkafar Ramlee. (2013). Keterangan melalui kitabah: Menurut fiqh dan undang-undang semasa di Malaysia. JUUM, 17, 2.

40 n. n. (1968). Majallat al-Ahkam al-ʻAdilyyah (seksyen 1736). Kaherah: Matba’at Shi’arko.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 13 1/9/19 4:34 PM

14 KANUN [JANUARI 2019]

terdapat fuqaha yang memisahkannya daripada kaedah al-yamin.41 Sekiranya pihak yang kena dakwa diarahkan bersumpah oleh hakim atas permintaan pihak pendakwa bagi menolak dakwaan terhadapnya, tetapi dia enggan berbuat demikian, jumhur ulama yang terdiri daripada mazhab Maliki, Syafii dan satu riwayat dalam mazhab Hanbali menyatakan bahawa keengganan pihak yang kena dakwa bersumpah juga menuntut pengakuan sumpah daripada pihak pendakwa (al-yamin al-mardudah). Menurut pendapat ini, sekiranya pihak yang kena dakwa enggan bersumpah, maka sumpah tersebut hendaklah dipulangkan kepada pihak pendakwa.42 Oleh itu, sumpah tersebut berperanan menguatkan lagi hujah atau bukti. Pendapat jumhur ini adalah berdasarkan apa-apa yang diriwayatkan oleh al-Daruqutni daripada Abdullah ibn Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW memulangkan sumpah kepada penuntut hak (pihak pendakwa).43

Al-Ra’yu al-Khabir (Pendapat Pakar)

Salah satu cara pembuktian yang diterima dalam perundangan Islam ialah pendapat pakar atau dikenali juga sebagai keterangan pakar. Ibn Qayyim menyatakan bahawa al-ra’yu al-khabir merupakan kesaksian orang yang ahli tentang sesuatu bidang.44 Perkara yang dimaksudkan dengan pendapat, keterangan atau kesaksian pakar ialah pendapat yang diberikan oleh seseorang yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang atau persoalan.45 Penerimaan

41 Seperti pendapat Abdul Karim Zaidan. (2002). Nizam al-Qada’ (pp. 133 – 134). Lubnan: Muassasah al-Risalah.

42 Ibn Farhun. (1301 H). Tabsirat al-Hukkam (Juzuk I) (p. 152). Kaherah: Matba’at al-‘Amirah al-Sharafiyyah. Lihat juga al-Syeikh Sulaiman al-Bijirmi. (1435 H). Al-Bijirmi ‘ala al-Khatib (Juzuk IV) (p. 403). Mesir: Syarikat Maktabat wa Matba’at Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih.

43 Al-Daruqutni. (1966). Sunan al-Daruqutni (Juzuk VI) (p. 213). Beirut: Dar al-Ma’rifah.

44 Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah. (1977). Al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siasah al-Syar’iyyah (p. 188). Kaherah: Matbaah al-Adab.

45 Ahmad Fathi Bahansi. (1962). Nazariah al-Ithbat (p. 179). Kaherah, Mesir: al-Arabiah li al-Tibaa’ah.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 14 1/9/19 4:34 PM

Kaedah Pembuktian dalam Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia: Suatu Kajian Perbandingan

Suhaizad Saifuddin, Ruzian Markom dan Mohd. Munzil Muhamad31 KANUN (1) 15

pendapat pakar sebagai satu saluran pembuktian dinyatakan dalam al-Quran dan sunah. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan tidaklah kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu, bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.”46

Dalam konteks perbicaraan, apabila seorang hakim menghadapi sesuatu kemusykilan, beliau hendaklah bertanya kepada orang yang mengetahuinya seperti yang diamalkan oleh para sahabat.47 Ibn Qudamah membawakan contoh dalam keadaan terdapat perbezaan pendapat bahawa luka atau penyakit yang dialami oleh seseorang itu parah atau tidak, maka pendapat dua orang doktor diperlukan. Walau bagaimanapun, pendapat seorang doktor sahaja juga memadai.48

ANALISIS KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561) DAN AKTA KETERANGAN 1950 (AKTA 56)

Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) atau Akta 561 mula dikuatkuasakan pada 1 April 1997, manakala Akta Keterangan 1950 atau Akta 56 berkuat kuasa mulai 23 Mei 1950 bagi Semenanjung Malaysia dan 1 November 1971 bagi Sabah dan Sarawak. Akta 561 ini mengandungi 131 seksyen dan dibahagikan kepada empat bahagian, manakala Akta 56 pula memperuntukkan 167 seksyen dan dipecahkan kepada tiga bahagian. Persamaan dan perbezaan kerangka kandungan kedua-dua akta tersebut dapat dilihat dalam Jadual 1:

46 Surah al-Nahl 16:43.47 Ahmad Fathi Bahansi. (1962). Nazariah al-Ithbat (p. 179). Kaherah, Mesir:

al-Arabiah li al-Tibaa’ah.48 Ibn Qudamah. (n.d.). Al-Mughni (Juzuk XII) (p. 161). Beirut: Dar al-Kutub

al-‘Ilmiyyah.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 15 1/9/19 4:34 PM

16 KANUN [JANUARI 2019]

Jadual 1 menunjukkan dengan jelas bahawa wujudnya persamaan yang agak ketara pada kerangka kedua-dua statut ini. Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan seperti beberapa peruntukan yang digugurkan dan tidak diadaptasi ke dalam Akta 561. Misalnya peruntukan Estopel pada bab 8 Akta 56 tersebut tidak dimasukkan ke dalam Akta 561. Perbezaan dari segi istilah juga berlaku pada Bahagian I misalnya istilah “kerelevanan fakta-fakta” dalam Akta 56 digantikan dengan qarinah dalam Akta 561. Akta 561 ini juga membuat penambahan seperti peruntukan berkaitan dengan

Jadual 1 Kerangka susunan dan isi kandungan Akta 561 dan Akta 56.

