13
E-Learning Platform: Inisiatif PUM dalam pendidikan pengguna untuk Kursus dan Sesi Kemahiran Maklumat melalui pendekatan blended Learning. Shamsiah Abu Bakar Library, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia [email protected] 1.0 Pengenalan Dewasa ini perkataan literasi maklumat tidak asing lagi dalam dunia kepustakawnan. Konsep literasi maklumat adalah sangat penting dalam menjadikan masyarakat Malaysia yang celik maklumat. Jika kita tinjau Wawasan 2020 kerajaan Malaysia ingin menjadikan Malaysia sebuah Negara perindustrian dan Negara maju sepenuhnya mejelang tahun 2020. Dalam mewujudkan masyarakat sainstifik dan profresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpadangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi. Universiti di Malaysia berperanan sebagai institusi pengajian tinggi yang dapat melahirkan graduan yang berpengetahuan dan seimbang dengan penekanan kepada teknologi untuk pembelajaran sepanjang hayat. Institusi pendidikan pengajian tinggi dapat melahirkan graduan yang efektif dalam menyelesaikan masalah, mengimplentasikan logik, kritikal dan kreatif dalam pemikiran untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Kualaliti ini dipanggil celik maklumat iaitu penggunaan sumber maklumat secara optima dalam melahirkan pemikiran yang kritis untuk penyelesaian masalah. Bagi mengatasi masalah ini maka pustakawan telah mewujudkan istilah literasi maklumat atau kemahiran maklumat bagi membolehkan masyarakat celik maklumat dapat dilahirkan dalam generasi kehadapan untuk mencapai Wawasan 2020. Menurut (American Library Association, 2000), seseorang yang celik maklumat ialah kebolehan untuk mengenalpasti bila maklumat diperlukan dan kebolehan untuk mengaksesnya, menilai dan menggunakan secara yang efektif untuk maklumat yang diperlukan. Pendidikan pengguna tidak asing lagi dalam dunia akademik di Malaysia. Ianya merupakan konsep yang telah lama digunakan pakai dalam dunia pendidikan di Malaysia. Ia merangkumi konsep kemahiran penyelidikan, kemahiran penggunaan perpustakaan, kemahiran pembelajaran dan Kemahiran ICT seiring dengan revolusi ICT pada abad ke 20 iaitu wujudnya World Wide Web dan Internet. Istilah yang digunakan juga berbeza di Australia dan Amerika penggunaan literasi maklumat teleh

E-Learning Platform: Inisiatif PUM dalam pendidikan ... filepencarian bahan artikel dan penggunaan internt Web 1.0 bagi mengakses artikel di internet. Rajah 1: SPECTRUM ()

  • Upload
    hanhu

  • View
    235

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: E-Learning Platform: Inisiatif PUM dalam pendidikan ... filepencarian bahan artikel dan penggunaan internt Web 1.0 bagi mengakses artikel di internet. Rajah 1: SPECTRUM ()

E-Learning Platform: Inisiatif PUM dalam pendidikan pengguna untuk Kursus dan Sesi

Kemahiran Maklumat melalui pendekatan blended Learning.

Shamsiah Abu Bakar Library, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia

[email protected]

1.0 Pengenalan

Dewasa ini perkataan literasi maklumat tidak asing lagi dalam dunia kepustakawnan.

Konsep literasi maklumat adalah sangat penting dalam menjadikan masyarakat

Malaysia yang celik maklumat. Jika kita tinjau Wawasan 2020 kerajaan Malaysia ingin

menjadikan Malaysia sebuah Negara perindustrian dan Negara maju sepenuhnya

mejelang tahun 2020. Dalam mewujudkan masyarakat sainstifik dan profresif,

masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpadangan ke depan, yang

bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun

sains dan teknologi.

Universiti di Malaysia berperanan sebagai institusi pengajian tinggi yang dapat

melahirkan graduan yang berpengetahuan dan seimbang dengan penekanan kepada

teknologi untuk pembelajaran sepanjang hayat. Institusi pendidikan pengajian tinggi

dapat melahirkan graduan yang efektif dalam menyelesaikan masalah,

mengimplentasikan logik, kritikal dan kreatif dalam pemikiran untuk menyelesaikan

pelbagai masalah. Kualaliti ini dipanggil celik maklumat iaitu penggunaan sumber

maklumat secara optima dalam melahirkan pemikiran yang kritis untuk penyelesaian

masalah. Bagi mengatasi masalah ini maka pustakawan telah mewujudkan istilah

literasi maklumat atau kemahiran maklumat bagi membolehkan masyarakat celik

maklumat dapat dilahirkan dalam generasi kehadapan untuk mencapai Wawasan 2020.

