27
1.0 PENGENALAN Imperialisme dapat dihuraikan dengan kasar atau dengan lebih tepat sebagai penguasaan, di sepanjang sejarah, negara-negara lemah oleh negara-negara kuat, atau sebagai polisi yang dilaksanakan oleh kuasa- kuasa besar dalam tiga puluh tahun yang terakhir dalam abad ke- sembilan belas. Mereka menindaskan hampir seluruh dunia di bawah penguasaan rasmi mereka. Huraian Marxsis klasik mengenai imperialisme oleh Lenin lebih sempit daripada huraian kasar tetapi lebih kasar daripada huraian tepat. Imperialisme bukannya aspek sejagat masyarakat manusia mahupun bagi polisi-polisi tertentu, tetapi ia merupakan tahap khas dalam perkembangan kapitalisme . Sememangnya, seperti yang dikatakan oleh Lenin, ia merupakan tahap tertinggi kapitalisme.1 Asia Tenggara telah menyaksikan berbagai kuasa besar yang bersaing dalam mencapai atau menurut teori Marx tersebut. Dimana persaingan dalam menguasai koloni-koloni memperlihatkan Jerman, Belanda, British, Perancis, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Jepun. Jepun adalah antara kuasa imperialisme di Asia yang banyak mempengaruhi dasar-dasar imperialis yang lainnya. Pada tahun 1868 apabila Maharaja Meiji memegang tampuk pemerintahan, sistem ekonomi feudal di Jepun telah digantikan oleh sistem pentadbiran dan ekonomi gaya Barat. Pemodenan yang dilaksanakan oleh Meiji menjadikan Jepun lebih dihormati di Barat. Zaman Meiji telah berjaya menjadikan Jepun sebagai negara terkuat di Asia. Pemodenan zaman Meiji turut menjadikan Jepun muncul sebagai negara yang termaju ekonominya di rantau Asia Timur. Seperti yang diketahui Jepun telah menjajah Filipina, Indonesia, Myanmar, Vietnam dan China sebagai negara pertama yang 1 http://webcache.googleusercontent.com/search? q=cache:W5GZ8OOS6WkJ:arts.anu.edu.au/suara/ callinicos3.rtf+definisi+imperialisme&cd=2&hl=en&ct=clnk&gl=my&source=www.g oogle.com.my 1

DASAR IMPERIALISME JEPUN DI ASIA TENGGARA TANAH MELAYU

Embed Size (px)

Citation preview

1.0 PENGENALAN

Imperialisme dapat dihuraikan dengan kasar atau dengan lebih tepat sebagai penguasaan, di

sepanjang sejarah, negara-negara lemah oleh negara-negara kuat, atau sebagai polisi yang

dilaksanakan oleh kuasa-kuasa besar dalam tiga puluh tahun yang terakhir dalam abad ke-

sembilan belas. Mereka menindaskan hampir seluruh dunia di bawah penguasaan rasmi

mereka. Huraian Marxsis klasik mengenai imperialisme oleh Lenin lebih sempit daripada

huraian kasar tetapi lebih kasar daripada huraian tepat. Imperialisme bukannya aspek sejagat

masyarakat manusia mahupun bagi polisi-polisi tertentu, tetapi ia merupakan “tahap khas

dalam perkembangan kapitalisme”. Sememangnya, seperti yang dikatakan oleh Lenin, ia

merupakan “tahap tertinggi kapitalisme.”1

Asia Tenggara telah menyaksikan berbagai kuasa besar yang bersaing dalam

mencapai atau menurut teori Marx tersebut. Dimana persaingan dalam menguasai koloni-

koloni memperlihatkan Jerman, Belanda, British, Perancis, Amerika Syarikat, Sepanyol dan

Jepun. Jepun adalah antara kuasa imperialisme di Asia yang banyak mempengaruhi dasar-

dasar imperialis yang lainnya. Pada tahun 1868 apabila Maharaja Meiji memegang tampuk

pemerintahan, sistem ekonomi feudal di Jepun telah digantikan oleh sistem pentadbiran dan

ekonomi gaya Barat. Pemodenan yang dilaksanakan oleh Meiji menjadikan Jepun lebih

dihormati di Barat. Zaman Meiji telah berjaya menjadikan Jepun sebagai negara terkuat di

Asia. Pemodenan zaman Meiji turut menjadikan Jepun muncul sebagai negara yang termaju

ekonominya di rantau Asia Timur. Seperti yang diketahui Jepun telah menjajah Filipina,

Indonesia, Myanmar, Vietnam dan China sebagai negara pertama yang ditakluki.2 Tanah

Melayu atau Malaya pula memperlihatkan kuasa Jepun dan British bersaing dengan hebat

dan Perang Dunia Kedua menjadi klimaks dalam persaingan tersebut.

1.1 Faktor Jepun Menyerang Tanah Melayu

1 http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:W5GZ8OOS6WkJ:arts.anu.edu.au/suara/callinicos3.rtf+definisi+imperialisme&cd=2&hl=en&ct=clnk&gl=my&source=www.google.com.my

2 http://www.btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/download/a-4.pdf

1

Tanah Melayu mempunyai bahan mentah yang banyak seperti bijih timah, getah dan bijih

besi yang penting kepada perkembangan ekonomi dan ketenteraan Jepun. Jepun juga boleh

memasarkan barang keluarannya di Tanah Melayu memandangkan pasaran luar sudah

dikuasai oleh negara Barat. Jepun berusaha menubuhkan sebuah empayar di Asia yang

memberi keuntungan politik dan ekonomi kepada mereka.

