8
Soalan: Bincangkan faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 dan kesan-kesannya. Jawapan cadangan:Idea tentang pembentukan Persekutuan 1896 telah dicadangkan oleh Frank Swettenham. Persekutuan bermaksud satu sistem pemerintahan yang menggabungkan beberapa buah negeri bebas menjadi satu unit politik yangbaru di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Menurut Perjanjian Persekutuanyang ditandatangani pada 1 Julai 1895, Perak, Selangor, Pahang dan NegeriSembilan disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Tidakdinafikan Sistem Residen telah membawa kemajuan politik, ekonomi, dansosial di negeri-negeri Melayu. Namun, kemajuan yang dicapai tidakmenyeluruh kerana corak pentadbiran yang berbeza. Dengan penubuhanPersekutuan, diharapkan masalah ini dapat diatasi. Hakikatnya, penubuhanPersekutuan 1895 merupakan helah British untuk mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dan mengukuhkan kedudukannya ke atas negeri-negeri Melayu.Terdapat beberapa faktor utama yang mendorong British untuk menubuhkanPersekutuan 1896 dan penubuhan ini turut mengakibatkan beberapa kesan.Antara faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 ialah masalahkewangan Pahang. British telah campur tangan di Pahang kerana

fac n ksn 2

  • Upload
    aapit09

  • View
    238

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sejarah

Citation preview

Page 1: fac n ksn 2

 

Soalan: Bincangkan faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 dan kesan-kesannya.

Jawapan cadangan:Idea tentang pembentukan Persekutuan 1896 telah dicadangkan oleh Frank Swettenham. Persekutuan bermaksud satu sistem pemerintahan yang menggabungkan beberapa buah negeri bebas menjadi satu unit politik yangbaru di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Menurut Perjanjian Persekutuanyang ditandatangani pada 1 Julai 1895, Perak, Selangor, Pahang dan NegeriSembilan disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Tidakdinafikan Sistem Residen telah membawa kemajuan politik, ekonomi, dansosial di negeri-negeri Melayu. Namun, kemajuan yang dicapai tidakmenyeluruh kerana corak pentadbiran yang berbeza. Dengan penubuhanPersekutuan, diharapkan masalah ini dapat diatasi. Hakikatnya, penubuhanPersekutuan 1895 merupakan helah British untuk mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dan mengukuhkan kedudukannya ke atas negeri-negeri Melayu.Terdapat beberapa faktor utama yang mendorong British untuk menubuhkanPersekutuan 1896 dan penubuhan ini turut mengakibatkan beberapa kesan.Antara faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 ialah masalahkewangan Pahang. British telah campur tangan di Pahang kerana menyangkanegeri itu mempunyai banyak hasil bumi seperti emas dan bijih timah. Setelahmenduduki Pahang, barulah British sedar beberapa kelemahan Pahang iaitukedudukan Pahang yang sukar dihubungi dari laut selama enam bulan, iaitusemasa musim tengkujuh (November hingga Mac). Selain itu, Pahang jugasukar dihubungi oleh jalan darat kerana terhalang oleh BanjaranTitiwangsa.Selain itu, Pahang tidak

Page 2: fac n ksn 2

mempunyai hasil bijih timah yang banyak.British mendapati hasil emas sudah habis kerana telah sekian lama dilombongoleh orang Melayu, Cina, dan Siam. Tambahan pula, tidak banyak orang Cinayang menetap di Pahang. Jadi kerajaan British kurang mendapat hasil cukaidaripada candu, judi, dan arak. Kerajaan British mengalami masalah kewanganyang kritikal setelah menduduki Pahang kerana Pahang tidak mempunyaisumber kewangan yang mencukupi, tambahan pula British terpaksamembelanjakan wang yang banyak untuk membangunkan Pahang. Seterusnya,kerajaan British terpaksa meminjam wang daripada NNS bagi membiayai kospentadbiran Pahang. Pada tahun 1892, hutang Pahang berjumlah $ 610 000

 

