27
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 549 AKTA STANDARD MALAYSIA 1996 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006

UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

UNDANG-UNDANGMALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 549

AKTA STANDARD MALAYSIA1996

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

DITERBITKAN OLEHPESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA

DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968SECARA USAHA SAMA DENGAN

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD2006

Page 2: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Undang-Undang Malaysia AKTA 5492

Tarikh Perkenan Diraja … … … … 15 Julai 1996

Tarikh penyiaran dalam Warta ... ... … 25 Julai 1996

AKTA STANDARD MALAYSIA 1996

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama ... ... ... ... 2002

Page 3: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Standard Malaysia 3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 549

AKTA STANDARD MALAYSIA 1996

SUSUNAN SEKSYEN

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen

1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

2. Tafsiran

BAHAGIAN II

PELETAKHAKAN HARTA, DSB., PADA SYARIKATPENGGANTI

3. Peletakhakan

4. Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti

5. Pelaburan Kerajaan dalam penerbitan selanjutnya syer syarikat pengganti

6. Kakitangan

7. Kerajaan Malaysia hendaklah memegang semua syer dalam syarikatpengganti

8. Menteri Kewangan hendaklah memegang syer

BAHAGIAN III

KETUA PENGARAH JABATAN STANDARD

9. Pelantikan Ketua Pengarah

10. Kewajipan dan fungsi Ketua Pengarah

11. Kuasa untuk mewakilkan

12. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan

Page 4: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Undang-Undang Malaysia AKTA 5494

BAHAGIAN IV

PENUBUHAN MAJLIS STANDARD DAN AKREDITASI

Seksyen

13. Penubuhan Majlis Standard dan Akreditasi dan fungsinya

14. Jawatankuasa

BAHAGIAN V

STANDARD

15. Penentuan standard

16. Perakuan akreditasi dan pendaftaran

17. Sekatan atas penggunaan perkataan

18. Kesalahan pelbagai

19. Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan

20. Ciri-ciri komoditi, dsb., boleh ditetapkan dengan merujuk kepadapenentuan standard

21. Sebutan dan bukti penentuan

BAHAGIAN VI

AM

22. Peraturan-peraturan

BAHAGIAN VII

PEMANSUHAN DAN PERUNTUKAN PERALIHAN

23. Pemansuhan dan kecualian

24. Penerusan prosiding jenayah dan sivil

25. Kecualian bagi penentuan, tanda dan lesen

26. Pencegahan anomali

Page 5: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Standard Malaysia 5

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 549

AKTA STANDARD MALAYSIA 1996

Suatu Akta untuk membuat peruntukan baru dalam undang-undangyang berhubungan dengan standard dan bagi perkara lain yangberkaitan dengannya.

[1 September 1996, P.U. (B) 322/1996]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuanDewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dandengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Standard Malaysia 1996 danhendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

(2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkanoleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta; dan Menteri bolehmenetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuat kuasanya peruntukanyang berlainan dalam Akta ini.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki maknayang lain—

“akreditasi” ertinya suatu tatacara yang melaluinya badan yangberkuasa memberikan pengiktirafan formal bahawa sesuatu badan atauseseorang kompeten untuk menjalankan tugas tertentu;

“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, samaada sebenar, kontingen atau prospektif;

Page 6: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Undang-Undang Malaysia AKTA 5496

“harta” termasuk—

(a) segala harta alih dan tak alih dan segala kepentingan, hak danliabiliti, sama ada di sisi ekuiti atau undang-undang dalam,kepada atau daripada harta itu, hak dalam tindakan, pelaburan,wang dan nama baik; dan

(b) segala hak dan liabiliti berkenaan dengan kontrak yangberhubung dengan pembinaan bangunan,

dan “terletak hak”, berhubung dengan harta, termasuk hak kepada hartayang masa hadapan atau kontingen;

“Institut” ertinya Institut Standard dan Penyelidikan PerindustrianMalaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Standard danPenyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975 [Akta 157];

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Jabatan Standard yangdilantik di bawah seksyen 9;

“komoditi” ertinya apa-apa artikel, keluaran atau benda yangmenjadi perkara tred atau perdagangan;

“liabiliti” ertinya tiap-tiap jenis liabiliti, hutang, tanggungan,kewajipan, dan obligasi (sama ada masa kini atau masa hadapan,sebenar atau kontingen, dan sama ada kena dibayar atau dipatuhi ataudilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain);

“Majlis” ertinya Majlis Standard dan Akreditasi Malaysia yangditubuhkan di bawah subseksyen 13(1);

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkandengan tanggungjawab bagi standard;

“pemerakuan” ertinya suatu tatacara yang melaluinya pihak ketigayang dilantik oleh Ketua Pengarah memberikan jaminan bertulis bahawasesuatu komoditi, proses, amalan atau perkhidmatan menepati kehendaktertentu; dan “pihak ketiga”, berhubung dengan pemerakuan, ertinyasesuatu badan atau seseorang yang diiktiraf sebagai berasingan daripadapihak yang terlibat mengenai isu yang berkenaan;

“pendaftaran” ertinya suatu tatacara yang melaluinya sesuatu badanyang dilantik oleh Ketua Pengarah menunjukkan ciri-ciri yang relevanmengenai sesuatu komoditi, proses, amalan atau perkhidmatan ataubutir-butir sesuatu badan atau seseorang, dalam senarai yang sesuai,yang boleh didapati oleh orang awam;