Untuk menjayakan cita-cita ini, Jepun telah menyebarkan slogan “Asia untuk Orang

Asia”, khususnya d Malaya. Slogan ini bermotifkan pembentukan lingkungan bersama Asia

telah berjaya memikat hati penduduk tempatan terhadap Jepun. Kekosongan kuasa di sebelah

Timur akibat segala kekuatan tentera ditumpukan kepada peperangan Eropah pada tahun

1939 telah menggalakkan kerajaan Jepun melancarkan serangan tanpa sebarang sekatan.3

1.2 Serangan Jepun Ke Atas Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah

Gambar 1 : 1941 tentera Jepun mendarat di Kota Bharu4

Jepun telah dapat menakluki Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah dalam masa yang

singkat. Pendaratan mereka yang pertama ialah di utara Kota Bharu pada 8 Disember 1941.

3 Paul H. Kritioska dan Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu : Kumpulan Esei Oleh Pelajar-Pelajar U.S.M, Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia, Hal. 10.4 http://perangjepun.blogspot.com/

2

Jepun bercadang untuk mara dari utara ke selatan hingga ke Singapura. Seterusnya, Jepun

menyerang Ipoh pada 27 Disember 1941, Kuala Lumpur pada 11 Januari 1942, Johor dan

Singapura pada 8 Februari 1942. Miri penting kepada Jepun kerana hasil kayu dan

minyaknya. Kuching pula diperoleh dua hari kemudiannya. Penaklukkan Sabah bermula

pada awal bulan Januari 1942 dan Pulau Labuan ditakluk pada tahun baru 1941. Dua buah

bandar besar, Kota Kinabalu dan Sandakan jatuh ke tangan Jepun pada bulan yang sama.5

Kejayaan penaklukan itu bererti Tanah Melayu akan menggunakan sistem atau dasar sama

ada dari segi politik, ekonomi dan sosial oleh pihak kolonial, Jepun.

Dasar dapat didefinisikan sebagai suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai

sesuatu maksud atau kehendak. Satu pengistiharan (hasrat dan ideologi pemerintah) dibuat

dari semasa ke semasa untuk menyelesaikan, mendapatkan hasil dan mencapai objektif.

2.0 DASAR SOSIAL TANAH MELAYU SEMASA PEMERINTAHAN JEPUN

5 http://www.slideboom.com/presentations/124390/BAB-1-:-PENDUDUKAN-JEPUN-DI-NEGARA-KITA.

3

Sepanjang pendudukan Jepun selama tiga tahun setengah di Tanah Melayu, pelbagai dasar

telah dilaksanakan untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Dasar-dasar ini telah

mendatangkan kesan terhadap kehidupan sosial dan ekonomi Tanah Melayu.

2.1 Dasar Perkauman/Kebudayaan

Dasar Jepun terhadap kaum di Tanah Melayu berbeza-beza kerana setiap kaum mempunyai

kepentingannya sendiri.

2.1.1 Orang Melayu

Pihak Jepun ingin mendapat sokongan orang Melayu. Oleh itu, mereka lebih mengutamakan

orang Melayu terutama golongan elit. Ramai orang Melayu dilantik menjadi Pegawai Daerah.

Lebih ramai orang Melayu diambil bekerja dalam perkhidmatan kerajaan terutamanya dalam

bidang pentadbiran awam, polis dan tentera. Sikap pro-Melayu ini juga bertujuan memastikan

orang Melayu tidak bersatu dengan penduduk Cina menentang pemerintahan Jepun. Dasar

pro-Melayu ini diperhebatkan lagi dengan menggalakkan orang Melayu menubuhkan

pertubuhan seperti KERIS6 untuk memperjuangkan kemerdekaan. Akan tetapi, orang Melayu

tetap membenci Jepun kerana mengalami penderitaan, kebuluran dan ketakutan.7

2.1.2 Orang Cina

Layanan orang Jepun terhadap orang Cina dikatakan sangat buruk. Hal ini adalah kerana

Jepun mengetahui orang Cina membantu perjuangan Kerajaan Nasionalis China menentang

Jepun sejak tahun 1937. Dasar anti-Cina bertambah lagi disebabkan oleh penglibatan orang

Cina dalam MPAJA8 dan Parti Komunis Malaya yang begitu giat menentang Jepun. Justeru

itu, Jepun telah bersikap kasar dan keras serta melakukan kezaliman ke atas orang Cina di

Tanah Melayu.9 Walau bagaimanapun, dasar anti-Cina ini terpaksa diubah dan Jepun

6 KERIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung-semasa pendudukan Jepun. Waktu itu untuk bergabung bersama Nusantara untuk membentuk Negara Indonesia) 7 Shahlin Ali, Sebab-Sebab dan Kesan-Kesan Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu, Dalam Jurnal : Meniti Catatan Sejarah : Koleksi Artikel 2002-2003, 2005, Kuala Lumpur : Arkib Negara Malaysia, Hal. 58.8 MPAJA merupakan singakatan kepada Malayan People Anti Japanese Army atau Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya (PKM) telah bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun.  PKM telah membentuk Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA).9 Ibid, Hal. 59-60.

