Upload
nurul-athirah
View
138
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
stesen minyak
Citation preview
GARISPANDUAN PROSES DALAM MELULUSKAN PERLETAKAN STESEN MINYAK
KAJIAN KES : BANGSAR
oleh
AHMAD JOHARI HJ. ZAKRY
Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Kajian Senibina Perancangan dan Ukur
Institut Teknologi Mara Shah Alam
Oktober 1993
Penghargaan i Abstrak iii Senarai Jadual iv Senarai Rajah v Senarai Pelan vi Senarai Lampiran vii
KANDUNGAN M.S
BAB 1 PENDAHULUAN
1-1 Pengenalan 1
1.2 Isu dan Masalah 3
1.3 Tujuan dan Objektif 4
1.3.1 Tujuan 4
1.3.2 Objektif 4
1.4 Skop Kajian 6
1.5 Kawasan Kajian 7
1.6 Metodologi 8
1.6.1 Pembentukan Matlamat dan 8 Objektif
1.6.2 Kajian Awalan 8
1-6.3. Pengumpulan Maklumat 9
1.6.4 Analisis 10
1.6.5 Penemuan 10
1.6.6 Cadangan 10
1.7 Rumusan 11
COPYRIGHT © UiTM
BAB 2 KAJIAN TEORITIKAL
2.1 Pengenalan 14
2.2 Definisi Stesen Minyak 15
2.3 Sejarah Perkembangan. Perniagaan 16 Stesen Minyak
2.3.1 Jumlah Stesen minyak- 17
2.4 Peranan Perniagaan Stesen Minyak 17
2.4.1 Jenis-Jenis Perkhidmatan Yang 18 Terdapat Di Stesen Minyak
2.4.2 Kemudahan-Kemudahan Yang 19 Terdapat Di Stesen Minyak
2.5 Jenis-Jenis Stesen Minyak 19
2.5.1 Stesen Minyak Rawatan 19 (Service Station)
2.5.2 Stesen Isian (Filling Station) 20
2.5.3 Stesen Pam Mini (Mini Station) 20
2.6 Proses Perancangan Perlaksanaan Projek 2 0 Stesen .Minyak
2.6.1 Tanah 21
2.6.2 Syarikat Pembekal Minyak 21
2.6.3 Pengusaha 21
2.6.4 Penguasa Tempatan 22
2.7 Konsep Pemilikan Perniagaan 22 Stesen Minyak
2.7.1 Stesen Minyak Milik Syarikat 22
2.7.2 Stesen Minyak Milik Pengusaha 23
2.8 Lesen-Lesen Yang Diperlukan Untuk 23 Perniagaan Stesen Minyak
COPYRIGHT © UiTM
2.9 Beberapa Kriteria Dalam Perletakan 24 Stesen Minyak Di Kawasan Perumahan
2.10 Konsep Rekabentuk dan Tatatur Dalaman 26 Stesen Minyak
2.11 Polisi dan Sistem Perundangan Stesen 29 Minyak Di Malaysia :
2.12 Sistem Perundangan dan Proses Dalam 31 Meluluskan Perniagaan Perkhidmatan Stesen Minyak Oleh Kementerian Perdagangan DalaTi Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
2.13 Garispanduan dan Piawaian Perletakan 32 Stesen Minyak Yang Telah Ditetapkan Oleh Jab. Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
2.13.1 Perletakan Stesen Minyak 32
2.13.2 Tataletak Dalaman Stesen 39 Minyak
2-13.3 Lain-Lain Pertimbangan 41
2.14 Garispanduan dan Piawaian Perletakan 42 Stesen Minyak Yang Telah Ditetapkan Oleh DBKL
2.15 Garispanduan dan Piawaian Perletakan 45 Stesen Minyak Yang Telah Ditetapkan Oleh Majlis Perbandaran Majlis Perbandaran Shah Alam
2.16 Sistem Perletakan Stesen Minyak Di 47 Negara Barat
2.17 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam 53 Sekitar Untuk Perancangan Stesen Minyak Oleh Jabatan Alam Sekitar
2.18 Rumusan 54
COPYRIGHT © UiTM
BAB 3 KAJIAN KES
3.1 Pengenalan 55
3.1.1 Lokasi Kawasan Bangsar 56
3.2 Latar Belakang Kawasan Bangsar 58