Menurut (American Library Association, 2000), seseorang yang celik maklumat ialah

kebolehan untuk mengenalpasti bila maklumat diperlukan dan kebolehan untuk

mengaksesnya, menilai dan menggunakan secara yang efektif untuk maklumat yang

diperlukan. Pendidikan pengguna tidak asing lagi dalam dunia akademik di Malaysia.

Ianya merupakan konsep yang telah lama digunakan pakai dalam dunia pendidikan di

Malaysia. Ia merangkumi konsep kemahiran penyelidikan, kemahiran penggunaan

perpustakaan, kemahiran pembelajaran dan Kemahiran ICT seiring dengan revolusi

ICT pada abad ke 20 iaitu wujudnya World Wide Web dan Internet. Istilah yang

digunakan juga berbeza di Australia dan Amerika penggunaan literasi maklumat teleh

Page 2: E-Learning Platform: Inisiatif PUM dalam pendidikan ... filepencarian bahan artikel dan penggunaan internt Web 1.0 bagi mengakses artikel di internet. Rajah 1: SPECTRUM ()

digunakan manakala di United Kingdom istilah kemahiram maklumat telah digunakan,

namun begitu istilah ini telah memberikan konsep dan pendekatan yang sama iaitu

kemahiran menggunakan maklumat secara bijak dan berkesan.

2.0 Kursus Kemahiran Maklumat di Universiti Malaya

Kursus Kemahiran Maklumat telah di wujudkan di Universiti Malaya pada tahun 1998 di

mana kursus ini menjadi kursus wajib Universiti iaitu satu kredit kepada keseluruhan

pelajar ijazah dasar tahun pertama di Universiti Malaya. Kursus ini ditawarkan kepada

pelajar tahun pertama di Universiti Malaya iaitu ditawarkan kepada pelajar semester 1

untuk pelajar Sastera dan Sains Sosial dan semester 2 untuk pelajar Sains. Kursus ini

dijalankan setiap minggu selama 14 minggu kuliah iaitu 1 jam untuk setiap minggu.

Objektif kursus ini ialah membolehkan pelajar mendapatkan kemahiran membuat

pencarian maklumat untuk penggunaan sistem Webpaciaitu katalog perpustakaan,

pencarian maklumat dalam pangkalan data dalam talian dan penggunaan sumber web.

Untuk membolehkan pelajar belajar membuat pencarian secara berdikari bagi

membolehkan pembelajaran sepanjang hayat. Ianya dapat melahirkan pelajar yang

“computer-literate” dan “information-literate”.Kursus ini ialah kursus yang pertama telah

dilaksanakan di university di Malaysia.

Hasil pembelajaran kursus ini ialah untuk mengenalpasti pelbagai sumber maklumat

dari sumber rujukan, mengaplikasi pengetahuan untuk memilih maklumat bersesuaian

dari pelbagai sumber dan untuk menyediakan senarai rujukan. Dari tahun 1998 hingga

kini seramai 78,091 orang pelajar telah mengikuti kursus ini.

Sesi Semester 1 Semester 2 Jumlah

1998/1999 3,081 2,003 5,084

1999/2000 3,348 2,666 6,014

2000/2001 3,021 3,895 6,916

2001/2002 2,940 2,724 5,664

2002/2003 3,089 2,687 5,776

2003/2004 3,004 2,181 5,185

2004/2005 3,192 2,185 5,377

2005/2006 3,234 1,836 5,079

2006/2007 2,809 2,131 4,940

2007/2008 2,821 1,558 4,379

2008/2009 2,752 1,452 4,208

2009/2010 2,292 1,525 3,817

2010/2011 2,417 1,299 3,716

2011/2012 2,165 1,265 3,430

Page 3: E-Learning Platform: Inisiatif PUM dalam pendidikan ... filepencarian bahan artikel dan penggunaan internt Web 1.0 bagi mengakses artikel di internet. Rajah 1: SPECTRUM ()

2012/2013 1,977 1,124 3,101

2013/2014 1,663 822 2,485

2014/2015 1,737 1,183 2,920

Jumlah 78,091

Menurut Barbara Allan (2007) blended learning ialah gabungan diantara pengajaran

bersemuka iaitu face to face dan e-learning iaitu aplikasi secara atas talian. Ianya

adalah aplikasi secara atas talian menggunakaan bilik chat, kumpulan perbincangan,

podcasts dan apikasi penilaian sendiri untuk membantu dalam pengajaran secara

tradisional.

