HBEF2503 Topik 10

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    1/25

     

    a

      PENGENALAN

    Para guru sering menghadapi masalah pengajaran dan pembelajaran hampirsetiap kali mereka mengajar. Ini termasuk pemilihan kaedah mengajar yangsesuai bagi topik-topik tertentu. Begitu juga, dengan pemilihan kaedah mengajar

    untuk pelajar cerdas, yang mungkin berbeza daripada kaedah mengajar pelajarlambat. Begitu juga cara seseorang pelajar belajar mungkin berbeza daripadayang lain, yang mengarah kita menggunakan pendekatan, kaedah dan teknikpengajaran yang berbeza untuk mereka. Rancangan pengajaran yang baikmungkin dapat membantu kita mengatasi sebahagian daripada masalah ini.Pada masa yang sama, akan membantu pelajar kita mencapai objektifpembelajaran. Topik ini akan mendedahkan anda kepada beberapa pendekatanpengajaran yang diharapkan dapat membantu anda untuk merancangpengajaran mengikut topik/kandungan yang hendak diajar dan perbezaanindividu di kalangan pelajar anda. Ia juga diharapkan dapat membantu anda

    TTooppii

    1100 

    PendekatanPengajaran

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1.  Mendefinisikan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran;

    2.  Menerangkan model pembelajaran dan pengajaran MURE;

    3.  Menerangkan Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PCK Pedagogica Content Knowledge ) sebagai model pengajaran pakar;

    4.  Memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang paling berkesan bagi sesuatu topik dan kumpulan pelajar tertentu; dan

    5. 

    Mereka bentuk satu rancangan pengajaran.

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    2/25

      TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN   205

    memilih pendekatan/kaedah/teknik pengajaran untuk cadangan kajian danpengajaran sebenar (oleh anda sendiri) semasa menjalankan kajian di sekolah.

    PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIKPENGAJARAN

    Semasa mereka bentuk rancangan mengajar, kita perlu memilih pendekatan,kaedah dan teknik pengajaran yang paling sesuai/berkesan supaya pelajarmencapai objektif pembelajaran. Pemilihan ini dibuat berasaskan kepada topik,konsep, fakta, proses, kemahiran, sikap atau kepercayaan yang hendaksampaikan serta, yang amat penting, pelajar itu sendiri. Istilah seperti strategipengajaran, pendekatan pengajaran, kaedah pengajaran dan teknik pengajaran

    telah digunakan secara bertukar ganti dalam pelbagai model pengajaran. Dalamtopik ini, definisi berikut akan digunakan:

    (a)  Pendekatan Pengajaran Terdapat beberapa asas yang boleh digunakan untuk kita kategorikanpendekatan pengajaran. Salah satu daripadanya ialah berasaskan kepadatahap penglibatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran danpembelajaran. Maka pendekatan pengajaran  merujuk kepada bagaimanaguru mengatur proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan tahappenglibatan guru dan pelajar. Dengan menggunakan definisi ini, kita boleh

    kategorikan pendekatan pengajaran kepada tiga kategori seperti yang berikut:

    (i) Pengajaran terus (direct teaching ) ialah pengajaran secara bersemuka(face-to-face ) iaitu guru sendiri yang menyampaikan kandunganpelajaran kepada pelajar sehingga mereka menguasai kemahiran danprinsip tertentu;

    (ii) Pengajaran penemuan berpandu  ( guided discovery teaching ) ialahpengajaran iaitu guru memberi panduan kepada pelajar untukmelakukan aktiviti pembelajaran sehingga mereka menguasaikemahiran dan prinsip tertentu; dan

    (iii) Pengajaran penemuan tulen  ( pure discovery teaching ) ialahpengajaran yang guru membenarkan pelajar melakukan aktivitipembelajaran secara bebas sehingga mereka menguasai kemahirandan prinsip tertentu.

    10.1

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    3/25

        TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN 206

    (b)  Kaedah Pengajaran Bagi setiap pendekatan pengajaran ini terdapat beberapa kaedahpengajaran yang menepati kriteria bagi pendekatan pengajaran tertentu.

    Sebagai contoh, kaedah eksperimen menepati kriteria bagi pendekatanpengajaran penemuan berpandu. Dalam pendekatan ini, pelajar perlumelakukan eksperimen di bawah bimbingan guru untuk mereka“menemui” sendiri prinsip tertentu. Dalam konteks ini, kaedah pengajaran merujuk kepada bagaimana guru mengatur sesuatu pengajaran dari segiaktiviti yang menepati kriteria sesuatu pendekatan pengajaran.

    (c)  Teknik Pengajaran Bagi setiap kaedah pengajaran terdapat beberapa teknik pengajaran yangmenepati kriteria bagi kaedah pengajaran tertentu. Sebagai contoh, bagikaedah mengajar eksperimen, kita perlu menentukan teknik yang perlu

    digunakan semasa menjalankan eksperimen. Sekiranya kita menggunakanteknik “main peranan”, kita perlu menentukan bagaimana sesuatu peranandilakonkan. Oleh itu, teknik pengajaran  merujuk kepada bagaimana gurumengatur pengajaran dari segi teknik yang digunakan dalam aktivitipengajaran dan pembelajaran yang menepati kriteria sesuatu kaedahpengajaran.

    Prinsip am pembelajaran dan pengajaran dijelaskan dalam model MUREyang melibatkan empat unsur/peringkat pembelajaran dan pengajaran,iaitu motivasi (motivation M), pemahaman (understanding U),pengukuhan (reinforcement R) dan peperiksaan (examination E).Prinsip pembelajaran dan pengajaran yang lebih spesifik dijelaskan dalammodel Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PCK  Pedagogical ContentKnowledge  ) yang mengambil kira sukatan dan kandungan pelajaran sertalatar belakang pelajar dan pedagogi. Seseorang guru boleh menggunakan

    kedua-dua model ini untuk memilih pendekatan, kaedah dan teknikpengajaran bagi topik dan kumpulan pelajar tertentu. Bahagian akhir topikini akan menjelaskan bagaimana anda menyediakan rancangan pengajaranyang berkesan bagi topik dan kumpulan pelajar tertentu. 

    Pilih satu pendekatan pengajaran dan huraikan kaedah dan teknik

    pengajaran untuk pendekatan ini.

