SDP : Topik 10 - Integrasi

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/30/2019 SDP : Topik 10 - Integrasi

    1/18

    166OUM

    TOPIK 10INTEGRASI

    TOPIK 10 INTEGRASI

    PENGENALAN

    Untuk mendapat satu pembelajaran dan pengajaran yang sangat berkesan satupenegasan kepada pengajaran perlu diberi perhatian yang serius. Untuk itu di dalampelaksanaan pengajaran kurikulum pembelajaran yang ada perlulah diintegrasikan agar beberapa aspek penegasan dan cara pelaksanaannya akan dapat untuk membuatpenerokaan dalam mendapatkan pengetahuan, kemahiran serta penghayatan nilai.

    Untuk itu pelajar harus diberi banyak peluang dan ruang untuk mengalami prosespertumbuhan dan perkembangan dengan cara yang sihat. Seperti diberi peluang untukmencari dan melahirkan idea melalui percakapan, tulisan, lukisan, muzik, nyanyian,lakunan dan sebaginya. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini mampu membina danmenyuburkan sikap dan pemikiran kreatif selain daripada menjadi aktif dan progresif.

    OBJEKTIF

    Pada akhir topik ini, anda akan dapat:

    1. menjelaskan pelbagai jenis integrasi yang digunakan di dalam pengajaran danpembelajaran;

    2. menyatakan kelebihan integrasi semasa pengajaran dan pembelajarandilaksanakan;

    3. mengetahui mengenai dengan isu-isu dan cabaran-cabaran integrasi;

    4. memahami bagaimana untuk melaksanakan integrasi seni visual, muzik danpergerakan dengan mata pelajaran lain; dan

    5. membuat perancangan dan penilaian menggunakan pendekatan integrasi.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 10 - Integrasi

    2/18

    167OUM

    TOPIK 10 INTEGRASI

    PETA MINDA

    10.1 PENGENALANProgram pendidikan Intergrasi merupakan satu program yang amat popular di luar negrakhususnya Amerika Syarikat yang mana telah dimulai pada tahun 1900 an. Pada ketika itupenekanan pada mata pelajaran sains telah mula diintergrasikan dengan mata pelajaran.Ini adalah disebabkan kerana dia telah menganggap sains adalah asas dalam kehidupanseharian rakyatnya. Kemudian daripada itu terdapat juga perkara-perkara dan matapelajaran lain diintergrasikan ke dalam kurikulum disekolah-sekolah. Dengan dapat dibuatsecara kesimpulan bahawa konsep intergrasi dalam kurikulum adalah diamalkan dengansecara meluas dikebanya pelajarkka negara-negara maju.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 10 - Integrasi

    3/18

    168OUM

    TOPIK 10INTEGRASI

    10.1.1 Berbagai Pengertian Integrasi

    Kebanyakkannya pendidik menggunakan konsep dan makna pengintergrasian dari

    pelbagai sudut antaranya sudut psikologi, sosiologi dan pedagogi.

    Intergrasi dari sudut psikologi sentiasa berkait rapat dengan personaliti total dimana inibermaksud bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sentiasaberkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain.yang

    Dari sudut sosiologi, intergrasi mempunyai lebih daripada satu makna. Pertama, ia bolehdilihat dari sudut perhubungan antara personaliti dengan personaliti seperti antaraseseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan antara pelajar dengan guru. Keduaperlu ada rasa keinginan yang terjalin dalam perhubungan antara individu denganpelbagai pelbagai egensi masyarakat dan akhir sekali harus ada pengiktirafan terhadapperhubungan antara pelbagai institusi masyarakat itu.

    Manakala dari sudut pedagogi, intergrasi melibatkan kaedahdan teknik mengajaryangmeliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidangpelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikanmasalah sebagai satu cara belajar.

    10.1.2 Berbagai Jenis Integrasi

    Terdapat pelbagai cara integrasi dijalankan dalam pengajaran dalam KurikulumBersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSR, penegasan yang berkesan sangatdititik beratkan bagi mempastikan kejayaan proses pembelajaran pelajar. Bagi mencapaihasrat dalam falsafah, matlamat dan objektif pendidikan kebangsaan beberapa kaedahperlu diguna pakai dalam proses pengajaran antaranya ialah konsep integrasi. DalamKBSR juga konsep integrasi lebih dikenali sebagai kesepaduan. Untuk itu konsepbersepadu dalam KBSR membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan,kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara integrasi danmenyeluruh. Ini kerana dalam KBSR pendidikan adalah bagi pembangunan individu insanyang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Untuk itubebrapa konsep perlu ditegaskan sebagai asas dalam proses pengajaran danpembelajaran KBSR yang mengandungi aspek

    (a) PenggabungjalinanBermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagimewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategipenggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajarandisampaikan secara harmonidan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaranatau beberapa mata pelajaran.

    Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran danpembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana prosespengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi inimembolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitandengan cara bersepadu.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 10 - Integrasi

    4/18

    169OUM

    TOPIK 10 INTEGRASI

    Jenis-jenis PenggabungjalinanPenggabungjalinan sebagai yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran boleh dilihat daripada tiga sudut seperti:

    x Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran

    x Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatumata pelajaran

    x Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum

    Latihan 10.1

    Nyatakan kemahiran-kemahiran yang boleh diperolehi bedasarkanpenggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum?

    Rajah 10.1: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran bahasa

    (b) PenyerapanPenyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagisesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsur pengetahuan. Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isikandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran.Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikelsains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajarikemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 10 - Integrasi

    5/18

    170OUM

    TOPIK 10INTEGRASI

    Rajah 10.2: Penyerapan unsur-unsur sains dan kajian tempatan dalam Bahasa Melayu

    Ciri-ciri Penyerapan:

    (i) Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada berbagai-bagaipelajaran

    (ii) Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalamsatumata pelajaran

    (iii) Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses penyerapan adalahfleksibel.

    (iv) Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama danunsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama tetap diberi penekananyang lebih

    (v) Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan.Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktivitipenggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran seperti membaca, menulis danmengira.

    (c) PenerapanKonsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilaidalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yangdimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan,nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya. Penerapan nilaiakan berlangsung melalui dua pendekatan iaitu;

    (i) Pendekatan implisitGuru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai. Contohnya apabila gurubercakap benar, berpakaian kemas, datang tepat pada waktu secara tidaklangsung segala perlakuan guru ini diperhatikan oleh kanak-kanak dan akandihayati serta akan menjadi ikutan oleh kanak-kanak. Tindakan guru menyokongdan memberi pujian kepada pelajar secara tidak langsung menyedarkan pelajar

    untuk menerima sesuatu nilai yang positif itu.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 10 - Integrasi

    6/18

    171OUM

    TOPIK 10 INTEGRASI

    (ii) Pendekatan eksplisitPenerapan nilai secara eksplisit ialah dengan mengadakan suatu peraturan ,arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang

    diharapkan dan yang tidak diharapkan. Program atau aktiviti yang khusus jugaadakalanya diadakan untuk menerapkan sesuatu nilai seperti program motivasi,sambut hari guru, hari kemerdekaan, kempen kebersihan, kempen anti rokokdan sebagainya. Di dalam bilik darjah, guru pendidikan moral dan pendidikanIslam akan mengajar sesuatu topik berkaitan dengan sesuatu nilai, ini jugadianggap sebagai eksplisit. Untuk itu penerapan secara eksplisit adalah lebihterancang, bermatlamat dan cara pelaksanaannya serta penilaiannya yang jelas.

    (d) PemulihanPemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantupelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalamkemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkanuntuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dankemahiran. Dalam merancangkan aktiviti pemulihan, beberapa perkara perlu diambilkira termasuk:

    (i) Tumpuan kepada kelemahan murid yang telah dikesan.

    (ii) Pengajaran dan pembelajaran perlu diubah suai dan dipelbagaikan mengikutkeperluan kognisi murid.

    (iii) Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar termasuk bahan bercetakdan bahan elektronik untuk membantu murid memahami dan menguasai HasilPembelajaran.

    Selepas aktiviti pemulihan, pascaujian dijalankan secara pemerhatian, lisan ataubertulis. Pascaujian ini haruslah menekankan penguasaan konsep ataukemahiran yang perlu dikuasai.

    (e) Pengayaan Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah ataulambat kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yangpencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas.

