4
ISU 2 : KES PENCULIKAN KANAK-KANAK Masalah kanak-kanak yang hilang bukanlah sesuatu perkara yang baru. Kes kanak-kanak hilang sesungguhnya sering "meniti dari bibir ke bibir" kebanyakkan anggota masyarakat di negara kita. Hal ini membuktikan bahawa nilai murni dan akhlak dalam diri manusia yang terlibat dalam penculikkan kanak-kanak semakin terhakis. Oleh itu, perhatian yang serius harus diambil dan langkah penyelesaian perlu dicari sehingga ke "akar umbi" agar wujud kesedaran masyarakat untuk membasmi gejala ini. Persoalan yang sering timbul apabila terdapat kes kanak-kanak hilang adalah kenapakah masalah ini masih lagi timbul pada alaf ini? Sebenarnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kes kanak-kanak hilang ini berlaku. 1) Penculik menculik untuk memuaskan nafsu Realitinya, memang tidak dinafikan bahawa kehilangan kanak-kanak ini adalah disebabkan oleh sifat manusia yang kejam dan "tidak berhati perut". Orang yang melakukan penculikan kebanyakkannya bertujuan semata- mata untuk memuaskan nafsunya. Terdapat berita kehilangan kanak-kanak diculik dan dirogol oleh manusia yang bertopengkan syaitan. Apakah dosa kanak-kanak ini sehingga ada orang yang sanggup melakukan perkara yang keji ini. 2) Kelalaian ibu bapa Faktor lain yang menyebabkan kehilangan kanak-kanak ini berlaku disebabkan oleh kelalaian ibu bapanya sendiri. Sikap ibu bapa yang tidakmengambil berat tentang keselamatan anak-anak mereka amat menyedihkan kita. Hal ini demikian kerana, ibu bapa yang asyik sibuk

Isu 2penculikanknk2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Isu 2penculikanknk2

ISU 2 : KES PENCULIKAN KANAK-KANAK

Masalah kanak-kanak yang hilang bukanlah sesuatu perkara yang baru. Kes kanak-kanak

hilang sesungguhnya sering "meniti dari bibir ke bibir" kebanyakkan anggota masyarakat di

negara kita. Hal ini membuktikan bahawa nilai murni dan akhlak dalam diri manusia yang

terlibat dalam penculikkan kanak-kanak semakin terhakis. Oleh itu, perhatian yang serius harus

diambil dan langkah penyelesaian perlu dicari sehingga ke "akar umbi" agar wujud kesedaran

masyarakat untuk membasmi gejala ini. Persoalan yang sering timbul apabila terdapat kes kanak-

kanak hilang adalah kenapakah masalah ini masih lagi timbul pada alaf ini? Sebenarnya, terdapat

beberapa faktor yang menyebabkan kes kanak-kanak hilang ini berlaku.

1) Penculik menculik untuk memuaskan nafsu

Realitinya, memang tidak dinafikan bahawa kehilangan kanak-kanak ini adalah disebabkan oleh

sifat manusia yang kejam dan "tidak berhati perut". Orang yang melakukan penculikan

kebanyakkannya bertujuan semata-mata untuk memuaskan nafsunya. Terdapat berita kehilangan

kanak-kanak diculik dan dirogol oleh manusia yang bertopengkan syaitan. Apakah dosa kanak-

kanak ini sehingga ada orang yang sanggup melakukan perkara yang keji ini.

2) Kelalaian ibu bapa

Faktor lain yang menyebabkan kehilangan kanak-kanak ini berlaku disebabkan oleh kelalaian

ibu bapanya sendiri. Sikap ibu bapa yang tidakmengambil berat tentang keselamatan anak-anak

mereka amat menyedihkan kita. Hal ini demikian kerana, ibu bapa yang asyik sibuk dengan

kerjaya, sanggup membiarkan anak-anak mereka pergi dan pulang ke rumah seorang diri dari

sekolah. Selain itu, sikap ibu bapa yang leka dengan membiarkan anak-anak menunggu lama di

hadapan sekolah seorang diri mendedahkan mereka kepada bahaya. Perkara sebegitu boleh

mengundang kepada berlakunya penculikan ini.