Page 7: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Standard Malaysia 7

“penentuan” ertinya perihalan sesuatu komoditi, proses, amalan atauperkhidmatan dengan merujuk kepada jenisnya, kualitinya, kekuatannya,ketulenannya, komposisinya, kuantitinya, dimensinya, beratnya, grednya,kebolehtahanannya, asalnya, usianya atau ciri-ciri lain atau perihalansesuatu komoditi dengan merujuk kepada apa-apa tanda atau label padakomoditi itu, dan termasuk daftar istilah, sesuatu takrif, sesuatu simbol,dan sesuatu amalan yang disyorkan;

“penentuan standard” ertinya sesuatu penentuan yang telahdiisytiharkan sebagai suatu penentuan standard menurut seksyen 15;

“penentuan standard sementara” ertinya sesuatu penentuan standardyang belum melalui tatacara biasa pertimbangtelitian jawatankuasateknikal dan komen awam dan—

(a) yang pada pendapat Majlis diperlukan segera; atau

(b) yang berkenaan dengannya Menteri berpendapat bahawapenggunaannya secara cubaan perlu sebelum ia bolehdimuktamadkan;

“penilaian ketepatan” ertinya apa-apa aktiviti mengenai menentukan,secara langsung atau tidak langsung, bahawa kehendak yang relevandipenuhi;

“penstandardan” ertinya aktiviti menetapkan, mengenai masalahsebenar atau berpotensi, peruntukan bagi kegunaan biasa dan berulang,dengan tujuan mencapai tahap optimum keteraturan dalam sesuatukonteks yang diberikan;

“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat dibawah seksyen 22;

“standard” ertinya sesuatu dokumen yang diluluskan oleh suatubadan yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaanbiasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagikeluaran atau proses dan kaedah pengeluaran yang berkaitan, yangpematuhannya tidak mandatori; dan yang boleh juga termasuk ataumemperkatakan semata-mata mengenai kehendak peristilahan, simbol,pembungkusan, penandaan atau pelabelan sebagaimana yang ia terpakaibagi sesuatu keluaran, proses, atau kaedah pengeluaran;

Page 8: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Undang-Undang Malaysia AKTA 5498

“syarikat pengganti” ertinya syarikat yang terhad oleh syer yangdiperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan yangdinamakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1) yangkepadanya harta, hak, liabiliti dan fungsi Institut dipindahkan danterletak hak di bawah subseksyen 3(1);

“tanda” termasuklah apa-apa peranti, jenama, tajuk, label, tiket,nama, tandatangan, perkataan, huruf, angka, dan apa-apa kombinasinya;

“tanda ketepatan” ertinya tanda terpelihara, yang dipakai ataudikeluarkan di bawah kaedah-kaedah sesuatu sistem pemerakuan, yangmenunjukkan bahawa keyakinan yang memadai diberikan bahawakomoditi, proses, amalan atau perkhidmatan yang relevan itu menepatistandard yang tertentu atau dokumen normatif yang lain;

“tanda standard” ertinya sesuatu tanda yang didaftarkan di bawahAkta Cap Dagangan 1976 [Akta 175] sebagai cap dagangan perakuan;

“tarikh peletakhakan” ertinya tarikh bila segala harta, hak, liabiliti danfungsi Institut dipindahkan kepada atau terletak hak pada syarikatpengganti sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah dibawah subseksyen 3(1).

BAHAGIAN II

PELETAKHAKAN HARTA, DSB., PADA SYARIKATPENGGANTI

Peletakhakan

3. (1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta,menetapkan suatu tarikh peletakhakan dan pada tarikh itu, segala harta,kecuali tanah yang disebut dalam subseksyen (2), hak, liabiliti danfungsi Institut hendaklah, menurut Akta ini, dipindahkan kepada danterletak hak pada syarikat pengganti tanpa apa-apa jua pemindahhakan,penyerahhakan atau pemindahan.

(2) Mana-mana tanah yang dipegang atas nama Pesuruhjaya TanahPersekutuan dan yang sebelum sahaja tarikh peletakhakan didudukioleh Institut hendaklah terus diduduki oleh syarikat pengganti di bawahsuatu pajakan pada sewa dan atas apa-apa terma yang dipersetujui olehPesuruhjaya Tanah Persekutuan dan syarikat pengganti.

Page 9: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Standard Malaysia 9

(3) Walau apa pun subseksyen (1), hanya fungsi Institut yang dibawah Akta ini tidak terletak hak pada Ketua Pengarah dan mana-manabadan lain boleh dipindahkan kepada syarikat pengganti.

(4) Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1)pada syarikat pengganti hendaklah terletak hak sedemikian pada syarikatitu bagi hakmilik atau kepentingan yang serupa sebagaimana ia terletakhak atau dipegang sebelum sahaja tarikh peletakhakan itu.

(5) Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasasubseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, selepas tarikh peletakhakanitu, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan olehsyarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikat itu atauInstitut memberikan notis kepada orang yang terikat dengan hak dalamtindakan itu mengenai peletakhakan yang dilaksanakan melaluisubseksyen (1).

(6) Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak melalui subseksyen(1) pada syarikat pengganti boleh, pada atau selepas tarikh peletakhakanitu, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh atauterhadap syarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikatitu atau Institut memberikan notis kepada orang yang hak dan liabilitinyatersentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1).

(7) Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atauterhadap Institut yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak danliabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat penggantimenurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada atau selepas tarikhpeletakhakan itu, diteruskan oleh atau terhadap syarikat pengganti itu.

(8) Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah mana-manapinjaman yang terletak hak pada syarikat pengganti pada tarikhpeletakhakan, syarikat itu boleh membuat apa-apa perkiraan atauperjanjian mengenai hak dan liabiliti sedemikian dengan KerajaanMalaysia atau mana-mana pihak ketiga.

