Dasar Pendidikan British Di Tanah Melayu

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/12/2019 Dasar Pendidikan British Di Tanah Melayu

    1/20

    DASAR PENDIDIKAN BRITISH DI TANAH MELAYU

    Sejarah telah membuktikan bahawa sistem pendidikan sekarang ini merupakan

    warisan daripada sistem pendidikan zaman pemerintahan British. Amalan dan dasar

    pendidikan British yang telah mengongkong selama lebih daripada satu abad didapati sukardiubah corak dan strukturnya, iaitu seakan-akan sudah sebati atau telah menjadi norma

    masyarakat negara ini.

    Kerajaan British pada awalnya boleh dikatakan tidak berhasrat untuk memajukan

    bidang pendidikan semasa ia memerintah Tanah Melayu. Ramai pegawai Inggeris

    berpendapat bahawa pendidikan, khususnya untuk kaum Melayu tidak mendatangkan

    faedah tetapi sebaliknya akan menimbulkan kesedaran pada golongan yang terdididk untuk

    menentang kerajaan British. Walau bagaimanapun atas desakan pembesar-pembesar

    Melayu iaitu sultan-sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, pihak pemerintahan British

    merasakan ada baiknya memberi pendidikan setakat pendidikan rendah untuk orang

    Melayu. Orientasi dan motif politik pihak British yang ingin bertapak di Tanah Melayu

    menyebabkan mereka tidak mahu mencampuri urusan meningkatkan taraf hidup dan

    pemikiran masyarakat Melayu. Pengalaman di India telah menyedarkan bahawa dengan

    memberikan pendidikan kepada masyarakat peribumi akan menyedarkan mereka untuk

    menentang pihak penjajah.

    Inisiatif tentang pendidikan di Tanah Melayu bukan diambil berat oleh kerajaan

    British, tetapi ianya dibiayai oleh pertubuhan agama dan kumpulan bebas. Pertubuhan-

    pertubuhan Kristian adalah bertanggungjawab bagi penubuhan pelbagai sekolah pengantar

    Inggeris yang terbaik di Tanah Melayu. Yang pertama antaranya telah ditubuhkan oleh

    Dr.R.S.Hutchings, Paderi Aglican di Pulau Pinang dalam tahun 1816 dan diberi nama

    Penang Free School kerana ia terbuka kepada kanak-kanak semua kaum dan yuran tidak

    dikenakan kepada ibubapa yang tidak mampu. Sebahagian besar perbelanjaan sekolah

    tersebut telah dibiayai oleh orang ramai dan derma yang besar dari Syarikat Hindia Timor.

    Sepertimana yang kita telah ketahui bahawa dasar pemerintahan British di Tanah

    Melayu ialah pecah dan perintah. Dengan itu, sikap seperti ini telah menyebabkan empat

    lagi sistem persekolahan wujud, selain daripada sekolah agama. Sistem persekolahan

    tersebut ialah sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular

    Tamil dan sekolah Inggeris. Selain daripada itu juga tidak terdapat satu dasar pelajaran

    kebangsaan pada masa itu. Sikap kedaerahan atau kenegerian yang diwarisi setiap kaum

    juga mendorong sistem persekolahan yang berlainan. Sekolah vernakular bermakna

    sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar dalam pengajaran

    dan pembelajaran.

  • 8/12/2019 Dasar Pendidikan British Di Tanah Melayu

    2/20

    Oleh kerana kerajaan British tidak ada suatu dasar pelajaran yang sejajar dengan

    tujuan dan matlamat tetap, sekolah-sekolah berbilang bahasa dapat berkembang mengikut

    kehendak-kehendak kumpulan etnik pada masa itu. Oleh itu wujudlah lima jenis

    persekolahan ini dalam sistem pendidikan dalam zaman pemerintahan British iaitu sekolah

    vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil, sekolah Inggeris dan

    sekolah agama atau madrasah. Kewujudan vernakularisme dalam sistem pendidikan

    pemerintahan Inggeris adalah dipengaruhi oleh faktor politik, ekonomi, sosiobudaya dan

    agama.

    SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR

    Secara amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu

    semasa penjajahan British. Dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang

    pendidikan telah mewujudkan sistem pendidikan vernakular. Sistem Pendidikan Vernakular

    bermaksud sistem pendidikan yang berasaskan bahasa ibunda masing-masing sebagai

    bahasa pengantar. Pendidikan Vernakular gagal memupuk perpaduan kaum di Tanah

    Melayu kerana mereka terpisah diantara satu sama lain. Empat aliran sekolah yang berbeza

    telah wujud semasa penjajahan British iaitu Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.

    Sistem pendidikan berbentuk vernakular dihasilkan dengan mengekalkan setiap

    kaum dengan identiti bahasa dan negara asal mereka. Sejarah membuktikan perkembangan

    untuk orang Melayu disekat dan dibantutukan oleh strategi kolonial British bagi mengelakkan

    pembentukan kesedaran kebangsaaan. Perkembangan yang berlaku menyebabkan British

    terpaksa menyediakan sistem pendidikan berbeza kepada tiga kaum tersebut. Penyediaan

    pendidikan bukanlah untuk membentuk masyarakat englightened tetapi bagi mengesahkan

    alasan-alasan kehadiran British ke Timur adalah untuk mentamadunkan masyarakatnya.

    Oleh yang demikian, British telah mewujudkan satu sistem pendidikan yang berbentuk

    vernakular bagi merealisasikan impian mereka.

    Tujuan utama adalah untuk membantutkan dasar perkembangan pendidikan dantamadun orang Melayu. Ia juga dilakukan bagi memudahkan pengaliran keluar segala hasil

    kekayaan negeri-negeri Melayu ke Britain tanpa melalui proses audit atau soal jawab

    daripada pemilik asal yang merujuk kepada orang Melayu. Sekatan pendidikan turut

    dikenakan terhadap orang India yang menetap di ladang-ladang bagi mengekalkan status

    mereka sebagai anak lalang. Orang India yang tingal di bandar-bandar seperti Pulau

    Pinang dan Melaka seperti juga orang Melayu telah di beri peluang untuk memasuki sekolah

    Inggeris. Keadaan ini telah mendirikan dua buah sekolah di bawah pimpinan pendidikan

    kolonial British iaitu Penang Free School dan Malacca Free School bagi melahirkan

    segelintir loyal servant kepada pemerintah British. Orang Cina pula mempunyaisistem

  • 8/12/2019 Dasar Pendidikan British Di Tanah Melayu

    3/20

    pendidikan tersendiri yang dibiayai oleh pedagangpedagang dan pelombong Cina.

    Ternyata orang Cina mempunyai sistem pendidikan yang jauh lebih maju daripada

    pendidikan orang Melayu dan India.

    Isu pendidikan vernakular perlu difahami kerana melalui pendidikan inilahterbentuknya polarisasi kaum. Polarisasi ini pula terusmenerus menyalurkan British

    dengan sumber manusia tanpa sebarang tentangan dan kesulitan dalam kerangka

    pengkhususan kerja masingmasing. Jika diteliti, pendidikan vernakular pra-merdeka ini

    jugalah yang menjadi asas kepada pembentukan sistem pendidikan moden di negara kita

    sehingga kini. Walau bagaimanapun, terdapat kesan negatifnya, iaitu menyebabkan

    orientasi terhadap negara ibunda masing-masing. Sekolah yang memberi kebebasan

    wujudnya sekolah-sekolah Cina dan India, telah menyebabkan masyarakat negara ini tidak

    menuju kepada perpaduan kaum, dan ini disedari bercangah dengan kepentingan terhadap

    perpaduan.

    SEKOLAH-SEKOLAH YANG DITUBUHKAN PADA ZAMAN KOLONIAL

    Terdapat empat buah sekolah Vernakular ditubuhkan pada zaman kolonial.

