HBEF2503 Topik 3

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 3

    1/17

     

      PENGENALAN

    Pengkaji novis yang menjalankan kajian kali pertama akan berhadapan dengan beberapa halangan di peringkat permulaan. Ini termasuk bagaimana hendakmemulakan kajian, bagaimana hendak memilih topik atau bidang kajian,responden yang hendak dipakai dan berapa banyak data yang perlu dikutip.Semua ini dan beberapa halangan perlu ditangani oleh pengkaji dengan bantuantutor atau tutor penyelia dengan berpandukan beberapa tatacara yang diberikandalam topik ini.

    MOTIVASI KAJIANKita menjalankan kajian dengan tujuan tertentu. Antara tujuan kajian ialah:

    (a)  Menyelesaikan masalah kritikal yang memerlukan tindakan segera;

    (b)  Membawa perubahan kepada amalan pendidikan yang wujud pada masaini; dan

    (c)  Menghasilkan penemuan baru, ilmu baru atau produk yang berguna dalampendidikan.

    3.1

    TTooppii

    33

    Masalah Kajian

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1.  Mengenal pasti masalah kajian;

    2.  Menentukan tujuan dan objektif kajian;

    3.  Membina soalan dan hipotesis (jika ada) kajian; dan

    4.  Menulis Bab 1 cadangan kajian.

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 3

    2/17

        TOPIK 3 MASALAH KAJIAN 48

    Sebagai pengkaji, tentu sekali anda mahu mengkaji topik tertentu yang andasendiri mempunyai kepakaran mengenainya atau anda sendiri meminatinya.Sekiranya latar belakang anda biologi, misalnya, tentu sekali anda tertarik untuk

    menjalankan kajian tentang pendidikan biologi. Contohnya, bagaimanamenjadikan pembelajaran biologi lebih menarik. Jika anda guru bahasa Inggeris,mungkin anda ingin meneroka cara baharu untuk mempertingkatkan kefasihan

     berbahasa pelajar anda. Ini ialah dua topik daripada beberapa topik yang bolehanda terokai. Namun, anda perlu mengambil kira bidang kepakaran anda,kekangan masa dan sumber yang boleh anda dapat.

    Setelah anda memutuskan bidang yang hendak dikaji, tugas pertama andaadalah untuk mengenal pasti masalah kajian. Ini membawa maksud masalahuntuk ditangani oleh kajian anda. Justeru, anda perlu mengetahui bidang yang

    hendak dikaji seperti sama ada topik ini sudah atau belum dikaji dan melakukanpembacaan tentang masalah yang sering berlaku dalam bidang ini. Sebenarnya, banyak cara kita boleh lakukan untuk menyempurnakan tugas ini. Padaperingkat permulaan, anda boleh berhubung dengan rakan sejawat anda untukpercambahan idea. Anda boleh juga mengambil sesuatu daripada pengalamananda sendiri atau pengalaman yang anda peroleh daripada kerja lapangan ataudaripada makalah jurnal atau maklumat yang anda peroleh daripada agensikerajaan dan sebagainya.

    3.1.1 Latar Belakang Masalah Kajian

    Sampai masanya, kita memberi perhatian kepada topik kajian yang telah kitadiputuskan. Sebagai analogi, bencana tsunami yang berlaku pada 26 Disember2004 telah mengakibatkan kesengsaraan yang tidak terkira; ramai kanak-kanakkehilangan ibu bapa mereka dan menjadi yatim piatu di Banda Acheh. Merekasengsara kerana kurang makanan, penyakit yang berleluasa dan ada antaranyamenghadapi masalah psikologi, kejutan kehilangan rumah tangga dan orangyang disayangi. Permasalahan ini telah didokumentasikan dengan begitu baiksekali dalam media massa (televisyen, surat khabar tempatan dan luar negara).Permasalahan ini amat kritikal sekali dan sekiranya tidak diselesaikan dengan

    segera akan mengakibatkan gangguan kepada kesihatan mental dan emosikanak-kanak. Apakah yang boleh dilakukan oleh kaunselor untuk membantukanak-kanak ini? Bagaimanakah sumber kewangan boleh disalurkan dengansegera untuk misi penyelamat ini?

    Kajian pendidikan juga bersifat demikian iaitu kita mulai dengan kawasanmasalah.

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 3

    3/17

      TOPIK 3 MASALAH KAJIAN   49

    (a)  Apakah masalah atau isu yang wujud?

    (b)  Siapakah yang menyatakan itu suatu isu?

