HBEF2703 CO - CURRICULUM

  • Upload
    noomder

  • View
    229

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

m

Citation preview

HBEF2703

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2014 SEMESTER 2HBEF2703CO - CURRICULUM

NAMA : TAN CHAI GEOK NO. MATRIKULASI : 840626055284001 NO. KAD PENGNEALAN : 840626055284

NO. TELEFON : 013-6568167

E-MAIL : [email protected] NAMA TUTOR : EN. HAMID BIN AWANG PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

NEGERI SEMBILANISI KANDUNGAN

PERKARAMUKA SURAT

1.0Pengenalan 2

2.0Tujuan masyarakat bermain permainan tradisional 3

3.0Jenis-Jenis Permainan Tradisional Yang Terdapat Dalam Masyarakat Berbilang Kaum Di Malaysia.4

3.1 Jenis Permainan Tradisional Kaum Melayu a) Galah Panjang

b) Batu Seremban4 - 8

3.2 Jenis Permainan Tradisional Kaum Cina

a) Yoyo Cina

b) Mahjong9 - 11

3.3 Jenis Permainan Tradisional Kaum India a) Kabaddi

b) Kho-kho11 - 14

4.0Kelebihan Dan Manfaat Penganjuran Pertandingan Permainan Tradisional14

5.0Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi Untuk Mempopularkan Permainan Tradisional Dalam Zaman Teknologi Sekarang.16

6.0Kesimpulan17

Rujukan18

Latar Belakang1.0 Pengenalan

Permainan tradisional merupakan permainan yang diwarisi dari generasi terdahulu. Permainan ini diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh masyarakat pada masa ini. Antara jenis permainan tradisonal yang ada di negara kita ialah wau, gasing, congkak dan sebagainya.

Pada masa dahulu, permainan tradisional telah dijadikansebagai sumber hiburankepada masyarakat. Contohnya, pertunjukan permainan tradisional diadakan semasa sesuaatu majlis keramaian atau semasa pesta kebudayaan. Hal ini dapat memberi hiburan kepada orang ramai di samping memupuk minat mereka terhadap permainan tradisional.

Permainan tradisional perlu dikekalkan kerana mempunyai keunikan yang tersendiri. Pihak sekolah haruslah menubuhkan Kelab Permainan Tradisionalbagi mendedahkan generasi muda dengan pelbagai jenis permainan tersebut. Melalui kelab tersebut, pelajar dapat mempelajari peraturan dan cara sesuatu permainan itu dimainkan.

Menurut Atik Soepandi, Skar dkk. (1985-1986), permainan adalah perbuatan untuk menghibur hati baik yang mempergunakan alat ataupun tidak mempergunakan alat. Sedangkan yang dimaksud tradisional adalah segala sesuatu yang dituturkan atau diwariskan secara turun temurun dari orang tua atau nenek moyang.Kebanyakan permainan tradisional dicetuskan dari pengalaman kehidupan sesuatu bangsa seperti berdasarkan pekerjaan, sumber ekonomi dan kehidupan sosial sesuatu bangsa atau keturunan. Bahan atau sumber yang digunakan dalam permainan tradisional biasanya boleh diperolehi di sekitar atau di sekeliling kita. Kebanyakan permainan tradisional di Malaysia tidak memerlukan alat yang khusus. Biasanya alatan yang digunakan dalam permainan ini mudah diperolehi sama ada dalam bentuk bahan tempatan yang mudah dan murah atau bahan kitar semula.2.0 Tujuan Masyarakat Bermain Permainan TradisionalTujuan permainan tradisional adalah aktiviti yang dirancang untuk mengisi masa lapang, merayakan sesuatu pesta atau perayaan dan meningkatkan ukhuwah antara peserta. Ia dapat meningkatkan kemahiran psikomotor dan kecergasan di kalangan peserta. Selain itu,permainan tradisional merupakan aktiviti sukarela tanpa paksaan atau tekanan. ia dimainkan bertujuan bagi mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Permainan tradisional adalah kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Bagi permainan tradisional yang menggunakan fizikal dapat membantu kita membina kecergasan berasaskan kesihatan dan kemahiran seperti, kekuatan kardiovaskular, kelenturan, daya tahan otot, kekuatan otot, ketangkasan, imbangan, koordinasi, kuasa, masa tindak balas dan kelajuan. Contohnya, permainan dam dan congkak adalah permainan yang memerlukan pemainnya berfikir dan mendorong mereka menggunakan fikiran untuk menyelesaikan masalah.3.0 Jenis-Jenis Permainan Tradisional Yang Terdapat Dalam Masyarakat