(9) Pada atau selepas tarikh peletakhakan, apa-apa perjanjian yangberhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindahkepada dan terletak hak pada syarikat pengganti di bawah subseksyen(1) yang Institut ialah pihak kepadanya sebelum sahaja tarikhpeletakhakan itu, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atautidak daripada jenis yang hak dan liabiliti di bawahnya bolehdiserahhakkan oleh Institut, hendaklah berkuat kuasa seolah-olah syarikatitu telah menjadi suatu pihak kepada perjanjian itu.

Page 10: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Undang-Undang Malaysia AKTA 54910

(10) Walau apa pun subseksyen (9), mana-mana perjanjian yangdibuat oleh Institut, yang hal perkaranya berhubungan dengan apa-apaperkara termasuk dalam kuasa dan fungsi Ketua Pengarah di bawahAkta ini, hendaklah, pada tarikh peletakhakan diturunkan kepada Kerajaandan hendaklah berkuat kuasa seolah-olah Kerajaan telah menjadi suatupihak kepada perjanjian itu.

(11) Jika menurut kuasa subseksyen (1), apa-apa harta berpindahkepada dan terletak hak pada syarikat pengganti, peruntukan dalamBahagian Tiga Puluh Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965]hendaklah, bagi maksud melaksanakan pendaftaran peletakhakansedemikian, terpakai bagi syarikat pengganti, seolah-olah ia pihakberkuasa awam.

Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti

4. (1) Berbangkit daripada peletakhakan pada syarikat pengganti akanharta, hak dan liabiliti di bawah subseksyen 3(1), syarikat pengganti ituhendaklah menerbitkan apa-apa sekuriti syarikat sebagaimana yangdiarahkan oleh Menteri Kewangan, dari semasa ke semasa, selepasberunding dengan Menteri.

(2) Sekuriti yang dikehendaki diterbitkan menurut seksyen inihendaklah diterbitkan atau diumpukkan pada bila-bila masa dan atasapa-apa terma, tentang pengumpukan, sebagaimana yang diarahkanoleh Menteri Kewangan selepas berunding dengan Menteri.

(3) Sekuriti di bawah seksyen ini—

(a) hendaklah daripada apa-apa nilai nominal sebagaimana yangdiarahkan oleh Menteri Kewangan; dan

(b) hendaklah diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagimaksud Akta Syarikat 1965 seolah-olah ia telah dibayardisebabkan pembayaran nilai nominalnya kepada syarikatpengganti.

(4) Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima olehMenteri Kewangan menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar kedalam Kumpulan Wang Disatukan.

Pelaburan Kerajaan dalam penerbitan selanjutnya syer syarikatpengganti

5. (1) Penerbitan selanjutnya syer syarikat pengganti hanya bolehdibuat sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan, darisemasa ke semasa, selepas berunding dengan Menteri.

Page 11: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Standard Malaysia 11

(2) Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Menteri Kewanganberikutan dengan peruntukan seksyen ini hendaklah dikira sebagaipelaburan dan dibenarkan di bawah subperenggan 8(3)(a)(iv) AktaProsedur Kewangan 1957 [Akta 61].

(3) Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima olehMenteri Kewangan di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalamKumpulan Wang Disatukan.

(4) Duti setem tidak boleh dikenakan berkenaan dengan apa-apapertambahan modal syarikat pengganti yang—

(a) dilaksanakan melalui penerbitan syer; dan

(b) diperakui oleh Perbendaharaan sebagai dilaksanakan melaluipenerbitan syer yang dipohon beli oleh Menteri Kewangan dibawah subseksyen (1).

Kakitangan

6. (1) Syarikat pengganti hendaklah menyetuju terima untuk mengambilkerja, pada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melaluipemberitahuan dalam Warta, tiap-tiap orang yang sebelum sahaja tarikhitu ialah anggota kakitangan Institut dan yang telah diberikan suatupilihan oleh Institut dan telah memilih untuk berkhidmat sebagai pekerjasyarikat itu.

(2) Tiap-tiap orang sedemikian yang memilih di bawah subseksyen(1) untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat pengganti hendaklahdiambil kerja oleh syarikat itu atas terma dan syarat perkhidmatan yangtidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang diaberhak kepadanya sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan.

Kerajaan Malaysia hendaklah memegang semua syer dalamsyarikat pengganti

7. (1) Menteri Kewangan boleh, dari semasa ke semasa, bagi pihakKerajaan Malaysia, memohon beli atau selainnya memperoleh semuasyer dalam syarikat pengganti.

(2) Syer dalam syarikat pengganti yang dipegang oleh MenteriKewangan hendaklah dipegang oleh Menteri KewanganDiperbadankan di bawah Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan)1957 [Akta 375].

Page 12: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Undang-Undang Malaysia AKTA 54912

(3) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lainatau kaedah undang-undang, adalah tidak perlu melengkapkan ataumendaftarkan sesuatu pemindahan syer daripada jenis yang disebutdalam subseksyen (2) berikutan dengan pertukaran orang yangmemegang jawatan Menteri Kewangan.

(4) Menteri Kewangan boleh menjalankan segala hak dan kuasayang berhubung kait dengan syer dalam syarikat pengganti yangdipegang olehnya.

(5) Menteri Kewangan boleh, pada bila-bila masa, melalui notisbertulis kepada Setiausaha Syarikat bagi syarikat pengganti, memberikuasa, atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan dalam notis itu,mana-mana orang yang difikirkannya patut untuk bertindak sebagaiwakilnya pada mana-mana atau semua mesyuarat pemegang syersyarikat pengganti atau mana-mana kelas pemegang syer, danmana-mana orang yang diberi kuasa sedemikian berhak menjalankankuasa yang sama, bagi pihak Menteri Kewangan, sebagaimana yangMenteri Kewangan boleh menjalankannya jika hadir sendiri padamesyuarat itu.