    Guru perlu mengorganisasikan semula kelas untuk menempatkan murid denganaktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan dirancang bagi murid yang mencapai arasmasteri 80% dalam praujian. Pencapaian sedemikian menunjukkan bahawa murid

    telah menguasai unit pembelajaran tertentu dan kumpulan murid ini akan terusmenjalani aktiviti pengayaan tanpa melalui proses pengajaran dan pembelajaran unitpembelajaran tersebut. Aktiviti pengayaan juga dirancang bagi murid yang mencapaiaras masteri 80% dalam pascaujian selepas melalui proses pengajaran danpembelajaran unit pembelajaran tersebut

    (i) Pengayaan Berbentuk Pengukuhan Aktiviti ini menumpukan kepada pengukuhan pengetahuan dan kemahiran yangtelah dikuasai dalam unit pembelajaran yang sama dan bukan sesuatu yangbaru. Sebagai contoh di HSP Sains Tahun 4, Tema: 'Menyiasat Alam Fizikal', dibawah Hasil Pembelajaran 'Memahami Konsep Isipadu'; murid mempelajarikonsep isipadu dan mengukur isipadu. Dalam aktiviti pengayaan berbentukpengukuhan murid diberi pelbagai masalah berkaitan dengan konsep isipaduyang biasa ditemui dalam kehidupan harian. Antaranya, ialah mengukur isipadu

  • 7/30/2019 SDP : Topik 10 - Integrasi

    7/18

    172OUM

    TOPIK 10INTEGRASI

    air yang diminum oleh murid setiap hari, dan mencari isipadu beg sekolah muriduntuk memuatkan buku sekolah. Melalui aktiviti sedemikian, murid dapatmengaplikasikan konsep isipadu dalam konteks yang lebih relevan, dan

    seterusnya dapat mengukuhkan pemahaman tentang konsep isipadu.

    (ii) Pengayaan Berbentuk Perkembangan Aktiviti ini merupakan aktiviti yang lebih kompleks, serta mencabar padaperingkat kognisi yang lebih tinggi dalam unit pembelajaran yang berkait rapatdengan unit pembelajaran yang dipelajari. Pengetahuan dan kemahiran yangdiperolehi melalui aktiviti ini boleh meliputi bidang yang lebih luas dan lebihmendalam. Aktiviti ini boleh dijalankan secara kadar kendiri dan terarah kendiri.

    (iii) Pendekatan IntegrasiMenurut Passe (1999) terdapat dua pendekatan bagi pelaksanaan integrasidalam kurikulum iaiitu:x Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada

    Sesuatu perkara yang diintergrasikan kedalam mata pelajaran yang sediaada. Pendekatan ini melihat hubungan antara mata pelajaran danseterusnya menggalakkan rentasan disiplin. Sebagai contoh antara matapelajaran seni visual dengan muzik dan pergerakan, mata pelajarankemahiran hidup dengan matematik serta antara sains dengan pendidikan

    jasmani dan kesihatan. Adaptasi adalah melalui konsep penggabungjalinan,penyerapan dan penerapan. Selain itu unsur-unsur nilai murni, KBKK, unsur patriotisme, unsur-unsur kebersihan dan penjagaan alam sekitar bolehdiintegrasikan melalui pendekatan adaptasi ini.

    x

    Membina kurikulum baruMata pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan didalamnyamengandungi unsur-unsur yang hendak diintegrasikan. Contohnya disiplinkesihatan telah dimasukkan ke dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmanisehingga menjadi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.Gabungan unsur sejarah, geografi dan hal ehwal tempatan telahmewujudkan mata pelajaran Kajian Tempatan.

    10.1.3 Kelebihan Integrasi

    Saranan mengintergasikan seni dalam pendidikan kedalam bidang-bidang kurikulum yang

    lain mempunyai kebaikan dan kelebihan.

    (a) Antara kelebihan-kelebihan itu adalah seperti berikut:Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja.

    Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, makabertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Denganini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatuunit kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai kelebihan media yangboleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan maslah. Contoh, jikasesebuah kelas sedang mempelajari satu unit pelajaran berhubung dengan tajukCara Kehidupan Masyarakat Iban di Rumah Panjang, guru atau pelajar dalam bilikdarjah itu akan menubuhkan unti-unit kumpulan kecil dan setiap unit itu akan menkaji

    satu aspek masyarakat orang Iban seperti apa yang dilakukan oleh orang iban untukhidup, permainan dan rekreasi mereka, upacara dan tarian-tarian adat resam mereka

  • 7/30/2019 SDP : Topik 10 - Integrasi

    8/18

    173OUM

    TOPIK 10 INTEGRASI

    seperti ketika menyambut hari gawai, perkahwinan dan pelbagai aspek lain lagi. Apasahaja bahan dan maklumat yang diperolehi oleh setiap kumpulan itu bolehdipersembahkan baik dalam bentuk penerangan lisan, pergerakan atau bentuk aksi.

    Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan menambahkanlagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan.

    (b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan. Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuanmeleraikan proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapatmewujudkan peluang yang baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan.

    (c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain,akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan guru mahupun pelajar, bahawaintegrasi itu merupakan sebahagian daripada program aktiviti sekolah dan bukannyasesuatu yang bersifat terasing dan terpisah.