Pada permulaan pengajaran yang dijalankan oleh Pustakawan ialah dengan

menggunakan papan putih, slide power point, nota dalam bentuk bercetak, latihan

bercetak dan computer untuk membuat latihan “hands-on”. Penggunaan sistem telnet

untuk Opac atau untuk pencarian katalog Perpustakaan, penggunaan CD ROM untuk

pencarian bahan artikel dan penggunaan internt Web 1.0 bagi mengakses artikel di

internet.

Rajah 1: SPECTRUM (http://spectrum.um.edu.my)

Tetapi kini dalam Kursus Kemahiran Maklumat tidak perlu lagi menggunakan sistem

dan aplikasi lama, kini dengan hanya menggunakan sistem e-learning segala urusan

dapat dilaksanakan secara atas talian iaitu komunikasi di antara pelaja dan fasilitator

dapat dilaksanakan tanpa mengira sempadan dan dapat dijalankan pada bila-bila masa.

Page 4: E-Learning Platform: Inisiatif PUM dalam pendidikan ... filepencarian bahan artikel dan penggunaan internt Web 1.0 bagi mengakses artikel di internet. Rajah 1: SPECTRUM ()

Penggunaan Sistem SPETRUM ini sangat mudah dan boleh diakses oleh setiap pelajar

pada bila-bila masa.

Pelajar mengakses sistem ini dengan hanya masuk ke dalam sistem ini melalui

username dan password yang digunakan dalam sistem siswa mail pelajar. Mereka

dikehendaki mendaftar didalam kursus tersebut dan mereka boleh melihat segala

maklumat yang terkandung didalam kursus yang mereka ikuti. Dengan adanya platform

SPECTRUM sebarang penyebaran maklumat dapat disampaikan dan dikemaskini

seperti pengumaman, nota, dokumen, forum, trek pembelajaran, rujukan link, berita dan

borang penilaian, latihan, kuiz, video dan sebagainya dapat dikongsi bersama. Dengan

ini membolehkan mereka membuat persediaan sebelum menghadiri kursus tersebut.

Rajah 2: Kuliah 2 Kursus Kemahiran Maklumat

Kursus ini telah didedahkan dengan pengenalan kepada perpustakaan diminggu

pertama kuliah. Pelajar telah diberi penerangan mengenai PUM melalui slaid tentang

koleksi perpustakaan, perkhidmatan yang diberikan dan kemudahan yang disediakan.

Kemudian pelajar diminta untuk bermain dengan permainan Library Hunt iaitu bagi

mencari dan mendedahkan pelajar tentang koleksi yang terdapat di perpustakaan dan

Page 5: E-Learning Platform: Inisiatif PUM dalam pendidikan ... filepencarian bahan artikel dan penggunaan internt Web 1.0 bagi mengakses artikel di internet. Rajah 1: SPECTRUM ()

pembelajaran berdikari dalam mencari maklumat di perpustakaan. Minggu ke dua

pelajar didedahkan mengenai Kitaran Maklumat iaitu bagaimana wujudnya bahan

seperti berita, suratkhabar, majalah, jurnal dan buku. Ini sangat penting juga apabila

disentuh dengan sumber prima, sekunder dan sumber tertiar. Minggu ketiga pelajar

diberi pendedahan mengenai sumber rujukan asas yang terdapat di dalam

perpustakaan atau secara atas talian. Pengenalan sumber-sumber rujukan asas seperti

kamus, ensiklopedia, direktori, almanak, atlas, gazetteer, Warta kerajaan, buku

tahunan, buku perangkaan dan sebagainya. Dengan ini membolehkan fungsi dan

penerangan tentang bahan tesebut dapat diketetahui oleh pelajar. Setiap minggu kuliah

latihan secara online diberikan dan perbincangan bersama fasilitator dapat membantu

pelajar untuk lebih faham. Minggu ke empat ialah pelajar didedahkan dengan

identifikasi rujukan iaitu untuk mengenal bahan seperti buku, bab buku, artikel jurnal,

kertas kerja persidangan terbit dan tidak terbit dan tesis. Kesemua bahan ini harus

didedahkan supaya pelajar tahu bahawa sumber-sumber inlah yang perlu di cari bagi

mendapatkan sumber rujukan akademik yang bernilai untuk menyiapkan sesuatu hasil

tugasan yang diberikan.

