15
BAHAGIAN A: [12 markah] Jawab soalan-soalan berikut: a) Apakah tujuan dan rasional kajian ini? Tujuan kajian artikel “Keprihatinan Guru Bahasa Melayu dalam Melaksanakan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif” oleh Sharifah Nor Puteh, Nor Adibah Ghaali, Mohd Mahzan Tamyis dan Aliza Ali, Universiti Kebangsaan Malaysia adalah untuk menilai amalan perlaksanaan KBKK oleh guru Bahasa Melayu berdasarkan keprihatinan dan tahap penggunnaan dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Di mana secara spesifiknya tumpuan kajian adalah untuk mengenal pasti peringkat keprihatinan guru Bahasa Melayu terhadap amalan KBKK dalam pengajaran dan juga untuk mengenalpasti tahap penggunaan amalan KBKK oleh guru Bahasa Melayu dalam pengajaran mereka. Kaedah yang telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti peringkat keprihatinan guru Bahasa Melayu terhadap KBKK dan tahap penggunaan amalan KBKK dalam pengajaran mereka. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitif dan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Di mana seramai tiga orang guru Bahasa Melayu telah dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan sebagai subjek kajian. Berg (2007), telah mendiffinisikan kajian kes ini sebagai suatu pendekatan yang berupaya untuk meneliti fnomena yang mudah atau kompleks dengan unit yang berbea melalui individu ataupun kumpulan tertentu. Kajian kes yang telah dijalankan menggunnakan kaedah multicase-multisite iaitu melibatkan 1

Ekm 331-norainie

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ekm 331-norainie

BAHAGIAN A: [12 markah]

Jawab soalan-soalan berikut:

a) Apakah tujuan dan rasional kajian ini?

Tujuan kajian artikel “Keprihatinan Guru Bahasa Melayu dalam Melaksanakan Kemahiran

Berfikir secara Kritis dan Kreatif” oleh Sharifah Nor Puteh, Nor Adibah Ghaali, Mohd Mahzan

Tamyis dan Aliza Ali, Universiti Kebangsaan Malaysia adalah untuk menilai amalan

perlaksanaan KBKK oleh guru Bahasa Melayu berdasarkan keprihatinan dan tahap penggunnaan

dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Di mana secara spesifiknya tumpuan kajian adalah

untuk mengenal pasti peringkat keprihatinan guru Bahasa Melayu terhadap amalan KBKK dalam

pengajaran dan juga untuk mengenalpasti tahap penggunaan amalan KBKK oleh guru Bahasa

Melayu dalam pengajaran mereka. Kaedah yang telah dijalankan bertujuan untuk mengenal

pasti peringkat keprihatinan guru Bahasa Melayu terhadap KBKK dan tahap penggunaan amalan

KBKK dalam pengajaran mereka.

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitif dan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Di

mana seramai tiga orang guru Bahasa Melayu telah dipilih menggunakan kaedah persampelan

bertujuan sebagai subjek kajian. Berg (2007), telah mendiffinisikan kajian kes ini sebagai suatu

pendekatan yang berupaya untuk meneliti fnomena yang mudah atau kompleks dengan unit yang

berbea melalui individu ataupun kumpulan tertentu. Kajian kes yang telah dijalankan

menggunnakan kaedah multicase-multisite iaitu melibatkan pelbagai kes dan pelbagai kes dan

pelbagai tempat manakala multi-case merujuk lebih daripada satu unit analisis dan multi-site

merujuk lebih daripada satu tempat kajian. Sehubungan itu, dalam reka bentuk kajian kes ini

memerlukan pemilihan subjek dari sekolah yang berbeza mengikut jenis dan lokasi sekolah

untuk mengenal pasti Peringkat Keprihatinan dan Tahap Penggunaan KBKK. Data kuantitatif

dikumpul melalui soal selidik yang diadaptasi daripada The Stages off Concern Questionnaire,

SoCQ. Analisis untuk mengenal pasti Peringkat Kerpihatinan subjek dilakukan dengan merujuk

kepada manual prosedur pengiraan skor secara mengelompokkan setiap item mengikut tujuh

Peringkat Keprihatinan (SoC) yang telah disarankan dalam CBAM. Setiap item soal selidik

dikategorikan mengikut Peringkat Keprihatinan dan skor bagi setiap item dijumlahkan bagi

memperoleh skor total setiap subjek kajian. Seterusnya bagi data kualitatif semua hasil temu

1

Page 2: Ekm 331-norainie

bual ditranskripsikan dalama bentuk verbatim. Petikan-petikan temu bual dinalalisis dan hasil

transkripsi dibentuk dalam indeks berdasarkan konstruk yang terdapat dalam Jadual Tahap

Penggunaan Inovasi (Hall et. Al 2006).

b) Bagaimana penyelidik menghuraikan konsep KBKK ?

