Upload
saturnine-johor-saturnine
View
326
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
7/25/2019 Kerajaan Awal Tanah Melayu
1/21
SJHK 3013 :
SejarahPolitik Tanah MelayuSehingga Awal Abad Ke-0
Kerajaan-kerajaan
AZMI BIN MOHAMAD JALANI
KETUA UNIT KAJIAN SOSIAL , JABATAN SAINS SOSIAL
IPG KAMPUS IPOH
7/25/2019 Kerajaan Awal Tanah Melayu
2/21
PEMAHAMAN KONSEP
-Kerajaan-kerajaan Awal
Kerajaan yang wujud sebelum
kewujudan Kerajaan KesultananMelayu Melaka-Tanah Melayu
Merujuk Semenanjung TanahMelayu yang pada ketika itu meliputi
negeri Temasik (Singapura)
7/25/2019 Kerajaan Awal Tanah Melayu
3/21
!"#$ : Se%&adan Sebenar Se%enanjung Tanah
Melayu Pada Ma'a (ahulu
) Se%&adan Se%enanjung Tanah Melayu 'ebenarnya jauhlebih lua'* iaitu %eli&uti dari &ulau Singa&ura di bahagian
'elatan hinggalah ke utara di 'egenting Kra yang di bawah
wilayah "egara Thai dan Myan%ar &ada hari ini+
) Penduduk di "egeri Patani bertutur dala% ,aha'a Melayudialek Kelantan .awi/ 'e%entara &enduduk Melayu
dari&ada wilayah Setul hinggalah ke undung dan Pulau
(ua Kawthoung/ di dala% wilayah Myan%ar &ada hari ini
bertutur dala% ,aha'a Melayu dialek Kedah+) Penduduk Melayu di kawa'an ini bukanlah &endatang*
'ebaliknya %eru&akan kau% &ribu%i yang telah
%enduduki kawa'an ini 'ejak a%an bera%an* iaitu
wari'an dari&ada Kerajaan Sri2ijaya dan angka'uka+
7/25/2019 Kerajaan Awal Tanah Melayu
4/21
Lakaran peta Semenanjung Tanah Melayu
7/25/2019 Kerajaan Awal Tanah Melayu
5/21
) BC/SM adalah tahun yang dikira sebelum kelahiran Nabi Isa.
) Anno Domini (AD) / The ear o! the "ord / tahun Masihi (M).AD/M adalah tahun yang dikira setelah kelahiran Nabi Isa.
) #i$rah adalah tak%im Islam yang dikira bermula &enghi$rahanNabi Muhammad S.A.' ke Madinah &ada Masihi.
3500SM 3100SM 2500SM 1800SM 1000SM 1M622M/1Hijrah 2016M/1437H
PEMAHAMAN MASA
7/25/2019 Kerajaan Awal Tanah Melayu
6/21
) 1 dekad / dasa warsa = 10 tahun
) Setengah kurun =
50 tahun) 1 kurun / abad =
100 tahun
) 1 alaf / millinium =
1000 tahun
PEMAHAMAN MASA
7/25/2019 Kerajaan Awal Tanah Melayu
7/21
Kerajaan2 Awal Tanah Melayu
Fokus hanya pada kerajaan awal yang
terdapat di Semenanjung Tanah Melayu :
!Kerajaan Kedah Tua
"!Kerajaan #hih Tu
$!Kerajaan %eruas&!Kerajaan 'angga egara
!Kerajaan Temasik
7/25/2019 Kerajaan Awal Tanah Melayu
8/21
LOKASI KERAJAAN AWAL T. MELAYU
7/25/2019 Kerajaan Awal Tanah Melayu
9/21
KERAJAAN KEDAH TUA
Dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah
Bar dan Kalagram. Menurut catatan I Ching dari negara
China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha.
Diasaskan pada abad ke-5. Peringkat awal, Sungai Mas
merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah
ke Lembah Bujang.
Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan
seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-
Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi
yang terletak di Lembah Bujang.
7/25/2019 Kerajaan Awal Tanah Melayu
10/21
KERAJAAN KEDAH TUA
Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepadapedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang
ataupun di Sungai Mas.
Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran
barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal
pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan
Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke
Timur.
Menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang
dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah, emas,beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan
sebagainya.
Kerajaan ini juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana
dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.
7/25/2019 Kerajaan Awal Tanah Melayu
11/21
KERAJAAN CHIH TU
Nama lain ialah kerajaan Tanah Merah (anggarandari 100 SM hingga 700 M) merupakan sebuah
kerajaan Buddha Purba di Semenanjung Tanah
Melayu. Sejarah Dinasti Sui ada menerangkan
mengenai kewujudan kerajaan ini.Lokasinya masih diperdebatkan sama ada
mungkin di Kelantan, Pahang, Songkhla atau
Patani
Sebahagian daripada Empayar Funan. Mengikut
catatan daripada sumber China, tanah di sekitar
kerajaan Chih Tu kebanyakannya merah atau
bertanah liat.
7/25/2019 Kerajaan Awal Tanah Melayu
12/21
7/25/2019 Kerajaan Awal Tanah Melayu
13/21
KERAJAAN GANGGA NEGARA
Kerajaan Melayu Hindu Lama yang hilang dan disebutdalam Sejarah Melayu yang merangkumi Beruas,
Dinding dan Manjung yang terletak di negeri Perak.
Ahli sejarawan percaya kerajaan ini berpusat di Beruas
dan runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola Idari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan
1026
Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, kerajaan ini
mungkin telah diasaskan oleh anak MerongMahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah dan
keluarga diraja Khmer
Menurut kajian, dinyatakan Kerajaan Gangga Negara
wujud tidak lewat dari abad ke-2 Masihi.