Mengenalpasti bahan-bahan ini adalah sangat penting untuk kegunaan mereka dalam

menghasilkan sumber rujukan berkualiti. Minggu kelima pelajar didedahkan dengan

strategic pencarian yang baik bagi menghasilkan sumber rujukan berkualiti dan

mengaplikasikan strategi pencarian yang baik disetiap sistem yang digunakan iaitu

katalog perpustakaan, pangkalan data atas talian dan sumber internet yang digunakan.

Penggunaan Boolean, truncation dan wild card telah didedahkan bagi penghasilan

rekod yang relevan. Kuliah 6 dan 7 ialah pendedahan penggunaan katalog

perpustakaan Universiti Malaya. Penggunaan iMalaysiana sangat berkesan dalam

memperolehi sumber rujukan tempatan bagi pelajar UM. Kuliah ke 8 dan 9 pelajar telah

didedahkan kepada penggunaan pangkalan data atas talian yang telah dilanggan oleh

PUM. Penggunaan portal perpustakaan telah diperkenalkan dimana pencarian

penggunaan tajuk perkara pelajar telah didedahkan dan pelajar boleh memilih

pangkalan data mereka sendiri, ejournal dan ebook serta web resources mereka sendiri

didalam portal mereka.

Minggu ke 10 pendedahan penggunaan internet telah diperkenaklan dan pentingnya

menilai sumber internet sebelum mengambil apa-apa sumber rujukan diinternet.

Pengetahuan tentang penilaian laman web seperti autoriti, ketepatan, kekinian,

objektiviti dan skop adalah penting bagi mendapatkan rekod yang relevan kepada

pelajar. Minggu ke 11 dan 12 ialah minggu pelajar didedahkan dengan penggunaan

Gaya Rujukan yang sesuai dengan keperluan fakulti. Pendedahana terhadap Gaya

Rujukan seperti APA, Harvard, Number, Vancouver dan sebagainya dapat membantu

pelajar menghasilkan sumber rujukan dan bibliografi yang betul.

Page 6: E-Learning Platform: Inisiatif PUM dalam pendidikan ... filepencarian bahan artikel dan penggunaan internt Web 1.0 bagi mengakses artikel di internet. Rajah 1: SPECTRUM ()

Minggu ke 13 ialah penerangan tentang sumber-sumber rujukan lain yang penting

seperti repositori sesebuah institusi tersebut, e-journal oleh UM, Student Repositori UM

iaitu koleksi tesis UM, PERPUN repositori, Katalog Perpustakaan Universiti lain di

Malaysia, perisian turnitin telah didedahkan kepada pelajar. Minggu terakhir ialah

minggu rumusan iaitu kursus ini dan persediaan untuk peperiksaan dan bagaimanakah

bentuk soalan yang akan dikeluarkan didalam peperiksaan akhir untuk pelajar.

Rajah 3: Kuliah 10 Kursus Kemahiran Maklumat

Sepanjang kuliah ini pelajar didedahkan dengan latihan dan pelajar juga dikehendaki

untuk menyediakan projek yang telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu

Bahagian A iaitu pengenalan kepada topik mereka, Strategik pencarian untuk setiap

bahagian dan mengenalpasti konsep, kata alternatif serta kenyataan pencarian.

Bahagian A akan diberikan markah 6, bagi bahagian B ialah 3, bahagian C ialah 6,

bahagian D ialah 3 dan bahagian E ialah 12. Keseluruhan untuk projek ialah 30 markah.

Minggu ke 8 diberikan kuiz iaitu sebanyak 20 soalan dan setiap soalan ialah 1 markah.

Masa diberikan selama 20 untuk menjawab setiap soalan iaitu 1 minit diberikan. Kuiz ini

dijawab secara atas talian dan pelajar boleh terus mendapatkan markah mereka,

samaada mereka gagal atau lulus. Jawapan betul untuk setiap soalan dipaparkan bagi

membolehkan pelajar tahu kenapa mereka mendapatkan jawapan yang salah.

