25
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DALAM PENGGUNAAN PERISIAN AUTOCAD DI DAERAH JOHOR BAHRU AZMAN BIN IBRAHIM @ TAMRIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian

  • Upload
    vumien

  • View
    239

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DALAM

PENGGUNAAN PERISIAN AUTOCAD DI DAERAH JOHOR BAHRU

AZMAN BIN IBRAHIM @ TAMRIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian
Page 3: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian

ii

Faktor-Faktor Mempengaruhi Kelemahan Pelajar-Pelajar Tingkatan Empat

Sekolah Menengah Teknik Dalam Penggunaan Perisian AutoCAD Di Daerah

Johor Bahru

Azman Bin Ibrahim @ Tamrin

Laporan Projek Sarjana Muda Ini Di Kemukakan Sebagai Memenuhi Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2006

Page 4: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian
Page 5: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian
Page 6: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian

v

DEDIKASI

Ya Allah Ya Robi !

Hanya Dikaulah Yang Ku Sembah,

Tiada Tuhan Yang Layak Di Sembah Melainkan Engkau Ya Allah.

Sesungguhnya Engkaulah Yang Memberi Taufik Dan Hidayah,

Bagi Melakukan Sesuatu Pekerjaan, Dan Tiada

Daya Upaya Melainkan Dengan

Pertolongan Dari Mu Jua

Ya Allah.

Istimewa buat insan tersayang, isteri tercinta..

Tidak lupa emak, abah, ibu dan bapa mertua yang berada di kampung.

Begitu jua kakak, adik-adik serta anak-anak saudaraku, sesungguhnya dorongan,

sokongan dan juga bantuan yang dihulurkan tidak akan ku lupakan bagi mengejar

impian ini. Semoga kejayaan ini dapat kita kongsi bersama untuk

Kebahagiaan dunia dan akhirat

InsyaAllah….

Page 7: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian

vi

PENGHARGAAN

Pertama-tama sekali saya mengucapkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran ke hadrat

Allah S.W.T., kerana hanya dengan kudrat dan iradahNya sahajalah saya dapat

menyiapkan tesis (PSM II) ini. Projek Sarjana Muda II yang saya sediakan ini adalah

hasil daripada pemerhatian, penelitian, pemahaman, perbincangan dan tinjauan semasa

membuat lawatan ke Sekolah Menengah Teknik, Johor Bahru serta perkongsian

pengalaman dengan guru-guru dalam bidang teknik dan vokasional. Selain itu saya juga

menggunakan rujukan beberapa buah buku, surat khabar dan kajian PSM yang lepas

sebagai bahan untuk menghasilkan PSM II ini.

Akhirnya dengan tunjuk ajar, nasihat serta kerjasama yang erat dari pensyarah

pembimbing, guru-guru serta rakan yang lain, maka PSM II ini dapat disiapkan. Ribuan

terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing yang dedikasi, optimis serta

murah hati, Dr. Muhammad Sukri Bin Saud yang banyak mencurahkan ilmu pengetahuan

dan pengalaman dalam proses menyempurnakan PSM ini. Segala tunjuk ajar dan

bimbingan ini amatlah di hargai dan hanya Allah S. W.T. sahajalah yang dapat membalas

segala kebaikan tuan.

Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan PKPG 2003 /

2006 yang sudi memberikan idea dan kerjasama. Kepada ahli keluarga khususnya emak

dan abah yang bersusah payah mendidikku dari kecil, semoga rahmat Allah S.W.T

sentiasa melimpahimu, isteri tersayang yang banyak berkorban demi kejayaan ini bagi

kebahagian kita bersama, sesungguhnya pengorbanan, kesabaran dan sokongan anda

semua menjadi pendorong serta motivasi untukku terus berjuang sehingga berjaya

insyaAllah…

Semoga PSM ini dapat dijadikan sebagai bahan rujukan tambahan yang berfaedah

kepada semua pihak, khususnya para pendidik, pihak sekolah dan juga Kementerian

Pelajaran bagi memartabatkan ilmu pengetahuan dan juga kebaikan anak-anak bangsa

kita bersama.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian

vii

ABSTRAK

Faktor kelemahan dalam menguasai perisian AutoCAD dikalangan pelajar-pelajar

tingkatan empat sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru telah mendapat