    10.1.4 Isu dan Cabaran Intergrasi

    Masalah berhubung dengan peruntukan masa untuk slot pergerakan, seni visual ataumusik bukanlah satu alasan yang baru. Dengan keadaan jadual waktu yang padat,sesetengah sekolah agak berasa keberatan untuk menambahkan lagi jumlah matapelajaran. Oleh yang demikian, apabila sesuatu bidang baru diperkenalkan, beberapalangkah-langkah terpaksa diambil oleh pihak sekolah untuk memuatkan mata pelajaranbaru itu kedalam jadual pembelajaran yang sedia ada itu dengan cara mengeluarkan matapelajaran tertentu yang dianggap kurang penting dari segi akedemiknya.

    Apa yang berlaku kepada mata pelajaran pendidikan jasmani dinegara ini merupakansatu contoh yang baik. Daripada tiga waktu seminggu, kini telah dikurangkan kepada duadan daripada peruntukkan masa 45 minit sesetiap waktu telah dikurangkan kepada 40minit. Jalan penyelesaian terbaik dalam menangani masalah ini ialah pihak pengurusansekolah dan guru-guru perlulah melaksanakan perancangan yang lebih berdaya ciptadimana mata pelajaran pendidikan jasmani digabungkan dengan mata pelajar teras yanglain, atau pun kepada mata pelajaran yang sudah kukuh kedudukannya dalam kurikulum.

    10.1.5 Intergrasi Seni Visual, Muzik dan PergerakanKesemua mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan boleh dintegrasikan keranaketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Malahan dengan diadakanpengintegrasian mata pelajarn ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagikefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang hendak diajar.

    (a) Aspek PsikologiSeperti yang dinyatakan sebelum ini, integrasi dari sudut psikologi merangkumipersonaliti secara menyeluruh pelajar. Ini secara tidak langsung akan memberi kesanyang impak kepada minda dan tubuh pelajar. Terdapat teori metafizik berhubungdengan fungsi-fungsi tubuh dan mental yang menyokong pernyataan ini. Pada

    dasrnya teori-teori ini terjelma dari kepercayaan tentang wujudnya persemadian di

  • 7/30/2019 SDP : Topik 10 - Integrasi

    9/18

    174OUM

    TOPIK 10INTEGRASI

    antara tubuh dan minda. Berdasarkan hakikat ini, dari sudut psikologi, mempunyaikesan pengaruh yang ketara terhadap pelajar.

    Pergerakan, pada dasarnya merujuk kepada pembelajaran melalui aktiviti pendidikan jasmani. Ramai dikalangan pendidik, malahan termasuk ahli-ahli falsafahkontemporari, memperakui hakikat prinsip perhubungan minda-tubuh atau istilah lainkepaduan psikomotor. Namun pelaksanaan prinsip ini masih jauh dari kebenarannya.

    Ada juga dalam kes-kes tertentu, guru-guru pendidikan jasmani terlalu menekankanaspek bukan fizikal sehingga mengabaikan aspek fizikal seperti yang diperlukan.Kedua-dua keadaan yang melampau ini boleh memberi kesan sampingan kepadapelajar terhadap pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh pelajar sehinggaboleh menjejaskan personalitinya.

    (b) Aspek SosiologiDari segi sosiologi terdapat tiga kategori integrasi, iaitu:

    x Integrasi antara personaliti

    x Integrasi antara individu dengan agensi-agensi masyarakat

    x Integrasi di kalangan pelbagai institusi masyarakat.

    Perhatian utamanya ialah mengenai aspek integrasi sosiologi yang memberi tumpuankepada hubungan antara personaliti dengan personaliti. Dalam hubungan ini senidalam pendidikan mempunyai peranan sebagai agen integrasi.

    Manusia, pada dasarnya, adalah mahkluk sosial. Menerusi seni dalam pendidikan,faktor ini dapat diekploitasikan dengan sebaik mungkin kerana kebanyakan aktivitiseni dalam pendidikan atas sifat semula jadinya tidak dapat mengelak daripadaterlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti-aktiviti berkelompokmenuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untukmencapai kejayaan bersama. Oleh yang demikian, aktiviti seni dalam pendidikandengan sifatnya yang berkelompok, mempunyai ciri-ciri yang berteraskan demokrasi.Dalam hubungan ini, aksi-aksi yang terdapat dalam seni dalam pendidikan yangmerangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan itu mempunyai satu titik tolakinteraksi sosial yang terjalin menerusi perhubungan deria sentuh. Komunikasi deriasentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yangmembawa kepada konsep perpaduan.