Menteri Kewangan hendaklah memegang syer

8. (1) Menteri Kewangan tidak boleh—

(a) menjual atau selainnya melupuskan mana-mana syer dalamsyarikat pengganti yang dipegang olehnya kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan syer dalam syarikat pengganti diumpukkankepada mana-mana orang.

(2) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) terpakai bagi syerkeutamaan boleh tebus yang—

(a) tidak boleh ditukar kepada syer daripada mana-mana kelasyang lain; dan

(b) tidak memberikan apa-apa hak mengundi pada mana-manamesyuarat agung syarikat pengganti.

Page 13: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Standard Malaysia 13

BAHAGIAN III

KETUA PENGARAH JABATAN STANDARD

Pelantikan Ketua Pengarah

9. (1) Menteri hendaklah, dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuandalam Warta, melantik seorang pegawai awam untuk menjadi KetuaPengarah Jabatan Standard bagi maksud menjalankan kewajipan danfungsi yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini.

(2) Ketua Pengarah hendaklah memegang jawatan bagi apa-apatempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan olehMenteri selepas berunding dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

(3) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai meterai rasmi yanghendaklah disiarkan dalam Warta bagi pengesahan dokumen yangdikehendaki bagi maksud kewajipan dan fungsinya di bawah Akta ini.

Kewajipan dan fungsi Ketua Pengarah

10. (1) Kewajipan dan fungsi Ketua Pengarah untuk menggalakkandan memajukan standard dan penstandardan penentuan sebagai caramemajukan ekonomi negara, memanfaatkan kesihatan, keselamatandan kebajikan awam, membantu dan melindungi pengguna, memajukankecekapan dan pembangunan industri, memudahkan perdagangan dalamnegeri dan antarabangsa dan melanjutkan kerjasama antarabangsaberhubungan dengan standard.

(2) Pada menunaikan kewajipan dan fungsinya di bawah subseksyen(1), Ketua Pengarah boleh—

(a) melantik agensi kebangsaan tunggal untuk menyelaraskanaktiviti pembangunan standard di Malaysia dengan tujuanmembangunkan standard dan kod umum dan untuk mewakiliMalaysia dalam aktiviti penstandardan antarabangsa;

(b) menggalakkan kerjasama antara organisasi yang terlibat dalampenstandardan sukarela di Malaysia dan jabatan dan agensiKerajaan bagi maksud mencapai keserasian, dan penggunaanumum yang maksimum bagi, standard dan kod;

(c) melaksanakan kriteria dan tatacara berhubungan denganpenyediaan, kelulusan, penerimaan dan penetapan standard diMalaysia sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri;

Page 14: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Undang-Undang Malaysia AKTA 54914

(d) mengesyorkan standard yang dikemukakan oleh agensikebangsaan tunggal yang dilantik di bawah perenggan (a)sebagai standard kebangsaan, jika sesuai, dan menyenggarakanindeks standard yang diluluskan;

(e) mengumpul, menterjemah dan menyebarkan maklumatmengenai standard dan aktiviti penstandardan di dalam dan diluar Malaysia;

(f) menggalakkan penggunaan standard yang diluluskan olehMenteri;

(g) mengesyorkan kepada Menteri supaya diterima pakai mana-mana penentuan antarabangsa atau luar negeri, dengan atautanpa ubah suaian, sebagaimana yang sesuai bagi kegunaan diMalaysia;

(h) mengakreditasikan, mengikut kriteria dan tatacara yangdiluluskan oleh Menteri, organisasi di Malaysia yang terlibatdalam penilaian ketepatan dan menyenggarakan suatu daftarorganisasi yang diakreditasikan dan tanda ketepatan mereka;

(i) melantik organisasi-organisasi sebagai ejen untukmengadakan perkhidmatan penilaian bagi pengakreditasiandan pendaftaran yang diperuntukkan di bawah Akta ini;

(j) mengakreditasikan makmal pengujian, makmal penentukurandan organisasi latihan yang terlibat dalam melatih kakitangandalam penilaian ketepatan;

(k) mendaftarkan, mengikut kriteria dan tatacara yang diluluskanoleh Menteri, orang yang terlibat dalam perkhidmatan penilaianketepatan, seperti perundingan dan pengauditan, danmenyenggarakan suatu daftar orang berkelayakan;

(l) menetapkan dan mendaftarkan di bawah Akta Cap Dagangan1976, tanda akreditasi Jabatan Standard sendiri;

(m) membenarkan dan mengawal selia penggunaan mana-manatanda akreditasi yang disebut di bawah perenggan (l);

(n) bekerjasama dengan Kerajaan Negeri, pihak berkuasatempatan, sektor perindustrian, komersil dan tred dan mana-mana organisasi lain yang ditentukannya dengan tujuanmemastikan standard diterima pakai;

(o) menggalakkan, dengan kerjasama organisasi Malaysia yangterlibat dalam pembentukan, pengujian, pemerakuan danpengakreditasian standard secara sukarela, perkiraan kerjasamadengan organisasi yang terlibat seumpamanya di negara lainbagi pertukaran maklumat;

Page 15: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Standard Malaysia 15

(p) menasihati Menteri tentang keperluan, sumber danpenguntukan sumber kewangan kepada organisasi Malaysiayang terlibat dalam penstandardan sukarela untuk membantumereka memenuhi kehendak kebangsaan dan antarabangsa;

(q) menjalinkan dan mengekalkan hubungan dengan organisasitempatan dan luar negeri yang terlibat dalam penstandardandan perkara berkaitan yang lain dalam sektor awam danswasta, dan mengekalkan pendedahan terhadap keperluanperindustrian dalam penstandardan; dan

(r) melaksanakan apa-apa fungsi lain yang dikehendaki olehMenteri.