perhatian para penyelidik. Dalam konteks kajian ini, hanya empat faktor sahaja yang

dikaji iaitu faktor pengetahuan tentang komputer, kemahiran menggunakan komputer,

kelengkapan makmal dan faktor pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru. Seramai 80

orang pelajar tingkatan empat lelaki dan perempuan di dua buah Sekolah Teknik di

daerah Johor Bahru telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan

untuk mengukur dapatan kajian ialah kaedah soal selidik. Ia mengandungi sembilan item

pada bahagian A dan 40 item pada bahagian B dalam bentuk Skala Likert. Nilai

kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.803. Analisis statistik deskriptif telah

digunakan dalam tatacara menganalisis data. Dapatan dianalisis secara berkomputer

menggunakan ‘Statistical Package for the Social Science’ dan secara manual bagi

mendapatkan jumlah peratus, min dan kekerapan. Dapatan kajian menunjukkan faktor

pengetahuan tentang komputer mempengaruhi kelemahan pelajar adalah tinggi.

Manakala dapatan kajian mengenai faktor kemahiran menggunakan komputer,

kelengkapan makmal dan pengajaran & pembelajaran guru menunjukkan tahap yang

sederhana dalam mempengaruhi kelemahan pelajar untuk menggunakan perisian

AutoCAD.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian

viii

ABSTRACT

Factors of weakness in dominating AutoCAD software among the form four

students have made interest for researchers. In this study contexts, only four factors to be

studied, those were knowledge, skill, laboratory’s equipment and teaching & learning of

teacher. A total number of 80 form four students, boys and girls from two Technical

Schools in Johor Bahru involved in this study. A set of questionnaire was used as an

instrument for this purpose. It consisted nine items in section A and 40 items in section B

in the form of Likert Scale. Reliability value of the instrument was α = 0.803.

Descriptive statistical analysis was used to obtain the data analysis. The collected data

was analyzed by using ‘Statistical Package for the Social Science’ and manually to obtain

the percentages, mean and frequencies. The result showed that the factor of knowledge

in computer influenced the weakness of students was high. Whereas the factors of skill

in computer laboratory’s equipment and teaching & learning of teacher were average in

influencing the weakness of students using AutoCAD software.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS i

JUDUL ii

KELULUSAN PENYELIA iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Definisi Operasional 11

Page 11: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian

x

BAB PERKARA MUKA SURAT

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Sejarah Perkembangan AutoCAD 15