7/25/2019 Kerajaan Awal Tanah Melayu
14/21
KERAJAAN GANGGA NEGARA
Kerajaan Gangga Negara dipercayai terletak di daerahDinding (Manjong), sekitar kawasan Selatan Gunung
Bubu (1657 meter) arah Timur Bukit Segari di tepi
Sungai Dendang.
Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusatKerajaan Gangga Negara berubah-ubah
Gangga Negara bererti "bandar di Ganges" dalam bahasa
Sanskrit, nama yang dipetik dari Ganganagar di barat
laut India di mana penduduk Kambuja tinggal.Pakar sejarah mendapati pedagang Kambuja
mengembara dari Gujarat ke Sri Lanka dan ke Ligor
(Nakhon Sri Thammarat) di utara semenanjung Tanah
Melayu, merentasi Thailand dan Kemboja
7/25/2019 Kerajaan Awal Tanah Melayu
15/21
KERAJAAN BRUAS
Penyelidikan pertama mengenai kerajaan Beruasdimulakan oleh Kolonel James Low pada tahun 1849 dan
satu abad kemudian oleh HG Qlaritch-Males.
Menurut Jabatan Antikuiti dan Muzium, kedua
penyelidik bersetuju bahawa kerajaan Gangga Negarawujud tetapi tidak dapat menentukan tapaknya
Kebanyakan artifak yang ditemui oleh penduduk
kampung, dipercayai semenjak kerajaan kuno, kini
dipamerkan di Muzium Beruas bertarikh dari abad ke-5
dan ke-6.
Antara artifak yang dipamerkan adalah meriam 128 kg,
pedang, ketulan timah, tembikar dari kerajaan Dinasti
Ming dan pelbagai era, dan tempayan besar
7/25/2019 Kerajaan Awal Tanah Melayu
16/21
KERAJAAN BRUAS
Pendapat mengatakan bahawa Pengkalan (Ipoh),Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai
Siput merupakan sebahagian kerajaan Beruas.
Pusat kerajaan mungkin telah berpindah beberapa kali.
Gangga Negara dinamakan menjadi Beruas selepasIslam bertapak di sana
Putera Raja dari Aceh, Sumatra bernama Malik berehat
di bawah pokok Beruas.
Sejarah Pasai ada menyebut mengenai Malik ul Salihyang merupakan raja Hindu tempatan pertama yang
memeluk Islam pada tahun 1267.
7/25/2019 Kerajaan Awal Tanah Melayu
17/21
KERAJAAN TEMASIK
Sekitar abad ke-14, Singapura adalah sebahagian dariipadakerajaan Sriwijaya dan dikenali sebagai Temasik (Kota
Laut)
Bangsa Tionghua menyebutnya sebagai Pu-luo-chung atau
pulau di hujung semenanjung
Pada abad ke-14, pulau kecil berlokasi strategis ini
mendapat nama baru berdasarkan legenda, Sang Nila
Utama, seorang Pangeran dari Palembang (ibukota
kerajaan Sriwijaya), sedang berburu terlihat seekor haiwan
yang belum pernah ia jumpa sebelum ini. Beliau kemudianmendirikan sebuah kota di mana haiwan itu ditemukan,
dan menamakannya "Kota Singa atau Singapura, yang
diambil dari bahasa Sanskrit "simha" (singa) dan "pura"
(kota).
7/25/2019 Kerajaan Awal Tanah Melayu
18/21
KERAJAAN TEMASIK
Abdullah Abdul Kadir Munshi menyatakan terdapat satubatu bersurat yang mempunyai ukiran tulisan yang tidak
dikenali dan telah kabur.
Batu bersurat Singapura itu menunjukkan Singapura
telahpun menjadi satu pusat pentadbiran sejak silamlama sebelum ketibaan pihak Inggeris.
Malangnya batu bersurat itu telah dimusnahkan tidak
lama selepas ketibaan Inggeris oleh seorang jurutera
Inggeris.
7/25/2019 Kerajaan Awal Tanah Melayu
19/21
RUMUSAN
Terdapat pelbagai warisan monumen dan arca agamaHindu Buddha yang masih kekal sehingga sekarang.
Ini merupakan bukti mengenai pengaruh kedatangan
dan pembentukan kerajaan-kerajaan berkenaan
berasaskan kedua-dua agama yang datang dari Indiatetapi gayanya mencerminkan adunan pengaruh India
dan tempatan.
Ia juga bukti bahawa pemerintah bagi kerajaan tersebut
merupakan penganut agama Hindu Buddha. Kedua,
kerajaan-kerajaan awal ini dahulunya merupakan sebuah
kerajaan yang kaya raya dan maju sehingga ramai
peniaga-peniaga luar yang datang untuk berniaga.
7/25/2019 Kerajaan Awal Tanah Melayu
20/21
RUMUSAN
Oleh itu, kebanyakan kerajaan-kerajaan awal ini adalahpelabuhan-pelabuhan yang terkenal sehingga banyak
catatan mengenai kerajaan-kerajaan tersebut dicatat
oleh pengembara Cina.
Seterusnya, unsur integrasi dapat dillihat daripadakerajaan-kerajaan tersebut melalui kemasukan peniaga-
peniaga luar.
Dengan berlakunya percampuran budaya, hal ini telah
membentuk masyarakat yang hidup harmoni di bawah
satu bumbung sejak dari zaman dahulu lagi.
7/25/2019 Kerajaan Awal Tanah Melayu
21/21
Thank You
Kingsft !"#e$ublished b% www&Kingsftstrem
@Kingsoft_Oc
!ingsoftstor