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitif dan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Di

mana seramai tiga orang guru Bahasa Melayu telah dipilih menggunakan kaedah persampelan

bertujuan sebagai subjek kajian. Berg (2007), telah mendiffinisikan kajian kes ini sebagai suatu

pendekatan yang berupaya untuk meneliti fnomena yang mudah atau kompleks dengan unit yang

berbea melalui individu ataupun kumpulan tertentu. Kajian kes yang telah dijalankan

menggunakan kaedah multicase-multisite iaitu melibatkan pelbagai kes dan pelbagai kes dan

pelbagai tempat manakala multi-case merujuk lebih daripada satu unit analisis dan multi-site

merujuk lebih daripada satu tempat kajian.

Sehubungan itu, dalam reka bentuk kajian kes ini memerlukan pemilihan subjek dari sekolah

yang berbeza mengikut jenis dan lokasi sekolah untuk mengenal pasti Peringkat Keprihatinan

dan Tahap Penggunaan KBKK. Data kuantitatif dikumpul melalui soal selidik yang diadaptasi

daripada The Stages off Concern Questionnaire, SoCQ. Analisis untuk mengenal pasti Peringkat

Kerpihatinan subjek dilakukan dengan merujuk kepada manual prosedur pengiraan skor secara

mengelompokkan setiap item mengikut tujuh Peringkat Keprihatinan (SoC) yang telah

disarankan dalam CBAM. Setiap item soal selidik dikategorikan mengikut Peringkat

Keprihatinan dan skor bagi setiap item dijumlahkan bagi memperoleh skor total setiap subjek

kajian. Seterusnya bagi data kualitatif semua hasil temu bual ditranskripsikan dalama bentuk

verbatim. Petikan-petikan temu bual dinalalisis dan hasil transkripsi dibentuk dalam indeks

berdasarkan konstruk yang terdapat dalam Jadual Tahap Penggunaan Inovasi (Hall et. Al 2006)

2

Page 3: Ekm 331-norainie

c) Huraikan dapatan utama kajian

Kajian ‘

d) Nyatakan implikasi dapatan kajian terhadap pengajaran Bahasa Melayu

Berdasarkan kajian ini, ia telah memberi beberapa implikasi terhadap pengajian Bahasa

Melayu. Sebagai agen pelaksanaan dasar pendidikan Negara, setiap orang guru semestinya

mempunyai pengetahuan, informasi, dan keupapayaan bagi memenuhi hasrat mencapai matlamat

dasar yang ditetapkan. Namun dapatan kajian ini menggambarkan subjek mempunyai kesedaran

tinggi, tetapi mempunyai pengetahuan umum sahaja tentang KBKK sebagaimana telah dikenal

pasti dalam Tahap Penggunaan LoU yang menunjukkan mereka tidak mengetahui secara

terperinci KBKK, menggunakan KBKK secara tidak terancang dan tidak berlandaskan aspek

KBKK yang digariskan dalam dokumen KBKK oleh KPM. Dalam keadaan tersebut, subjek

mempunyai keprihatinan dan penggunaan yang minimum terhadap pelaksanaan KBKK. Min

skor yang rendah bagi peringkat keprihatinan pengurusan, konsekuen, dan kolaborasi

memperlihatkan subjek memfokuskan perhatian ke atas proses dan tugas yang diperlukan dalam

melaksanakan KBKK. Mereka juga masih menganalisis peranan mereka secara peribadi tetapi

menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut tentang KBKK. Menurut Hall dan Hord

3

Page 4: Ekm 331-norainie

(2011) peringkat keprihatinan informasi dan personal adalah Keprihatinan Kendiri (Self-

Concern), peringkat keprihatinan pengurusan adalah Keprihatinan tugas (Task-Concern),

konsekuen, kolaborasi dan pemfokusan semula adalah Kerpihatinan Impak (Impact-Concern).

