Author
fazz88
View
229
Download
0
Embed Size (px)
8/8/2019 fariza bt fauzi
1/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 1
Bil. Tajuk Muka surat
1. Sejarah lompat bergalah 1-6
2.Peralatan dan kawasan 7-13
3. Teknik lompat bergalah 14-24
4. Prinsip asas lompat bergalah 25-26
5. Peraturan dan penilaian 27-29
6. Aspek biomekanik 30-37
7. Bibliografi 38-39
8/8/2019 fariza bt fauzi
2/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 2
SEJARAH LOMPAT
BERGALAH
Dikatakan bahawa pertandaingan lompat bergalah yang pertama telah diadakan
kira-kira 2000 tahun yang lalu di Ireland. Bagaimanapun, ada pula buku yang mencatatkan
bahawa acara olahraga ini sudah pun menjadi acara sukan dan rekreasi masyarakat Greek
Kuno, walaupun acara ini tidak termasuk sebagai acara dalam Sukan Olimpik Kuno. Akan
tetapi tidak ada bukti yang dapat menguatkan dakwaantentang wujudnya acara ini,
sehinggalah pada abad ke-19. Pada pertengahan abad tersebut, lompat bergalah
dimasukkan ke dalam senarai acara Sukan Caledonia yang diadakan si bahagian utara
Kepulauan Inggeris setentang dengan Scotland kini.
Di Amerika Syarikat dan Britain turut diadakan pertandingan lompat bergalah pada
pertengahan abad ke-19. Pada tahun 1830-an terdapat rekod lompat bergalah di Lake
District, walaupun tidak ada nama catatan pelompatnya. Tidak lama selepas itu Johan
8/8/2019 fariza bt fauzi
3/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 3
Amerika Utara iaitu Hugh Baxter menggunakan galah seberat 30 paun untuk melakukan
lompatan. Galah yang digunakan pada waktu yang lebih kurang sama di England, lebih
berat daripada galah tersebut.
ZAMAN GALAH BULUH
Pada peringkat awal lompat bergalah, pelbagai bahan digunakan sebagai galah
untuk lompatan. Apabila buluh digunakan untuk membuat lompatan,disebabkan buluh
ringan dan mudah dibawa,peserta berjaya membuat lompatan yang lebih tinggi.Ini terbukti
pada tahun 1883,apabila Hugh Baxter dari Amerika Syarikat berjaya membuat lompatan
setinggi 3.65 meter atau 11 kaki menggunakan galah daripada buluh.Peserta Amerika
Syarikat William Hoyt yang merupakan pemenang lompat bergalah dalam Sukan Olimpik
pertama tahun 1896 menggunakan galah buluh juga,telah mencipta teknik lompatan
baharu dengan menggerakkan tempat pegangan pada galah di bahagian bawahnya dan
berdekatan dengan bahagian tingginya ketika galah dipasakkan ke tanah. Teknik ini telah
diperbaiki oleh Raymond Clapp, sehingga peserta mampu melompat setinggi 3.62 meter
yang merupakan rekod dunia ketika itu. Galah buluh telah mendapat sambutan dari
seluruh dunia,pada peringkat awal abad ke-20. Pada tahun 1920-an, pelompat galahdaripada Jepun menggunakan galah daripada buluh daripada buluh yang boleh dilenturkan
ketika melompat. Untuk beberapa ketika, penggunaan buluh sebagai galah dalam lompat
bergalah menyebabkan perlumbaan untuk mencapai ketinggian yang lebih,sehinggalah
buluh digantikan dengan galah yang diperbuat daripada keluli.
ZAMAN GALAH DARIPADA KELULI
Dalam tahun-tahun selepas Perang Dunia. Kedua, galah daripada keluli
diperkenalkan, iaitu galah yang diubah suai daripada penggunaan aluminium, yang diuji di
Amerika Syarikat. Difahamkan, iaitu aluminium adalah ringan tetapi mudah patah. Oleh itu
penggunaan keluli dapat mengelakkan galah menjadi mudah patah atau retak. Galah keluli
8/8/2019 fariza bt fauzi
4/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 4
walaupun agak berat sedikit, tetapi mudah dibengkokkan menjadikan penggunaannya
amat sesuai untuk acara lompat bergalah ini.
