ibnu sinar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ibnu sinar

Citation preview

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn SinaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Cendekiawan IslamZaman Kegemilangan Islam

Nama:Ab 'Al al-usayn ibn 'Abd Allh ibn Sn

Gelaran:Ibnu Sina, Avicenna, Bapa Perubatan Islam

Lahir:sekitar980M atau 370 H , Afshana berdekatanBukhara(ibukotaSamanid Empire), nama sekarangUzbekistan

Wafat:1037M atau 428 H

Mazhab:Ismaili

Etnik:Tajik

Rantau:Parsi

Bidang:Perubatan,Astronomi,Etika,Logik,Matematik,Metafizik,Falsafah,Fizik,Sains,teologi

Karya:Alqanun fi altibb,Kitab al-Shifa,Al Najat

Pengaruh:Omar Khayym,Ibnu Rushd,Thomas Aquinas,Albertus Magnus

Diilhami:Aristotle,Al-Farabi

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina, (Bahasa Arab: Ibn Sn), atau dikenali sebagaiIbnu Sinaatau "Avicenna" di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari Uzbekistan yang hidup antara tahun 980 - 1037 M.Isi kandungan[sorokkan] 1Sejarah dan latar belakang 2Sumbangan 3Penulisan lain 3.1Teori perubatan 3.2Falsafah 4Pautan luarSejarah dan latar belakang[sunting|sunting sumber]Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan980M. Pengajian peringkat awalnya bermula diBukharadalam bidangbahasadansastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri,logik,matematik,sains,fiqah, danperubatan.Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaranal-Syeikh al-Rais(Mahaguru Pertama).Sumbangan[sunting|sunting sumber]Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negaraIslam. BukunyaAl Qanun fi al-Tibb("Kanun") telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalambahasa Inggerisdengan judulPrecepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universitiItalidanPerancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judulal-Adwiyat al-Qalbiyyah("The Remedies of the Heart") yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja, tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa),syair, prosa, dan agama. Ini dapat diperhatikan dalam sebuah lagi kitab agung beliau berjudulKitab al-Syifa(Bahasa Arab: ) yang memuatkan penulisan berkaitan sains dan falsafah.Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik (mantik) sehingga digelar "Guru Ketiga" dibelakangAristotledanal-Farabi. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.Penulisan lain[sunting|sunting sumber]

Ibnu SinaPerkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahlifalsafahyang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudulal-Najahyang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatanYunanikhususnyaHippocrates.Teori perubatan[sunting|sunting sumber]Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakanhumoriaitudarah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan "mengislamkannya".Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitutanah,air,apidanangin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.Falsafah[sunting|sunting sumber]Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, makaImam al-Ghazalitelah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam babHimah Ilahiyyahdalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan".Pemikiran Ibnu Sina ini telah mencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudulTahafat al'Falasifah("Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah") untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan disyurgaatauneraka.Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaituAbu Al-Nasr Al-Farabi(al-Farabi). LihatSenarai Saintis Islam

Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-RaziDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Cendekiawan IslamZaman Kegemilangan Islam

Nama:Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi

Gelaran:al-Razi

Lahir:865

Wafat:925

Etnik:Parsi

Rantau:Parsi

Bidang:Kimia,Perubatan,Biologi,Sains

TokohAbu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi( ) atau dikenali sebagaiRhazesdi dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dan ahli falsafahIranyang hidup antara tahun 865 AD - 925 AD. Beliau telah menyumbang dalam bidang perubatan, kimia dan falsafah.Menurutal-Birunial-Razi dilahirkan diRayy,Iranpada tahun 865 AD (251 Hijrah), dan meninggal di Rayy 925 AD (313 H).Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi adalah seorang ahli perubatan, falsafah, dan sarjana Parsi yang memberikan sumbangan asas dan berkekalan dalam bidang perubatan, Alkhemi (Alchemy), dan falsafah, yang ditulis dalam lebih 184 buah buku dan rencana dalam pelbagai bidang sains. Dia fasih dalam pengetahuan perubatan Yunani dan menambah sebahagian besar kepadanya dari pemerhatiannya sendiri. Sebagai ahli alkhemi, Razi diakui sebagai menjumpaiasid sulfirik, yang digunakan secar ameluas ("work horse") bagi kejuruteraan kimia dan kimia moden. Dia juga menjumpaiethanoldan hasil sulingannya, dan kegunaannya dalam perubatan. Dia tanpa dipersoalkan lagi merupakan salah seorang juru ilmuan dalam Dunia Islam, dan mempunyai pengaruh yang besar kepada sains dan perubatan Eropah.