NNS sudah tidak mampu lagi untuk memberi pinjaman kepada British untukmembiayai Pahang kerana sedang mengalami zaman kemelesetan. NNS telahmencadangkan agar Pahang meminjam wang daripada Selangor dan Perak.Kewangan British di Pahang bertambah teruk apabila terpaksa mengeluarkanwang yang banyak untuk mengatasi penentangan masyarakat tempatan yangdiketuai oleh Dato Bahaman. Walaupun menghadapi masalah kewangan yangserius di Pahang, kerajaan British tidak mahu menarik diri dari Pahang keranatidak mahu imejnya terjejas. British juga tidak mahu kuasa Barat sepertiJerman dan Perancis menduduki Pahang. Dengan pembentukan Persekutuan,diharap negeri-negeri Melayu yang kaya seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Perak boleh memberi bantuan kewangan kepada Pahang. Dengan cara ini,masalah kewangan Pahang dapat diatasi.Selain itu, faktor-faktor

Page 3: fac n ksn 2

pembentukan Persekutuan 1896 sepertikelemahan Sistem Residan. Kerajaan British menyedari bahawa SistemResidan mempunyai beberapa kelemahan. Ini dibuktikan oleh penentangan masyarakat tempatan yang berlaku di Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan.Selain itu, kemajuan setiap negeri di bawah Sistem Residen tidak seragam.Terdapat negeri yang berkembang pesat tetapi terdapat juga negeri yang masih mundur dan mengalami banyak masalah. Keadaan ini bergantungkepada kebolehan dan kecekapan seseorang residen itu. Selain itu, kerajaan British mahu mengurangkan kuasa Residen. Setelah Sistem Residendilaksanakan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, residen merupakan individu yang berkuasa menentukan politik dan ekonomi di negerimasing-masing. Walaupun residen dikehendaki selalu merujuk kepada gabenor mengenai pentadbiran negeri masing-masing, tetapi gabenor tidak dapatmengawal tindakan residen. Pada tahun 1890-an, keempat-empat negeri tersebut terpisah dengan sendirinya di bawah residen. Walaupun ditubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri, tetapi Majlis Mesyuarat Negeri tidak berkuasamenyekat kehendak dan kuasa residen. Penubuhan Persekutuan 1896 diharapdapat mengurangkan kuasa mutlak residen.Faktor pembentukan Persekutuan 1896 lain pula adalah menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran. Sistem Residen menunjukkan bahawa setiapresiden mentadbir negeri dengan cara berbeza. Hal ini disebabkan kerajaanBritish tidak menyediakan garis panduan tentang bidang kuasa residen. Maka,wujudlah ketidakseimbangan dalam pentadbiran. Akibatnya, ada negeri-negeri yang kaya dan ada negeri yang miskin. Kemajuan atau kemunduran sesebuah negeri bergantung

Page 4: fac n ksn 2

kepada inisiatif dan sikap residen. Kerajaan British cuba mewujudkan keseragaman dalam perundangan, sistem pungutan cukai,pertanian, perhubungan, perlombongan, dan kesihatan di negeri-negeri Melayu. Dengan penubuhan Persekutuan, diharapkan dapat mewujudkan satusistem pentadbiran yang selaras di bawah kawalan residen jeneral.Penyeragaman bidang pentadbiran akan mempercepat pembangunan ekonomi dan menjimatkan perbelanjaan. Sistem perhubungan seperti jalanraya dan jalan kereta api tidak berkembang maju di negeri-negeri Melayu.Melalui Persekutuan, diharapkan sistem pengangkutan dapat dimajukan.British akan mendapat faedah apabila terdapat sistem jalan raya dan jalan kerata api menghubungkan antara negeri-negeri Melayu yang terlibat. Sistem pengangkutan yang baik antara negeri dapat memudahkan dan mempercepatproses penghantaran hasil bumi ke pelabuhan untuk dieksport.Selain daripada itu, faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 jugamemperlihatkan pertahanan dan keselamatan. Kerajaan British mahu mewujudkan satu pasukan keselamatan yang bertujuan untuk mempertahankan negeri-negeri Melayu daripada ancaman di dalam dan di luarnegeri. Semasa berlaku penentangan masyarakat tempatan di Pahang dan Perak, British terpaksa meminta bantuan tentera daripada Singapura, Hongkong, dan India. Oleh itu, British terpaksa mengeluarkan wang untuk mengupah tentera tersebut. Kewujudan pasukan tentera Persekutuan Britishtelah memudahkan pentadbiran British kerana tentera ini dapat mempertahankan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan negeri-negeri lain sekiranya berlaku penentangan dan peperangan.Pembentukan Persekutuan turut memberikan beberapa kesan. Antarakesan-kesan pembentukan Persekutuan

