Esei Reka Bentuk

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/27/2019 Esei Reka Bentuk

    1/7

    DEFINISI REKA BENTUK

    Reka bentuk merupakan satu proses bagi penghasilan idea dan kaedah

    penyelesaian masalah. Hal ini, pada hujung proses ini terdapat satu produk

    yang boleh digunakan dengan mempunyai bentuk dan ciri-ciri fizikalnya yang

    tersendiri. Walau bagaimanapun, perkataan reka bentuk adalah lebih mudah

    difahami dengan memisahkan dua perkataan iaitu reka dan bentuk. Reka

    berdasarkan faktor psikologi dan sains merujuk kepada proses penciptaan atau

    penghasilan sesuatu benda yang diolahkan untuk menghasilkan suatu sifat dan

    fizikal. Bentuk pula boleh didefinisikan sebagai suatu ciri-ciri fizikal yang terhasil

    daripada proses reka. Dalam kata maksud lain ia terhasil apabila diolah untukmenghasilkan suatu sifat dan fizikal melalui penciptaan atau inovasi. Oleh hal

    demikian, apabila digabungkan perkataan reka dan bentuk maka boleh

    difahami sebagai proses menghasilkan sesuatu produk yang mempunyai ciri-

    ciri sifat dan fizikal.

    KONSEP REKA BENTUK

    Konsep reka bentuk amat penting dalam bidang seni ,ini adalah idea

    utama dalam penghasilan sesuatu produk.Daripada konsep ini ia akan

    mencetuskan pembinaan idea yang pelbagai berdasarkan unsur-unsur nilai

    etika yang termaktub dalam prinsip rekaan dan elemen rekaan.

    REKABENTUK INDUSTRI

    Menurut International Counsil of Industrial Design of America (ICSID)

    menyatakan bahawa reka bentuk industri adalah merujuk kepada produk yang

    direka bagi keperluan tertentu. Ia bertujuan untuk menjadikan hidup lebih

    selesa , mudah dan terancang.

    Reka bentuk industri adalah bidang berkaitan dengan rekacipta

    dan membangunkan konsep serta spesifikasi yang memenuhi fungsi, nilai,

    bentuk luaran sesuatu produk untuk kebaikan pengguna dan pengeluar.Bidang

    1

  • 7/27/2019 Esei Reka Bentuk

    2/7

    ini adalah seni gunaan yang menggabungkan penggunaan dan seni

    menghasilkan produk yang baik sesuai untuk pengguna.Dengan kata lain,

    bidang ini bukan berkaitan dengan rekaan gear , litar atau bagaimana produk

    berfungsi tetapi lebih kepada bentuk sesuatu produk bagi memudahkan

    pengguna.

    Perekabentuk industri adalah profesion yang berada diantara

    jurutera & seniman.Mereka bukan jurutera ataupun seniman tetapi seseorang

    yang dapat mengimbangkan penggunaan seni dan fungsi menghasilkan

    sesuatu produk atau barang yang sesuai untuk digunakan.Bagi perekabentuk

    mereka perlu menghasilkan produk yang cantik, ergonomic dan sesuai

    digunakan.Perekabentuk industri boleh menjadi pencipta produk baru yang

    memenuhi keperluan manusia.

    Reka bentuk industri terbahagi kepada tiga bidang utama iaitu :,

    a) Reka bentuk produk

    Reka bentuk produk merangkumi barangan kelengkapan rumah seperti

    barangan elektrik,bekas minuman dan perhiasan rumah.

    b) Reka bentuk perabot

    Reka bentuk perabot merangkumi reka bentuk kerusi meja kabinet,rak

    yang terdapat dalam rumah dan perabot di luar rumah.

    c) Reka bentuk pengangkutan

    Reka bentuk pengangkutan merangkumi pengangkutan seperti basikal ,

    kereta , bas, kapal terbang dan kapal laut.

    2

  • 7/27/2019 Esei Reka Bentuk

    3/7

    Pereka bentuk industri bermula sejak zaman prasejarah apabila

    manusia mula mencipta peralatan untuk memburu dan bercucuk

    tanam.Reka bentuk industri berkembang apabila berlakunya revolusi

    perindustrian di Eropah pada tahun 1770.Pada tahun 1970 , profesion

    jurureka perindustrian diperkenalkan di Jerman.Sekumpulan jurureka

    yang dikenali sebagai Werkbund ditubuhkan fokus utama untuk

    memperbaiki kualiti produk.Antara institusi pengajian tinggi yang

    menawarkan kursus seni reka perusahaan di Malaysia ialah Universiti

    Teknologi Mara (UITM).Kursus ini mula memperkenalkan kursus reka

    bentuk perindustrian kepada pelajar sejak tahun 1967.Pada tahun

    1985 , kereta proton dilancarkan.Produk ini merupakan antara hasil kerja

    jurureka perindustrian yang pertama di Malaysia.

    Reka bentuk produk dihasilkan dengan tiga cara seperti yang berikut:

    1. Bentuk mengikut fungsi

    I. Melihat bentuk lebih memberi penekanan kepada fungsi tanpa

    melihat dari sudut estetik,ergonomik dan kesesuaian reka

    bentuk.

    II. Fungsi produk akan ditentukan dahulu oleh jurutera dan kerjamereka bentuk dilakukan oleh jurureka industri.

    1. Fungsi mengikut bentuk

    I. Penekanan lebih kepada bentuk luaran tanpa mengira fungsi

    yang akan dimasukkan dalam reka bentuk.