    1. SEKOLAH VERNAKULAR MELAYU

    Sebelum penjajahan British, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau,

    masjid dan sekolah pondok. Kokurikulumnya ialah membaca dan memahami al-Quran,

    mempelajari bahasa Arab, hukum-hukum agama, serta kemahiran membaca, menulis dan

    mengira. Sistem Pendidikan pondok atau madrasah menyediakan pendidikan yang lebih

    teratur. Ciri-ciri pendidikan pondok adalah lebih memberikan penekanan terhadap ajaran

    agama. Pelajar yang lulus sekolah pondok bakal berkhidmat sebagai guru agama yang

    bakal memberikan khidmat kepada masyarakat. Tempoh pengajian di sekolah pondok

    memakan masa yang terlalu lama iaitu sehingga sepuluh tahun.

    Sekolah Madrasah pula mempunyai ciri-ciri tersendiri, yang mana mata pelajaran

    yang diajar berdasarkan sukatan yang telah ditetapkan. Tahap pendidikan ini dilaksanakan

    secara kelas mengikut tahap,peningkatan darjah berlaku secara automatik. Tahap pengajian

    sekolah ini terbahagi kepada tiga iaitu tahap permulaan, tahap pertengahan dan tahap

    pengkhususan. Guru besar atau Mudlir adalah orang yang bertanggungjawab dalam

    mengawasi dan menguasai perjalanan sekolah Madrasah. Namun begitu terdapat satu

    lembaga dan jawatan kuasa yang membantu dalam menyelia perjalanan sekolah ini.

    Semasa pentadbiran British, Sekolah Melayu didirikan bagi memberikan pendidikan

    sekular kepada anak-anak petani dan nelayan. Sekolah sekular ini bermaksud pendidikan

    yang berkaitan dengan ilmu keduniaan. Di sekolah ini anak-anak Melayu diajar menulis,

  • 8/12/2019 Dasar Pendidikan British Di Tanah Melayu

    4/20

    membaca dan mengira serta sedikit ilmu Geografi, seni pertukangan dan perkebunan.

    Sekolah Sekular Melayu hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam

    sahaja. Sekolah sekular Melayu pertama dibina adalah di negeri-negeri selat, iaitu Sekolah

    Melayu Gelugo dan Sekolah Melayu Bayan Lepas di Pulau Pinang. Sekolah-sekolah sekular

    Melayu kemudiannya dibuka di Seberang Prai, Melaka dan kemudiannya dibuka di negeri-

    negeri Melayu yang lain.

    Sekolah-sekolah sekular yang didirikan khas untuk orang Melayu kurang mendapat

    sambutan walaupun percuma. Kehadiran pelajar yang tidak menggalakkan ini adalah

    disebabkan syak wasangka ibu bapa Melayu tentang sekolah yang didirikan oleh orang

    asing ini. Mereka tidak percayakan orang asing dapat memberi pendidikan terbaik terhadap

    anak mereka selain ajaran agama. Tiadanya pengajaran al-Quran juga merupakan faktor

    kepada kurangnya sambutan kepada sekolah sekular ini. Disamping itu kekurangan

    sambutan kepada sekolah ini juga didorong oleh amalan budaya orang Melayu sendiri,

    dimana tenaga anak-anak Melayu diperlukan untuk mengerjakan sawah, menolong keluarga

    ke laut dan juga di rumah bagi anak-anak orang Melayu yang perempuan.

    Lokasi sekolah sekular ini yang jauh dari petempatan atau perkampungan Melayu

    juga antara faktor kenapa sekolah ini kurang mendapat sambutan. Orang Melayu tidak

    mampu untuk membiayai tambang perjalanan ke sekolah sekular ini berikutan taraf ekonomi

    keluaga yang rendah. Selain itu kebanyakan anak-anak Melayu khuatir meninggalkan rumah

    kerana yang perempuan sangat terikat dengan budaya dan adat orang Melayu tradisi yang

    menghalang anak-anak perempuan untuk melangkah jauh meninggalkan rumah. Keadaan

    ini berkait rapat dengan tentangan daripada golongan konservatif iaitu golongan yang

    berpegang kuat pada asas amalan tradisi Melayu.

    Pada tahun1905, Kolej Melayu Kuala Kangsar (Malay college Kuala Kangsar)

    ditubuhkan khas bagi anak-anak golongan bangsawan Melayu yang menjadi alat

    pentadbiran British. Ianya berasaskan sistem pendidikan terbaik di Britain. Pada tahun 1910,

    mereka yang telah lulus darjah tujuh di kolej tersebut diserapkan ke dalam perkhidmatan

    pentadbiran Melayu. Pada tahun 1930, golongan ini dilantik untuk menjawat jawatan rendahdalam Perkhidmatan Awam Tanah Melayu (MCS). Lulusan kolej ini diharap menjadi

    penyokong setia British. Atas desakan untuk memenuhi kekurangan besar dalam bilangan

    guru, R.O Winstedt selaku penolong Pengarah Pelajaran telah dipertanggungjawabkan

    untuk mentadbir sekolah-sekolah vernakular Melayu. Beliau telah mencadangkan

    penubuhan sebuah maktab bagi melatih guru-guru Melayu di Tanjung Malim, Perak. Dengan

    ini, lahirlah Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922.

    Sungguh pun penubuhan MPSI dikatakan satu peritiwa bersejarah dalam pendidikan

    Melayu, namun bidang pelajarannya masih sempit. Kerajaan British masih tetap dengan

    dasar mengekalkan status quo orang Melayu. Dasar yang dipegang oleh pentadbir British

  • 8/12/2019 Dasar Pendidikan British Di Tanah Melayu

    5/20

    adalah semata-mata untuk mengeluarkan petani dan nelayan Melayu yang tahu menulis dan

    membaca. Menurut Tan Din Eing, perhatian yang lebih berat diberikan supaya orang

    melayu yang keluar dari kampung-kampungnya mendapat pekerjaan.

    Pendidikan Vernakular Melayu adalah rendah mutunya. Tumpuan diberi hanya

    kepada asas seperti membaca, menulis, dan mempelajari asas kira-kira. Antara tahun 1914-

    1940, tidak terdapat sekolah menengah aliran Melayu di Tanah Melayu. Perkembangan

    sekolah hanya terhad kepada sekolah rendah sahaja. Unsur dualisme dalam pendidikan

    vernakular Melayu sangat jelas. Bagi rakyat biasa, tujuan pendidikan Melayu adalah hanya

    menjadikan mereka petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.

    Unsur dualisme adalah bertujuan untuk mengekalkan satatus quo masyarakat

    Melayu iaitu terus membiarkan orang Melayu terus taksub dengan cara pendidikan mereka

    dan tanpa melihat kemajuan masyarakat lain yang berada di sekeliling mereka. Dengan ini

    orang Melayu tidak akan bangkit menentang kekuasaan Britisah di tanah air mereka. Ini

    bermaksud British ingin terus membiarkan orang Melayu terus di belenggu kemiskinan dan

    pemikirian kolot mereka itu. British juga ingin mengekalkan orang Melayu supaya terus

    tinggal di perkampungan nelayan atau di kawasan pedalaman dengan mengusahakan

    sawah padi. Penubuhan sekolah vernakular Melayu ini juga bertujuan untuk mengekalkan

    kesetiaan dan jalinan persahabatan antara pegawai kerajaan British dengan golongan elit

    Melayu, iaitu golongan raja dan pembesar-pembesar Melayu supaya terus memberikan

    kerjasama dengan mereka.