    LATIHAN 10.1

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    4/25

      TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN   207

      MODEL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARANMURE 

    Berdasarkan dua kajian yang dijalankan tentang faktor yang mempengaruhipencapaian, Abdul Razak Habib (dalam Khalid Abdullah et al., 1999) telahmencadangkan model pembelajaran dan pengajaran MURE. Kajian pertamatelah dijalankan ke atas pelajar matrikulasi yang berpencapaian tinggi, sementarakajian kedua dijalankan ke atas pelajar universiti yang berpencapaian tinggi.

    Dapatan kedua-dua kajian ini menunjukkan empat faktor yang samamempengaruhi pencapaian akademik pelajar iaitu motivasi, pemahaman,pengukuhan dan peperiksaan (MURE) sebagaimana yang ditunjukkan dalamRajah 10.1.

    Rajah 10.1: Model pembelajaran dan pengajaran MURE

    Mari kita lihat satu persatu faktor ini.

    (a)  MotivasiPelajar berpencapaian tinggi menyatakan apa yang menyebabkan mereka

     belajar dan terus belajar dengan gigih ialah motivasi mereka. Motivasi inimeliputi mengekalkan pencapaian mereka yang lepas, bertanding dengan

    pelajar lain, mengejar kerjaya masa hadapan, melanjutkan pelajaran padamasa hadapan atau memenuhi aspirasi ibu bapa mereka. Selanjutnya, darisegi pengajaran, mereka lebih meminati guru/pensyarah yang sentiasamemberi motivasi dan mengingatkan mereka supaya bekerja keras dan

     juga memberi ganjaran atas pencapaian mereka.

    (b)  PemahamanDengan motivasi yang ada, pelajar berpencapaian tinggi akan berusahagigih untuk memahami apa yang diajar secara mendalam (anda jugamungkin salah seorang daripada mereka!). Untuk mencapai pemahaman

    10.2

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    5/25

        TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN 208

    mendalam, mereka akan membaca dan membuat latihan sebelumguru/pensyarah mengajar, memberi perhatian dalam kelas, membuat notasendiri dengan maklumat tambahan daripada sumber lain dan sentiasa

    mengulang kaji pelajaran. Dari segi pengajaran pula, mereka lebihmeminati guru/pensyarah yang dapat menjelaskan kandungan pelajarandengan baik dengan menggunakan contoh dan alat/bahan bantu mengajaruntuk menjelaskan konsep-konsep yang susah (tutor anda juga ramai yang

     berbuat demikian).

    (c)  PengukuhanSelain memahami kandungan pelajaran secara mendalam, pelajar

     berpencapaian tinggi juga membuat banyak latihan yang dapatmengukuhkan  pemahaman mereka dan memudahkan mereka mengingatapa yang mereka pelajari termasuk menguasai kemahiran berkaitan.Pengukuhan ini berlaku dengan membuat tugasan, latihan daripada bukuteks dan sumber lain; seperti buku ulang kaji, contoh kertaspeperiksaan/kertas peperiksaan lepas. Dari segi pengajaran pula, merekalebih meminati guru/pensyarah yang memberikan mereka banyak latihan,menyemak jawapan dan memberi maklum balas yang membina. Selain itu,mereka memerlukan guru/pensyarah melatih mereka tentang kemahiranmenulis tugasan.

    (d)  PeperiksaanAkhirnya, selepas mereka dapat mengingat kandungan pelajaran dan

    menguasai kemahiran berkaitan dengan baik, pelajar berpencapaian tinggiini berusaha untuk menguasai kemahiran peperiksaan. Mereka sukadidedahkan kepada soalan peperiksaan yang lebih awal; jika boleh, selepastamat setiap topik yang diajar. Selain soalan yang diberikanguru/pensyarah, mereka suka mencuba soalan peperiksaan lepas ataucontoh soalan peperiksaan dalam buku-buku ulang kaji dari sekolahmereka mahupun dari sekolah lain. Dari segi pengajaran pula, mereka lebihmeminati guru/pensyarah yang memberikan mereka contoh atau soalanpeperiksaan lepas bersama dengan jawapan dan pada masa yang sama,melatih mereka menguasai kemahiran peperiksaan.

    Mengikut model MURE, pembelajaran dan pengajaran mempunyaiempat unsur sepunya (common elements ) iaitu motivasi, pemahaman,pengukuhan dan peperiksaan. Daripada pengalaman mengajar/belajaranda sendiri, senaraikan apa yang anda telah lakukan untuk membantupelajar anda/anda sendiri memenuhi empat unsur/keperluan ini.

    LATIHAN 10.2

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    6/25

      TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN   209

      PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN 

    Pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) telah diperkenalkan oleh Shulman(1986). Ia boleh ditakrifkan sebagai bagaimana guru menyampaikan kandunganpelajaran supaya pelajar mudah  memahami konsep yang hendak disampaikandengan mengambil kira pengetahuan tentang mata pelajaran dan pedagogi sertapengetahuan tentang pelajar dan sukatan pelajaran. Ia melibatkan penggunaananalogi, contohnya, penjelasan dan demonstrasi yang berkesan denganmengambil kira latar belakang pelajar. Keupayaan memilih pendekatan, kaedahdan teknik pengajaran yang sesuai amat bergantung kepada pengetahuan gurutentang tiga perkara ini. Menurut Turner-Bisset (2001), pengetahuan tentangfakta, konsep, kemahiran, proses, kepercayaan dan sikap; begitu juga tentang

    pelajar, matlamat pendidikan, kurikulum dan pedagogi am adalah pentingdalam profesion pengajaran. Pengetahuan mata pelajaran, pedagogi serta pelajardan sukatan pelajaran dijelaskan seperti yang berikut:

    (a)  Pengetahuan Mata PelajaranPengetahuan mata pelajaran (subject matter knowledge ) merujuk kepadakeupayaan  guru menyatakan dengan tepat tentang fakta, konsep danprinsip serta berupaya untuk menyelesaikan masalah berkaitan sesuatutopik. Pemahaman mata pelajaran secara mendalam akan membantu gurumengenal pasti salah konsep (misconception ) pelajar bagi sesuatu topik.Selain itu, pemahaman ini akan juga membantu guru menentukan

    pengetahuan/kemahiran asas, menyediakan rancangan pengajaran,memilih aktiviti pembelajaran yang sesuai dan memindahkan ilmu dengantepat kepada pelajar.