Kuasa untuk mewakilkan

11. (1) Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan kepadamana-mana pegawai awam, tertakluk kepada apa-apa syarat, had atausekatan yang difikirkannya patut dikenakan, mana-mana kewajipannyaatau fungsinya di bawah Akta ini.

(2) Apa-apa pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini tidakmencegah Ketua Pengarah itu sendiri daripada melaksanakan kewajipanatau menjalankan fungsi yang diwakilkan sedemikian.

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan

12. Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan kepadaKetua Pengarah yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan KetuaPengarah hendaklah melaksanakan segala arahan sedemikian.

BAHAGIAN IV

PENUBUHAN MAJLIS STANDARD DAN AKREDITASI

Penubuhan Majlis Standard dan Akreditasi dan fungsinya

13. (1) Suatu Majlis yang akan dikenali sebagai Majlis Standard danAkreditasi Malaysia hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripadaanggota yang berikut yang dilantik oleh Menteri:

(a) seorang Pengerusi;

(b) seorang Timbalan Pengerusi;

(c) seorang wakil syarikat pengganti;

Page 16: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Undang-Undang Malaysia AKTA 54916

(d) lima orang wakil Kerajaan; dan

(e) tidak lebih daripada tujuh orang anggota lain yang, padapendapat Menteri, mempunyai pengalaman yang luas ataupengetahuan khusus dalam perkara yang berhubungan denganfungsi, kuasa dan aktiviti Majlis.

(2) Ketua Pengarah hendaklah menjadi seorang anggota ex officioMajlis.

(3) Tertakluk kepada arahan dan kawalan Menteri, kewajipan Majlis—

(a) untuk menasihati Menteri berkenaan dengan dasar, program,skim, projek dan aktiviti penstandardan;

(b) untuk menasihati, dan mengemukakan syor bagi pertimbangandan kelulusan, Menteri berkenaan dengan program, skim,projek dan aktiviti untuk memajukan kecekapan danpembangunan perindustrian, dan bagi perlindungan penggunamelalui aktiviti penstandardan;

(c) untuk menasihati Menteri berkenaan dengan penentuanstandard bagi komoditi, proses, amalan dan perkhidmatan;

(d) untuk menasihati Menteri mengenai keutamaan berkenaandengan penstandardan untuk memastikan keberkesanan yangmaksimum;

(e) untuk menasihati Menteri mengenai pelaksanaan berkesanpenentuan standard bagi komoditi, proses, amalan danperkhidmatan;

(f) untuk mengemukakan bagi pertimbangan dan kelulusanMenteri, kriteria dan tatacara yang berhubungan denganpenyediaan, pelulusan, penerimaan dan penetapan standardsukarela di Malaysia;

(g) untuk mengemukakan bagi pertimbangan dan kelulusanMenteri, kriteria dan tatacara yang berhubungan denganpengakreditasian makmal pengujian, makmal penentukuran,organisasi yang terlibat dalam penilaian ketepatan danorganisasi yang terlibat dalam melatih kakitangan dalampenilaian ketepatan;

(h) untuk mengemukakan bagi pertimbangan dan kelulusanMenteri, kriteria dan tatacara bagi pendaftaran orang yangterlibat dalam penilaian ketepatan;

(i) untuk menasihati Menteri mengenai penganjuran danpelaksanaan program akreditasi;

Page 17: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Standard Malaysia 17

(j) untuk menasihati, dan mengemukakan syor bagi pertimbangandan kelulusan, Menteri berkenaan dengan program, skim,projek dan aktiviti untuk memajukan keperluan pengujianperindustrian dan bagi pembangunan perkhidmatan pengujian;

(k) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang ditentukan ataudiwakilkan oleh Menteri.

(4) Seseorang anggota Majlis hendaklah, melainkan jika diameletakkan atau mengosongkan jawatannya terlebih dahulu ataupelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan bagitempoh tiga tahun dan layak dilantik semula bagi apa-apa tempohberturut-turut yang tidak melebihi tiga tahun.

(5) Sekiranya Pengerusi tiada atau tidak dapat bertindak kerana sakitatau apa-apa sebab lain atau jika jawatan Pengerusi itu kosong, TimbalanPengerusi hendaklah menjalankan kewajipan dan fungsi Pengerusi.

Jawatankuasa

14. Walau apa pun seksyen 13, Majlis boleh, tertakluk kepada kelulusanMenteri terlebih dahulu, menubuhkan apa-apa jawatankuasa yangdifikirkannya perlu bagi menunaikan kewajipannya atau fungsinya,atau bagi apa-apa maksud yang berbangkit daripada atau yang berkaitandengan mana-mana kewajipannya atau fungsinya.

BAHAGIAN V

STANDARD

Penentuan standard

15. (1) Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta,mengisytiharkan mana-mana penentuan yang telah diterima pakai denganatau tanpa ubah suaian, sebagai suatu penentuan standard atau suatupenentuan standard sementara bagi maksud Akta ini, dan boleh memindaatau menarik balik mana-mana penentuan standard atau penentuanstandard sementara.

(2) Jika sesuatu penentuan telah diisytiharkan sebagai suatu penentuanstandard sementara, ungkapan “Sementara” atau “S” hendaklahdimasukkan ke dalam tajuk atau nombor penentuan standard itu.