Berbilang Kaum Di Malaysia.Oleh kerana permainan tradisional lahir daripada budaya dan sosiologi masyarakat, maka permainan tradisional wujud dalam pelbagai variasi pertandingan. Permainan tradisional dipertandingkan dalam dua jenis bentuk iaitu dalam bentuk individu (dipertandingkan antara individu dengan individu yang lain ) atau pun berkumpulan ( di pertandingan lebih dari seorang dalam satu kumpulan). Di bawah jadual menyenaraikan antara jenis-jenis permainan tradisional mengikut permainan secara individu dan berkumpulan.3.1 JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU a) Galah Panjang ( Berkumpulan) Galah panjangadalah sejenispermainantradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah panjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.Sejarah Permainan Galah PanjangAsal usul permainan ini sukar untuk diketahui dan siapakah yang menciptanya. Ini disebabkan pemainan Galah Panjang telah dimainkan seawall tahun 1960-an dan terus berkembang ke serata Tanah Melayu.Permainan ini bukan sahaja dimainkan di Tanah Melayu, tetapi juga di negara-negara lain seperti Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand. Namun begitu nama dan corak permainan telah berubah mengikut masyarakat setempat.Peraturan / Cara Permainan Galah PanjangCara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan kepantansan setiap pemain.1.Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.2.Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.3.Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.4.Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang.5.Penjaga akan menjaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.6.Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.7.Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.Syarat permainan

1. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.

2. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.

b) Batu Seremban ( Individu atau Berpasangan ) Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek yang berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.Peraturan / Cara Permainan Batu SerembanBuah Satu

Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai. Berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.Buah DuaCara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.Buah TigaBuah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.Buah Empat

Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.Buah Lima

Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.Buah EnamDitahap buah enam terdapat perbezaan. Ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai sehingga selesai.

Buah Tujuh

Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementara itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi di sebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkan hendaklah juga disambut.MenimbangSetelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapat mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.

Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.Mati permainanSekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati ( permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.3.2 JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA

a) Yoyo Cina ( individu ) PermainanYo-Yo Cinaadalah mainan dariChinayang terdiri daripada dua cakera yang sama saiz disambungkan dengan gandar yang panjang. Satu gerakan seli mengangkat dan menjatuhkan dengan menggunakan dua batang, setiap satu yang dipegang dalam satu tangan, membolehkan yo-yo berputar pada tali yang diikat di antara batang kayu.

Pada zaman moden, ia digunakan sebagai mainan kanak-kanak dan sebagai alat persembahan di sarkas dan juga terdapat dalam tarian Cina. Permainan ini boleh dimainkan dengan pelbagai gaya yang boleh menjadi semudah melontar yo-yo ke udara atau melambung di sekitar belakang pengguna.Yo-yo barat ia mengekalkan gerakan berputar melalui kesan berputar berdasarkan pemuliharaan momentum sudut.

Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejakDinasti Minsekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi.Perbuatan Yoyo Cina

PembuatanYo-yo Cinatradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetengah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.Bagaimanapun,yo-yo cinasekarang diperbuat daripada plastik untuk menambah daya tahan.Manakalatongkatmasih menggunakan kayu keras sebagai bahan utama, tongkat yang diperbuat daripada kayu lebih murah dan lebih sesuai kepada pemula. Ada juga tongkat yang diperbuat daripadaaluminiumLucite,karbon,logamdanFibreglass. Fibreglass bersifat ringan dan kuat. Tongkat logam menawarkan sifat ringan tanpa mengurangkan kekuatan dan merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang ingin melakukan "high stress whips" dan trik-trik yang lain. Sesetengahyo-yo cinamempunyai alur dipasang di tepi cakera, alur ini menbolehkan yo-yo cina membuat suara bersiul apabila berputar dengan kelajuan tinggi.Peraturan / Cara Permainan Yoyo CinaYo-yo Cinajuga dikenali sebagaiDiabolomemerlukan pemainnya memegang stik kayu yang diikat dengan tali nilon dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Fungsi stik kayu tersebut ialah sebagai alat untuk menggerakkan tali nilon mengikut cara yang dihendaki. Pemain perlu mengimbangi yo-yo daripada terjatuh dan memutarkan diabolo dengan laju untuk melakukan pelbagai aksi yang mengagumkan. Diabolo yang ringan mudah digunakan tetapi putarannya mungkin hanya seketika. Kebanyakan pemain yang handal akan memilih diabolo berat untuk melakukan pelbagai aksi. Diabolo mudah dipelajari tetapi mengambil masa panjang untuk menjadi mahir.b) Mahjong ( individu )

Mahjong berasal dari China pada abad ke- 19. Permainanuntuk 4 pemain. Permainan inimemerlukan kemahiran, strategi, dan pengiraan termasuk satu tahap nasib. Di Asia, mahjong popular sebagai perjudian dan permainan komputer. Mahjong dipercayai dicipta oleh Konfusius dalam 500SM Pemerintah Peoples Republic of China dilarang Mahjong padatahun 1949, dan dimain setelah revolusi Kebudayaan. Ada 13 variasi utama aturan Mahjongseperti variasi Asia termasuk Kanton, CinaKlasik, Sichuan, Jepang, Taiwan, Singapura,Fujian, Filipina dan Vietnam.