    (b)  Pengetahuan PedagogiPengetahuan pedagogi (PP) boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu (i) PPam bidang, misalnya, “matematik”; (ii) PP bidang kecil, misalnya,“kalkulus”; dan (iii) PP topik, misalnya, “had”. PP topik adalah lebihpenting sebab ia membantu guru menjelaskan topik tersebut dengan baikkepada pelajar dan seterusnya akan membantu pelajar memahami topik ini

    dengan baik. Justeru, sebagai guru, kita harus terus mencari PP bagi topiktertentu (tentunya melalui Kajian Berasaskan Sekolah!) yang akanmembantu kita mengajar secara lebih berkesan. Oleh sebab PP ini terbinasecara kumulatif, kita jangka PP akan bertambah mengikut masa danpengalaman mengajar kita.

    (c)  Pengetahuan tentang Pelajar dan Sukatan PelajaranMengetahui latar belakang pelajar terutama dari segipengetahuan/kemahiran asas, salah konsep, masalah dan gayapembelajaran serta minat dan motivasi pembelajaran mereka; adalah amat

    10.3

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    7/25

        TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN 210

    penting untuk kita menyediakan rancangan mengajar yang berkesan bagisesuatu topik pengajaran. Selain pengetahuan mendalam tentang pelajar,guru perlu juga tahu secara mendalam keseluruhan sukatan pelajaran, dan

     berupaya memilih bahagian sukatan ini yang sesuai dan boleh dipelajari(learnable ) oleh pelajarnya. Maka guru yang mempunyai keempat-empatpengetahuan ini akan berupaya menggabungkan kandungan pelajarandengan pedagogi (pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran) berasaskanpengetahuan tentang pelajar dan sukatan pelajaran. Perlu diingatkan

     bahawa pengetahuan ini berkembang melalui pendidikan formal, kursusdalam perkhidmatan, pengalaman mengajar dan pencerapan kelas.

    PENDEKATAN PENGAJARAN 

    Pengajaran terus dan pengajaran tidak terus adalah penting kepada pendidikuntuk mengelaskan kaedah mengajar. Walau bagaimanapun, didapati tidaksemua pengajaran boleh dikelaskan kepada dua kategori ini. Setiap kaedahmengajar yang digunakan guru mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Biasanya, sesuatu kaedah mengajar yang digunakan pada awalpengajaran boleh diubah kepada kaedah lain yang lebih berkesan mengikutsusunan kandungan pelajaran. Guru berpengalaman mempunyai kemahiranuntuk merancang aktiviti pembelajaran supaya diminati pelajar mengikutkandungan pelajaran.

    10.4

    Mengikut model PPK, pelajar akan belajar dengan lebih baik sekiranyaguru menyediakan rancangan mengajar berpandukan kandunganpelajaran dan latar belakang pelajar. Mengikut pengalaman andasebagai pelajar/guru, apakah yang anda/guru anda buat, yang bolehdikaitkan dengan PPK?

    LATIHAN 10.3

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    8/25

      TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN   211

    Kaedah yang mana lebih baik bagi sesuatu pelajaran bergantung pada banyakperkara. Antaranya ialah umur/perkembangan mental pelajar, pengetahuanasas, penyampaian kandungan, suasana kelas dan alat/bahan bantu mengajar

    yang digunakan. Guru itu boleh menggunakan hanya satu kaedah atau pelbagaikaedah yang didapati sesuai dengan kandungan pelajaran, objektif pembelajarandan pengetahuan asas pelajar. Guru yang berpengalaman mungkin tidakmenghadapi masalah untuk memilih kaedah yang sesuai ini. Malah,pengetahuan tentang kaedah pengajaran yang pelbagai ini menjadikanpengajaran satu aktiviti yang menyeronokkan kepada guru.

    10.4.1 Pendekatan Pengajaran Terus

    Pendekatan pengajaran terus, seperti yang kita sedia maklum ialah pendekatan

    pengajaran secara bersemuka di mana guru sendiri yang menyampaikankandungan pelajaran kepada pelajar sehingga mereka menguasai kemahiran danprinsip yang ingin disampaikan. Guru yang menggunakan pendekatan ini perlumenyediakan rancangan mengajar harian lebih awal dengan mengambil kirapengetahuan/kemahiran asas dan gaya pembelajaran pelajarnya. Pendekatanpengajaran terus mempunyai beberapa kelebihan, antaranya ialah:

    (a)  Kandungan pelajaran dapat disampaikan dengan tepat;

    (b)  Objektif pembelajaran dapat dicapai dengan mudah;

    (c)  Pendekatan yang baik untuk menyampaikan fakta spesifik dan kemahiranasas; dan

    (d)  Pencapaian pelajar boleh diukur dengan mudah;

    Namun, pendekatan pengajaran terus mempunyai beberapa kelemahan,antaranya ialah:

    (a)  Pendekatan ini boleh menghalang kreativiti guru;

    (b)  Teknik pengajaran perlu distrukturkan dengan baik;

    (c)  Kandungan pelajaran yang rapi perlu disediakan lebih awal;

    (d)  Guru perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik; dan

    (e)  Ia mungkin tidak begitu berkesan untuk melatih kemahiran berfikirperingkat tinggi.

    Beberapa kaedah mengajar yang sesuai dengan pendekatan pengajaran terusdijelaskan dalam bahagian berikut.

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    9/25

        TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN 212

    (a)  Kaedah KuliahTujuan utama kaedah kuliah ialah membentangkan maklumat berstrukturyang telah disediakan lebih awal oleh guru/pensyarah. Maklumat yang

    disediakan itu perlu jelas, tepat, termasuk juga contoh, cerita pendek danrumusan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk kelas peringkat tinggi atau diuniversiti. Guru/pensyarah perlu menggunakan pelbagai teknik supayakuliah lebih menyeronokkan dan berkesan seperti menggunakan slaid,projektor, papan putih dan komputer.

    Kelebihan kaedah kuliah ialah:

    (i)  Dapat membentang kandungan berbentuk fakta secara terus danlogik;

    (ii) 

    Cerita tentang pengalaman yang boleh menarik minat pelajar;(iii)  Dapat membuka minda kepada perbincangan terbuka;

    (iv)  Boleh digunakan untuk kumpulan yang besar; dan

    (v)  Memberi peluang kepada peserta menyoal supaya lebih jelas.

    Kelemahan kaedah kuliah ialah:

    (i)  Pakar tidak semestinya dapat menjadi guru yang baik;

    (ii)  Peserta mungkin pasif sehingga tidak wujud interaksi;

    (iii) 

    Pembelajaran sukar dikesan; dan

    (iv)  Komunikasi biasanya satu hala sahaja.