    2. SEKOLAH VERNAKULAR CINA

    Pendidikan Cina di Tanah Melayu sehingga abad ke-20 adalah berasaskan

    pengetahuan klasik Confucius. Sekolah-sekolah Cina menekankan kaedah pembelajaran

    secara menghafal, mendeklamasi teks Confucius atau klasik Cina tanpa memahami

    maknanya. Penggunaan sempoa (alat mengira) adalah penting. Terdapat tiga jenis sekolah

    Cina pada zaman kolonial.Sekolah yang pertama iaitu yang dikendalikan oleh jawatan kuasa peringkat daerah,

    persatuan, keluarga Cina di Bandar atau di daerah tertentu. Sekolah yang kedua iaitu

    ditubuhkan oleh orang perseorangan atau beberapa orang guru dalam satu jawatan kuasa

    yang terdiri daripada penaja atau dermawan. Sekolah yang ketiga pula yang dijalankan oleh

    guru yang mengambil upah dari anak-anak murid mereka.

    Sekolah Cina menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar. Guru,

    sukatan mata pelajaran dan buku dibawa dari China. Sekolah Cina menyediakan pendidikan

    rendah selama enam tahun. Terdapat sekolah Cina yang menyediakan pendidikan sehingga

  • 8/12/2019 Dasar Pendidikan British Di Tanah Melayu

    6/20

    tahap senior Middle iaitu pelajaran menengah atas tiga atau sekolah Tinggi. Bagi mereka

    yang hendak melanjutkan pelajaran, mereka harus pergi ke negara China.

    Langkah untuk mengawal sekolah Cina bermula apabila sekolah ini digunakan oleh

    parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis China (PKC) sebagai pusat dakyah. Sekolah

    Cina di Tanah Melayu pada tahun 1920-an menjadi medan pertarungan antara dua ideologi

    politik yang bertentangan ini. Pada tahun1920, kerajaan telah meluluskan enakmen

    pendaftaran sekolah untuk mengawal sekolah-sekolah Cina. Menurut enakmen ini, semua

    sekolah yang didirikan mesti didaftarkan. Enakmen ini memberi kuasa kepada pengarah

    pelajaran untuk menutup sekolah yang tidak mengikut syarat pengurusan, sukatan

    pelajaran, dan peraturan kesihatan yang ditetapkan oleh British. Namun, perlaksanaan

    enakmen ini kurang berjaya.

    British kemudiannya terpaksa mengambil tindakan yang lebih tegas pada tahun

    1929. Antara tindakan itu adalah menghapuskan semua unsur Eropah yang terdapat dalam

    buku teks sekolah vernakular Cina. Guru-guru yang lahir di negara Cina tidak dibenarkan

    lagi masuk ke Tanah Melayu. Pegawai-pegawai kerajaan dilantik untuk mengawal sekolah-

    sekolah Vernakular Cina ini. Selain itu, peruntukan kerajaan juga diberikan kepada sekolah-

    sekolah ini supaya dapat menyekat pengembangan ideologi komunis.

    Pada keseluruhannya, tiada permintaan yang luas bagi pendidikan Cina pada tahap

    yang lebih tinggi kerana pendidikan Cina tidak membawa ke arah kemajuan sosial dan

    ekonomi. MenurutAndaya,..seperti hal dengan pendidikan India di Tanah Melayu,

    sekolah-sekolah pengantar Cina tidak memberikan persediaan supaya seseorang individu

    boleh naik meningkat di bawah pemerintahan kolonial British.

    3. SEKOLAH VERNAKULAR TAMIL

    Semasa zaman pendidikan British kita melihat bahawa ,British tidak mengambil berat

    tentang pendidikan orang India. Pendidikan Tamil adalah secara formal di Tanah Melayu

    dan dimulakan oleh orang perseorangan dan pertubuhaan masyarakat India. Dalam

    perkembangan sekolah India kita dapat menilai dan melihat bahawa sekolah Vernakular

    Tamil dipengaruhi oleh perkembagan ekonomi di Tanah Melayu . British telah mengarahkan

    supaya Orang India berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja di Tanah Melayu sebagai

    pekerja di ladang kopi,ladang tebu, ladang kelapa dan ladang getah . Dalam masa yang

    sama juga masyarakat India telah membina sekolah-sekolah Tamil dan sekolahsekolah ini

    telah didirikan di kawasan ladang di Seberang Prai , Pulau Pinang dan Johor.

    Dapat dilihat bahawa sekolah-sekolah India yang di bina pada waktu itu, hanya

    sekolahsekolah ladang dan bermutu rendah dan menghadapi pelbagai masalah seperti

    kekurangan kemudahan di dalam sekolah seperti alat-alat untuk mengajar , dan juga

  • 8/12/2019 Dasar Pendidikan British Di Tanah Melayu

    7/20

    bilangan guru yang betul-betul berkelayakan . Lazimnya sekolah-sekolah adalah terdiri

    daripada Kangai , Penyelia ladang , ataupun buruh-buruh yang yang secara kebetulan

    diketahui tahu membaca dan menulis akan diambil secara langsung menjadi guru di sekolah

    India pada masa itu.

    Dari segi bahasa pengantar yang digunakan pula , di sekolah India telah

    menggunakan pelbagai rumpun bahasa dari India seperti bahasa Telegu, Malayalam,

    Punjabi atau bahasa Hindi. Hal ini menunjukkan bahawa sukatan pelajaran yang digunakan

    pada masa itu, adalah yang berunsur keindahan. Pada tahun 1962 , British telah

    memperkenalkan sebuah undang-undang buruh yang mewajibkan pengusaha ladang

    supaya menyedikan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya. Keadaan ini secara

    langsung telah menyebabkan bilangan sekolah Tamil bertambah bagaikan cendawan

    selepas hujan di setiap kawasan ladang di Tanah Melayu.Walau bagaimanapun, terdapat

    juga sekolah Tamil yang didirikan di kawasan bandar seperti sekolah Thamboosamy Pillai

    dan sekolah Vivekananda di Bandar Kuala Lumpur.

    Kesimpulannya, dapat kita renungkan bersama bahawa campur tangan kerajaan

    pada masa ituterhadap sekolah Tamil adalah paling minimum kerana banyak dikuasai olehGabenor British yangmemerintah sesuatu kawasan atau daerah Tanah Melayu, apa yang dikatakan adalah muktamad dantidak boleh dibantah. Matlamat kerajaan pada masa itu jugahanya ingin mewujudkan tenaga buruhIndia untuk kepentingan Tanah Melayu dan hanyaberpuas hati melihat orang India hanya mempunyaipengetahuan asas seperti dalam bidangpertanian , dan dalam bidang kemahiran sahaja. Kerajaanpada masa itu melihat kewujudansekolah Tamil pada peringkat tinggi difikirkan tidak perlu dan tidakpenting kepada masadepan masyarakat Tamil. Hal ini telah membawa kesan luka di jiwa masyarakat India padamasa itu kerana hanya golongan India yang kaya sahaja mampu menghantar anak merekake sekolah Inggeris yang lengkap dan mencukupi dari pelbagai kelengkapan. Natijahnya,

    kita melihat bahawa ini telah membawa kepada jurang perbezaan antara orang India yang

    berpendidikan Inggeris dan bejaya menceburkan diri dengan kerjaya yang bagus

    berbanding dengan orang India yang miskin dan terpaksa hidup kekal menjadi buruh dikawasan ladang dan pelabuhan sahaja.

    4. SEKOLAH VERNAKULAR INGGERIS

    Sekolah Inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di Tanah Melayu.