Peraturan / Cara Permainan Mahjong

Seat empat pemain, satu di setiap sisimejakartu. Semua ubin Mahjong dishuffle dengan permukaan menghadap bawah.Setiap pemainmemilih 36 ubin, lalu meletakkandalam barisan lurus ubinpanjang 18 ubin dan duaubin tinggi. Semuaubin dibangun di tengahmejadalam 4baris dan berbentuk kotak dengan ujung menyentuhsudut-sudut kotak.Tunggu pemainyang menang akhiratau pemain kursidi sebelah timur.Jika bermulapermainan baru, gulung dadu dan mula dengan dinding yang dibangun mengira setiapdinding mengikut arah jam berakhir dengan nomborpada dadu.Pemain akhir pada dindingmemutar dadu lagi untuk menambahkanroll gulungan sebelumnya danmula dari tangankanan tepi dinding mengira ubin mengikut arah jamuntuk jumlah kedua roti.Hapus tumpukan 2 ubin pemain selesai menghitung pada, bersama dengan 14 ubin di sebelahkanan mereka. Tempatkan dua ubin di atas dari 14 dan meletakkannya ke samping. Koleksiini disebut Kong Box3.3 JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA

a) Kabaddi ( Berkumpulan )

Kabaddimerupakan sebuah sukan tradisional dariAsia Selatan. Nama ini berasal daripadaperkataan Tamil(-) "kai" (tangan) dan "pidi" (tangkap) yang bermaksud "Memegang Tangan".[1]Dua pasukan menduduki bahagian yang bertentangan dengan kolam renang yang kecil atau padang. Masing-masing mengambil tempat dengan menghantar "penyerang" ke dalam bahagian pihak lawan untuk mendapatkan mata dengan menarik pasukan lawan. Kemudian, penyerang cuba untuk kembali ke bahagian pasukannya sendiri, menahan nafas dan melaungkan perkataan "Kabaddi" semasa serbuan. Penyerang tidak boleh melintasi lobi melainkan dia menyentuh pihak lawan. Jika dia tetap berbuat demikian, dia akan dianggap sebagai "terkeluar". Terdapat juga garisan bonus yang memastikan mata tambahan dapat dipungut oleh penyerang jika dia berjaya untuk menyentuhnya dan kembali semula ke tempat asal pasukannya.

Peraturan / Cara Permainan KabaddiSatu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya.

Pemain yang telah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang.

Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang.

PemarkahanSetiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona, manakala semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menang.

Pemain-2 pasukan (7 orang setiap pasukan)

Masa 20 minit

b) Kho-Kho ( Berkumpulan )

Kho-Khomerupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang berasal dariMaharashtraini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawaKho-Khomerupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain.Permainan Kho-Kho membangunkan sifat-sifat seperti ketaatan, disiplin, kesukanan, dan kesetiaan antara ahli pasukan.Sejarah PermainanPeraturan permainan telah dirangka pada awal abad ke-20,di Gymkhana Poona.Satu jawatankuasa telah ditubuhkan pada tahun 1914,membentuk peraturan. Peraturan pertama padaKho-Kho telah diterbitkan dari Gymkhana Baroda, pada tahun 1924. Pada 1959-60, negara pertama kejohananKho-Khotelah dianjurkan di Vijayawada (Andhra Pradesh). Pihak kerajaan telah memulakan pemberian anugerah permainan Kho kho dan Arjuna Award, Anugerah Eklavya untuk lelaki, Rani Laxmi Bai mendapat anugerah wanita,Veer Abhimanyu untuk kanak-kanak lelaki di bawah umur 18 tahun, dan anugerah Janaki untuk kanak-kanak perempuan bawah 16 tahun.Peraturan / Cara Permainan Kho-Kho

Bagi permainankho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain. Namun,hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainankho-khoini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainanKho-Khoini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.

Kho-Khoboleh dimainkan oleh lelaki, wanita, dan kanak-kanak dari semua peringkat umur. Permainan ini dimainkan di kawasan yang lapang dan peralatan yang diperlukan adalah dua tiang. Permainan berlangsung tidak lebih daripada 37 minit.