Page 5: fac n ksn 2

1896 ialah pemusatan kuasa residen jeneral. Dalam Sistem Persekutuan, residen jeneral merupakan ketua kerajaan pusat yang mempunyai kuasa penuh dalam bidang pentadbiran di NNMB.Residen jeneral akan membuat semua keputusan-keputusan pentingterutamanya dalam soal kewangan. Sultan-sultan dan residen-residendiarahkan supaya meminta nasihat residen jeneral dan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan terutamanya yang berkaitan soal pentadbiran.Residen jeneral telah menubuhkan beberapa buah jabatan kerajaan untukmenyelaraskan pentadbiran. Residen jeneral telah melantik pengawai-pengawai British untuk berkhidmat dalam Jabatan Persekutuan. SistemPersekutuan ini tidak berjaya untuk membahagikan kuasa di antara kerajaanPersekutuan dan Majlis Mesyuarat Negeri kerana residen jeneral mempunyaikuasa penuh.

 Kesan-kesan lain seperti kemerosotan kuasa sultan, residen, dan Majlis Mesyuarat Negeri. Pemusatan kuasa di tangan residen jeneral menyebabkankuasa raja-raja Melayu di NNMB semakin berkurangan. Pada mulanya, sultan-sultan bersetuju menandatangani Perjanjian Persekutuan 1896 kerana merekaberharap kuasa mereka yang diambil oleh residen akan dikembalikan. Namun,selepas beberapa tahun Persekutuan dilaksanakan, barulah sultan-sultan sedar bahawa kuasa mereka semakin kurang kerana berlaku pemusatan kuasa ditangan residen jeneral pula. Sultan mesti menerima semua nasihat residendalam hal ehwal pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan adat resam danagama Islam. Sultan tidak mempunyai hak dalam pentadbiran. Sultan hanya berperanan menandatangani rang undang-undang yang telah dipersetujui oleh residen

Page 6: fac n ksn 2

jeneral sahaja. Residen British juga kehilangan kuasa kerana terpaksamenerima semua arahan daripada residen jeneral, tugas-tugas residen telahdiagihkan kepada Jabatan Persekutuan yang ditubuhkan. Majlis Mesyuarat Negeri juga tidak berfungsi sepenuhnya kerana hanya meluluskan undang-undang yang telah ditetapkan oleh residen di Kuala Lumpur.Seterusnya, pemusatan dan penyelarasan pentadbiran melaluiPersekutuan 1896 telah menunjukkan kejayaan dalam bidang pentadbiran danpembangunan ekonomi. Kemajuan ekonomi dapat dicapai dengan adanyasistem cukai yang seragam dan sistem perhubungan yang baik.

Keadaan initelah menarik lebih ramai pelabur-pelabur

menanam modal dalam perusahaanbijih timah dan getah.Kesimpulannya, pembentukan persekutuan 1896 sememangnya untukmenyelesaikan masalah-masalah yang timbul seperti masalah kewanganPahang, masalah kelemahan sistem residen, masalah dalam pentadbiran dan juga untuk mengatasi masalah pertahanan dan keselamatan. PembentukanPersekutuan 1896 turut memberi beberapa kesan seperti kuasa para residen British, sultan, dan pembesar Melayu dikurangkan.