    (b)  Kaedah PenyoalanKaedah penyoalan ialah kaedah mengajar yang guru menyoal pelajarsupaya mereka memberi tumpuan kepada guru untuk memahamikandungan pelajaran dengan baik. Tujuan lain penyoalan ialah untukmembuka minda pelajar dan menggalakkan mereka berfikir dan

     berinteraksi dengan kandungan pelajaran yang disampaikan guru. Selainitu, mereka juga perlu diberi tahu tentang strategi penyoalan seperti apa,

     bila dan bagaimana menyoal, bagaimana menjawab soalan yang berbezaaras kesukaran dan bagaimana menyusun pemikiran dan fakta. Pelajaryang menjawab sesuatu soalan perlu mengikut peraturan tertentu seperti:

    (i)  Mengingat fakta, prinsip dan perkara tertentu;

    (ii)  Menunjukkan pemahaman dengan menggunakan perkataan sendiri;

    (iii)  Menggunakan maklumat yang diperoleh dalam situasi baru;

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    10/25

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    11/25

        TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN 214

    Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah membaca ini tidak berjayamemahamkan apa yang dibaca pelajar, guru boleh menggunakan kaedahresitasi (recitation method ). Dalam kaedah ini, pelajar akan mengulang

    sebutan, sama ada secara individu atau berkumpulan, selepas gurumenyebut perkataan, frasa, ayat atau pun perenggan sepenuhnya.Diharapkan dengan cara ini, pelajar dapat mengingat kandungan pelajaranyang disampaikan guru.

    (d)  Kaedah Ulang Kaji dan Latih TubiSekiranya kaedah kuliah, bacaan atau resitasi tidak berjaya membantupelajar untuk memahami dan mengingati kandungan pelajaran, guru bolehmencuba pula kaedah ulang kaji dan latih tubi. Dalam kaedah ini, guruperlu mengulang kaji pelajaran lepas dan membuat latihan yang banyak

    untuk membantu pelajar memahami dan mengingati apa yang diajar.Walaupun ia nampak mudah tetapi guru perlu berfikir dan mendapatkanmaklumat tertentu sebelum melaksanakan kaedah ini. Misalnya, guru perlutahu kelemahan pelajar serta apa dan bagaimana ulang kaji dan latih tubidibuat.

    Sebagai contoh, dalam pengajaran bahasa, mengapakah sebutan sesetengahperkataan perlu diberi latih tubi dan bila latih tubi ini perlu dibuat? Hasillatih tubi menyebut perkataan ini, pelajar akan dapat menyebut perkataan,frasa dan ayat; dan mengingati sebutan ini apabila diminta guru. Dalam halini, sebagai ingatan, ia adalah lebih bermakna kepada pelajar jika perkataanyang dilatih sebut adalah perkataan yang kerap mereka gunakan dalamkehidupan harian berbanding perkataan yang diambil daripada buku.

    Kaedah ulang kaji dan latih tubi mempunyai ciri-ciri tertentu, antaranyaadalah seperti yang berikut:

    (i)  Latihan adalah untuk mengingatkan maklumat;

    (ii)  Mengukuhkan apa yang telah diajar dan menilai apa yang diperolehpelajar;

    (iii) 

    Mengulang-ulang apa yang telah diajar;(iv)  Memberi respons yang betul sama ada dalam bentuk lisan atau

    tulisan; dan

    (v)  Menghasilkan kepelbagaian kaedah dalam pengajaran.

    Kaedah ini boleh digunakan bersama kaedah mengajar lain seperti kaedahpermainan atau main peranan.

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    12/25

      TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN   215

    (e)  Kaedah Simulasi dan Main PerananSimulasi dalam pembelajaran ialah mengadakan aktiviti dalam situasi yanghampir sama dengan situasi sebenar. Simulasi termasuk juga main peranan

    yang melibatkan senario yang hampir sama dengan senario sebenar. Tidakseperti permainan yang berakhir dengan sama ada seseorang/pasukan itumenang atau kalah; tetapi simulasi hanyalah melibatkan main peranan.Simulasi digunakan dalam pelbagai jenis latihan seperti melatih

     juruterbang, pemandu kereta lumba, jurubedah dan sebagainya. Dalamkelas pula, guru boleh meminta pelajar memainkan peranan tertentu dalamsesuatu situasi yang telah dirancang. Misalnya, kebakaran di kelas,perbicaraan kes pelajar, mesyuarat kesatuan pekerja, aktiviti keluarga, dansebagainya.

    Dalam simulasi, peranan guru amatlah penting. Sebagai guru yang bertanggungjawab, anda sepatutnya:

    (i)  Memilih isu atau masalah yang mempunyai kepentingan kepadapelajar atau yang pelajar dapat mengambil bahagian;

    (ii)  Memastikan isu atau masalah yang dipilih ditunjukkan dalamsimulasi;

    (iii)  Memahami secara mendalam konsep yang hendak disampaikanmelalui isu atau masalah yang dipilih;

    (iv)  Mengetahui langkah-langkah yang perlu diikuti dalam simulasiseperti peranan yang akan dimainkan pelajar dan peraturan berkaitandengannya; dan

    (v)  Memberi arahan yang terperinci kepada semua pemain peranan danmenyediakan susunan yang sesuai untuk simulasi.

    Kaedah simulasi dan main peranan mempunyai kelebihan tersendiri sepertiyang berikut:

    (i)  Memperkenalkan situasi masalah secara dramatik supaya pelajardapat menghayatinya;

    (ii) 

    Memberi peluang kepada pelajar untuk memainkan peranan oranglain (misalnya, guru besar) supaya mereka dapat menghargaipandangan orang lain;

    (iii)  Memberi peluang kepada pelajar untuk mencari penyelesaian yang berbeza dalam situasi yang berbeza; dan

    (iv)  Memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan kemahirantertentu seperti kemahiran berkomunikasi secara lisan.

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    13/25

        TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN 216

    Kaedah simulasi dan main peranan, bagaimanapun, mempunyai beberapa batasan tertentu, seperti yang diberikan berikut:

    (i)  Pelajar mungkin akan merasa malu semasa memainkan peranan;

    (ii)  Tidak sesuai untuk kumpulan pelajar yang ramai, sebab akan adapelajar yang tidak dapat mengambil bahagian dalam memainkanperanan; dan

    (iii)  Sesetengah pelajar akan merasa takut dan tidak selesa untukmemainkan peranan.

    Sebagai rumusan, kaedah simulasi dan memainkan peranan membenarkanpelajar melihat/mendengar objek dan berada sendiri dalam situasi yanghampir sebenar. Ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan yang hasilnya

    dapat dirasai dan dihayati oleh pelajar.