Lama kelamaan penggunaan galah keluli ini didapati kurang sesuai lagi, khususnya
untuk peserta melakukan lompatan yang lebih tinggi. Ini menyebabkan para pengeluar
dan pencipta galah berusaha untuk menghasilkan galah daripada bahan lain yang mungkin
lebih baik. Maka terhasil pula galah yang dibuat daripada bahan yang lebih anjal yang
semernangnya lebih sesuai untuk acara ini. Orang yang bertanggungjawab terhadap
penciptaan barn ini ialah seorang jurutera Amerika, iaitu Richard Ganslen.
ZAMAN GALAH GENTIAN KACA
Zaman galah daripada keluli berakhir menjelang tahun-tahun 1960-an, dengan
penggunaan galah daripada kaca gentian secara lebih meluas ke seluruh dunia. Ini
bermakna galah yang digunakan kini adalah galah tiruan yang diperbuat daripada adunan
bahan yang menjadikannya lebih anjal dan tidak pula berat. Penggunaan galah baharu ini
menyebabkan lompatan yang dibuat oleh kebanyakan peserta lebih tinggi dari semasa ke
semasa. Galah tiruan ini membolehkan peserta memegang dengan kemas tanpa
menghasilkan tekanan dan kekuatan yang lebih. Kaedah melepasi palang lompat bergalah
juga turut berubah. Hasil ciptaan yang dilakukan dari semasa ke semasa menjadikan wujud
dua kaedah lompatan barn yang didapati amat sesuai dan digunakan hingga kini oleh
kebanyakan peserta lompat bergalah. Kedua-dua kaedah itu ialah jack-knife clan fly- away.
Dalam kaedah pertama, jack-knife, peserta dapat melonjakkan kedua-dua kakinya ke atas
sambil menolakkan badannya melepasi palang, selalunya secara 'paksaan' menyebabkan
kedudukan keseluruhan badannya menegak dengan kaki ke atas. Dalam keadaan kedua
pula, peserta melakukan pergerakan badannya bersama galah dan melepaskannya dengan
kuat sebaik sahaja dirinya melepasi palang. Pergerakan peserta dalam kaedah ini adalah
lebih pantas dan badannya melepasi palang pada kedudukan hamper mendatar.
Penggunaan galah jenis ini diteruskan hingga kini dengan pengubahsuaiana
dilakukan dari semasa ke semasa untuk mendapatkan galah terbaik bagi peserta dalam
8/8/2019 fariza bt fauzi
5/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 5
acara ini. Ketinggian lompatan terus meningkat sehingga menjadikan acara lompat
bergalah sebagai salah satu acara olahraga yang menarik serta mendapat sambuatan ramai
walaupun sukar bagi sesetengah orang.
LOMPAT BERGALAH PADA MASA KINI
Kini ternyata lompat bergalah merupakan salah satu acara olahraga yang diminati,
khususnya dalam perjumpaan olahraga dunia. Lebih ramai pula peserta olahraga yang
melibatkan diri dalam acara ini. Semakin tinggi pula rekod yang dicipta, termasuk rekod
dunia. Peserta dari Amerika Syarikat, Sweden, Perancis, Rusia dan China berlumba-lumba
membuat lompatan lebih tinggi daripada yang lain. Lompatan mereka yang kini melepasi
enam meter terns meningkat, dan berkemungkinan ada peserta yang mampu melompat
setinggi tujuh meter pula.
Di negara kita, acara ini kurang diminati malah sering tidak disenaraikan dalam
kebanyakan perjumpaan olahraga, sama ada diperingkat daerah ataupun negeri. Selain
merupakan acara khusus untuk lelaki, kurang pendedahan serta anggapan negatif terhadapacara ini adalah sebahagian daripada faktor atau penyebab acara ini kurang diminati.
Kekurangan jurulatih juga turut menjadi alasan utama kurangnya penyertaan dalam acara
ini di negara kita. Walaupun di peringkat Asia, keupayaan peserta negara kita masih jauh
di-bandingkan dengan peserta terutamanya dari China, Korea dan Jepun. Bagaimanapun, di
peringkat Asia Tenggara, peserta negara kita sering memenangi acara ini khususnya dalam
Sukan SEA.
