28

CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

  • Upload
    ngocong

  • View
    227

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

CoverPrihatin_NovDec18_FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM

Page 2: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

JILID 1 | Jan - Feb 2019

1610

Bicara Sihat24 Masalah Mental Boleh Membahayakan

Pemanduan

Pilihan Servis Anda26 Perlis, Kedah & Pulau Pinang

21 Majlis Penghargaan Rakan Kerjasama Strategik Jabatan Tenaga Manusia

Lawatan Rasmi Uganda Police Force (UPF)

Lawatan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur

Libur Destinasi22 Jom Terengganu Kita

Sekilas Minda03 SPANCO Melangkah Ke Era Baharu

Warisan Sejagat04 Songket Warisan Zaman Berzaman

Yang Perlu Anda Tahu06 Keselamatan Jalan Raya Siri 5: Teknik

Pengawalan Kenderaan & 10 Amalan ‘JANGAN’ Semasa Memandu

08 Kereta Tamat Pajakan Harus Dipulangkan Dalam Keadaan Sempurna

09 Memandu Ketika Banjir, Jangan Ambil Remeh

Menjejak Inspirasi10 Rekod 25 Tahun SPANCO Menepati

Perjanjian Tahap Perkhidmatan

12 Mengimbau Kenangan Sepanjang 2018

Servis itu Penting16 Penasihat Servis Berkhidmat Untuk

Keselesaan Anda

Persada Inovasi18 Trend Industri Automotif Dunia Bagi

2019

Merakam Catatan20 SPANCO Sumbang 40 unit Kerusi

Roda

Golf Persahabatan di Sarawak

20

Sila hantar komen, pandangan dan sumbangan karya anda kepada Sidang Pengarang seperti di alamat penerbit yang tertera di sebelah. Bahan penulisan hendaklah disertakan sekali dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang Pengarang berhak melakukan penyuntingan sebelum karya diterbitkan.

PenaungDato’ Hamzah Mohd Salleh

SiDang PengarangPeter LimShaheeran JalalludinMohd Fairuz Sallehalwyn ahmad nazriaimi Diyana azuddinrusman Bassri

PencetakSky Press Sdn Bhdno. 15, Jalan PBS 14/3taman Perindustrian Bukit Serdang

43300 Seri kembangan.

Tel 03-8941 4013

Faks 03-8941 4014

PerunDing PenerBitanexecutive Mode Sdn Bhd (317453-P)

PenerBitSPancO Sdn Bhd (172957-u)no. 2, Jalan Perusahaan 2kawasan Perusahaan Batu caves68100 Batu caves.

Tel 03-6192 8888

Faks 03-6192 8999

emel [email protected]

web www.spanco.com.my

Talian bebas tol 1-800-88-6999

Page 3: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

JILID 1 | Jan - Feb 2019 3

SeKILaS MInDa

SPANCO MelANgkAh ke erA BAhAru

Tahun 2018 telah melabuhkan tirainya. Konsesi 25 tahun SPANCO bagi membekal dan menyenggara fleet kenderaan Kerajaan Malaysia sudah pun sempurna. Bagi pihak pengurusan dan seluruh warga SPANCO, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana telah memberi kepercayaan kepada SPANCO untuk melaksanakan konsesi tersebut.

Pengambilalihan fleet oleh SPANCO ternyata telah berhasil mentransformasikan pengurusan kenderaan seterusnya meringankan beban Kerajaan. Kerajaan dapat menikmati pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung yang disediakan. Kerajaan tidak perlu menyediakan perbelanjaan modal yang besar untuk perolehan fleet, malah dengan caj yang tetap, Kerajaan juga tidak perlu lagi menanggung masalah kos berlebihan. Kenderaan diganti setiap 5 tahun bagi Kereta Jabatan (KJ) dan 4 tahun bagi Kereta Rasmi Jawatan (KRJ). Paling utama, melalui sistem pengurusan fleet profesional, tahap ketersediaan fleet berjaya dicapai melebihi 98 peratus.

Menyambut kehadiran 2019, kami telah dimaklumkan bahawa Kerajaan bersetuju

Pengambilalihan fleet oleh SPANCO ternyata telah berhasil mentransformasikan pengurusan kenderaan seterusnya meringankan beban kerajaan. kerajaan dapat menikmati pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung yang disediakan.

DATo’ HAMzAH MoHD SALLeHKetua Pegawai Eksekutif

untuk SPANCO meneruskan konsesi pembekalan dan penyenggaraan fleet secara interim selama 6 bulan mulai 1 Januari sehingga 30 Jun 2019. Kami akan menggunakan ruang dan kesempatan ini untuk melipatgandakan usaha serta komitmen kami dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik demi memenuhi kehendak pelanggan. Kami bersedia untuk menggalas tanggungjawab seterusnya seandainya diberikan kepercayaan sekali lagi untuk memperbaharui konsesi ini.

SPANCO juga akan melangkah ke satu era baharu dengan pelbagai lagi perancangan khusus buat 2019. Kami benar-benar teruja untuk memperkasa dan menaik taraf sistem serta prosedur kerja yang lebih efektif selain terus menyokong usaha Kerajaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam bidang automotif dan melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan dalam menyantuni komuniti.