    Program yang terdapat dalam seni dalam pendidikan bukan sahaja menyumbang

    kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar tetapi juga berupaya memenuhikeperluan-keperluan sosial yang asas. Apabila semua pelajar berpeluang menyertaiaktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akanterbentuklah satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaiturasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok.

    Keperluan untuk belaian berkait rapat dengan keperluan untuk ketermilikan. Pelajar mahukan dirinya diterima sebagai anggota sesebuah kelompok dan pada masayang sama mereka juga memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni dalamPendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujiandan galakkan yang diberi kepada pelajar sebaik sahaja merreka mempersembahkanaktiviti yang mmenarik. Perhubungan antara pelajar dengan pelajar, guru dengan

    pelajar yang mesra mewujudkan suasana yang harmonis dan ini akanmenyebabakan pelajar merasakan bahawa guru dan rakan-rakan mereka prihatin

  • 7/30/2019 SDP : Topik 10 - Integrasi

    10/18

    175OUM

    TOPIK 10 INTEGRASI

    terhadap diri dan menghargai bakat yang mereka miliki. Suasana yang sedemikianrupa yang akan mencetuskan perhubungan mesra boleh diwujudkan menerusiprogram yang terdapat dalam seni dalam pendidikan.

    (c) Aspek PedagogiIntegrasi dari sudut pedagogi boleh berlaku dengan dua cara, iaitu

    (i) Berkait dengan prosedur mengajar:Yang menggabungkan pelbagai bidang pelajaran melalui unit-unit kerja, danbidang-bidang pelajaran itu akan membantu mengembangkan konsep-konsepdan pemahaman terhadap unit-unit itu.

    (ii) Melibatkan perhubungan antara dua atau lebih bidang pelajaran:Perhubungan terjalin dengan sebegitu rupa membuatkan isi atau kandungansetiap bidang bertambah mapan dalam usaha untuk mempertingkatkankefahaman dalam bidang-bidang lain yang bersangkutan. Dalam kebanyakanprogram disekolah rendah kedua-dua pendekatan ini dianggap sangat praktikdan memberi makna kepadanya.

    Dalam banyak hal pelajaran Seni dalam pendidikan belum diiktiraf sebgai satusubjek yang sah dalam kurikulum kerana penekanan terhadapnya berbezaberbanding dengan penekanan yang diberikan kepada bidang-bidang akademikyang lain.

    10.2 INTEGRASI SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKAN

    DENGAN MATA PELAJARAN LAINMari kita lihat contoh Integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaranSeni Visual, Muzik dan Pergerakan.

    Rajah 10.3: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan

    Rajah 10.4: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran di antara mata pelajaran misalnya Matematik dan Bahasa Melayu

  • 7/30/2019 SDP : Topik 10 - Integrasi

    11/18

    176OUM

    TOPIK 10INTEGRASI

    10.2.1 Matematik

    Dalam mengajar matematik konsep integrasi yang ditekankan adaalah berdasarkan cara

    penyampaian guru, kaedah dan strategi pelaksanaannya iaitu dengan berdasarkankepada kemahiran-kemahiran yang akan diperolehi oleh pelajar. Jika menggunakanproses penyerapan ianya dapat dirumuskan seperti berikut dengan berdasarkan kepadaSeni dalam pendidikan.

    Rajah 10.5 : Integrasi seni dalam pendidikan dengan matematik

    10.2.2 Sains

    Integrasi antara mata pelajaran seni dalam pendidikan dengan mata pelajaran Sains.Dalam mata pelajaran Sains banyak didapati aktiviti Seni visual iaitu melukis. Dengan inisecara tidak langsung pelajar akan melukis gambar-gambar yang terdapat di dalam matapelajaran Sains dan di integrasikan dengan seni visual. Integrasi mata pelajaran ini jugadapat membolehkan dan meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatan matapelajaran tersebut kedalam ingatan minda pelajar dengan melukis peta minda. Disampingitu muzik boleh diintegrasikan dengan mata pelajaran sains apabila guru dapat membantupelajar mengingati mata pelajaran tersebut dengan menyanyikan lagi berdasarkan tajukmata pelajaran dengan menggunakan melodi lagu-lagu masa kini. Contoh untuk laguDeria.

    Lirik lagu Deria (Ciptaan Zulkiply Yaakob)

    Saya lihat dengan mata,macam-macam warnaBiru, kuning, merah, unggu,Indah mata ku.