8/8/2019 fariza bt fauzi
6/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 6
PERALATAN
8/8/2019 fariza bt fauzi
7/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 7
DAN
KAWASAN
GALAH
Merupakan peralatan asas lompat bergalah. Peserta boleh menggunakan galah
sendiri atau pun galah yang disediakan oleh pihak penganjur untuk mengambil bahagian
dalam satu-satu pertandingan. Galah terdapat dalm pelbagai ukuran iaitu antara 3.05
meter hingga 5.18 meter. Perbezaan dalam ukuran bergantung kepada peringkat umur,
jenis kejohanan dan kesesuaian peserta yang mengambil bahagian. Bagi mereka yang baru
menceburkan diri dalam acara ini, di nasihatkan supaya menggunakan galah yang
penjangnya hamper sama dengan ketinggiannya, manakala bagi mereka yang sudah
berpengalaman lebih gemar menggunakan galah yang lebih panjang daripada ketinggian
mereka.
Dalam pertandingan peserta boleh menggunakan galah sendiri dan semestinya
seorang peserta tidak dibenarkan menggunakan galah milik orang lain tanpa kebenaran
pemiliknya. Galah untuk lompat bergalah boleh diperbuat daripada sebarang bahan atau
campuran bahan yang sesuai, asalkan permukaannya licin. Galah ini boleh dibaluti dengan
bahan yang sesuai tidak lebih daripada dua lapisan pitda pelekat yang sama tebalnya. Galah
8/8/2019 fariza bt fauzi
8/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 8
hendaklah dijaga dengan baik dan diperiksa akan keadaannya sebelum digunakan dalm
pertandingan.
TIANG DAN PALANG
Dua batang tiang boleh diperbuat daripada sebarang bahan yang sesuai asalkan
dapat berdiri tegak. Jarak antara dua tinang ini hendaklah sekurang-kurangnya 4.3 meter
dan tidak lebih daripada 4.37 meter. Ketinggian tiang juga tidak ditentukan, tetapi biasanya
lebih kurang 7 meter dari bumi. Bagaimana pun dalam kejohanan atau perjumpaan
olahraga peringkat dunia, ketinggian tiang adalah bergantung kepada lompatan yang
dibuat peserta oleh yang demikian tiang boleh ditinggikan dan direndahkan.
Sebatang palang yang panjangnya mengikut jarak kedua-dua tiang diletakkan pada
kedua-dua tinag mengikut ketinggian lompatan. Bagaimanapun mengikut peraturan IAAF,
palang ini hendaklah antara 4.48 meter hingga 4.52 meter. Berat maksimum palang adalah
2.25 kologram. Palang ini hendaklah diperbuat daripada kayu, keluli atau pun bahan lain
yang sesuai dan berbentuk sama ada segitiga atau bulat. Bahagian palang yang diletakkan
pada penyokong yang dipasangkan pada tiang, hendaklah licin dan tidak dibaluti oleh
bahan yang boleh menghalang dariapda terjatuh ketika disentuh peserta.
PENYOKONG PALANG
Untuk meletakkan palang pada tiang, hendaklah ada penyokong supaya palang
dapat diletakkan dengan selamat dan selesa, tetapi mudah pula menyebabkan palang
terjatuh jika disentuh atau terkena mana-mana bahagian tubuh peserta. Penyokong ini
harus tidak melebihi 7.5cm menjulur daripada tiang.
8/8/2019 fariza bt fauzi
9/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 9
KAWASAN MENDARAT
Kawasan mendarat untuk lompat bergalah hendaklah terdiri daripada lapisan tebal
yang lembut dan berspring atau mudah melantun. Kawasan mendarat ini boleh diperbuat
daripada getah tilam, span atau sabut yang lembut. Saiz kawasan mendarat ini hendaklah
tidak kurang daripada lima meter panjang dan lima meter lebar dan tebalnya pula
bergantung kepada keadaan. Akan tetapi saiz kawasan hendaklah sesuai dengan jenis
pertandingan dan peringkat peserta yang bertanding.
Tempat mendarat ini dipasang di bahagian belakang kedua-dua tiang lompat
bergalah bermula betul-betul pada tiang tersebut. Saiz kawasan berspring ini adalah
memadai untuk peserta mendarat walaupun ada juga yang terjadi iaitu peserta mendarat
terkeluar dari kawasan ini. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini, di sekitar
kawasan bertilam ini hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan yang
boleh menghalang peserta daripada mendarat dengan selamat.