Seiring dengan matlamat untuk memartabatkan warisan budaya ke persada yang lebih tinggi, majalah PRIHATIN

akan mengetengahkan warisan songket di dalam setiap edisi sepanjang 2019. Ia merupakan salah satu usaha

untuk memperkenalkan kekayaan dan keunikan khazanah warisan kita.

Terima kasih sekali lagi kepada Kerajaan Malaysia atas kepercayaan selama 25 tahun

ini. Semestinya 2019 akan disambut dengan iltizam untuk memberikan

perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan. Selamat Datang 2019!

dan Selamat Sejahtera

Page 4: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

WarISan SeJagat

SongketWarisan Zaman Berzaman

SPANCO telah menjalinkan kerjasama dengan pakar reka

Alam Melayu, Profesor Dr. Che Husna Azhari dalam mengangkat

dan memartabatkan warisan songket ke persada yang lebih tinggi.

Seni songket menjadi satu artifak keanggunan dan kehalusan budaya di samping lambang keunggulan jati diri yang unik serta kaya dengan nilai keindahan dan estetika. Ketelitian dalam penghasilannya melalui gabung jalin

kepelbagaian motif melambangkan corak pandangan dan pemikiran masyarakat.

Bagi menghidupkan warisan budaya yang tiada terbanding nilainya ini, Majalah Prihatin akan mempersembahkan 12 koleksi songket sepanjang 2019. Setiap keluaran akan mengetengahkan dua koleksi warisan songket pilihan dan bagi edisi sulung tahun 2019 ini, kita mulakan dengan keunikan hasil seni songket dari Kelantan dan Terengganu.

KoLeKSI SongKeT KeLAnTAn

Songket jenis ini biasa digunakan sebagai kain kelubung, kain lepas dan selendang persis busana Cik Siti Wan Kembang. Tenunan Adiguru Songket Kelantan iaitu Hajah Kelthom dari Cik Minah Songket Kampung Penambang, Kota Bharu, Kelantan. Songket ini ditempah khas untuk melengkapkan busana ala Cik Siti Wan Kembang.

Bunga songket dibentuk daripada benang emas. Sarung ditenun daripada benang sutera China. Oleh kerana tempahan adalah daripada orang kebanyakan dan bukannya dari istana, maka bunga tanah kain ialah corak penuh bunga tabur atau

Songket Kelantanmotif berantai bunga melor. Jika tempahan dari istana pula, motif tanah kain biasanya adalah bunga kukuran atau bunga padi. Motif sepanjang kaki kain ialah bunga semangat dalam pagar istana. Apabila tenun adalah bunga penuh, sang pandai memanggil jenis ini jong sarat.

JILID 1 | Jan - Feb 20194

Page 5: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

KoLeKSI SongKeT TerenggAnu

Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang pengumpul.

Bahan kain ialah sutera dari Sulawesi. Terengganu banyak berinteraksi dengan Bugis (Makassar) yang membolehkan sumber sutera daripada Sulawesi Tengah didagang ke Terengganu menaiki pinisi. Warna kain ialah ungu tua lebih tepat ialah warna manggis. Walaupun sudah berusia, warnanya masih utuh dan pekat. Lazimnya warna-warna Melayu berunsur kusam kerana menggunakan bahan alami, justeru warna kain tidak garang walaupun utuh.

Tanah sampin adalah warna natar ungu diselang seli jalur menegak. Dalam pagar jalur ini, motif yang dibentuk ialah air mulih ataupun awan

Songket Terengganu

larat, iaitu motif berulang-ulang. Motif utama kepala kain ialah gunungan menegak pada arah kain. Motif ialah bersumber alami iaitu gunung-ganang yang mempunyai punca bersiri bila dilihat dari jauh. Motif ini sudah dicam pada corak songket pada tahun-tahun 1940an lagi. Besar kemungkinan kain ini berasal dari dekad 50 hingga 60an abad ke-20.

Songket merupakan kain tenunan benang emas warisan berharga. Pelbagai postulat dimajukan tentang asal usul kain kesima ini. Antara yang diketengahkan mengambil kira resapan pengaruh yang sudah lama berhubung dengan Dawlah Uthmaniah dan Empayar Mughal India. Pengaruh ini dapat dicam dengan keberadaan sulaman benang logam di Acheh yang terkenal sebagai ‘sulam Istambuli’. Adat dan busana dalam istana diraja pada abad ke-17 pula semakin banyak mengikut gaya Mughal India.

Artifak seperti sarung bantal, tudung saji di Sumatera, Borneo dan Semenanjung Tanah Melayu serta Pattani mengadaptasikan motif awan larat Turki yang dipanggil ‘bohca’. Ia adalah corak bunga tabur dengan motif alami termasuk motif yang kini dipanggil bunga ‘bogan’ di Alam

Melayu. Tekstil asas untuk sulaman tersebut memerlukan fabrik mewah seperti baldu dan bulu.

Aliran bolak-balik ini juga membolehkan kedatangan sejenis tenun benang emas yang dipanggil ‘zarduzi’ dari Farsi, iaitu sulaman menggunakan benang emas dan perak. ‘Zarduzi’ ialah kombinasi perkataan ‘zar’ bermaksud emas dan ‘duzi’ bermaksud hasil.