3.2.1 Aspek Fizikal dan Gunatanah 58
3.2.2 Aspek Ekonomi 62
3.2.3 Aspek Sosio-Budaya 63
3.3 Perniagaan Perkhidmatan Stesen 65 Minyak Di Kawasan Kajian
3.3.1 Bilangan dan Jenis/Jenama 67 Perniagaan Stesen Minyak
3.3.2 Lokasi Stesen Minyak 68
3.4 Rurausan 71
BAB 4 ANALISA DAN PENEMUAN MASALAH
4.1 Pengenalan 72
4.2 Laporan Kajiselidek Data Primer 72 Stesen Minyak Di Kawasan Kaj ian
4.3 Pengusaha Stesen Minyak 74
4.3-1 Jumlah dan Bangsa Responden 74
4.3.2 Jumlah Kenderaan Sehari dan 76 Waktu Sibuk
4.3.3 Hari Paling Banyak Kenderaan 78 Dalam Seminggu
4.3.4 Masalah Yang Dihadapi 78 Pengusaha Stesen Minyak
4.4 Pelanggan Stesen Minyak 78
4.4.1 Jumlah Responden 79
4.4.2 Tempat Tinggal dan Tempat 79 Tuju Responden
COPYRIGHT © UiTM
4.4.3 Kekerapan dan Tujuan 81 Kunjungan
4.4.4 Pandangan Responden Pelanggan 82 Mengenai Perletakan Stesen
Minyak
Penduduk Sekitar - 83
4.5.1 Jumlah Responden 83
4.5.2 Kekerapan dan Tujuan Kunjungan 84 4-5.3. Pencemaran Yang Di Alami 85
Responden
4.5.4 Masalah Lalulintas Yang di 88 Alami
Aspek Fizikal Stesen Minyak 90
4.6.1 Jarak Di Antara Stesen Minyak 90
4.6.2 Keluasan Tapak 91
4.6.3 Struktur dan Rekabentuk 91 Bangunan
4.6.4 Tembok/Dinding Pelindung 92 Di Sempadan Lot
4.6.5 Zon Pemisah (Buffer) 92
4.6.6 Jalan Susur 93
4.6.7 Mesin Pam dan Tempat Letak 94 Kereta
4.6.8• Sistem Lalulintas-Keluar/Masuk 95
Aspek Sosiai Stesen Minyak 96
4.7.1 Kemudahan Perkhidmatan Yang 96 Disediakan
4.7.2 Aspek Keselamatan 97
4.7.3 Tenaga Pekerja 97
4.7.4 Pencemaran Alam Sekitar 98
COPYRIGHT © UiTM
4.8 Aspek Ekonomi Stesen Minyak
4.8.1 Pendapatan
4.8.2 Persaingan
4.8.3 'Visibiliti' Lokasi
4.9 Lalulintas Di Kawasan Kajian
4.9.1 Jalan Maarof
4.9.2 Jalan Ara
4.9.3 Jalan-Jalan Tempatan
4.10 Analisa Perbandingan Garispanduan dan Piawaian Yang Ditetapkan oleh DBKL Dengan Yang Lain.
4.10.1
4.10.2
4.10.3
4.10.4
4.10.5
4.10.6
4.11 Rumusan
Perletakan Stesen Minyak Di Kawasan Perumahan dan Perdagangan
Kepelbagaian Aktiviti Di Stesen Minyak
Jalan Susur
Zon Pemisah
Perlanskapan
Aspek Perletakan, Anjakan dan Rekabentuk
98
98
99
99
100
100
102
102
102
103
103
104
104
104
104
105
BAB 5 CADANGAN
5 . 1 Pengenalan
5.2 Piawaian Jumlah Bil. Perletakan Stesen Minyak Bagi Sektor Perumahan
106
107
5.3. Perletakan Stesen Minyak Di Kawasan Perumahan
108
COPYRIGHT © UiTM
5.4 Pembaikan Jalan Susur dan Ruang 109 Keluar/Masuk
5.5 Kawalan Pencemaran Di Stesen 110 Minyak
5.6 Tempat Letak Kereta Awam m
5-7 Lanskap dan Zon Pemisah 112
5.8 Perkhidmatan dan Kemudahan 113
5.9 Mengekalkan Lain-lain Aspek 114 Garispanduan dan Piawaian Sedia ada
5.10 Rumusan 115
BAB 6 KESIMPULAN 116
Bibliografi 131
Lampiran 133
COPYRIGHT © UiTM
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, saya mengucapkan setinggi syukur kehadrat Allah
s.w.t- kerana dengan limpah kurniaNya, dapat saya menjalankan dan
menyiapkan kajian akhir ini dengan jayanya.