Penggunaan SPECTRUM ini dalam membantu dalam mengendalikan kelas GXEX1401

dengan lebih berkesan kerana setiap penerangan yang ingin disampaikan dapat terus

di akses oleh pelajar melalui litihan secara atas talian dan pelajar boleh sentiasa

mencuba latihan yang telah dimuatnaik di SPECTRUM. Ini sangat membantu bagi

persediaan pelajar untuk peperiksaan. Kuiz online juga dapat membantu pelajar

Page 7: E-Learning Platform: Inisiatif PUM dalam pendidikan ... filepencarian bahan artikel dan penggunaan internt Web 1.0 bagi mengakses artikel di internet. Rajah 1: SPECTRUM ()

mengetahui markah mereka terus dan mengetahui kenapa mereka mendapatkan

jawapan yang salah.Slaid yang ada dan boleh diakses secara online membolehkan

persediaan awal oleh pelajar dan adalah mudah untuk membuat rujukan apabila

diperlukan pada bila-bila masa sahaja.

3.0 Sesi Kemahiran Maklumat Di Universiti Malaya

Rajah 4: Pendaftaran Sesi Kemahiran Maklumat di Portal Perpustakaan Universiti Malaya

Rajah 5: Pendaftaran Sesi Kemahiran Maklumat di Portal Perpustakaan Universiti Malaya

Page 8: E-Learning Platform: Inisiatif PUM dalam pendidikan ... filepencarian bahan artikel dan penggunaan internt Web 1.0 bagi mengakses artikel di internet. Rajah 1: SPECTRUM ()

Rajah 6: Slaid-slaid untuk Sesi Kemahiran Maklumat

Penggunaan perisian seperti Endnote dan turnitin dapat membantu pelajar dalam

memperingkatkan lagi kemahiran yang ada dan boleh digunapakai pada bila-bila masa

sahaja.

Begitu juga untuk Sesi Kemahiran Maklumat yang telah mula diperkenalkan dari tahun

2002 hingga kini seramai 19,900 orang uang telah mengikuti sesi ini iaitu terdiri dari

para akademik, penyelidik dan pelajar pasca siswazah. Sesi ini telah dibahagikan

kepada 2 modul iaitu Sesi Endnote iaitu untuk setiap hari Selasa dari 9.00 pagi hingga

1.00 tengahari. Bagi sesi ke dua ialah sesi katalog perpustakaan dan pangkalan data

atas talian iaitu sesi yang digabungkan pada setiap hari Jumaat dari 9.00 pagi hingga

12.00 tengahari. Setiap sesi yang dijalankan dibuka hanya untuk 15 orang sahaja iaitu

di Lab C Perpustakaan Utama Universiti Malaya.

Pendekatan kepada pengguna bukan hanya tertumpu kepada modul yang telah

dijadualkan sahaja tetapi pendekatan lain seperti modul methdologi penyelidikan yang

dijalankan di peringkat Fakulti, iaitu sesi atau bengkel yang dijalankan selama dua

setengah jam hingga tiga jam merangkumi pencarian sumber maklumat di Pendeta

WebPAC, pangkalan data atas talian dan sumber internet untuk bidang perkara yang

diajar di fakulti. Selain itu juga penekanan mengenai strategi pencarian dan penilaian

sumber maklumat diinternet juga telah diberi penekanan. Modul methodology

penyelidikan juga menekankan kepada perisian EndNote bagi menghasilkan sumber

Page 9: E-Learning Platform: Inisiatif PUM dalam pendidikan ... filepencarian bahan artikel dan penggunaan internt Web 1.0 bagi mengakses artikel di internet. Rajah 1: SPECTRUM ()

rujukan yang betul dan tepat. Selain itu pensyarah baru juga diminta menghadiri

bengkel “roadshow” yang memberi pendedahan kepada Pendeta WebPAC,

perkhidmatan perpustakaan, kemudahan perpustakaan dan pangkalan data atas talian

yang berlangsung selama tiga jam. Bagi sesi kedua ialah pendedahan mengenai

perisian EndNote bagi penghasilan sitasi yang baik.

Pendaftaran sesi adalah melalui laman web perpustakaan dimana pelajar boleh

membuat pendaftaran sendiri sesi di portal perpustakaan dan jika tarikh dan masa

tersebut penuh pelajar tidak dibenarkan membuat pendaftaran pada tarikh tersebut,

maka mereka perlu membuat pendaftaran untuk tarikh lain. Promosi secara besar-

besaran dilakukan bukan hanya melalui laman web perpustakaan tetapi juga melalui

pustakawan penghubung di fakulti yang menjadi pengantara diantara pengguna dan

pustakawan. Maklumat terkini akan disebarkan melalui mesyuarat yang dikendalikan

oleh fakulti, menyertai email list staf dan pelajar dan melalui pensyarah penghubung

yang dilantik oleh fakulti. Di Karnival Jom Masuk UM yang berlangsung dari tahun 2010

juga perpustakaan turut terlibat dalam mempromosikan Sesi Kemahiran Maklumat

kepada bakal pelajar yang akan mengikuti program pascasiswazah di Universiti Malaya.