Daripada hasil kajian didapat kesemua subjek memfokuskan perhatian kepada

keprihatinan kendiri dan sedikit keprihatinan impak. Oleh sebab subjek masih berada di

peringkat keprihatinan kendiri, tahap penggunaan LoU amalan KBKK dalam pengajaran hanya

berada di Tahap II (Tahap Mekanikal) dan Tahap I (Tahap Orientasi). Dapatan kajian ini juga

menunjukkan amalan KBKK oleh guru-guru Bahasa Melayu subjek kajian ini belum lagi

mencapai Tahap IV (Rutin) dalam pengajaran mereka. Menurut Spillane (1999) keprihatinan

pada peringkat kendiri dan tahap penggunaan LoU inovasi rendah ini menunjukkan pengguna

inovasi berada dalam “zone of enactment” di mana usaha ditumpukan terhadap proses bagaimana

untuk merealisasikan inovasi. Dalam konteks KBKK guru seharusnya sudah mencapai peringkat

Keprihatinan Impak dan Tahap Penggunaan V (Integrasi) dan Tahap Penggunaan VI (Renewal)

kerana KBKK telah lama diperkenalkan dalam pengajaran di sekolah (KPM 2003). Walau

bagaimanapun mereka boleh berubah kepada peringkat Keprihatinan Impak sekiranya proses

pelaksanaan inovasi disokong dan dibantu secara sistematik melalui kursus-kursus serta latihan

perkembangan profesional (Fullan 2007; Hall & Hord 2011).

BAHAGIAN B: [13 markah]

Tulis satu esei bertajuk:

Penerapan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Merentas Kurikulum Bahasa Melayu.

Kurikulum merupakan suatu elemen terpenting dalam sistem pendidikan. Ia merupakan nadi

kepada sistem pendidikan yang mencorakkan generasi akan datang. Bagi menjana suatu sistem

pendidikan yang berkualiti, kurikulum itu sendiri perlu bersifat dinamik dan relevan dengan

kehendak semasa mahupun keperluan masa akan datang. Kurikulum di Malaysia ditakrifkan

sebagai suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, dan nilai-

nilai kebudayaan serta kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi seseorang murid

4

Page 5: Ekm 331-norainie

secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek. Pernyataaan kurikulum ini

perlulah diterjemahkan melalui pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah dan

melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta interaksi guru-murid di bilik darjah.

Kamus Dewan edisi keempat pula mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan

sesuatu mata muridan di sekolah atau senarai kesemua mata muridan di sekolah. Dalam

menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid, seseorang guru

seharusnya mewujudkan suasana persekitaran yang      merangsang pembelajaran melalui

kemudahan fizikal kelas iaitu dengan menyediakan ruang  untuk  pembelajaran yang selesa,

sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif, ruang pameran hasil kerja,

bahan rujukan untuk penggunaan murid, bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran.

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini

diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan

serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang

sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan

Patriotisme.Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi,

Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap

kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

Kurikulum Bahasa Melayu digubal untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani.

Kurikulum Bahasa Melayu melatih murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi

dengan menggunakan tatabahasa secara gramatis. Selain itu, murid dapat mengungkapkan ilmu

pengetahuan daripada mata muridan yang lain, di samping mengembangkan kemahiran berfikir

secara kreatif dan kritis.

Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan, Huraian Sukatan Muridan

disediakan bagi setiap tahun pembelajaran. Huraian Sukatan Muridan mengandungi objektif

khusus pembelajaran sebagai rujukan guru bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya.

Di samping itu, ia juga mengandungi organisasi kandungan yang merangkumi kemahiran bahasa,

hasil pembelajaran, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum.

5

Page 6: Ekm 331-norainie

Menurut kandungan Sukatan Muridan, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu di sekolah rendah, murid-murid dapat mendengar, memahami dan menghayati pertuturan

yang terdapat dalam kehidupann sehari-hari dan menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam

lisan dan penulisan.

Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan

penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha

memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun demikian, guru-

guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan

kebolahan murid (Roselan Baki, 2003). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah

bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat

merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi dan berfikir.

BAHAGIAN C: [15 markah]

6

Page 7: Ekm 331-norainie

Kepelbagaian kaedah pengajaran dan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P)

akan dapat membantu pembangunan modal insan untuk melahirkan murid yang kompeten,

inovatif, kreatif dan berkebolehan bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.