    Sekolah-sekolah ini diusahakan oleh mubaligh Kristian dan badan-badan awam. Tujuan

    kerajaan mengadakan sekolah Inggeris adalah supaya penduduk tahu membaca, menulis

    dan mengira. Walau bagaimanapun, pentadbiran British memerlukan ramai kerani dan

    pegawai rendah tempatan yang mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris. Sekolah

  • 8/12/2019 Dasar Pendidikan British Di Tanah Melayu

    8/20

    Inggeris yang pertama di dirikan di Negeri-Negeri Selat digelar Sekolah Free. Sekolah ini

    digelar sedemikian kerana terbuka untuk semua kaum. Sekolah Inggeris yang pertama di

    Tanah Melayu adalah Penang Free School yang ditubuhkan pada tahun 1816. Tujuan

    penubuhan sekolah itu adalah untuk melahirkan golongan pegawai yang cerdik, tekun dan

    jujur.

    Sekolah Inggeris dibahagikan kepada sekolah perempuan dan sekolah lelaki. Kelas

    yang lebih tinggi akan diajar kemahiran pertukangan kayu, membuat kasut dan pakaian.

    Sekolah Inggeris yang lain adalah Malacca School Free (1826) dan Singapore Free School

    (1834). Terdapat sekolah Inggeris kerajaan di Negeri-negeri Melayu yang menawarkan

    pelajaran percuma kepada anak-anak lelaki golongan pembesar. Pegawai British seperti

    Frank Swettenham, Hugh Clifford dan Martin Lister menganggap bahawa apabila pelajaran

    percuma diberikan, para pembesar akan lebih mudah bekerjasama.

    Pada tahun 1889, William Maxwell, residen Selangor telah melantik Rev. Frank

    Haines sebagai guru Bahasa Inggeris kepada anak-anak raja di Selangor. Sebuah kelas

    bahasa Inggeris dimulakan pada tahun 1890 di sekolah Melayu di Kuala Lumpur tetepi

    sambutannya amat dingin. Sekolah Inggeris didirikan akibat desakan orang ramai ialah

    Victoria Intstution, Kuala Lumpur. Sekolah ini ditubuhkan pada 1893 bersempena perayaan

    Jubli Intan pemerintahan Ratu Victoria. Rayuan bagi memberi derma kepada tabung sekolah

    tersebut disambut baik. Jumlah murid pada peringkat awal adalah 150 orang kanak-kanak

    lelaki. Pada tahun 1925, sekolah ini dijadikan sekolah kerajaan dan kemudian dipindahkan

    ke Bukit Petaling pada tahun 1929.

    Terdapat sekolah Inggeris yang ditubuhkan oleh badan mubaligh Kristian seperti

    Pertubuhan Mubaligh London, Methodist Amerika, Gereja Anglikan dan Gereja Roman

    Katolik. Sekolah-sekolah ini berkembang apabila mendapat bantuan dari kerajaan British.

    Sumbangan penting sekolah mubaligh adalah kejayaan memberikan pelajaran kepada

    anak-anak perenpuan. Mereka berjaya meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak

    perempuan mereka ke sekolah. Pada akhir tahun 1974, tedapat kira-kira 33 buah Mubaligh

    untuk kanak-kanak perempuan.Antara sekolah mubaligh bagi kanak-kanak perempuan ialah sekolah Perempuam

    Methodist Senior, Kuala Lumpur. Sekolah ini diserahkan kepada mubalight Methodist

    Amerika masalah kewangan dan kesukaran untuk mendapatkan tenaga pengajar. Terdapat

    juga sekolah-sekolah mubaligh untuk kanak-kanak lelaki seperti sekolah lelaki Katholik di

    Pulau Pinang dan St. John Institution di Kuala Lumpur. Mata pelajaran adalah nahu

    Inggeris, Sejarah dan Geografi diajar dalam tahun tiga. Mata pelajaran sejarah diajar

    berdasarkan sejarah Rom atau Britain. Sekolah perempuan Inggeris memberi penekanan

    kepada kelas jahitan, memasak dan muzik.

  • 8/12/2019 Dasar Pendidikan British Di Tanah Melayu

    9/20

    Setelah biasiswa-biasiswa Negeri (1863), Biasiswa Queen (1885), dan sijil

    Cambridge (1891) diperkenalkan, barulah sekolah Inggeris mempunyai sukatan pelajaran

    yang seragam. Sekolah Inggeris kemudian dimajukan menjadi sekolah rendah dan sekolah

    menengah. Sekolah rendah menyediakan pelajaran selama tujuh tahun iaitu darjah rendah,

    satu dan darjah rendah serta diikuti darjah satu hingga lima. Sekolah Menengah pula

    menyediakan pelajaran selama 4 tahun, iaitu darjah enam hingga kelas Sijil Persekolahan.

    Murid-murid dalam darjah lima boleh mengambil peperiksaan khas, iaitu Sijil Junior

    Cambridge.

    Mata pelajaran utama yang diajar ialah bahasa Inggeris, Sejarah, Kesusasteraan

    Inggeris, Matematik Permulaan, Ilmu Kesihatan dan Ilmu Alam. Mata pelajaran lain turut

    ditawarkan tetapi bergantung kepada kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut.

    Misalnya, Raffles Institution telah memulakan kelas Sains mulai tahun 1929. Kelas Sains

    diadakan pada hari Sabtu dan waktu petang untuk murid dari sekolah yang lain. Contohnya

    Sekolah Tinggi Bukit Martajam akan pergi ke Penang Free School pada setiap hari sabtu

    untuk menghadiri kelas Sains. Sukatan Pelajaran di sekolah Inggeris berasaskan

    berdasarkan sukatan pelajaran sekolah menengah di England. Murid dari sekolah Inggeris

    mempelajari Sejarah dan Geografi British serta Kesusasteraan Inggeris yang tidak berkaitan

    dengan orang Asia.

    KESAN SISTEM PENDIDIKAN BRITISH

    Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di

    Tanah Melayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu amat

    mengambil berat aspek mengagungkan tanah air sendiri. Contohnya pendidikan Cina yang

    berorientasikan negara asal mereka iaitu China, manakala pendidikan India pula berasaskan

    negara India. Selain itu, pendidikan zaman dahulu juga menitikberatkan aspek

    kecenderungan terhadap agama, seperti kewujudan sekolah-sekolah pondok untuk

    mengajar Al-Quran dan hal-hal berkaitan dunia akhirat. Selepas kemasukan kurikulumberasaskan British, maka berlakulah rombakan terhadap sistem pendidikan asal yang

    diamalkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat beberapa kelemahan

    dalam sistem pendidikan yang dianjurkan oleh British. Maka, wujudlah beberapa laporan

    yang bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan British ini seperti Laporan Fenn-Wu

    1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.

    1. KESAN DARI ASPEK FALSAFAH PENDIDIKAN

    Falsafah berasal daripada perkataan Yunani Tua iaitu Philosophia yang bermaksud

    cinta kepada ilmu pengetahuan atau hikmah. Falsafah pendidikan negara mempunyai

  • 8/12/2019 Dasar Pendidikan British Di Tanah Melayu

    10/20

    perbezaan yang jelas sebelum dan selepas kemerdekaan. Sebelum kemerdekaan falsafah

    pendidikan kita lebih bercorak tradisional. Hal ini disebabkan masyarakat lebih

    mementingkan kecerdasan dan kemahiran untuk meneruskan hidup dengan bekerja yang

    bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki. Falsafah pendidikan masyarakat tradisional

    lebih cenderung kepada aspek-aspek kerohanian, akhlak dan moral. Hal dibuktikan

    berdasarkan penubuhan sekolah-sekolah pondok dan madrasah yang memberi pengajaran

    dan pembelajaran seperti membaca al-Quran dan tajwid, Tafsir al-Quran, Hadis, Fiqah dan

    Tauhid (Awang Had Salleh, 1980).