al-Razi merawat pesakit, dalam "Recueil des traits de medecine" olehGerard dari CremonaRazi adalah seorang yang berfikiran rational sepenuhnya, amat yakin dengan kuasa logik (power of reason); dia dianggap oleh rakan semasa dan penulis bioliografi sebagai bebas dan bebas dari sebarang prajudis he was widely regarded by his contemporaries and biographers as liberal and free from any kind of prejudice, amat cekal dan berani mengutarakan pendapatnya tanpa teragak-agak. Dia percaya kepada kemajuan manusia dan "Tuhan Maha Bijaksana".Dia mengembara di kebanyakan tempat dan memberikan khidmatnya kepada beberapa putera dan pemerintah terutamanya diBaghdaddi mana dia mendirikan makmalnya. Sebagai guru dalam Perubatan dia menarik minat ramai pelajar dalam pelbagai bidang, baik, jujur, dan tegas bagi berkhidmat kepada pesakitnya, tidak kira kaya ataupun miskin.InstituteRazihari ini diTehran,Irandinamakan sempena namanya, dan 'Hari Razi' ('Hari Farmasi') disambut di Iran setiap27 Ogos.Isi kandungan[sorokkan] 1Riwayat hidup 2Guru Al-Razi dan Penentangnya 3Sumbangannya kepada perubatan 3.1Cacar lawan campak 4Buku kimia karangannya 4.1Buku pada alkimia 5Rujukan dan bacaan lanjut 6Bibliografi 6.1Sumber Silam 6.2Kajian Moden 7Edisi karya falsafah 8Pautan luarRiwayat hidup[sunting|sunting sumber]Dalambahasa Parsi,Razimembawa erti "daribandar Ray(juga dieja RAY, REY, atau RAI, Parsi silam RAGHA, Latin RHAGAE) dahulunya salah satu bandar besar di Dunia)", bandar silam di cerun selatan Dataran Elburz Range yang terdampar di selatan Laut Caspian, terletak berhampiranTehran,Iran. Di bandar ini (sepertiIbnu Sina) dia membuat kebanyakan pencapaian hasil kerjanya.Pada awal kehidupannya dia boleh menjadi sebagai seorang tukang emas (Baihaqi), pengurup wang (Cf.Ibn abi Usaibi'ah) tetapi lebih besar kemungkinannya sebagai pemain seruling yang menukar minatnya dalam muzik kepada alkhemi (cf. ibn Juljul, Sa'id,ibn Khallikan, Usaibi'ah, al-Safadi). Pada usia tiga puluh (menurut Safadi empat puluh) dia berhenti penyelidikannya dalam alkhemi kerana ujikajinya menyebabkan penyakit mata (Cf. al-Biruni), memaksanya mencari ahli perubatan dan ubat bagi menyembuhkannya. Al-Birflni, Baihaqi dan yang lain, menyatakan bahawa ini adalah sebab mengapa dia memulakan kajian perubatannya. Dia amat kuat belajar setiap hari dan malam. Gurunya adalah 'Ali ibn Rabban al-Tabari (Cf.al-Qifti, Usaibi'ah), seorang pakar perubatan dan ahli falsafah yang lahir di Merv sekitar 192/808 (meninggal. sekitar. 240/855).Al-Razi mendalami bidang perubatan dan kemungkinan juga bidang falsafah dengan ibn Rabban al-Tabari. Selepas itu minatnya dalam falsafah kerohanian boleh dikesan dari gurunya ini, yang merupakan anak kepada seorang Rabbai yang mahir dalam kitab keagamaan (Scriptures). Menurut Prof.Hamed Abdel-reheem Ead, Profesor Kimia di Fakulti Sains, Universiti Cairo (Cf. the Alchemy Website): " (...) Al-Razi mulai mempelajari perubatan selepas lawatan pertamanya keBaghdad, apabila dia berusia sekurang-kurangnya 30 tahun, di bawah ahli perubatan yang terkenal Ali ibn Sahl (Yahudi yang memasuki Islam, tergolong kepada sekolah perubatan Tabaristan atau Hyrcania yang terkenal. Dia menunjukkan kepakaran yang mendalam berkenaan bidang tersebut sehinggakan dia dengan pantas melepasi gurunya, dan menulis tidak kurang daripada seratus buku perubatan. Dia turut mengarang 33 penulisan (treatises) berkenaan sains semulajadi (tidak termasuk alkhemi),ilmu hisab dan astronomi (...)