Bahagian Akta Keterangan Mahkamah Syariah(Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997

(Akta 561)

Akta Keterangan 1950(Akta 56)

I Kerelevanan;Bab 1: PermulaanBab 2: Qarinah

Kerelevanan;Bab 1: PermulaanBab 2: Kerelevanan Fakta-fakta

II Pembuktian;Bab 1: Fakta yang tidak perlu dibuktikanBab 2: Keterangan LisanBab 3: Keterangan Dokumentar

Pembuktian;Bab 3: Fakta yang tidak perlu dibuktikanBab 4: Keterangan LisanBab 5: Keterangan DokumenBab 5A: Kebolehterimaan Keterangan yang Didapati di bawah Permintaan Bantuan Bersama dalam Perkara JenayahBab 6: Penyingkiran Keterangan Lisan oleh Keterangan Dokumen

III Pengemukaan dan Kesan Keterangan;Bab 1: Beban PembuktianBab 2: SaksiBab 3: Pemeriksaan SaksiBab 4: Peruntukan Khas Berhubung dengan Testimoni Saksi

Pengemukaan dan Kesan Keterangan;Bab 7: Beban BuktiBab 8: EstopelBab 9: SaksiBab 10: Pemeriksaan SaksiBab 11 : Penerimaan dan Penolakan Keterangan dengan Cara Tidak Wajar

IV Bahagian Am Tiada

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 16 1/9/19 4:34 PM

Kaedah Pembuktian dalam Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia: Suatu Kajian Perbandingan

Suhaizad Saifuddin, Ruzian Markom dan Mohd. Munzil Muhamad31 KANUN (1) 17

Bahagian Am. Kaedah pemansuhan, penukaran dan penambahan yang diterapkan dalam Akta 561 mewujudkan perbezaan dari aspek susunan dan isi kandungan. Jelasnya, perbandingan kaedah pembuktian dalam Akta 56 dan Akta 561 adalah seperti dalam Jadual 2:

Jadual 2 Persamaan dan perbezaan kaedah pembuktian antara Akta 561 dengan Akta 56.

Bil. Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah

Persekutuan) 1997 (Akta 561)

Akta Keterangan 1950(Akta 56)

1. Iqrar(Seksyen 17 hingga 19)

Pengakuan dan Pengakuan Salah(Seksyen 17 hingga 31)

2. Saksi(Seksyen 83 hingga 88)

Kesaksian(Seksyen 118 hingga 134)

3. Keterangan Lisan(Seksyen 46 dan 47)

Keterangan Lisan(Seksyen 59 dan 60)

4. Keterangan Dokumentar(Seksyen 48 hingga 71)

Keterangan Dokumen(Seksyen 61 hingga 90c)

5. Pendapat Pakar(Seksyen 33 hingga 39)

Pendapat Pakar(Seksyen 45 hingga 51)

6. Sumpah(Seksyen 72, 87, 88 dan 129)

Tiada

7. Keengganan bersumpah dan sumpah yang dikembalikan(Seksyen 87)

Tiada

Iqrar atau pengakuan merupakan kaedah pembuktian yang diperuntukkan dalam kedua-dua akta tersebut. Dalam Akta 561, kaedah ini diletakkan dalam Bahagian I, iaitu “kerelevanan” dalam bab qarinah yang diadaptasi daripada Akta 56 yang meletakkan pengakuan ke dalam Bahagian I ‘kerelevanan’ bagi bab ‘kerelevanan fakta-fakta’. Sungguhpun Akta 561 meletakkan iqrar di bawah bab qarinah, kajian mendapati bahawa pengertian dan peruntukan yang berkaitan dengan iqrar menyamai konsep undang-undang keterangan Islam yang meletakkan iqrar sebagai suatu kaedah pembuktian dan boleh disabitkan seperti yang dinyatakan dalam seksyen 17(1) Akta 561 yang memperuntukkan bahawa:

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 17 1/9/19 4:34 PM

18 KANUN [JANUARI 2019]

Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang secara bertulis atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungjawab terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hak.

Selain itu, syarat mensabitkan sesuatu iqrar hendaklah dilakukan di dalam mahkamah, iaitu di hadapan hakim atau di luar mahkamah dengan syarat di hadapan dua orang saksi lelaki yang akil, baligh dan adil seperti yang dinyatakan dalam seksyen 17(2) akta yang sama. Seksyen 17(3) yang menyatakan bahawa, “sesuatu iqrar yang berhubung dengan apa-apa fakta persoalan atau fakta relevan ialah qarinah” yang bermaksud sesuatu iqrar termasuk dalam qarinah sekiranya berkaitan dengan fakta persoalan atau fakta relevan kerana pengakuan ini tidak boleh terus mensabitkan sesuatu perkara yang dipertikaikan seperti iqrar yang dilakukan dalam seksyen 17(1).

Analisis mendapati iqrar dalam Akta 561 merupakan keterangan yang relevan sekiranya keperluan dalam akta tersebut dipenuhi, manakala Akta 56 memperuntukkan dua jenis pengakuan, iaitu pengakuan dan pengakuan salah. Seksyen 17(1) Akta 56 ini mentafsirkan bahawa pengakuan merupakan:

Penyataan lisan atau dokumen yang menyarankan sesuatu kesimpulan tentang sesuatu fakta isu atau mengenai fakta relevan dan yang dibuat oleh mana-mana orang dan dalam hal keadaan yang disebut kemudian.

Seksyen 17(2) Akta 56 juga mendefinisikan bahawa pengakuan bersalah merupakan:

Pengakuan yang dibuat pada bila-bila masa oleh seseorang yang dituduh atas sesuatu kesalahan, menyatakan atau menyarankan kesimpulan bahawa dia telah melakukan kesalahan itu.

Terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua akta ini apabila Akta 561 memperuntukkan isyarat sebagai suatu kaedah pengakuan, manakala Akta 56 tidak menyatakan keadaan tersebut. Seterusnya, Akta 561 tidak memperuntukkan pengakuan bersalah

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 18 1/9/19 4:34 PM

Kaedah Pembuktian dalam Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia: Suatu Kajian Perbandingan

Suhaizad Saifuddin, Ruzian Markom dan Mohd. Munzil Muhamad31 KANUN (1) 19

seperti yang terkandung dalam seksyen 17(2) Akta 56. Seksyen 18(1) Akta 561 juga menunjukkan perbezaan kerana mempunyai peruntukan tentang syarat pengakuan seperti seorang yang baligh, dewasa, waras dan secara sukarela. Seksyen 17(2)(b) akta ini juga mensyaratkan pengakuan dilakukan di luar mahkamah dan perlu dilakukan di hadapan dua orang lelaki yang akil, baligh dan adil, manakala kelayakan pengakuan ini tidak disebut dalam Akta 56.

Syahadah atau kesaksian juga merupakan kaedah pembuktian yang dikanunkan dalam Akta 561 dan Akta 56. Seksyen 3 Akta 561 menjelaskan bahawa syahadah bermaksud “apa-apa keterangan yang diberikan di mahkamah dengan menggunakan lafaz “asyhadu” untuk membuktikan sesuatu hak atau keterangan. Huraian lanjut tentang syahadah dinyatakan dalam seksyen 83 sehingga 88 akta tersebut. Seksyen 83 akta tersebut juga menjelaskan bahawa:

Semua orang Islam adalah kompeten untuk memberikan syahadah atau bayyinah sebagai saksi dengan syarat bahawa mereka ialah ‘aqil, baligh, ’adil, mempunyai ingatan yang baik dan tidak berprasangka.