2.3 Penggunaan Komputer Dalam Bidang

Pendidikan 17

2.4 Kepentingan Penggunaan Perisian AutoCAD

Di Sekolah 19

2.5 Kegunaan AutoCAD Dalam Mata Pelajaran

Lukisan Kejuruteraan Dan Mekanikal 21

2.6 Kajian Lepas Berkaitan Dengan Punca Kelemahan

Pelajar Dalam AutoCAD 23

2.7 Rumusan 27

III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 29

3.2 Rekabentuk Kajian 29

3.3 Tempat Kajian 30

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 30

3.5 Kajian Rintis 31

3.5.1 Keboleh Percayaan Soal Selidik 32

3.5.2 Kesahan Soal Selidik 33

3.6 Instrumen Kajian 34

3.7 Prosedur Kajian 36

3.7.1 Peringkat Pertama 36

Page 12: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian

xi

BAB PERKARA MUKA SURAT

3.7.2 Peringkat Kedua 37

3.7.3 Peringkat Ketiga 38

3.8 Analisa Data 40

3.9 Penutup 42

IV ANALISA DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 43

4.2 Analisis Data Bahagian A 44

4.2.1 Jantina 44

4.2.2 Bidang 45

4.2.3 Bangsa 45

4.2.4 Keputusan Penilaian Menengah Rendah 46

4.2.5 Tempat tinggal 46

4.2.6 Pekerjaan Bapa / Penjaga 47

4.2.7 Pekerjaan Ibu 48

4.2.8 Pendapatan Bapa / Penjaga 48

4.2.9 Pendapatan Ibu 49

4.3 Analisis Data Bahagian B 50

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 50

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 54

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 59

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 63

4.4 Analisis Keseluruhan 67

Page 13: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian

xii

BAB PERKARA MUKA SURAT

V RUMUSAN DAPATAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 70

5.2 Rumusan Dapatan 71

5.3 Perbincangan 72

5.3.1 Perbincangan Demografi Responden 72

5.3.2 Perbincangan Tentang Faktor Pengetahuan

Mempengaruhi Kelemahan Pelajar 73

5.3.3 Perbincangan Tentang Faktor Kemahiran

Mempengaruhi Kelemahan Pelajar 75

5.3.4 Perbincangan Tentang Faktor Kelengkapan

Makmal Mempengaruhi Kelemahan Pelajar 77

5.3.5 Perbincangan Tentang Faktor Pengajaran

Dan Pembelajaran Guru Mempengaruhi

Kelemahan Pelajar 79

5.4 Perbincangan Keseluruhan Persoalan Kajian 81

5.5 Cadangan 84

5.5.1 Kepada Pelajar 85

5.5.2 Kepada Guru 85

5.5.3 Kepada Pihak Pentadbiran Sekolah 86

5.5.4 Kepada Kementerian Pelajaran 86

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 87

5.7 Penutup 88

RUJUKAN 90

LAMPIRAN 95

Page 14: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.0 Analisis Purata Nilai Alpha Berdasarkan Persoalan Kajian 33

3.1 Bentuk Skala 5 (Lima) Mata 36

3.2 Pemeringkatan Skala Likert 41

3.3 Perubahan Markat Dan Skala 41

3.4 Markat Skala Likert 3 (Tiga) Mata 41

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 44

4.2 Taburan Responden Mengikut Bidang Yang Di ambil

Di Sekolah 45

4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 45

4.4 Taburan Responden Mengikut Keputusan PMR 46

4.5 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 46

4.6 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa / Penjaga 47

4.7 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 48

4.8 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Bapa / Penjaga 48

4.9 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Ibu 49

4.10 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi

Faktor Pengetahuan Tentang Komputer Mempengaruhi

Kelemahan Pelajar 50

4.11 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi

Faktor Kemahiran Menggunakan Komputer Mempengaruhi

Kelemahan Pelajar 55

4.12 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi Faktor

Kelengkapan Makmal Mempengaruhi Kelemahan Pelajar 59

4.13 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi Faktor

Pengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi

Kelemahan Pelajar 63

Page 15: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian

xiv

SENARAI RAJAH

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.0 Carta Alir Pengendalian Kajian 39

Page 16: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Analisis Demografi Responden 95

B Analisis Faktor Pengetahuan Tentang Komputer 98

C Analisis Faktor Kemahiran Menggunakan Komputer 100

D Analisis Faktor Kelengkapan Makmal 102

E Analisis Faktor Pengajaran Dan Pembelajaran Guru 104

F Soal Selidik 106

G Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Oleh Bahagian

Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia 114

H Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Oleh

Jabatan Pelajaran Negeri Johor 116

Page 17: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

AutoCAD merupakan satu perisian computer-aided drafting and design yang

mana ianya digunakan khusus dalam melukis dan membina sesebuah lukisan

kejuruteraan ataupun bagi tujuan mereka bentuk serta melakar lukisan tapak

berkomputer. Menurut Mohd Safarin Nordin dan Mohd Mohsin Uzir (2003),

AutoCAD merupakan sebuah sistem general-purpose yang berupaya disesuaikan

untuk beberapa aplikasi umum bagi menghasilkan pembentukan model lakaran dua

dimensi (2D) dan tiga dimensi(3D).