."Al-Razi menjadi terkenal dalam bandar asalnya sebagai ahli perubatan. Dia menjadi Pengarah (Direktor) hospital Rayy (Cf.ibn Juljul, al-Qifti, ibn abi Usaibi'ah), semasa pemerintahan Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad yang merupakan gabenor Rayy dari 290-296/902-908 bagi pihak sepupunya Ahmad ibn Isma'il ibn Ahmad, pemerintah Samanian kedua. Razi menujukan kitab perubatannyaal-Tibb al-'Mansurikepada Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad , yang disahkan dalam manuskrip tulis tangan dalam bukunya. Ini disanggah oleh ibn al-Nadim', tetapi al-Qifti dan ibn abi Usaibi'ah mengesahkan bahawa yang bernama Mansur sememangnya Mansur ibn Isma'il yang meninggal pada 365/975. al-Razi berpindah dari Rayy ke Baghdad semasa pemerintahan Khalifah Muktafi (sekitar.289/901-295/907) di mana dia sekali lagi menjawat jawatan Ketua Pengarah (Chief Director) hospital.Selepas kemangkatan al-Muktafi (295/907) al-Razi dikatakan kembali ke Rayy di mana dia mempunyai ramai pelajar dengannya. Sebagaimana diterangkan olehIbn al-NadimdalamFihrist, al-Razi ketika itu adalahSheikh(gelaran bagi seseorang yang berhak mengajar) "with a big head similar to a sack", dikelilingi oleh beberapa surrounded by several bulatan pelajar. Apabila seseorang sampai dengan soalan saintifik, soalan ini disampaikan kepada pelajar 'bulatan pertama'. Sekiranya mereka tidak mengetahui jawapannya, ia disampaikan kepada 'bulatan kedua'... dan seterusnya, sehingga pada akhirnya, apabila kesemua yang lain telah gagal memberikan jawapan, ia akhirnya sampai kepada al-Razi sendiri. Kita tahu bahawa salah seorang daripada pelajarnya menjadi pakar perubatan. Al-Razi merupakan seorang yang pemurah, dengan sifat perikemanusiaan terhadap pesakitnya, dan murah hati terhadap golongan miskin, Dia sering kali memberikan mereka rawatan penuh tanpa mengenakan sebarang bayaran, ataupun sebarang bentuk bayaran lain. Apabila dia tidak bersama pelajar atau pesakitnya, dia sentiasa menulis atau belajar.Fakta ini mungkin menjadi punca kepada melemahkan penglihatannya sehingga menyebabkan dia menjadi buta pada kedua belah matanya. Sesetengah mengatakan bahawa punca dia buta disebabkan dia makan terlalu banyak kacang (broad beans) (baqilah). Penyakit matanya bermula dengan katarak dan berakhir dengan buta sepenuhnya. Khabar angin menyebut dia enggan dirawat bagi katarak, mendakwa bahawa dia "telah melihat begitu banyak dunia sehinggakan dia tidak larat lagi melihatnya." Bagaimanapun, ini kelihatannya sebagai lelucuan dan bukannya berdasarkan fakta sejarah. Salah seorang penuntutnya dari Tabaristan datang bagi menjaganya, tetapi, menurut al-Biruni, dia enggan dirawat dan mengistiharkan bahawa ianya tidak berguna kerana waktu matinya telah dekat Beberapa hari kemudian dia meninggal di Rayy, pada 5 Sha'ban 313/27 Oktober 925.Guru Al-Razi dan Penentangnya[sunting|sunting sumber]Selain daripadaAli ibn Rabban al-Tabari, yang mengajar al-Razi perubatan,Ibn al-Nadimmengatakan bahawa indicates al-Razi mempelajari falsafah dengan al-Balkhi, yang telah jauh mengembara dan mengetahui banyak perkara mengenai falsafah dan sains kunu. Sesetengah turut mendakwa bahawa al-Razi attributed sebahagian buku al-Balkhi berkenaan falsafah kepada dirinya sendiri. Tidak banyak yang diketahui mengenai al-Balkhi, walaupun nama penuhnya.Penentang al-Razi, sebaliknya, diketahui ramai. Mereka termasuk yang berikut:1. Abu al-Qasim al-Balki, ketuaMu'tazilahdi Baghdad (m. 319/931), penulis semasa dengan al-Razi