    Saya dengar dengan telinga,Macam-macam benda,Tip tap, tum tam, cak-cak, bum-bam

    Riuh bunyinya.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 10 - Integrasi

    12/18

    177OUM

    TOPIK 10 INTEGRASI

    Saya rasa dengan lidah,Macam-macam rasa,Pahit, masin, manis, kelat

    Enak rasanya.

    Saya sentuh dengan jari,Macam-macam benda,Kasar, kesat, lembut, nipisItu rasanya.

    10.2.3 Kajian Sosial

    Guru juga boleh menggunakan kemahiran nyanyian daripada mata pelajaran muzik kedalam mata pelajaran Kajian Sosial. Banyak lagu-lagu patriotik yang boleh dinyanyikanuntuk penghayatan semangat patrioitisme di kalangan pelajar seperti Jalur Gemilang,Lagu Rukun negara, Bahtera Merdeka, Tanjung Puteri sebagainya. Lagu-lagu bertemakanmotivasi diri, semangat kekeluargaan, keamanan dan kemakmuran juga boleh diperolehidengan banyak untuk disesuaikan dengan tajuk-tajuk pengajaran guru dalam matapelajaran Kajian Sosial.

    Kemahiran daripada pendidikan Seni Visual juga boleh diintegrasikan dalam matapelajaran Kajian Sosial seperti melukis bendera Jalur Gemilang, poster Hari Kebangsaan/Merdeka dan sebagainya.

    10.3 PERANCANGAN DAN PENILAIAN

    Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjaya dilaksanakan pelbagai aktivitiperlulah diadakan untuk membantu proses pembelajaran dapat dilaksanakannya denganlancar dan berkesan. Untuk itu sesuatu proses pengajaran tidak dapat lari daripadaperkara-perkara asas yang melibatakan guru, pelajar, isi pelajaran, bahan-bahanpembelajaran, bilik darjah serta kemudahan-kemudahan yang lain. Untuk itu sebelummelaksanakan pengajaran guru perlulah menyediakan satu perancangan yang rapi agar pembelajaran dapat disampaikan dengan lebih teratur.

    10.3.1 Pengurusan (Tenaga Kepakaran, Jadual, Komunikasi antaraBerbagai Pihak)

    Pengurusan atau pengelolaan adalah penting dalam sesebuah organisasi, tidak kira samaada organisasi itu kecil atau pun besar, swasta atau badan kerajaan. Fungsi pengurusanbukan saja merupakan tanggungjawab seorang pengurus besar, atau pengarah atau gurubesar tetapi juga tanggung jawab penyelia atau guru yang berada didalam organisasitersebut.

    Pengurusan yang cekap mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu ,antaranya:x Pengelola ialah pengurus dan pengarah di dalam organisasi yang mengawasi aliran

    kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi. Mereka mempunyai kuasayang diberikan untuk mengarah orang lain yang berada di bawah tanggungjawabnya.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 10 - Integrasi

    13/18

    178OUM

    TOPIK 10INTEGRASI

    x Pengelola bertanggungjawab menggunakan sumber dengan efisien untuk mencapaimatlamat yang telah ditetapkan.

    x Pengelola juga tidak boleh lari daripada bertanggungjawab ke atas kegagalan dankejayaan orang dibawah jagaannya. Kegagalan dan kejayaan itu mencerminkanprestasi pengelola berkenaan.

    x Pengelola mengimbangkan matlamat dan menetapkan prioriti seperti menjalankankerja yang penting dahulu atau dengan serta merta.

    x Pengelola mewujudkan matlamat, perancangan, dasar dan mengimplimentasikanstrategi.

    Apabila seseorang pengelola berada di dalam organisasi, beliau dikehendaki mengetahuiperlakuan yang diharapkan oleh ketua, rakan sekerja, kakitangan bawahan sertamengetahui juga tugas dan tanggungjawabnya. Ini disebabkan keberkesanan perjalananorganisasi itu dipengaruhi dan dikawal oleh faktor-faktor persekitaran organisasi itu sendiri.

    Manakala organisasi merujuk kepada satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yangbekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamatindividu, kumpulan atau organisasi. Definisi ini menjelaskan unsur-unsur yang perlu ada didalam sesebuah organisasi: Organisasi sebagai satu unit social, perlu ada penyatuanusaha dan ada hubungan yang erat dan akrab pada hubungan antara seorang individudengan individu yang lain.