Apakah pula yang dimaksudkan dengan bayyinah? Tafsiran pada seksyen 3 akta tersebut menjelaskan bahawa bayyinah ialah keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan termasuklah qarinah, manakala seksyen 118 Akta 56 memperuntukkan bahawa:

Semua orang adalah kompeten untuk memberikan keterangan melainkan mahkamah berpendapat bahawa mereka dapat memberikan jawapan dengan baik seperti faktor umur yang terlalu muda atau tua, sakit atau sebagainya.

Berdasarkan peruntukan kedua-dua akta ini terdapat beberapa perbezaan yang ketara apabila Akta 561 membezakan antara syahadah (kesaksian) dengan bayyinah (keterangan), manakala Akta 56 tidak mempunyai peruntukan tentang bayyinah sebagai kaedah keterangan. Namun begitu, bayyinah yang dijelaskan melalui Akta 561 dilihat berbeza daripada prinsip undang-

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 19 1/9/19 4:34 PM

20 KANUN [JANUARI 2019]

undang keterangan Islam kerana Ibn Qayyim menjelaskan bahawa bayyinah sebagai setiap sesuatu yang menjelaskan atau menerangkan sesuatu hak atau kepentingan49 yang dikenali juga sebagai keterangan. Sedangkan dalam seksyen 3 akta tersebut memperuntukkan keterangan termasuklah bayyinah dan syahadah, keterangan lisan dan keterangan dokumentar. Bayyinah seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 83 hingga 85 Akta 561 pula membawa pengertian kesaksian yang tidak mencapai tahap syahadah kerana pemakaiannya dalam peruntukan tersebut tertakluk pada syarat tertentu seperti antara lain syarat saksi, sifat saksi dan bilangan saksi.50 Misalnya, seksyen 83(2) Akta 561 memperuntukkan bahawa:

Seseorang yang bukan Islam adalah kompeten untuk memberikan bayyinah untuk orang Islam jika keterangannya boleh diterima mengikut hukum syarak.

Selain itu, dalam Bab 4 penambahan “peruntukan khas berhubung dengan testimoni saksi” yang terkandung dalam seksyen 119 hingga 129 Akta 561 dilihat mewujudkan sisi perbezaan yang ketara antara kedua-dua akta tersebut. Peruntukan dalam seksyen tersebut mengandungi beberapa tatacara penting untuk menentukan kelayakan seseorang saksi itu adil atau sebaliknya semasa mengemukakan keterangan yang juga dikenali sebagai takziyah al-syuhud. Secara lebih jelas, takziyah al-syuhud merujuk suatu bentuk pemeriksaan sama ada keterangan seseorang saksi yang berkaitan boleh diterima atau tidak, serta bertujuan mengisytiharkan sama ada saksi itu adil atau sebaliknya.51 Pemeriksaan saksi dilakukan melalui tatacara pemeriksaan rahsia yang diperuntukkan dalam seksyen 121 dan pemeriksaan terbuka

49 Ibn Qayyim. (1977). Turuq al-Hukmiyyah (p. 16). Mesir: Matba’ah al-Madani. 50 Mohd. Saleh Hj. Ahmad. (2005). Al-Bayyinah dan beban pembuktian: Teori

dan amalan di mahkamah syariah. In Risalah Ahkam (p. 52). Petaling Jaya: IMAP.

51 Mahmud Saedon. (1995). Undang-undang keterangan Islam (p. 79). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 20 1/9/19 4:34 PM

Kaedah Pembuktian dalam Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia: Suatu Kajian Perbandingan

Suhaizad Saifuddin, Ruzian Markom dan Mohd. Munzil Muhamad31 KANUN (1) 21

seperti yang dinyatakan dalam seksyen 123 Akta 561, manakala Akta 56 tidak menjelaskan apa-apa klausa tentang keperluan pemeriksaan terhadap sifat adil seorang saksi.

Kaedah pembuktian secara keterangan lisan juga diperuntukkan dalam kedua-dua akta tersebut, iaitu melalui seksyen 46 dan 47 Akta 561 yang diambil daripada seksyen 59 dan 60 Akta 56. Peruntukan dalam kedua-dua akta ini dilihat menyamai khabar ahad mengikut pandangan Ibn Qayyim.52 Khabar ahad merupakan perkhabaran yang hanya bersumberkan orang perseorangan dan belum tersebar luas.53 Namun, perkhabaran tersebut perlu dibuktikan sehingga hakim mencapai berat sangka tentang kebenaran perkhabarannya.54 Tafsiran keterangan lisan yang dinyatakan dalam Akta 561 dilihat berbeza daripada konsep syahadah dalam akta tersebut kerana seksyen 3 tafsiran keterangan memisahkan syahadah dalam subseksyen (a) dan keterangan lisan dalam subseksyen (b). Selain itu, syahadah perlu menggunakan lafaz asyhadu seperti yang disebut di bawah seksyen 3. Namun begitu, kedua-duanya merupakan jenis keterangan secara langsung. Dalam Akta 56, pemakaian seksyen 59 dan 60 bertujuan menolak keterangan dengar cakap kerana prinsip asas common law tidak menerima keterangan dengar cakap.55 Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian yang diberikan melalui seksyen 63222 dan

52 Hassan Ab. Rahman. (2017). Pandangan umum terhadap peruntukan-peruntukan statut keterangan mahkamah syariah di Malaysia: Suatu perbandingan dengan Akta 1950. CLJ,1 LNS(A) ), LXI. p. 40.

53 Mahmud Saedon. (1995). Undang-undang keterangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. p. 100.

54 Ibn Qayyim. (1983). Turuq al-Hukmiyyah. Kaherah: Darul Hadis, pp. 170 – 172.

55 Mohd. Akram Shair Mohamed. (1997). Penerimaan keterangan dengar cakap dalam undang-undang keterangan. In Ahmad Ibrahim et al., Al-Ahkam: Penghakiman dan kepeguaman (Jilid 5). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, p. 115.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 21 1/9/19 4:34 PM

22 KANUN [JANUARI 2019]

73A akta tersebut.56 Pengecualian tersebut merupakan keterangan dengar cakap yang boleh diterima. Pengecualian yang sama dinyatakan dalam seksyen 6, 20 dan 21 Akta 561. Dalam undang-undang keterangan Islam, pengecualian ini boleh dianggap sebagai syahadah ‘ala syahadah (kesaksian atas kesaksian) dan syahadah al-tasamu’ (kesaksian melalui perkhabaran). Syahadah ‘ala syahadah merupakan kesaksian yang diberikan oleh seorang saksi apabila saksi tersebut menerima maklumat daripada seorang saksi lain yang melihat atau mendengar sesuatu kejadian yang berlaku. Syahadah al-tasamu’ pula bermaksud kesaksian yang diberikan oleh seseorang berdasarkan apa-apa yang didengar oleh saksi tersebut berkenaan sesuatu perkara yang beritanya tersebar luas dan diketahui.57 Misalnya, seksyen 20 Akta 561 dan seksyen 32 Akta 56 masing-masing memperuntukkan tentang penyataan bertulis atau lisan yang tidak dapat diberikan oleh seseorang kerana mati atau tidak dapat ditemui atau tidak berupaya untuk memberikan keterangan kerana sakit atau kehadirannya tidak boleh didapatkan tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat mahkamah tidak munasabah dalam hal keadaan seperti itu.

