23
KONSEP NEGARA KERAJAAN MELAYU TOPIK 1 1

Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

about the malaysia concept

Citation preview

Page 1: Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

1

• KONSEP NEGARA • KERAJAAN MELAYU

TOPIK 1

Page 2: Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

2

• Negara – suatu kelompok masyarakat yang mendiami sebuah kawasan fizikal yang mempunyai sempadan yang ditadbir atau diperintah oleh sebuah kerajaan.

• Kerajaan – sebuah badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fingsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara.

• Contoh-contoh negara: Malaysia, Singapura, Indonesia

China, India dan sebagainya.

KONSEP NEGARA

Page 3: Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

3

• Sempadan yang tetap dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

• Penduduk yang tetap• Kerajaan yang teratur dan memberi

perkhidmatan awam• Kedaulatan iaitu negara diperintah sendiri di

mana bebas daripada naungan penjajah.

CIRI-CIRI NEGARA

Page 4: Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

4

• Hubungan diplomatik dengan negara-negara lain serta pengiktirafan luar khasnya seperti daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

• Lambang negara seperti simbol, bendera, perlembagaan, agama rasmi, bahasa rasmi dan lain-lain.

• Kegiatan ekonomi yang terancang. Terlibat dalam ekonomi domestik dan antarabangsa.

• Kemudahan sosial seperti pendidikan, pengangkutan, kesihatan dan lain-lain.

Page 5: Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

5

• Pembentukan sesebuah negara selalunya bukannya terdiri daripada satu kawasan pemerintahan tetapi terdiri daripada lebih daripada satu kawasan pemerintahan (beberapa negeri bercantum untuk menjadi sesebuah negara. Contohnya Malaysia adalah cantuman 14 buah negeri.

• Negara terkecil - Vatican City 0.44 km2.

• Negara terbesar - Rusia 17,075,400 km2.

• Negara terkaya ?

• Negara termiskin ?

PEMBENTUKAN NEGARA

Page 6: Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

6

• Terdapat 3 jenis negara yang dibentuk atas konsep jenis kerajaan.

1.Kerajaan Persekutuan

2.Kerajaan Konfederasi

3.Kerajaan Kesatuan

JENIS NEGARA

Page 7: Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

7

• Bentuk sesebuah negara dibezakan mengikut ketua negara tersebut.

i. Negara Beraja

ii. Negara Republik

BENTUK NEGARA

Page 8: Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

8

Page 9: Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

9

Page 10: Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

10

Page 11: Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

11

Page 12: Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

12

Page 13: Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

13

KERAJAAN SRIVIJAYA

• Wujud pada abad ke-7 dan berpusat di Palembang, Sumatra.

• Merupakan Kerajaan Melayu Tua yang memiliki pengaruh India. Pemerintahan berlandaskan sistem pemerintahan di India.

• Muncul sebagai sebuah kerajaan yang kuat dan berkuasa pada tahun 775 Masihi.

• Empayarnya ke Semenanjung Tanah Melayu, Sumatra, Borneo, Jawa dan Ligor (Selatan Thai).

• Kegemilangan kerajaan Srivijaya berakhir apabila Palembang ditawan oleh kerajaan Majapahit pada tahun 1377

KERAJAAN MELAYU

Sebelum Kerajaan Melayu Melaka muncul sebagai kerajaan yang besar telah wujud kerajaan-kerajaan lain di Kepulauan Melayu iaitu

Page 14: Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

14

KERAJAAN MAJAPAHIT

• Pengasas Raden Vijaya pada abad ke-13.• Penawanan kerajaan Srivijaya pada tahun 1377

membolehkan Kerajaan Majapahit mengawal laluan di Selat Melaka.

• Majapahit mencapai zaman kegemilangannya pada zaman pemerintahan Hayam Wuruk. Serta di bawah pimpinan Menterinya iaitu Patih Gajah Mada.

• Pada masa tersebut empayar Majapahit telah diperluaskan sehingga ke Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Asia Tenggara.

• Kerajaan Majapahit berakhir apabila Kerajaan Melayu Melaka muncul dan kedatangan agama Islam ke Alam Melayu.

Page 15: Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

KERAJAAN MELAYU MELAKA

Kerajaan Melayu Melaka (KMM) telah bermula pada tahun 1400 oleh Parameswara.

Menurut Sejarah Melayu nama Melaka berasal daripada nama sejenis pokok iaitu melaka.