yang menulis banyak bangkangan terhadap buku al-Razi, terutamanya bukuIlm al-Ilahi. Percanggahannya dengan al-Razi menghasilkan (entailedpemikirannya berkenaan konsep 'Masa'.2. Shuhaid ibn al-Husain al-Balkhi, dengan mana al-Razi terbabit dengan banyak pertikaian; satu daripadanya adalah konsep 'Nikmat', dijelaskan dalam bukunyaTafdll Ladhdhat al-Nafsdi mana Abu Sulaiman al-Mantiqi al-Sijistani memetiknya dalam karangannyaSiwan al-Hikmah. Al-Balkhi meninggal sebelum 329/940.3. Abu Hatim al-Razi menjadi penentang al-Razi yang paling penting (m. 322/933-934) dan merupakan salah seorang pendakwah Isma'ili teragung. Dia menerbitkan pertikaian dengan al-Razi dalam bukunyaA'lam al-Nubuwwah. Disebabkan buku ini, pemikiran al-Razi berkenaan Rasul dan Ugama kekal sehingga kini.4. Ibn al-Tammar (kemungkinannya adalah abu Bakr Husain al-Tammar, menurut Kraus) merupakan seorang ahli perubatan dan dia turut mempunyai pertikaian dengan al-Razi, yang di rakamkan oleh abu Hatim al-Razi dalamA'lam al-Nubuwwah. Ibn al-Tammar tidak bersetuju dengan buku al-Razi,al-Tibb al-Ruhanitetapi al-Razi membalasnya. Malah, al-Razi menulis dua anti thesis (antitheses):(a) Jawapan pertama berkenaan pertikaian al-Tammar denganMisma'iberkenaan 'Jisim (Matter)'.(b) Jawapan kedua kepada pendapat al-Tammar pada 'Atmosphera penduduk dalam bumu (subterranean habitations)'.5.Yang berikut merupakan penulis yang disebut oleh al-Razi dalam penulisannya:(a) al-Misma'i, seorangMutakallim, yang menentang 'kebendaan (materialists)', dijawab oleh penulisan (treatise) al-Razi.(b) Jarir, pakar perubatan yang mempunyai teori berkenaan 'Memakan mulberries hitam selepas minum airtembikai'.(c) al-Hasan ibn Mubarik al-Ummi, kepada mana al-Razi menulis dua (epistles) dengan ulasan.(d) al-Kayyal, seorangMutakallim: al-Razi menulis buku berkenaanTheori berkenaan Imamnya.(e) Mansur ibn Talhah, sebagai pengarang buku "Makhluk", yang dikritik oleh al-Razi.(f) Muhammad ibn al-Laith al-Rasa'ili yang menentang alkhemist yang dipertikai oleh al-Razi.6. Ahmad ibn al-Tayyib al-Sarakhasi (m. 286/899), merupakan semasa yang lebih tua pada al-Razi. Al-Razi mempertikai pendapatnya mengenai 'rasa pahit'. Tambahan lagi dia membangkang gurunya Ya'qub ibn Ishaq al-Kindi, berkenaan penulisannya, dalam mana dia merendah-rendahkan alkhemist.Sumbangannya kepada perubatan[sunting|sunting sumber]Cacar lawan campak[sunting|sunting sumber]Pakar perubatan Al-Razi telahpun menyedari mengenai pentingnya kebersihan, seperti yang dapat dilihat dalam ketelitiannya ketika memilih tapak hospital Audidi. Al-Razi telah menggantungkan daging yang baru pada beberapa tempat yang dicadangkan sebagai tapak hospital Audidi dan memilih tempat yang daging menjadi busuk paling lambat. Konsep kebersihan udara dan tempat telah disedari oleh pakar perubatan Islam masa itu.Di Barat pula, ketika meletusnya Perang Crimea 1855, mereka yang tercedera dirawat di dalam hospital yang berkeadaan kotor dan tidak terurus. ApabilaFlorence Nightingalemerawat mangsa perperangan tersebut, konsep kebersihan masih tidak diberi penekanan dan hospital tentera didirikan di atas pembentungan. Ini menyebabkan, walaupun diberi penjagaan rapi oleh Florence Nightingale, jumlah kematian di hospital tersebut lebih tinggi berbanding hospital lain. Siasatan pada 1855 menyimpulkan bahawa kematian tersebut disebabkan kebersihan sekeliling (sanitasi) yang kurang baik.Buku kimia karangannya[sunting|sunting sumber]Buku pada alkimia[sunting|sunting sumber]