Qarinah yang menjadi antara kaedah pembuktian dalam undang-undang keterangan Islam mungkin berbeza daripada maksud qarinah yang dinyatakan dalam Akta 561. Terdapat tiga kategori qarinah yang terkandung dalam akta tersebut, iaitu qarinah yang bersifat umum yang merupakan al-alamat (qarinah lafziah) dan al-amarat (shawahidul hal) yang juga dikenali sebagai circumstantial evidence. Qarinah jenis ini dirujuk dalam seksyen 3 untuk menjelaskan maksud bayyinah. Kedua, qarinah yang merujuk “kaitan” atau “relevan” seperti seksyen 3 Akta 561 yang mentafsirkan qarinah sebagai fakta yang mempunyai kaitan

56 Mohd. Akram Shair Mohamed. (1997). Penerimaan keterangan dengar cakap dalam undang-undang keterangan. In Ahmad Ibrahim et al., Al-Ahkam: Penghakiman dan kepeguaman (Jilid 5), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, p. 144.

57 Mahmud Saedon. (1995). Undang-undang keterangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, p. 93.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 22 1/9/19 4:34 PM

Kaedah Pembuktian dalam Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia: Suatu Kajian Perbandingan

Suhaizad Saifuddin, Ruzian Markom dan Mohd. Munzil Muhamad31 KANUN (1) 23

dengan fakta yang satu lagi dengan apa-apa cara yang disebut dalam enakmen ini (relevant fact). Kebanyakan qarinah dalam akta ini membawa maksud tersebut. Maksud qarinah ini sama dengan tafsiran fakta yang relevan dengan seksyen 3 Akta 56 yang menyatakan bahawa:

Sesuatu fakta dikatakan berkaitan dengan suatu fakta lain apabila fakta itu mempunyai hubungan dengan yang lain itu dengan mana-mana satu cara tersebut dalam peruntukan akta ini berhubungan dengan kerelevanan fakta.

Ketiga, qarinah yang dikenali sebagai anggapan atau andaian yang juga dikenali sebagai presumptive proof seperti yang dinyatakan dalam seksyen 4, 80, 81 dan 82 Akta 561.58 Analisis ini mendapati bahawa penggunaan qarinah dalam Akta 561 adalah tidak jelas seperti kehendak prinsip keterangan Islam. Selain itu, terdapat peruntukan yang menjadikan qarinah sebagai suatu kaedah keterangan seperti peruntukan yang berkaitan dengan iqrar, sedangkan iqrar menurut undang-undang keterangan Islam merupakan suatu kaedah pembuktian yang khusus. Peruntukan yang terkandung dalam Akta 561 mengubah istilah “fakta relevan” dan “relevan” kepada qarinah, selain melakukan beberapa pengubahsuaian. Misalnya seksyen 13 Akta 561 berhubung dengan fakta yang menjadi qarinah apabila hak atau ‘uruf dipersoalkan memperuntukkan, “jika soalnya adalah tentang kewujudan apa-apa hak atau ‘ulf, maka fakta yang berikut ialah qarinah”. Peruntukan ini diambil daripada seksyen yang sama dalam Akta 56, iaitu berhubung dengan fakta yang relevan apabila hak atau adat dipersoalkan. Cuma, penukaran istilah “fakta-fakta yang relevan” ditukar kepada qarinah dan istilah “adat” ditukar kepada ‘uruf.

Keterangan dokumen atau al-kitabah menurut undang-undang keterangan Islam merupakan satu lagi kaedah pembuktian yang diperuntukkan dalam kedua-dua statut ini. Seksyen 3 Akta 561

58 Zulfakar Ramlee. (2007) Al-Qarinah: Pemakaiannya dalam litigasi mal dan jenayah. In Nasimah Hussin et al., Undang-undang Islam: Jenayah, Keterangan dan Prosedur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, p. 193.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 23 1/9/19 4:34 PM

24 KANUN [JANUARI 2019]

mentafsirkan keterangan dokumentar sebagai segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan mahkamah dan merupakan suatu kaedah keterangan. Seksyen yang sama dalam Akta 561 dan Akta 56 pula mentafsirkan dokumen sebagai:

Apa-apa hal yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apa-apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa-apa jua pun peranti lain, dengan menggunakan;

(a) huruf, angka, tanda, simbol, isyarat, lambang, atau apa-apa jua pun bentuk pernyataan, perihalan, atau gambaran lain;

(b) apa-apa rakaman visual (sama ada imej kaku atau bergerak);(c) apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun rakaman elektronik,

magnetik, mekanikal atau apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun rakaman elektronik, magnetik, mekanikal atau rakaman lain dan walau bagaimanapun dibuat, atau apa-apa bunyi, dedenyut elektronik, atau apa-apa jua pun data lain;

(d) suatu rakaman, atau pemancaran, dari suatu jarak, apa-apa hal dengan mana-mana, atau apa-apa kombinasi, cara yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c), atau dengan lebih daripada satu cara yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d), yang dimaksudkan untuk digunakan atau yang mungkin digunakan bagi tujuan menyatakan, memperihalkan, atau dengan apa-apa jua cara sekalipun menggambarkan, hal itu.