KOTAK PENAHAN
Di bahagian hadapan kedua-dua tiang, dengan kedudukan di tengah-tengah antara
dua tiang ini terdapat sebuah kotak bersalutkan kepingan logam yang digunakan oleh
peserta untuk memulakan lonjakan dalm lompatannya. Kotak dipanjangkan satu meter dan
lebar pada bahagian hadapan 60cm. Kotak ini menirus ke bahagian hujung, iaitu di
bahagian paling hampir dengan tiang dengan ukuran 15 cm lebar. Bahagian dasar kotak
hendaklah berbentuk curam daripada aras tanah dan jauh dari bahagian hadapan kotak
pada kedalaman 20cm yang disambungkan pada papan penampan. Kotak ini hendaklah
dibentuk supaya sisinya mencuram ke dalam dan bersambung dengan papan penampan
pada sudut 120 darjah.
Kotak penahan ini hendaklah diperbuat daripada kayu, dengan bahagian dasarnya
harus sebaris dengan sekeping logam yang dalamnya 2.5 cm dan panjang 80 cm daripada
8/8/2019 fariza bt fauzi
10/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 10
bahagian hadapan kotak penahan. Kotak ini digunakan oleh peserta untuk menampan
galah agar membolehkannya membuat lonjakan untuk melompat.
8/8/2019 fariza bt fauzi
11/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 11
BENTUK DAN UKURAN KOTAK PENAHAN
8/8/2019 fariza bt fauzi
12/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 12
BENTUK DAN KEDUDUKAN KAWASAN PENDARATAN SERTA KOTAK PENAHAN
8/8/2019 fariza bt fauzi
13/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 13
lORONG LARIAN
Semua acara lompatan dalam olahraga memerlukan ruang atau lorong untuk
peserta membuat larian sebelum melakukan lompatan mengikut jenis acara tertentu. Ini
termasuklah bagi acara lompat bergalah ini. Lorong larian untuk lompat bergalah
hendaklah berukuran lebih kurang 40meter panjang dan 1.22 meter lebar. Lorong ini juga
hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan terutamanya apabila peserta
lompat bergalah terpaksa berlari untuk membuat lompatan.
8/8/2019 fariza bt fauzi
14/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 14
TEKNIK
LOMPAT
BERGALAH
Sebelum memulakan lompatan ada beberapa perkara yang mesti diambil berat olehpeserta iaitu adakah peserta benar-benar sudah bersedia untuk mengambil bahagian
dalam acara ini, berkesanggupan untuk mengikuti latihan yang dilaksanakan oleh
jurulatihnya dan apa peluang baginya untuk menunjukkan prestasi dan seterusnya
memenangi sesuatu pertandingan. Jika jawapan yang diberikan itu adalah positif, maka
8/8/2019 fariza bt fauzi
15/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 15
bolehlah seseorang itu belajar dan mengambil bahagian dalam acara ini yang mungkin
sukar dan berisiko tinggi.
Apabila sudah bersedia, peserta hendaklah mendapatkan galah yang sesuai
mengikut peringkat umur dan jenis pertandingan yang bakal disertainya. Jurulatih
hendaklah memastikan supaya segala peralatan dan kelengkapan khusus untuk acara ini
disediakan terlebih dahulu. Begitu juga jika untuk mengambil bahagian dalam sesuatu
pertandingan, pihak penganjur hendaklah menyediakan segala kemudahan sebelum
pertandingan bermula.
Secara umumnya terdapat enam peringkat atau pergerakan dalam cara membuat
lompatan dalam lompat bergalah:-
1. Memegang galah dan menyediakan diri.Bagi peserta yang melonjak pada kaki kiri hendaklah membawa galah
pada sebelah kanan dengan lengan kiri separuh bengkok untuk menyokong
galah dengan tapak tangan pada tanagan yang sama menunjuk ke bawah.
Manakala tangan kanan memegang sambil mencengkam pada galah lebih
kurang 60cm hingga 70cm lebih tinggi dengan tanagn sedikit menolak keluar.
Untuk mendapatkan pegangan yang lebih baik dan kemas adalah lebih baik
peserta membiasakan diri dengan pengangan pada galah ini, kemudian
berlatih berlari dengan membawa galah.
