ISL 1 (stesen)

Embed Size (px)

Citation preview

Model Pengurusan Kelas Pemulihan Khas:

Stesen

Menurut Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), Stesen Pembelajaran ialah bilik atau sudut di mana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dengan sokongan bahan bantu mengajar yang efektif. Murid-murid diberi peluang belajar melalui kaedah hands on experience dan belajar sambil bermain.

Pendekatan pembelajaran memberi penekanan kepada pembelajaran mengikut tahap keupayaan, kecerdasan, kemahiran, kebolehan, minat dan pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid.

14 buah stesen kemahiran P&P disediakan berasaskan 4 bidang dalam Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, iaitu: 1. 2. 3. 4. Bidang Pengurusan Hidup Bidang Akademik Berfungsi Bidang Kerohanian dan Nilai Murni Bidang Sosial, Riadah dan Kerohanian

Bagi memastikan keberkesanan kaedah stesen pembelajaran, kerjasama dari Guru Besar sekolah, Penyelaras program, guru pendidikan khas dan ibu bapa diperlukan. Dalam konteks ini, guru besar merupakan orang yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan suatu suasana kerja yang kondusif.

Guru pemulihan dipertanggungjawabkan menguruskan dan menceriakan stesen dengan menyediakan bahan sokongan yang sesuai untuk memastikan proses P&P dilaksanakan dengan berkesan.

Kajian oleh Rounds et al (1985) mendapati bahawa ramai murid mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai aktiviti dalam stesen pembelajaran.

Kajian yang dilaksanakan oleh Berliner (1983) di beberapa buah sekolah rendah telah mengenal pasti antara 11 dan 53 jenis aktiviti yang berlainan dijalankan dalam stesen-stesen pembelajaran seperti pengajaran guru, bacaan, kerja kumpulan, pembelajaran koperatif, membuat lembaran kerja, menonton video, permainan, pertandingan, projek seni dan sains.

Kebaikan Kaedah Stesen Reith dan Evertson (1988) berpendapat penyusunan stesen pembelajaran boleh membantu dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan mempromosikan mobiliti murid secara teratur. Ia boleh mengurangkan gangguan dan bising, memperbaiki kualiti interaksi sosial murid dan menambah peratusan masa murid menumpukan perhatian terhadap tugasan akademik.

Kebaikan Kaedah Stesen Penyusunan bilik secara stesen boleh juga mempengaruhi keupayaan guru memerhati tingkah laku murid semasa mereka menjalankan tugas.

Contoh: Contoh:

Dalam stesen ini, disediakan pelbagai bahan bacaan seperti: 1. Kad Suku Kata 2. Kad Perkataan 3. Kad Ayat 4. Carta Cerita Pendek (Big Book)

Stesen ini bertujuan memberi ruang kepada muridmurid untuk mengisi masa terluang selepas selesai sesuatu aktiviti. Mereka akan membaca di stesen ini setelah guru mengesahkan yang mereka berjaya melaksanakan aktiviti yang diberi. Aktiviti ini mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Murid berlumba-lumba menyelesaikan aktiviti dengan jayanya untuk melayakkan mereka pergi ke stesen bacaan. Murid yang telah berjaya membaca bahan yang disediakan dengan lancar akan diberi hadiah.

Stesen ini menggunakan Kaedah Pembelajaran Masteri (pembelajaran mengikut kebolehan). Kaedah ini lebih kepada konsep pembelajaran kendiri iaitu guru hanya bertindak sebagai pembimbing. murid dapat beralih ke tahap yang lebih tinggi selepas berjaya pada tahap sebelumnya.

Stesen 1: Kad Suku Kata Murid-murid dikehendaki mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan warna-warna tulisan pada kad tersebut.ba ja se la + + + + ko wa kul lan + + = = lah tan = = bakul jalan sekolah lawatan

Penggunaan tulisan berwarna pada setiap perkataan adalah bertujuan untuk memudahkan kumpulan sasaran mengenal pasti dan membezakan antara suku kata KV dan KVK. Malahan penggunaan warna pada suku kata juga dapat memudahkan murid untuk mengeja ataupun membaca sesuatu perkataan yang diberi. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat membantu murid membaca cepat .

Stesen 2: Kad Perkataan Di dalam stesen ini, guru pemulihan menyediakan kad perkataan yang mengandungi gabungan suku kata KV dan KVK seperti:memasak tembikai permata membaca

Kad ini masih lagi menggunakan tulisan berwarna supaya murid dapat menyebut suku kata berdasarkan warna tertentu pada perkataan tersebut. Guru pemulihan dapat melihat peningkatan murid yang tidak perlu mengeja apabila diberi kad-kad perkataan ini.

Stesen 3: Kad Ayat Di sini, guru pemulihan menyediakan kad yang mengandungi ayat tunggal yang mudah seperti:

Dalam melaksanakan aktiviti ini, guru menggunakan dua langkah :a) Pengukuhan Guru meminta murid mengeja dan membatangkan suku kata. Kemudian murid dikehendaki menyebut suku kata berwarna dan membatangkan perkataan. Ini adalah sebagai pengukuhan aktiviti di stesen-stesen sebelumnya. b) Pengayaan Guru meminta murid-murid membaca terus ayat tunggal yang diberi. Kemudian guru bersoal-jawab untuk mengetahui tahap kefahaman murid terhadap ayat. Dengan demikian, murid dapat menguasai dua kemahiran serentak, iaitu membaca dan memahami teks bacaannya.

Stesen 4: Big Book Big Book adalah sebuah buku yang dibesarkan (enlarged) mengandungi gambargambar berwarna dan menarik. Ayatnya adalah pendek supaya murid lebih berfokus kepada latar belakang.

Aktiviti yang dijalankan adalah seperti:a) Menjana idea - murid bercerita berdasarkan gambar untuk mencungkil pengetahuan am dan sedia ada. b) Bacaan terus - murid membaca tanpa perlu mengeja. c) Membandingkan persepsi murid dengan cerita sebenar pada gambar sebagai pengukuhan. d) Penilaian

Selepas murid menjalani aktiviti-aktiviti di keempat-empat stesen, guru boleh memberi ujian kepada murid. Ia bertujuan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan teknik yang dilaksanakan.