Seksyen 48 Akta 561 mengambil sepenuhnya seksyen 61 Akta 56

yang memperuntukkan bahawa kandungan dokumen boleh dibuktikan sama ada dengan keterangan primer atau dengan keterangan sekunder. Peruntukan tersebut jelas menunjukkan bahawa terdapat banyak persamaan antara Akta 561 dengan Akta 56 berhubung dengan kaedah pembuktian dengan cara mengemukakan dokumen seperti cara membuktikan dan tafsiran dokumen. Sungguhpun begitu terdapat beberapa peruntukan yang berkaitan dengan kaedah tersebut yang digugurkan daripada diadaptasi ke dalam Akta 561 seperti bukti tentang penyempurnaan dokumen yang dikehendaki oleh undang-undang supaya diakusaksi dan beberapa peruntukan lain.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 24 1/9/19 4:34 PM

Kaedah Pembuktian dalam Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia: Suatu Kajian Perbandingan

Suhaizad Saifuddin, Ruzian Markom dan Mohd. Munzil Muhamad31 KANUN (1) 25

Selain itu, Akta 561 dan Akta 56 juga memperuntukkan kaedah pembuktian secara pendapat pakar atau al-ra’yual-khabir dalam undang-undang keterangan Islam. Pendapat pakar ini dijadikan sebagai suatu mekanisme dalam bab qarinah atau relevan dalam kedua-dua statut tersebut. Sungguhpun Akta 561 meletakkan kaedah ini di bawah qarinah, kajian mendapati bahawa pemakaiannya tidak bercanggah dengan kaedah pembuktian secara al-ra’yual-khabir dalam undang-undang keterangan Islam. Pembuktian secara pendapat pakar menurut seksyen 45 Akta 56 bermaksud:

(1) Apabila mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat atas sesuatu perkara tentang undang-undang negara asing atau mengenai sains atau seni, atau tentang identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau berhubungan dengan penentuan nasab, maka pendapat atas perkara itu daripada orang yang mempunyai kemahiran khusus dalam undang-undang negara asing, sains atau seni itu, atau dalam soal tentang identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari adalah fakta-fakta relevan.

(2) Orang-orang itu dipanggil pakar.

Seksyen 33 Akta 561 pula mengadaptasi dan mengharmonisasikan peruntukan tersebut dengan membuat penambahan:

(1) Apabila mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang sesuatu perkara tentang undang-undang negara asing atau tentang sains atau seni, atau tentang identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau berhubungan dengan penentuan nasab, maka pendapat terhadap perkara itu daripada orang yang mempunyai kemahiran khusus dalam undang-undang negara asing, sains atau seni itu, atau dalam soal identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau berhubungan dengan penentuan nasab, ialah qarinah.

(2) Orang sedemikian itu dipanggil pakar.(3) Dua orang pakar atau lebih hendaklah dipanggil untuk

memberikan keterangan jika boleh tetapi jika tidak terdapat dua orang pakar, maka keterangan seorang pakar adalah memadai. Jika dua orang pakar memberikan pendapat yang berlainan, maka pakar yang ketiga hendaklah dipanggil untuk memberikan keterangan.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 25 1/9/19 4:34 PM

26 KANUN [JANUARI 2019]

Subseksyen (1) dan (2) kedua-dua akta tersebut memperuntukkan huraian dan maksud yang hampir sama, namun dibezakan dengan dengan istilah “kerelevanan fakta-fakta” dan qarinah. Akta 561 menambah peruntukan pada subseksyen (3), iaitu berhubung dengan bilangan pakar yang diperlukan untuk memberikan keterangan. Penambahan subseksyen ini mewujudkan sisi perbezaan antara kedua-dua akta ini berhubung dengan pembuktian secara keterangan pakar.

Sumpah atau al-yamin dalam kaedah pembuktian undang-undang keterangan Islam diperuntukkan dalam Akta 561, manakala Akta 56 tidak mengguna pakai kaedah tersebut untuk membuktikan kes di mahkamah sivil. Al-yamin pula diperuntukkan dalam seksyen 72, 87, 88 dan 129 Akta 561. Seksyen 72 Akta 561 memperuntukkan bahawa:

Beban untuk mengemukakan keterangan dalam sesuatu kes mal terletak pada orang yang mengatakan atau menegaskan sesuatu fakta (al-Mudda’ii) dan orang yang mengangkat sumpah untuk menafikan atau mempertikaikan sesuatu fakta (al-Mudda’a’ alaih).

Seksyen 88 pula menjelaskan:

Jika dalam kes mal, plaintif hanya mengemukakan seorang saksi, keterangan saksi itu hanya boleh diterima jika keterangannya diberikan berserta dengan sumpah plaintif itu.

Manakala seksyen 129 menyebut:

Jika hal keadaan berkehendakkan sedemikian atau pemeriksaan saksi di bawah bahagian ini tidak dapat dijalankan dan suatu pihak kepada prosiding itu membuat permohonan kepada hakim supaya saksi itu mengangkat sumpah sebagai saksi benar bagi menguatkan keterangannya, hakim hendaklah memerintahkan saksi itu mengangkat sumpah sedemikian dan hendaklah mengingatkan saksi itu bahawa jika dia tidak berbuat demikian keterangannya tidak boleh diterima.

Satu lagi kaedah pembuktian yang tidak diperuntukkan dalam Akta 56 ialah keengganan bersumpah atau nukul al-yamin dalam undang-

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 26 1/9/19 4:34 PM

Kaedah Pembuktian dalam Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia: Suatu Kajian Perbandingan

Suhaizad Saifuddin, Ruzian Markom dan Mohd. Munzil Muhamad31 KANUN (1) 27

undang keterangan Islam. Seksyen 87(1)(2)(a) Akta 561 menjelaskan bahawa:

(1) dalam kes mal, keterangan hendaklah diberikan oleh plaintif dan defendan, dan jika defendan menafikan tuntutan terhadapnya dia hendaklah dikehendaki mengangkat sumpah mengikut hukum syarak.

(2) (a) jika defendan mengangkat sumpah di bawah subseksyen (1), tuntutan yang dibuat oleh plaintif hendaklah ditolak.

Seksyen 87(2)(b) pula memperuntukkan secara khusus berhubung dengan kaedah sumpah yang dikembalikan atau al-yamin al-mardudah dengan menyebut bahawa, “jika defendan enggan mengangkat sumpah, maka mahkamah bolehlah meminta plaintif mengangkat sumpah dan dengan sumpah itu tuntutannya hendaklah diterima”.

Selain itu, perbezaan ketara antara Akta 561 dengan Akta 56 dapat dilihat melalui peruntukan berhubung dengan hukum syarak sebagai rujukan muktamad yang diperuntukkan dalam seksyen 130(1)(2) Akta 561. Secara implisitnya kenyataan tersebut juga bermaksud kaedah pembuktian yang dikanunkan dalam Akta 561 yang tidak selaras dengan hukum syarak terbatal dan hukum syarak hendaklah terpakai sekiranya terdapat kelompangan berhubung dengan kaedah pembuktian seperti yang dinyatakan:

(1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan akta ini yang tidak konsisten dengan hukum syarak adalah tidak sah setakat yang ia tidak konsisten itu.