Pameran turut diadakan untuk memberi pendedahan tentang koleksi, kemudahan dan

perkhidmatan yang dijalankan oleh Perpustakaan Universiti Malaya. Perpustakaan

Universiti Malaya juga turut terlibat dalam setiap sesi kemasukkan pelajar baru

pascasiswazah UM, Perpustakaan mengadakan pameran bagi memperkenalkan

kepada pelajar baru tentang perkhidmatan celik maklumat yang dikendalikan oleh

pustakawan. Pada masa yang sama Ketua Pustakawan akan dijemput untuk

mengadakan sesi dialog bersama pelajar pascasiswazah baru selama setengah jam

bagi memperkenalkan perpustakaan.

Sesi Kemahiran Maklumat di Universiti Malaya telah mengambil langkah proaktif

dengan menggunakan platform e-learning ini untuk berkomunikasi dengan pengguna.

Dengan adanya platform spectrum sebarang penyebaran maklumat dapat disampaikan

dan dikemaskini seperti pengumuman, nota, dokumen, forum, trek pembelajaran,

rujukan link, berita dan borang penilaian, latihan, quiz, video dan sebagainya dapat

dikongsi bersama. Pengumuman tentang kandungan sesi, kelas, tarikh dan sebagainya

dapat diakses terus oleh pengguna. Slaid nota seperti Perisian EndNote, Turnitin,

Methodologi Penyelidikan dan sebagainya boleh diakses sebagai dokumen. Forum dan

group dapat diakses oleh pengguna secara terus dan maklumbalas dapat dilakukan

secara atas talian. Semua slaid dan nota dapat diakses secara atas talian maka ini

dapat menjimatkan kos salinan kepada nota dan dapat mewujudkan “paperless society”

di UM. Spectrum juga dapat menjana laporan borang penilaian yang telah diisi oleh

pengguna dan ini memudahkan proses analisa data. Beberapa panduan dalam bentuk

Youtube juga disediakan seperti strategi pencarian yang baik, sejarah internet dan

Page 10: E-Learning Platform: Inisiatif PUM dalam pendidikan ... filepencarian bahan artikel dan penggunaan internt Web 1.0 bagi mengakses artikel di internet. Rajah 1: SPECTRUM ()

penilaian bahan di internet untuk memudahkan pengguna memahami sesuatu topik

dengan lebih berkesan. Brosur seperti Pangkalan Data mengikut bidang perkara,

Pencarian bahan di Portal PUM, penggunaan Pendeta WebPAC juga disediakan bagi

tujuan pencarian bahan sendiri secara atas talian.

Dengan ini Spectrum merupakan sumber rujukan utama pengguna dalam memahami

sesi yang diadakan, maklumat tambahan untuk bidang perkara pengguna, link kepada

sumber maklumat, maklumat terkini dan perbincangan terkini diantara pengguna

dengan pustakawan.

Untuk sesi kemahiran perisian EndNote pengguna didedahkan dengan pencarian sitasi

bahan untuk dimuatnaik ke perisian EndNote melalui pangkalan data di EndNote,

Pangkalan Data PUM dan Google Scholar (internet). Kemudian memuatnaik pula di MS

Word bagi menghasilkan sitasi yang sistematik. Perisian Turnitin juga diperkenalkan

kepada pengguna bagi membolehkan pengguna mengetahui tahap peratusan plagat

yang mereka lakukan.

Untuk Sesi Pendeta WebPAC pengguna akan didedahkan kepada Katalog

Perpustakaan iaitu penerangan mengenai bahan yang boleh diakses dari Pendeta

WebPAC seperti buku, bab buku, jurnal, bahan AV dan sebagainya. Ianya termasuk

pendedahan kepada katalog iMalaysiana yang merangkumi tiga jenis bahan yang

berkaitan dengan Malaysia iaitu bab buku, jurnal dan kertas persidangan. Pengguna

juga didedahkan dengan pelbagai sumber luar seperti Digital@UM dan MyUniNet.