Buku Perubatan yang dikarang oleh al-Razi.Ini adalah buku yang ditulis oleh al-Razi berkenaan kimia (alchemy), kebanyakannya dalambahasa Parsi: Modkhele Taalimi Elaleh Ma'aaden Isbaate Sanaa'at Ketabeh Sang Ketabe Tadbir Ketabe Aksir Ketabe Sharafe Sanaa'at Ketabe Tartib,Ketabe Rahat,Buku Mudah Ketabe Tadabir Ketabe Shavahed Ketabe Azmayeshe Zar va Sim(Ujian pada Emas) Ketabe Serre Hakimaan Ketabe Serr(Buku berkenaan Rahsia) Ketabe Serre Serr(Rahsia pada rahsia) Buku pertama berkenaan Ujikaji Buku kedua berkenaan Ujikaji Resaale'ei Be Faan Arezooyeh Arezookhah Surat kepada wazir Ghasem bin Abdullah Ketabe TabvibRujukan dan bacaan lanjut[sunting|sunting sumber] M. M. Sharif,A History of Muslim Philosophy Paul Kraus,Opera Philosophica: this is the only edition of al-Razi's philosophical books and fragments still extant.Abi Bakr Mohammadi Filii Zachariae Raghensis or Opera Philosophica, fragmentaque quae superssunt.Collegit et edidit Paulus Kraus. Pars Prior. Cahirae MCMXXXIX. Only the first volume was published since Kraus's suicide prevented the publication of the second volume for which he already had gathered a great amount of material. This material was transferred, after his death, to the Institut Francais d'Archeologie Orientale, in Cairo; it still remains to be published. Walker, P. "The Political Implications of al-Razi's Philosophy", in C. Butterworth (ed.)The Political Aspects of Islamic Philosophy, Cambridge, MA: Harvard University Press, 61-94.(1992) Motazed, K.Mohammad Zakaria Razi Stolyarov II, H. "Rhazes: The Thinking Western Physician", in:The Rational Argumentator, Issue VI.(2002)[1]Bibliografi[sunting|sunting sumber]Sumber Silam[sunting|sunting sumber] Ibn al-Nadim,Fihrist, (ed. Flugel), pp. 299 et sqq. Sa'id al-Andalusi,Tabaqat al-Umam, p. 33 ibn Juljul,Tabaqat al-Atibba w-al-Hukama, (ed. Fu'ad Sayyid), Cairo, 1355/1936, pp. 77-78 al-Biruni,Epitre de Beruni, contenant le repertoire des ouvres de MuhammadibnZakariya ar-Razi, publiee par P. Kraus, Paris, 1936 al-Baihaqi,Tatimmah Siwan al-Hikma, (ed. M. Ghafi), Lahore, 1351/1932 al-Qifti,Tarikh al-Hukama, (ed. Lippert), pp. 27-177 ibn abi Usaibi'ah,Uyun al-Anba fi Tabaqat al-Atibba, Vol. I, pp. 309-21 abu al-Faraj ibn al-'Ibri (Bar-Hebraeus),Mukhtasar Tarikh al-Duwal, (ed. A. Salhani), p. 291 Ibn Khallikan,Wafayat al-A'yan,(ed. Muhyi al-Din 'Abd al-Hamid), Cairo, 1948, No. 678, pp. 244-47 al-Safadi,Nakt al-Himyan, pp. 249-50 Ibn al-'Imad,Shadharat al-Dhahab, Vol. II, p. 263 al-'Umari,Masalik al-Absar, Vol. V, Part 2, ff. 301-03 (photostat copy in Dar al-Kutub al-Misriyyah).Kajian Moden[sunting|sunting sumber] G. S. A. Ranking,The Life and Works of Rhazes, in Proceedings of the Seventeenth International Congress of Medicine, London, 1913, pp. 237-68. J. Ruska,Al-Biruni als Quelle fur das Leben und die Schriften al-Razi's, Isis, Vol. V, 1924, pp. 26-50. Al-Razi als Bahnbrecher einer neuer Chemie, Deutsche Literaturzeitung, 1923, pp. 118-24. Die Alchemie al-Razi's der Islam, Vol. XXII,pp. 283-319. Uber den gegenwartigen Stand der Razi-Forschung, Archivio di stori della scienza, 1924, Vol. V, pp. 335-47 H. H. Shader, ZDMG, 79, pp. 228-35 (see translation into Arabic by Abdurrahman Badawi inal-Insan al-Kamil,Islamica, Vol. XI, Cairo, 1950, pp. 37-44). E. O. von Lippmann,Entstehung und Ausbreitung der Alchemie, Vol. II, p. 181. S. Pines,Die Atomenlehre ar-Razi's in Beitrage zur islamischen Atomenlehre, Berlin, 1936, pp. 34-93. Dr. Mahmud al-Najmabadi, Shah Hal Muhammad ibn Zakariya, (1318/1900) *Encyclopaedie des Islams, s. v. (by Ruska). Gamil Bek,Uqud al-Jauliar, Vol. I, pp. 118-27. Izmirli Haqqi,Ilahiyat, Fak. Macm., Vol. I, p. 151; Vol. II, p. 36, Vol. III, pp. 177 et seq. Abdurrahman Badawi,Min Tarlkh al-Ilhad fi al-Islam Islamica, Vol. II, Cairo, 1945, pp. 198-228. Hirschberg,Geschichte der Augenheilkunde, p. 101. E. G.Browne,Arabian Medicine, Cambridge, 1921, pp. 44-53. M. Meyerhof,Legacy of Islam, pp. 323 et seq. F. Wstenfeld,Geschichte der Arabischen Arzte und Naturforscher, ftn. 98. L. Leelerc,Histoire de la medicine arabe, Paris, 1876, Vol. I, pp. 337-54. H. P. J. Renaud,A propos du millenaire de Razes, in bulletin de la Societe Irancaise d'Histoire de la medicine, Mars-avril, 1931, pp. 203 et seq. A. Eisen,Kimiya al-Razi, RAAD, DIB, 62/4. Aldo Mieli,La science arabe, Leiden, 1938, pp. 8, 16.Nasr,Science and Civilization in Islam, see. Razes:The Secret of Secrets, p.273, also pp.197-200, and Anawati:L'Alchemie arabe in Rased. A.J. Arberry (transl.),The spiritual Physik of Rhazes(London, John Murray 1950).Edisi karya falsafah[sunting|sunting sumber]SeeC. Brockelmannfor the manuscript of al-Razi's extant books in general, see Brockelmann,GAL, I, pp. 268-71 (second edition), Suppl., Vol. I, pp. 418-21.Cf.Paul Kraus:Abi Bakr Mohammadi Filii Zachariae Raghensis, Opera Philosophica, fragmentaque quae superssunt. Collegit et edidit Paulus Kraus. Pars Prior. Cahirae MCMXXXIX.