    10.3.2 Perancangan Pengajaran dan PembelajaranUntuk melaksanakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berjaya guruperlulah menyediakan satu perancangan yang rapi. Untuk itu penglibatan sertapenyertaan pelajar amat diperlukan. Salah satu tujuan pengajaran adalah untukmempastikan pelajar dapat berpeluang menjalani kehidupan dimasa akan datang dandapat membawa perubahan ke atas seseorang individu. Perubahan ini boleh melibatkanbeberapa faktor antaranya tingkah laku, daya kognitif, afektif dan psikomotor kearah yanglebih positif.

    Perancangan pengajaran dapat dibahagikan kepada 3 fasa iaitu,

    (i) Fasa sebelum pengajaran

    (ii) Fasa semasa pengajaran

    (iii) Fasa selepas pengajaran

  • 7/30/2019 SDP : Topik 10 - Integrasi

    14/18

    179OUM

    TOPIK 10 INTEGRASI

    Rajah 10.6: Urutan fasa-fasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    Mengikut Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 hanya dua perancangan sahaja yang perlu ditulisiaitu:

    (i) Rancangan Pelajaran TahunanRancangan pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran danpembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan olehKementerian Pelajaran Malaysia

    (ii) Rancangan Pelajaran HarianRancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunanyang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana

    hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif tercapai.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 10 - Integrasi

    15/18

    180OUM

    TOPIK 10INTEGRASI

    10.3.3 Penilaian Pendekatan Integrasi

    Penilaian ialah proses menguji, mengumpul maklumat dan membuat justifikasi tentang

    penguasaan, kefahaman, kebolehan atau kemahiran pelajar berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan.

    Penilaian secara umumnya dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu penilaianformatif dan penilaian sumatif.

    (a) Penilaian Formatif Penilaian ini berlaku secara berterusan semasa pengajaran dan pembelajaransedang berjalan. Ini kerana perkembangan pembelajaran pelajar perlu dikesan darisemasa ke semasa pada kadar yang segera dalam masa proses pengajaran danpembelajaran berlangsung dan juga setiap kali selepas pembelajaran. Hasilanpenilaian ini akan diguna pakai untuk memperbaiki kelemahan dan kekurang yangdialami oleh pelajar.

    Berdasarkan maklumat ini guru dapat memikirkan pelaksanaan strategi pengajaranyang lebih baik dan berkesan di dalam bilik darjah sewaktu proses pengajaranpembelajaran sedang berlaku.

    Kaedah pelaksanaan penilaian formatif biasanya melibatkan perkara-perkara berikutiaitu;

    x aktiviti pemerhatian atau pengamatan oleh guru,

    x soal jawab secara lisan

    x perbincanganx pelaksanaan aktiviti

    x pentaksiran hasil kerja

    (b) Penilaian Sumatif Setelah satu tempuh pembelajaran tertentu, contohnya setelah satu semester, satupenggal, setengah tahun atau satu tahun penilaian akan dilakukan. Penilaian ini akanmengukur pencapaian terhadap objektif yang lebih luas meliputi keseluruhan tajukyang diajar dalam satu jangka waktu tertentu yang lebih panjang.

    Objektif penilaian sumatif ini adalah untuk melihat tahap pencapaian pelajar secarakeseluruhan. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) penilaian sumatif memberikan nilai yang membezakan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar yang lain. Penilaian ini juga seringkali digunakan untuk membuat pemilihan bagitujuan pengaliran, penganugerahan dan sebagainya. Penilaian dilaksanakan secararasmi diperingkat sekolah dan kadang kala setara bagi seluruh daerah. Untuk Senidalam Pendidikan penilaian dijalankan didalam pelbagai bentuk iaitu mengikutkesesuaian mata palejaran Seni Visual, Muzik dan Pergerakan.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 10 - Integrasi

    16/18

    181OUM

    TOPIK 10 INTEGRASI

    (i) Penilaian dalam Perkembangan Proses Pembelajaran

    Rajah 10.7: Penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    (ii) Penilaian Serta MertaPenilaian ini dijalankan semasa proses pengajaran berlangsung iaitu melalui

    pemerhatian, tindak balas serta karja harian pelajar. Guru dapat menilai pelajar sama ada pelajar dapat memahami pelajarn yang disampaikan atau tidak. Jikapelajar tidak dapat mencapai objektif guru, maka guru perlu memikirkan akanperancangan lain yang lebih berkesan agar kemahiran atau pengetahuan dapatdisampaikan. Penilaian ini berbentuk formatif dan berjalan secara berterusan disepanjang proses pengajaran dan pemebelajaran.