3) Sikap kanak-kanak tidak dilatih untuk meminta kebenaran bila keluar

Faktor  lain yang menyebabkan berlakunya kes kehilangan kanak-kanak, iaitu sikap kanak-

kanak itu sendiri yang suka keluar seorang diri tanpa memberitahu ibu bapa mereka terlebih

dahulu. Mereka menganggap bahawa mereka boleh menjaga diri apabila berada di luar dan

berani berhadapan dengan sesiapa sahaja. Kanak-kanak ini hanya tahu keseronokan di luar

tanpa mengetahui risikonya. Selain itu, kanak- kanak ini terlalu mudah dan cepat mempercayai

Page 2: Isu 2penculikanknk2

orang yang baru dikenali oleh mereka. Mereka juga berani mengikut orang yang tidak dikenali

kerana disogokkan dengan ais krim dan gula-gula. Perkara sebegini memudahkan kanak-kanak

itu diculik.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah kanak-kanak hilang ini?

Antara langkah yang perlu diambil adalah dengan:

1) Penguatkuasaan undang-undang.

Pihak kerajaan perlulah mengambil inisiatif dengan mengenakan hukuman yang berat

dan denda yang tinggi terhadap pesalah. Sebagai contohnya, hukuman gantung sampai

mati perlu dikenakan kepada pesalah itu. Perkara ini akan menakutkan pesalah dan

sedikit sebanyak dapat menginsafkan orang yang hendak melakukan penculikan.

Dengan cara itu, masalah ini dapat dikurangkan dan rakyat Malaysia dapat

hidup dengan aman tanpa rasa takut untuk memberikan kebenaran kepada anak mereka

untuk bermain di luar rumah.

2) Peranan ibu bapa

Ia adalah amat penting untuk mengurangkankes ini. Ibu bapa haruslah sentiasa

menasihati dan mengajar anak-anaksupaya tidak mengikut orang yang tidak dikenali

walaupun diberikan gulagula atau sebarang pemberian. Ibu bapa perlu mengajar anak-

anak supaya menjerit dan menangis dengan sekuat hati apabila dipaksa mengikut

arahan orang yang tidak dikenali. Selain itu, ibu bapa harus menasihati anak-anak mereka

supaya tidak keluar rumah seorang diri. Dengan perkataan lain, ibu bapa harus

memainkan peranan dengan menemani anak-anak ke mana-mana sahaja mereka pergi

untuk memastikan keselamatan mereka terjamin.

3) Peranan media massa

Dalam konteks ini, peranan media massa juga penting untuk menangani masalah ini.

Media massa harus memaparkan iklan-iklan tentang kanak-kanak ini untuk dijadikan

pedoman oleh ibu bapa supaya mengawasi anakanak mereka. Media massa perlu

memaparkan hukuman yang akan dijalani oleh pesalah yang melakukan penculikan

kanak-kanak ini supaya merekatakut dan kembali ke pangkal jalan. Hal ini demikian

kerana, penculik iniakan sentiasa menonton televisyen untuk mendapatkan

perkembangan dan berita tentang penculikan ini tersebar supaya mereka dapat

Page 3: Isu 2penculikanknk2

menyembunyikan diri di tempat yang tidak diketahui oleh orang. Jadi, mahu tidak

mahu, mereka akan menonton iklan tentang usaha untuk membenteras

kegiatan penculikan kanak-kanak yang sedikit sebanyak dapat menakutkan mereka.

4) Penerapan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat

Masalah  jenayah ini mencerminkan kerapuhan pegangan nilai-nilai murni dan etika

masyarakat kita. Oleh itu, iltizam. yang tinggi amat diperlukan oleh anggota masyarakat

bagi menjayakan usaha-usaha kerajaan untuk memerangi dan menghapuskan masalah

penculikan kanak-kanak yang berlaku di negara kita agar perkara ini tidak menjejaskan

imej masyarakat Malaysia. Sekiranya langkah ini tidak dititikberatkan sudah tentu

masalah penculikan kanak-kanak ini sukar untuk dibanteras. Oleh itu, semua pihak

perlu "berganding bahu" untuk memastikan keselamatan kanak-kanak sentiasa terjamin.