5
7/23/2019 Harvesting of Biomass Microalgae from phycoremediation of wastewater http://slidepdf.com/reader/full/harvesting-of-biomass-microalgae-from-phycoremediation-of-wastewater 1/5 1 Title : River Water Pollution in Malaysia; Implications and Solutions 1 Nurul Nadhira binti Hamzah  [email protected] 1 Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM) MALAYSIA ABSTRAK Sungai dikenali sebagai medium utama pengangkutan dan perhubungan pada suatu masa dahulu. Namun pada masa kini, sungai mempunyai banyak kegunaan salah satunya ialah tempat menjalankan kegiatan perikanan dan sebagainya. Selari dengan pembangunan Malaysia yang  semakin pesat dari hari demi hari, kualiti sungai tidak lagi terjaga. Sikap alpa dan lalai manusia member impak negatif terhadap air sungai di Malaysia di mana turut mempengaruhi hidupan lain termasuk manusia sendiri. Kesedaran terhadap kepentingan memelihara kualiti air sungai haruslah dipupuk dalam diri masing-masing supaya hidupan lain tidak akan terancam dan  sesiapa pun tidak perlu menanggung kerugian ekoran daripada permasalahan yang berlaku. Oleh hal yang demikian, kerjasama antara pihak sangatlah diperlukan dan jangan pula hanya mengharapkan pihak kerajaan sahaja yang bertungkus-lumus dalam usaha memelihara kebersihan sungai di Malaysia. Perlu sedar bahawa pencemaran sungai ini seperti bahaya yang  sentiasa mengancam bak kata pepatah Melayu, pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk.Rakyat Malaysia perlu faham bahawa kualiti hidup manusia ditentukan oleh status alam sekitar yang kemudiannya member kesan terhadap kesihatan manusia. 1.0 Pengenalan Memetik kata dari Ahmad Badri Mohamad 1992. Sumber alam: Potensi dan penerokaannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, permukaan  bumi dilitupi oleh air lebih daripada 70  peratus yang terdiri daripada 97 peratus air laut, 2.5 peratus dalam bentuk ais di kawasan kutub dan glasier dan hanya kurang lebih satu peratus sahaja air tawar yang merangkumi sungai, tasik serta air dalam  bentuk wap air. Walaupun begitu, amat sukar untuk manusia mengekalkan kebersihan air sungai di Malaysia. Dalam meniti arus pembangunan yang semakin  pesat berkembang ini, acapkali dilihat kemajuan pembangunan tidak seiring dengan kepekaan manusia terhadap alam semulajadi. Kepentingan alam sekitar tidak dihiraukan seolah-olah alam sekitar  bukanlah antara penyumbang terhadap kemajuan yang dimiliki pada ketika ini. Salah satu masalah yang sering menjadi  buah mulut masyarakat ialah masalah  pencemaran air sungai. Sebatang sungai itu  boleh dikatakan tercemar apabila mengalami  perubahan dari aspek kandungan, warna, keadaan bau serta kualiti yang seterusnya memberi impak buruk terhadap pengguna. Di Malaysia, masalah pencemaran air sungai  bukan lagi suatu perkara yang dianggap asing.Masih segar diingatan, pada suatu ketika dahulu, Sungai Klang yang terletak di

Harvesting of Biomass Microalgae from phycoremediation of wastewater

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Harvesting of Biomass Microalgae from phycoremediation of wastewater

7/23/2019 Harvesting of Biomass Microalgae from phycoremediation of wastewater

http://slidepdf.com/reader/full/harvesting-of-biomass-microalgae-from-phycoremediation-of-wastewater 1/5

Title : River Water Pollution in Malaysia; Implications and Solutions

1Nurul Nadhira binti Hamzah

 [email protected] Muda Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian

Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM)MALAYSIA

ABSTRAK

Sungai dikenali sebagai medium utama pengangkutan dan perhubungan pada suatu masa

dahulu. Namun pada masa kini, sungai mempunyai banyak kegunaan salah satunya ialah tempatmenjalankan kegiatan perikanan dan sebagainya. Selari dengan pembangunan Malaysia yang

 semakin pesat dari hari demi hari, kualiti sungai tidak lagi terjaga. Sikap alpa dan lalai manusiamember impak negatif terhadap air sungai di Malaysia di mana turut mempengaruhi hidupan

lain termasuk manusia sendiri. Kesedaran terhadap kepentingan memelihara kualiti air sungai

haruslah dipupuk dalam diri masing-masing supaya hidupan lain tidak akan terancam dan sesiapa pun tidak perlu menanggung kerugian ekoran daripada permasalahan yang berlaku.