    (iii) Penilaian KemajuanPenilaian jenis ini dilakukan oleh guru setelah pelajar melalui satu-satu unitpembelajaran, kemahiran atau tajuk yang diajar. Penilaian ini juga bertujuanuntuk mengesan penguasaan pelajar terhadap kemahiran-kemahiran yang telahdidedahkan. Proses penilaian dilakukan secara formal aitu secara terancang,bertulis dan didokumentasikan mengikut format tertentu, atau informal itu tiadakaedah khusus, namun maklum balas pencapaianakan dicatat untuk dibuatpenganalisisan untuk tujuan penyimpanan rekod.

    (iv) Penilaian PencapaianPenilaian jenis ini diadakan selepas beberapa unit pembelajaran disampaikanoleh guru. Markah akan diberi dan ditukar kepada gred untuk dicatatkan dalamrekod profil. Penilaian pencapaian biasanya dijalankan pada setiap hujungsemester.

    (v) Penilaian Kerja AmaliPenilaian kerja amali dilakukan keatas kerja-kerja amali pelajar seperti dalamSeni Visual, muzik dan pergerakan. Ciri-cirinya ialah;

  • 7/30/2019 SDP : Topik 10 - Integrasi

    17/18

    182OUM

    TOPIK 10INTEGRASI

    x Secara formatif dan berterusan

    x Dikendalikan oleh guru sekolah

    x Dapat mengesan perkembangan pembelajaranx Berasaskan kriteria

    x Memberi fokus kepada perkembangan individu

    x Menggalakkan refleksi kendiri

    x Membolehkan tindakan susulan dibuat

    x Mempunyai pelbagai kaedah.

    RUMUSAN

    Konsep integrasi pada Seni dalam Pendidikan adalah ke arah pembangunan individuinsan yang simbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. DalamKBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu penegetahuan, kemahiran,bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh. Iniadalah disebabkan untuk membolehkan setiap pelajar memperolehi kemahiran,mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki.Pelaksanaan konsep kesepaduan atau integrasi dalam proses pengajaran pembelajaranadalah melalui penggabungjalinan, penyerapan dan penerapan. Antara lain manafaatnyaialah dapat memperlihatkan kepada pelajar gambaran keseluruhan serta hubung kait atarasatu perkara dengan perkara yang lain membentuk satu kerangka ilmu. Manakalapemulihan dan pengayaan pula untuk menjamin setiap pelajar tidak ketinggalan daripadamemperolehi apa yang sepatutnya mereka perolehi selaras dengan pendemokrasiaandalam mendapatkan pendidikan.

    GLOSARI

    RancanganPelajaran Tahunan

    Rancangan pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isipengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajarankebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian PelajaranMalaysia.

    RancanganPelajaran Harian

    Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahanRancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendakmencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif tercapai.

    Adaptasi ke dalamkurikulum yangada

    Sesuatu perkara yang diintergrasikan kedalam mata pelajaranyang sedia ada.

    Membinakurikulum baru

    Mata pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan didalamnyamengandungi unsur-unsur yang hendak diintegrasikan.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 10 - Integrasi

    18/18

    183OUM

    TOPIK 10 INTEGRASI

    UJIAN 1

    1. Apakah itu integrasi?

    2. Nyatakan kebaikan integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran seni dalampendidikan.

    3. Nyatakan dengan menggunakan idea grafik integrasi antara Seni dalam pendidikansatu matapelajaran sekolah.

    UJIAN 2

    1. Nyatakan fasa-fasa urutan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

    2. Huraikan setiap fasa dengan berdasarkan kepada matapelajaran Seni dalampendidikan.

    3. Nyatakan 4 bentuk penilaian proses pengajaran dan pembelajaran untuk Seni dalampendidkan.

    RUJUKAN

    Curriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia. (2002). Integrated curriculum for primary schools: curriculum specifications Mathematics Year 1

    Curriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia. (2002). Integratedcurriculum for primary schools: curriculum specifications Science Year 4.

    Eisner, E. (1992). The misunderstood role of the arts in human development.

    Hermann, N. (1991). The creative brain , Journal of Creative Behaviour . 25 (4): pp. 275-295.

    Isbell, R., & Raines, S. (2002). Creativity and the arts with young children. New York:Thomson Delmar learning.

    Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Penilaian kendalian sekolah . Kuala Lumpur: PPK.

    Kementerian Pelajaran Malaysia (2002). Pengajaran berasaskan kajian masa depan .Kuala Lumpur: PPK.

    Mackey, S. (1993). Emotion and cognition in arts educations. Curriculum Studies Vol. 1,No.2 pp. 245-256