Pendedahan ini penting bagi pengguna mendapatkan sumber maklumat lain yang

penting untuk penyelidikan mereka seperti Repositori UM, Respostori Pelajar UM,

EJUM dan lain-lain. Di MyUniNet pula pengguna dapat mengakses OPAC, koleksi tesis

dan koleksi jurnal universiti dibawah PERPUN.

Untuk sesi Pangkalan Data Atas Talian yang dilanggan oleh Perpustakaan UM,

pengguna dapat mengakses kepada pelbagai sumber maklumat dalam bentuk teks

penuh. Pengajaran adalah menjurus kepada bidang perkara pengguna dengan

pemilihan pangkalan data yang betul dalam membuat pencarian bahan. Selain itu juga

pengguna juga didedahkan dengan pangkalan data Web of Science yang merupakan

pangkalan data yang menekankan kepada analisa data, untuk mengakses ranking

jurnal dan artikel berdasarkan kepada bidang perkara.

Begitu juga untuk Sesi Methodologi Penyelidikan yang lebih menjurus kepada

keperluan pengguna mengikut bidang pengajian. Sesi ini dibahagikan kepada proses

strategi pencarian maklumat yang baik, pencarian maklumat di sumber WebPAC,

Pangkalan data dalam talian, internet dan penilaian bahan yang diperolehi untuk

Page 11: E-Learning Platform: Inisiatif PUM dalam pendidikan ... filepencarian bahan artikel dan penggunaan internt Web 1.0 bagi mengakses artikel di internet. Rajah 1: SPECTRUM ()

digunakan dalam penyelidikan pengguna. Sesi ini adalah lebih menjurus dan pelbagai

soalan yang dikemukakan kepada pustakawan untuk membantu pengguna dari segi

strategi pencarian yang patut digunakan.

4.0 Peranan Pustakawan

Literasi maklumat telah memberikan impak yang besar terhadap peranan pustakawan

pada masa kini. Dengan adanya literasi maklumat dan teknologi telah menyebabkan

pustakawan kini bukan hanya menumpukan kepada perolehan bahan dan

pengkatalogan bahan, tetapi skop yang lebih luas lagi kerana pengguna perlu tahu

bagaimana membuat pencarian maklumat dan menguruskan maklumat untuk tujuan

penyelidikan mereka. Dengan ini peranan pustakawan sebagai pengantara diantara

pengurusan maklumat dan pengguna dalam mendapatkan hasil penyelidikan yang

berkualiti. Peranan pustakawan menjadi lebih kompleks kerana pustakawan sekarang

harus menjadi ‘subject specialists’, guru dan penterjemah kepada keperluan maklumat

bagi pengguna perpustakaan. Pustakawan harus sentiasa bersedia dan terkini dalam

menyampaikan maklumat kepada pengguna secara individu ataupun secara maya.

Pustakawan harus berani dalam memberikan nasihat kepada pengguna dan mereka

harus mempunyai keyakinan diri, untuk memberikan maklumat yang terkini dan terbaik

dalam menyokong penyelidikan pengguna. Sebagai pengajar platform e-learning ini

membolehkan pustakawan berkomunikasi dengan pengguna secara atas talian dan

lebih mudah untuk menggunakan pengumuman, forum dan group pada bila-bila masa

sahaja di Spectrum. Dengan ini pustakawan juga dapat seiring dengan teknologi untuk

menghubungi pengguna terutamanya dengan pengguna zaman Web 2.0.

Dalam menghasilkan mutu pengajaran yang baik dan berkesan pustakawan perlu

sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan mereka dalam menjadi pakar kepada

bidang perkara tertentu agar dapat membantu pengguna pada bila-bila masa sahaja

dalam “outreach” kepada pengguna. Secara tidak langsung promosi terhadap

kepentingan perpustakaan dan dunia pustakawan dapat dipertingkatkan untuk

pengguna dan kepustakawanan di masa akan datang.

Pustakawan kini perlu mempakejkan maklumat yang ada agar dapat digunakan oleh

pengguna UM khasnya. Peranan Pustakawan dalam mempakejkan maklumat adalah

penting kerana dengan adanya pakaj kepada maklumat maka pengguna dapat

menjimatkan masa mereka untuk membuat pencarian maklumat kerana pustakawan

telah membantu mereka untuk mengumpulkan maklumat yang diperlukan.