Pemerian busana dari Farsi dan Mughal India diperkukuhkan lagi oleh hubungan dengan China, justeru kutipan pelbagai tekstil dari sastera klasik seperti kain baju antakesuma, kain antelas, kasa dewangga (Timur Tengah – Farsi – Asia Tengah – China), kain kembayat (Cambay), patola (Gujarat) dan Istambuli (Istanbul). Tenun atau sulaman

‘zarduzi’ sememangnya menggunakan benang emas sebenar yang dipraktikkan di Palembang iaitu penggunaan benang emas 14 karat sehingga ke pertengahan abad ke-20.

Dalam songket, fabrik emas, tersimpulnya motif, perlambangan, kaya bahasa, warna, teknologi dan estetika yang ditampilkan dalam kehalusan sobek seninya.

Sejarah Songket

JILID 1 | Jan - Feb 2019 5

Page 6: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

JILID 1 | Jan - Feb 20196

yang perLu anDa tahu

10 Amalan ‘JANgAN’Semasa Memandu

TeKniK Pengawalan Kenderaan &

Pada siri Pertama hingga Keempat, Majalah PRIHATIN membincangkan mengenai amalan pemanduan berhemah, tip balik kampung sempena musim perayaan, tanggungjawab pemandu ke arah fleet yang selamat dan tip-tip penyenggaraan kereta untuk mengelakkan kemalangan. Siri Kelima pula akan membincangkan mengenai teknik pengawalan kenderaan dan 10 amalan ‘JANGAN’ semasa memandu.

Pemanduan berhemah sememangnya mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Pengetahuan, kemahiran dan sikap adalah tiga perkara penting yang perlu ada pada diri kita untuk menjadi pemandu berhemah. Ikuti teknik pengawalan kenderaan yang betul apabila berada di jalan raya serta 10 amalan yang perlu dihindari semasa memandu.

Keselamatan Jalan Raya siRi 5

Teknik MembrekElak membrek dan memusingkan stereng serentak serta membrek

secara mengejut.

Bagi sistem anti kunci ABS, brek hanya perlu terus

ditekan sehingga kereta berjaya dihentikan. ABS akan menstabilkan pergerakan dan mengelak kereta daripada tergelincir.

Pastikan jarak antara tangan dan tubuh anda berada dalam

keadaan selesa apabila memegang stereng.

Laraskan stereng mengikut posisi yang sesuai.

Disarankan memegang stereng pada kedudukan jam

2/10 atau 3/9.

Teknik Memegang Stereng

Genggam stereng dengan kemas tetapi tidak terlalu kuat.

Apabila mengambil selekoh, jangan sesekali menyilangkan

tangan kerana genggaman anda boleh terlepas dengan mudah.

Untuk memusing stereng tanpa menyilangkan tangan, tolak

stereng ke atas dan tarik ke bawah dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, mengikut hala yang

hendak dituju.

1

2

2

3

4

10

9

8

Page 7: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

JILID 1 | Jan - Feb 2019 7

AmalanJANGANSemasa

Memandu10

01Jangan menggunakan telefon bimbit semasa memandu

02Jangan bermain-main dengan alat GPS atau radio

03Jangan berhenti di

garisan kuning04Jangan menyalahgunakan lampu tinggi

06Jangan memotong barisan

07Jangan melanggar

lampu merah

05Jangan memotong di garisan berkembar

08Jangan lupa memberi isyarat

LORONG

KECEMASAN

Sebelum memasuki selekoh, kurangkan kelajuan lebih awal dan tukar kepada gear yang lebih rendah.

Semasa melalui selekoh, kekalkan pada lorong yang sama.

Awas! Terdapat selekoh yang mempunyai lorong dua hala sejurus kita memasukinya.

Kekalkan jarak selamat dengan kenderaan lain; pergeseran yang walaupun sedikit boleh

Teknik Mengawal Kereta Di Selekoh

Apabila berada di selekoh, jangan membelok terlalu laju kerana ia boleh

mengakibatkan kereta terbabas atau berpusing terutama

pada jalan basah.

mengakibatkan kenderaan terbabas.

Jangan mencedok atau menyilangkan tangan untuk memusing stereng sebaliknya gunakan pergerakan tolak ke atas dan tarik ke bawah tanpa menyilangkan kedua-dua tangan.

Sekiranya anda ingin memecut sebaik keluar dari selekoh, pastikan mempunyai ruang beredar yang luas.

Bagaimanapun bagi kereta yang tidak

dilengkapi ABS, cuba pam pedal brek dengan menekan dan melepaskannya berulang kali untuk mengelakkan brek dan roda dari terkunci serta tergelincir.

Jika kereta masih gagal dihentikan, tarik brek

tangan perlahan-lahan dan alihkan ke gear rendah. Awas! Kereta boleh berpusing jika brek tangan ditarik terlalu cepat.

Jika anda rasa ada sesuatu yang tidak

kena dengan brek anda seperti kereta terpesong atau terdapat bau hangit maklumkan segera kepada penasihat servis.

5

4

3

10Jangan kerap bertukar lorong

09Jangan meremehkan penggunaan lorong kecemasan

Page 8: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

JILID 1 | Jan - Feb 20198

yang perLu anDa tahu

Kereta Tamat Pajakanharus Dipulangkan Dalam keadaan SempurnaPenting dan harus diingat bahawa Kereta Tamat Pajakan harus dipulangkan kepada SPANCO dalam keadaan sempurna dengan segala peralatan di dalamnya berada dalam keadaan baik dan seperti yang direkodkan. Pemulangan kereta yang tidak sempurna boleh mengganggu kelancaran urusan penyerahan kereta baharu bagi program penggantian.