(2) Jika terdapat lacuna atau jika apa-apa perkara yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam akta ini, mahkamah hendaklah memakai hukum syarak.

Hukum syarak yang dimaksudkan dalam Akta 561 ini diterangkan dalam tafsiran seksyen 3 akta tersebut, iaitu, “hukum syarak mengikut mazhab Shafii, atau mengikut mana-mana satu mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali”. Peruntukan ini memberikan peluang kepada pihak yang bertikai untuk mengemukakan pembuktian melalui apa-apa kaedah yang diiktiraf oleh hukum syarak mengikut mazhab tersebut. Pemakaian peruntukan ini juga menjelaskan bahawa ciri hukum syarak juga boleh berubah mengikut perubahan tempat, masa, dan suasana. Oleh itu,

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 27 1/9/19 4:34 PM

28 KANUN [JANUARI 2019]

kajian ini mendapati bahawa kaedah pembuktian yang diperuntukkan dalam Akta 561 selari dengan kaedah pembuktian yang disarankan oleh hukum syarak.

IMPLIKASI PROSES HARMONISASI DAN ISLAMISASI KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH

Secara dasarnya, proses harmonisasi dan Islamisasi dalam penggubalan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah melahirkan suatu undang-undang yang baik dan komprehensif apabila pandangan mazhab Syafii diambil menjadi sebahagian besar daripada peruntukan berkenaan, terutamanya yang berkaitan dengan al-syahadah.59 Selain merujuk hukum fiqah dan Akta 56, rujukan juga dibuat terhadap undang-undang keterangan Islam dari negara luar seperti Majallatul Ahkam al-‘Adliyah negara Turki dan Qanun-e-Shahadat 1984 bagi negara Pakistan. Oleh itu, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah yang dihasilkan memenuhi keperluan sistem kehakiman Islam untuk diguna pakai dalam kerangka undang-undang Islam di Malaysia.60 Ruzman (2015) juga menambah bahawa pendekatan yang lebih menekankan usaha al-talfiq dan al-takhayyur untuk menggubal undang-undang tersebut memadai dan berjaya dilakukan.61 Selain itu, terdapat pandangan yang menjelaskan bahawa dengan penggubalan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah secara khusus dan lengkap ini membantu pihak yang terlibat dalam sesuatu prosiding perbicaraan termasuklah dari aspek kaedah pembuktian. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah ini juga berjaya menyediakan peruntukan asas berhubung dengan keterangan bagi kesalahan jenayah Islam yang

59 Ruzman Md. Noor. (2015). Ulasan Perundangan: Akta Keterangan Mahkamah Syariah (WP) 1997. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 27(1), 199.

60 Mahmud Saedon. (1995). Undang-undang keterangan mahkamah syariah: Satu analisis. In Monir Yaacob, Undang–undang keterangan dan prosedur di mahkamah (p. 88). Kuala Lumpur: IKIM.

61 Ruzman Md. Noor. (2008). Kedudukan bayyinah, syahadah dan qarinah dalam penggubalan undang-undang keterangan Islam di Malaysia. Jurnal Syariah, 16(2), 20.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 28 1/9/19 4:34 PM

Kaedah Pembuktian dalam Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia: Suatu Kajian Perbandingan

Suhaizad Saifuddin, Ruzian Markom dan Mohd. Munzil Muhamad31 KANUN (1) 29

sebenar.62 Jelasnya, kaedah pembuktian yang diadaptasi daripada Akta 56 telah diharmonikan bersesuaian dengan hukum syarak seperti pemakaian kaedah al-yamin (sumpah).

Meskipun demikian, penambahbaikan perlu dilakukan untuk memastikan prinsip hukum syarak yang berkaitan dengan keterangan dimasukkan dengan tepat dan mengambil kira struktur undang-undang sedia ada63 kerana terdapat isu yang dikenal pasti berhubung dengan kaedah pembuktian yang diperuntukkan dalam Akta 561. Antara isu yang perlu diteliti semula adalah seperti kedudukan dan pemakaian istilah bayyinah dan syahadah. Adakah bayyinah dan syahadah sekadar keterangan saksi secara lisan atau bayyinah itu umum dan syahadah itu khusus. Selain itu, terdapat isu yang timbul berhubung dengan kaedah qarinah yang perlu dipastikan kedudukannya sama ada dikira sebagai suatu fakta atau keterangan. Jika diguna pakai dalam erti fakta, maka kedudukannya sama dengan fakta relevan, dan jika digunakan dengan maksud keterangan, maka disebut juga sebagai keterangan keadaan yang memerlukan tafsiran dalam seksyen 3. Selain itu juga, terdapat isu yang timbul berhubung dengan konflik qarinah dan hukum syarak, dan panduan memilih pendapat mazhab.64 Selain tafsiran qarinah yang pelbagai, dengan meletakkan qarinah dalam peruntukan iqrar, ra’yual-khabir, pendapat mahkamah dan lain-lain juga boleh menimbulkan kekeliruan tentang pemakaian qarinah dalam akta tersebut.65 Cara tafsiran istilah bayyinah, syahadah, qarinah dan “keterangan”, serta penggunaan istilah tersebut dengan cara yang

62 Hussin Harun. (2017, 9 Julai). Mantan Hakim Rayuan Syarii Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Personal Interview.

63 Ruzman Md. Noor. (2008). Kedudukan bayyinah, syahadah dan qarinah dalam penggubalan undang-undang keterangan Islam di Malaysia. Jurnal Syariah, 16(2), 20.

64 Ruzman Md. Noor. (2008). Kedudukan bayyinah, syahadah dan qarinah dalam penggubalan undang-undang keterangan Islam di Malaysia. Jurnal Syariah, 16(2), 20.

65 Hassan Ab. Rahman. (2017). Pandangan umum terhadap peruntukan-peruntukan statut keterangan mahkamah syariah di Malaysia: Suatu perbandingan dengan Akta 1950. CLJ,1 LNS(A)LXI, 54.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 29 1/9/19 4:34 PM

30 KANUN [JANUARI 2019]

tidak konsisten menimbulkan kekeliruan dan keraguan kepada pengamal undang-undang, para akademik dan pelajar.66

Begitu juga dengan isu iqrar yang dibuat oleh seseorang di luar mahkamah yang memerlukan kesaksian sekurang-kurangnya dua orang lelaki yang waras (akil), dewasa (baligh) dan adil seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 17(2)(b) Akta 561. Meletakkan iqrar di bawah bab qarinah juga menimbulkan kekeliruan.