    10.4.2 Pendekatan Pengajaran Penemuan Berpandu

    Pendekatan ini, seperti yang kita ketahui, ialah pendekatan pengajaran yangguru itu memberi panduan kepada pelajarnya untuk mereka melakukan aktivitipembelajaran sehingga mereka menguasai kemahiran dan prinsip yang ingindisampaikan. Maka seperti juga dalam pendekatan pengajaran terus, perananguru dalam pendekatan ini amatlah penting. Secara amnya, guru perlu memberipanduan kepada pelajar, membantu mereka dalam apa jua peranan yang merekaakan lakukan dan pada masa yang sama, membantu untuk memudahkanpembelajaran mereka.

    Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa pemilihan pendekatan, kaedahdan teknik pengajaran sepatutnya tidak berasaskan kepada minat guru terhadappendekatan, kaedah dan teknik pengajaran tertentu tetapi yang lebih pentingialah berasaskan minat dan keupayaan pelajar, kandungan pelajaran, objektifpembelajaran, sumber yang ada dan seting fizikal. Beberapa kaedah mengajaryang sesuai dengan pendekatan pengajaran penemuan berpandu dijelaskandalam bahagian berikut.

    (a)  Kaedah Perbincangan dan PerbahasanDalam kaedah perbincangan dan perbahasan, pelajar akan diberi satu atau

     beberapa topik untuk dibincangkan atau dibahaskan. Persamaan danperbezaan dari segi fahaman/pendapat/idea mungkin tidak dapatdielakkan dalam kaedah ini. Persamaan dan perbezaan ini akan membantupelajar untuk menerima, mengubah atau menolak fahaman/pendapat/ideadan seterusnya menemui/membina ilmu masing-masing.

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    14/25

      TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN   217

    Bagi menjayakan kaedah ini, guru perlu menyediakan persediaan mengajardengan baik. Guru perlu memastikan perbincangan/perbahasan berjalandengan lancar, tanpa sebarang gangguan. Kaedah ini juga berbeza dari segi

    kawalan iaitu daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan pelajar.Memainkan peranan, menemu bual, sumbang saran, perbahasan danpersidangan ialah contoh kaedah perbincangan dan perbahasan.

    Tujuan utama perbincangan/perbahasan ialah untuk mendapatkanmaklumat daripada peserta. Ia memerlukan penglibatan pelajar secara aktifdan kreatif. Selain itu, mereka juga perlu mendengar apa yangdiperkatakan dengan jelas. Justeru, kaedah ini lebih sesuai dilaksanakandalam kumpulan kecil dengan diberi masa yang panjang. Berikut ialah

     beberapa kelebihan kaedah ini:

    (i) 

    Idea dan pengalaman dapat dikumpulkan daripada peserta;

    (ii)  Perbincangan/perbahasan selepas pembentangan, tontonan filematau pengalaman dapat dianalisis;

    (iii)  Memberi peluang kepada semua pelajar mengambil bahagian secaraaktif;

    (iv)  Dapat menggalakkan pemikiran mencapah (divergent thinking ); dan

    (v)  Minat pelajar akan bertambah dan berterusan.

    Namun, kaedah perbincangan/perbahasan mempunyai kelemahantersendiri iaitu:

    (i)  Tidak praktikal/sesuai sekiranya bilangan pelajar melebihi 20 orang;

    (ii)  Beberapa pelajar akan menguasai (dominate )perbincangan/perbahasan;

    (iii)  Mengambil masa yang panjang; dan

    (iv)  Boleh tersasar daripada objektif pembelajaran yang dirancang.

    (b) 

    Kaedah Sumbang Saran

    Kaedah ini melibatkan pelajar memberi idea atau pendapat berkaitansesuatu perkara yang dibincangkan bersama dalam kumpulan tertentu.Maka kaedah ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk berfikirsecara kreatif dalam menghasilkan idea baru. Di sini, semua pelajardigalakkan untuk mengambil bahagian sebab semua idea yang terhasilakan direkodkan dan dihargai.

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    15/25

        TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN 218

    Kaedah ini membantu ahli mendapat ilmu pengetahuan dan pengalamandaripada ahli lain dalam sesuatu kumpulan. Selain itu, kaedah ini jugadapat membina semangat bekerjasama antara peserta. Seterusnya, idea

    yang dilahirkan oleh seorang ahli itu akan mencetus idea-idea laindaripada ahli-ahli lain. Seperti mana kaedah perbincangan dan perbahasan,sebelum sumbang saran bermula, guru perlu memberi atau memilihsesuatu isu atau masalah yang hendak dibincangkan dan peraturan yangperlu diikut. Bagaimanapun, guru perlu bersedia mencelah sekiranya sesisumbang saran tersasar daripada objektif asal. Sesi ini akan berjalan lancarsekiranya peraturan berikut diikuti:

    (i)  Semua idea direkodkan dan dihargai; dan

    (ii)  Pelajar tidak dibenarkan mengkritik sebarang idea yang dicetuskan.

    Kelebihan kaedah sumbang saran adalah seperti yang berikut:

    (i)  Satu teknik latihan mendengar yang turut menggalakkan pemikirankreatif dan penghasilan idea-idea baru;

    (ii)  Menggalakkan semua pelajar mengambil bahagian sebab semua ideaadalah dialu-alukan;

    (iii)  Menimba pengetahuan dan pengalaman daripada ahli kumpulan; dan

    (iv)  Mewujudkan rasa bersama.

    (c) 

    Kaedah Kolaboratif dan Koperatif

    Kaedah kolaboratif ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yangpelajar bekerjasama dalam kumpulan untuk meneroka/menjawab satusoalan penting yang diberikan kepada mereka atau menghasilkan satuprojek kreatif. Seterusnya, kaedah koperatif pula merupakan satu kaedahspesifik bagi kaedah kolaboratif. Dalam kaedah koperatif, guru perlumenentukan pengetahuan dan/atau kemahiran yang perlu dipelajari olehpelajar. Guru juga perlu memberi tahu mereka tentang cara bekerjasamadalam kumpulan kecil dan melakukan aktiviti secara berstruktur. Selainitu, semua pelajar hendaklah bertanggungjawab ke atas pencapaian sama

    ada secara individu atau secara berkumpulan iaitu mereka perlu menolongantara satu sama lain.

    Bagi menjayakan kaedah koperatif, empat perkara diperlukan iaitu:

    (i)  Pelajar perlu diberi tugas mencabar tetapi yakin dapatmelaksanakannya;

    (ii)  Kumpulan hendaklah kecil supaya semua ahli dapat memberisumbangan;

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    16/25

      TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN   219

    (iii)  Tugas yang diberi kepada kumpulan pelajar perlu diterangkandengan jelas; dan

    (iv) 

    Semua ahli kumpulan hendaklah menghormati antara satu sama lain.