Pelanggan perlu memberi kerjasama dengan mematuhi setiap peraturan yang telah digariskan oleh

Perbendaharaan Malaysia dan SPANCO bagi melicinkan urusan pemulangan dan penggantian kereta. Sila rujuk Perkara 16, di dalam buku kecil ‘Panduan Penggunaan Kereta rasmi’ yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan seperti di bawah:

16. Pemulangan Kereta ke SPAnCo

(i) Kereta Rasmi hendaklah dipulangkan kepada SPANCO apabila:

• penggunabersara/meninggalkanperkhidmatan/gugur jawatan;

• penggunabertukarkeKerajaanNegeri, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan; atau

• ataspermintaanPerbendaharaanuntuk tujuan pembelian Kereta Rasmi ketika bersara oleh pegawai lain.

(ii) Semasa pemulangan, perkara-perkara berikut perlu dikembalikan dengan sempurna:

• setkuncikereta/sistemalatpenggera pertama;

• setkuncikereta/sistemalatpenggera pendua;

• aksesorisediaada(silarujukBorang Pemeriksaan Kenderaan bagi senarai aksesori yang dibekalkan); dan

• set‘toolbox’yanglengkap.

(iii) Pengguna dinasihatkan untuk terus memulangkan Kereta Rasmi sebaik sahaja bersara/meninggalkan perkhidmatan/bertukar ke Kerajaan Negeri, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan kerana sekiranya tidak dipulangkan dan berlaku apa-apa yang tidak diingini ke atas Kereta Rasmi berkenaan, ia akan dipertanggungjawabkan kepada pengguna.

Untuk pengetahuan, sejumlah 3,100 unit kereta dalam fleet Kerajaan Persekutuan terbabit di dalam program penggantian sepanjang 2018

manakala 3,022 unit lagi dijangka pada 2019.

Masalah yang KeraP berlaKU KetiKa PelangganMeMUlangKan Kereta

Kunci pendua tidak dipulangkan

aksesori tidak lengkap seperti set peralatan sD mikro untuk gPs, radio,

tempat duduk dan stereng hilang atau telah ditukar.

tayar ditukar dengan jenis atau jenama

lain.

buku Manual, set pembuka tayar, kit segi tiga keselamatan dan pencucuh api rokok hilang.

Kecacatan badan atau mengalami kemalangan yang

tidak dilaporkan.

bagi kemalangan yang tidak dimaklumkan,

pelanggan dikehendaki membuat laporan polis

supaya tuntutan insurans boleh dilakukan.

Page 9: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

Jangan ambil remeh

Memandu ketika Banjir,

JILID 1 | Jan - Feb 2019 9

Cari laluan alternatif atau cari tempat yang lebih selamat untuk berhenti sebentar sementara banjir surut.

Jangan ambil risiko untuk meneruskan perjalanan kerana kita tidak tahu paras kedalaman air tersebut mungkin boleh melebihi di luar jangkaan.

Sentiasa peka terhadap tempat-tempat yang sering dinaiki air terutama di kawasan-kawasan pembinaan dan yang berhampiran sungai.

Jadikan kaki lima, pembahagi jalan dan papan tanda sebagai penanda paras air.

Pandu pada kelajuan yang sangat perlahan supaya tidak menyebabkan gelombang di hadapan.

Biarkan kenderaan di hadapan melepasi anda terlebih dahulu.

Pastikan anda dapat melihat laluan daratan dengan jelas supaya tidak berhenti dengan mengejut di tengah-tengah air.

Jangan memandu meredah air atau banjir yang sedang mengalir deras

kerana anda berisiko untuk dihanyutkan arus.

Ingat! Anda boleh hilang kawalan kenderaan anda dalam hanya beberapa inci air. Kereta anda

boleh terapung dan dihanyutkan oleh kurang

daripada dua kaki air.

Jika enjin mati atau kereta di tenggelami air, jangan cuba hidupkan

enjin semula kerana kerosakan yang lebih teruk boleh berlaku.

Berhati-hati dengan kawasan di mana air banjir telah surut. Struktur jalan raya mungkin telah lemah dan boleh runtuh disebabkan berat kenderaan.

Jika terperangkap, minta bantuan orang ramai untuk menolak kereta keluar dari dalam banjir.

Uji brek kereta anda sebaik selepas melepasi banjir.

Segera hubungi SPANCO di talian bebas tol 24 jam 1-800-88-6999, untuk bantuan.

Layari INFOBANJIR di http://publicinfobanjir.water.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat banjir terkini.

Pada 2017 sebanyak 51 kes dilaporkan dan 21 kes pada 2018 setakat November membabitkan kerosakan akibat banjir yang dialami fleet kenderaan

Kerajaan Persekutuan.

Dalam tempoh itu, Preve 1.6 CVT Premium adalah model kereta terbanyak dilaporkan rosak akibat ditenggelami air iaitu sebanyak 35 buah manakala Inspira 2.0 CVT Premium MPV kedua terbanyak dengan jumlah 20 buah.

