1
http://www.dbp.gov.my Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka Jubli Emas Jubli Emas Halaman Enam Belas BERITA HARIAN Rabu, 21 Jun 2006 MENJEJAKI WARGA EMAS DBP susunan: Mashitah Taharin BH PILIH L16 21 [emel] TUAN HAJI HUSSAIN JAMIL (1961-1986) Mantan Pengarah DBP Cawangan Sarawak (DBPCS) (1977-1986) yang mengambil alih tugas Pengarah DBPCS daripada mendiang Edward Enggu pada 17.11.1977, mula berusaha mendapatkan tanah daripada kerajaan negeri dan mengadakan rundingan awal bagi menubuhkan DBPCS yang mengam- bil alih peranan dan tugas Biro Kesusasteraan Borneo (BKB) secara mutlak dari segi harta dan kakitangan. Beliau yang mula berkhidmat di DBP pada Februari 1962 bersama-sama dengan Kassim Ahmad dan Anis Sabirin merupakan karyawan awal yang menyumbang kepada penerbitan Kamus Dewan yang pertama pada tahun 1970, mengusahakan penerbitan Kamus Bahasa Iban - Bahasa Malaysia dan mengasas- kan pelbagai program bahasa sastera dan pener- bitan di negeri Sarawak. Sempena sambutan Jubli Emas ini, beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada semua warga DBP. DATIN HAJAH HAMSIAH HJ ABDUL HAMID (1963-1989) Tujuh belas tahun dahulu, siapa yang tidak kenal dengan “Kak Ham”. Isteri kepada Mej. Jen. (Bersara) Dato’ Mohd Muslim Ayob (TUDM) ini, masih membahasakan dirinya “Kak Ham” dan sentiasa mengukir senyuman. Beliau memulakan kerjayanya di DBP pada 1963. Beliau adalalah antara pegawai DBP pada zaman Tun Syed Nasir yang giat dalam usaha menerbitkan buku bacaan umum dan kanak- kanak. Sebagai Ketua Unit Kanak-kanak, di Bahagian Penerbitan Umum, beliau pernah mengikuti Program Penulisan Buku Kanak- kanak anjuran ACCU (Asian Cultural Centre for UNESCO) di Tokyo, Jepun. Beliau yang mengakhiri perkhidmatannya pada tahun 1989, menceritakan bagaimana seronoknya mereka dahulu melaksanakan kerja-kerja pengem- bangan bahasa kebangsaan melalui pelbagai aktiviti, melewati waktu pejabat tanpa mengira imbuhan. Meskipun bersara, beliau masih mengikuti perkembangan DBP dan amat kesal dengan gejala bahasa rojak yang berlaku di media dewasa ini. “DBP mesti mengambil serius hal ini dan mesti memantau supaya tidak berlelu- asa,” ujarnya. Sempena Jubli Emas, beliau menyeru warga DBP terutamanya golongan muda supaya ikhlas dalam menjalankan tugas tanpa mengira masa dan tidak terlalu memikirkan imbuhan. TUAN HAJI KHALID MUHAMMAD HUSSAIN (1964-1992) Mantan Ketua BahagianPembinaan dan Pengembangan Bahasa Melayu ini (suami kepa- da tokoh bahasa terkemuka, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar), merupakan orang kuat di sebalik kerja-kerja penyusunan Kamus Dewan Cetakan Pertama (1970). Dengan pengkhususan beliau dalam bidang Filologi, maka semesti- nya beliau juga menguasai ilmu Linguistik dan Kesusasteraan Melayu. Bagi mengisi masa persaraannya, beliau kini sedang menulis “ Asal Mulanya Wayang” iaitu satu kajian perbandingan antara persamaan bahasa Melayu Betawi dengan Dialek Daerah Parit, Perak untuk Projek Penulisan Sejarah Bahasa Melayu, DBP. Sempena Jubli Emas ini, beliau menaruh harapan agar DBP terus menjadi institusi yang gah seperti mana yang berlaku pada zaman Tun Syed Nasir dahulu. Untuk itu katanya, “DBP harus mendapat sokongan dan iltizam pucuk pimpinan politik negara, agar bahasa Melayu diutamakan dan digunakan dalam acara rasmi negara”. Pesannya, “kegiatan kebahasaan yang dian- jurkan oleh DBP harus