Menurut Mohd Safarin Nordin dan Mohd Mohsin Uzir (2003), pada dasarnya

perisian seperti ini boleh digunakan untuk memenuhi secara berkesan keperluan-

keperluan khas di dalam segala bidang pekerjaan khususnya bidang-bidang yang

memerlukan kepakaran teknikal seperti kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan

elektrikal, kejuruteraan awam atau seni bina, drafting atau rekabentuk grafik,

schematics, flowchart, PC board artwork, technical illustrations dan sebagainya.

Bagi menghasilkan lukisan yang menarik, perisian AutoCAD dilengkapkan

dengan pelbagai arahan seperti Circle, Elips, Square, Triangle, Move, Array, Fillet,

Mirror dan banyak lagi. Melalui perisian ini, ianya mampu menghasilkan lukisan

model yang tepat bagi memenuhi keperluan piawaian dengan hasil kerja jitu,

konsisten dan pada tahap kecekapan yang agak tinggi. Individu yang telah mahir

Page 18: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian

2

dapat menjimatkan masa dengan cara memanipulasikan beberapa arahan yang mudah

dan senang difahami.

Setiap hasil lukisan yang dibuat boleh diubahsuai bagi kegunaan perisian

grafik yang lain dengan menggunakan format seperti DXF (Data Exchanged File).

Perisian ini juga mampu membentuk dan menganalisa model pepejal dalam setiap

kerja reka bentuk kejuruteraan. Pengguna perisian AutoCAD perlu mempunyai

pengetahuan tentang perkara-perkara asas seperti pengetahuan dalam penggunaan

sistem operasi (operating system), perkakasan dan perisian yang diperlukan.

AutoCAD merupakan sistem lukisan yang interaktif dimana pengguna boleh

memperbaiki atau membina lukisan paparan grafik yang akan disimpan dalam bentuk

fail dan hanya satu fail AutoCAD yang dapat diedit dalam satu-satu masa.

Malaysia hari ini adalah sebuah negara yang kian pesat membangun dalam

menuju sebuah negara maju menjelang Wawasan 2020. Menurut Zaidy Zakarya

(2001), satu tindakan yang bijak oleh barisan pemimpin negara kita dalam perubahan

negara dari pengguna teknologi kepada penyumbang teknologi agar mampu bersaing

dengan negara-negara maju yang lain.

Menurut Baharuddin Aris (2001), untuk menguasai bidang teknologi

maklumat dan telekomunikasi, seseorang itu seharusnya terlebih dahulu mengenali

elemen-elemen utama yang membangunkannya. Teknologi perkakasan dan perisian

komputer pada masa kini telah menjadi satu keperluan dinegara-negara maju.

Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian dalam aktiviti kehidupan

seharian untuk memudahkan kerja dengan lebih berkesan seperti menganalisis,

memplot dan menyunting.

Seiring dengan Wawasan 2020 ini kerajaan telah menubuhkan Koridor Raya

Multimedia (MSC) yang akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dan

pembangunan institusi perkomputeran yang seterusnya menyumbang kepada

pertumbuhan mampan ekonomi negara. Kepentingan AutoCAD pada masa kini

Page 19: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian

3

adalah penting agar hasrat yang dinyatakan dalam Wawasan 2020 dapat dicapai.

Menurut Arshad Ayob (1982), universiti ditubuhkan untuk mengeluarkan tenaga

manusia untuk negara dan bukan hanya untuk memberi pelajaran kepada manusia.

Menurut Abu Sapian Jasin (1994), dalam usaha kita menghasilkan pekerja

mahir, guru-guru teknologi hendaklah benar-benar mahir dalam bidang

pengkhususannya dan bukan sekadar tahu semua pengkhususan. Oleh sebab itu guru-

guru bidang teknologi diberi kemahiran dan latihan mata pelajaran AutoCAD semasa

di IPT sebagai watak utama untuk melahirkan anak didik yang cemerlang dan

terbilang semasa di sekolah nanti.