    (c)  Apakah data yang boleh membuktikan ia ialah suatu isu?

    Persoalan ini perlu dihuraikan oleh pengkaji dalam Bab 1 kertas cadangannya. Berikutadalah suatu contoh masalah dalam pendidikan (Nor Azizah Salleh, 1998):

    Menerap Nilai nilai Murni melalui Pembelajaran Koperatif dalam Sains

    Latar Belakang Masalah Kajian

    Sekolah ialah institusi kedua yang mustahak selepas institusi keluarga.Kanak-kanak menghabiskan 11 tahun di sekolah untuk membolehkan guru

    membentuk tingkah laku mereka dan menerap nilai murni, mengajar dan juga mendisiplinkan mereka. Ini merupakan hasil pembelajaran seperti yangterkandung dalam falsafah pendidikan yang guru mempunyai perananmenghasilkan individu yang seimbang daripada segi emosi, intelek danrohaninya. Enam belas nilai murni telah dikenal pasti yang perlu diterapmerentas kurikulum. Tanpa nilai murni ini, manusia akan terjebak dalam

     jenayah seperti pembunuhan, rompakan dan salah guna wang kerajaan.Berita seperti ini sering diketengahkan oleh media massa atau surat khabartempatan. Misalnya, terdapat 30,598 orang penagih dadah dan 90% daripadamereka adalah dalam lingkungan umur 16 hingga 34 tahun. (Nor Azizah

    Salleh, 1998). Terdapat 2,659 belia terlibat dalam jenayah yang berkaitdengan harta dan seks (Faridah Majid, 1997). Masalah disiplin yang berkaitdengan gejala ponteng dan salah laku telah dikenal pasti di sekolah yang

     jumlahnya ialah 3,472 buah sekolah rendah dan menengah (Mohd NorDaim, 1996). Perincian dalam jenayah yang lain telah direkodkan dalamprosiding Konvensyen Kebangsaan terhadap Moral dan Nilai dalamPendidikan (Fakulti Pendidikan, UKM, 1997). Berdasarkan fakta ini, kajiandijalankan untuk menerap nilai murni dengan persoalan kajian: “Bolehkahpembelajaran koperatif dalam sains dapat menerap nilai murni penyayang,ikhlas, rasional, kebebasan kendiri, kerjasama, rajin serta bersih dari segi

    mental dan fizikal. Pembelajaran koperatif ialah pembelajaran dalamkumpulan kecil iaitu antara empat hingga lima orang pelajar danmempunyai ciri-ciri pertanggungjawaban, sifat tolong-menolong, kemahiransosial dan komunikasi. Tinjauan literatur telah menunjukkan bahawapembelajaran koperatif boleh meningkatkan semangat kerjasama, cintakansekolah, mempunyai kemahiran komunikasi dan sosial, selain pencapaianpelajar (Johnson, 1994). Sebagai tambahan, kajian di Malaysia (Jamilah, 1993;Alimah, 1996; Ida Fadil, 1995) menyokong hampir semua keputusan ini.

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 3

    4/17

        TOPIK 3 MASALAH KAJIAN 50

    Berdasarkan teks tadi tentang pembelajaran koperatif, anda dapat mengetahui bahawa pengkaji telah menyenaraikan beberapa elemen seperti latar belakangpermasalahan mengenai konteks pengajaran nilai dalam Falsafah PendidikanMalaysia dan kurikulum. Sebagai tambahan, isu jenayah telah diketengahkanoleh pengkaji yang bermotivasi menjalankan kajian dalam pengajaran nilai disekolah (iaitu keperluan untuk menyelesaikan masalah yang penting ini).Terdapat juga tinjauan literatur yang menyokong pernyataan tersebut. Akhir

    sekali, pengkaji menjurus kepada pembelajaran koperatif dan memfokus kepadanilai murni yang spesifik dan seterusnya menjelaskan kesignifikanan kajian.

    (a)  Masalah dan Isu yang Berkait dengan Bidang KajianDalam pendidikan, terdapat beberapa bidang yang berpotensi untuk dibuatkajian dalam pengajaran dan pembelajaran. Berikut diberikan beberapacontoh:

    (i)  Kesan teknologi moden terhadap pembelajaran penggunaan perisiandan multimedia yang lain;

    (ii)  Melicinkan pembelajaran kemahiran proses sains atau kemahiranmanipulatif;

    (iii)  Beberapa pendekatan pengajaran kemahiran berfikir;

    (iv)  Pembelajaran aktif dalam bilik darjah/pembelajaran berpusatkanpelajar;

    (v)  Pengurusan tingkah laku dalam bilik darjah yang sukar diatasi;

    (vi)  Pembelajaran melalui aktiviti kokurikulum; dan

    (vii)  Memahami cara pembelajaran pelajar.