melibatkan kelompok yang lebih luas merangkumi semua sektor seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga dahulu yang menghimpunkan golongan intelektual dari pelbagai bidang dan kaum”. Harapan beliau agar DBP mampu menyahut keperluan negara dalam era globalisasi ini. SAMSUDIN JAAPAR (1965-1997) Penyair tanah air yang terkenal dengan puisinya “Keindahan yang Hilang” dan “Genta Purba” ini memulakan khid- matnya di DBP pada 1965 sebagai pembantu editor. Sepanjang perkhidmatan- nya di DBP beliau telah menerbitkan dua buah antologi puisi iaitu Desir Angin (DBP) dan Di Garis Ini (Pustaka Ilmu Raya). Meskipun pengalaman dan sumbangan- nya dalam bidang penulisan telah diiktiraf dan dinaikkan ke jawatan Pegawai Penyelidik, namun beliau tetap gigih menimba ilmu dengan mengikuti Program Pengajian Luar Kampus di USM dari 1985-1990 dan mendapat ijazah Sarjana Muda pada 1991. DBP kehilangan sasterawan apabila penyair ini menamatkan perkhidmatannya dengan DBP pada 16 Jun 1997. Sebagai mengisi waktu persaraannya, beliau kini sedang menyiap- kan Antologi Puisinya yang ketiga “Merentas Benua” (belum diterbitkan). Antologi cerpen ini merupakan himpunan pengalaman beliau semasa berada di luar negara. Beliau dianuge- rahi “Fellow in Writing” oleh Universiti of Iowa pada tahun 1995. Sempena ulang tahun kelima puluh ini, beliau berharap agar DBP terus berusaha mengekalkan keunggulan bahasa Melayu dalam era globalisasi. DATUK HAJI ISMAIL ABBAS (1977 - 1994) M a n t a n Pengarah DBP Cawangan Sabah ini lebih dikenali dengan nama pena Amil Jaya. Beliau yang berkhid- mat dengan DBP Cawangan Sabah sejak awal penubuhannya ini, sentiasa dise- nangi staf DBP dari pelbagai peringkat kerana sifat kesederhanaannya. Prinsip hidupnya “bersyukur dengan apa yang dikurniai Allah”. Meskipun bersara, beliau masih aktif dalam Badan Bahasa Sabah (BAHASA) sebagai Ketua I. “Saya berharap warisan bangsa ini akan kekal menjana kebudayaan, kesusasteraan dan kebahasaan di Malaysia. Tahniah dan syabas!” ABDULLAH MARJUNID (1967-2004) Mantan DBP yang bersara pada bulan Julai 2004 ini bertugas di DBP selama 37 tahun di bawah 5 orang Ketua Pengarah, iaitu dari zaman Allahyarham Tun Syed Nasir hinggalah ke waktu persaraan Dato' A. Aziz Deraman. Meskipun beliau tidak pernah meng- hasilkan penulisan kreatif, tetapi kerajinan dan kegigihannya wajar dijadikan contoh. Abdullah Marjunid memulakan kerjayanya di DBP sebagai Penyelenggara Pejabat. Semangat ingin maju dalam kerjaya dan meningkatkan ilmu pengetahuan telah membawa beliau ke menara gading melalui Program Pengajian Luar Kampus di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1985. Berjaya mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1991dan pada Julai 1992 beliau dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Perancang Bahasa. Sempena sambutan Jubli Emas DBP ini, beliau menasihati warga DBP yang masih muda supaya memanfaatkan DBP sebagai gedung ilmu, untuk terus memajukan diri dalam ker- jaya. Pesannya lagi, “terimalah setiap teguran dengan baik dan tanamkanlah sifat positif, jangan berasa rendah diri dan sentiasa berbaik sangka.” ABDUL GHANI ABDULLAH (1969-1998) Penyair dan penggiat sastera ini juga dikenali dengan nama pena seperti Rosai, Airos, Daga, dan R. Munir. Pada tahun 1969, beliau memu- lakan kerjaya sebagai kerani di DBP dan puisi- nya mula disiarkan dalam Dewan Masyarakat