Bekas Pedana Menteri Malaysia yang ke empat Dr. Mahathir Mohamad telah

menggariskan sembilan cabaran yang perlu diberi perhatian oleh setiap lapisan

masyarakat bagi mencapai Wawasan 2020. Salah satu daripada sembilan cabaran

tersebut ialah mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang

mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan yang bukan sahaja

menjadi pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik

dan teknologi masa depan.

Bagi menjadikan Malaysia sebuah negara industri, beberapa cabaran yang

berkaitan dengan teknologi perlu ditempoh seperti mana yang telah diungkapkan oleh

Abu Bakar Nordin (1995), adalah:

“Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas dari segi psikologi,

selamat dan maju, mempunyai keyakinan diri sendiri, berbangga dengan

dirinya serta gigih menghadapi semua cabaran. Mewujudkan masyarakat

saintifik dan progresif yang inovatif dan berpandangan kehadapan yang bukan

sahaja sebagai pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun

saintifik dan teknologi masa depan”.

(Abu Bakar Nordin, 1995:hlm 246-247).

Page 20: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian

4

Malaysia selepas era kemerdekaan telah melalui berbagai peringkat

perkembangan kurikulum sejajar dengan tahap perubahan yang terdapat dalam

kandungan kurikulum. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

diperkenalkan kepada murid-murid sekolah rendah dengan tujuan untuk mendapatkan

kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman secara langsung. Pengalaman yang

cuba diterapkan merangkumi intelek, rohani dan jasmani dimana ianya sejajar dengan

matlamat yang ingin dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang menarik.

Aspek-aspek yang ditekankan dalam perkembangan kurikulum pendidikan

negara ialah merangkumi aspek minda dan intelek. Unsur intelek adalah meliputi

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran dalam mengembangkan daya

pemikiran supaya individu mampu untuk menghuraikan, menganalisis, menaakul,

merumus dan menghasilkan idea baru yang bernas. Pembangunan minda dan intelek

dicetakkan melalui proses dinamakan kemahiran berfikir.

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) juga penting sebagai

pengisian dalam Wawasan Pendidikan, sebagaimana yang dinyatakan dalam majlis

yang telah diadakan di Langkawi pada sepuluh hingga empatbelas februari 1993.

Majlis ini telah merumuskan satu penyataan misi Kementeriaan Pelajaran seperti

berikut:

“….mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insane

yang mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak

individu, masyarakat dan negara.Perjuangan dalam bidang: iaitu perjuangan

untuk menjamin kelangsungan hidup sesuatu bangsa,perjuangan untuk

mengangkat maruah dan harga diri,individu dan ummah,perjuangan untuk

menjulang negara bangsa ke mercu kejayaan dan kecemerlangan,tetapi

merupakan perjuangan yang suci dan luhur.”

(Wan Mohd. Zahid, 1993 :hlm 12

Page 21: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian

5

1.2 Latarbelakang Masalah

Pembelajaran AutoCAD di Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 80 an.

Dalam pembelajaran AutoCAD, pelajar-pelajar berpeluang untuk mempelajari dan

memahirkan diri dalam melukis dan mereka bentuk objek dalam pembentukan model

dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D). Menurut Mohd. Zulhelmi (1997),

AutoCAD adalah perisian yang fleksibel dan dapat memenuhi kehendak bagi

menghasilkan lukisan yang tepat.

Vliestra dan Wieling (1973), menyatakan CAD merupakan satu kaedah atau

teknik dimana manusia dan mesin bertindak secara bergandingan untuk

menyelesaikan masalah di dalam aspek kejuruteraan. AutoCAD merupakan suatu

perisian yang berkemampuan tinggi di dalam melaksanakan kerja-kerja melukis.

Perisian ini dapat dilaksanakan dengan menggunakan komputer mikro atau komputer

peribadi.

Selari dengan perkembangan teknologi melukis pelan dan mereka bentuk

masa kini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Reka Bentuk

Bantuan Komputer (CAD) dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dan

Mekanikal semasa di tingkatan empat dan lima bagi pelajar yang bersekolah di

Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional. Bagi sekolah akademik biasa yang

mengikuti aliran Teknik dan Vokasional, pengajaran dan pembelajaran perisian

AutoCAD dimasukkan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dan Reka Cipta.