Page 12: E-Learning Platform: Inisiatif PUM dalam pendidikan ... filepencarian bahan artikel dan penggunaan internt Web 1.0 bagi mengakses artikel di internet. Rajah 1: SPECTRUM ()

Pustakawan harus boleh memberikan khidmat nasihat untuk membolehkan pustakawan

terlibat dalam penyelidikan yang dijalankan dan adanya kos sebagai penasihat untuk

pencsyarah mendapatkan bahan rujukan dan sumber rujukan untuk membolehkan

penyelidikan dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan bagi mendapatkan sumber

rujukan yang terbaik untuk penghasilan penyelidikan yang terbaik.

5.0 Kesimpulan

Peranan yang dimainkan oleh pustakawan masa kini lebih kompleks dan inovatif dan

pustakawan perlu berjalan seiringan dengan teknologi bagi membolehkan mereka

dikenali sebagai subject specialists, pengantara, network navigator, leader of

information, filters dalam menapis maklumat, informer, communicator, facilitator dan

sebagainya. Kepentingan pustakawan dan perpustakaan akan menjadi lebih besar dan

dihargai apabila pengguna mendapat maklumat yang diperlukan untuk menjadikan

masyarakat celik maklumat di Malaysia. Pustakawan juga akan berpuashati dengan

setiap usaha yang diberikan dalam membantu pengguna dan university untuk

mendapatkan maklumat dan mencapai visi universiti.

Dengan platform e-learing sebagai pengantara membolehkan segala maklumat dapat

disalurkan dengan lebih cekap, pantas dan cepat bagi membolehkan pengguna

berdikari mendapatkan maklumat untuk pembelajaran sepanjang hayat. Pendidikan

pengguna melalui literasi maklumat di platform e-learning ini dapat dipertingkatkan lagi

menerusi “online tutorial” sebagai panduan penggunaan secara berperingkat-peringkat

yang menjurus kepada beberapa pangkalan data mengikut bidang perkara dapat

dihasilkan. Ini memudahkan pengguna membuat pembelajaran sendiri dalam

meningkatkan penggunaan pengkalan data yang dilanggan oleh PUM. Spectrum

merupakan media komunikasi diantara pengguna dan pustakawan. Platform ini dapat

menjadi titik tumpuan pensyarah, pelajar pascasiswazah, pelajar ijizah dasar dan

penyelidik dalam mendapatkan panduan dan rujukan bagi menghasilkan penyelidikan

bermutu untuk mencapai misi dan visi UM serta menuju Wawasan 2020.

Page 13: E-Learning Platform: Inisiatif PUM dalam pendidikan ... filepencarian bahan artikel dan penggunaan internt Web 1.0 bagi mengakses artikel di internet. Rajah 1: SPECTRUM ()

RUJUKAN

Allan, B. (2007). Blended Learning: Tools for Teaching and Training. London, England: Facet Publishing.

American Library Association. Presidential Committe on Information Literacy. (1989).

Final Report. Retrieved from http://www.ala.org/ala/acrl/acrlpubs/whitepapers/presidenial.htm

Chai, S. N., & Zaharah Ramly. (2001). Information Skills Course (GXEX1401): A Survey

of its Effectiveness as Prercieved by Students. Kekal Abadi, 20(1), 1-8. Edzan, N. N. (2008). Information Literacy Development in Malaysia: A Review. Libri, 58,

265-280. Koch, M. (2001). Information Literacy: Where Do We Go from Here? TECHNOS, 10(1),

20-26. Mohd Sharif Mohd Saad, & Zainab, A. N. (2002). Information Literacy Programmes in

Malaysian Public Universities: An Observation. Paper presented at the 68th IFLA Council and General Conference, August 18-24, 2002 Glasgow, United Kingdom.

Nor Edzan Che Nasir. (2012). Revamping GXEX1401. Kekal Abadi, 30(1), 4-7. Shamsiah Abu Bakar. (2013). Literasi maklumat: Penggunaan modul e-learning untuk

Sesi Kemahiran Maklumat di Perpustakaan Universiti Malaya. Paper presented at Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia: Transformasi Perpustakaan dan Perubahan Budaya: Peranan Pustakawan, 25-27 Ogos 2013, Melaka, Malaysia.

Shamsiah Abu Bakar, & Amir Hamzah Alias. (2013). Infromation skills course

(GXEX1401) – Blended learning approach for information literacy course in University of Malaya. Paper presented at the 5th International Conference on Education and New Learning Technologies, July 1-3, 2013 Barcelona, Spain.