    Pada zaman penjajahan falsafah pendidikan lebih tertumpu kepada menjaga

    kepentingan British di Tanah Melayu. Era ini telah memaparkan pendidikan yang

    diperkenalkan oleh penjajah telah melebarkan jurang pendidikan, perpaduan dan integrasi

    antara kaum. Sistem ini mengakibatkan masyarakat Melayu terus berada di Kampung, Cina

    menguasai bandar dan India akan bermastautin di ladang-ladang. Pendidikan yang

    diperkenalkan adalah bertujuan untuk mengelakkan peningkatan taraf hidup masyarakat

    pribumi. Pihak penjajah memperkenalkan pendidikan bebas untuk mengelakkan berlakunya

    penentangan dalam masyarakat pribumi.

    2. KESAN DARI ASPEK DASAR PENDIDIKAN

    Dasar membawa maksud bahagian yang terpenting, asas atau pokok sesuatu

    perkara (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002). Dasar pendidikan di negara kita mempunyai

    perbandingan yang ketara antara sebelum dan selepas merdeka. Pada era penjajahan,

    pihak kolonial Inggeris telah memperkenalkan dasar pendidikannya tersendiri. Antaranya

    ialah dasar penyekatan yang bersifat menghalang kemajuan orang Melayu. Pihak Inggeris

    lebih cenderung untuk memastikan masyarakat Melayu kekal sebagai petani, nelayan dan

    memuliakan kerja buruh (Awang Had Salleh, 1974). Menurut Sufean Hussin (1996) dasar

    sekatan ini bertujuan untuk mengongkong dan membendung pemikiran tradisional serta

    primitif atau kekampungan orang-orang Melayu. Hal ini menyebabkan pembelajaran di

    sekolah vernakular Melayu adalah sekadar membasmi buta huruf pada tahap minimum.

    Kesan langsung dari dasar ini mewujudkan satu fenomena status dalam pendidikan yang

    menyebabkan golongan yang mampu akan mendapatkan pendidikan dan masyarakat

    bawahan terus disisihkan kerana dasar yang diperkenalkan tidak menyedarkan masyarakat

    tentang kepentingan pendidikan.

    3. KESAN DARI ASPEK PEMBENTUKAN PERPADUAN

    Perpaduan merupakan elemen penting dalam pembentukan sebuah masyarakat

    yang pelbagai kaum di Malaysia. Jika diperhatikan perbandingan yang jelas wujud dalam

  • 8/12/2019 Dasar Pendidikan British Di Tanah Melayu

    11/20

    sistem pendidikan sebelum dan selepas kemerdekaan dalam pembentukan perpaduan etnik

    yang pelbagai iaitu Melayu, Cina dan India. Masyarakat majmuk di negara ini mampu

    merencatkan perpaduan jika tidak ditangani dengan betul dan berhemah. Menurut Sanusi

    Osman (1985) masalah sebenar yang kita hadapi bukan berpunca daripada berbagai

    kumpulan etnik yang ada di negara ini, tetapi yang lebih penting ialah perasaan perkauman

    dalam kalangan rakyat di negara ini terlalu dibesar-besarkan.

    Sejarah telah membuktikan sebelum mencapai kemerdekaan perpaduan sukar

    dicapai kerana dasar pendidikan penjajah yang berbeza untuk setiap kaum di Malaysia pada

    ketika itu. Setiap bangsa dibahagikan kepada kurikulum pendidikan yang berbeza. Melayu

    diajarkan teknik penternakan dan pertanian di samping membaca, mengira dan menulis.

    Kaum Cina mengambil sistem kurikulum dan guru dari negara China manakala kaum India,

    kurikulum mereka berdasarkan Kod Buruh. Pendidikan bersifat bebas yang diperkenalkan

    oleh British menyebabkan perpaduan sukar dicapai. Dasar pecah dan perintah yang

    diperkenalkan oleh British juga melebarkan lagi jurang perpaduan antara masyarakat dan

    akhirnya membawa kepada tradegi hitam dalam sejarah negara iaitu rusuhan kaum 13 Mei

    1969.

    4. KESAN DARI ASPEK PEMBANGUNAN MODAL INSAN

    Pembangunaan modal insan merupakan salah satu matlamat utama dalam

    pendidikan. Menurut Becker (1987), modal insan ialah yang berkaitan dengan pengetahuan,

    maklumat, idea-idea, kemahiran dan tahap kesihatan yang dimiliki oleh individu dalam

    menjalankan tugas dan tanggungjawab. Persoalannya, sejauh manakah pendidikan

    sebelum dan selepas kemerdekaan memberi implikasi terhadap pembangunan modal

    insan? Pada peringkat awal, sistem pendidikan di negara kita hanya berteraskan pendidikan

    oleh ibu bapa dan ahli keluarga. Sistem ini berdasarkan konsep warisan. Ibu bapa akan

    mengajar segala kemahiran yang dimiliki kepada anak-anak. Oleh itu, modal insan yang

    dilahirkan hanya mempunyai kemahiran yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Masyarakat

    tradisional ini juga menerapkan pendidikan agama dan menghantar anak-anak mereka ke

    sekolah pondok dan madrasah. Kesedaran ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud:

    Sebenarnya mereka yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari

    kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. (Surah Fatir, 28)

    Pendidikan semasa era penjajahan dilihat kurang signifikan dalam membangunkan

    modal insan. Hal ini disebabkan hala tuju dan falsafah pendidikan Inggeris tidak memberi

    peluang kepada masyarakat Melayu khususnya untuk mengembangkan bakat dan

    kebolehan. Selain itu, jenis pendidikan yang bersifat bebas menyebabkan terdapat

  • 8/12/2019 Dasar Pendidikan British Di Tanah Melayu

    12/20

    perbezaan jurang dalam pendidikan yang akhirnya membantutkan pembangunan modal

    insan.

    5. KESAN DARI ASPEK MEMBASMI KEMISKINAN

    Pendidikan merupakan langkah yang proaktif bagi meningkatkan taraf hidup dan

    membolehkan individu keluar dari kepompong kemiskinan. Hal ini dibuktikan melalui Duke

    (1985), Coombs dan Manzoor (1974) yang mengatakan bahawa cara yang terbaik bagi

    menyerang dan membasmi kemiskinan ialah melalui pendidikan dan latihan. Walau

    bagaimanapun, pembangunan insan di negara kita memperlihatkan perbandingan yang

    jelas dari aspek membasmi kemiskinan antara sebelum dan selepas kemerdekaan.

    Pada era masyarakat tradisional falsafah pendidikan yang diterapkan tidak mampu

    untuk membasmi kemiskinan kerana sistem pendidikan pada masa itu yang bersifat warisan

    iaitu anak-anak akan mewarisi pekerjaan ibu bapa. Walau bagaimanapun, kehadiran

    pengajian agama Islam telah membuka minda masyarakat Tanah Melayu pada masa itu

    tentang peri pentingnya pendidikan seterusnya melonjakkan pembangunan insan maju

    selangkah ke hadapan. Namun kekangan yang dihadapi ialah sebelum abad ke-20 masih

    tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal dan sistematik di negeri-negeri

    Tanah Melayu.

    Perubahan sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh penjajah semakinmemburukkan keadaan kerana falsafah pendidikannya lebih bersifat bebas. Masyarakat

    Melayu khususnya masih dihimpit kemiskinan kerana sistem pendidikan penjajah yang tidak

    memberi peluang kepada masyarakat Melayu untuk menonjolkan bakat.

    Menurut Sufean Hussin (1996) kegagalan pendidikan untuk berfungsi bagi

    membasmi kemiskinan pada era penjajahan disebabkan kurang kesedaran masyarakat

    Melayu ketika itu perihal kepentingan celik huruf dan pendidikan disebabkan oleh dasar

    pendidikan penjajah. Selain itu, tiada sistem pengangkutan yang baik dan kesempitan

    pemikiran orang Melayu ketika itu menyatakan bahawa hala tuju sekolah-sekolah kerajaan

    adalah untuk menyebarkan ideologi sekular yang bertentangan dengan ajaran Islam telah

    menghambat perkembangan pendidikan.