Penggunaan akhbar sebagai bahan P&P di sekolah adalah amat sesuai. Ini kerana akhbar

memuatkan pelbagai isu yang boleh dijadikan bahan rangsangan untuk pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu. Penggunaan bahan pengajaran amat penting sebelum memulakan

proses pengajaran dan pembelajaran untuk menimbulkan minat dan mengelakkan kebosanan

murid untuk mengikuti pengajaran yang sedang diikuti.

Satu daripada kaedah yang digunakan dalam pengajaran bahasa adalah melalui penggunaan

bahan bantu mengajar. Penggunaaannya bertujuan menarik perhatian murid supaya meminati

muridan yang diajarkan. Hal itu dikatakan demikian kerana pengajaran secara langsung yang

berterusan akan membosankan murid dan mampu menghilangkan semangat untuk

belajar.  Rasional penggunaan keratan akhbar sebagai bahan bantu mengajar adalah untuk

merangsang minat yang tinggi dalam kalangan murid. Malahan ia dapat memperkembangkan

corak pemikiran menjadikan muridan mereka lebih kekal dan diingati.

Penggunaan akhbar sesuai sebagai bahan bantu alternatif berkesan dalam usaha memantapkan

lagi proses pengajaran dan pembelajaran, selain mampu menarik minat pelajar.

Selain mengandungi pelbagai jenis bahan antaranya berita, rencana dan gambar yang boleh

dimanipulasikan untuk pengajaran, mereka juga menyifatkan pendekatan itu sebagai satu cara

mendedahkan pelajar maklumat terkini.

Selain itu ia dapat membantu mempercepat perkembangan perbendaharaan kata dan mendorong

murid untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan sukarela. Melalui

penggunaan keratin akhbar juga berupaya menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid

serta juga memberikan keseronokan kepada murid. Dengan penggunaannya,  murid akan

mengalami  situasi  yang terkeluar daripada suasana pemelajaran biasa dan seterusnya dapat

menghindarkan mereka daripada berasa bosan untuk belajar.

Sebelum memulakan pengajaran,guru perlu memikirkan nilai yang ada pada keratan akhbar

dan tujuan penggunaannya. Guru perlu mempertimbangkan kehendak, keperluan dan  minat

murid. Guru harus memilih bahan pengajaran yang baik dan kesesuaiannya mengikut  tahap

7

Page 8: Ekm 331-norainie

murid dan semestinya selaras dengan isi kandungan matapelajaran. guru perlu memberikan

arahan tugasan yang jelas kepada murid sebelum kaedah ini digunakan termasuklah penerangan

tentang objektif dan tujuan penggunaan keratan akhbar tersebut. Seterusnya guru juga perlu

memberitahu murid tentang aktiviti susulan dan latihan yang akan dijalankan selepas proses

penggunaan keratan akhbar tersebu. Bahan yang digunakan dalam pengajaran sesuai,menarik

dan berkesan. Cara pengajara dan gaya penerangan guru terhadap keratan akhabar tersebut

penting bagi menambahkan minat murid  terhadap pengajaran tatabahasa dan juga penulisan.

Aktiviti yang dijalankan adalah setiap murid akan diberi tugas secara bergilir-gilir untuk mencari

keratan akhbar mengenai isu-isu terkini. Guru akan menetapkan giliran murid guru untuk setiap

seminggu. Keratan akhbar tersebut dijadikan sebagai salah satu latihan dalam Bahasa Melayu.

Maka setiap minggu para murid akan dipanggil untuk tanppil meperkatakan tentang topikyang

dipilih. Seterusnya sesi soal jawab dan maklumbalas murid akan dilakukan.

Apabila aktiviti ini dijalankan, setiap murid akan mengambil bahagian dalam menyuarakan

pendapat mereka tentang isu yang dibincangkan. Dengan cara itu pembentangan yang dijalankan

juga, murid tersebut dpat melatih diri dalam berucap dikhalayak dan mempunyai keyakinan

untukk berhadapan dengan orang ramai.

Selain itu, melalui keratan akhbar juga dapat memahirkan murid dalam bidang penulisan

karangan. Kerana murid perlu menyenaraikan isi-isi penting dalam keratin yang dipilih agar

mudah dibentangkan di hadapan kelas. Aktiviti tersebut akan memberikan keseronokan kepada

murid kerana mereka dapat berkongsi bahan dan idea, serta dapat berbincang bersama-sama.