Merujuk kepada huraian sukatan pelajaran Lukisan Kejuruteraan KBSM

tingkatan empat, pelajar diberi pendedahan berkenaan dengan pengenalan kepada

Lukisan Terbantu Komputer (CAD) berkaitan dengan kelengkapan sistem CAD,

kelebihan dan kekurangan sistem CAD dan perisian CAD dimana pelajar disasarkan

untuk menguasai Aras 1 dan Aras 2. Hasil pembelajaran pada Aras 1 diharapkan

pelajar boleh mentakrif Lukisan Terbantu Komputer, mengenalpasti kelengkapan

dalam sistem CAD, menggunakan perkakasan komputer peribadi bagi peranti

Page 22: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian

6

masukan, peranti keluaran, pencetak dan pemplot. Seterusnya dapat menerangkan

kelebihan dan kekurangan sistem CAD berbanding kaedah konvensional. Hasil

pembelajaran pada Aras 2 pula diharapkan pelajar dapat mengenali perisian

AutoCAD dan fungsinya.

Dalam aktiviti pembelajaran sebagaimana yang terdapat di dalam huraian

sukatan pelajaran Lukisan Kejuruteraan, sumber yang diperlukan ialah set komputer

yang lengkap dengan perisian AutoCAD terkini, contoh lukisan AutoCAD dan

contoh lukisan konvensional. Aktiviti yang dirancang ialah menggunakan komputer

untuk memahami perintah kendalian fail AutoCAD dan melukis rajah satah mudah

menggunakan perintah yang telah dipelajari. Bagi aktiviti penilaian pula pelajar perlu

menyimpan (save) hasil kerja mereka. Masa yang diperuntukan kepada guru untuk

menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi Lukisan Terbantu Komputer

(CAD) ialah sebanyak 12 waktu.

Di Sekolah Menengah Teknik, pelajar-pelajar didedahkan dengan aplikasi

CAD dalam subjek Lukisan Kejuruteraan (LK) dan Mekanikal, bermula dari

tingkatan empat lagi. Semasa di tingkatan lima mereka perlu menyiapkan kerja

kursus berbentuk aplikasi CAD untuk subjek Lukisan Kejuruteraan dan Mekanikal.

Adalah didapati, masih terdapat ramai lagi pelajar yang kurang mahir dalam

mengendalikan perisian ini. Perkara ini telah dipersetujui oleh guru-guru yang

berpengalaman mengajar subjek Lukisan Kejuruteraan dan Mekanikal.

Menurut Norhashimah Abu Saman (1996), komputer adalah aset untuk

membantu memajukan pembelajaran pelajar. Oleh itu, pelajar yang kurang

menggunakan komputer adalah kurang mahir untuk menggunakan komputer

berbanding dengan pelajar yang sering menggunakan komputer. Kurangnya

pendedahan terhadap penggunaan AutoCAD dikalangan pelajar juga dapat

mempengaruhi kelemahan dalam menggunakan perisian AutoCAD.

Page 23: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian

7

Daripada kajian yang lepas didapati pelbagai faktor telah mempengaruhi

kelemahan pelajar dalam menguasai perisian AutoCAD. Lely Merlina Ismayatim

(2001), dalam kajiannya mendapati, faktor paling utama kelemahan pelajar untuk

menguasai perisian AutoCAD ialah disebabkan sikap pelajar itu sendiri.

Melalui tinjauan dan temubual penyelidik dengan beberapa orang guru yang

mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dan Mekanikal di Sekolah Menengah

Teknik Johor Bahru dan Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, didapati masih ada

lagi dikalangan pelajar yang berada di tahap lemah dalam penguasaan perisian CAD.

Menurut guru tersebut masih ada dikalangan pelajar tidak tahu fungsi arahan seperti

line, circle dan trim, walaupun arahan tersebut sering diaplikasikan semasa melukis

projek rekabentuk.