4

bersikap lebih lembut kerana mengalami kekurangan makanan dan kekalahan dalam

peperangan dengan Amerika Syarikat. Pihak Jepun memerlukan bantuan makanan daripada

golongan pedagang Cina dan kerjasama orang Cina dalam ekonomi. Namun demikian,

perubahan dasar perkauman itu tidak berjaya mengukuhkan pemerintahan Jepun.

Gambar 2 : Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA)10

2.1.3 Orang India

Jepun berbaik-baik dengan orang India kerana ingin mendapatkan sokongan orang India dan

dalam usahanya menawan India. Dalam hal ini, Jepun membantu penubuhan Liga

Kemerdekaan India dan Tentera Nasional India serta Kerajaan Buangan India iaitu Azad

Hind di Singapura di bawah pimpinan Subhas Chandra Bose. Sungguhpun demikian, orang

India juga tidak terlepas daripada kerahan buruh paksa serta penyeksaan, penderitaan dan

kebuluran, pengangguran dan ketakutan sepertimana yang dialami oleh orang Melayu dan

Cina.11

Gambar 3 : Buruh paksa12

10 http://www.activeboard.com/forum.spark?aBID=47396&p=3&topicID=34535560&page=1.11 Ibid.12 http://sallehderan.blogspot.com/

5

2.2 Pendidikan

Jepun berusaha menghapuskan pengaruh Barat dengan melaksanakan rancangan

“Penjepunan”. Kerajaan Jepun mahu mewujudkan sikap taat setia penduduk di Tanah

Melayu terhadap Maharaja Jepun. Langkah-langkah yang dilaksanakan melalui rancangan

“Penjepunan” ialah dengan Pendidikan Barat dihapuskan dan mengharamkan penggunaan

Bahasa Inggeris dan mata pelajaran Inggeris. Bahasa Cina diharamkan di sekolah-sekolah

Cina kerana peperangan yang berlaku sebelum ini diantara Jepun dengan China memberikan

kesan besar pada kedua-dua pihak. Dengan itu, ianya menghasilkan sikap anti diantara

bangsa mahupun kedua-dua negara terbabit. Perpustakaan sekolah turut dilengkapkan

dengan buku-buku Jepun.13

Gambar 4 : Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khuen Hean. Wujud sejak tahun

13 Ibid.

6

1932 dan ditutup semasa pendudukan Jepun14

Selain itu, bahasa Jepun (Nippon-Go) menjadi bahasa pengantar di semua sekolah.

Setiap hari pelajar mesti menyanyi lagu kebangsaan Jepun. Guru, pelajar dan belia diajar

bahasa dan kebudayaan Jepun. Kursus bahasa dan minggu bahasa Jepun turut diadakan.

Kelulusan bahasa Jepun penting bagi kenaikan pangkat khususnya terhadap kakitangan

pentadbiran. Bahasa Jepun juga digunakan dalam perkhidmatan pos dan telegraf. Pelajaran

percuma, perayaan agama dan budaya Jepun dijalankan.

2.3 Kesihatan

Dari sudut kesihatan, pihak Jepun tidak menitikberatkan hal ini kerana sepanjang

pemerintahan Jepun keadaan kesihatan masyarakat di Tanah Melayu sangat teruk. Sumber

perubatan yang terhad telah dibawa dari negara Jepun. Penyakit seperti bengkak badan, biri-

biri, kudis buta dan sebagainya merebak dan mengancam kesihatan masyarakat. 15 Pihak

Jepun telah mewujudkan kelas iaitu kelas satu dan kelas dua untuk orang Jepun dan orang

kenamaan dan mendapat perubatan yang baik manakala kelas ketiga untuk orang awam serta

membayar setiap hari tetapi kurang diberi perhatian. Pada saat itu, bayaran perkhidmatan

14 http://sjkckhuenhean.blogspot.com/2010/01/sejarah-sekolah.html15 Siti Zawiyah Zakaria, 1996,  Zaman Pendudukan Jepun, Petaling Jaya: Penerbit Setia Emas, Hal. 30.

7

perubatan swasta sangat mahal dan doktor swasta bertindak menjual ubat di pasaran gelap.

Kebanyakan penyakit masyarakat disebabkan oleh kekurangan makanan.  

Di Johor, kematian akibat kekurangan alat perubatan adalah meningkat iaitu 10,296

kes kematian pada 1942, 17,895 kes kematian pada tahun berikutnya dan meningkat lagi

kepada 23,134 kes pada 1944.16 Kebanyakkan masyarakat menggunakan kembali cara

tradisional untuk mengatasi masalah kesihatan dan keadaan ini kembali seperti zaman

sebelum pemerintahan British. Sumber bekalan perubatan kebanyakannya disalurkan terlebih

dahulu kepada tentera Jepun. Hal ini menyebabkan kesan negatif terhadap taraf kesihatan

masyarakat di Tanah Melayu.

2.4 Agama, Moral dan Hiburan

Dari sudut Agama, Jepun dikatakan mengamalkan kebebasan terhadap semua agama di

Tanah Melayu. Orang Cina misalnya yang beragama Khatolik boleh ke gereja dan begitu

juga orang Buddha dan orang Thoist ke tokong. Begitu juga kepada masyarakat India bebas

meraikan perayaan agama mereka tetapi perayaan Thaipusam tidak lagi disambut secara

besar-besaran seperti sebelum perang.  Bagi masyarakat Melayu, Jepun membenarkan agama

Islam diamalkan tetapi tanpa sedar Jepun telah mencemarkan amalan agama Islam di Tanah

Melayu.

