2
INOVASI PEDAGOGI (RODA BESTARI) Inovasi pedagogi yang saya kemukakan adalah peralatan yang dinamankan Roda Bestari”. Dalam menghasilkan inovasi ini, saya mendapat idea daripada permasalahan yang timbul sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Semasa saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran pelbagai aktiviti telah dirancangkan bagi menarik minat murid untuk belajar. Hasilnya murid terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Permasalahan yang timbul adalah sewaktu saya bertanyakan soalan-soalan kepada murid. Ramai murid secara sukarela bangun untuk menjawab soalan yang telah diberikan. Situasi ini menimbulkan suasana yang agak tidak terkawal kerana murid berebut-rebut untuk menonjolkan diri bagi menjawab soalan. Bagi saya, situasi begini agak sukar untuk mengendalikan murid. Jika dipilih seseorang murid, maka murid yang lain akan terasa. Kadangkala mereka mempertikaikan mengapa mereka tidak dipilih sedangkan mereka beranggapan mereka lebih layak daripada rakan mereka yang dipilih untuk menjawab soalan. Situasi sebegini jika dibiarkan berlarutan dan berterusan sudah tentu akan menimbulkan satu keadaan yang tidak baik dalam bilik darjah. Murid yang tidak dipilih untuk menjawab soalan mungkin akan terasa dan berkecil hati terhadap tindakan guru memilih orang lain. Bagi murid, mereka sangat mengharapkan guru memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan kepada mereka. Jika mereka mendapat tumpuan dan perhatian daripada guru, sudah tentu mereka akan berasa dihargai dan berbangga. Bagi guru, adalah mustahil untuk melaksakannya dengn batasan masa dan bilangan murid yang ramai. Sebagai seorang guru, saya seboleh-bolehnya memberikan perhatian dan tumpuan yang sama rata terhadap setiap murid. Namun sebagai manusia biasa yang mempunyai hati, perasaan dan emosi kita kadangkala tidak menyedari apa yang kita lakukan kadangkala akan menyinggung pihak lain. Dalam kes pimilihan murid untuk menjawab soalan, saya cuba untuk seadil-adilnya memberikan setiap murid peluang untuk melibatkan diri dalam menjawab soalan yang diajukan. Namun begitu sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita akan melakukan kesilapan. Kadang kala kita cenderung untuk memilih murid yang sama bagi menjawab soalan sedangkan murid yang lain mengharapkan mereka dipilih. Selain itu kadang-kala, faktor keupayaan dan kepandaian seseorang murid dalam kelas menjadi pemberat yang membuatkan mereka sentiasa dipilih dan nama 1

INOVASI-PEDAGOGI

Embed Size (px)

DESCRIPTION

inovasi pedagogi

Citation preview

  • INOVASI PEDAGOGI (RODA BESTARI)

    Inovasi pedagogi yang saya kemukakan adalah peralatan yang dinamankan Roda Bestari. Dalam menghasilkan inovasi ini, saya mendapat idea daripada permasalahan yang timbul sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Semasa saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran pelbagai aktiviti telah dirancangkan bagi menarik minat murid untuk belajar.

    Hasilnya murid terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Permasalahan yang timbul adalah sewaktu saya bertanyakan soalan-soalan kepada murid. Ramai murid secara sukarela bangun untuk menjawab soalan yang telah diberikan. Situasi ini menimbulkan suasana yang agak tidak terkawal kerana murid berebut-rebut untuk menonjolkan diri bagi menjawab soalan. Bagi saya, situasi begini agak sukar untuk mengendalikan murid. Jika dipilih seseorang murid, maka murid yang lain akan terasa. Kadangkala mereka mempertikaikan mengapa mereka tidak dipilih sedangkan mereka beranggapan mereka lebih layak daripada rakan mereka yang dipilih untuk menjawab soalan.

    Situasi sebegini jika dibiarkan berlarutan dan berterusan sudah tentu akan menimbulkan satu keadaan yang tidak baik dalam bilik darjah. Murid yang tidak dipilih untuk menjawab soalan mungkin akan terasa dan berkecil hati terhadap tindakan guru memilih orang lain. Bagi murid, mereka sangat mengharapkan guru memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan kepada mereka. Jika mereka mendapat tumpuan dan perhatian daripada guru, sudah tentu mereka akan berasa dihargai dan berbangga. Bagi guru, adalah mustahil untuk melaksakannya dengn batasan masa dan bilangan murid yang ramai.

    Sebagai seorang guru, saya seboleh-bolehnya memberikan perhatian dan tumpuan yang sama rata terhadap setiap murid. Namun sebagai manusia biasa yang mempunyai hati, perasaan dan emosi kita kadangkala tidak menyedari apa yang kita lakukan kadangkala akan menyinggung pihak lain. Dalam kes pimilihan murid untuk menjawab soalan, saya cuba untuk seadil-adilnya memberikan setiap murid peluang untuk melibatkan diri dalam menjawab soalan yang diajukan. Namun begitu sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita akan melakukan kesilapan. Kadang kala kita cenderung untuk memilih murid yang sama bagi menjawab soalan sedangkan murid yang lain mengharapkan mereka dipilih.

    Selain itu kadang-kala, faktor keupayaan dan kepandaian seseorang murid dalam kelas menjadi pemberat yang membuatkan mereka sentiasa dipilih dan nama

    1

  • mereka sentiasa disebut dalam kelas. Tetapi bagaimana pula murid yang kurang berkebolehan, lembab dalam pelajaran dan kurang menonjolkan diri. Jika guru memilih murid-muird seperti ini, kadang-kala murid yang lain terutamanya murid yang cerdas merasakan rakan mereka itu tidak layak menjawab persoalan yang ditimbulkan berikutan lambat memberikan jawab, tergagap-gagap dan sebagainya. Bagi murid mereka tidak memikirkan apa yang dilakukan oleh guru itu adalah untuk kebaikan dan kepentingan bersama.

    Dalam situasi sebegini, murid ada kalanya mengatakan guru pilih kasih terhadap murid yang tertentu dan hanya memberikan peluang untuk murid yang berkenaan sahaja untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Selain itu dalam situasi yang lain pula, ada sesetengah murid yang memencilkan dan mendiamkan diri ketika guru bersoal jawab dengan murid. Mereka ini merasakan tidak perlu melibatkan diri dalam kelas memandangkan ramai rakan mereka yang sudah melibatkan diri dalam sesi soal jawab yang dijalankan.

    Dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul ini, saya telah mendapat idea untuk mencipta bahan yang boleh membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan yang dinamakan Roda Bestari ini dapat digunakan bagi kesemua matapelajaran tanpa mengira tahap dan kebolehan murid. Penggunaan alat ini dapat memberikan satu suasana pembelajaran yang lebih kondusif. Ini kerana faktor pemilihan murid adalah secara random, di mana guru akan memutarkan roda yang mengandungi nama-nama murid. Apabila roda berhenti berputar, dan jarum menunjukkan nama murid, maka murid yang berkenaan akan dipilih untuk menjawab soalah yang dikemukakan oleh guru.

    Penggunaan kaedah ini lebih berkesan kerana beberapa faktor. Antaranya ialah guru akan memilih murid berdasarkan pemilihan secara random dan bukannya mengikut tahap kemampuan murid, emosi guru dan faktor-faktor pengaruh luaran dan dalaman yang lain. Dengan kaedah ini juga, murid tidak akan mempertikaikan tindakan guru terhadap pemilihan seseorang murid. Ini kerana mereka sendiri dapat melihat siapakah yang terpilih untuk menjawab soalan melalui alat yang digunakan ini.

    2