Cara memegang galah ialah peserta hendaklah menegakkan galah
sambil berdiri dibelakangnya. Tangan kanan hendaklah diletakkan pada
bahagian atas galah sedikit melepasi kepala dengan ibu jari tangan menunjuk
ke atas, manakala tangan kiri diletakkan sedikit di bawah tangan kanan.
Sebelum memulakan larian, peserta hendaklah bersedia dengan pegangan
galah serta berdiri sedia sambil perhatian dan tumpuan diberikan pada
acara ini.
8/8/2019 fariza bt fauzi
16/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 16
TEKNIK MENBUAT LOMPATAN
I. Membuat larian
8/8/2019 fariza bt fauzi
17/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 17
II. Bersedia memacak galah
8/8/2019 fariza bt fauzi
18/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 18
2. Membuat larian sambil membawa galah.Dari segi teknik, larian dalam acara lompat bergalah ini adalah hampir
serupa dengan larian yang dilakukan untuk acara lompat jauh dan lompat
kijang. Apa yang membezakannya adalah bersama galah. Oleh yang demikian,
larian yang dibuat sudah tentu menjadi perlahan kerana peserta tidak dapat
menggunakan tangan untuk membuat hayunan.
Larian dilakukan setelah peserta dalam kedudukan sedia bersama galah dan
dirinya juga bersedia termasuk dalam aspek mentalnya. Peserta boleh
membawa galah pada tangan sebelah kiri atau kanan mengikut keselesaan.
Biasanya peserta membawa galah pada sebelah kanan. Aturan membawa
galah adalah dengan meletakkan aras hujung hadapan galah lebih tinggi
daripada kepala peserta dan mengekalkan pegangan tangan atas di bawah
pinggang serta menolak ke bawah.
Kedua-dua tangan hendaklah dibengkokkan pada siku. Semasa
berlari, tumpuan pandangan peserta hendaklah pada kotak pelepas kerana
peserta akan mencacakkan galah di situ untuk melonjak. Bagi memudahkan
larian, peserta boleh membuat check-mark untuk mendapatka titik sebenar
dalam memulakan larian. Umumnya peserta yang menggunakan tangan
kanan akan memulakan larian dengan menggunakan kaki kiri dan peserta
kiri akan memulakan larian dengan menggunakan kaki kanan. Perkara
penting dalam larian membawa galah ini adalah peserta memegang kemas
galah sambil melakukan larian. Pada masa yang sama, keselamatan peserta
hendaklah diberikan perhatian dan bagi menggelakkan daripada berlaku
kecederaan, peserta hendaklah mematuhi aturan dan undang-undang larian
lompat galah seperti yang telah ditetapkan
8/8/2019 fariza bt fauzi
19/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 19
3. Menampan galah ke dalam kotak penahan.Perkara seterusnya adalah menjunamkann galah di kotak penahan.
Peserta hendaklah memastikan ketika mana galah harus
dijunamkan.Biasanya apabila peserta berada tiga langkah daripada kotak
penahan dia akan membenamkan galah ke kotak tersebut. Ini bukan satu
kemestian kerana peserta boleh melakukannya empat atau dua langakh
sebelum tiba ke kotak penahan mengikut keselesaan masing-masing.
Apabila peserta memulakan larian untuk menampankan galah dalam
kotak penahan, masalah yang sering timbul ialah koordinasi antara satu
perlakuan dengan yang lain. Bagi menggelakkan masalah ini, peserta
hendaklah berlari pantas sambil memastikan galah dapat ditampankan pada
kotak mengikut langkah yang dikehendaki.
Seperti yang dinyatakan di atas, biasanya galah ditampankan pada
kotak penahan tiga langkah sebelum peserta tiba dikotak tersebut. Cara
menampan ialah mengarahkan bahagian penghujung galah menjunam
menghala ke kotak penahan atau kotak penampan. Semasa kaki kanan
menyentuh lorong larian untuk kali terakhir tangan dan lengan peserta
hendaklah bersedia untuk membuat lonjakan. Selepas itu apabila kaki kiri
menyentuh lorong larian kali terakhir, sebelum membuat lonjakan, galah
hendaklah berada di bawah tangan atas, dengan belakang pada kedudukan
mendatar, pinggang meninggi dan paha yangbebas menolak ke hadapan
untuk melakukan lompatan. Larian yang deras membantu peserta
melakukan lompatan yang baik manakala larian yang perlahan akan
menjejaskan tampanan galah pada kotak penampan.