Masjid tempat beribadat orang Islam telah terpinggir akibat orang Jepun

menggunakannya sebagai tempat makan, minum, tidur dan dijadikan kubu. Masyarakat

Muslim juga tidak dapat menyambut hari kebesaran Islam kerana tarikh, waktu tepat untuk

sembahyang dan puasa tidak dapat ditentukan. Hubungan yang terputus dengan ibu negeri

dan kemelesetan ekonomi yang teruk menyebabkan mereka yang berkeinginan untuk

menunaikan haji terpaksa dilupakan.17  Jepun juga telah memaksa semua penduduk Tanah

Melayu sujud kepada matahari terbit melambangkan sujud kepada maharaja Jepun.18

Terdapat juga masyarakat Melayu yang pulang dari sawah untuk bersembahyang Zohor dan

menunaikan kewajipan agama telah ditampar tentera Jepun kerana menyangkakan mereka

16 Ghazali Mayudin, 1978, Johor Semasa Pendudukan Jepun 1941-1945 , Selangor: UKM, Hal. 11.17 Abu Talib Ahmad, 1988, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-1987, Penang: U.S.M , Hal. 109.18 Wan Noraini Wan Ahmad, 1986, Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di Kelantan : kesan ke atasmasyarakat Melayu, Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia, Hal. 71.

8

malas bekerja.19  Situasi ini mendorong kesan negatif terhadap pengukuhan keagamaan

masyarakat.

Semasa pendudukan Jepun, masyarakat telah disogokkan dengan hiburan untuk

mengalihkan mereka daripada rasa sengsara dan menentang kerajaan Jepun di Tanah Melayu.

Hal ini menyebabkan keruntuhan moral masyarakat. Kerajaan Jepun telah menggalakkan

perjudian besar-besaran seperti Dice, pakau, berlaga ayam, daun terup dan Mahjong. Jepun

juga telah menyediakan panggung wayang yang berpropaganda Jepun, dan pusat hiburan,

dewan tari contohnya di Wembeley Park, Joget Penang dan Kelab perlumbaan di Pulau

Pinang. Judi dan hiburan dilihat telah melalaikan masyarakat dan hanya memberi keuntungan

kepada pihak Jepun yang bertindak membuka dan mengutip cukai. Masyarakat yang pada

awalnya mengalami masalah ekonomi semakin parah apabila menyertai judi dan kalah.

3.0 DASAR EKONOMI TANAH MELAYU SEMASA PEMERINTAHAN JEPUN

19 Ibid, Hal. 21.

9

Segala kelengkapan dan bekalan bahan mentah musnah kerana Inggeris menjalankan Dasar

‘Bumi Hangus’ dengan membakar semua gudang-gudang simpanan makanan, terutama

beras. Sistem saliran dan bekalan air juga telah dimusnahkan. Jepun tidak berupaya untuk

membaiki semula kerana kekurangan alat ganti dan tenaga buruh. Kesannya, ia menghalang

pembangunan pertanian. Tidak ada urusan perdagangan sama ada dalam atau luar negera

kerana dihalang oleh tentera Berikat. Keadaan luar disekat oleh tentera laut Berikat dan di

dalam negera oleh pergerakan bawah tanah seperti MPAJA selalu menyerang hendap konvoi

bekalan makanan Jepun.20

Selain itu, Tanah Melayu kekurangan pengeluaran bahan mentah dan jika ada

harganya sangat mahal. Sebagai contoh pengeluaran hasil galian menjunam dengan

hanya  empat buah lombong bijh timah beroperasi di Johor. Sebelum itu pada 1939 sebanyak

tujuh puluh buah, 1941 enam puluh tiga buah lombong. Bagi lombong besi, bauksit dan arang

batu, tidak wujud aktiviti perlombongan dijalankan, tetapi pada tahun 1939 sebanyak dua

buah lombong yang menjalankan setiap aktiviti perlombongan. Jumlah keseluruhan

perlombongan menurun daripada tujuh puluh enam buah lombong pada 1939 kepada empat

buah pada1946. 21

Gambar 6 : Duit kertas Jepun dengan lambang Pokok Pisang22

20 Ibid, Hal. 474.21 Abdul Halim Saad (et. all), 1991, Malaysia Kita, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam NegaraMalaysia, Hal. 474.22 http://2.bp.blogspot.com/_cV6zxjkvNsY/SXgLRUwuL_I/AAAAAAAAAH8/SCnfdRTe8-g/s1600-h/IMG_0039a.jpg

10

Ekonomi Tanah Melayu berbalik seperti asal dengan menjalankan ekonomi sara diri,

iaitu dengan menjalankan tanaman di halaman rumah. Tanaman yang ditanam, bukan sahaja

sayur-sayuran, antaranya padi dan ubi kayu. Bekalan makanan yang berkurangan telah

menyebabkan berlakunya catuan makanan. Kad-kad catuan diedarkan bagi mengawal

taburan makanan kepada penduduk. Berlaku juga sorokan barang-barang keperluan sebab

keutamaan diberikan kepada askar dan pekerja-pekerja Jepun.23

Taburan wang begitu berleluasa tanpa kawalan daripada bank pusat. Keadaan ini

berlaku disebabkan semua batalion tentera boleh mencetak wang. Kesannya, nilai mata wang

terlalu  rendah, peningkatan kadar inflasi, masyarakat lebih tertumpu kepada pekerjaan

sendiri dan pada peringkat awal pendudukan, kecurian sering berlaku, tetapi dapat diatasi

dengan hukuman yang berat. Tawaran dan peluang pekerjaan turut merosot. Lihat Jadual 1:

Jadual 1 : Tawaran dan peluang pekerjaan24

TAHUN 1939 1941 1946

BILANGAN 4206 1765 429

3.1 Dasar  Pembangunan Ekonomi Jepun di Tanah Melayu

Dasar pembangunan Ekonomi turut dilaksanakan oleh Jepun terhadap tanah jajahannya.

