26
STESEN 1 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 7.0 SIFAT BAHAN 7.2 Memahami sifat-sifat bahan 7.2.3 Mengenal pasti sifat bahan dari segi kekenyalan dengan menjalankan aktiviti.

Task Aktiviti Stesen

  • Upload
    joskse

  • View
    264

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

activiti

Citation preview

STESEN 1

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

7.0 SIFAT BAHAN

7.2 Memahami sifat-sifat bahan

7.2.3 Mengenal pasti sifat bahan dari segi kekenyalan dengan menjalankan aktiviti.

AKTIVITI

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberikan gelang getah, kaki retort, pembaris, 3 pemberat (50g

setiap satu) dan benang warna atau kertas warna.

(Nota : Guru boleh membuat tunjukcara eksperimen kepada murid.)

kaki retort -

gelang getah -

Pemberat -

3. Murid diminta untuk menyusun peralatan seperti yang ditunjukkan dalam rajah.

4. Murid dikehendaki mengukur panjang asal gelang getah dan merekodkan ukuran

yang diperolehi.

(Nota : Guru perlu menyatakan kepada murid supaya tidak menyentuh gelang

getah semasa membuat pengukuran kerana ianya akan mempengaruhi hasil

pengukuran.)

(Nota : Guru boleh meminta murid menggunakan benang warna atau kertas warna

untuk mengukur panjang gelang getah.Benang warna atau kertas warna yang

digunakan boleh ditampal dalam jadual yang disediakan)

4. Murid menggantungkan pemberat 50g pada gelang getah dan mengukur

pemanjangan gelang getah serta merekodkannya.

5. Murid mengulangi langkah 4 dengan menambah pemberat seperti di dalam jadual

dan mengukur pemanjangan gelang getah serta merekodkannya di dalam jadual.

6. Guru menerangkan perbezaan pemanjangan gelang getah merupakan sifat

kekenyalan gelang getah.Getah dikatakan kenyal kerana getah akan kembali ke

panjang asal apabila beban di keluarkan.

7. Murid melengkapkan jadual dengan menggunakan data yang diambil.

Hasil Pemerhatian:

Pemberat Panjang gelang getah (benang warna/kertas warna)

0g

50g

100g

150g

Pemberat 0g 50g 100g 150g

Panjang gelang

getah (cm)

8. Murid melengkapkan Lembaran Kerja 1,2 dan 3 yang diberikan.

Guru memberi arahan:

Anda dikehendaki melengkapkan Lembaran Penyiasatan berdasarkan

eksperimen yang dijalankan

Seterusnya, dalam Lembaran Kerja 1, 2 dan 3, anda dikehendaki

menjawab soalan yang disediakan

LEMBARAN PENYIASATAN

Tajuk : Kekenyalan Bahan

Arahan : Jawapan soalan berdasarkan jadual.

Pemberat(g) 0 50 100 150

Panjang gelang

getah (cm)

(a) Berapa panjang gelang getah sebelum diletakkan pemberat ?..........................................

(b) Berapa panjang gelang getah selepas diletakan 100g pemberat?...........................................

(c) Berapakah pemanjangan gelang getah selepas 100g pemberat digantungkan ?.........................................

(d) Apakah corak pemanjangan gelang getah berdasarkan jadual ?.........................................

(e) Nyatakan hubungan antara berat pemberat dengan pemanjangan gelang getah..............................................................................................................................

STESEN 2

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

7.0 SIFAT BAHAN

7.2 Memahami sifat bahan 7.2.5 Mengenal pasti sifat bahan dari segi kebolehan mengalirkan haba iaitu konduktor atau penebat haba dengan menjalankan aktiviti.

AKTIVITI

1. Murid dibahagikan kepada kumpulan ( 5 – 6 orang sekumpulan )

2. Guru menunjukkan bahan-bahan yang akan digunakan di dalam aktiviti serta

memberikan penerangan tentang langkah-langkah yang perlu diambil.(Rujuk

Lembaran Penyiasatan)

3. Murid-murid diminta membuat inferens secara lisan.

a. Apakah pemerhatian yang kamu perolehi?

C o n t o h j a w apa n mu r i d :

i) Hujung sudu besi panas

ii) Hujung sudu plastik tidak panas

b. Berikan sebab mengapa hujung sudu besi panas?