    (b)  Kepentingan KajianKajian memerlukan masa, tenaga, wang dan sumber tertentu. Oleh itu,anda perlu meneliti dan memilih topik kajian anda dengan teliti, supayaapa yang dipilih itu boleh menambah ilmu kepada pembaca atau bolehmenyelesaikan masalah dalam pendidikan atau melahirkan kaedah yang

     boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Output yang anda hasilkan mungkin suatu penemuan atau

    Kesignifikanan kajian ini adalah untuk mendapatkan ilmu yang baru dengancara yang lebih efisien untuk menerap nilai murni, khususnya dalam kelassains, melalui pembelajaran koperatif. Diharapkan juga, satu modul

    pembelajaran koperatif untuk menerap nilai murni dapat dihasilkan.

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 3

    5/17

      TOPIK 3 MASALAH KAJIAN   51

    suatu teknologi baru atau sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh kumpulantertentu seperti guru, pentadbir, pelajar atau pembangun kurikulum.

    Maka, ketika anda merancang kajian dan mengenal pasti masalah kajian,anda perlu menyusun dan mengatur pemikiran anda secara sistematik,lebih-lebih lagi mengenai konteks masalah, hubungannya denganperspektif pendidikan yang lebih luas, isu yang terlibat dan literatur yang

     boleh membantu, rasionalnya, objektif dan signifikan kajian anda.

    MEMAHAMI BIDANG KAJIAN 

    Bahagian berikut membincangkan beberapa faktor penting dalam penulisankajian. Apakah faktor utama yang perlu anda tekankan dalam bidang kajiantersebut?

    3.2.1 Konsep, Teori dan Model yang BerkaitanMemahami bidang kajian membawa maksud memahami beberapa variabel kajian,konsep yang berkaitan, teori dan model, kerangka konseptual dan teoretikal sertapernyataan masalah kajian. Sila lihat semula contoh pembelajaran koperatif yangdinyatakan dalam Topik 2 modul ini. Pembelajaran koperatif berlandaskan kepadatiga teori seperti yang tunjukkan dalam Rajah 3.1.

    Rajah 3.1: Pembelajaran koperatif

    3.2

    Pilih satu topik kajian yang anda minati dan jelaskan dengan ringkastujuan dan objektif kajian ini.

    LATIHAN 3.1

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 3

    6/17

        TOPIK 3 MASALAH KAJIAN 52

    Pembelajaran koperatif bertitik tolak daripada konsep pembelajaran bersamadalam kumpulan kecil sebagai satu pasukan (berenang atau tenggelam bersama).Terdapat tiga model pembelajaran koperatif yang dibina oleh Universiti John

    Hopkins di Amerika iaitu “TGT”, “ Jigsaw 2” dan “STAD”. Ketiga-tiga model inimembincangkan aliran proses pengajaran-pembelajaran.

    Perhatikan contoh lain. Anda merancang untuk menjalankan kajian bagaimanaseorang guru kimia yang cemerlang menjalankan pengajaran kemahiran prosessains. Rasional kajian ialah pembelajaran daripada seorang guru berpengalamanakan membantu guru yang kurang pengalaman.

    Sebagai pengkaji, anda perlu memberi definisi kepada beberapa konsep yangdigunakan dalam kajian seperti:

    (a)  Guru cemerlang;

    (b)  Kemahiran proses sains; dan

    (c)  Pengajaran.

    Konsep tersebut dihuraikan seperti yang berikut:

    (a)  Guru cemerlang ialah guru yang telah dikenal pasti oleh pentadbir, pelajardan inspektor sekolah sebagai seorang yang cemerlang dalam pengajaran;

    (b)  Kemahiran proses sains ialah kemahiran kognitif seperti keupayaanmelakukan pemerhatian, pengklasifikasian, membuat hipotesis,membanding dan mengkontraskan, menganalisis data, membuat inferensdan membentangkan keputusan kajian secara lisan atau bertulis; dan

    (c)  Pengajaran merupakan satu proses yang melibatkan guru, pelajar, subjekyang akan diajar, objektif pengajaran dan pendekatan pengajaran. Tujuanpengajaran adalah untuk membawa perubahan positif kepada pelajardalam penyampaian ilmu, kemahiran dan perubahan dalam domainafektif.