Bencana banjir dilihat sebagai satu kejadian yang berlaku secara mengejut dan membabitkan banyak faktor. Malah ia boleh melumpuhkan sistem jalan raya, menjadikan kenderaan terkandas dan mengalami kerosakan yang teruk. Oleh itu, pengetahuan keselamatan amat penting dan dapat menyelamatkan nyawa serta mengawal kerugian yang tinggi.

APA YAng PerLu DILAKuKAn SeKIrAnYA jALAn rAYA YAng DILALuI DInAIKI AIr

“Meredah kawasan banjir

dengan sengaja adalah satu

kecuaian dan pelanggan

perlu menanggung kerosakan

akibat kereta dimasuki

air jika ini

disengajakan.”

Page 10: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

JILID 1 | Jan - Feb 201910

MenJeJaK InSpIraSI

Bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam, Kerajaan Persekutuan secara rasminya telah menyerahkan pengurusan fleet kenderaan Kerajaan kepada SPANCO pada 30 Oktober 1993 di mana SPANCO telah dipertanggungjawabkan untuk membekal, menyenggara dan membaiki kereta-kereta saloon Kerajaan pada kos yang tetap.

Ternyata pengambilalihan fleet oleh SPANCO telah berhasil meringankan beban pentadbiran dan pengurusan Kerajaan. Kerajaan juga dapat menikmati pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung yang disediakan apabila semua tugas penyenggaraan ke atas setiap kereta konsesi dipikul oleh SPANCO. Dengan caj yang tetap, Kerajaan tidak perlu lagi memikirkan tentang masalah kos berlebihan seperti yang dihadapi sebelum itu. Paling utama, tahap ketersediaan fleet (vehicles-on-road) berjaya dicapai pada 98 peratus.

Peningkatan Mutu

SePanjang MaSa

SPANCO memanfaatkan sistem pengurusan fleet dalam mengawal selia fleet kenderaan dan terus memperbaharui tahap perkhidmatannya dari masa ke semasa. Mutu servis diperbaiki dengan menumpu kepada aspek peralatan,

lokasi, tahap keselesaan dan hubungan pelanggan di samping memantau prestasi rangkaian Pusat Servis Diiktiraf (PSD) di seluruh negara.

Kelengkapan dan peralatan pusat servis dinaik taraf seiring dengan perkembangan teknologi automotif, manakala peta taburan PSD dikaji dan disusun semula supaya tertumpu kepada kawasan yang mempunyai permintaan yang tinggi seperti di Lembah Klang dan Putrajaya.

SPANCO turut memindahkan operasinya dari Segambut ke Batu Caves pada 2005 bagi menyatukan Ibu Pejabat dan Pusat Servis Wilayah (PSW) di bawah satu bumbung. PSW Bangi yang baharu juga turut dibuka pada 2012. Kemahiran para mekanik dan teknikal dipertingkatkan secara berkala dengan melaksanakan Program

rekod 25 Tahun SPANCO Menepati Perjanjian Tahap Perkhidmatan

PencaPaian Kualiti PerKhidmatan untuK

Perolehan

Pemeriksaan kualiti dan Pra-

Penghantaran 100%Setiap kenderaan akan

melalui ujian kualiti yang terperinci sebelum

diserahkan kepada pelanggan.

Penghantaransegera

Semua pesanan baru untuk kenderaan akan dihantar dalam masa 60 hari dari

tarikh Pesanan Kenderaan (VO) manakala kenderaan akan diganti pada Tarikh

Tamat Pajakan (LED).

Page 11: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

JILID 1 | Jan - Feb 2019 11

Pembangunan Kemahiran Teknikal.

Hasilnya, tahap perkhidmatan SPANCO telah diperakui melalui sijil ISO9001:2015 untuk Penyenggaraan dan Servis Fleet Kenderaan, satu pengiktirafan piawaian antarabangsa berprestij untuk pusat servis utamanya.

Selain itu, turut diraih adalah Anugerah BrandLaureate dalam kategori SMEs Chapter Awards 2010 for Corporate Branding — Best Brand in Logistic — Fleet Management Soltions.

PencaPaian Kualiti PerKhidmatan untuK ServiS

servis berjadual Servis biasa boleh disiapkan dalam masa 2 jam sementara servis utama dalam masa 4 jam bagi penghantaran kenderaan ke pusat servis melalui temu janji.

98% kenderaan boleh digunakan (VOr)

Pada setiap masa, 98% kenderaan SPANCO boleh digunakan dan hanya 2% berada di pusat servis untuk penyenggaraan atau pembaikan.

Bantuan khidmat kerosakan 24-jam

Talian bebas tol 24 jam disediakan untuk bantuan kerosakan, kemalangan, kecurian atau kecemasan yang melibatkan kenderaan fleet. SPANCO akan menasihatkan langkah-langkah yang perlu diambil, menghantar pasukan khidmat bantuan ke lokasi (jika di Lembah Klang) atau menghubungi PSD berhampiran untuk bantuan selanjutnya.

tempoh tindak balas

Pasukan bantuan kerosakan akan tiba di lokasi dalam masa 45 minit selepas panggilan kecemasan dibuat ke Pusat Panggilan, dengan syarat lokasi terletak dalam lingkungan 50-100km dari pusat servis.

kereta ganti Pengguna Kereta Rasmi Jawatan akan disediakan dengan sebuah kereta ganti jika tempoh yang diperlukan untuk menyiapkan pembaikan adalah melebihi 24 jam (bagi kes-kes di Lembah Klang) atau 48 jam (bagi di luar Lembah Klang) mengikut kepada ketersediaan kenderaan.