8/8/2019 fariza bt fauzi
20/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 20
TEKNIK LOMPATAN MENAMPAN, MELONJAK DAN MELOMPAT
8/8/2019 fariza bt fauzi
21/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 21
4. Membuat lonjakan daripada kotak penahan.Pergerakan seterusnya adalah membuat lonjakan daripada penampan galah
di kotak penahan iaitu dalam gerakan ke hadapan dan ke atas. Untuk
memastikan dapat menbuat lonjakan dengan betul dan berkesan, para
peserta hendaklah memastikan:-
I. Kepantasan melakukan larian terutama ketika melakukanlonjakan
II. Ketinggian galah yang dipegang.III. Arah pergerakan semasa membuat lonjakan.IV.
Sama ada peserta memegang dengan kuat pada galah iaitudaripada tangan hadapan semasa peringkat membuat
lonjakan.
V. Pergerakan peserta yang berbeza-beza ketika menggabungkankepantasan larian dengan detik menjunamkan galah ke dalam
kotak penahan.
Bagi mendapatkan lonjakan peserta perlu membengkokkan galah
semaksimum boleh. Peserta akan melakukan lonjakan betul-betul di bawah
tangan atas yang mengawal galah. Tindakan peserta membengkokkan galah
amat bergantung pada larian. Berikut adalah perkara-perkara yang harus
dilakukan apabila membengkokkan galah:-
I. Semasa menampan galah, peserta hendaklah melakukannya dengansegera.
II. Semasa menampan juga, peserta hendaklah meletakkan lengan padakedudukan yang betul. Lengan atas tidak seharusnya terlalu rigid,
sebaliknya harus bersedia menerima tekanan ketika membuat
lonjakan.
III. Semasa melonjak, peserta hendaklah mendapatkan postur yang betul.
8/8/2019 fariza bt fauzi
22/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 22
IV. Semasa melonjak, peserta harus fikirkan lonjakan sebagai pergerakanmelantun ke atas dan ke hadapan.
V. Semasa melonjak juga, peserta hendaklah meletakkan paha yangbebas dalam kedudukan yang betul.
LONJAKAN
8/8/2019 fariza bt fauzi
23/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 23
5. Melepasi palang serta melepaskan galah di udara.Pergerakan melepasi palang dan pada waktu yang sama melepaskan
galah merupakan tindakan penting dan utama dalam lompat bergalah.
Pergerakan ini akan menentukan sama ada semua pergerakan terdahulu
terhasil ataupun tidak. Jika peserta dapat melepasi palang dan melepaskan
galah dengan sempurna tanpa menjatuhkan palang, bermakna lompatan
yang dibuat adalah berjaya dan begitu juga sebaliknya jika peserta gagal
melakukan lompatan dengan baik dan sempurna maka gagallah lompatannya
itu.
Pada waktu ini galah berada dalam keadaan hampir menegak
manakala peserta pula berada dalam kedudukan berdiri dengan tangan
memeganag galah. Ini bermakna peserta bersedia untuk memulakan
pergerakan menolak dan melepasi palang. Untuk melakukannya peserta
hendaklah menolak galah menggunakan tangannya sebaik sahaja berjaya
melepasi palang. Peserta hendaklah memulakan dengan tangan kiri dahulu
dan diikuti dengan tangan kanan.Semasa melepasi palang, peserta
melepasinya menerusi perutnya dan menundukkan kepala. Ada dua cara
melepasi palang dalam lompat bergalah:-
I. Jack knife.II. Fly away.
8/8/2019 fariza bt fauzi
24/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 24
6. Mendarat di tempat yang disediakan.Setelah berjaya melepasi palang dengan selesa, peserta kini hanya
bersedia untuk membuat pendaratan yang merupakan pergerakan terakhir
seorang peserta lompat bergalah. Di sebabkan ketinggian yang dicapai
seseorang peserta terutamanya dalam kejohanan peringkat antarabangsa
agak tinggi, pendaratan yang baik demi keselamatan peserta itu adalah perlu
dan penting. Biasanya peserta akan mendarat pada bahagian belakangnyayang diikuti pula dengan putaran badan ke hadapan. Setelah mendarat
dengan baik, peserta hendaklah bangun dariapada tempat pendaratannya
dengan bahagian belakangnya dan bukan daripada bahagian hadapannya.