dan Dewan Sastera pada tahun 1969. Kerajinannya dan bakat yang ada menyebab- kan beliau dilantik sebagai pembantu khas Keris Mas. Beliau terus giat dalam kegiatan budaya dan sastera dan pernah mengarahkan beberapa buah drama pentas seperti “Pegawai Khalwat” karya Kala Dewata dan “Mendung” karyanya sendiri. Antara novel yang pernah dihasilkannya ialah Camar Putih di Awan Biru (DBP 1991) dan Permaisuri (Creative Enterprise, 1995). Beliau pernah memenangi beberapa hadiah sastera, antaranya Hadiah Utama, Kategori Cerpen Remaja, Hadiah Sastera 2001 Kumpulan Utusan melalui cerpennya Air Mata Kasih Sayang, Utusan Zaman, 23 September 2001. Selepas bersara pilihan pada tahun 1998, beliau terus bergiat dalam penulisan siri bacaan kanak-kanak yang diterbitkan oleh penerbit Maximseri Design Sdn. Bhd. Antaranya, Siri Cerita Tokoh, Siri Asal-usul Tempat, dan Siri Cerita Rakyat Sabah/Sarawak. Sekarang beliau dalam proses menulis novel “Budak Sastera dan Sungai Akal” dan baru menyiapkan sebuah novel sains fiksyen (belum diterbitkan. Sempena sambutan Jubli Emas DBP, beliau menyeru agar warga DBP menjalankan tugas dengan penuh dedikasi supaya DBP terus ung- gul sebagai badan pembinaan dan pengembang- an bahasa dan sastera Melayu. HAJI SULAIMAN AWANG (1971-1996) Beliau tidak terkenal sebagai penulis atau pe- nyair, tetapi kerana tulisan khatnya. Tulisan khatnya telah membawa kejayaan kepada DBP, apabila sepanduk pasukan DBP yang dihasilkannya memenangi tempat pertama dalam perbarisan Maulidul Rasul 1995. Karyanya bukan sahaja menghiasi banyak kulit buku terbitan DBP dan digunakan untuk majlis-majlis rasmi DBP, bahkan Bank Negara Malaysia juga memanfaatkan tulisan jawinya untuk setiap nota Ringgit Malaysia. Begitulah bakat yang ada pada Tuan Haji Sulaiman Awang yang memulakan kerjayanya di DBP pada tahun 1971 sebagai pelukis. Bapa kepada pelakun drama terkenal, Intan Azura ini amat bersyu- kur kerana dapat berkhidmat dengan DBP yang dianggapnya, tempat menimba ilmu. Sempena ulang tahun DBP kelima puluh ini, beliau berpesan kepada warga DBP supaya menaburkan bakti dengan ikhlas dan jujur ke- rana setiap keikhlasan pasti ada ganjaran-Nya. Bila memandang ke muka laut, Nampak sampan mudik ke hulu; Bila terkenang mulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu. MUNSYI Semoga terus gah seperti menaranya. DBP kini mencecah usia emas. Wawancara Mashitah Taharin, Mohd Hiezam Hashim, Nelawati Ngadul Jurufoto Zulkifli Abu Bakar, Hamzah Awang, Mohd Sham Osman PEMAKLUMAN Malam “Bahasa Jiwa Bangsa” (Jumaat, 23 Jun 2006) Persembahan deklamasi puisi oleh penyair tanah air seperti Kemala, A. Ghafar Ibrahim, Lim Swee Tin, Baha Zain, Siti Zainon Ismail dan Firdaus Abdullah, serta persembahan lagu puisi oleh Ramli Sarip dan Kopratasa. Malam “Genta Puisi” (Sabtu, 24 Jun 2006) Persembahan puisi tradisional seperti randai, dondang sayang, selampit, rebab, mak yong, seloka, syair, gurindam, nazam, dan dikir barat, yang dibawa khas dari Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan. Malam “Malar Segar” (Ahad, 25 Jun 2006) Persembahan lagu-lagu Melayu asli dan lagu puisi persembahan artis jemputan seperti Aishah, Asiah Tuah, Sarbanun Marican, M.Y. Ismail, Ahmad Ramli dan Waheeda. Tempat: Laman Teater, DBP Kuala Lumpur. Orang ramai dijemput hadir. Masuk percuma. APRESIASI PUISI SEMPENA JUBLI EMAS DBP 21SH016A.indd 2 6/21/06 12:18:51 AM