Jadual penyenggaraan cegahan

Semua komponen yang haus atau lusuh akan diganti sebelum mendatangkan kerosakan, seperti tayar (bunga kurang dari 1.6mm), bateri, pam air, tali sawat pemasaan dan sebagainya. Ini dapat membantu memelihara dan mempertingkatkan keutuhan kenderaan di atas jalan raya.

kajian semula Prestasi Proaktif

Semasa kajian semula, kereta yang didapati bermasalah atau memiliki kecacatan teknikal akan disarankan supaya diganti.

Penilaian Prestasi Proaktif di Pusat servis diiktiraf

Audit pemeriksaan kereta dan pusat servis dilakukan sepanjang masa. Kereta akan diaudit mengikut keadaan fizikal dan prestasi manakala pusat servis pula berdasarkan kriteria 4M iaitu tenaga kerja (manpower) bahan (material), kaedah (method) dan peralatan (machine).

Tugasan Sasaran Pencapaian

PetunjuK PreStaSi utama (KPi)

Jumlah kenderaan yang tidak boleh digunakan < 200 unit Sasaran dicapai

Masa yang diambil untuk menyiapkan servis:

Servis berjadual 24 jam Sasaran dicapai

Rombak rawat enjin 21 hari Sasaran dicapai

Pembaikan akibat kemalangan 30 hari Sasaran dicapai

Tempoh tindak balas untuk panggilan kecemasan (dalam lingkungan 50-100km dari pusat servis) 45 minit Sasaran dicapai

SPANCO juga merupakan ahli Persatuan Pengurusan Fleet Australasia (AfMA) yang menjadi rujukan piagam antarabangsa bagi menyemak dan memperbaiki sistem, prosedur serta teknologi sekali gus sebagai penanda

aras perkhidmatan profesional kepada pelanggan. Malah, kelayakan penasihat servis dan kakitangan teknikalnya turut diiktiraf Proton untuk mengendalikan tugas memenuhi piawaian mutu tertinggi yang ditetapkan.

Page 12: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

JILID 1 | Jan - Feb 201912

MenJeJaK InSpIraSI

Pencapaian demi pencapaian dikecap sepanjang 2018 dan pelbagai program serta sistem terbaharu dilancarkan oleh SPANCO dalam mempertingkatkan khidmat kepada para pelanggan. Program Tanggungjawab Sosial Korporat juga tidak dilupa, menawarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Malah, SPANCO turut berbangga dapat sama-sama menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia.

Sememangnya, pencapaian ini adalah semangat untuk membuka tirai 2019 dengan pelbagai perancangan yang lebih jitu dalam terus memberikan sokongan kepada Kerajaan dan semua pelanggan. Berikut ialah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di SPANCO sepanjang 2018.

Mengimbau KenanganSepanjang 2018 8 januari 2018 - Pusat Servis SPANCO

dianugerahkan ‘GOLD’ iaitu Juara untuk kategori ‘Top 10 After Sales Performance Dealer’ pada majlis PROTON Network Conference 2018.

31 Mac 2018 - Menganjurkan Hari Bersama Pelanggan di Pusat Servis Wilayah Batu Caves dan Bangi. Ia adalah

ekoran dari penyertaan SPANCO pada Hari Terbuka

Kementerian Kewangan 2018 yang diadakan pada 22 Mac 2018. Inisiatif ini

bagi mendekati pengunjung dengan menawarkan

pemeriksaan kenderaan Proton secara percuma.

19 Mei 2018 - Sumbangan cek kepada balu

mendiang Koperal Dommy Tugok di Jabatan

Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Bukin Aman.

26 Mei 2018 - Mengagihkan bubur lambuk kepada masyarakat setempat di Masjid Al-Hasanah,

Bandar Baru Bangi untuk berbuka puasa.

01 02

05

08

Page 13: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

JILID 1 | Jan - Feb 2019 13

24 Februari 2018 - Menyertai program

Tanggungjawab Sosial Korporat anjuran

Kementerian Kewangan dengan antaranya

mengecat dan membaik pulih Sekolah

Kebangsaan Temai, Pekan, Pahang serta

memberi sumbangan kepada mangsa-

mangsa banjir masyarakat setempat.

22 Mac 2018 - Menawarkan pemeriksaan kenderaan secara

percuma sempena Hari Terbuka Kementerian Kewangan yang berlangsung di Putrajaya.

1 Februari 2018 - Melancarkan Televisyen Paparan Berganda (Multiview TV) di Pusat Servis Wilayah. Melalui paparan gambar dalam gambar, pemberitahuan dan maklumat dalam bentuk video mahupun teks ditayangkan di sudut kecil skrin sebagai makluman atau panduan untuk pelanggan yang sedang menuntun rancangan yang disiarkan.

17 aPril 2018 - Kunjungan Rasmi Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) ke

Pusat Servis Wilayah Batu Caves.

