Dokumentasi Manisnya Menjadi Gadis

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PANDUAN DARI MULA HINGGA AKHIR MERANCANG PROGGRAM UNTUK MURID THN 4,5 DAN 6

Citation preview

ISI KANDUNGAN

Pendahuluan ObjektifPengisian ProgramAhli JawatankuasaLaporan ProgramUntaian Memori

PROGRAM AKIL BALIGH

PENDAHULUANMendidik bukan satu tanggungjawab yang mudah. Mendidik memerlukan kesabaran dan keyakinan yang tinggi agar murid sentiasa berubah untuk menjadi cemerlang. Pendidikan holistik adalah penting dalam melahirkan insan yang cemerlang dalam segala aspek mengikut acuan falsafah pendidikan negara iaitu jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sahsiah (JERIS).Malahan sejak kebelakangan ini, penekanan terhadap Kemenjadirian Murid sering diperkatakan. Berdasarkan senario pada masa kini, Program Akil Baligh dicetuskan sebagai satu wadah untuk melahirkan murid yang cemerlang dari segi sahsiahnya selain akademik. Menerusi program sebegini, diharap akan menjadi pemangkin kecemerlangan murid dari segi sahsiah dan akademiknya.

KUMPULAN SASARANSemua murid tahun 4 dan tahun 5

ANJURANUnit Bimbingan & Kaunseling bersama Panitia Agama Islam

OBJEKTIF Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang perubahan diri mereka dari segi fizikal dan biologi.

Murid dapat memahami lebih mendalam tentang perubahan fizikal yang sedang berlaku dan bakal mereka tempuhi.

Murid lebih memahami tanggungjawab dalam menjaga kebersihan diri demi kesihatan.

Murid akan didedahkan tentang kepentingan menjaga kesucian diri dan keselamatan diri sebagai seorang gadis.

PENGISIAN PROGRAMBILAKTIVITITARIKHMASATEMPAT

1 Taklimat tentang program . Murid diberi makan dan minuman pagi.

29 September 2011

7.40Dataran IlmuKantin sekolah

2 Murid di asingkan mengikut jantinaMurid tahun 4 lelaki di Surau Sekolah.Murid tahun 4 perempuan di Bilik Serbaguna.

3 Murid Lelaki Tampan Bergaya

8.30Surau Sekolah

4 Murid PerempuanManisnya menjadi gadis

Bilik Serbaguna

5Penerangan tentang Perbezaan antara Perempuan dan Lelaki

6LDK

7Penerangan tentang Darah Haid

8Demonstrasi Penjagaan Kebersihan ketika didatangi haid

Program tamat

TAHUN 5

Taklimat tentang program . Murid diberi makan dan minuman pagi.

30 September 20117.40Dataran IlmuKantin sekolah

Murid di asingkan mengikut jantinaMurid tahun 5 lelaki di Surau Sekolah.Murid tahun 5 perempuan di Bilik Serbaguna.