    3

  • 7/27/2019 Esei Reka Bentuk

    4/7

    II. Jurureka akan mereka bentuk luaran terlebih dahulu sebelum

    menyerahkannya kepada jurutera untuk memasukkan fungsi

    produk tersebut.

    2. Reka bentuk bekerjasama

    I. Jurureka dan jurutera akan diletakkan di bawah satu pasukan

    reka bentuk (design team) untuk menghasilkan sesuatu

    produk.

    II. Bentuk luaran dan fungsi dapat dihasilkan melalui

    perbincangan dan cara ini dapat menjimatkan masa dan kos.

    Produk persendirian adalah produk yang digunakan kita sendiri.Sebagai

    contohnya

    I. alat elektronik

    II. alat dapur(pinggan mangkuk/set kutleri)

    III. alat pembersihan(penyapu, mop, pengelap cermin)

    IV. produk aktiviti lasak

    Produk umum adalah produk digunakan oleh orang awam seperti berikut:,

    I. telefon awam

    II. alat permainan di taman awam

    III. tong sampah

    IV. tandas awam bergerak

    Proses Reka Bentuk

    4

  • 7/27/2019 Esei Reka Bentuk

    5/7

    Jurureka perindustrian bekerja mengikut proses reka bentuk yang telah

    digariskan oleh bidang reka bentuk perindustrian.Produk yang direka akan

    melalui proses reka bentuk secara berperingkat-peringkat sebelum sesuatu

    model atau protaip akhir dihasilkan. Proses reka bentuk dapat dibahagikan

    kepada beberapa peringkat seperti yang berikut:-

    a) Penerangan projek

    b) Kajian

    c) Perkembangan idea

    d) Perkembangan reka bentuk

    e) Menyempurnakan reka bentuk

    f) Membuat model atau protaip

    Penerangan yang jelas harus diberikan untuk mendapat satu keputusan

    terhadap barangan yang akan dihasilkan menepati pengguna sasaran

    (target user). Penerangan akan diberikan secara umum dan kajian harus

    dijalankan untuk mengenal pasti spesifikasi dan kriteria produk yang akan

    dihasilkan.

    Seorang jurureka perindustrian (indusrtrian designer) mesti mempunyai

    pemikiran kritis dan kreatif untuk melakukan analisis, kajian dan keperluan

    pengguna pada masa hadapan.Kajian produk melibatkan :

    a. Permasalahan semasa

    b. Keperluan pengguna

    c. Sasaran pengguna

    d. Informasi pasaran

    e. Kos pembuatan

    5

  • 7/27/2019 Esei Reka Bentuk

    6/7

    f. Informasi reka bentuk

    g. Pemasaran

    h. Konsep reka bentuk

    Sesi sumbangsaran dilakukan untuk menghasilkan idea awal. Idea ini

    dihasilkan tanpa had yang ditetapkan. Lakaran idea awal dibuat berdasarkan

    kajian yang telah dilakukan. Lakaran dibuat daripada pelbagai sudut

    pandangan 2D dan 3D untuk memperlihatkan bentuk awal produk. Lakaran

    diterjemahkan melalui contoh-contoh model. Sesi pembentangan model

    dilakukan untuk memilih idea yang terbaik untuk perkembangan reka bentuk.

    Idea terbaik yang telah dipilih akan diteruskan untuk diperkembangkan.

    Pada peringkat ini lakaran dilakukan secara terperinci dan setiap lakaran akan

    disertakan dengan cadangan warna , bahan dan teknikal yang akan

    dimasukkan. Model berskala penuh dihasilkan dan sesi pembentangan

    dilakukan untuk mendapat persetujuan daripada pelanggan model yang

    dihasilkan.

    Reka bentuk diperbaiki dari sesi pembentangan antara pelanggan

    dengan pereka. Lukisan kerja atau teknikal dihasilkan dalam sudut pandangan

    ketiga , iaitu pandangan atas , depan , sisi dan pandangan isometrik. Lukisan

    dihasilkan secara terperinci merangkumi setiap sudut pandangan bahagian ,dimensi bahagian dan penerangan bahan. Lukisan kerja atau teknikal

    dihasilkan dengan lukisan tangan atau juga dihasilkan melalui perisian teknikal.

    Model ialah produk bersaiz sebenar yang dihasilkan tetapi tidak

    berfungsi , manakala protaip ialah produk bersaiz sebenar yang berfungsi.

    Sesebuah model atau protaip dihasilkan setelah dapat memenuhi dan melalui

    segala peringkat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh pereka.Setelah model

    atau protaip didapati sesuai dan dipersetujui oleh pelanggan , maka produk

    6

  • 7/27/2019 Esei Reka Bentuk

    7/7

    dihasilkan secara besar besaran. Model yang hendak dihasilkan haruslah

    berpandukan lukisan teknikal.

    BIBLIOGRAFI

    Sebab kemahiran penyelesaian masalah perlu diajar dala matapelajaran

    matematik dari

    http://jidasham.blogspot.com/2011/04/lima-sebab-penyelesaian-

    masalah-mengapa.html

    7

    http://jidasham.blogspot.com/2011/04/lima-sebab-penyelesaian-masalah-mengapa.htmlhttp://jidasham.blogspot.com/2011/04/lima-sebab-penyelesaian-masalah-mengapa.htmlhttp://jidasham.blogspot.com/2011/04/lima-sebab-penyelesaian-masalah-mengapa.htmlhttp://jidasham.blogspot.com/2011/04/lima-sebab-penyelesaian-masalah-mengapa.html