12 Mei 2018 - Bergotong-royong membersihkan Rumah Penyayang Ulin Nuha yang baharu sempena menyambut Ramadan. Seramai 17 kakitangan SPANCO terlibat berganding bahu membantu.Menjadi hari yang menggembirakan buat seluruh warga Rumah Penyayang Ulin Nuha dan warga SPANCO apabila dapat memindahkan anak-anak yatim dan asnaf ini dari kabin yang sempit dan tidak selesa kepada kediaman yang lebih selesa serta selamat iaitu rumah teres tiga tingkat pada 13 Januari 2018.

31 Mei 2018 - Menyertai Majlis Penyampaian

Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Angkatan

Tentera Malaysia bertempat di Auditorium Wisma

Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Kuala

Lumpur.

1 jun 2018 - Jamuan Berbuka Puasa dan Solat Tarawih di Masjid Abi Ayyub Al-Ansari, Batu Caves.

03 04

06 07

09 10 11

Page 14: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

JILID 1 | Jan - Feb 201914

1 OktOber 2018 - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perasmian Program Sistem Latihan Dual

Nasional (SLDN) di antara SPANCO Services Sdn Bhd dan Institut Latihan Perindustrian

Kuala Lumpur (ILPKL) di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

5 jun 2018 - Sumbangan bagi Tabung Harapan

Malaysia telah disampaikan oleh Ketua Pegawai

Eksekutif, Dato’ Hamzah Mohd Salleh.

julai 2018 - Penyampaian hadiah kepada pemenang-

pemenang Anugerah Pusat Servis Diiktiraf bagi tahun 2017. Dibahagikan

kepada lima zon iaitu Wilayah Utara, Wilayah

Selatan, Wilayah Pantai Timur, Sabah

dan Sarawak, di mana pemenang Anugerah

PSD Cemerlang dipilih melalui penilaian tahap

kepuasan pelanggan yang merangkumi 60% dari

keseluruhan markah dan 40% melalui penilaian

berdasarkan konsep 4M (Man, Machine, Method

& Material).

8 OgOS 2018

Mesyuarat SLDN 2018 yang diadakan di SPANCO kemudian disusuli pula

dengan satu lagi mesyuarat di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur

(ILPKL).

11 OktOber 2018 - Perlawanan Bola Sepak

Persahabatan Kementerian Belia dan Sukan

(KBS) menentang SPANCO diadakan di Padang

Sintetik, Majlis Perbandaran Sepang.

MenJeJaK InSpIraSI

30 jun 2018 - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri

SPANCO 2018 berlangsung di Pusat Servis Wilayah Batu Caves.

7 SePteMber 2018 - Sesi pendaftaran

kemasukan perantis SLDN bagi Program Skim

Perantisan SPANCO berlangsung di Institut Latihan

Perindustrian Kuala Lumpur.

13 OktOber 2018 - SPANCO telah

menaja Perlawanan Bola Sepak Persahabatan di antara

Dugong All Stars dan Pilihan YB Syed Saddiq sempena Hari Sukan

Negara 2018. Seramai empat kakitangan SPANCO telah terpilih

untuk menyertai pasukan Menteri Belia dan Sukan,

YB Syed Saddiq.

12 13

1617

1920

21

Page 15: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

JILID 1 | Jan - Feb 2019 15

5 & 7 DiSeMber 2018 - Sebanyak 40 buah

kerusi roda diserahkan kepada Hospital Selayang

dan Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban sebagai

sumbangan ikhlas bagi meringankan beban para

pesakit dan keluarga mereka.

29 nOveMber 2018 - Uganda Police Force (UPF) melakukan lawatan rasmi ke Pusat Servis Wilayah Batu Caves.

4 julai 2018 - Mesyuarat Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) 2018 diadakan di Pusat Servis Wilayah Batu Caves.

1 OktOber 2018 - Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) telah diadakan di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur di mana seramai 18 orang lagi kakitangan SPANCO telah dianugerahkan SKM mengikut tahap pengalaman mereka.

1415

18

2223

Page 16: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

JILID 1 | Jan - Feb 201916

ServIS Itu pentIngServIS Itu pentIng

“Tiada yang lebih indah apabila kerja kita diiktiraf pelanggan. Pernah saya dihubungi pelanggan dari sebuah kementerian semata-mata ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan yang saya berikan dalam mempercepatkan kereta beliau dibaiki. Itulah momen paling indah selama bertugas sebagai Penasihat Servis di SPANCO,”ujarPenasihatServisHafizMohd Nor, 36 tahun yang bertugas di Pusat Servis Wilayah Batu Caves.

Pengalaman ini turut dirasai oleh Mohamad Ishak Shukor, 42 tahun, Penasihat Servis Kanan, di Pusat Servis Wilayah Bangi. “Penat bekerja memang tidak terasa apatah lagi bila pelanggan memuji hasil kerja kita. Kereta cepat siap dan mereka sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Inilah pencetus semangat untuk saya sentiasa memberikan khidmat cemerlang kepada semua pelanggan,” ujar beliau.

Inilah antara pengalaman manis yang dilalui oleh Penasihat Servis di SPANCO. Tugasan mereka bermula apabila Penasihat Servis merekodkan di dalam ‘Pesanan Kerja’ dan mendaftar ke dalam sistem FMS (Fleet Management System) mengenai aduan kerosakan atau servis yang perlu dilakukan. Penasihat Servis kemudiannya akan mengarahkan fomen yang bertugas untuk mengagihkan kerja pembaikan kepada mekanik.