    Anda perlu membuat tinjauan literatur yang relevan untuk mengetahui denganlebih mendalam lagi mengenai teori pembelajaran dan pengajaran, termasukmodel pendekatan dalam pengajaran proses saintifik.

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 3

    7/17

      TOPIK 3 MASALAH KAJIAN   53

    Teori dan Model Berkaitan

    Teori dan model berkaitan ialah:

    (a)  Teori dalam pembelajaran kognitif (behaviorisme ) pembelajaran sosial;

    (b)  Konstruktivisme dalam sains; dan

    (c)  Model dalam pengajaran sains (inkuiri, inkuiri terpimpin dan penemuan).

    3.2.2 Kerangka Teori/Konseptual Kajian

    Kerangka yang dapat menerangkan sesuatu fenomena dengan mengaitkanvariabel yang terdapat dalam kajian. Kerangka ini bertitik tolak daripada dataempirikal yang didapati daripada kajian yang dijalankan oleh ahli pemikir.Sekiranya anda menjalankan kajian bagaimana hendak meningkatkan minatpembelajaran kanak-kanak di peringkat tadika, anda perlu membincangkanteori-teori pembelajaran yang berkaitan.

    Terdapat beberapa teori pembelajaran, termasuk behaviorisme, kognitivisme,humanisme dan sebagainya (Woolfolk, 2000). Pastikan teori yang dipilih itu

     boleh digunakan secara logik dalam kajian anda. Sekiranya anda ingin melihatkesan hukuman dan hadiah di tadika, ini bermakna teori behaviourisme amatsesuai digunakan. Sekiranya kajian tersebut dibuat untuk menilai kejayaanprogram sekolah bestari, ini bermakna anda perlu menggunakan teori kognitifdan teori pelbagai kecerdasan sebab kedua-duanya adalah asas kepadakurikulum Sekolah Bestari (Nik Zaharah Nik Yaacob, 2000). Terdapat kajiantentang faktor yang memberi kesan kepada produktiviti guru dalam bilik darjah.Oleh sebab kajian seperti ini melibatkan teori motivasi, secara rasionalnya anda

    perlu memilih salah satu daripada teori motivasi sebagai landasan kajian anda.Kelompok ilmu dalam bidang pendidikan dengan pelbagai disiplinnya juga

     berlandaskan kepada beberapa teori tertentu. Jadi, anda sebagai pengkaji perlumeninjau literatur untuk mendapatkan teori yang sesuai, khusus untuk bidangyang anda kaji.

    Berdasarkan kajian dalam Latihan 3.1, cadangkan beberapa konsepdan teori yang berkaitan dengan kajian ini.

    LATIHAN 3.2

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 3

    8/17

        TOPIK 3 MASALAH KAJIAN 54

    Kerangka Konseptual

    Banyak kajian yang dijalankan berlandaskan kepada beberapa kerangkateoretikal, secara eksplisit atau implisit. Variabel yang dipilih dalam kebanyakan

    kajian berlandaskan juga kepada kerangka konseptual. Setelah mengenal pastivariabel (bersandar dan tidak bersandar), kerangka konseptual diperoleh.

    Kerangka konseptual menerangkan hubungan antara variabel dalam kajian dankesan perhubungan tersebut. Ada kalanya, ia dilihat sebagai proses input-output. Ia boleh diterangkan dengan menggunakan rajah. Melalui cara ini, andadapat melihat skop dan fokus kajian tersebut. Sebagai contoh, suatu kajian telahdijalankan untuk menilai pakej pembelajaran sains di Sekolah Bestari (NikZaharah Nik Yaacob, 2000). Dalam kajian ini, enam aspek telah dikaji iaitu:

    (a)  Kesediaan guru memahami pakej dan kemahiran berkaitan;

    (b)  Kemudahan yang disediakan;

    (c)  Latihan pengajaran dan pembelajaran;

    (d)  Pertolongan pentadbiran;

    (e)  Penilaian; dan

    (f)  Kekangan dan cara mengatasinya.

    Variabel ini digunakan untuk membina kerangka konseptual seperti yangditunjukkan dalam Rajah 3.2.

    Rajah 3.2: Kerangka konseptual

    3.2.3 Pernyataan Masalah

    Pernyataan masalah kajian menjelaskan apakah sebenarnya tujuan kajian anda.Penerangan masalah tersebut dinyatakan secara am dan boleh ditulis dalamkonteks pengisytiharan (declarative ), deskriptif atau boleh juga ditulis dalam

     bentuk soalan.