Oleh hal yang demikian, kerjasama antara pihak sangatlah diperlukan dan jangan pula hanya

mengharapkan pihak kerajaan sahaja yang bertungkus-lumus dalam usaha memeliharakebersihan sungai di Malaysia. Perlu sedar bahawa pencemaran sungai ini seperti bahaya yang

 sentiasa mengancam bak kata pepatah Melayu, pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak

melupakan pelanduk.Rakyat Malaysia perlu faham bahawa kualiti hidup manusia ditentukan

oleh status alam sekitar yang kemudiannya member kesan terhadap kesihatan manusia.

1.0 Pengenalan

Memetik kata dari Ahmad Badri

Mohamad 1992. Sumber alam: Potensi

dan penerokaannya. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, permukaan

 bumi dilitupi oleh air lebih daripada 70

 peratus yang terdiri daripada 97 peratus airlaut, 2.5 peratus dalam bentuk ais di

kawasan kutub dan glasier dan hanya kurang

lebih satu peratus sahaja air tawar yangmerangkumi sungai, tasik serta air dalam bentuk wap air. Walaupun begitu, amat

sukar untuk manusia mengekalkan

kebersihan air sungai di Malaysia. Dalammeniti arus pembangunan yang semakin

 pesat berkembang ini, acapkali dilihat

kemajuan pembangunan tidak seiring

dengan kepekaan manusia terhadap alam

semulajadi. Kepentingan alam sekitar tidak

dihiraukan seolah-olah alam sekitar bukanlah antara penyumbang terhadap

kemajuan yang dimiliki pada ketika ini.

Salah satu masalah yang sering menjadi buah mulut masyarakat ialah masalah

 pencemaran air sungai. Sebatang sungai itu

 boleh dikatakan tercemar apabila mengalami perubahan dari aspek kandungan, warna,keadaan bau serta kualiti yang seterusnya

memberi impak buruk terhadap pengguna.

Di Malaysia, masalah pencemaran air sungai bukan lagi suatu perkara yang dianggap

asing.Masih segar diingatan, pada suatu

ketika dahulu, Sungai Klang yang terletak di

Page 2: Harvesting of Biomass Microalgae from phycoremediation of wastewater

7/23/2019 Harvesting of Biomass Microalgae from phycoremediation of wastewater

http://slidepdf.com/reader/full/harvesting-of-biomass-microalgae-from-phycoremediation-of-wastewater 2/5

Selangor telah tercemar dengan teruknya.

Mengulas kembali seperti apa yang

dikatakan oleh Menteri Sumber Asli danAlam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah

Embas, punca berlakunya pencemaran kelas

ketiga dan keempat di Sungai Klang ialahkepesatan ekonomi dan jumlah pendudukyang melebihi empat juta orang di sekitar

Sungai Klang termasuk Shah Alam dan

Ampang Secara umumnya, sungai ataupunair memainkan peranan yang sangat penting

dalam kehidupan seharian kita. Boleh

dikatakan semua hidupan memerlukan air

untukhidup dan menjalankan aktiviti. Sungaimemainkan peranan penting dalam proses

 penapakan Bandar di Malaysia. Rata-rata

Bandar pada zaman dahulu terletak berhampiran dengan sumber air iaitu sungai

atau laut, pantai dan sebagainya. Nah ,

 jelaslah bahawa tujuannya untuk

memperoleh kemudahan pengangkutan,perhubungan serta keperluan lain.

2.0 Kesan Pencemaran Air Sungai

Setiap permasalahan yang berlaku

 pastinya mendatangkan kesan terhadapsesuatu sama ada baik atau pun buruk.