Halaman Enam Belas BERITA HARIAN Rabu, 21 Jun 2006 · PDF filebahasa Melayu Betawi dengan Dialek Daerah Parit ... kanak-kanak yang diterbitkan oleh penerbit ... serta persembahan lagu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Halaman Enam Belas BERITA HARIAN Rabu, 21 Jun 2006 · PDF filebahasa Melayu Betawi dengan Dialek Daerah Parit ... kanak-kanak yang diterbitkan oleh penerbit ... serta persembahan lagu

http://www.dbp.gov.my

Dewan Bahasa dan PustakaDewan Bahasa dan PustakaJubli EmasJubli EmasHalaman Enam Belas BERITA HARIAN Rabu, 21 Jun 2006

menjejaki WaRGa emaS dbp susunan: mashitah Taharin

BH PILIH L16 21 [emel]

TUAN HAJI HUSSAIN JAMIL (1961-1986) MantanPengarahD B P C a w a n g a nSarawak (DBPCS)(1977-1986) yangmengambil alihtugas PengarahDBPCS daripadamendiang Edward Enggu pada 17.11.1977,mula berusaha mendapatkan tanah daripadakerajaan negeri dan mengadakan rundinganawal bagi menubuhkan DBPCS yang mengam-bilalihperanandan tugasBiroKesusasteraanBorneo(BKB)secaramutlakdarisegihartadankakitangan. Beliau yang mula berkhidmat diDBPpadaFebruari1962bersama-samadenganKassim Ahmad dan Anis Sabirin merupakankaryawan awal yang menyumbang kepadapenerbitan Kamus Dewan yang pertama padatahun 1970, mengusahakan penerbitan Kamus Bahasa Iban - Bahasa Malaysiadanmengasas-kanpelbagaiprogrambahasasasteradanpener-bitan di negeri Sarawak. Sempena sambutanJubli Emas ini, beliau mengucapkan selamatmajujayakepadasemuawargaDBP.

DATIN HAJAH HAMSIAH HJ AbDUL HAMID (1963-1989)Tujuhbelastahundahulu,siapayangtidakkenaldengan“KakHam”.Isterikepada Mej. Jen.(Bersara) Dato’Mohd Muslim

Ayob(TUDM)ini,masihmembahasakandirinya“KakHam”dansentiasamengukirsenyuman. Beliau memulakan kerjayanya di DBP pada1963.BeliauadalalahantarapegawaiDBPpadazaman Tun Syed Nasir yang giat dalam usahamenerbitkan buku bacaan umum dan kanak-kanak. Sebagai Ketua Unit Kanak-kanak, diBahagian Penerbitan Umum, beliau pernahmengikuti Program Penulisan Buku Kanak-kanak anjuran ACCU (Asian Cultural Centrefor UNESCo) di Tokyo, Jepun. Beliau yangmengakhiriperkhidmatannyapadatahun1989,menceritakan bagaimana seronoknya merekadahulu melaksanakan kerja-kerja pengem-bangan bahasa kebangsaan melalui pelbagaiaktiviti,melewatiwaktupejabattanpamengiraimbuhan. Meskipun bersara, beliau masih mengikutiperkembangan DBP dan amat kesal dengangejalabahasarojakyangberlakudimediadewasa ini. “DBP mesti mengambil serius halini dan mesti memantau supaya tidak berlelu-asa,”ujarnya. SempenaJubliEmas,beliaumenyeruwargaDBPterutamanyagolonganmudasupayaikhlasdalammenjalankantugastanpamengiramasadantidakterlalumemikirkanimbuhan.

TUAN HAJI KHALID MUHAMMAD HUSSAIN (1964-1992) Mantan KetuaBahagianPembinaandan PengembanganBahasa Melayuini (suami kepa-da tokoh bahasaterkemuka, Prof.Emeritus Dato’ Dr.Asmah Haji omar), merupakan orang kuat di

sebalik kerja-kerja penyusunan Kamus Dewan Cetakan Pertama(1970).Denganpengkhususanbeliau dalam bidang Filologi, maka semesti-nyabeliaujugamenguasaiilmuLinguistikdanKesusasteraanMelayu. Bagimengisimasapersaraannya,beliaukinisedang menulis “Asal Mulanya Wayang” iaitusatu kajian perbandingan antara persamaanbahasa Melayu Betawi dengan Dialek DaerahParit, Perak untuk Projek Penulisan SejarahBahasaMelayu,DBP. Sempena Jubli Emas ini, beliau menaruhharapanagarDBPterusmenjadiinstitusiyanggahsepertimanayangberlakupadazamanTunSyed Nasir dahulu. Untuk itu katanya, “DBPharus mendapat sokongan dan iltizam pucukpimpinan politik negara, agar bahasa Melayudiutamakandandigunakandalamacararasminegara”. Pesannya,“kegiatankebahasaanyangdian-jurkan oleh DBP harus melibatkan kelompokyang lebih luas merangkumi semua sektorseperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga dahuluyangmenghimpunkangolonganintelektualdaripelbagai bidang dan kaum”. Harapan beliauagar DBP mampu menyahut keperluan negaradalameraglobalisasiini.