Matlamat utamanya adalah untuk memastikan bekalan  makanan mencukupi, mengurangkan

kadar inflasi dan merendahkan harga barangan.

 

3.1.1 Dasar Kewangan

Mengalakkan penyimpanan di Pejabat Pos. Menghadkan pengeluaran wang simpanan.

Sebagai contohnya penduduk Muar, Johor Baharu dan Batu Pahat boleh keluarkan sebanyak

$300.00 sahaja. Bagi penduduk Kota Tinggi, Tangkak, Pontian, dan Mersing $200.00

sahaja. Pengeluaran perlu disertakan dengan boucer dan perlu mendapat kelulusan

23 Ibid.24 http://saku30.tripod.com/sejtema3.htm

11

daripada District Treasurer for Payment. Kerajaan Jepun turut mengadakan penjualan tiket-

tiket loteri kepada penduduk. Melantik Southern Region Developement Bank  bagi mengawal

pengeluaran wang.25

 

3.1.2 Dasar Pertanian

Jepun menubuhkan persatuan buruh bagi mengatasi masalah buruh untuk menggerakkan

aktiviti pertanian serta menggalakkan penduduk menjalankan aktiviti pertanian sara diri.

Catuan makanan iaitu empat kati beras untuk dewasa dan dua kati untuk kanak-kanak serta

satu kati gula pasir. Turut dilakukan penebangan kawasan hutan dan ladang getah bagi

penanaman padi.

Jepun juga memberikan bantuan subsidi kepada pengusaha yang menjalankan

pertanian secara komersial seperti yang berikut:

I. $25.00 setiap ekar bagi membersihkan hutan dara dan membakarnya selepas Oktober

1943.

ii. $15.00 setiap ekar bagi tanah di (I) dan ditanami dengan padi.

iii. $10.00 setiap ekar bagi tanah seperti (I) jika ditanami dengan jagung, keledek atau ubi.

iv. Sesiapa yang mengusahakan tanaman di dalam ladang getah dan kelapa selepas Oktober

1943 akan diberikan subsidi sebanyak $15.00 setiap ekar. Walaupun begitu mereka yang

menanam padi huma akan diberi sebanyak $10.00.26

 

3.1.3 Kawalan Komoditi dan Taburan Makanan

Setiap konvoi makanan diiringi oleh sepasukan tentera Jepun. Penubuhan persatuan

sepert Johor State Goverrment Service Consumer’s Association bagi membantu kakitangan

kerajaan memperoleh sumber makanan. Pengawalan penyelewengan edaran  makanan juga

dijalankan. Diwujudkan jawatan pengawal makanan bagi menentukan pengedar menjualkan

makanan kepada penduduk dan bukan kepada pergerakan anti-Jepun. Menghalang dan 25 Ibid, Hal. 57.26 http://saku30.tripod.com/sejtema3.htm

12

menghukum penyimpan makanan secara haram dengan hukuman bunuh selain

mengharamkan aktiviti orang tengah.

3.2 Penilaian Sumbangan Jepun Dalam Memajukan Ekonomi Tanah Melayu

 Perbincangan mengenai sejauhmana kejayaan dan sumbangan Jepun untuk membangunkan

ekonomi Tanah Melayu perlu dilihat dari sudut kejayaan dan kegagalan  tindakan-tindakan

dan langkah-langkah yang diambil oleh Jepun. Dari sudut dasar yang diambil sememangnya

Jepun cuba mengurangkan masalah kemelesetan ekonomi, tetapi dari sudut kajayaan Jepun

tidak menunjukkan kejayaan yang boleh dikaitkan dengan sumbangan kecemerlangannya.

Hal ini dapat dibuktikan dengan keadaan masyarakat yang tidak berubah sejak pencerobohan

Jepun pada Disember 1941.

               Dengan  kata lain Jepun telah mengundurkan ekonomi Tanah Melayu ke belakang.

Hal ini kerana dari sudut matlamat Jepun tidak berusaha untuk menunjukkan kesungguhan

yang nyata. Boleh dikatakan Dasar Ekonomi Jepun di Tanah Melayu telah dicampuradukkan

sehingga matlamatnya tidak berfungsi. Dalam mementingkan bekalan makanan mencukupi

Jepun telah memusnahkan asas ekonomi Tanah Melayu sebagai pengeluar getah dan bijih

timah yang utama. Aktiviti-aktiviti ekonomi ini merupakan ekonomi teras kepada Tanah

Melayu semasa zaman pendudukan Inggeris.