Diatas kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih yang
tidak terhingga kepada isteri yang dikasihi, Hamidah Hj . Ahmad
serta anak-anak saya yang sentiasa memberi dorongan dan bantuan
bagi menyelesaikan kajian akhir ini. Begitu juga terhadap ibu dan
bapa saya yang kerap memberi sokongan dan nasihat yang diperlukan.
Tidak lupa j uga setinggi terima kasih kepada pensyarah selaku
penyelia dalam kajian akhir ini, Puan Dasimah Hj.Omar yang telah
memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam penyediaan kajian akhir ini.
Perlu dimaklumkan bahawa kajian akhir ini tidak mungkin dapat
disempurnakan tanpa kerjasama berbagai pihak yang terlibat. Ribuan
terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada :-
Pensyarah-pensyarah Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Institut Teknologi Mara, Shah Alam.
Kakitangan Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Institut Teknologi Mara, Shah Alam.
Pelajar-pelajar Seperjuangan Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Institut Teknologi Mara, Shah Alam.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, khasnya En. Zawawi.
i
COPYRIGHT © UiTM
Majlis Perbandaran Petaling Jaya.
Majlis Perbandaran Shah Alam.
Jabatan Perancang Bandar & Desa, Semenanjung Malaysia.
Jabatan Alam Sekitar.
Petrolium Nasional Bhd.
Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd.
Esso Malaysia Bhd.
BP Malaysia Sdn. Bhd.
Mobil Oil Malaysia Sdn. Bhd.
ii
COPYRIGHT © UiTM
ABSTRAK
Kaj ian ini yang bertajuk 'Garispanduan Proses Dalam Meluluskan
Perletakan Stesen Minyak' , dijalankan berdasarkan isu dan masalah
yang pernah timbul di kawasan kajian.
Kawasan kajian merupakan sebahagian daripada bandar Bangsar yang
masyhur. la adalah suatu kawasan perumahan yang telah lama wujud
dan dilengkapi dengan berbagai afctiviti seperti perdagangan dan
perindustrian.
Aktiviti perniagaan yang semakin membangun di Bangsar merupakan
suatu faktor penarik bagi ahli-ahli perniagaan dan pihak pemaju
termasuk masyarakat awam setempat dan luar.
Perniagaan perkhidmatan stesen minyak merupakan di antara elemen
perniagaan yang pesat membangun sehinggalah kepada peringkat sukar
untuk dikawal serakannya- Para penduduk sedar mengenai unsur
negatif ini dan telah berjaya dalam usaha membendung perkembangan
terus perniagaan jenis ini.
Pengkaji telah mengambil kesempatan mengenai isu ini dan cuba
mengkaji melalui beberapa peringkat, kaj isel idik seperti kajian isu
dan masalah, kajian ilmiah, penganalisaan, sehingga keperingkat
penyelesaian masalah menerusi beberapa cadangan yang dikemukakan.
Semuga penyelesaian dan cadangan yang dibuat akan diambil kira oleh
seluruh masyarakat khususnya pihak yang bertanggongjawab dalam
proses meluluskan stesen minyak berkenaan.
iii
COPYRIGHT © UiTM
SENARAI JADUAL M.S
Jadual 1.1
Jadual 2.1
Jadual 3 . 1
Jadual 3.2
Jadual 4.1
Jadual 4.2
Jadual 4.3
Jadual 4.4
Jadual 4.5
Jadual 4.6
Jadual 4.7
Jadual Kerja
Carta Aliran Prosedur -Meluluskan Pelan-Pelan Tatatur dan Memajukan Tanah (MPSA)
Bil. Penduduk Kawasan Bangsar, K.L.