SAMSUDIN JAApAr (1965-1997) Penyair tanahair yang terkenaldengan puisinya“ K e i n d a h a nyang Hilang” dan“Genta Purba” inimemulakan khid-matnya di DBPpada 1965 sebagaipembantu editor. Sepanjang perkhidmatan-nyadiDBPbeliautelahmenerbitkanduabuahantologi puisi iaitu Desir Angin (DBP) dan Di Garis Ini (PustakaIlmuRaya). Meskipun pengalaman dan sumbangan-nya dalam bidang penulisan telah diiktirafdan dinaikkan ke jawatan Pegawai Penyelidik,namunbeliautetapgigihmenimbailmudenganmengikutiProgramPengajianLuarKampusdiUSMdari1985-1990danmendapatijazahSarjanaMudapada1991. DBPkehilangansasterawanapabilapenyairini menamatkan perkhidmatannya denganDBP pada 16 Jun 1997. Sebagai mengisi waktupersaraannya, beliau kini sedang menyiap-kan Antologi Puisinya yang ketiga “MerentasBenua” (belum diterbitkan). Antologi cerpenini merupakan himpunan pengalaman beliausemasaberadadiluarnegara. Beliaudianuge-rahi“FellowinWriting”olehUniversitiofIowapadatahun1995. Sempena ulang tahun kelima puluh ini,beliau berharap agar DBP terus berusahamengekalkankeunggulanbahasaMelayudalameraglobalisasi.

DATUK HAJI ISMAIL AbbAS(1977 - 1994) M a n t a nPengarah DBPCawangan Sabahini lebih dikenalidengannamapenaAmil Jaya. Beliauyang berkhid-mat dengan DBPCawangan Sabahsejak awal penubuhannya ini, sentiasa dise-nangistafDBPdaripelbagaiperingkatkeranasifat kesederhanaannya. Prinsip hidupnya“bersyukurdenganapayangdikurniaiAllah”.

Meskipun bersara, beliau masih aktif dalamBadanBahasaSabah(BAHASA)sebagaiKetuaI. “Saya berharap warisan bangsa ini akankekal menjana kebudayaan, kesusasteraan dankebahasaandiMalaysia.Tahniahdansyabas!”

AbDULLAH MArJUNID (1967-2004) Mantan DBPyang bersara padabulan Julai 2004inibertugasdiDBPselama 37 tahundi bawah 5 orangKetua Pengarah,iaitu dari zamanAllahyarham TunSyedNasirhinggalahkewaktupersaraanDato'A.AzizDeraman. Meskipun beliau tidak pernah meng-hasilkan penulisan kreatif, tetapi kerajinandan kegigihannya wajar dijadikan contoh.Abdullah Marjunid memulakan kerjayanya diDBP sebagai Penyelenggara Pejabat. Semangatingin maju dalam kerjaya dan meningkatkanilmu pengetahuan telah membawa beliau kemenaragadingmelaluiProgramPengajianLuarKampusdiUniversitiSainsMalaysiapadatahun1985. Berjaya mendapat ijazah Sarjana MudaSastera pada tahun 1991dan pada Julai 1992beliau dinaikkan pangkat ke jawatan PegawaiPerancangBahasa. Sempena sambutan Jubli Emas DBP ini,beliaumenasihatiwargaDBPyangmasihmudasupaya memanfaatkan DBP sebagai gedungilmu, untuk terus memajukan diri dalam ker-jaya. Pesannyalagi,“terimalahsetiaptegurandengan baik dan tanamkanlah sifat positif,janganberasarendahdiridansentiasaberbaiksangka.”AbDUL GHANI AbDULLAH(1969-1998) Penyair danpenggiat sasteraini juga dikenalidengan nama penaseperti Rosai,Airos,Daga,danR.Munir. Pada tahun1969, beliau memu-lakankerjayasebagaikeranidiDBPdanpuisi-nya mula disiarkan dalam Dewan Masyarakat danDewan Sastera padatahun1969. Kerajinannyadanbakatyangadamenyebab-kan beliau dilantik sebagai pembantu khasKeris Mas. Beliau terus giat dalam kegiatanbudaya dan sastera dan pernah mengarahkanbeberapa buah drama pentas seperti “PegawaiKhalwat” karya Kala Dewata dan “Mendung”karyanya sendiri. Antara novel yang pernahdihasilkannyaialahCamar Putih di Awan Biru(DBP1991)danPermaisuri(CreativeEnterprise,1995). Beliau pernah memenangi beberapa hadiahsastera, antaranya Hadiah Utama, KategoriCerpenRemaja,HadiahSastera2001KumpulanUtusan melalui cerpennya Air Mata Kasih Sayang, Utusan Zaman,23September2001. Selepas bersara pilihan pada tahun 1998,beliauterusbergiatdalampenulisansiribacaankanak-kanak yang diterbitkan oleh penerbitMaximseri Design Sdn. Bhd. Antaranya, Siri Cerita Tokoh, Siri Asal-usul Tempat, dan Siri Cerita Rakyat Sabah/Sarawak. Sekarangbeliaudalamprosesmenulisnovel“Budak Sastera dan Sungai Akal” dan barumenyiapkansebuahnovelsainsfiksyen(belumditerbitkan. Sempena sambutan Jubli Emas DBP, beliau