Malaysia terpaksa berdepan dengan masalah

yang pelbagai dan merumitkan sewaktu pencemaran Sungai Klang terjadi. Kesan

yang paling ketara akibat daripada

 pencemaran ini ialah gangguan terhadapekosistem akuatik yang terdapat di dalam

sungai(D.P. Singh, Journal: Studies on

Pollution in River Chambal). Hidupan air

yang termakan makanan yang telah dicemardengan bahan toksik hasil daripada

 pembuangan sisa toksik dari kilang yang

 berhampiran akan pupus. Secara tidak

langsung, memberi kesan juga kepadamanusia yang memakan hidupan air seperti

akan ditimpa penyakit dan sebagainya.

Kandungan oksigen terlarut akan berkurangan sekiranya terdapat nutrient

inorganik seperti nitrogen, fosfurus dan

kalium di samping sebatian-sebatian organik

terlarutdibebaskan ke dalam sungaiterutamanya bagi kilang yang menjalankan

 proses makanan. Apabila kurangnya

kandungan oksigen di dalam air, secaraautomatiknya menggalakkan pertumbuhan bacteria pathogen seperti Salmonella typhi,

Vibrio cholera, Echericia coli (E-coli)  dan

 Helicobacter pylori.  Pembiakan bakteriayang galak memberi kesan negatif terhadap

manusia yang bertindak memakan hidupan

air seperti ikan dan sebagainya. Penyakit

kulit dan keracunan mungkin akanmenimpa.

Selain daripada itu juga, berdasarkanyang ditulis oleh pensyarah di Pusat

Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains

Malaysia, Haliza Abd. Rahman ,

 pencemaran yang berlaku menyebabkantimbulnya ketidakselesaan umum.

Tambahan lagi, pembuangan sampah sarap

ke dalam sungai akan menyebabkan sungaimenjadi cetek dan berisiko tinggi

mengalami banjir lalu menjejaskan

 penduduk yang berhampiran. Bagi mereka

yang menjalankan kegiatan perikanan pastinya mengalami kerugian yang besar

kerana banyak hidupan mati rentetan

daripada pencemaran yang berlaku selainmengganggu gugat sumber pendapatan yang

menjadikan kegiatan perikanan sebagai

sumber pendapatan utama.( Jurnal: HalizaAbd. Rahman. Suatu Tinjauan Terhadap Isu

Pencemaran Sungai di Malaysia). Aktiviti

rekreasi seperti berkayak, berkanu atau

sebagainya tidak lagi sesuai untukdilakukan. Selain daripada itu, nilai estetika

sungai akan terjejas kerana pencemaran

yang berlaku menyebabkan terhasilnya bau

yang kurang menyenangkan. Maka denganitu, sedikit sebanyak menjejaskan industri

 pelancongan sekiranya sungai yang telah

tercemar merupakan tumpuan para pelancong yang datang ke Malaysia untuk

Page 3: Harvesting of Biomass Microalgae from phycoremediation of wastewater

7/23/2019 Harvesting of Biomass Microalgae from phycoremediation of wastewater

http://slidepdf.com/reader/full/harvesting-of-biomass-microalgae-from-phycoremediation-of-wastewater 3/5

 bercuti. Masalah ini akan memberikan

impak buruk terhadap imej negara kerana

tidak mampu menjaga kebersihan dan kualitisungai sedangkan Malaysia merupakan

negara maju dari pelbagai bidang dan

kepakaran lain. Pastinya Malaysia akandipandang rendah oleh negara lain yangkemajuannya tidak setanding Malaysia

tetapi mampu menjaga sungai dan alam

sekitar dengan begitu baik. Dengan itu,sedikit sebanyak telah menambah beban

kepada kerajaan dalam usaha menangani

masalah ini selain terpaksa mengeluarkan

 perbelanjaan untuk tujuan merawat kembaliair sungai yang telah tercemar dek kerana

sikap tidak bertanggungjawab sesetengah

 pihak yang

hanya mementingkan diri sendiri tanpamengambil peduli kesan yang bakal terjadi.