    Kaedah koperatif mempunyai beberapa kelebihan berbanding kaedah lainiaitu:

    (i)  Ia membantu meningkatkan rasa tanggungjawab bersama;

    (ii)  Pelajar belajar bersabar, kurang kritikal dan lebih merasa belaskasihan; dan

    (iii)  Pelajar menjadi lebih toleransi antara satu sama lain.

    Seperti juga kaedah lain, kaedah koperatif mempunyai beberapa kelemahaniaitu:

    (i)  Sesetengah pelajar tidak dapat belajar dengan baik melalui kaedah ini;

    (ii)  Pelajar yang suka bersendirian (loners ) sukar untuk melibatkan diridalam perbincangan;

    (iii)  Pelajar agresif cuba menguasai perbincangan; dan

    (iv)  Pelajar pandai cuba berlagak “ bijak”.

    (d)  Kaedah EksperimenKaedah eksperimen ialah kaedah yang digunakan untuk menguji sesuatuhipotesis dengan membuat uji kaji, mengutip dan menganalisis data sertamenyediakan laporan. Kaedah ini biasanya digunakan dalam matapelajaran sains yang memerlukan pemikiran sistematik, objektif, kreatif,kritikal, analitikal dan rasional. Kejayaan eksperimen sains amat

     bergantung kepada guru dalam merancang dan menguruskan aktiviti-aktiviti makmal. Tujuan aktiviti eksperimen ini ialah untuk pelajarmengukuhkan pemahaman tentang konsep yang diajar guru dalam kelas.

    Dalam kaedah eksperimen, perkara berikut perlu diberi perhatian:

    (i)  Masa yang diberi untuk melaksanakan eksperimen;

    (ii)  Cara untuk melaksanakan eksperimen;

    (iii)  Kesukaran yang dihadapi semasa melaksanakan eksperimen;

    (iv)  Perkara penting yang perlu ditekankan semasa eksperimen;

    (v)  Konsep dan kemahiran yang perlu dikuasai pelajar;

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    17/25

        TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN 220

    (vi)  Kaedah pengutipan data dan perbincangan; dan

    (vii)  Keselamatan makmal.

    Kejayaan kaedah eksperimen bergantung pada:

    (i)  Kesukaran eksperimen; dan

    (ii)  Kuantiti sesuatu eksperimen itu dilaksanakan.

    (e)  Kaedah PermainanDalam kaedah ini, permainan yang sesuai digunakan untuk pelajarmemahami dan mengukuhkan konsep dan prinsip yang ingindisampaikan. Di samping itu, permainan juga dapat memberikankeseronokan dan meningkatkan minat pelajar untuk terus belajar.Permainan juga mengandungi unsur pertandingan, cabaran dan ganjaranyang dapat mengurangkan rasa bosan dengan keadaan dalam kelas.Sesetengah permainan seperti catur dapat melatih kesabaran dan toleransi.

    Peranan guru dalam kaedah permainan ialah seperti yang berikut:

    (i)  Memutuskan bentuk permainan yang sesuai;

    (ii)  Memaksimumkan penyertaan pelajar;

    (iii)  Menentukan pelajar memahami undang-undang dan peraturan

    permainan;(iv)  Menentukan permainan dilaksanakan secara adil dan terkawal; dan

    (v)  Menyatakan ganjaran (jika ada) kepada pasukan yang menang.

    Beberapa jenis permainan yang terdapat di sekolah:

    (i)  Scavenger Hunt ;

    (ii)  Name that Flag! And You Can Win It! ;

    (iii)  Identification Games ;

    (iv) 

    Alphabet Games ; dan

    (v)  Geography Games .

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    18/25

      TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN   221

    10.4.3 Pendekatan Pengajaran Penemuan Tulen

    Dalam pendekatan ini, seperti yang kita sedia maklum, guru membenarkan

    pelajar melakukan aktiviti pembelajaran secara bebas sehingga merekamenguasai kemahiran dan prinsip yang ingin disampaikan. Pendekatan inimenekankan pembelajaran berasaskan pengalaman. Menurut pendekatan ini,konsep dan prinsip utama perlu dikaji dan ditemui sendiri oleh pelajar. Beberapakaedah mengajar yang sesuai dengan pendekatan ini dijelaskan dalam bahagian

     berikut.

    (a)  Kaedah InkuiriDalam kaedah ini, pelajar diminta menjalankan kajian untuk menemuisendiri konsep-konsep atau prinsip tertentu. Tujuan utama kaedah ini ialah

    untuk membantu pelajar untuk meyakini diri sendiri, mendapatpengalaman dan menemui sendiri prinsip tertentu melalui kajian yangdijalankan. Sebagai contoh, apabila kaedah inkuiri digunakan, pelajar

     bukan sahaja memahami fenomena yang dikaji atau mendapat ilmudaripada pengalaman yang dilalui, tetapi juga mengetahui proses saintifikyang dilaksanakan. Semua ini diperoleh melalui pemikiran reflektif pelajar.Yang berikut dinyatakan pendapat beberapa orang penyelidik dalam

     bidang kaedah pengajaran:

    (i)  Martin (1972) berpendapat bahawa kaedah inkuiri dalam sains akanmembawa kepada penemuan. Pelajar, apabila menggunakan kaedah

    ini secara sendiri, akan menghasilkan bukti saintifik atau empirikaluntuk menyokong dapatan kajian mereka; dan

    (ii)  Dyer (1979) mencadangkan empat langkah bagi kaedah inkuiri iaitu:

    Mengenal pasti bidang masalah;

    Membina hipotesis;

    Melaksanakan eksperimen empirikal; dan

    Mengutip dan menganalisis data.

    (b)  Kaedah Penyelesaian MasalahKaedah ini dilaksanakan dengan memberi masalah kepada pelajar danmeminta mereka menyelesaikannya dengan bantuan minimum daripadaguru. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti yang berikut:

    (i)  Mengenal pasti masalah;

    (ii)  Memahami masalah;

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    19/25

        TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN 222

    (iii)  Merancang penyelesaian;

    (iv)  Melaksana rancangan penyelesaian; dan

    (v) 

    Menilai penyelesaian.