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 3

    9/17

      TOPIK 3 MASALAH KAJIAN   55

    Pernyataan yang baik tentang masalah kajian dapat memberi gambaranmenyeluruh dengan tumpuan kepada variabel dan hala tuju kajian. Jadual 3.1menunjukkan pernyataan masalah dalam bentuk pengisytiharan (Wiersma,

    2000).

    Jadual 3.1: Cara yang Betul bagi Penulisan Pernyataan Masalah

    Pernyataan yang TidakDiterima 

    Pernyataan yang Diterima 

    1. Pelbagai kurikulumprasekolah.

    Satu kajian tentang keberkesanan latihan tiga kurikulumterhadap prestasi lisan bahasa Inggeris bagi tiga orangpelajar prasekolah.

    2. Penggunaan teknologi

    dalam pendidikan danprestasi.

    Satu kajian tentang keberkesanan penggunaan perisian

    X dalam pendidikan sains.

    3. Kesan pendekatanpengajaran terhadapmoral pelajar.

    Satu kajian tentang keberkesanan dua pendekatanpengajaran terhadap tingkah laku moral pelajar.

    4. Peranan guru dalamsekolah menengahkerajaan.

    Satu tinjauan tentang persepsi guru berkenaan perananmereka di sekolah menengah kerajaan.

    5. Pendekatanpembelajaran koperatif

    untuk menerap nilai.

    Satu kajian kes untuk menerap nilai denganmenggunakan pembelajaran koperatif TGT kepada

    pelajar di sebuah sekolah di Kota Bharu.

    Perhati dengan teliti lima pernyataan yang tidak diterima di sebelah kiri Jadual3.1. Anda akan dapati bahawa pernyataan tersebut terlalu umum dan tidakmemfokus kepada kajian tertentu. Pernyataan tersebut ditulis semula dalamruang di sebelah kanan supaya pernyataan ini lebih terfokus dan terarah.

    TUJUAN KAJIAN 

    Dalam rancangan pengajaran, sesuatu rancangan disediakan untuk memenuhisesuatu tujuan, yang kemudiannya diterjemahkan kepada objektif yang lebihspesifik. Sebagai contoh:

    3.3

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 3

    10/17

        TOPIK 3 MASALAH KAJIAN 56

    Objektif spesifik adalah untuk membolehkan pelajar membaca buku cerita yangmudah iaitu buku yang bertajuk The Picnic . Pelajar berupaya mengecam danmengujarkan perkataan seperti basket , tree , grass , sandwiches , drinks  dan cakes .

    Dalam kajian juga terdapat tujuan umum yang perlu diterjemahkan kepadaobjektif yang spesifik dan soalan kajian.

    3.3.1 Apakah Objektif Kajian?

    Objektif kajian ialah pernyataan tujuan spesifik kajian yang disenaraikansebelum sesuatu kajian dijalankan. Penyenaraian tujuan spesifik kajian ini amatmustahak kepada pengkaji sebab ia membolehkan pengkaji mengutip data yangsesuai dan jenis alat yang perlu digunakan. Untuk membina item soal selidik,anda perlu merujuk kepada objektif kajian anda. Dalam konteks yang sama,semasa menjalankan pemerhatian, temu duga dan analisis dokumen, anda jugadipandu oleh objektif tersebut. Yang berikut ialah contoh objektif kajian tentangseorang guru cemerlang.

    Objektif kajian ialah:

    (a)  Mengenal pasti pendekatan guru dalam pengajaran sains, termasuk strategipengajaran dan kaedah serta teknik yang digunakan;

    (b)  Mengenal pasti strategi yang digunakan guru dalam makmal sains;

    (c)  Memberi penerangan tentang kemahiran proses sains yang sampaikan dancara bagaimana ia disampaikan, implisit atau eksplisit;

    (d)  Mendapatkan persepsi pelajar tentang personaliti guru dan hubungan guru

    dengan pelajar; dan

    (e)  Mendapatkan kadar prestasi pengajaran guru dari perspektif pemerhatidan pelajar.

    Tujuan pengajaran adalah untuk mempertingkatkan kebolehan pelajartadika membaca buku dalam bahasa Inggeris. 

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 3

    11/17

      TOPIK 3 MASALAH KAJIAN   57

    3.3.2 Apakah Soalan Kajian?

    Soalan dan objektif kajian berhubung rapat antara satu sama lain. Soalan kajian ialah

    soalan yang dibina berpandukan kepada objektif kajian yang jawapan kepada soalanini akan membantu pengkaji untuk mencapai objektif dan tujuan kajian.