    KESAN SISTEM PENDIDIKAN KOLONIAL TERHADAP HUBUNGAN ETNIK

    Semua sekolah yang ditubuhkan pada zaman kolonial adalah mencerminkan kuasa,

    keperluankeperluan dan kehendak-kehendak pendidikan penjajah. Walaupun pendidikan

    pada waktu

  • 8/12/2019 Dasar Pendidikan British Di Tanah Melayu

    13/20

    tersebut memang suatu kepentingan tetapi sekolah-sekolah yang direka adalah bagi

    memenuhi keperluan penjajah. Pentadbir-pentadbir sedar bahawa tujuan pendidikan

    penjajah adalah untuk melatih kerani-kerani yang akan menjadi kakitangan rendah di dalam

    perkhimatan awam.

    Bagi pertubuhan-pertubuhan mubaligh pula, matlamat yang paling penting sekali

    ialah perkembangan agama Kristian di Tanah Melayu, dan Pulau Borneo. Penekanan para

    mubaligh ini adalah tentang ajaran berpandukan bible. Disebabkan orang Melayu telah

    mengenali Islam terlebih dahulu maka pendidikan atau ajaran agama kristaian dalam

    kalangan masyarakat pada masa tersebut tidak mempunyai input atau persetujuan orang

    Melayu, serta kaum-kaum lain pada waktu tersebut. Maka ini telah merenggangkan

    hubungan persefahaman antara kaum Melayu dengan kaum lain khususnya

    kaum Cina dan India.

    1. SATU AGEN PEMBEKUAN

    Sebab sistem pendidikan kolonial ini memberikan kesan negatif kepada hubungan

    etnik kerana beberapa sebab yang telah dikenalpasti iaitu satu agen pembekuan

    pembekuan yang mengongkong pertumbuhan idea masyarakat untuk mengetahui sesuatu

    ilmu. Kesan negatifnya pula dapat dilihat dari dari pelbagai sudut iaitu dari segi politik,

    undang-undang, pendidikan, ekonomi, pemikiran dan lain-lain. Semasa zaman

    pemerintahan British, masyarakat Tanah Melayu terpinggir dari arus pembangunanekonomi, politik dan sosial serta ketinggalan dalam arus pendidikan.

    General W.H Treacher, merupakan salah seorang yang bertanggungjawab ke atas

    sistem pemerintahan kolonial di Tanah Melayu dulu dan dia pernah mengatakan Orang

    Melayu telah diberikan segala-galanya seperti dari segi keselamatan, sistem perhubungan,

    perkhimatan, kesihatan ,pelajaran, undang-undang corak pentadbiran bahasa dan

    Kebudayaan dan aspek psikologi rakyat peribumi. Namun ini adalah tidak benar seperti

    yang diwar-warkan mereka. Mereka telah mengongkong pergerakan dan pemikiran orang

    Melayu melalui menyekat dan menghadkan pendidikan mereka. British hanya ingin orang

    Melayu pandai membaca dan menulis serta mempelajari asas pertanian supaya mereka

    boleh menjadi nelayan dan petani yang lebih baik dari ibu bapa mereka. Keadaan ini

    menyebabkan orang Melayu tidak akan terkeluar dari kepompong pemikiran mereka dan

    terus tunduk kepada British.

    Tegasnya disini semasa pemerintahan British tidak ada sistem pendidikan yang

    sistematik pada masa itu. Pada masa ini tiga kaum terbesar Tanah Melayu iaitu Melayu,

    Cina dan India ada sistem pendidikan yang tersendiri. Orang India dan Cina berkiblatkan

    negara asal mereka. Bagi sekolah Vernakular Cina, buku, sukatan pelajaran dan guru yang

  • 8/12/2019 Dasar Pendidikan British Di Tanah Melayu

    14/20

    mengajar di bawa khas dari Tanah Besar China. Hal ini menyebabkan proses asimilasi

    kaum sukar berlaku dan hidup mengikut ras dan kelompok masing-masing. Dari ini telah

    wujud masyarakat majmuk di Malaysia berikutan dasar pecah dan perintah British. British

    tidak mahu kejadian yang sama seperti di India berlaku di Tanah Melayu.

    Menyorot kejadian itu, semasa pendudukan British di India, British telah

    memperkenalkan satu sistem pendidikan yang sama kepada masyarakat India. Sistem

    pendidikan yang diperkenalkan merangkumi pendidikan rendah, menengah dan peringkat

    tinggi iaitu universiti. Kesan daripada pengenalan sistem ini menyebabkan masyarakat

    tempatan India yang berpendidikan Inggeris telah bangkit menentang pemerintahan British

    di India. Dalam kontek ini, pendidikan yang sepatutnya berfungsi sebagai alat perubahan

    adalah tidak relevan apabila ia dikaitkan dengan dasar pendidikan kolonial terhadap

    orang-orang Melayu. Sebaliknya, kurikulum yang disediakan adalah sebagai satu usaha

    yang secara tidak langsung bertujuan membekukan orang-orang Melayu dengan cara

    mengekalkan mereka dalam likungan kekampungan, jauh dari cabaran aktiviti-aktiviti

    ekonomi moden. Maka jelaslah ini menimbulkan masalah kerana kurang persefahaman

    antara etnik kerana jarak hubungan antara kaum-kaum telah direnggangkan oleh British.

    2. SATU ZAMAN PENYISIHAN (KONSEP SEGREGSI)

    Sistem pendidikan telah dikenal pasti sebagai zaman penyisihan kerana telah

    mewujudkan sekolah yang pelbagai aliran. Hal ini menimbulkan kesan negatif pada

    pendidikan kolonial kerana dilihat dari aspek sosial adalah kewujudan masyarakat majmuk

    di Malaysia. Pengenalan sistem pendidikan berasaskan bahasa ibunda masing-masing

    sebagai bahasa pengantar menyebabkan masyarakat di Tanah Melayu terpisah antara satu

    sama lain. Dalam keadaan seumpama ini menyebabkan perpaduan kaum sangat sukar

    dipupuk kerana tidak ada satu bahasa yang dapat dijadikan bahasa rasmi yang boleh

    menyatukan semua masyarakat ketika ini. Jadi boleh dikatakan penduduk di Tanah Melayu

    saling tidak memahami bahasa antara satu sama lain. Untuk memupuk perpaduan kaum

    satu bahasa harus ditetapkan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi sertaharus difahami semua lapisan masyarakatnya. Keadaan ini disebabkan semua kaum di

    Tanah Melayu masing-masing taksub dengan bahasa ibunda sendiri yang mana orang Cina

    dengan bahasa Cina, orang India dengan bahasa Tamil, Malayam, Telegu, Hindi dan

    sebagainya.

    Manakala orang Melayu tegar dengan bahasa Melayu dan terceruk tinggal di

    kampung-kampung sebagai nelayan ataupun petani yang mengerjakan sawah padi. British

    sengaja membiarkan keadaan ini supaya mereka senang memerintah dan mengaut

    kekayaan di Tanah Melayu dengan sewenangwenangnya. Sementara itu rakyat peribumi

    dibiarkan

  • 8/12/2019 Dasar Pendidikan British Di Tanah Melayu

    15/20

    merempat dan ditindas di negeri sendiri. Dasar pemerintahan seumpama ini dikenali

    sebagai dasar pecah dan perintah.