    Bagi langkah pertama, guru perlu mengenal pasti masalah yang sesuaidengan objektif pembelajaran dan latar belakang pelajar. Masalah dalammata pelajaran matematik, misalnya, berbeza daripada masalah dalammata pelajaran Sains. Selain itu, pelajar juga berbeza dari segi gaya belajar,pengalaman, minat, motivasi dan keupayaan menyelesaikan masalah.Seterusnya, bagi langkah kedua, masalah yang telah dikenal pastihendaklah diberi kepada pelajar dan dijelaskan sehingga mereka benar-

     benar memahami masalah tersebut.

    Bagi langkah ketiga, apabila pelajar merancang penyelesaian, merekamungkin perlu melukis gambar, rajah atau peta minda berkaitan denganmasalah yang diberikan. Pelajar perlu mengenal pasti beberapa alternatifpenyelesaian dan memilih alternatif terbaik untuk menyelesaikan masalahyang diberikan. Mereka seterusnya perlu menyediakan rancanganpenyelesaian kepada masalah ini secara terperinci.

    Bagi langkah keempat, pelajar perlu melaksanakan rancangan penyelesaianyang telah dibuat, langkah demi langkah hingga tamat. Akhirnya, merekaperlu menyemak dan menilai sama ada penyelesaian yang mereka perolehitu adalah penyelesaian kepada masalah yang diberikan kepada mereka.Selepas pelajar melalui proses penyelesaian masalah ini, kita harap merekatelah mempelajari sesuatu. Kita sebagai guru perlu faham bahawa kaedahpenyelesaian perlu distrukturkan, dirancang dan dapat dioperasi. Kaedah

    ini juga boleh digunakan bersama kaedah lain seperti perbincangan,sumbang saran dan koperatif.

    (c)  Kaedah Kerja LapanganKaedah ini merupakan kaedah pengajaran yang agak berbeza daripadakaedah-kaedah lain, di mana pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran dilapangan (fieldwork ). Mereka boleh diberi projek seperti membuateksperimen, menjalankan tinjauan (survey ), mengambil bahagian dalamkerja komuniti, memerhati orang bekerja atau menulis laporan tentang

    Lihatlah penyu kerana ia tidak bergerak ke hadapan tanpa terjulurkeluar lehernya  (behold the turtle, for he does not move forwardwithout sticking out his neck ). 

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    20/25

      TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN   223

    pengembaraan mereka. Tujuan utama kaedah ini ialah memberi peluangkepada pelajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui pengalamanyang tidak diperoleh di dalam kelas.

    Hasil daripada kerja lapangan bergantung kepada banyak faktor seperti:

    (i)  Perancangan yang baik dari segi tatacara dan pengurusan;

    (ii)  Matlamat, tujuan dan objektif kerja lapangan;

    (iii)  Kesukaran projek yang diberikan; dan

    (iv)  Tanggungjawab pelajar.

    (d)  Kaedah EksplorasiKaedah ini menggalakkan pembelajaran pelajar secara penemuan melaluiaktiviti eksplorasi. Peranan guru hanyalah sebagai pemudah cara(facilitator ) pembelajaran. Guru boleh bermula dengan bertanya soalan-soalan berikut: Bagaimanakah memulakan eksplorasi? Apakah yanghendak dilihat dan apakah langkah yang perlu diikut? Pelajar pula diberikebebasan untuk memilih apa sahaja kaedah dan teknik untuk menjayakansesuatu eksplorasi. Melalui inisiatif sendiri, seseorang pelajar bolehmembina soalan sendiri dan cuba mencari jawapan kepada soalan tersebut.Sebagai contoh, apakah yang akan berlaku sekiranya tumbuhan tidakmendapat cahaya matahari?

    Kaedah ini membantu pelajar supaya ingin mengetahui tentang perkara disekeliling mereka atau menguji sesuatu secara cuba jaya dan juga memberikebebasan untuk mereka membuat eksplorasi. Dengan melakukannya,mereka akan dapat memahami sesuatu secara sendiri dan pembelajaran

     berlaku secara serta merta.

    Untuk mempercepatkan pembelajaran, guru perlu memainkan perananseperti yang berikut:

    (i)  Menyediakan kerja-kerja asas;

    (ii) 

    Memberi masa yang mencukupi, kebebasan dan ruang;

    (iii)  Membantu pelajar dalam apa cara jua; dan

    (iv)  Meminimumkan masalah jika wujud.

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    21/25

        TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN 224

    RANCANGAN MENGAJAR 

    Empat (unsur pembelajaran dan pengajaran telah diberikan dalam model MUREiaitu motivasi, pemahaman, pengukuhan dan peperiksaan. Seterusnya, model

    PPK akan membantu kita untuk memilih pendekatan, kaedah, teknik dankandungan pengajaran; berasaskan pengetahuan tentang mata pelajaran danpedagogi serta pengetahuan tentang pelajar dan sukatan pelajaran. Langkahseterusnya ialah mereka bentuk rancangan mengajar, yang terdiri daripadalangkah-langkah yang mengandungi semua aktiviti pengajaran danpembelajaran yang ditulis secara jelas dan terperinci (sehingga guru lain bolehmengajar sekiranya anda dalam kecemasan). Rancangan mengajar yang baikakan melicinkan proses pengajaran dan membantu pelajar untuk mencapai danmenguasai hasil pembelajaran (learning outcomes ).

    Rancangan pengajaran biasanya terdiri daripada empat bahagian iaitu:(a)  Maklumat kelas (kelas, hari, tarikh, mata pelajaran);

    (b)  Maklumat topik (topik, matlamat, hasil pembelajaran, nilai murni,pendekatan dan kaedah pengajaran);

    (c)  Langkah pengajaran (motivasi, pengetahuan/kemahiran asas, konsep bersama kandungan/bahan bantu mengajar/contoh/aktiviti/latihan,rumusan, dan kerja rumah); dan

    (d)  Rujukan.

    Contoh rancangan mengajar untuk mata pelajaran matematik diberikan dalam Jadual 10.1.

    10.5

    Pendekatan pengajaran boleh dikelaskan sebagai “pengajaran terus”,

    “pengajaran penemuan berpandu”  atau “pengajaran penemuan tulen”.Mengikut pengalaman anda sebagai guru atau pelajar, pendekatanmanakah yang sesuai bagi pelajar lemah?

    LATIHAN 10.4

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    22/25

      TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN   225

    Jadual 10.1: Contoh Rancangan Mengajar Matematik

    Rancangan Pelajaran

    KelasHar

    i Tarikh

    Masa 

    Mata pelajaran 

    3COMIsnin

    15/5/06

    7.30 hingga 8.10 pagi

    Matematik

    Topik  Kelajuan

    Matlamat 

    Hasil

    pembelajaran 

    Nilai moral

    Pelajar harus dapat menentukan dan mengira kelajuan dan

    kelajuan yang seragam.