Bekalan makanan merupakan isu yang terpenting, maka Jepun telah memusnahkan

ladang-ladang getah dan digantikan dengan tanaman seperti padi, jagung, keledek, dan ubi.

Sebenarnya dasar yang diambil ini tidak begitu berjaya disebaliknya ia membangkitkan rasa

kecewa masyarakat Melayu kerana banyak tanah simpanan Melayu telah diserahkan kepada

orang-orang Cina. Malahan usaha yang dijalankan ini masih lagi tidak mencukupi kerana

sehingga penyerahan kalah Jepun masyarakat  Tanah Melayu masih lagi menghadapi

kekurangan makanan, terutama masyarakat bandar.

Kegagalan ini dapat diukur kerana para petani tidak menghargai wang. Nilai wang

telah jatuh begitu teruk. Masyarakat tidak mempercayai sah laku wang Jepun yang dicetak

secara berleluasa sehingga ada yang tidak mempunyai nombor siri. Walaupun Jepun berusaha

berkempen supaya masyarakat menabung, tetapi masyarakat tidak perlukan wang dan nilai

wang yang diragui menyebabkan aktiviti ini tidak berkesan. Ini kerana setiap pasukan tentera

Jepun akan mencetak wang tanpa kawalan.

13

4.0 DASAR POLITIK TANAH MELAYU SEMASA PEMERINTAHAN JEPUN

4.1 Sistem Pentadbiran

14

Kerajaan Jepun telah mewujudkan pentadbiran tentera kerana ketika itu Jepun masih dalam

peperangan. Matlamatnya untuk membentuk pemerintahan baru Asia masih belum berjaya ketika itu

kerana negara-negara New Zealand, Australia dan India masih belum dapat ditakluki serta menentang

serangan balas kuasa-kuasa barat. Oleh kerana Jepun pada masa itu masih berperang di tempat lain,

maka pemerintahan di Malaya merupakan pemerintahan tentera yang dikenali dengan nama

Pemerintahan Tentera Tanah Melayu (PTTM).27

Dasar pemerintahan Jepun juga dikatakan pemerintahan tentera yang mana dijalankan

mengikut unit-unit kewilayahan. Ketua unit adalah seorang presiden yang dikenali sebagai Gunseikan.

Singapura mempunyai ketua bandarnya sendiri. Malaya terbahagi kepada Negeri-negeri Selat, Negeri-

negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu.28 

Asia tenggara yg dikuasai telah dibahagikan kepada lapan kawasan. Setiap kawasan ditadbir

oleh satu pasukan tentera. Malaya dan Sumatera telah digabungkan dan diletakkan di bawah

pentadbiran tentera dari pasukan ke-25 yang diketuai oleh Jeneral Hitoshi Nishioeda. Manakala

pentadbiran tentera yang dilaksanakan di kedua tempat ini diberi kepada Mejar General Manaki

Keishi selaku Ketua Pentadbiran Tentera. Walaubagaimanapun, urusan pentadbiran am dilakukan

oleh Kolonel Watanable Wataru.29 

Negeri-negeri Melayu dan Singapura di letakkan di bawah pemerintahan tentera Jepun

dengan ketua Negara (Gabenor) yang tinggal di Singapura. Walau bagaimanapun, pentadbiran

Negeri-negeri Melayu dan Singapura diberi organisasi pentadbiran yang berasingan.  Singapura di

beri nama Syonan dan diisytiharkan sebagai sebuah perbandaran di bawah datuk bandar atau Syonan

digelar Cahaya Timur dengan Singapura di beri status tanah jajahan dan Negeri-negeri Melayu di beri

nama New Malay atau Malaya Baru. Negeri-negeri Melayu dan Singapura pula dijadikan sebagai

kawasan naungan dan ditadbir setiap negeri oleh seorang presiden, yang bertanggungjawab kepada

Gabenor. Sultan disahkan sebagai ketua agama dan berfungsi sebagai ketua hal ehwal agama Islam

sahaja. 

Dengan pentadbiran tentera, Malaya dijadikan kawasan Nipponnya iaitu menjadi milik terus

jajahan mereka. Sementara, Sumatera di Indonesia pula merupakan gabungan. Tetapi cita-cita itu

tidak dapat dilaksanakan kerana pembahagian itu telah dibuat sejak perjanjian Inggeris Belanda tahun

1824 yang lalu. Dalam perubahan pentadbiran itu, Jepun telah mengadakan pentadbiran secara Majlis

Perundingan mulai Oktober 1943. Dengan adanya majlis tersebut di tiap-tiap wilayah, seorang

gabenor yang dilantik yang juga menjadi pengerusi kepada majlis tersebut. Sultan pula sebagai naib

pengerusi. Dalam pengurusan tersebut, bilangan anak tempatan yang menjadi ahli telah ditambah. 

27 http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760582/1/28 Ibid.29 Ibid.

15

4.2 Dasar Umum/Awam

Pentadbiran tentera Jepun tidak lagi memberi cuti kelepasan kepada Hari Sultan. Kerajaan tentera

Jepun juga menegah menaikkan bendera di perkarangan istana kerana dianggap bukan sebahagian

daripada agama. Arahan juga dikeluarkan untuk membatalkan kereta sultan atau pegawai kerajaan

memakai bendera kerajaan atau Jepun. Pihak pentadbiran tentera Jepun juga tidak membenarkan

memakai lambang kerajaan negeri yang berbentuk mahkota dan keris kerana itu dianggap bukan cop

bagi keturunan sultan tetapi hanyalah cop bagi kerajaan dahulu. 