Abu Al-Qasim Al-ZahrawiDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abu al-Qasim Khalaf ibn al-Abbas al-Zahrawi(lahir936M, meninggal dunia1013M), (nama penuh dalamBahasa Arab: ) dikenali di Barat dengan gelaranAbulcasisdan dianggap sebagai "Bapa Bedah Moden". Al-Zahrawi merupakan seorang ahli bedah yang tinggal diAl-AndaluspadaZaman Pertengahandan dianggap pakar bedah terulung pada zamannya.[1]Sumbangan terbesar beliau kepada bidang perubatan ialah kitabnyaAl-Tasrif, sebuah ensiklopedia yang mengandungi 30 jilid.[2]Beliau melopori bidang pembedahan dengan prosedur serta alat-alat pembedahan yang memberi kesan yang kuat bukan sahaja di dunia Timur, tetapi juga di dunia Barat sehinggalah ke zaman sekarang sehinggakan beberapa hasil kajiannya masih digunakan dalam dunia perubatan. Beberapa alat pembedahan yang dicipta beliau termasuk alat-alat pemeriksaan telinga dan saluran kencing.[3]Beliau merupakan ahli perubatan yang pertama yang memerikankandungan luar rahim(ectopic pregnancy) dan juga ahli perubatan pertama yang memerikan sifat keturunan penyakithemofilia.[3]Kitab al-Tasrif[sunting|sunting sumber]Rencana utama:Al-Tasrif