Co n t o h j a w apa n mu r i d

i) Besi mengalirkan haba

ii) Haba boleh mengalir ke hujung sudu besi

iii. Sudu besi adalah konduktor haba

c. Berikan sebab mengapa hujung sudu plastik dan pembaris kayu tidak

panas.

Co n t o h j a w apa n mu r i d

i) Plastik dan kayu tidak mengalirkan haba

ii) Haba tidak bergerak ke hujung sudu plastik

iii) sudu plastik adalah penebat haba

d. Berdasarkan penyiasatan ini, apakah inferens anda tentang sudu besi?

Co n t o h j a w apa n mu r i d

- Besi pengalir haba yang baik berbanding kayu dan plastik.( atau sebaliknya)

- Besi adalah konduktor haba

e. Apakah yang dimaksudkan dengan konduktro haba?

Kondoktor haba ialah bahan yang boleh mengalirkan haba.

f. Apakah yang dimaksudkan dengan penebat haba?

Penebat haba ialah bahan yang tidak boleh mengalirkan haba.

5 . Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan.

LEMBARAN PENYIASATAN

Tajuk : Konduktor dan Penebat Haba

K1,K2,K3,K4

Arahan : 1. Aktiviti dijalankan secara berkumpulan2. Radas disediakan seperti gambarajah dibawah.

Sudu besiSudu

plastik Pembaris kayu

Gambarajah 1

3. Masukkan sudu besi , sudu plastik dan pembaris kayu ke dalam air panas ( Nota : Pastikan setiap objek tidak bersentuhan antara satu sama lain)

4. Sentuh bahagian hujung setiap objek.5. Rekodkan pemerhatian di dalam jadual di

bawah

Objek PemerhatianPanas Tidak panas

Sudu besiSudu plastikPembaris kayu

a. Apakah inferens anda berdasarkan pemerhatian di atas.

........................................................................................................

b. Nyatakan inferens bagi objek berikut :

i. sudu besi :

.................................................... ii. sudu

plastik : .............................................

iii. pembaris kayu: ..................................................

STESEN 3

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

6.0 PENGUKURAN

6.7 Memahami ukuran masa 6.7.5 Mengukur masa dengan menggunakan alat dan

unit piawai yang sesuai dengan kaedah

yang betul.

AKTIVITI

Aktiviti P&P :

Guru membawa masuk satu beg plastik yang berisi air. Guru mencucuk dasar

beg plastik dengan jarum peniti dan membiarkan air menitis keluar.

Guru bertanya soalan:

Apakah yang kamu perhatikan?

Contoh jawapan : air menitis keluar

Apakah perubahan yang berlaku kepada isipadu air di dalam beg

plastik itu?

Contoh jawapan : Isipadu air berkurang

Apakah yang akan berlaku jika air yang menitis itu dibiarkan

dengan lebih lama?

Contoh jawapan : Isipadu air di dalam beg plastik akan berkurang.

Murid membuat pernyataan tentang isipadu air yang tinggal di dalam beg plastik

apabila masa semakin bertambah.

(Nota guru: Apabila masa bertambah, isipadu air yang tinggal di dalam beg

plastik berkurang)

Guru menerangkan aktiviti penyiasatan yang akan dijalankan pada hari ini.

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk menjalankan aktiviti.

Setiap kumpulan dibekalkan dengan 1 botol plastik yang dipotong dasarnya,

penutup botol minuman yang telah ditebuk, silinder penyukat, bikar, air

berwarna dan jam randik.

(Nota untuk guru : Lubang pada penutup botol plastik boleh dibuat dengan

menggunakan sebatang paku tekan.)

Murid menyediakan radas untuk menjalankan penyiasatan seperti yang

ditunjukkan dalam Lembaran Penyiasatan.

Murid menjalankan penyiasatan mengikut arahan di dalam Lembaran

Penyiasatan.

LEMBARAN PENYIASATAN

Tajuk : Mengukur isipadu air yang dikumpulkan

menggunakan silinder penyukat pada selang masa

yang di tentukan.