Bagi isu mengesahkan seseorang saksi itu adil atau tidak pula memerlukan tazkiyah al-syuhud atau pemeriksaan saksi. Persoalan yang timbul adalah kerana secara praktikalnya tiada pemeriksaan rahsia untuk memeriksa saksi dilakukan di mahkamah seperti yang diperuntukkan oleh seksyen 121 Akta 561.67 Selain itu, berlaku perbezaan frasa yang menjelaskan tazkiyah al-syuhud dalam Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah negeri-negeri.68 Contohnya, negeri Kedah masih meletakkan frasa “pemeriksaan saksi” sedangkan negeri-negeri lain menggunakan frasa “peruntukan khas berhubung dengan testimoni saksi”.69 Negeri selain Kedah memisahkan kedua-dua frasa ini supaya lebih jelas dan berbeza dengan frasa “pemeriksaan saksi” dalam Akta Keterangan 1950. Isu yang dibangkitkan ini hendaklah diteliti dan dihalusi semula.

KESIMPULAN

Terdapat tiga peringkat fasa penggubalan enakmen keterangan mahkamah syariah di negara ini. Pertama, dengan memasukkan

66 Hassan Ab. Rahman. (2017). Pandangan umum terhadap peruntukan-peruntukan statut keterangan mahkamah syariah di Malaysia: Suatu perbandingan dengan Akta 1950. CLJ,1 LNS(A)LXI, 63.

67 Zulfakar Ramlee Saad. (2015). Pembuktian dalam kes jenayah syariah di Malaysia: Isu dan dan penyelesaian. Jurnal Hukum, 40, 126 – 129.

68 Hamid Jusoh. (2007). Takziyah al-syuhud. In Nasimah Hussin (Ed.), Undang-undang Islam: Jenayah, Keterangan dan Prosedur (Siri Perkembangan Undang-undang Malaysia) (p. 173). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

69 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Kedah) 2014. Lihat juga enakmen keterangan mahkamah syariah negeri-negeri lain seperti Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 dan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 30 1/9/19 4:34 PM

Kaedah Pembuktian dalam Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia: Suatu Kajian Perbandingan

Suhaizad Saifuddin, Ruzian Markom dan Mohd. Munzil Muhamad31 KANUN (1) 31

beberapa peruntukan kecil dalam undang-undang pentadbiran agama Islam seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 53 Enakmen Pentabiran Undang-undang Islam Negeri Selangor 1952 dan merujuk Akta 56 sebagai amalan. Fasa kedua ialah penggubalan enakmen keterangan mahkamah syariah yang khusus dengan merujuk Akta 56 sebagai panduan seperti yang terdapat pada Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Kedah 1989. Pada peringkat ini juga Akta 56 tidak lagi diguna pakai di mahkamah syariah. Seterusnya ialah fasa terakhir, iaitu proses menambah baik undang-undang keterangan mahkamah syariah seperti Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 yang menggantikan enakmen keterangan syariah (Negeri Sembilan) 1991. Kajian ini merumuskan bahawa terdapat sisi persamaan dan perbezaan antara enakmen keterangan mahkamah syariah dengan Akta 56 dalam konteks kaedah pembuktian. Persamaan dan perbezaan ini terhasil daripada proses adaptasi dan Islamisasi yang berlaku pada enakmen keterangan mahkamah syariah. Terdapat tujuh kaedah pembuktian yang diperuntukkan dalam undang-undang keterangan mahkamah syariah dan lima daripadanya diadaptasi daripada Akta 56, iaitu pengakuan, kesaksian, keterangan lisan, keterangan dokumen dan keterangan pakar. Namun, kesemua kaedah ini cuba diharmonisasikan mengikut lunas keterangan Islam. Walau bagaimanapun, tafsiran dan pemakaian qarinah dalam enakmen keterangan mahkamah syariah dilihat berbeza daripada undang-undang keterangan Islam yang sebenar. Penambahan kaedah pembuktian secara sumpah (yamin) dan keengganan bersumpah (nukul al-yamin) bersama-sama sumpah yang dikembalikan (al-yamin al-mardudah) dalam enakmen keterangan mahkamah syariah mewujudkan sisi perbezaan yang signifikan berbanding dengan Akta 56. Namun begitu, proses adaptasi dan Islamisasi perundangan yang berlaku memberikan kesan kepada enakmen keterangan mahkamah syariah. Oleh itu, isu yang diutarakan oleh pakar perundangan berhubung dengan enakmen keterangan mahkamah syariah, umumnya dan kaedah pembuktian, khususnya perlu dihalusi dari semasa ke semasa.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 31 1/9/19 4:34 PM

32 KANUN [JANUARI 2019]

RUJUKANAbd. Karim Zaidan. (1984). Nizam al-Qada’ fi al-Shariah al-Islamiyyah.

Bahgdad: Matba’ah al-Ani. Abdul Karim Zaidan. (2002). Nizam al-Qada’. Lubnan: Muassasah al-Risalah.Abu Musa ibn Ahmad bin Sarwah al-Tirmizi. (1975). Sunan al-Tirmizi (Juzuk

II). Mesir: Syarikat Maktabat wa Matba’at Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awlafih.

Ahmad al-Husari. (1977). Ilmu al-Qadi (Jilid I). Mesir: Maktabah al-Kulliyah al-Azhariah.

Ahmad Fathi Bahansi. (1962). Nazariah al-Ithbat. Kaherah, Mesir: al-Arabiah li al-Tibaa’ah.

Ahmad Ibrahim. (1995). Perkembangan terkini undang-undang Islam di Malaysia. In Monir Yaacob (Ed.), Undang-undang keterangan dan prosedur di mahkamah (p. 41). Kuala Lumpur: IKIM.

Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.Al-Daruqutni. (n.d.). Sunan al-Daruqutni (Juzuk VI). Beirut: Dar al-Maʻrifah.Al-Khatib, Muhammad al-Sharbini. (1995). Mughni al-Muhtaj. Beirut: Dar

al-Fikr.Al-Qalyubi, & ‘Umayrah. (1956). Qalyubi wa ‘Umayrah (Juzuk IV). Kaherah:

Syarikat Maktabat wa Matba’ at Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih.Al-Quran. (2002). Tafsir pimpinan ar-Rahman kepada pengertian al-Quran.

Kuala Lumpur: Darul Fikir.al-Syeikh Sulaiman al-Bijirmi. (1435 H). al-Bijirmi ‘ala al-Khatib (Juzuk

IV). Mesir: Syarikat Maktabat wa Matba’at Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih.

Andrew Phang Boon Leong. (1989). Of codes and ideology: Some notes on the origins of the Major Criminal Enactments of Singapore. Malaya Law Review, 31(1), 46.