    Yang berikut diberikan beberapa contoh soalan kajian:

    (a) Apakah strategi pengajaran, kaedah dan teknik yang digunakan gurucemerlang dalam bilik darjah?

    (b) Bagaimana guru mengendalikan pelajaran praktikal sains dalam makmal?

    (c) Adakah kemahiran proses sains dikendalikan secara eksplisit atau implisit?

    (d) Adakah persepsi pelajar terhadap guru mereka sebagai teman, seorang berautoriti, pemberi informasi atau seorang waris?

    (e) Apakah prestasi guru dalam pengajaran yang dinilai oleh pendidik dan pelajar?

    3.3.3 Apakah yang Dimaksudkan dengan HipotesisKajian?

    Hipotesis ialah pernyataan yang dijangka menjadi penyelesaian kepada sesuatumasalah. Ciri-ciri hipotesis adalah seperti yang berikut:

    (a)  Pernyataan yang diramal mempunyai jawapan yang bernilai kepada soalankajian;

    (b)   Jangkaan yang mempunyai hubungan antara beberapa variabel atau kesanantara satu variabel terhadap variabel lain; dan

    (c)  Hipotesis boleh diuji secara statistik.

    “Adakah terdapat hubungan antara jumlah jam menonton televisyen

    dengan tingkah laku ganas kanak-kanak berumur antara 8 hingga 14?” Adakah soalan kajian ini boleh dijawab? Berikan sebab-sebabnya.

    LATIHAN 3.3

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 3

    12/17

        TOPIK 3 MASALAH KAJIAN 58

    Hipotesis Kajian dan Hipotesis Statistik

    Hipotesis kajian ialah pernyataan tentang keputusan yang dijangka,sebaliknya, hipotesis statistik ialah pernyataan tentang andaian bahawa

    tiada hubungan antara variabel yang dikaji. Andaian tiada hubungan iniperlu dibuat sebab sesuatu kaedah statistik yang digunakan untuk mengujihipotesis perlu mengandaikan “tiada hubungan”  antara variabel kajian.Contohnya adalah seperti berikut:

    Bagi mana-mana hipotesis nol/statistik yang dibina, perlu wujud hipotesisalternatif/kajian, sekiranya hipotesis nol ditolak. Jadi, terdapat satu sethipotesis. Hipotesis nol biasanya ditulis dalam bentuk “tiada perbezaan”.Contohnya, “Tiada perbezaan skor min dalam sains antara pelajarTingkatan 2A yang mempelajarinya melalui kaedah koperatif dengan skor

    min pelajar Tingkatan 2B yang mempelajarinya melalui kaedahtradisional.” 

    Selain itu, sesuatu hipotesis tidak boleh diuji sekiranya ukuran variabel bersandar tidak bersifat kuantitatif. Contoh ukuran kuantitatif ialahpanjang diukur dalam sentimeter, berat dalam kilogram, pencapaian dalamperatus dan kecerdasan dalam skala IQ. Data kuantitatif (hipotetikal sahaja)dapat dilihat dalam contoh kajian yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3.

    Hipotesis kajian/alternatif: Skor min dalam sains bagi pelajar-pelajar

    Tingkatan 2A yang mempelajarinya melalui kaedah koperatif adalahberbeza  daripada skor min pelajar Tingkatan 2B yang mempelajarinyamelalui kaedah tradisional. 

    Hipotesis statistik/nol: Skor min dalam sains bagi pelajar Tingkatan 2Ayang mempelajarinya melalui kaedah koperatif adalah sama  dengan skormin pelajar Tingkatan 2B yang mempelajarinya melalui kaedah tradisional.

    Ho : 1 = 2 (hipotesis statistik/nol)

    Ha : 1  2 (hipotesis kajian/alternatif ) 

    1 = Min populasi 12 = Min populasi 2 

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 3

    13/17

      TOPIK 3 MASALAH KAJIAN   59

     

    Rajah 3.3: Data kuantitatif dalam kajian eksperimental

    Anda akan mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang ujianhipotesis dalam Topik 8 bersama dengan kaedah analisis data kuantitatifyang lain. Data kualitatif yang tidak menggunakan ukuran dalam bentukangka tidak dapat dianalisis secara statistik. Jadi, hipotesis kajian tidakperlu dibina tetapi persoalan kajian perlu dijawab secara deskriptif tanpa

    Satu eksperimen telah dijalankan untuk membandingkan dua kaedahpengajaran geografi iaitu:

    (a)  Pelajar mengikuti tutorial beserta latihan yang banyak, selainmenghadiri syarahan biasa; dan

    (b)  Tiada tutorial diberi kepada pelajar tetapi mereka perlu menyiapkansatu projek, selain menghadiri syarahan biasa.