Page 18: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Undang-Undang Malaysia AKTA 54918

(3) Tiada penentuan boleh diisytiharkan sebagai penentuan standard,dan tiada penentuan standard boleh dipinda atau ditarik balik, melainkanjika Menteri berpuas hati bahawa orang yang mungkin terjejas olehperisytiharan, pindaan atau penarikbalikan itu telah mendapat peluanguntuk menimbangkannya dan memberikan ulasan mengenainya kepadaMenteri atau kepada Majlis atau kepada sesuatu jawatankuasa Majlisyang diberi kuasa:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi penentuanstandard sementara.

(4) Perisytiharan, pindaan atau penarikbalikan sesuatu penentuanstandard hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan atau, jika tiada peraturan sedemikian dibuat, mengikutapa-apa cara yang ditentukan oleh Menteri.

(5) Menteri hendaklah menyebabkan hakikat perisytiharan, pindaanatau penarikbalikan itu, tetapi bukan teks penentuan yang diisytiharkan,dipinda atau ditarik balik itu, dan tarikh ia berkuat kuasa, diberitahudalam Warta.

(6) Tanpa bukti yang sebaliknya—

(a) suatu pemberitahuan dalam Warta di bawah subseksyen (5)hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi mengenaiperkara yang dinyatakan dalamnya; dan

(b) hakikat bahawa sesuatu penentuan telah diisytiharkan sebagaisuatu penentuan standard atau bahawa sesuatu penentuanstandard telah dipinda atau ditarik balik hendaklah menjadiketerangan yang mencukupi bahawa kehendak seksyen initelah dipatuhi.

Perakuan akreditasi dan pendaftaran

16. (1) Mana-mana orang atau organisasi yang ingin diakreditasikanatau didaftarkan sebagai—

(a) suatu organisasi penilaian ketepatan;

(b) suatu makmal bagi pengujian atau penentukuran;

(c) suatu organisasi latihan bagi penilaian ketepatan; atau

(d) orang yang layak melaksanakan penilaian ketepatan danperkhidmatan yang berkaitan,

Page 19: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Standard Malaysia 19

boleh memohon kepada Ketua Pengarah mengikut apa-apa carayang ditetapkan oleh peraturan-peraturan.

(2) Jika Ketua Pengarah berpuas hati, atas permohonan yangdibuat di bawah subseksyen (1), bahawa badan, makmal, organisasilatihan, atau orang, yang disebut dalam subseksyen (1) patutdiakreditasikan atau didaftarkan, dia boleh memberikan suatuperakuan akreditasi atau pendaftaran kepada pemohon tertaklukkepada apa-apa terma dan syarat, jika ada, yang ditetapkan olehperaturan-peraturan.

(3) Sesuatu perakuan akreditasi atau pendaftaran di bawah seksyenini hendaklah diberikan bagi sesuatu tempoh yang ditentukan olehKetua Pengarah tetapi selagi terma dan syarat perakuan akreditasiatau pendaftaran itu dipatuhi, perakuan akreditasi atau pendaftaranitu boleh dari semasa ke semasa diperbaharui oleh Ketua Pengarahbagi apa-apa tempoh yang ditentukan olehnya.

(4) Tiap-tiap orang yang memohon untuk mendapatkan perakuanakreditasi atau pendaftaran di bawah seksyen ini dan tiap-tiaporang yang kepadanya perakuan akreditasi atau pendaftaran diberikansedemikian hendaklah, jika dia pada bila-bila masa dikehendakiberbuat sedemikian oleh Ketua Pengarah, mengemukakan—

(a) bagi penilaian atau pemeriksaan, segala dokumen;

(b) apa-apa maklumat,

yang berhubungan dengan pengendalian yang berkenaan dengannyaperakuan akreditasi atau pendaftaran itu dipohon atau telah diberikan.

(5) Apabila apa-apa dokumen telah dikemukakan bagi penilaianatau pemeriksaan di bawah seksyen ini, hendaklah kena dibayarkepada Ketua Pengarah oleh pemohon atau pemegang perakuanakreditasi atau pendaftaran itu kos penilaian atau pemeriksaanyang semunasabahnya dan apa-apa kos lain yang mungkinsemunasabahnya dilakukan berkaitan dengan penilaian ataupemeriksaan itu.

(6) Ketua Pengarah hendaklah menyimpan suatu daftar yangdalamnya hendaklah direkodkan perincian tiap-tiap perakuanakreditasi atau pendaftaran yang diberikan di bawah seksyen inidan yang hendaklah, pada bila-bila masa yang munasabah, terbukauntuk pemeriksaan oleh orang awam di Jabatan Standard.

Page 20: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Undang-Undang Malaysia AKTA 54920

(7) Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa menggantungatau membatalkan sesuatu perakuan akreditasi atau pendaftaranyang diberikan di bawah seksyen ini jika, pada pendapatnya, mana-mana terma dan syarat yang berhubung kait dengan perakuanakreditasi atau pendaftaran itu telah dimungkiri, tetapi seseorangpemegang perakuan akreditasi atau pendaftaran yang perakuanakreditasinya atau perakuan pendaftarannya telah digantung ataudibatalkan oleh Ketua Pengarah boleh merayu kepada Menteri dankeputusan Menteri adalah muktamad.

Sekatan atas penggunaan perkataan

17. (1) Kecuali dengan persetujuan Menteri, tiada kumpulan orang,diperbadankan atau selainnya, boleh menjalankan fungsi yang baginyaia dibentuk di bawah suatu nama yang mengandungi perkataan“Standard Malaysia” atau apa-apa singkatannya atau apa-apasingkatannya yang mengelirukan atau apa-apa tanda Jabatan Standardatau apa-apa tanda yang menyerupainya.