Berdasarkan cerita, Parameswara telah berhenti rehat di bawah sebatang pokok selepas berburu bersama pengikutnya.

Pada waktu itu beliau terlihat anjingnya yang garang telah ditendang oleh seekor kancil (pelanduk) hingga terjatuh ke dalam sungai. Peristiwa ini dianggap ajaib dan istimewa kerana seekor binatang yang lemah mampu menewaskan anjingnya yang garang. Lalu memilih tempat tersebut untuk dibina satu kerajaan baru dengan nama Melaka sempena nama pokok tempat beliau berehat.

15

Page 16: Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

Selepas kejadian tersebut Parameswara mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Melaka dengan gelaran Raja Iskandar Shah. Kerajaan ini melaksanakan sistem pemerintahan yang sama dengan sistem pemerintahan Kerajaan Srivijaya (pada peringkat awal, kerana Parameswara adalah berketurunan daripada Raja-raja sailendra yang pernah memerintah kerajaan Srivijaya).

16

Page 17: Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

17

SULTAN-SULTAN KMM

Nama Sultan Tahun Pemerintahan

1 Parameswara/ Iskandar Syah 1400-14142 Sultan Mahkota Iskandar Syah 1414-14243 Seri Maharaja/ Sultan Muhammad Syah 1424-14444 Parameswara Dewa Syah / Raja Ibrahim 1444-1445

5 Sultan Muzaffar Syah / Raja Kassim 1445-14596 Sultan Mansor Syah 1459-1477

7 Sultan Alauddin Riayat Syah 1477-14888 Sultan Mahmud Syah 1488-1511

Page 18: Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

KMM telah berjaya mewujudkan sistem pentadbiran yang tersusun dan cekap melalui Sistem Pembesar Empat Lipatan.

RAJAH SISTEM PENTADBIRAN KMM

• SULTAN• MAJLIS TERTINGGI

• BENDAHARA• TEMENGGUNG• LAKSAMANA

• PENGHULU BENDAHARI• PEMBESAR-PEMBESAR NEGERI YANG BERGELAR SERI (LAPAN

ORANG) TERMASUK SYAHBANDAR• PEMBESAR-PEMBESAR RENDAH YANG BERGELAR RAJA (16 ORANG)

• PEMBESAR PERINGKAT RENDAH (32 ORANG)18

Page 19: Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

19

• Pada zaman pemerintahan Parameswara, beliau telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan Kerajaan China sebagai langkah keselamatan.

• Hubungan ini menyebabkan Kerajaan Srivijaya dan Kerajaan Siam tidak berani mengancam KMM.

• Hubungan Melaka-China bertambah erat apabila Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po, anak Maharaja China.

• Pada abad ke-15 Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari Timur dan Barat.

Page 20: Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

ANTARA FAKTOR PENTING KEGEMILANGAN MELAKA ADALAH

20

1. Kedudukan yang strategik2. perairan yang dalam dan sesuai bagi kemudahan berlabuh untuk kapal-kapal besar3.pentadbiran yang cekap dan berkesan4. pelaksanaan undang-undang yang kemas iaitu Undang- undang Laut melaka dan Hukum Kanun Melaka5. sistem cukai yang teratur – sistem cukai berkeutamaan6. penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar7. perluasan empayar Melaka8. penggunaan matawang dalam urusan perdagangan

Page 21: Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

Melaka telah muncul sebagai pusat penyebaran agama Islam pada abad ke-15. Islam telah berkembang pesat pada zaman pemerintahan Sultan Mudzaffar Syah (1445-1459). Pada masa ini agama Islam adalah agama rasmi Melaka.

KMM mula merosot selepas kematian Tun Perak pada 1498.

21

Page 22: Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

Antara faktor kejatuhan Melaka ialah;

1. Pemerintahan Sultan Mahmud yang tidak cekap

2. Permusuhan Melayu-Islam dengan Tamil-Islam

3. Perdagangan yang kian merosot

4. Sikap tidak jujur pedagang asing

KMM jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.

22

Page 23: Topik 1 Konsep Negara Kerajaan Melayu

SOALAN TUTORIAL

1.Jelaskan sistem pentadbiran dan pemerintahan yang telah digunakan oleh Kerajaan Melayu Melaka.

2. Parameswara adalah individu penting dalam sejarah Melaka. Huraikan peranan dan usaha yang telah dilakukan oleh beliau terhadap Kerajaan Melayu Melaka.

23