Radas : Botol plastik 500ml yang dipotong dasarnya, penutup

botol yang ditebuk, silinder penyukat, air berwarna,

paku

tekan, kaki retot dan jam randik.

Arahan :

1. Sediakan radas untuk menjalankan penyiasatan

seperti rajah dibawah.

2. Tutup botol mineral dengan penutup yang ditebuk

dengan paku tekan.

3. Sukat air berwarna sebanyak 400ml dan tuangkan

ke dalam botol mineral.

(Pastikan lubang pada penutup botol ditutup dengan jari)

4. Mulakan jam randik serentak dengan mengalihkan jari

dari lubang penutup botol dan rekodkan isipadu air yang

terkumpul di dalam silinder penyukat pada setiap 1

minit

sehingga minit ke 4.

botolplastik

kakiretot

silinderpenyukat

Rekodkan keputusan aktiviti yang dijalankan dalam jadual di bawah.

Masa (min) Isipadu air yang terkumpul(ml)

1

2

3

4

Jawab soalan dibawah.

1. Nyatakan corak masa yang digunakan dalam penyiasatan ini.

.................................

2. Nyatakan corak isipadu air yang terkumpul didalam silinder penyukat.

..................................

3. Nyatakan hubungan diantara masa dengan isipadu air yang terkumpul.

.

...................................................................................................................

.............

STESEN 4

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

7.0 SIFAT BAHAN7.2 Memahami sifat-sifat bahan

7.2.6 Mengenal pasti sifat bahan dari segi kebolehan penembusan cahaya sama ada legap, lut cahaya dan lut sinar dengan menjalankan aktiviti.

AKTIVITI

Aktiviti P&P :

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Setiap kumpulan menggunakan buku teks dan menutup sehelai kertas yang

mempunyai teks.

3. Murid disoal;

Bolehkah kamu lihat tulisan pada kertas tersebut ?

Mengapakah tulisan tersebut tidak kelihatan ?

4. Murid mengulang aktiviti yang sama dengan menggunakan plastik jernih.

Bolehkah kamu lihat tulisan tersebut dengan jelas?

5. Murid mengulang aktiviti yang sama dengan menggunakan kertas surih.

Bolehkah kamu tulisan tersebut ?

Adakah kamu nampak jelas tulisan tersebut?

6. Setiap kumpulan diberikan 6 objek yang berlainan, lampu suluh, kertas putih dan

lembaran penyiasatan.

7. Murid menjalankan penyiasatan untuk melihat kebolehan cahaya menembusi objek

dalam kumpulan masing-masing mengikut arahan pada lembaran penyiasatan.

8. Murid merekod hasil penyiasatan dalam lembaran penyiasatan.

9. Murid membentang hasil penyiasatan berdasarkan perkara yang dilakukan dan

diperhatikan.

10. Murid disoal;

Apakah bahan yang tidak ditembusi cahaya?

Jawapan murid : bahan legap

Apakah bahan yang ditembusi semua cahaya ?

Jawapan murid : bahan lutsinar

Apakah bahan yang hanya ditembusi sebahagian cahaya?

Jawapan murid : bahan lut cahaya

9. Soalan dikemukakan untuk membimbing murid mendefinisi secara operasi.

Apakah sifat bahan legap?

Contoh jawapan murid : Bahan legap adalah bahan yang tidak

membenarkan cahaya menembusinya.

Apakah sifat bahan lutsinar

Contoh jawapan murid : Bahan lut sinar adalah bahan yang

membenarkan semua cahaya menembusinya.

Apakah sifat bahan lut cahaya

Contoh jawapan murid : Bahan lut cahaya adalah bahan yang

membenarkan sebahagian cahaya melaluinya.

9. Murid dibimbing untuk membuat kesimpulan.

10. Murid menjawab soalan lembaran kerja.

LEMBARAN PENYIASATAN

Tajuk : Bahan legap, bahan lut cahaya dan bahan lutsinar

Arahan :

Guru menjalankan tunjuk cara bagi pelajar yang lemah.

Guru meletakkan tangan di depan cahaya dan bertanya

kepada murid.

Apa yang kelihatan pada skrin?

Jawapan murid : Bayang-bayang tangan.