8/8/2019 fariza bt fauzi
25/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 25
PRINSIP ASAS
LOMPAT
BERGALAH
1. Peserta hendaklah sanggup menjalani latihan yang ditetapkan oleh jurulatihyang bergantung kepada umur, peserta, peringkat pertandingan dan
matlamat penyertaan.
2. Peserta hendaklah bersedia mental dan fizikal sebelum mengambil bahagiandalam sesuatu pertandingan lompat bergalah.
8/8/2019 fariza bt fauzi
26/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 26
3. Peserta haruslah mempunyai daya kecergasan yang tinggi dan tahapketahanan yang diharapkan serta disiplin diri yang tinggi.
4. Peserta harus mempunyai matlamat tertentu apabila mula menceburkan diridalam acara ini dan mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan.
5. Peserta hendaklah patuh pada arahan, tunjuk ajar dan panduan yangdiberikan leh jurulatih.
6. Peserta hendaklah seboleh mungkin menumpukan sepenuh perhatian padaacara ini dan bersikap positif pada sepanjang masa. Ini dapat mengelakkan
kecederaan pada peserta.
7. Peserta harus mempunyai keyakinan diri yang tinggi termasuklah dalammengambil bahagian dan mengejar kejayaan.
8. Peserta hendaklah berada di tempat pertandingan pada masa yangdikehendaki dan mengkhususkan masa untuk aktiviti-aktiviti memanaskan
badan dan penyesuaian diri.
9. Peserta hendaklah mengambil bahagian dalam acara ini dengna mematuhiperaturan dan undang-undangnya.
10.Peserta hendaklah memberikan perhatian kepada semangat kesukananterutamanya jika gagal mencapai kejayaan yang diharapkan.
8/8/2019 fariza bt fauzi
27/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 27
PERATURAN DAN
PENILAIAN
PERATURAN
1. Peserta-peserta boleh memilih tiang atau sangga dianjak ke arah kawasan mendaratsupaya hujung palang yang berhampiran kepada atlet boleh diletakkan pada mana-
mana tempat dari di atas hingga ke hujung belakang petak lonjak kepada satutempat 80 cm ke arah kawasan mendarat.
2. Peserta-peserta hendaklah memaklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawabsebelum pertandingan mengenai kedudukan tiang dan sangga mengikut
kemahuannya untuk lompatan pertama dan kedudukan ini hendaklah direkodkan.
8/8/2019 fariza bt fauzi
28/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 28
Sekiranya kemudian nanti peserta tersebut mahu diubah pula kedudukan yang dimintanya
tadi,hendaklah dengan segera memaklumkan kepada pegawai yang
bertanggungjawab,sebelum palang dan sangga tersebut diletakkan seperti permintaan
asalnya. Kegagalan berbuat demikian akan memakan had masa membuat lompatannya .
Peringatan :
1. Satu garisan putih selebar 1 cm dan warna yang jelas hendaklah dibuat bersudut tepat
dengan paksi landas lari separas dengan tepi bahagian dalam permukaan atas petak lonjak.
Garisan ini boleh melanjur sehingga ke luar kawasan tiang. Satu garisan yang serupa
hendaklah berterusan di alas kawasan mendarat dan berlanjutan sehingga bahagian luar
tepi palang.
2. Seseorang peserta itu gagal sekiranya:
(a) Selepas sesuatu lompatan, palang jatuh dari pasak penyangkutnya akibat aksi peserta
itu sendiri semasa melompat atau
(b) Peserta tersebut menyentuh bumi, termasuk kawasan mendarat melepas datar tegak
menerusi atas petak lonjak, dengan mana-mana bahagian badannya atau dengan galahnya,
sebelum terlebih dahulu melepasi palang, atau
(c) Semasa menaik peserta terse but menukar genggarnan tangan pada galah sarna
pegangan di bawah dinaikkan ke atas atau menaikkan lagi pegangan yang di atas.