(2) Jika mana-mana undang-undang bertulis mengadakanperuntukan bagi pendaftaran mana-mana kumpulan orang, pihakberkuasa pendaftaran boleh enggan mendaftarkan jika padapendapatnya penggunaan nama yang dengannya kumpulan orangitu ingin didaftarkan dilarang di bawah subseksyen (1).

(3) Seksyen ini hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, terpakaibagi orang perseorangan yang menjalankan perniagaan di bawahapa-apa nama atau gelaran selain daripada nama dan gelarannyasendiri.

(4) Mana-mana kumpulan orang atau mana-mana orang yangmelakukan apa-apa tindakan berlanggaran dengan seksyen inimelakukan suatu kesalahan melainkan jika dibuktikan bahawatindakan itu tidak dilakukan untuk mendapatkan keuntungan ataudengan niat hendak menipu, dan apabila disabitkan boleh didendatidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Kesalahan pelbagai

18. (1) Mana-mana orang yang—

(a) membuat apa-apa pernyataan atau representasi, sama adasecara bertulis atau selainnya, atau menggunakan apa-apa tanda dengan merujuk kepada apa-apa komoditi, proses,

Page 21: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Standard Malaysia 21

amalan atau perkhidmatan yang memberikan atau mungkinmemberikan tanggapan bahawa seseorang yang tidakdidaftarkan atau diperakui untuk menggunakan sesuatutanda ketepatan dengan merujuk kepada komoditi, proses,amalan atau perkhidmatan itu didaftarkan atau diperakuisedemikian atau selainnya berhak menggunakan sesuatutanda ketepatan;

(b) membuat apa-apa pernyataan atau representasi, sama adasecara bertulis atau selainnya, atau menggunakan apa-apa tanda yang memberikan atau mungkin memberikantanggapan bahawa sesuatu komoditi, proses, amalan atauperkhidmatan mematuhi suatu penentuan standardsedangkan ia tidak mematuhi sedemikian;

(c) setelah didaftarkan atau diperakui untuk menggunakansesuatu tanda ketepatan, menggunakan tanda ketepatanitu selepas pembatalan atau semasa penggantunganperakuan pendaftaran atau akreditasinya atau selain daripadamengikut terma dan syarat perakuan pendaftaran atauakreditasinya itu;

(d) membuat apa-apa pernyataan atau representasi, sama adasecara bertulis atau selainnya, dengan merujuk kepadaapa-apa komoditi, proses, amalan atau perkhidmatan yangmemberikan atau mungkin memberikan tanggapan bahawaseseorang yang tidak diakreditasikan di bawah Akta inidengan merujuk kepada komoditi, proses, amalan atauperkhidmatan itu diakreditasikan sedemikian;

(e) membuat apa-apa pernyataan atau representasi, sama adasecara bertulis atau selainnya, yang memberikan ataumungkin memberikan tanggapan bahawa sesuatu komoditi,proses, amalan atau perkhidmatan mematuhi kehendakakreditasi sedangkan ia tidak mematuhi sedemikian; atau

(f) setelah didaftarkan atau diakreditasikan, menggunakanperakuan pendaftaran atau akreditasi selepaspembatalannya, atau semasa penggantungannya, atau selaindaripada mengikut terma dan syarat perakuan pendaftaranatau akreditasi itu,

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didendatidak melebihi satu ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahanyang berterusan, boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihisatu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan.

Page 22: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Undang-Undang Malaysia AKTA 54922

Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan

19. Jika suatu kesalahan terhadap Akta ini telah dilakukan olehsuatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masakesalahan itu dilakukan ialah seorang pengarah, pengurus, setiausahaatau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadananitu, atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat sedemikian,hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkanjika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpapersetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankansegala usaha wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itusebagaimana yang sepatutnya telah dijalankan olehnyamemandangkan jenis fungsinya atas sifat itu dan memandangkansegala hal keadaan.

Ciri-ciri komoditi, dsb., boleh ditetapkan dengan merujuk kepadapenentuan standard

20. Jika mana-mana undang-undang bertulis memberikan kuasauntuk menetapkan atau menentukan, sama ada melalui perundangansubsidiari atau selainnya, apa-apa ciri bagi apa-apa komoditi, proses,amalan atau perkhidmatan, ciri-ciri itu atau mana-mana daripadanyaboleh ditetapkan atau ditentukan dengan merujuk kepada mana-mana penentuan standard atau bahagiannya.

Sebutan dan bukti penentuan

21. Dalam mana-mana undang-undang bertulis, sesuatu penentuanstandard boleh, tanpa menjejaskan apa-apa cara sebutan yang lain,disebut mengikut tajuk atau nombor yang diberikan kepadanyaoleh Menteri; dan apa-apa sebutan itu hendaklah, melainkan jikakonteksnya menghendaki makna yang lain, disifatkan merujukkepada penentuan standard itu sebagaimana yang berkuat kuasapada masa undang-undang itu dibuat.

BAHAGIAN VI

AM

Peraturan-peraturan

22. (1) Menteri boleh membuat apa-apa peraturan yang suai manfaatatau perlu bagi melaksanakan maksud Akta ini.