1.3 Pernyataan Masalah

Kekurangan atau tiada langsung pengetahuan tentang komputer boleh

mengakibatkan kesukaran dalam penggunaan perisian AutoCAD semasa membina

lukisan kejuruteraan. Faktor di atas boleh menjejaskan proses pengajaran dan

pembelajaran pelajar dalam menguasai perisian AutoCAD.

Bagi pelajar yang mempunyai pendedahan tentang komputer, tidak bermakna

mereka dapat menguasai perisian AutoCAD sekaligus dapat membina lukisan

kejuruteraan dengan mudah dan cepat. Tumpuan semasa proses pengajaran penting

untuk mempastikan mereka benar-benar faham dalam membina lukisan kejuruteraan

dengan mudah dan cepat, dengan menggunakan perisian AutoCAD.

Oleh itu, penyelidik ingin mengkaji tentang faktor-faktor yang mempengaruhi

kelemahan pelajar-pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik dalam

perisian CAD untuk Daerah Johor Bahru. Menurut Kementerian Pendidikan

Page 24: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian

8

Malaysia (1996), dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran penggunaan perisian

CAD adalah untuk mendapatkan reka bentuk terakhir, mengubahsuai reka bentuk

projek dan menghasilkan lukisan projek.

Kajian ini bertujuan melihat apakah faktor-faktor yang mempengaruhi

kelemahan pelajar dalam menggunakan perisian AutoCAD untuk membina lukisan

kejuruteraan atau seumpamanya dikalangan pelajar-pelajar tingkatan empat di

Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru. Kajian ini juga bertujuan untuk

mencadangkan apakah cara-cara yang sesuai untuk mengatasi kelemahan-kelemahan

pelajar dalam menguasai perisian AutoCAD.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk membuat tinjauan berkaitan dengan faktor-faktor

yang mempengaruhi kelemahan pelajar dan juga cara-cara yang sesuai untuk

mengatasi kelemahan pelajar dalam penguasaan perisian AutoCAD bagi pelajar-

pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, semasa

proses penghasilan rekabentuk sesuatu produk dalam subjek Lukisan Kejuruteraan

dan Mekanikal. Penyelidik telah menyenaraikan beberapa perkara yang ingin dicapai

dalam objektif kajian ini iaitu :

i . Mengenalpasti sejauhmanakah pengetahuan tentang komputer

mempengaruhi kelemahan pelajar dalam menggunakan atau mengendalikan

perisian AutoCAD.

ii . Mengenalpasti sejauhmanakah kemahiran menggunakan komputer

mempengaruhi kelemahan pelajar dalam menggunakan atau mengendalikan

perisian AutoCAD.

Page 25: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KELEMAHAN · PDF filePengajaran Dan Pembelajaran Mempengaruhi ... Elips, Square, Triangle, Move, Array, ... Penggunaan komputer telah menjadi satu kemestian

9

iii . Mengenalpasti sejauhmanakah kelengkapan makmal mempengaruhi

kelemahan pelajar untuk menguasai kemahiran menggunakan perisian AutoCAD.

iv . Mengenalpasti sejauhmanakah pengajaran dan pembelajaran guru

mempengaruhi kelemahan pelajar untuk menguasai kemahiran menggunakan

perisian AutoCAD.

1.5 Persoalan Kajian

Diantara persoalan-persoalan yang cuba di kaji adalah seperti berikut:

(a) Adakah faktor pengetahuan tentang komputer mempengaruhi kelemahan pelajar

dalam menggunakan perisian AutoCAD ?

(b) Adakah faktor kemahiran menggunakan komputer mempengaruhi kelemahan

pelajar dalam menggunakan perisian AutoCAD ?

(c) Adakah faktor kelengkapan makmal mempengaruhi kelemahan pelajar untuk

menguasai kemahiran menggunakan perisian AutoCAD ?

(d) Adakah faktor pengajaran dan pembelajaran guru mempengaruhi kelemahan

pelajar untuk menguasai kemahiran menggunakan perisian AutoCAD ?