Contoh aktiviti yang boleh dijalankan menggunakan keratan akhbar adalah seperti di bawah;

Setiap pelajar mempunyai naskhah akhbar masing-masing.

1. Minta pelajar membaca secara senyap mana-mana berita pendek kemudian minta mereka

mengingati kembali.

2. Dengan menggunakan rancangan TV - minta pelajar membaca seolah-olah seperti

penyampai di kaca TV.

3. Setelah membentuk kumpulan, atur satu persidangan akhbar mengenai satu berita yang

telah dibaca.

8

Page 9: Ekm 331-norainie

4. Setelah pelajar membaca sesuatu berita mengenai isu semasa, kemudian minta mereka

membuat ulasan mengenai isu tersebut.

5. Buat temu ramah berdasarkan sesuatu berita dibaca.

6. Minta pelajar membaca rencana atau tulisan bercorak pendapat, selepas itu menyatakan

isi bahan yang dibaca itu.

7. Baca mana-mana berita, khususnya berkaitan sesuatu isu dari pemimpin, minta mereka

menyampaikan syarahan pendek.

Aktiviti yang boleh dilakukan bagi dua keratan akhbar yang dilampirkan, guru boleh menjadikan

isu-isu semasa tersebut sebagai bahan untuk mendidik mereka tentang bahaya kes penculikan

kanakdan juga samseng di sekolah. Berdasarkan artikel tersebut, guru boleh meminta setiap

pelajar menyediakan teks penguccapan aam membahsakan isu tersebut. Pelajar akan member

pendapat mereka melalui pengucapan awam ini. Selain itu, guru boleh juga menjalankan aktiviti

lakon semula mengenai isu-isu tersebut dan meminta murid memberikan pendapat serta

membahsakan pendapat mereka di dalam kelas.

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk merangsang minda pelajar untuk berfikir selain

melibat kan semua ahli kelas mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Kaeddah ini

akan meninggalkan kesan yang mendalam dan dalam masa yang sama dapat memudahkan

mereka mengingati fakta-fakta yang boleh digunakan dalam penulisan karangan murid.

Setiap kelas boleh dikatakan menggunakan akhbar sebagai bahan pembelajaran yang

menyeronokkan dan bagi sesetengah guru. Ia menjadi bahan paling penting dan mampu memberi

banyak manfaat. Kepelbagaian kaedah dan alat bantuan mengajar dalam mengajar adalah penting

dalam perkembangan minda dan pengetahuan pelajar. Dengan adanya kaedah ini, ia akan

meningkatkan kemahiran berfikir para pelajar me arah yang lebih kreatif dan inovatif.

Para murid akan seronok belajar apabila guru menggunakan pelbagai pendekatan dalam

pengajaran mereka akan terlibat seara lansung dalm sesi pembelajaran di dalam bilik darjah. Dan

seterusnya, akanmelahirkan pelajar yang cemerlang dari semua segi menjelang wawasan 2020

nanti.  Selain menanam minat membaca di kalangan murid, guru boleh menggunakan kreativiti

masing-masing membina bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih berkesan. Sejajar

konsep pemusatan pelajar, akhbar sesuai digunakan kerana pendekatan dilaksanakan memberi

fokus kepada murid.

9

Page 10: Ekm 331-norainie

           

RUJUKAN

1. Izani Hj Daud 2010. “Belajar Bahasa dengan Keratan Akhbar”. dlm.

Pelita Bahasa: Jld. 22, Bil. 05: 5 Mei.

2. http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131227/je_08/Kes-orang-hilang-meningkat

3. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131002/dn_17/Jenayah-libat-murid-

sekolah-membimbangkan---Mohmad

4. Azman Wan Chik, 1992, Mengajar Bahasa Malaysia(Strategi  Pengajaran dan

Pembelajaran),Edisi kedua, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

5. Sharifah Alwiah Alsagoff, Ilmu Pendidikan: Pedagogi, 1992, Kuala Lumpur, Heinemann

(Malaysia) Sdn.Bhd.,

6. Mok Soon Sang,  Pemulihan Pengayaan dan Isu Pendidikan, Edisi Pertama,Kuala

Lumpur,Kumpulan udiman Sdn.Bhd.

10