menyeru agar warga DBP menjalankan tugasdengan penuh dedikasi supaya DBP terus ung-gulsebagaibadanpembinaandanpengembang-anbahasadansasteraMelayu. HAJI SULAIMAN AwANG(1971-1996) Beliau tidakterkenal sebagaipenulis atau pe-nyair,tetapikeranatulisan khatnya.Tulisan khatnyatelah membawakejayaan kepada DBP, apabilasepanduk pasukan DBP yang dihasilkannyamemenangi tempat pertama dalam perbarisanMaulidulRasul1995. Karyanya bukan sahaja menghiasi banyakkulit buku terbitan DBP dan digunakan untukmajlis-majlis rasmi DBP, bahkan Bank NegaraMalaysia juga memanfaatkan tulisan jawinyauntuk setiap nota Ringgit Malaysia. BegitulahbakatyangadapadaTuanHajiSulaimanAwangyangmemulakankerjayanyadiDBPpadatahun1971 sebagai pelukis. Bapa kepada pelakundrama terkenal, Intan Azura ini amat bersyu-kurkeranadapatberkhidmatdenganDBPyangdianggapnya,tempatmenimbailmu. Sempena ulang tahun DBP kelima puluhini, beliau berpesan kepada warga DBP supayamenaburkan bakti dengan ikhlas dan jujur ke-ranasetiapkeikhlasanpastiadaganjaran-Nya.

bila memandang ke muka laut, Nampak sampan mudik ke hulu;bila terkenang mulut menyebut, budi yang baik ingat selalu.

MUNSYI

Semoga terus gah seperti menaranya.

DBP kini mencecah usia emas.

WawancaraMashitahTaharin,MohdHiezamHashim,NelawatiNgadulJurufotoZulkifliAbuBakar,HamzahAwang,MohdShamosman

pemakLUman

Malam “Bahasa Jiwa Bangsa” (Jumaat, 23 Jun 2006)Persembahan deklamasi puisi oleh penyair tanah air seperti Kemala, A. Ghafar Ibrahim, Lim Swee Tin, Baha Zain, Siti Zainon Ismail dan Firdaus Abdullah, serta persembahan lagu puisi oleh Ramli Sarip dan Kopratasa.

Malam “Genta Puisi” (Sabtu, 24 Jun 2006)Persembahan puisi tradisional seperti randai, dondang sayang, selampit, rebab, mak yong, seloka, syair, gurindam, nazam, dan dikir barat, yang dibawa khas dari Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.

Malam “Malar Segar” (Ahad, 25 Jun 2006)Persembahan lagu-lagu Melayu asli dan lagu puisi persembahan artis jemputan seperti Aishah, Asiah Tuah, Sarbanun Marican, M.Y. Ismail, Ahmad Ramli dan Waheeda.

Tempat: Laman Teater, DBP Kuala Lumpur.Orang ramai dijemput hadir. Masuk percuma.

APRESIASI PUISI SEMPENA JUBLI EMAS DBP

21SH016A.indd 2 6/21/06 12:18:51 AM