Bil. Penduduk Mengikut Bangsa
Jumlah dan Bangsa Responden
Jumlah Kenderaan Sehari
Tempat Tinggal Responden
Kekerapan Kunjungan Responden
Tujuan Kunjungan
Jenis Pencemaran Yang Di Alami
Masalah Laiulintas^Akibat Perletakan Stesen Minyak
13
46
65
65
75
77
80
81
85
87
89
iv
COPYRIGHT © UiTM
SENARAI RAJAH M.S
Rajah 1.1 : Carta Alir Kerja 13
Rajah 2.1 : Penyediaan Lot Stesen Minyak 27 Pada Tatatur Perumahan -
Rajah 2.2 : Empat Pusat Kejiranan Yang Berlainan 28 Rekabentuk
Rajah 2.3 : Garispanduan dan Piawaian Perletakan 34 Stesen Minyak
Rajah 2.4 : - sda - 34
Rajah 2.5 : - sda - 34
Rajah 2.6 : - sda - 37
Rajah 2.7 : - sda - 37
Rajah 2.8 : - sda - 37
Rajah 2.9 : - sda - ' 3 7
Rajah 2.10: - sda - 40
Rajah 2.11: - sda - 40
Rajah 2.12: - sda - 40
Rajah 2.13: Sudut Masuk Stesen Minyak 48
Rajah 2.14: , - sda - 49
Rajah 2.15: Contoh Pelan Stesen Minyak 52
Rajah 3.1: Peratusan Bil. Penduduk Mengikut 66 Bangsa
v
COPYRIGHT © UiTM
SENARAI PELAN M-S
Pelan 3.1 : Pelan Lokasi Kawasan Kajian 57
Pelan 3.2 : Pelan Gunatanah Kawasan Kajian 59
Pelan 3.3 : Pelan Perletakan Stesen Minyak 69 Di Kawasan Kajian/
VI
COPYRIGHT © UiTM
SENARAI LAMPIRAN M.S
Lampiran 1 : Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat 133
Lampiran 2 : Syarat Kelulusan Pam Minyak - DBKL 134
Lampiran 3 : Surat Kelulusan •( Syarat dan Peraturan) 140 - Jabatan Alam Sekitar
Lampiran 4 : Borang Kajiseiidek Pengusaha Stesen Minyak 143
Lampiran 5 : Borang Kajiseiidek Pengguna Stesen Minyak 148
Lampiran 6 : Borang Kajiseiidek Penduduk Sekitar 149
vii
COPYRIGHT © UiTM
BAB 1
PENDAHULUAN
1-1 Pengenalan
Perancangan perletakan stesen minyak merupakan suatu keperluan
dalam aspek pembangunan. la suatu -elemen yang tidak kurang
pentingnya bukan hanya di sektor perdagangan, malah kini wujud
didalam pelbagai sektor seperti industri dan perumahan.
Kewujudannya tidak dapat dinafikan sama sekali kerana mempunyai
hubungkait yang rapat dengan para pengguna jalanraya yang
berkenderaan bermotor dimana bahan minyak petrol digunakan untuk
bergerak.
Jumlah bilangan kenderaan berdaftar telah meningkat dengan
pesatnya iaitu melebihi 700,000 kenderaan (Jabatan Kerja Awam dan
Lalulintas, DBKL) disetiap sektor pembangunan di Kuala Lumpur.
Peluang dan kesempatan yang baik dari suasana ini, dilihat dari
sudut ekonomi, sebagai suatu pelaburan yang menguntungkan dalam
jangka masa panjang oleh syarikat pengeluar minyak.
Kini pertumbuhan perniagaan perkhidmatan stesen minyak yang agak
pesat telah member! kesah kepada perkembangan fizikal bandar dan
ini menandakan suatu kemajuan ekonomi bagi sesebuah daerah atau
negeri. Perniagaan stesen minyak juga memberi kesan secara
langsung atau tidak dalam peningkatan taraf ekonomi diperingkat
negara, tambahan lagi tertubuhnya syarikat pengeluar minyak
nasional yang pertama iaitu Petronas. Disamping itu syarikat
1 COPYRIGHT © UiTM
berhampiran seperti terjadinya kesesakan lalulintas, kebisingan,
pencemaran alam sekitar dan sebagainya. Ini mungkin berlaku
akibat dari tiada perancangan dan kawalan yang ketat dalam
perletakan atau pemilihan kawasan yang sesuai dan juga tiada
penentuan had jumlah bilangan yang dibenarkan disesuatu tempat.
