Gigitan Dan Sengatan

Embed Size (px)

Citation preview

GIGITAN DAN SENGATANAHLI KUMPULAN : MOHD FAIZ BIN MOHD JAILANI D20091036483 MOHD ZULFAZREEN BIN ROSLI D20091036508 ARIFF AMIR BIN MOHD D20091036452

PENDAHULUAN

Sengatan serangga dan hidupan laut akan mengakibatkan kecederaan yang ringan. Tetapi gigitan haiwan sentiasa memerlukan beberapa tahap rawatan perubatan kerana kuman terdapat dalam mulut semua haiwan. Rawatan perubatan diperlukan bagi memastikan mangsa terhindar daripada jangkitan tetanus (kancing gigi) dan rabies (anjing gila).

PENGENALANGIGITAN Kuman terdapat dalam semua mulut haiwan. Gigitan gigi yang runcing dan tajam boleh menyebabkan luka berlubang dalam dan ini memudahkan kuman masuk ke dalam tisu-tisu.

Luka yang serius memerlukan rawatan perubatan.

SENGATANSengatan lebah, tebuan dan penyegat menyebabkan sakit permulaan yang tajam dan perit diikuti oleh bengkak yang ringan dan rasa pedih. Sengatan yang berkali-kali mempunyai kesan kumulatif yang berbahaya termasuklah sengatan berlaku dalam mulut kerana bengkak yang timbul boleh menyebabkan saluran udara tersekat

JENIS-JENIS GIGITAN DAN SENGATAN

Gigitan dan sengatan terbahagi kepada dua jenis iaitu di darat dan di laut. Hidupan di darat dan di laut mempunyai cara yang berbeza dalam menyerang mangsanya apabila ia merasa di ancam. Cara rawatanya untuk setiap jenis sengatan dan gigitan juga adalah berbeza.

JENIS-JENIS GIGITAN DAN SENGATAN DI DARATULAR ANJING LEBAH TEBUAN SEMUT API SENGKENIT KALA JENGKING LABAH-LABAH DLL

JENIS-JENIS GIGITAN DAN SENGATAN HIDUPAN DI LAUT

OBOR-OBOR JERUNG LANDAK LAUT IKAN BERBISA ULAR LAUT

PATUKAN ULARPatukan ular jarang mengakibatkan kematian dan mendatangkan kecederaan yang serius tetapi boleh mencemaskan. Catatkan rupa bentuk dan jenis ular yang menyerang supaya ubat anti bisa yang betul dapat diberikan. Laporkan kepada polis perkhidmatan penyelamat jika ular yang berkenaan masih bebas di persekitaran supaya dapat diambil tindakan seterusnya.

PENGECAMAN BOLEH DIBUAT DAN IA BERGANTUNG PADA JENIS DAN SPESIS ULAR. Terdapat

sepasang lubang patukan. Kesakitan yang kuat pada kawasan patukan. Bengkak dan merah di sekeliling kawasan patukan. Dalam kes serius pernafasan mangsa tercungap-cungap. Rasa loya dan hendak muntah Pernafasan akan terhenti Pemandangan dan penglihatan kian kabur atau berpinarpinar. Meleleh air liur dan berpeluh.

ULAR TIDAK BERBISA

ULAR BERBISA

Mempunyai 4 barisan gigi yang hampir sama besar di sebelah atas, 2 barisan gigi di sebelah bawah

Mempunyai 2 barisan gigi kecil pada mulut sebelah atas bersama taringnya, 2 barisan gigi besar di sebelah bawah

CORAK PATUKAN ULAR DAN GIGITAN ULAR

CORAK PATUKAN ULAR TIDAK BERBISA

GEJALA-GEJALA DIPATUK ULAR BERBISA

Sakit otot dan sendi Anggota badan terasa kebas Bengkak di tempat patukan Badan berasa lemah Sukar bernafas Warna air kencing berubah Air liur mengandungi darah Otot kejang Terhenti pernafasan Kematian

CARA RAWATAN GIGITAN Membaringkan

mangsa dan minta mangsa supaya jangan bergerak serta bertenang. Jika boleh cuci luka sebersih-bersihnya dengan sabun dan air. Teguhkan dan ampu bahagian anggota yang tercedera. Dapatkan rawatan perubatan. Jangan gunakan TORNIQUENT atau potong bahagian luka atau cuba sedut keluar bisa tersebut.

SENGATAN LEBAHSerangga ini adalah dari jenis serangga kumpulan himenoptera yang mempunyai sengat bersambungan dengan saluran kantung di segmen hujung badannya. Semasa menyengat, ia meninggalkan kantung racunnya di tapak sengatan supaya bahan racun terus mengalir ke dalam tubuh mangsanya.

Sejenis bahan kimia yang disebut pteromone juga ditinggalkan pada mangsanya bagi menarik perhatian lebah lain supaya menyerang mangsa tersebut. Bahan racun himenoptera boleh menghasilkan kesan-kesan reaksi setempat dalam masa beberapa jam, antaranya gerak balas badan (bahagian sengatan kelihatan timbul), rasa gatal, sakit dan bengkak kemerahan.

Kesan-kesan ini akan surut dalam beberapa jam kecuali jika sengatan di mulut atau kerongkong di mana reaksi ini boleh menyempitkan saluran pernafasan. Jika mangsa alah kepada bahan racun tersebut, kejutan anafilaksis akan dialami.

GEJALA-GEJALA DISENGAT OLEH SERANGGA Perubahan fisiologi Sakit pada tempat sengatan Bengkak dan kemerah-merahan di sekeliling tempat sengatan Mual dan muntah Pening kepala Lemah badan Menyebabkan renjatan anaphylactic

CARA RAWATAN SENGATAN Buang

sengatan jika masih terlekat pada kulit dengan menggunakan penyepit. Tuam kulit dengan tekanan sejuk bagi melegakan kesakitan dan mengurang bengkak. Minta mangsa untuk berjumpa doktor jika kesakitan dan bengkak tidak berkurang.

Bagi

gigitan dalam mulut, berikan mangsa seketul ais untuk dihisap bagi tujuan mengurangkan bengkak. keyakinan dan tenangkan mangsa serta terus dapatkan rawatan perubatan

Beri

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Mana-mana bahagian tubuh yang terdedah boleh menjadi sasaran sengatan serangga. Apabila bekerja di luar rumah pastikan anda memakai baju berlengan panjang, seluar panjang dan kasut. Pakaian bercorak bunga-bunga dan berwarna-warni akan menarik perhatian serangga himenoptera. Pastikan anda tidak memakai bau-bauan atau minyak wangi atau bahan yang berbau kuat kerana ini boleh menarik perhatian serangga himenoptera.

Apabila berkelah pastikan makanan yang manis atau sisa makanan tidak terdedah kerana ini akan menarik perhatian serangga himenoptera. Apabila anda mengalami serangan tebuan, pergerakan yang perlahan untuk mengelak lebih baik daripada pergerak cepat untuk melarikan diri atau cubaan membunuh serangga tersebut

KESIMPULAN

Haiwan dan serangga pada kebiasaanya tidak akan menyerang manusia kecuali ia diganggu atau tercedera. Sebenarnya akal dan fikiran kita boleh menghalang berlakunya sengatan dan gigitan.

SEKIAN. TERIMA KASIH