IBNU BATUTAH

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Titas

Citation preview

Slide 1

Waj 3101 titasIBNU BATUTTA

Disediakan oleh:Noor Azila binti ZainiSiti Nordiana binti RaduanPROFIL Nama Penuh Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta Nama Gelaran (sejak kecil) Syamsuddin bin Battutah Tarikh & Tempat Lahir17 Rejab 703 H 24 Februari 1304 Tangier, Morocco

Tarikh & tempat meninggalTahun 1377 di MoroccoLahir dan meninggal di tempat yang sama selepas mengembara

Pendidikan

Mengkaji Al-Quran dengan teliti sejak kecilMendalami ilmu-ilmu fikh dan sastera serta syair Arab. Pakar dalam teologi dan undang-undang Islam (21 tahun)

Riwayat Hidup

Mulakan pengembaraan semasa umur 21 tahunKembali ke tempat asal pada umur 44 tahun Hampir 24 tahun pengembaraan73,000 batu (117,000 -120,000km)Menjelajah ke 44 buah negara

Pengembaraan ibnu batuttaPERMULAAN (Jun 1325M) Dari Tangier (tempat kelahiran) beliau mula memulakan perjalanan menuju ke Makkah untuk menunaikan haji.Beliau melalui Afrika Utara Iskandariah Dimyath Kaherah Palestin Damsyik Ladzikiyah - Allepo.Pintu menuju Makkah terbuka dihadapannya setelah beliau melihat satu kafilah sedang bergerak untuk menunaikan ibadat haji ke Tanah Suci dan kemudiannya beliau bergabung dengan rombongan itu.

Beliau menetap di Makkah selama dua tahun untuk mendalami ilmu dan mengunjungi tempat-tempat suci Islam.Di Kota Suci inilah keinginan beliau tercetus untuk mula mengembara. Beliau tidak langsung pulang ke Tangier, Morocco dan meneruskan pengembaraannya ke Yaman menggunakan jalan laut-Aden, Mombosa, Timur Afrika - Kulwa.Kemudian beliau kembali ke Oman Makkah (menunaikan Haji pada 1332 M) melalui Hormuz, Siraf, Bahrin dan Yamama.

PENGEMBARAAN KEDUA (1326M)Dari Mekah beliau mula melajah ke Syam dan Laut Hitam Bulgaria Roma Rusia - Turki serta pelabuhan terpenting di Laut Hitam iaitu Odesia, kemudian menyusuri sepanjang Sungai Danube. Beliau berlayar dengan menyeberangi Laut Hitam ke Semenanjung Crimea dan mengunjungi Rusia Selatan dan seterusnya ke India.Di India, beliau pernah diangkat menjadi kadi. Beliau kemudian bergerak lagi ke Sri Langka, Indonesia, dan Canton. Kemudian Ibnu Battuta mengembara pula ke Sumatera, Indonesia dan melanjutkan perjalanan melalui laut Amman dan akhirnya meneruskan perjalanan darat ke Iran, Irak, Palestin, dan Mesir.

PENGEMBARAAN KETIGA (1328M) Bermula di pantai timur Afrika Tanzania - kembali lagi ke Makkah (ibadah haji yang ketiga)melalui jalur laut ke Teluk Persia dan kembali ke kota suci melalui jalan darat.Perjalanan pengembaraan beliau diteruskan ke wilayah Asia Tengah-Anatolia-Turki Asia (Singgah Istanbul, Turki) - belayar ke Laut Hitam ke wilayah Asia Tengah - Afghanistan

Pada tahun 1334,pengembaraan beliau bermula dari wilayah Sungai Volga,menerobos wilayah Afghanistan melalui Kabul hingga ke Delhi, India.Di Delhi, beliau bekerja di pengadilan Delhi yang pada masa itu adalah termasuk negeri muslim. Dengan gajinya yang tinggi beliau hidup sejahtera selama di India.

PENGEMBARAAN KEEMPAT (1342M) Pada tahun 1342 sultan di Delhi mengutus beliau melakukan perjalanan ke China sebagai Duta Besar.Beliau melakukan pelayaran melalui Kepulauan Maldiva, Sri Lanka, Bangladesh, Myanmar, Kepulauan Andaman, Aceh, Selat Malaka, Singapura, menerobos Laut China Selatan, berlabuh dan meneruskan perjalanan darat ke Beijing. PENGEMBARAAN KELIMA (1346M) Beliau memulakan perjalanan pulang dari Beijing, selama empat tahun perjalanan darat dan pelayaran laut, beliau kembali ke kota kelahirannya Tangier.Di Morocco, Ibnu Battuta meneruskan perjalanan menyeberangi Laut Tengah ke Andalusia (wilayah Spanyol selatan), kembali lagi dan menerobos gurun Sahara hingga ke Mali, wilayah Afrika barat.

PENGAKHIRAN (1354M) Beliau kembali ke tanah kelahirannya dan menetap di kota Fez dan berbaik dengan Sultan Morocco iaitu Sultan Abu 'Inan. Sultan sangat kagum dengan perjalanan Battuta dan meminta Battuta menuliskannya ke dalam sebuah buku, yang dikenal berjudul Rihla atau My Travel.

Kitabkitab yang berjudul Tuhfat al-Nazhar, Ibnu Battuta menuturkan telah bertemu dengan tujuh raja yang memiliki kelebihan yang luar biasa. Ketujuh raja yang dikagumi Ibnu Battuta itu antara lain:

Raja Iraq - berbudi bahasaRaja Hindustani - sangat ramahRaja Yaman - berakhlak muliaRaja Turki - gagah perkasaRaja Romawi - sangat pemaafRaja Melayu Malik Al-Zahir -berilmu pengetahuan luas dan mendalamRaja Turkistan

Sekian terima kasih..