Kajian ini dijalankan bagi tujuan mengenalpasti segala bentuk
polisi, garispanduan dan piawaian serta punca isu dan masalah
yang wujud terhadap perancangan stesen minyak sedia ada. Beberapa
bentuk kajian akan dijalankan dan hasilnya akan dianalisakan dan
dinilai. Segala yang diperolehi akan mendorong kepada pembentukan
cadangan yang difikirkan baik dan perlu bagi memastikan
perancangan perletakan stesen minyak akan datang dimajukan dengan
jayanya dari setiap aspek pembangunan.
1.2 Isu dan Masalah
Kesesuaian perletakan stesen minyak khususnya di sektor perumahan
boleh memberi kesan terhadap aspek fizikal, sosial dan ekonomi.
Ketidaktelitian dalam perancangannya akan mewujudkan beberapa
gejala yang tidak diihgini seperti kesesakan lalu lintas,
pencemaran udara dan pemandangan, kebisingan dan sebagainya. Dari
aspek sosial, ini boleh mendatangkan kacauganggu keatas keten-
teraman dan kesihatan bagi penduduk sekitar kawasan.
Kajian juga dijalankan bagi mengetahui sejauh mana kewujudan
perniagaan stesen minyak memberi perkhidmatan dan kemudahan
disamping menitikberatkan keselesaan, keharmonian dan keselamatan
penduduk di persekitaran. Segala bentuk undang-undang perancangan
3 COPYRIGHT © UiTM
berkaitan stesen minyak diperingkat luar dan dalam negara akan
dibuat perbandingan dan sejauh mana ia dipraktikkan pada konteks
negara Malaysia.
Diantara lain ialah mengenalpasti segaia masalah yang wujud yang
mana telah dijadikan isu yang terbuka oleh penduduk setempat
seperti mana diterbitkan di akhbar baru-baru ini (lihat salinan
keratan akhbar di m.s. 5). Kenyataan isu dan masalah ini amat
penting bagi menyempurnakan lagi kajian perletakan stesen minyak
yang mempunyai hubungkait dengan perancangan sistem pengangkutan
dan lalulintas.
1.3 Tuduan dan Objektif
1.3.1 Tu j uan
Mengenalpasti garispanduan proses meluluskan perletakan
stesen minyak khusur.nya dikawasan perumahan supaya dapat
mewujudkan perancangan perniagaan stesen minyak yang lebih
baik dan optima dari setiap aspek pembangunan.
1.3.2 Objektif
Kajian ini merupakan suatu percubaan secara intensif bagi
mencapai tujuan tersebut. Diantara beberapa objektif khusus
didalam kajian ini adalah seperti berikut :-
o Mengenalpasti konsep dan fungsi stesen minyak pada
maksud yang sebenar.
o Mengenalpasti konsep rekabentuk stesen minyak dan
kesesuaiannya.
4 COPYRIGHT © UiTM
New StraitsTimes /?• '• ?s
Residents put Halt to petrol
invasion : THE Let's Stop At Six appeal :by. Bangsar Baru residents has finally borne fruit with the announcement by City Hall that it has rejected a •Petronas plan to set up another petrol kiosk in Bangsar Baru. ;'j;Otherwise, a seventh kiosk would have, been built
I n their midst, turning the character of this desirable neighbourhood from a quiet residential estate into a busy "petrol alley".
This has brought welcome relief to the residents whose opposition to the building of a fifth and a
^ijtjLP^trrt station in the. cirea l̂a'st* yeSt1- fell oh -deaf ears..
•J:'l City Hall; Press officer .Rita Ahmad said the latest "appeal by Petronas to build its second kiosk in the area, this time on vacant land opposite Hankyu Jaya, was rejected. 'S. •-, "Their appeal was reject-
Ted on the grounds that the supply and demand situation for petrol and diesel in
the area has reached an equilibrium. . j
"There are already six petrol kiosks in the area and we feel that there is no need for a seventh." she said.':,'
Residents were opposed to the building of so many petrol kiosks in Bangsar Baru as it would increase traffic density in the area. ,. '-••,
They 'were also worried that the quality of life would be eroded with so many kiosks being sited in the area since almost all would also be offering basic repairs and maintenance works.
v In the\'p'ast,- residents Uv--,; ~ing close to the kiosks have complained that they were subjected.to noise and air pollution as the proprietors often carried out major, re- , pair works in contravention of their operating licences.