Jadual 1 Kualiti Air Sungai Terpilih di Malaysia (1995 dan 1999)

 

Kategori 1995 % 1999 %

Bilangan Bilangan

Sangat tercemar 14 12.2 13 10.8

Tercemar (sedikit) 53 46.1 75 62.5

Bersih 48 41.7 32 26.7

Jumlah sungai yang dipantau 115 100.0 120 100.0

Sebagaimana yang telah dinyatakan

di atas, semakin bertambahnya tahun,semakin meningkat kadar pencemaran yang

 berlaku pada sungai-sungai di Malaysia. Nyata penduduk di Malaysia kurang prihatin

akan isu pencemaran ini.

3.0 Langkah Mengatasi

Bagi mengatasi permasalahan ini,

terdapat pelbagai cara boleh dilakukan dari pelbagai pihak. Langkah yang pertama ialahmenanam kesedaran di dalam diri setiap

masyarakat akan pentingnya menjaga alam

sekitar daripada tercemar. Oleh yang

demikian, barulah timbul rasatanggungjawab yang tinggi dalam usaha

menjamin pemeliharaan alam sekitar

terutamanya air sungai. Latih diri supaya

tidak sekali-kali membuuang sampah sarapatau apa sahaja bahan toksik ke dalam

sungai dengan memikirkan impak yang bakal diterima sekiranya berbuat demikian.

Cuba memikirkan cara lain supaya sampah-

sarap dan bahan toksik dapat dilupuskandengan cara selain daripada membuangnya

ke dalam sungai. Pihak yang berwajib pula

haruslah menambah bilangan tong sampahdi pusat pengumpulan sampah agar tiada

sampah yang dibuang di tempat yang tidak

sepatutnya. Pemasangan perangkap sampah juga merupakan idea yang bijak keranadapat mengelakkan sampah dari terus masuk

ke dalam sungai dan menyebabkan

 berlakunya sebarang perkara negatif. Pihak

media juga haruslah bijak memainkan peranan dalam usaha membanteras

 pencemaran sungai oleh golongan manusia

Page 4: Harvesting of Biomass Microalgae from phycoremediation of wastewater

7/23/2019 Harvesting of Biomass Microalgae from phycoremediation of wastewater

http://slidepdf.com/reader/full/harvesting-of-biomass-microalgae-from-phycoremediation-of-wastewater 4/5

yang tamak dan tidak bertanggungjawab ini.

Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah

mengadakan ceramah dan kempen

‘Cintailah Sungai Kita’ yang menerapkan 

kepentingan menjaga alam sekitar

melibatkankerjasama antara pihak penganjurdan orang awam. Pihak penganjur terdiridaripada pihak kerajaan,swasta, dan lain-lain

lagi. Walaupun sekadar kempen sahaja,

 jutaan ringgit Malaysia telah dibelanjakanuntuk menjayakannya. Dalam ceramah

tersebut, boleh juga selitkan beberapa

aktiviti supaya dapat menarik minat orang

ramai untuk menyertai ceramah tersebut.

Selain itu, media massa dan

elektronik seperti surat khabar, televisyen,radio dan sebagainya boleh menyiarkan

kempen menjaga alam sekitar supaya

kesedaran dapat dipupuk sedikit demi

sedikit. Dari segi pendidikan, guru-guru disekolah perlu menerapkan kepentingan

memelihara dan memulihara alam sekitar

kepada para pelajar agar mereka dapatmengaplikasikan apa yang diajar ketika

 berada di luar kawasan sekolah. Yang

terakhir, peranan pihak kerajaan.

Berdasarkan buku berjudul Isu

Persekitaran dan Kesihatan di Malaysia terbitan UTHM yang memuatkan hasil

 penulisan Sakinah Harith, Hasmah Abdullahdan Haliza Abdul Rahman, perlaksanaan

undang-undang perlu dititikberatkan supaya

mereka yang menganiaya alam sekitar akandiberi hukuman yang setimpal. Oleh yang

demikian , barulah masalah kemerosotan

kualiti alam sekitar dapat dikurangkan.