    Soalan kajian ialah “Kumpulan manakah yang mendapat prestasi yang lebih baik pada penghujung semester iaitu adakah kumpulan yang mengikutitutorial atau kumpulan yang membuat projek?”  Seramai 80 pelajar telahdipilih secara rawak untuk mengambil bahagian dalam eksperimen ini (40orang diletakkan dalam Kumpulan A yang mengikuti tutorial; dan 40 oranglagi diletakkan dalam Kumpulan B yang membuat projek).

    Variabel tidak bersandar dalam kajian ini ialah kaedah pengajaran danvariabel bersandar ialah pencapaian geografi. Pencapaian geografi bolehdidefinisikan secara operasional sebagai skor peperiksaan semester bagimata pelajaran Geografi dalam peratus. Dalam konteks ini, skor min pelajardan sisihan piawai boleh dikira seperti beikut:

    Kumpulan A: Skor min = 85Sisihan piawai = 7

    Kumpulan B: Skor min = 80Sisihan piawai = 15

    Berdasarkan data kuantitatif yang dinyatakan tadi, ujian-t (ujian statistikyang digunakan untuk menguji kesamaan dua min) telah dilakukan untukmenguji adakah terdapat perbezaan antara kedua-dua skor min ini. Ujianterhadap hipotesis nol (tiada perbezaan antara skor min pelajar mengikutkaedah pengajaran kuliah-tutorial dan kuliah-projek) adalah tidaksignifikan para aras kebarangkalian 0.05 yang menunjukkan tidak terdapatperbezaan antara dua skor min ini. Ini menunjukkan bahawa skor min bagi

    Kumpulan A adalah sama dengan skor min kumpulan B.

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 3

    14/17

        TOPIK 3 MASALAH KAJIAN 60

     bukti berbentuk angka. Topik 6 akan menghuraikan kajian kualitatif dananalisisnya.

    Secara umumnya, pengujian hipotesis boleh dibuat untuk kajian berbentukeksperimen, kuasi-eksperimen (quasi-experimental ), korelasi dan regresi.Bagaimanakah anda membina hipotesis? Pertama, anda perlu melakukantinjauan literatur dan dapatkan dapatan kajian lepas dan bahan lain yanganda peroleh seperti daripada bacaan atau pengalaman sendiri. Walau

     bagaimanapun, dalam kajian kualitatif, hipotesis kajian tidak dibina padaperingkat permulaan kajian, tetapi apabila data mula dikumpulkan dandianalisis. Dalam bahagian seterusnya, tumpuan diberikan kepada kajiankuantitatif.

    (a)  Hipotesis Kajian Tidak Berarah dan BerarahHipotesis kajian tidak berarah bermaksud jangkaan kita tentang perbezaanatau hubungan antara variabel yang dikaji adalah tidak memihak kepadamana-mana arah, misalnya tidak lebih tinggi atau tidak lebih rendah tetapisekadar berbeza sahaja (seperti, “skor min adalah berbeza”). Bagi hipotesis

     berkaitan hubungan (korelasi), kita hanya menjangka sekadar adahubungan sahaja tetapi bukan hubungan negatif atau positif (seperti,“Wujud hubungan antara pencapaian dengan lama masa menontontelevisyen”). Contoh hipotesis tak berarah telah diberikan sebelum ini.

    Hipotesis kajian berarah pula bermaksud jangkaan kita tentang perbezaanatau hubungan antara variabel adalah memihak kepada arah tertentu,misalnya lebih tinggi, lebih rendah, lebih kecil atau lebih besar daripadasesuatu yang dibandingkan. Contoh hipotesis berarah diberi dalam Jadual3.2 berikut:

    Jadual 3.2: Hipotesis Berarah

    Hipotesis nol

    Skor min kemahiran berfikir kumpulan yang mengikuti kelaskemahiran berfikir melalui kaedah eksplisit adalah sama ataukurang daripada skor min kumpulan yang melalui teknik integrasi.

    Hipotesis

    alternatif

    Skor min kemahiran berfikir kumpulan yang mengikuti kelaskemahiran berfikir melalui kaedah eksplisit adalah lebih tinggidaripada skor min kumpulan yang melalui teknik integrasi.