(d) Semasa melompat seseorang peserta itu dengan sengaja memantapkan atau
mengembalikan palang yang mungkin hendak jatuh dengan tangan atau jarinya.
Peringatan : Tidak dikira batal sekiranya seseorang peserta itu berlari, pada mana-manatitik pun, di luar garisan putih yang menandakan landas lari.
3. Peserta-peserta semasa bertanding dibenarkan meletakkan sesuatu benda pada tapak
tangan atau galahnya untuk memperoleh genggaman yang lebih baik. Menggunakan pita di
tapak tangan atau jari tidak dibenarkan kecuali membalut luka .
8/8/2019 fariza bt fauzi
29/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 29
4.Tiada sesiapa dibenarkan menyentuh galah melainkan jika galah tersebut mula tumbang
selepas lompatan. Walau bagaimanapun, jika tersentuh dan pada pandangan Referi jika
tidak kerana sentuhan tersebut palang mungkin jatuh juga, lompatan tersebut hendaklah
direkodkan sebagai gagal.
5. Jika dalam usaha seseorang peserta itu melakukan percubaannya, dan jika galahnya
patah, percubaan tadi tidak dikira batal dan beliau hendaklah diberi satu percubaan baru.
Lompat Bergalah Lelaki
Untuk latihan acara lelaki, ketinggian palang adalah 3.00 meter. Untuk pertandinganketinggian palang akan bermula pada 3.10 meter yang kemudiannya akan dinaikkan seperti
yang ditetapkan.
Lompat Bergalah Wanita
Untuk latihan acara wanita, ketinggian palang adalah 1.65 meter. Untuk pertandingan
tingginya palang akan bermula pada 1.75 meter yang kemudiannya akan dinaikkan seperti
yang ditetapkan.
8/8/2019 fariza bt fauzi
30/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 30
ASPEK
BIOMEKANIK
LOMPAT
BERGALAH
DEFINASI
Biomekanik merupakan kajian ke atas daya (force) dan kesan daya tersebut pada
tubuh manusia. Apabila daya dikenakan kepada tubuh manusia, bidang biomekanik boleh
menganalisa dan mengenalpasti sebab dan kesannya. Bidang biomekanik sukan pula
menggabungkan teknik dan aplikasi fizik, anatomi, matematik, sains komputer dan
kejuruteraan dalam menganalisa teknik pergerakan untuk meningkatkan prestasi dan
mengelakkan kecederaan.
Analisa biomekanik boleh dijalankan didalam makmal (ujian terkawal), ujian
lapangan (dimana prestasi atlet dianalisa ketika latihan atau dalam simulasi pertandingan)
atau analisa pertandingan (analisa prestasi seseorang atlet didalam persekitaran
pertandingan). Maklumat dan analisa biomekanik yang dikumpul semasa latihan dan
8/8/2019 fariza bt fauzi
31/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 31
pertandingan boleh digunakan sebagai perbandingan dan penanda aras prestasi semasa
atlet. Maklumat ini juga boleh membantu jurulatih membuat keputusan berkaitan program
laithan dan prestasi atlet tersebut, sekiranya perlu.
1. Pengenalan2. Helsinki
Keputusan pertama3. Jump and plants complex [JPC]
Teori yang bergantung kepada penemuan baru.Pencapaian yang specific
Pendekatan yang saintifik
Pergerakan= Interaksi
Pencapaian
Faham dengan pergerakan
Di antara galah dan atlit
Memperbaiki pengetahuan berkenaan lompat bergalah
[meningkatkan prestasi dan pencapaian dalam lompat bergalah]
8/8/2019 fariza bt fauzi
32/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 32
a. Apa yang pelompat lompat bergalah elit lakukan.b. Eksperimen.
8/8/2019 fariza bt fauzi
33/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 33
8/8/2019 fariza bt fauzi
34/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 34
8/8/2019 fariza bt fauzi
35/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 35
8/8/2019 fariza bt fauzi
36/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 36
8/8/2019 fariza bt fauzi
37/38
OLAHRAGA [LOMPAT BERGALAH] 37
BIBLIOGRAFI
8/8/2019 fariza bt fauzi
38/38
1. http://www.wikepedia.com2. http://notamurid.com3. http://www.answers.com/topic/pole-vault4. http://www.stabhoch.com/epvc/schade_biomechanics.pdf