4.3 Sistem Keselamatan/Pertahanan

Dari segi keselamatan pula, pasukan polis yang ditubuhkan di Malaya telah ditempatkan di pekan-

pekan dan bandar-bandar kecil. Polis juga ditempatkan di beberapa bahagian di Malaya. Untuk

memudahkan pengesanan identiti, satu sistem Pendaftaran Keluarga telah diadakan dengan

memberikan satu keping Sijil Hidup. Pindaan di dalam sijil itu boleh dilakukan bila ada kanak-kanak

yang baru lahir, kematian dan perkahwinan. Melalui sistem itu, setiap orang akan bertanggungjawab

kepada ahli keluarganya. Dari segi ketenteraman awam, Jepun telah memperkenalkan Sistem

Kawalan. Sistem tersebut diperkenalkan dalam tahun 1944 iaitu mewajibkan penduduk di sesuatu

tempat menjalankan rondaan waktu malam bagi mencegah kecurian, kebakaran serta mereka diberi

kuasa menangkap sesiapa yang dicurigai.

Ibrahim Yaakob bekas pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah diminta oleh Jepun

menubuhkan Badan Penasihat Bumiputera bagi Malaya dan Sumatera. Pada tahun 1943 Jepun telah

membentuk satu pasukan Melayu yang separuh tentera bernama Pembela Tanahair (PETA) ataupun

dalam bahasa Jepunnya Giyu Gun. Ibrahim Yaakob telah dilantik menjadi ketua dengan berpangkat

Leftenan Kolonel. Di peringkat ini, orang Melayu yang bekerjasama dengan Jepun bertujuan

menggunakan peluang yang diberi oleh Jepun untuk melatih orang Melayu menjaga kepentingan

Melayu. Untuk menjaga dan mengekalkan keamanan juga, Jepun telah mengadakan Perkhidmatan

Sulit Jepun (Tekkikan), Polis Tentera (Kempetei), Anggota Jabatan Penyiasat (Toko) dan polis biasa :

a) Tekkikan 

Perisik tertinggi tentera Jepun yang mempunyai organisasi yang luas dan kompleks. Badan ini

mempunyai hubungan di seluruh dunia. Tugasnya ialah menjalankan propaganda, sabotaj dan

melakukan pembunuhan jika perlu. 

16

b) Toko 

Terdiri daripada pegawai-pegawai tentera Jepun yang menjalankan tugas-tugas perisikan di

seluruh tempat di negeri-negeri Melayu.

c) Kempetei

Merupakan pasukan tentera yang bertindak sebagai perisik-perisik yang menyelidik

masyarakat untuk memastikan sebarang bantahan dan rasa tidak puas hati orang ramai dapat

dibendung dan mereka yang dianggap berbahaya kepada pentadbiran Jepun ditangkap dan

dihukum. Di antara ketiga-tiga unit itu, Kempetei merupakan anggota keselamatan yang

paling dirasai kewujudannya dan ditakuti oleh orang ramai. Pasukan ini terdiri daripada

berbagai kaum tetapi kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu. Mereka mempunyai

kuasa yang tidak terbatas di dalam menyoal dan menghukum orang ramai yang dikatakan

bersikap anti kerajaan dalam sebarang bentuk perlakuan. Sikap anggota Kempetei bukan

bangsa Jepun ini kadangkala lebih ganas daripada orang Jepun. 

Jepun mengadakan Perkhidmatan Negara (nasional service) iaitu orang lelaki yang

dimestikan memasuki salah satu pasukan tentera iaitu samaada Giyugun, Boetai atau Heihas. Giyugun

ialah unit sukarela tempatan. Keahliannya terdiri daripada orang-orang Melayu. Hanya sebilangan

kecil terdiri daripada bangsa Cina dan India. Tugas pasukan ini ialah untuk menjaga dan

mempertahankan Malaya. Boetai merupakan pasukan yang diguna khas bagi menentang komunis

termasuklah MPAJA. Heihas pula dianggotai oleh orang-orang Melayu dan Indonesia. Tugas mereka

ialah untuk menjaga keamanan di mana-mana yang diperlukan.

4.4 Sistem Kesultanan

Selain itu dasar pemerintahan tentera juga adalah dalam bentuk dasar terhadap Sultan. Bagi mencapai

maksud ini, Pemerintahan Tentera Tanah Melayu pada mulanya bertujuan meminta Sultan-sultan

menyerahkan hak kedaulatan mereka serta negeri-negeri mereka. Pihak Jepun tidak mahu mengiktiraf

mereka sebagai sultan. Pada bulan September 1942, Pemerintahan Tentera Tanah Melayu telah

menukar dasarnya dan sedia mengiktiraf taraf Sultan-Sultan di Malaya. Namun demikian, elaun

bulanan mereka dikurangkan.30

Pada ahkir tahun 1942 markas tentera Jepun di Tokyo telah mengarahkan Pemerintahan

Tentera Tanah Melayu supaya lebih berhati-hati tentang sikap dan layanannya terhadap Sultan-sultan.