Azizah Mohd. Rapini. (2015). Ijtihad dalam penggubalan undang-undang keterangan mahkamah syariah di Malaysia: Tumpuan khusus terhadap konsep syahadah. Paper presented at Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah dan Syariah 2015 (IRSYAD 2015), Kuala Lumpur, 12 – 13 Oktober.

Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Kedah) 2014). Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003.Hamid Jusoh. (2007). Takziyah al-syuhud. In Nasimah Hussin (Ed.), Undang-

undang Islam: Jenayah, Keterangan dan Prosedur (Siri Perkembangan

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 32 1/9/19 4:34 PM

Kaedah Pembuktian dalam Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia: Suatu Kajian Perbandingan

Suhaizad Saifuddin, Ruzian Markom dan Mohd. Munzil Muhamad31 KANUN (1) 33

Undang-undang Malaysia). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hassan Ab. Rahman. (2017). Pandangan umum terhadap peruntukan-

peruntukan statut keterangan mahkamah syariah di Malaysia: Suatu perbandingan dengan Akta 1950. CLJ, 1 LNS(A) LXI.

Hussin Harun. (2017, 9 Julai). Mantan Hakim Rayuan Syarii Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Personal Interview.

Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah. (1977). al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siasah al-Syar’iyyah. Kaherah: Matbaah al-Adab.

Ibn Farhun. (1301 H). Tabsirat al-Hukkam (Juzuk I & II). Kaherah: Matba’at al-‘Amirah al-Sharafiyyah.

Ibn Faris, Abu al-Husayn Ahmad. (1972). Mu’jam Maqayis al-Lughah (Jilid 5). Mesir: Matba’ah Mustafa al-Babiy al-Halabi wa Awladuhu.

Ibn Hajar. (1989). Fath al-bari bi Sharh Sahih al-Bukhari (Jilid 12). Beirut: Dar al-Kutub al-‘llmiyyah.

Ibn Manzur. (1956). Lisan al-Arab (Jilid 13). Beirut: Dar al-Sadir.Ibn Qayyim. (1977). Al-Turuq al-Hukmiyyah. Mesir: Matba’ah al-Madani.Ibn Qayyim. (n.d.). Turuq al-Hukmiyyah. Kaherah: Darul Hadis. Ibn Qudamah. (n.d.). Al-Mughni (Jilid 10). Riyad: Dar ’Alam al-Kutub.Ibn Qudamah. (1966). Al-Mughni (Juzuk XII). Beirut: Dar al-Kutub al-

‘Ilmiyyah.James Stephen. (1936). A digest of the law of evidence. London: Mc Millan.Kamus Dewan. (2013). (4th ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Mahmud Saedon. (1995). Undang-undang keterangan Islam. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahmud Saedon. (1995). Undang-undang keterangan mahkamah syariah:

Satu analisis. In Monir Yaacob, Undang–undang keterangan dan prosedur di mahkamah. Kuala Lumpur: IKIM.

Mohd. Akram Shair Mohamed. (1997). Penerimaan keterangan dengar cakap dalam undang-undang keterangan. In Ahmad Ibrahim et al., Al-Ahkam: Penghakiman dan kepeguaman (Jilid 5). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Saleh Hj. Ahmad. (2005). Al-Bayyinah dan beban pembuktian: Teori dan amalan di mahkamah syariah. In Risalah Ahkam. Petaling Jaya: IMAP.

Muhammad al-Syarbini al-Khatib. (n.d.). Al-Iqna (Jilid 2). Mesir: Dar al-Ihya al-Kutub an-Arabiyah.

Muhammad bin Ahmad bin Abi Sahal al-Sarakhsi. (1957). Al-Mabsut (Jilid 9). Kaherah: Matba‘ah al-Sa’adah.

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 33 1/9/19 4:34 PM

34 KANUN [JANUARI 2019]

Muhammad ibn Ismail al-Bukhari. (n.d.). Sahih al-Bukhari bi Hasyiat al-Sindi (Juzuk V). Beirut: Darul al-Fikr.

Muhammad Rawwas Qanʻarji. (1983). Mausuʻah fiqh Abu Bakar al-Siddiq. Beirut: Dar al-Nafais.

Muhammad Zuhaili. (1994). Wasail Ithbat fi al-Syariah al-Islamiah fi al-Muamalat al-Madaniyyah wa al-Ahwal al-Syakhsiyyah (Jilid 2). Riyadh: Maktabah al-Mu’ayyad.

Mustafa Ahmad al-Zarqa. (1968). al-Madkhal al-Fiqhi al-‘Alm (Juzuk II). Beirut: Dar al-Fikr.

Mustafa al-Khin, & Mustafa al-Bugha. (2006). ‘Ali al-Syarbaji, Fiqh Minhaji (Jilid 3). Damsyik: Dar al-Qalam.

n.n. (1968). Majallat al-Ahkam al-‘Adilyyah (seksyen 1736). Kaherah: Matba’at Shi’arko.

Paizah Hj. Ismail. (2008). Hudud, hukum & pelaksanaan. Selangor: Karya Bestari Sdn. Bhd.

Rafiah Salim. (1994). Evidence in Malaysia and Singapore cases, metarials and commentary. Kuala Lumpur: Butterworths Asia.

Ruzman Md. Noor. (2008). Kedudukan bayyinah, syahadah dan qarinah dalam penggubalan undang-undang keterangan Islam di Malaysia. Jurnal Syariah, 16(2).

Ruzman Md. Noor. (2015). Ulasan Perundangan: Akta Keterangan Mahkamah Syariah (WP) 1997. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 27(1).

Wahbah al-Zuhaili. (1985). Al-Fiqh Islami wa Adillatuhu (Jilid 6). Damsyik: Dar al-Fikr.

Wan Abdul Fattah Wan Ismail & Zulfakar Ramlee. (2013). Keterangan melalui kitabah: Menurut fiqh dan undang-undang semasa di Malaysia. JUUM, 17, 2.

Wizarah al-Aqwqaf wa al-Syu’un al-Islamiyyah. (1993). Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah (Juzuk 6). Kuwait: Kementerian Waqaf Kuwait.

Zulfakar Ramlee. (2007). Al-Qarinah: Pemakaiannya dalam litigasi mal dan jenayah. In Undang-undang Islam Jenayah, Keterangan dan Prosedur. Nasimah Hussin et al. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zulfakar Ramlee Saad. (2015). Pembuktian dalam kes jenayah syariah di Malaysia: Isu dan penyelesaian. Jurnal Hukum, 40.

Diperoleh (Received): 4 Julai 2018Diterima (Accepted): 28 November 2018

Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 34 1/9/19 4:34 PM