Murid Lelaki Tampan Bergaya8.30Surau Sekolah

Murid PerempuanManisnya menjadi gadis8.30Bilik Serbaguna

Penerangan tentang Perbezaan antara Perempuan dan Lelaki

LDK

Penerangan tentang Darah Haid

Demonstrasi Penjagaan Kebersihan ketika didatangi haid

\

Dalam era globalisasi pada masa kini, Negara kita kaya barangan teknologi yang serba canggih menjadikan masyarakat ini dikenali sebagai celik IT. Penggunaan kemudahan teknologi pada zaman ini amatlah dititik beratkan kerana ia merupakan salah satu perkara terpenting untuk kemajuan sesebuah Negara. Namun begitu, tidak kesemua kemudahan yang di sediakan ini boleh membawa kepada perkara yang positif sahaja, malah kemudahan- kemdahan seperti inilah yang banyak membawa kepada kesan negatif. Pada peringkat permulaan, mereka lebih mudah dipengaruhi oleh keadaan persekitaran terutamanya pengaruh rakan sebaya. Ini kerana pada peringkat ini lebih banyak masa yang dibuang bersama-sama rakan mereka jika dibandingkan dengan masa yang dihabiskan bersama ibu bapa. Tambahan pula, majoriti masyarakat kita merupakan masyarakat yang bekerjaya. Maka, amat sedikit masa yang dapat diberikan kepada anak-anak mereka. Oleh yang demikian, kebanyakan remaja ini mudah terdedah denagan pelbagai masalah sosial.Justeru menjadi tanggungjawab Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Panitia Agama Islam untuk membuat program kerohanian dalam membantu para remaja ini iaitu murid-murid tahap dua. Menerusi Program Namaku Remaja diharap dapat membantu para murid untuk menjaga batasan diri antara murid lelaki dan murid perempuan. Di dalam program ini nanti, murid akan didedahkan dengan perbezaan jantina antara lelaki dan perempuan. Pengisian di dalam program ini juga akan dimasukkan tentang tanda awal seseorang murid sudah memasuki akil baligh dan bagaimana untuk menguruskannya. Di dalam slot ini, murid-murid akan dibimbing oleh guru mengikut gender iaitu murid lelaki akan dibimbing oleh guru lelaki/ ustaz dan murid perempuan akan dibimbing oleh guru perempuan / ustazah.Program Namaku Remaja akan di jalankan selama dua hari iaitu pada hari Khamis dan Jumaat. Program akan mengambil masa pertama sehingga waktu rehat tahap kedua. Murid-murid akan di asingkan mengikut gender sepanjang sesi program berlangsung. Pada hari pertama, cermah akan dijalankan kepada murid tahun empat dan diikuti pada hari kedua dengan murid tahun lima. Di dalam program ini, demonstrasi penggunaan dan pengurusan tuala wanita akan ditunjukkan. Murid-murid akan di ajar tentang kebersihan diri dan juga kepentingan menjaga kesucian diri serta cara mandi hadas.Kemuncak program ini ialah setiap murid akan melakukan salah satu demonstrasi yang ditunjukkan oleh penceramah dengan pemerhatian guru-guru. Murid perempuan akan melakukan sendiri cara pengurusan tuala wanita sehingga selamat untuk dibuang ke dalam tong yang disediakan. Manakala murid lelaki pula akan diberi peluang untuk melakukan mandi wajib sambil dibimbing oleh guru lelaki / ustaz. Kesemua aktiviti program dilakukan berasingan iaitu ceramah murid perempuan di bilik serbaguna dan murid lelaki di surau sekolah.Secara keseluruhannya, murid kini dapat gambaran tentang persediaan akil baligh dan batasan antara lelaki dan perempuan. Insyaallah dengan ilmu yang diperolehi ini, murid akan lebih menjaga kehormatan diri dan lebih menyayangi diri sendiri. Ini secara tidak langsung, peratus murid yang terlibat dengan gejala sosial dapat dikawal.

Kekuatan : Mendapat kerjasama yang padu daripada Panitia Agama Islam.

Murid mendapat pendedahan baru tentang amali pengunaan dan pengurusan tuala wanita.

Murid dapat pendedahan tentang cara mandi hadas yang betul dan mengikut tertib.

Murid dapat pendedahan tentang kepentingan menjag kehormatan dan kesucian diri.

Kelemahan : Murid tahun lima kurang memberi kerjasama dalam perbincangan terbuka disebabkan malu.

Cara Mengatasi : Murid boleh berjumpa dengan guru bimbingan di Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk mengadakan sesi kaunseling kelompok atau individu jika tidak selesa untuk berbicara secara terbuka.

Guru Agama Islam juga boleh membantu dengan menjadi tempat rujukan murid-murid jika mempunyai kemusykilan tentang haid / akil baligh / tertib mandi hadas.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

............................................... ...................................(ATHIAH BT MOHD HASSAN) ( SUHAIMI B ALI )Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru BesarSK Putrajaya Presint 11(1) SK Putrajaya Presint 11(1)

Peserta sedang membuat LDK dengan bimbingan guru

Peserta sedang kusyuk mendengar ceramah daripada Guru

Antara slide yang dipaparkan semasa ceramah berlangsung.

Peserta diberi peluang untuk berkongsi pengalaman dengan peserta lain.

Peserta turut diberi peluang membuat praktikal selepas ceramah.

Bahan cucian yang telah selesai