    Dasar pendidikan kolonial menyebabkan pengenalan kaum berasaskan tempat

    tinggal. Keadaan ini menyebabkan jurang perbezaan antara kaum amat ketara. Interaksi

    kaum pada masa ini amat lemah. Masyarakat di Tanah Melayu pada zaman ini hanya

    terceruk dalam lingkaran mereka sahaja dan tidak ambil peduli hal hidup masyarakat lain di

    sekelilingnya. Apa yang menyedihkan adalah sikap imigran yang tinggal di Tanah Melayu

    yang langsung tidak menunjukan rasa kecintaan mereka pada tanah tempat mereka

    berlindung. Contohnya imigran Cina hanya mengambil tahu tentang perkembangan di

    Tanah Besar China sama ada isu semasa mahupun pergolakan politik. Oleh itu, sekolah-

    sekolah Vernakular Cina di Tanah Melayu menjadi tempat penyebaran ideologi parti

    Komintang dan Parti Komunis China pada tahun1920-an. Begitu juga dengan masyarakat

    India, mereka langsung tidak mengambil tahu tentang Tanah Melayu. Perhatian mereka

    hanya kepada negara India. Pengenalan kaum berasaskan tempat tinggal amat ketara pada

    masa ini, orang Cina lazimnya di bandar-bandar atau lombong, orang India di kawasan estet

    dan ladang kopi manakala orang Melayu tinggal di kawasan pedalaman iaitu kampung dan

    juga kawasan pinggir pantai.

    Dasar pendidikan kolonial menyebabkan pengkelasan masyarakat mengikut

    pekerjaan. Kebanyakan sekolah Vernakular ini tidak mempunyai sukatan mata pelajaran

    yang betul dan hanya memberikan pendidikan di peringkat asas sahaja. Contohnya

    Vernakular Melayu, iaitu Sekolah Bayan Lepas di Pulau Pinang dan Sekolah Melayu

    Gelugor hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam sahaja. Anak-anak

    Melayu sekolah ini hanya diajar menulis, membaca, mengira, sedikit ilmu Geografi, seni

    pertukangan seperti pertukangan kayu dan perkebunan. Pendidikan Vernakular Melayu ini

    amat rendah mutunya. Mata pelajaran Geografi yang diajar adalah Geografi British yang

    tidak ada kena-mengena dengan orang Melayu. Anak-anak Melayu yang belajar di sekolah

    ini diajar asas pelayaran dan pertanian supaya mereka boleh menjadi nelayan dan petani

    yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.

    Pendidikan zaman kolonial menyebabkan wujudnya sekolah yang berasaskan

    bahasa ibunda masingmasing. Walaupun sudah lama merdeka, sistem pendidikan negara

    kita masih dicengkam oleh bibit perpecahan dan pengasingan dengan wujudnya sekolah

    berasaskan kepada kepentingan budaya etnik dan bertunjangkan kepada negara-negara

    asal kaum pendatang khususnya dari Benua India dan Tanah Besar Cina.Tidak kurang

    pentingnya pengaruh budaya daripada Timur Tengah dan Arab juga membawa bibit

    perpecahan di kalangan masyarakat Melayu dengan wujudnya aliran pendidikan Arab

  • 8/12/2019 Dasar Pendidikan British Di Tanah Melayu

    16/20

    di samping dua aliran lain iaitu Melayu dan Inggeris. Pendidikan dan persekolahan

    menanamkan ideologi politik dan ideologi sosial yang berbeza yang menjadikan masalah

    perpecahan begitu meruncing.

    Sistem pendidikan kolonial terutamanya sekolah Vernakular Inggeris

    menguntungkan kaum bukan Melayu dan golongan ini menikmati lebih banyak peluang

    perubahan dan kemajuan dalam sistem kolonial yang masih tebal pengaruh dan

    kewibawaannya pada pra-Merdeka.

    Sebab sistem pendidikan kolonial memberi kesan negatif kepada hubungan etnik

    kerana telah menyebabkan berlakunya mobiliti sosial melalui pencapaian kejayaan,

    pendidikan, pekerjaan, dan seterusnya kedudukan dalam masyarakat. Hal ini akan

    menyebabkan wujud konflik dengan dasar keseluruhan penjajahan Inggeris, iaitu

    memelihara keaslian masyarakat Melayu. Dua sistem pendidikan yang bertentangan dari

    segi fungsi dapat dapat dijalankan seiringan. Pertama mewujudkan sistem pendidikan

    Melayu dalam bahasa Melayu yang membekukan masyarakatnya, dan keduanya

    menyisihkan masyakat Melayu daripada terlibat secara yang bermakna dalam satu sistem

    pelajaran lain dan dalam bahasa lain yang diiktiraf mempunyai nilai ekonomi dan politik, iaitu

    sistem persekolahan Inggeris.

    3. MENIMBULKAN KRISIS BAHASA

    Krisis bahasa akibat daripada sistem pendiddikal ikan zaman kolonial berlaku kerana

    satu perubahan dasar yang dibuat pada zaman pemerintahan Inggeris iaitu kewujudan

    sekolah vernerkular yang mesti menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kesan ini

    kepada masyarakat Melayu ialah menjadikan bahasa Melayu yang sudah mula diketepikan

    akibat daripada proses penjajahan serta pengaruhpengaruh yang meresap ke negara ini

    telah menyebabkan bahasa Inggeris pula menjadi bahasa pengantar di semua sekolah. Hal

    ini menyebabkan bahasa asal kaum Melayu, kaum Cina, dan Kaum Tamil terpakasa

    diketepikan sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular masing-masing. Perubahan-

    perubahan ini telah menimbulkan reaksi yang berbeza-beza daripada masyarakat yangpelbagai bangsa dan bahasa.

    Timbul juga penentang-penentang dasar pelajaran kebangsaan boleh dikenal pasti

    daripada tiga kumpulan dan boleh dikenali melalui latar belakang pendidikan yang telah

    mereka terima daripada zaman kolonial. Pandangan mereka terhadap dasar pelajaran

    kebangsaan juga berbeza-beza berdasarkan minat, keperluan dan kepentingan masing-

    masing. Mereka yang terdiri daripada yang berpendidikan Inggeris pula mahukan bahasa

    Inggeris dikekalkan pula kedudukannya di sekolah-sekolah. Dari mereka yang

    berlatarbelakangkan pendidikan Cina pula mahukan semua bahasa yang terdapat di negara

    ini diiktiraf sama dengan kedudukannya. Akan tetapi orang-orang Melayu melihat kedudukan

  • 8/12/2019 Dasar Pendidikan British Di Tanah Melayu

    17/20

    bahasa Melayu melalui satu perspektif yang berlainan. Maka kita dapat melihat dengan jelas

    bahawa memang wujud krisis bahasa akibat daripada sistem pendidikan kolonial.

    4. MENYEBABKAN BAHASA DAN BUDAYA MELAYU TERANCAM

    Perkembangan baru dalam bidang politik telah mempertajamkan pemikiran

    pemimpin orang Melayu tentang masalah pelajaran. Hal ini, bukan setakat orang melayu

    sahaja bahkan terhadap masalah perkauman , terutamanya dalam kalangan orang-orang

    Cina, telah mulai disedari amat membahayakan keamanan dalam negara. Sistem

    pendidikan kolonial yang memberikan kebebasan kepada wujudnya sekolah-sekolah Cina

    dan india, yang seluruhnya mempunyai orientasi ke negara ibunda masing-masing tanpa

    merujuk kepada negara ini. Natijahnya, kaum Cina dan kaum India dilihat amat menekankan

    konsep etnosentrierisme pada masa tersebut.

    Kesan negatif lain sistem pendidikan kolonial, sistem peperiksaan yang telah

    dilaksanakan di semua sekolah Melayu. Tidak semua orang mendapat peluang yang sama

    dalam menghadapi peperiksaan. Sesetengah sekolah mempunyai kemudahan, guru-guru,

    dan lain-lain yang lebih baik. Ini menjadi (head stort ) permulaan awal kepada mereka .