Malaysia masih belum mampu dikatakan berada dalam kelestarian (Haliza 2000). Hal

ini kerana, walaupun kerajaan telah banyak

merancang pelbagai cara untuk mengatasi

dan mengelakkan berlakunya pencemaran,ianya masih menemui jalan kegagalan dek

kerana kurangnya kerjasama antara pihak

kerajaan dengan masyarakat. Bagi sungaiyang telah tercemar pula, langkah yang

 perlu dilakukan ialah dengan memulihkan

kembali sungai tersebut. Ekonomi negara

akan mengalami kerencatan ekoran daripadakos pemulihan sungai yang tinggi. (Rohana

Man.2010.Memulihara Sungai Tercemar)

4.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, bolehdisimpulkan bahawa kesepakatan antara

 pihak mampu memberikan hasil yang

terbaik kepada alam sekitar termasuklah

kualiti air sungai di Malaysia. Keprihatinanantara pihak sangatlah diperlukan supaya

segala jenis keperluan hidupan tidak

terganggu. Memetik kembali kata-kata TunDr. Mahathir Mohammad pada 28 Februari

1991 semasa beliau memangku jawatan

sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau

membentangkan Wawasan Malaysia 2020 diPersidangan Perniagaan Malaysia. Dalam

kertas kerjanya yang bertajuk ‘Malaysia:

The Way Forward’, beliau mengulastentang sumber alam semulajadi dan alam

 persekitaran. Beliau berkata, rakyat

Malaysia harus memastikan segala sumber

yang berharga tidak dibazirkan begitusahaja, harus mengekalkan produktiviti dan

kesuburan tanah, mengelakkan air daripada

tercemar, memastikan sumber hutan yangada sekarang ini boleh digunakan dari

generasi ke generasi, di samping mampu

memenuhi keperluan untuk tujuan pembangunan negara. Ringkasnya, alam

semula jadi mempunyai nilainya yang

tersendiri. Oleh yang demikian, sebagai

 pengguna, haruslah bijak menghargai alamsebagaimana nilai sebenar yang alam

sumbangkan untuk kehidupan seharian.

Alam sekitar lebih berharga dari wang

ringgit mahupun segala harta kekayaan didunia ini. Jagalah sungai dengan baik bagi

 bekalan anak cucu pada masa akan datang.

Pastinya kita tidak mahu anak cucu tidakdapat membezakan mana satu sungai atau

Page 5: Harvesting of Biomass Microalgae from phycoremediation of wastewater

7/23/2019 Harvesting of Biomass Microalgae from phycoremediation of wastewater

http://slidepdf.com/reader/full/harvesting-of-biomass-microalgae-from-phycoremediation-of-wastewater 5/5

longkang atau tidak lagi dapat menikmati

hidupan air seperti ikan kerana pencemaran

yang berlaku semakin buruk dari tahun ketahun. Jika dilihat keadaan sekarang,

amatlah mustahil untuk memastikan tiada

satu pun pencemaran berlaku. Tetapi dengankesedaran yang ada dalam diri hasil daripada pendidikan dan sebagainya, mungkin boleh

mengelakkan seseorang itu terdorong

melakukan punca-punca kepada pencemaranalam sekitar. Oleh yang demikian, barulah

Malaysia mampu menjadi negara yag maju

membangun dan mesra alam.

5.0 Reference

Haliza Abdul Rahman, Sakinah Harith, dan Hasmah Abdullah. 2012. Isu persekitaran &

Persekitaran di Malaysia. Terbitan UTHM

Mohd. Nordin Hj. Hasan, Lizuryaty Azrina Abdullah dan Ibrahim Komoo. 1998. NationalReview on Environmental Quality Management in Malaysia : Towards The Next Two

Decades : Institute for Environment and Development.

Haliza Abdul Rahman. Suatu Tinjauan Terhadap Isu Pencemaran Sungai di Malaysia.Jurnal

D.P. Singh.2011.Studies on Pollution in River Chambal: Zooplankton in Relation to Water

Quality.Asian Journal of Water, Environment and Pollution, Vol. 8, No 3 (2011), pp.83-87.

Rohana Man. 2010. Memulihara Sungai Tercemar.