1. Sediakan radas seperti gambarajah di bawah.

Objek KertasPutih

2. Perhatikan kertas putih. Adakah cahaya boleh menembusi objek ini ?

3. Gantikan bola dengan objek lain. Adakah cahaya boleh menembusi objek ini ?

4. Ulang langkah 3 dengan menggunakan objek lain.

5. Tandakan (/) pada ruang yang sesuai berdasarkan perkara yang diperhatikan.

ObjekKebolehan cahaya menembusi objek

Semua Sebahagian Tiada

plastik jernih

kad manila

gelas kaca

buku teks

kertas surih

kertas putih

- Bahan legap adalah bahan yang [ semua / sebahagian / tidak ]

membenarkan cahaya melaluinya.

- Bahan lut cahaya adalah bahan yang membenarkan

[ semua / sebahagian / tidak ] cahaya melaluinya.

- Bahan lutsinar adalah bahan yang membenarkan

[ semua / sebahagian / tidak ] cahaya melaluinya.

STESEN 5

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

6.0 PENGUKURAN

6.5 Mengaplikasikan pengetahuan tentang isi padu cecair

6.5.2

6.5.3

Mengira isi padu pepejal berbentuk tidak sekata menggunakan kaedah sesaran air Menjelaskan pemerhatian melaluilakaran ,TMK, penulisan atau lisan.

AKTIVITI

Aktiviti P&P :

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan diberikan peralatan seperti berikut:

a) 5 biji guli

b) 1 selinder penyukat 100ml

c) 1 buah bikar

d) Air paip

3. Guru menerangkan tujuan eksperimen iaitu mencari isipadu guli melalui kaedah

sesaran air.

4. Murid membina hipotesis yang ingin dibuktikan di dalam eksperimen.

Guru : Apakah yang ingin dibuktikan dalam eksperimen ini?

Murid : Jika bilangan guli bertambah maka paras air semakin bertambah.

Bilangan guli mempengaruhi paras air dalam selinder penyukat.

Nota: Sebarang hipotesis boleh diterima untuk diuji

5. Murid menjalankan eksperimen mengikut arahan yang diberikan oleh guru.

Arahan guru:

a) Isikan selinder penyukat dengan 40 ml air

b) Masukkan sebiji guli ke dalam selinder penyukat dan catatkan bacaan air di dalam

jadual yang disediakan.

c) Ulangi langkah (b) dengan memasukkan sebiji guli lagi dan catatkan bacaan air

dan teruskan langkah tersebut sehingga kelima-lima biji guli telah dimasukkan.

5. Murid mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat dalam eksperimen.

i. Pemboleh ubah manipulasi

ii. Pembolehubah bergerakbalas

iii. Pemboleh ubah malar

6. Murid melengkapkan jadual berikut .

Bacaan paras awal air = ........ ml

Bilangan guli Bacaan paras air (ml)

1

2

3

4

5

Bacaan air =.........ml

Beza bacaan air = ........ml

Pertambahan bacaan air = Isipadu air bagi 5 biji guli

Isipadu air bagi 5 biji guli = .........ml

Isipadu bagi 1 biji guli = .........ml

6. Guru bersoal-jawab dengan murid mengenai eksperimen yang telah dijalankan

Guru : Apakah yang dapat diperhatikan pada aras air setiap kali guli

dimasukkan?

Murid : bertambah/meningkat

Guru : Mengapakah aras air bertambah apabila guli dimasukkan?

Murid : Sebab ditambah dengan guli yang mempunyai isipadu.

7. Murid menganalisis dan mentafsir data

8. Murid membuat kesimpulan bahawa apabila bilangan guli bertambah, paras air

turut bertambah

LEMBARAN PENYIASATAN

Bacaan awal air = ........ ml

Bilangan guli Bacaan akhir air (ml)

1

2

3

4

5

1. Apakah corak perubahan bacaan paras air ?

.

........................................................................................................

..............

2. Nyatakan :

i) Pemboleh ubah

dimanipulasi:.......................................................... ii)

Pemboleh ubah bergerakbalas :......................................................

iii) Pemboleh ubah dimalar

:.................................................................

3. Apakah hipotesis yang ingin dibuktikan dalam eksperimen?

.

.........................................................................................................

..............

4. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan eksperimen?

.

.........................................................................................................

..............