Bangsar^ Baru;Residents' Association .'secretary George Joseph had said in a letter to.City Hall..that the ideal living conditions "in the area would be lost forev
er if the appiicatidrT from-'l Petronas was approved. ' * ' ' ' }
••', He said Petronas had only :« ^recently built a kiosk at,the " Jalan Riong-Jalan Maarof •
: junction, ::whichi. City-jHall;;< -, approved despite opposition**: .; fromresidentsv,;;}'-^. wi3tv*3 •j "We .voiced our opposition'3 I again when j they . raised;;:
^plans;:tci' blMid^s^oril'ici- -> osk atitha junction: of,jalan '•:
' Ara and Lorong Terasek Ka-1 nan last year," he added; r. ,.- He said • work ori'.a^sixth," ' i ah .-Esso ^service"' station, ' i started late last year In Ja- : ) Ian Maarof opposite the'Pe-| tronas kiosk and would be . in service soon.
[''•.'..Several residents also !';tbok City Hall to task for not enforcing strict supervision on the work being carried
; out at the Esso station.'.•; ; .They said no signboards i were put up to indicate what . waslbeihgTmilt throughout:
.' the entire'construction -of. ' the project.----" '<'!•'' '>»••*•;' -.-;
COPYRIGHT © UiTM
o Mengkaji faktor perletakan stesen minyak dari aspek
fizikal, sosial dan ekonomi.
o Mengkaj i isu dan masalah yang wujud dari segi
perletakan dan jumlah bilangan-stesen minyak khususnya
dikawasan perumahan. I-
% o Mengkaji sambutan, komentar dan neaksi penduduk dan
pengguna dipersekitaran keatas kewujudan stesen minyak
di kawasan perumahan.
o Mengenalpasti ciri-ciri keselamatan dari setiap aspek
perancangan pembangunan stesen minyak.
o Mengenalpasti polisi, garispanduan dan piawaian dalam
perancangan perletakan stesen minyak dan ketepatan
perlaksanaannya.
o Mencadangkan beberapa strategi, konsep dan
garispanduan didalam menyempurnakan lagi perancangan
stesen minyak.
1-4 Skop Kajian
Kajian mengenai perancangan perlaksanaan projek stesen minyak ini
secara aranya dibuat dari aspek perletakannya dikawasan perumahan.
Penekanan khusus adalah terhadap garispanduan proses dalam
meluluskan perletakan stesen minyak. Beberapa contoh sebagai
perbandingan sama ada didalam atau diluar kawasan akan diberi
dimana perlu. Disini perbandingan polisi dan garispanduan akan
6 COPYRIGHT © UiTM
dikemukakan bagi mengetahui kesesuaiannya dan ketepatan
perlaksanaan perancangan stesen minyak di kawasan kajian
tersebut.
Skop kajian meliputi konsep, fungsi dan•peranan stesen minyak,
aktiviti yang dijalankan, perkhidmatan yang diberi akan
dilaksanakan. la juga meliputi kadi selidek keatas syarikat
pembekal minyak, pengusaha stesen minyak berkenaan, para pengguna
dan penduduk dipersekitaran, persatuan dan agensi kerajaan yang
terlibat. Faktor-faktor lain seperti keselamatan,
kemudahsampaian, keselesaan dan kesan-kesan sampingan dari aspek
fizikal, sosial dan ekonomi juga akan dikaji.
1.5 Kawasan Kajian
Kajian perletakan stesen minyak ini dijalankan di bandar Bangsar,
iaitu suatu kawasan sektor perumahan di Wilayah Persekutuan.
Bandar tersebut ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
sebuah penguasa tempatan. la merupakan bandar terancang yang
terdiri daripada beberapa unit kejiranan iaitu Bangsar Baru,
Bangsar Utama, Taman Lucky, Taman Bandaraya dan Taman Bangsar.
Elemen-elemen yang terdapat di keseluruhan kawasan adalah seperti
sekolah, mesjid, pejabat, pusat penjaja dan pusat perdagangan.
Kedudukan bandar Bangsar terletak dipersimpangan Jalan Bangsar
dan Jalan Maarof. Jalan Bangsar merupakan jalan utama yang
menghubungkan bandar Bangsar dengan pusat bandar Kuala Lumpur
sejauh 5 km, manakala Jalan Maarof pula merintangi bandar Bangsar
dan berhubung dengan Jalan Damansara. Jalan Maarof merupakan
laluan keluar dan masuk utama bagi kawasan Bangsar.