Treatis perubatan karya al-Zahrawi, Kitab al-Tasrif, memuatkan 30 jilid. Kitab ini disiapkan pada tahun 1000 M dan merangkumi tajuk-tajuk yang luas termasuk sainspergigiandanperbidanan. Maklumat yang terkandung dalam al-Tasrif dikumpulkan sepanjang kerjaya al-Zahrawi selama hampir 50 tahun termasuk segala latihan, pengajaran dan amalan al-Zahrawi sebagai seorang doktor Zaman Pertengahan. Dalam kitab tersebut beliau menulis tentang pentingnya pertalaian positif antara perhubungan doktor dengan pesakit. Beliau juga menulis dengan nada sayang tentang anak muridnya yang dianggapnya sebagai "anak-anakku". Beliau menitikberatkan penjagaan pesakit tanpa menghiraukan status sosial mereka. Beliau menggalakkan pemerhatian rapi kes-kes individu bagi tujuan membuat diagnosis tepat dan rawatan yang terbaik.Kitab al-Tasrif yang diterjemahkan oleh Gerard dari Cremona daripada bahasa Arab ke dalam bahasaLatinsebelum diterjemahkan ke dalam bahasaHebrew,Perancisdan Inggeris. Pakar bedah Perancis yang terkenal, Gus de Ghauliac (1300-1368M) menjadikan tulisan al-Zahrawi sebagai bahan tambahan dalam buku bedahnya. Al-Tasrif menjadi bahan rujukan selama 5 abad di Universiti Salerno diItali, Universiti Montpellier diPerancisdan beberapa universiti lain di Eropah. Menurut Dr.Campbell di dalam bukuHistory of Arab Medicine, prinsip-prinsip sains perubatan al-Zahrawi sebenarnya mengatasi karya Galen di Eropah.Mahupun tidak diberi penghargaan sewajarnya,al-Tasrifal-Zahrawi memerikan kedua-dua apa yang kemudiannya akan disebut "kaedah Kocher" bagi rawatan bahu terkehel, dan "kedudukan Walcher" dalam bidangobstetrik.Al-Tasrifmemerikan bagaimana mahu mengikat pembuluh darah hampir 600 tahun sebelumAmbroise Pare, dan merupakan buku pertama yang tercatat yang merakam beberapa peranti pergigian serta penjelasan tentang sifat kewarisan penyakithemofilia.[3]Beliau juga merupakan orang yang pertama yang memerikan prosedur pembedahan bagi mengikat arteri temporal untuk mengubati penyakit migrain, juga hampir 600 tahun sebelum Pare merakamkan yang beliau telah mengikat arteri temporalnya sendiri untuk merawat sakit kepala yang mirip pemerian migrain kontemporari.[4]Justeru, al-Zahrawi merupakan orang pertama yang memerikan prosedur pembedahan untuk migrain yang menikmati kebangkitan semual dalam abad ke-21, diketuai seorang pakar bedah Afrika Selatan,Elliot Shevel.