Page 23: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Standard Malaysia 23

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri bolehmembuat peraturan-peraturan bagi atau mengenai segala atau mana-mana perkara yang berikut:

(a) menetapkan cara penentuan boleh diisytiharkan sebagaipenentuan standard;

(b) mengawal selia pengisytiharan penentuan standard;

(c) mengadakan peruntukan bagi pindaan atau penarikbalikanmana-mana penentuan standard atau penentuan standardsementara dan mengawal selia tatacara yang berhubungandengannya;

(d) menetapkan cara perakuan akreditasi atau pendaftaranboleh diberikan;

(e) mengawal selia pengeluaran perakuan akreditasi,menetapkan terma dan syarat yang atasnya atau tertaklukkepadanya perakuan akreditasi boleh dikeluarkan, danmengawal selia pembaharuan, penggantungan ataupembatalan perakuan akreditasi dan tatacara bagi merayuterhadap penggantungan atau pembatalan itu;

(f) mengawal selia pengeluaran perakuan pendaftaran,menetapkan terma dan syarat yang atasnya atau tertaklukkepadanya perakuan pendaftaran boleh dikeluarkan, danmengawal selia pembaharuan, penggantungan ataupembatalan perakuan pendaftaran, dan tatacara bagi merayuterhadap penggantungan atau pembatalan itu;

(g) menetapkan kaedah untuk membuktikan adanya atau tidakadanya terma dan syarat bagi mana-mana perakuanakreditasi atau pendaftaran yang diberikan di bawah Aktaini;

(h) menetapkan borang bagi maksud Akta ini;

(i) menetapkan perkara yang berkenaan dengannya fi kenadibayar di bawah Akta ini atau di bawah peraturan-peraturan, amaun fi, dan orang yang bertanggunganmembayarnya;

(j) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti pada mesyuaratMajlis.

Page 24: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Undang-Undang Malaysia AKTA 54924

BAHAGIAN VII

PEMANSUHAN DAN PERUNTUKAN PERALIHAN

Pemansuhan dan kecualian

23. (1) Akta Institut Standard dan Penyelidikan PerindustrianMalaysia (Perbadanan) 1975 [Akta 157] dimansuhkan.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), segala perundangan subsidiariyang dibuat di bawah atau mengikut Akta yang dimansuhkanhendaklah, setakat yang ia selaras dengan Akta ini, terus berkuatkuasa sehingga diubahsuaikan, dibatalkan atau digantikan olehAkta ini.

Penerusan prosiding jenayah dan sivil

24. (1) Pemansuhan di bawah seksyen 23 atau apa-apa yangterkandung dalam Akta ini tidak boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk dihukum atau didakwa kerana kesalahan yangdilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan itu sebelum mulaberkuat kuasanya Akta ini atau menjejaskan apa-apa prosidingyang telah dibawa sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini berkenaandengan kesalahan itu.

(2) Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kuasatindakan yang belum selesai atau yang sedia ada sebelum sahajatarikh peletakhakan oleh atau terhadap Institut atau mana-manaorang yang bertindak bagi pihaknya boleh diteruskan atau dimulakanoleh atau terhadap syarikat pengganti seolah-olah prosiding itutelah dimulakan oleh atau terhadap Institut atau orang itu jika Aktaini tidak diluluskan:

Dengan syarat bahawa jika prosiding itu berhubungan denganperkara yang berkaitan dengan apa-apa perjanjian akreditasi, prosidingitu hendaklah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan.

(3) Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untukmerayu yang dipohon pada atau selepas tarikh peletakhakanterhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh itu dalam

Page 25: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Standard Malaysia 25

apa-apa prosiding undang-undang yang dalamnya Institut menjadisatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap syarikat pengganti:

Dengan syarat bahawa jika rayuan itu berhubungan dengan perkarayang berkaitan dengan apa-apa perjanjian akreditasi, rayuan ituhendaklah dibawa oleh atau terhadap Kerajaan.

Kecualian bagi penentuan, tanda dan lesen

25. (1) Semua penentuan yang diisytiharkan sebagai penentuanstandard di bawah seksyen 28 Akta Institut Standard dan PenyelidikanPerindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975 atau yang menurut kuasaseksyen 49 Akta tersebut terus wujud sebagai penentuan standardyang diisytiharkan di bawah seksyen 28 dan yang wujud sebagaipenentuan standard sebelum sahaja mula berkuat kuasanya Aktaini hendaklah terus wujud sebagai penentuan standard yangdiisytiharkan di bawah seksyen 15 Akta ini sehingga ditarik balikdi bawah seksyen itu.

(2) Semua tanda yang didaftarkan sebagai cap dagangan perakuanmenurut kuasa seksyen 29 Akta tersebut atau yang disifatkan telahdidaftarkan di bawah seksyen 49 Akta tersebut dan tetap terdaftarsedemikian sebelum sahaja mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklahterus tetap terdaftar.

(3) Semua lesen untuk menggunakan tanda standard yang diberikandi bawah seksyen 30 Akta tersebut atau yang wujud menurut kuasasubseksyen 49(3) Akta tersebut dan yang wujud sebelum sahajamula berkuat kuasanya Akta ini tetap sah sehingga lesen itu habistempoh atau dibatalkan di bawah Akta ini.

Pencegahan anomali

26. (1) Jika timbul apa-apa kesulitan berkaitan dengan peruntukanperalihan yang terkandung dalam Bahagian ini, Menteri boleh,tertakluk kepada subseksyen (2), dengan perintah membuat apa-apa ubah suaian dalamnya sebagaimana yang didapatinya perlubagi mencegah anomali.

(2) Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan olehsubseksyen (1) selepas habis tempoh dua tahun dari mula berkuatkuasanya Akta ini.

Page 26: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Undang-Undang Malaysia AKTA 54926

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 549

AKTA STANDARD MALAYSIA 1996

SENARAI PINDAAN

Undang-Undang Tajuk ringkas Berkuat kuasayang meminda dari

– TIADA –

Page 27: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - Attorney … yang diiktiraf, yang mengadakan peruntukan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri-ciri bagi keluaran atau proses

Standard Malaysia 27

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 549

AKTA STANDARD MALAYSIA 1996

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasadari

– TIADA –