Pada 20 Januari 1943, Pemerintahan Tentera Tanah Melayu telah mengadakan persidangan yang

30 http://www.pdfcari.com/BAB-1:-PENDUDUKAN-JEPUN-DI-NEGARA-KITA.html

17

dihadiri oleh sultan-sultan dari negeri-negeri Melayu dan Sumatera di Singapura dan pihak Jepun

telah mengumumkan dasar barunya terhadap sultan-sultan. Kerajaan Jepun mengiktiraf hak raja-raja

Melayu menggunakan gelaran sultan dan mengesahkan kedudukan mereka sebagai ketua agama

Islam. Elaun mereka hendaklah dibayar sama banyak seperti sebelum perang dan mereka dibenarkan

menyimpan harta. Ketika pentadbiran tentera Jepun, putera sultan tidak dibenarkan memakai bendera

kerana dikhuatiri timbul kesamaran dengan bendera yang dipakai oleh pegawai Jepun. Dalam hal ini,

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pula diingatkan agar tidak menggunakan bendera kuning putih

kerana warna itu dipakai oleh jeneral Jepun. Kemudiannya pentadbiran tentera Jepun memberhentikan

jawatan menteri besar dan memansuhkan Majlis Mesyuarat Negeri.31 

4.5 Sistem Kehakiman

Jabatan kehakiman juga ditubuhkan dan ada bulan April 1942, telah diadakan Mahkamah Tentera.

Mahkamah tersebut dikendalikan oleh Jeneral Yamashita yang mempunyai bidang kuasa atas hal-

ehwal politik, kehakiman, perbicaraan serta keselamatan negara. Hukuman dijalankan mengikut

undang-undang dan Hukuman Angkatan Tenteranya. Dengan adanya peraturan dan hukuman

tersebut, penduduk di Malaya takut dan masing-masing tidak mahu dibicarakan. Sekiranya tertangkap

kerana melakukan kesalahan dan dibicarakan, mereka tetap dihukum. Akibat daripada hukuman yang

tegas, penduduk-penduduk dikatakan benci dengan cara pemerintahan Jepun.

Dalam pentadbiran tentera Jepun, mahkamah juga mengalami perubahan. Misalnya

mahkamah Terengganu dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Mahkamah Koto Hoin atau Mahkamah

Besar, Mahkamah Ciho Hoin atau Mahkamah Jajahan dan Mahkamah Kaikyo Hoin atau Mahkamah

Kadi. Tiap-tiap mahkamah diingatkan supaya meletakkan nama berdasarkan tempat masing-masing.

Misalnya Mahkamah Besar Negeri Terengganu di bawah pentadbiran tentera dan untuk mahkamah

jajahan pula, Gunseibu Terengganu Ciho Hoin. Di dalam tiap-tiap mahkamah hendaklah dinaikkan

bendera Nippon. 

4.0 KESIMPULAN

Zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu tidak dapat dinafikan sebagai zaman yang gelap

dan tidak disukai penduduk di Tanah Melayu ketika itu. Pemerintah ketika itu dilihat cuba

untuk mengekang keadaan demi mengekalkan kuasa. Dasar-dasar yang dijalankan

menyaksikan lahirnya ketidakpuasaan hati rakyat. Keadaan sosial,ekonomi dan politik Tanah

Melayu berada ditahap sangat buruk dan mencetuskan pelbagai masalah yang akhirnya

31 Ibid.

18

membawa kesan yang kontra kepada masyarakat. Sungguhpun begitu tidak dapat dinafikan

bahawa zaman ini membawa beberapa kebaikan khususnya kebangkitan semangat

nasionalisme rakyat tempatan. Namun begitu, kesan negatif merupakan kesan yang terbesar

dimana kekejaman Jepun semasa penjajahannya masih diingati dan disebut hingga ke hari ini.

BIBLIOGRAFI

Buku

Abu Talib Ahmad. 1988.  Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan

Pelajar 1986-1987. Penang: U.S.M.

19

Abdul Halim Saad (et. all). 1991.  Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam

Negara Malaysia.

Ghazali Mayudin. 1978.  Johor Semasa Pendudukan Jepun 1941-1945 . Selangor: UKM.

Kritioska, Paul H. dan Abu Talib Ahmad. 1988. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu :

Kumpulan Esei Oleh Pelajar-Pelajar U.S.M. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Siti Zawiyah Zakaria. 1996.  Zaman Pendudukan Jepun. Petaling Jaya: Penerbit Setia

Emas.

Wan Noraini Wan Ahmad. 1986.  Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di

Kelantan : kesan ke atas masyarakat Melayu. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Internet

http://openlibrary.org/books/OL1386549M/Pendudukan_Jepun_di_Tanah_Melayu_1942-

1945

http://2.bp.blogspot.com/_cV6zxjkvNsY/SXgLRUwuL_I/AAAAAAAAAH8/SCnfdRTe8-g/

s1600-h/IMG_0039a.jpg

http://saku30.tripod.com/sejtema3.htm

http://perangjepun.blogspot.com/

http://www.activeboard.com/forum.spark?aBID=47396&p=3&topicID=34535560&page=1,

http://sallehderan.blogspot.com/

http://sjkckhuenhean.blogspot.com/2010/01/sejarah-sekolah.html

http://broraysflying.blogspot.com/2010/02/pendudukan-jepun-di-tanah-melayu.html

http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760582/1/

http://www.pdfcari.com/BAB-1:-PENDUDUKAN-JEPUN-DI-NEGARA-KITA.html

http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:W5GZ8OOS6WkJ:arts.anu.edu.au/suara/

20