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 3

    15/17

      TOPIK 3 MASALAH KAJIAN   61

    Dalam contoh ini, pengkaji yakin bahawa skor min kemahiran berfikir kumpulanyang mengikuti kelas kemahiran berfikir melalui kaedah eksplisit adalah lebihtinggi daripada skor min kumpulan yang melalui teknik integrasi. Walau

     bagaimanapun, hipotesis/jangkaan ini perlu dibuktikan.

    (b)  Objektif Kajian „Menanam Nilai Melalui Pembelajaran Koperatif dalamSains‰

    Beberapa objektif kajian boleh dibentuk untuk kajian tadi. Antaranya ialah:(i)  Menentukan adakah pembelajaran koperatif, menggunakan teknik

     Jigsaw2 dan STAD, dalam pengajaran sains boleh menerap nilaipenyayang, ikhlas dan semangat kerjasama; dan

    (ii)  Menentukan yang mana antara dua struktur pembelajaran koperatifyang lebih berkesan untuk menanam nilai murni iaitu antara Jigsaw2dan STAD.

    Hipotesis Nol

    Beberapa hipotesis nol (H0

    ) dan hipotesis alternatif (Ha

    ) perlu dibina untukmencapai objektif kajian ini iaitu seperti dalam senarai yang berikut:

    (a)  H01: Tiada perbezaan antara skor min praujian dan pascaujian bagi nilaikasih sayang.

    Ha1: Terdapat perbezaan antara skor min praujian dan pascaujianterhadap nilai kasih sayang.

    (b)  H01: Tiada perbezaan antara skor min praujian dan pascaujian bagi nilai

    kejujuran.Ha1: Terdapat perbezaan antara skor min praujian dan pascaujianterhadap nilai kejujuran.

    (c)  H01: Tiada perbezaan antara skor min praujian dan pascaujian bagi nilaisemangat kerjasama.

    Ha1: Terdapat perbezaan antara skor min praujian dan pascaujianterhadap nilai semangat kerjasama.

    Berdasarkan soalan kajian dalam Latihan 3.3, bina sepasang hipotesistidak berarah untuk menjawab soalan kajian ini.

    LATIHAN 3.4

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 3

    16/17

        TOPIK 3 MASALAH KAJIAN 62

    (d)  H01: Tiada perbezaan antara skor min perbezaan praujian-pascaujian bagi nilai kasih sayang, kejujuran dan semangat kerjasama antarakumpulan Jigsaw2 dan STAD.

    Ha1: Terdapat perbezaan antara skor min perbezaan praujian-pascaujian bagi nilai kasih sayang, kejujuran dan semangat kerjasama antarakumpulan Jigsaw2 dan STAD.

      Topik ini telah pun membicarakan tentang masalah kajian secarakeseluruhan dan antara perkara yang dibincangkan termasuklah motivasimenjalankan kajian, latar belakang masalah kajian, pernyataan masalah sertatujuan dan objektif kajian.

      Seterusnya, topik ini juga membincangkan tentang soalan dan hipotesiskajian.

      Walaupun perbincangan dibuat secara ringkas, namun ia adalah lengkap dandiharapkan dapat membantu anda sebagai pengkaji untuk merancang kajiananda nanti.

    Hipotesis kajian

    Kerangka konseptual

    Kerangka teori

    Teori

    Variabel

    Berdasarkan soalan kajian dalam Latihan 3.3, bina sepasang hipotesis berarah untuk menjawab soalan kajian ini.

    LATIHAN 3.5

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 3

    17/17

      TOPIK 3 MASALAH KAJIAN   63

     

    1.  Kajian mempunyai tujuan-tujuan tertentu yang menjadi motivasi untuk

    kita menjalankannya. Nyatakan dengan ringkas tujuan-tujuan kajian.

    2.  Setelah membaca penulisan dalam bidang kajian yang anda minati, andaperlu mengenal pasti masalah kajian. Jelaskan apakah “masalah kajian”? 

    3.  Setelah anda mengenal pasti masalah kajian, langkah seterusnya adalahuntuk membuat tinjauan literatur. Jelaskan kepentingan membaca kajian

     berkaitan.

    4.  Anda ingin melakukan satu kajian yang melibatkan pengajaran yang anda

    akan lakukan sendiri. Sila jelaskan dengan ringkas perkara berikut:(a) Nyatakan bidang kajian anda dan tuliskan topik kajian yang anda

    ingin lakukan.

    (b) Nyatakan masalah kajian, latar belakang kepada masalah kajian dan juga motivasi kajian.

    (c) Berikan kepentingan kajian ini dan batasan-batasan kajian jika ada, berkaitan dengan kajian yang akan anda lakukan.