3
IBNU THUFAIL : FALSAFAH HAYY BIN YAQZAN Melalui pengarangan kitab Hayy Bin Yaqzan oleh Ibnu Thufail ini, dapat disimpulkan beberapa pemikiran falsafah yang ingin dikemukan oleh pengarang kitab ini sendiri. Pertamanya, adalah ketika Hayy hidup bersendirian di sebuah pulau. Penyelidikannya tentang alam dan perenungannya yang dilaluinya secara berperingkat-peringkat sehingga menimbulkan tahap kematangannya untuk berfikir secara logik. Pada peringkatnya untuk berfikir secara logik ini, ketika inilah saatnya Hayy berfikir sehingga tahap bagaimana untuk mendekati Tuhan. Pengarang juga ingin menyampaikan bahawa terdapat keserasian antara akal dan wahyu atau antara Falsafah dan Agama. Ini dapat dilihat melalui penemuan Hayy dengan Asal, dan mereka saling berkongsi ilmu pengetahuan masing- masing. Ternyata terdapat serasian antara pengetahuan yang diperolehi oleh Hayy melalui pengalaman dengan pengetahuan Asal yang berdasarkan kitab suci. Seterusnya, melalui buku Hayy bin Yaqzan ini, dapat di katakan bahawa menurutnya, agama diperlukan untuk mencegah keinginan-keinginan jahat manusia, dan kerana itulah orang awam harus diberikan bimbingan melalui agama. Dari huraian tentang kisah Hayy bin Yaqzan, terdapat suatu etika yang dipengaruhi oleh falsafah Phytagoras. Tujuan dari segala tindakannya adalah untuk mencari Yang Maha Esa dalam segala sesuatu untuk menyatukan dirinya sendiri kepada Yang Mutlak dan Yang Berdiri Sendiri. Di melihat bahawa seluruh alam berusaha untuk mencapai wujud tertinggi itu. Dia tidak berpendapat bahawa segala sesuatu di dunia ini ada untuk kepentingan manusia. Menurutnya, haiwan dan tumbuh- tumbuhan hidup untuk dirinya sendiri dan untuk Tuhannya, kerana itu

IBNU THUFAIL

Embed Size (px)

DESCRIPTION

thufayl

Citation preview

Page 1: IBNU THUFAIL

IBNU THUFAIL : FALSAFAH HAYY BIN YAQZAN

Melalui pengarangan kitab Hayy Bin Yaqzan oleh Ibnu Thufail ini, dapat disimpulkan

beberapa pemikiran falsafah yang ingin dikemukan oleh pengarang kitab ini sendiri.

Pertamanya, adalah ketika Hayy hidup bersendirian di sebuah pulau. Penyelidikannya

tentang alam dan perenungannya yang dilaluinya secara berperingkat-peringkat sehingga

menimbulkan tahap kematangannya untuk berfikir secara logik. Pada peringkatnya untuk

berfikir secara logik ini, ketika inilah saatnya Hayy berfikir sehingga tahap bagaimana untuk

mendekati Tuhan. Pengarang juga ingin menyampaikan bahawa terdapat keserasian antara

akal dan wahyu atau antara Falsafah dan Agama. Ini dapat dilihat melalui penemuan Hayy

dengan Asal, dan mereka saling berkongsi ilmu pengetahuan masing-masing. Ternyata

terdapat serasian antara pengetahuan yang diperolehi oleh Hayy melalui pengalaman dengan

pengetahuan Asal yang berdasarkan kitab suci.

Seterusnya, melalui buku Hayy bin Yaqzan ini, dapat di katakan bahawa menurutnya,

agama diperlukan untuk mencegah keinginan-keinginan jahat manusia, dan kerana itulah

orang awam harus diberikan bimbingan melalui agama.

Dari huraian tentang kisah Hayy bin Yaqzan, terdapat suatu etika yang dipengaruhi

oleh falsafah Phytagoras. Tujuan dari segala tindakannya adalah untuk mencari Yang Maha

Esa dalam segala sesuatu untuk menyatukan dirinya sendiri kepada Yang Mutlak dan Yang

Berdiri Sendiri. Di melihat bahawa seluruh alam berusaha untuk mencapai wujud tertinggi

itu. Dia tidak berpendapat bahawa segala sesuatu di dunia ini ada untuk kepentingan manusia.

Menurutnya, haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup untuk dirinya sendiri dan untuk Tuhannya,

kerana itu dirinya membatasi segala keinginannya yang bersifat jasmani hanyalah untuk

keperluan yang sangat terpaksa. Dia lebih suka memakan buah-buahan yang masak sehingga

bijinya yang dibuang ke tanah dapat tumbuh dan membiak dan tumbuh dengan baik serta

menjaganya agar tidak mati. Hanyalah kerana keterpaksaan itu, maka menjadi keperluan

untuk memakan daging haiwan itu perlu. Demikianlan sikapnya yang bersifat jasmani

terhadap duniawi, yang mana dia berusaha agar hidupnya berguna bagi lingkungannya

sehingga kehidupannya terjaga kemurniannya. Kerana itu, dia menanam dan menjaga

tumbuh-tumbuhan dan menternak binatang sekelilingnya dengan baik sehingga pulau yang

didiaminya itu menjadi suatu tempat yang selesa baginya untuk tinggal disitu. Pengarang juga

memperhatikan dengan cermat terhadap kebersihan Hayy dan pakaiannya, dan berusaha

memberikan suatu yang dikiranya baik atau bagus dengan keadaanya supaya dapat di

Page 2: IBNU THUFAIL

sesuaikan dengan gerak geri tubuhnya yang berjiwa bersih. Dengan cara ini maka Hayy

secara bertahap mampu meningkatkan dirinya sendiri menuju jiwa yang murni, dengan cara

meditasi yang mana tiada fikiran atau perkataan atau sebarang imaginasi yang sanggup

memahami atau mengungkapkannya.

Page 3: IBNU THUFAIL

Info Tambahan.

Inipati dari yang dikemukan Ibnu Thufail, sperti yang telah disimpulkan oleh Nadhim al

Djihr dalam bukunya “Qissat al-Iman” , iaitu:

a. Urutan tangga makrifah dimulai dari objek indrawi khusus sampai kepada yang

universal.

b. Akal dapat mengetahui kewujudan Tuhan tanpa penjabaran dan petunju dengan

melalui tanda-tanda yang ada pada makhluk serta dalil-dalil atas kewujudannya.

c. Akal adalakalanya tidak mampu memahami makna keazalian, ‘Qadim, ‘Huduts’ dan

sebagainya.

d. Melalui akal manusia dapat dimemahami bahawa dasar keutamaan, dasar akhlak dan

kemasyarakatan, serta dapat mengendalikan keinginan jasmaniah untuk tunduk pada

fikiran yang benar tanpa mengabaikan hasrat jasmaniah tersebut.

e. Apa yang dikemukan syariat dan yang ketahui oleh akal pada dasarnya tidak ada

perbezaan.

f. Semua hikmah utama seuai dengan apa yang telah ditetapkan oleh Syara, iaiatu

mengemukakan sesuatu menurut kesanggupan akal yang diterimanya. (A. Hanafi,

MA, 1969: 176-177)