4.0 Kelebihan Dan Manfaat Penganjuran Pertandingan Permainan TradisionalPermainan tradisional bukanlah sesuatu pertandingan ke arah permainan profesional, sebaliknya konsep permainan tradisional adalah untuk berhibur dan memenuhi masa lapang. Di sini, dapatlah dirumuskan bahawa permainan tradisional lebih bersifat permainan daripada pertandingan.

Permainan tradisional merupakan permainan untuk beriadah. Ia dilihat berupaya menangani masalah tekanan hidup harian pengamalnya dan membentuk kehidupan yang bermotivasi. Oleh itu, permainan tradisional dilihat berupaya membentuk kesihatan emosi yang baik.

Permainan tradisional sebagai medan yang baik untuk membentuk komunikasi yang berkesan antara permain sepasukan dan pemain lawan yang seterusnya akan merangsang ukhuwah atau tali persaudaraan.

Sosiologi atau proses kemasyarakatan merupakan satu proses sepanjang hayat yang perlu dilalui oleh seseorang individu. Permainan tradisional akan dapat memudahkan individu untuk menerapkan kebudayaan, nilai, sikap dan sahsiah sesuatu bangsa atau masyarakat. Oleh kerana sifat permainan tradisional yang lebih menekankan persahabatan dan kebudayaan permainan tradisional merupakan alat yang baik dalam proses sosiologi. Seperti permainan yang lain, permainan tradisional juga dilihat dapat membentuk kecergasan fizikal dan mental pemainnya. Permainan tradisional dapat membentuk kemahiran motor yang berguna dan bermakna kepada pengamalnya. Dengan kata lain, permainan tradisional memberi peluang yang terbaik kepada pengamalnya untuk membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal.

Permainan tradisional yang melibatkan aktiviti fizikal dilihat dapat membentuk kecekapan mengawal anggotanya dalam pelbagai situasi pergerakan dan konteks persekitaran yang pelbagai. Pengurusan badan merangkumi:

(a) Penjagaan postur yang betul;

(b) Pengawalan dan imbangan tubuh dalam sesuatu situasi;

(c) Pengaruh ritma dalam pergerakan badan;

(d) Koordinasi pergerakan yang cekap;

(e) Pergerakan merentasi lantai; dan

(f) Penggunaan ruang5.0 Cabaran-cabaran yang dihadapi untuk mempopularkan permainan tradisional

dalam zaman teknologi sekarang.

Generasi muda didedahkan dengan permainan tradisional ini Diperkenalkan di sekolah sebagai salah satu aktiviti kokurikulum. Penubuhan persatuan permainan dan sukan di sekolah seperti Kelab Permainan Tradisional, aktiviti pertandingan antara pelajar sekolah atau peringkat daerah dan negeri. Peranan media elektronik Sistem televisyen tempatan sama ada kerajaan dan swasta harus lebih gigih menyiarkan rancangan tentang cara-cara bermain permainan tradisional ini. Dilaksanakan secara kreatif dan inovatif pasti dapat menarik minat mendalam terutama kepada generasi muda. Peranan Kementerian Penerangan, Komunikasi , Kebudayaan dan Warisan Menganjurkan pertandingan dan tunjuk cara serta pameran permainan tradisional bagi menarik minat para pelancong dari dalam dan luar negara. Pesta Layang-Layang di Pasir Gudang, Johor. Peranan Kementerian Belia dan Sukan Melalui persatuan-persatuan belia harus berusaha mengetengahkan beberapa jenis permainan kepada ahli-ahli dan menjadikannya sebagai aktiviti pertandingan. Permainan tradisional ini dapat dijadikan hobi oleh kaum muda juga-orang dewasa kerana asyik dan menarik dimainkan. Dapat menghindarkan daripada terjebak dalam aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak, berfoya-foya dan berpeleseran Peranan syarikat swasta atau korporat Menaja pertandingan permainan tradisonal ini. Penyertaan terbuka kepada orang ramai Menjadi penganjur atau menyediakan hadiah-hadiah yang menarik. Pertandingan dijalankan di kawasan lapang atau tempat tumpuan orang ramai seperti Pesta Layang-Layang di Pasir Gudang,Johor.6.0 KesimpulanPermainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya menjaditak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Secara tidak langsung, permainan tradisional dapat mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia. Selain itu, permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa. Saya berharap permainan tradisional di Malaysia akan teruspopular dalam carta kehidupanrakyat dan terus diminati sebagai hobi yang berfaedah. ( 3092 patah perkataan)Rujukan :Permainan tradisional. ( 2013 ). [Online]. Available:

http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/permainan_tradisional. [2013, March 05]Wikipedia Ensiklopedia bebas. (2010). [Online]. Available:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Permainan_tradisional_Malaysia.[2013, March 05]

7

_1456037027.bin