7 COPYRIGHT © UiTM
Kawasan Bangsar ini dipilih sebagai kajian kes kerana telah
dikenalpasti isu dan masalah yang wu\jud dari tidak terkawalnya
perancangan perletakan beberapa stesen minyak seperti mana
diterbitkan di akhbar baru-baru ini (m.s. 5).
1-6 Metodologi
Bagi menjalankan kajian ini beberapa peringkat perlu dilalui. la
merupakan pendekatan terhadap pelaksanaan kajian bagi mencapai
matlamat yang diingini.
1.6.1 Pembentukan Matlamat dan Objektif
Merupakan suatu garispanduan atau landasan yang diikuti
sepanjang perjalanan kajian ini. Pembentukan matlamat dan
objektif menentukan bidang yang sepatutnya ditempohi dari
awal hingga akhir bagi menyempurnakan kajian ini.
1.6.2 Kajian Awalan
Kajian awalan adalah merangkumi kajiselidek latar belakang
kawasan atau tapak kajian disamping konsep perancangan
sektor tersebut. Pengkajian sistem perundangan termasuk
polisi atau dasar, garispanduan dan piawaian perancangan
perletakan stesen minyak didalam dan luar negara serta
perbandingan secara umum juga dikenalpasti pada peringkat
ini. Selain itu, jenis, konsep, rekabentuk, peranan, jenis
perkhidmatan, kemudahan dan aktiviti yang dijalankan di
premis stesen minyak akan juga dikaji.
8 COPYRIGHT © UiTM
1-6-3 Pengumpulan Maklumat
Maklumat yang lengkap dan betul hanya boleh diperolehi dari
menjalankan kajiselidek secara menyeluruh. Peringkat ini
merupakan pembentukan kajiselidek mengenai perancangan
perletakan stesen minyak dar pendekatan perlaksanaannya
terbahagi kepada dua seperti berikut:-
a. Data primer :
Kajiselidek untuk data primer pula terbahagi lagi
kepada dua iaitu kaedah soalselidek secara temubual
keatas pengusaha stesen minyak, tenaga pekerja, para
pelanggan dan penduduk sekitar, dan lagi merupakan
kaedah secara pengamatan terhadap masalah pencemaran,
corak kunjungan dan sistem lalulintas di premis
tersebut.
b. Data sekunder :
Kajiselidek untuk mendapatkan maklumat seperti sistem
perundangan termasuk polisi dan garispanduan, lokasi,
jumlah bilangan dan Iain-lain aspek perancangan
pembangunan stesen minyak. Maklumat adalah diperolehi
dari agensi-agensi yang terlibat seperti syarikat
pembekal minyak, pihak berkuasa tempatan, Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan
Iain-lain yang terlibat.
9 COPYRIGHT © UiTM
Selain maklumat dari sumber-sumber tersebut, maklumat
juga diperolehi daripada rujukan buku-buku teks dari
dalam dan luar negara, majalah, risalah, laporan
berkenaan dan Iain-lain yang berkaitan dengan kajian
ini.
1.6.4 Analisis
Dari setiap maklumat dan data yang diperolehi dari berbagai
sumber primer dan sekunder, analisis dan penilaian data
akan dijalankan. Peringkat ini akan mengemukakan beberapa
kaedah persembahan seperti rajah dan carta, dan hasil
rumusan akan digunakan untuk peringkat seterusnya.
1.6.5 Penemuan
Beberapa penemuan akan dapat diperolehi dari analisis dan
penilaian data tersebut. la lebih merupakan isu dan masalah
yang dikenalpasti. Penemuan ini sama ada positif atau
negatif juga penting bagi mengemukakan berbagai andaian dan
potensi untuk cadangan perancangan perletakan stesen minyak
selanjutnya.
1.6.6 Cadangan
Pada peringkat akhir ini, pembentukan cadangan untuk
keseluruhan kajian dibuat bersesuaian dengan penemuan yang
diperolehi dari analisis dan penilaian data sebelum ini.
Cadangan yang dikemukakan akan menyentuh konsep perancangan
perletakan stesen minyak di kawasan perumahan dengan
mengambil kira segala bentuk polisi dan garis panduan dalam
10 COPYRIGHT © UiTM