    Kegaglan mereka dalam peperiksaan menyukarakan mereka mendapat pekerjaan dalam

    perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun, kegagalan mereka bukan disebabkan

    kekurangan kemudahan tetapi disebabkan oleh sikap ibu bapa individu itu sendiri yang

    memang mempunyai sikap anti-penjajah masa waktu tersebut. Jadi peluang yang sama bagi

    mobiliti tidak akan diperoleh bagi mereka yang gagal dalam peperiksaan yang dilaksanakan

    oleh pentadbir British pada zaman kolonial. Perkara ini kerap kali timbul di kalangan pelajar

    di luar bandar yang mempunyai sekolah yang serba kekurangan. Dengan itu wujud

    perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu kerana dilema kegagalan dalam

    peperiksaaan. Hal ini menjejaskan hubungan etnik kerana pelajar yang tinggal di bandar

    seperti pelajar Cina dan India akan lulus keran mempunyai kemudahan yang serba lengkap.

    5. MEWUJUDKAN PELBAGAI JENIS SEKOLAH YANG MEMISAHKAN KAUMPada zaman penjajahan Inggeris berbagai jenis sekolah yang telah diwujudkan

    seperti sekolah Melayu, sekolah Agama, sekolah Cina, dan sekolah Tamil telah menjadi

    pemisah yang besar kepada hubungan etnik di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Hal ini

    kerana setiap sekolah tersebut khusus untuk kaum tertentu sahaja. Beliau menegaskan

    yang situasi begini merupakan penyebab utama kanak-kanak Melayu, Cina, dan India sukar

    bergaul antara satu dengan yang lain. Tanpa pergaulan dan persefahaman, perpaduan

    kaum tidak mungkin akan tercapai jika sistem pendidikan kolonial ini terus dikekalkan.

    Ketiga-tiga kaum iaitu orang Melayu, Cina dan India hanya berkesempatan bergaul jika

    mereka belajar di sekolah Inggeris yang terdapat di bandar-bandar sahaja. Walau

  • 8/12/2019 Dasar Pendidikan British Di Tanah Melayu

    18/20

    bagaimanapun sekolah ini hanyalah lebih kepada orang Cina dan india sahaja dan

    mengenetepikan peluang bagi anak-anak orang Melayu yang tinggal di desa.

    Sekolah begini juga tidak ada dasar tentang bahasa peengantar yang tunggal.

    Sekolah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris, sekolah Melayu menggunakan bahasa

    Melayu, sekolah Agama menggunakan bahasa Arab di samping bahasa Melayu, sekolah

    Cina pula menggunakan bahasa Cina dan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil.

    Natijahnya, telah mewujudkan kompenankompenan masyarakat yang berasingantapi

    berdampingan.Tambahan juga kemunculankota-kota kolonialini yang menerapkan

    kepentingan sesuatu kaum tertentu.

    Disebabkan setiap jenis sekolah khusus untuk kaum tertentu, maka sekolah-sekolah

    itu terpisah di antara satu dengan yang lain. Mengikut kedudukan geografinya serta taburan

    penduduk kita dapat mengetahui yang kebanyakannya sekolah Melayu telah ditubuhkan di

    desa kerana adalah dasar British untuk mengekalkan orang Melayu di kampung kerana

    orang Inggeris mengangang oarang Melayu pemalas dan tidak mahu melakukan kerja.

    Sekolah Cina pula terdapat di kawasan perlombongan, perniagaan dan perindustrian keran

    sebilangan besar orang Cina bergiat di bidangbidang tersebut pada zaman kolonial.

    Manakala sekolah Tamil pula terdapat di kawasan ladang getah kerana penoreh getah

    merupakan pekerjaan utama mereka apabila mereka sampai di Tanah melayu.

    Kurikulum bagi kelima-lima jenis sekolah ini adalah berbeza dan tidak sehala.

    Masing-masing mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Inggeris mengikut corak

    kurikulum dan sukatan pelajaran dan sukatan pelajaran serta buku-buku teks yang

    digunakan oleh kanak-kanak di England. Sekolah Melayu menitikberatkan kemahiran

    membaca, menulis dan mengira selain diajar pertukangan tangan tradisi. Sekolah Cina dan

    India mengikut corak kurikulum yang ada di Negara China dan India, bahkan untuk sekolah

    Cina, guru-guru juga didatangkan dari negara asal mereka. Sekolah agama dan madrasah

    pula menggunakan bahan bacaan dan buku teks serta sukatan pelajaran yang

    diubahsuaikan daripada amalan di sekolah Timur Tengah dan diajar oleh guru-guru yang

    terlatih di Tanah Arab. Hubungan etnik pada zaman kolonial semakin hari semakin menjadirenggang sehinggalah akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei

    1963.

    Pendidikan terus menjadi alat penting dalam penerusan budaya sesebuah

    masyarakat. Walau bagaimana majunya sesuatu bangsa itu, tanpa dasar pelajaran yang

    dirancang akan membawa kepada pelbagai kepincangan. Dasar pelajaran harus di pelihara

    dan diperhalusi, serta setiap perubahan memerlukan kajian dan pendapat ramai.

    Namun, pelajaran tidak dapat lari dari mewarisi tradisi sesebuah negara khususnya

    dari segi sejarah budaya. Sesungguhnya, kesan dari pendidikan kolonial memberi pengaruh

    besar tehadap sistempendidikan di Malaysia. Bagaimanapun, pada masa kini, masyarakat

  • 8/12/2019 Dasar Pendidikan British Di Tanah Melayu

    19/20

    Melayu di Malaysia berminatuntuk menghantar anak - anak mereka ke sekolah agamadicampur dengan akademik agar perolehperkembangan ilmu yang seimbang. Hakikatnya,kita tidak boleh menafikan bahawa sistempendidikan di Malaysia pada masa kinisebenarnya menerima pengaruh dari sistem pendidikankolonial Inggeris. Apa yang pasti,pembentukan dasar pendidikan sememangnya memainkan perananyang sangat pentingkerana pendidikan merupakan fundamental dalam membentuk generasi barusupaya sedarbagaimana membina masyarakat yang bertamadun dan tidak dibawah arahan penjajah.

    Sekolah-sekolah yang didirikan oleh penjajah adalah hanya sebagai penyebar

    budaya nilai-nilai asing. Kita dapat melihat bahawa pada zaman kolonial kanak-kanak di

    sekolah diajar dengan menggunakan kurikulum yang serupa dengan yang di England.

    Malahan juga, buku-buku yang digunakan untuk mengajar adalah serupa dengan yang di

    England. Dapat dikenal pasti juga yang kewujudan pertembungan budaya Barat dengan

    budaya Timur. Sekolah Inggeris jika diteliti juga telah menjadi satu institusi asing dalam

    ertikata perkara-perkara yang diajar tidak mempunyai relevan atau kaitan dengan

    masyarakat atau kebudayaan orang-orang tanah Melayu yang dijajah.

    Pemeritahan kolonial tidak ada minat untuk membangunkan rakyat dan menyatukan

    etnik yang pelbagai kaum pada waktu tersebut melalui pendidikan. Bagi penjajah Inggeris

    pada zaman terebut persefahaman dan perpaduan tidak dianggap penting untuk dipupuk

    menerusi pendidikan. Oleh sebab itu, British mengabaikan soal penggunaan satu bahasa

    pengantar, kurikulum yang sama, pentadbiran yang terancang dan penubuhan satu sistem

    sekolah yang tunggal yang dapat mendidik dan dapat menyatukan anak-anak dari semua

    keturunan. Maka dapatlah disimpulkan sekali lagi disini bahawa terdapat benyak kesan

    negatif wujud disebabkan sistem pendidikan kolonial yang diperkenalkan oleh British pada

    zaman penjajahan.

  • 8/12/2019 Dasar Pendidikan British Di Tanah Melayu

    20/20