    Pada akhir pelajaran ini, pelajar seharusnya dapat:

    (a) Menentukan kelajuan dan kelajuan yang seragam; dan 

    (b) Menghitung kelajuan dan kelajuan yang seragam.

    Mematuhi had laju.

    Pendekatan

    pengajaran/ 

    kaedah 

    Penemuan berpandu

    (a)  Perbincangan;

    (b) 

    Sesi soal jawab; dan

    (c) 

    Sumbang saran.

    Langkah

    langkah

    pengajaran

    1. Motivasi 

    (a) Kandungan: Memotivasikan pelajar untukmemberikan perhatian kepada topik;

    (b) Alat bantu pengajaran: Gambar kemalangan jalanraya yang membawa maut; dan

    (c) Aktiviti: Perbincangan singkat tentang kemalangan jalan raya.

    2. Pengetahuan dan Kemahiran Asas (a) Kandungan: Jarak dan unit di KM dan meter. Masa

    dan unit dalam jam dan minit. Konsep danpengiraan purata; 

    (b) Alat bantu pengajaran: Pembaris satu meter;

    (c) Aktiviti: Perbincangan singkat tentang jarak danmasa, dan bagaimana untuk mengukurnya; dan

    (d) Latihan: Tunjukkan pembaris satu meter danmembenarkan pelajar mengaitkannya dengansejauh mana 1 KM.

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    23/25

        TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN 226

    3. Konsep Kelajuan dan Definisi 

    (a) Kandungan: Kelajuan ialah jarak purata yangdiliputi oleh objek yang bergerak dalam satu unit

    masa;(b) Alat bantu pengajaran: Gambar kereta lumba F1;

    (c) Aktiviti: Membincangkan menggunakan datakereta lumba F1 data mengenai masa yang diambiluntuk menghabiskan satu pusingan litar;

    (d) Latihan: Pelajar perlu mencari jarak purata diliputidalam masa per minit. Mereka perlu mengira jarakpurata per jam; dan

    (e)  Aktiviti: Berikan definisi kelajuan. Pelajar perlumenemui formula untuk kelajuan.

     Jarak (KM) 25 50 100 150 250

    Masa (jam) 1 2 4 6 ?

    4. Contoh Kelajuan Seragam 

    (a) Kandungan: Kelajuan seragam berserta contoh;

    (b) Alat bantu pengajaran: Jadual menunjukkan jarakdan masa;

    (c) Aktiviti: Pelajar perlu mengira kelajuan setiap jarakyang diliputi. Mereka perlu membuat rumusan

    tentang kelajuan;(d) Latihan: Pelajar perlu mencari masa untuk meliputi

    250KM; dan

    (e) Aktiviti: Pelajar perlu mendefinisikan kelajuanseragam.

    5. Nilai Moral

    (a) Kandungan: Mematuhi had kelajuan;

    (b) Alat bantu pengajaran: Gambar kemalangan jalanraya yang membawa maut; dan

    (c) Aktiviti: Pelajar perlu sumbang saran berkenaankesemua kemungkinan yang menjadi puncakemalangan jalan raya. Adakah kelajuan salah satusebabnya? Pelajar perlu memberi komen tentangslogan “Patuhi had kelajuan”  (r espect for speedlimits ). Adakah mereka bersetuju dengan slogantersebut?

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    24/25

      TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN   227

    6. Rumusan 

    Guru boleh meminta pelajar menyatakan maklumatpenting daripada pelajaran.

    7. Kerja Rumah 

    Guru memberikan kerja rumah berkenaan soalan berkaitan dari kertas peperiksaan PMR yang lepas.

    Rujukan  (a) Lee Hong Eng. (1988). Matematik moden SRP . Petaling Jaya, Malaysia: Preston.

    (b) Mohammad Khairuddin Yahya, Ibrahim Md Noh., & K. H.Low. (1989). Matematik tingkatan satu KBSM . Kuala Lumpur,Malaysia: Berita.

      Anda telah pun didedahkan kepada beberapa kaedah pengajaran dalam matapelajaran pengkhususan anda masing-masing.

      Tujuan utama topik ini adalah memberi rumusan tentang kaedah pengajaranyang mungkin didedahkan kepada anda dalam kursus yang lepas dandimulakan dengan penjelasan tentang pendekatan, kaedah dan teknik

    pengajaran.

      Ini diikuti oleh model MURE yang menjelaskan beberapa unsur dalampembelajaran dan pengajaran iaitu motivasi, pemahaman, pengukuhan danpeperiksaan.

      Topik ini seterusnya mencadangkan bagaimana model PPK boleh digunakanoleh guru untuk pelajar mencapai “pemahaman”  dengan menggabungkanpengetahuan tentang mata pelajaran dan pedagogi serta pengetahuantentang pelajar dan sukatan pelajaran.

      Topik ini seterusnya menjelaskan beberapa kaedah mengajar yang bolehmenjadi “pengetahuan pedagogi” kepada kita.

      Akhirnya, satu rancangan mengajar ringkas diberi sebagai contoh rancanganmengajar menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran tertentu.

  • 8/19/2019 HBEF2503 Topik 10

    25/25

        TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN 228

    Pendekatan pengajaran

    Pengajaran penemuan tulen

    Pengajaran pedagogi kandungan

    Pengajaran penemuan berpadu

    Pengajaran terus

    1.  Nyatakan apakah prinsip asas yang digunakan untuk mengelaskanpendekatan pengajaran? Berikan satu contoh pengelasan bersama prinsipasas ini.

    2.  Unsur pertama dalam model MURE ialah motivasi. Apakah fungsimotivasi ini? Berikan dua contoh motivasi tersebut.

    3.  Pemahaman mata pelajaran secara mendalam adalah penting kepada guru. Jelaskan bagaimana pemahaman ini membantu seseorang guru itu.

    4.  Pendekatan pengajaran boleh dikelaskan kepada pendekatan pengajaranterus, penemuan berpandu dan penemuan tulen.

    (a) Jelaskan apa yang anda faham tentang pendekatan pengajaranpenemuan berpandu.

    (b) Beri dan jelaskan satu kaedah pengajaran yang sesuai denganpendekatan penemuan berpandu.

    (c) Pilih satu mata pelajaran tertentu dan jelaskan teknik pengajaran yangsesuai dengan kaedah pengajaran dalam (b).