Selepas pembaikan selesai, fomen

akan melakukan pemeriksaan kualiti (Quality Check) ke atas kenderaan. Setiap kerja pembaikan akan mengikut tanda aras yang ditetapkan oleh pihak pengurusan berdasarkan SOP (Standard Operating Procedure) serta prosedur dan polisi ISO 9001:2015.

Penasihat Servis juga berperanan menerangkan kepada pelanggan mengenai pembaikan atau servis yang akan dilakukan ke atas kereta serta jangka masa yang diperlukan. Mereka turut bertanggungjawab memastikan tempoh pembaikan mengikut masa yang ditetapkan seperti yang telah dipersetujui dengan pelanggan. Pelanggan akan diberitahu sekiranya terdapat penangguhan atau kelewatan pembaikan.

Penasihat Servis juga akan memantau Progres Kerja (WIP) para juruteknik mereka. Setelah siap, Penasihat Servis akan menghubungi pelanggan untuk mengambil kereta tersebut. Mereka kemudian akan menerangkan kepada pelanggan pembaikan yang telah dilakukan semasa penyerahan.

Sehingga hari ini secara keseluruhannya, terdapat seramai 11 Penasihat Servis di Pusat Servis Wilayah iaitu enam orang di Batu Caves dan lima orang di Bangi.

Barisan Penasihat Servis di PSW Batu Caves diketuai oleh Norhakim Saap, selaku Penolong Ketua Bahagian Servis. Beliau berpengalaman lebih 15

tahun dalam bidang servis automotif dan khidmat pelanggan. Manakala Nor Azhan Haji Abdul, merupakan Penolong Ketua Bahagian Servis di PSW Bangi. Beliau berpengalaman lebih 20 tahun

Penasihat Servis Berkhidmatuntuk keselesaan Anda

Page 17: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

JILID 1 | Jan - Feb 2019 17

dalam bidang servis automotif, khidmat pelanggan dan Audit.

Untuk menjadi seorang Penasihat Servis yang mahir, kelayakan yang diperlukan adalah Diploma dalam bidang Kejuruteraan Automotif.

Bagi meningkatkan kemahiran, Penasihat Servis SPANCO perlu memiliki latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan akan diberi latihan dalaman. Bagi mempertingkatkan skil khidmat selepas jualan dan hubungan pelanggan, mereka juga akan didedahkan dengan program latihan kerjasama dengan Proton Edar (PESB) iaitu latihan tahunan untuk tatacara komunikasi bersama pelanggan dan pengetahuan mengenai produk baharu syarikat.

Dalam menghadapi tugasan harian, para Penasihat Servis juga tidak terkecuali

dari menangani pelbagai cabaran. Menghadapi ragam pelanggan adalah cabaran biasa yang sering dihadapi. Malah, situasi menguruskan jangkaan pelanggan dalam menyiapkan sesebuah kenderaan itu juga perlu diselesaikan dengan bijak.

Namun, paling mencabar apabila bekalan alat ganti dari pengeluar PROTON tiba lewat atau kehabisan. Bagi mengatasi masalah ini, Penasihat Servis akan memaklumkan kepada pelanggan tarikh jangkaan masa ketibaan alat ganti yang dipesan.

Sistem Perkhidmatan Kiosk yang disediakan sejak 2015, juga dapat menyelesaikan masalah pelanggan yang mana ia memudahkan pelanggan mendaftar di kaunter pusat servis apabila menghantar kereta untuk diservis atau dibaiki. Melalui paparan mesra pengguna yang terdapat di kiosk, pelanggan juga boleh menyalurkan maklum balas terhadap servis dan

layanan yang telah diterima. Ini dapat membantu pihak

SPANCO mempertingkatkan lagi perkhidmatan yang

disediakan.

Bagi melicinkan lagi pergerakan tugasan Penasihat Servis, seterusnya memastikan pelanggan mendapat servis yang terbaik, pelanggan

dinasihatkan untuk mematuhi jadual

penyenggaraan servis seperti yang disyorkan oleh

pengeluar PROTON iaitu bagi kereta Proton Perdana Standard

2.0 dan 2.4 adalah setiap 5,000km atau 3 bulan yang mana dahulu; manakala bagi model yang lain adalah setiap 10,000km atau 6 bulan yang mana dahulu. Pematuhan servis berjadual dapat mencegah kerosakan, seterusnya membantu melancarkan urusan dan tugasan pelanggan.

Jika kereta perlu dihantar kepada pengeluar PROTON untuk pembaikan, pihak pengurusan SPANCO akan membantu untuk membuat susulan dengan pihak atasan pengeluar bagi mempercepatkan pembaikan supaya pelanggan dapat kembali menggunakan kereta secepat mungkin.

Pelanggan turut disarankan untuk membuat temu janji servis supaya pusat servis dapat melakukan perancangan atau persiapan yang

sepatutnya. Temu janji boleh dibuat melalui Aplikasi Mobil SPANCO atau melayari laman web SPANCO di www.spanco.com.my

Dalam menghadapi tugasan harian, para Penasihat Servis juga tidak terkecuali dari menangani pelbagai cabaran.

Menghadapi ragam pelanggan adalah cabaran biasa yang sering dihadapi. Malah, situasi menguruskan jangkaan

pelanggan dalam menyiapkan sesebuah kenderaan itu juga perlu diselesaikan dengan bijak.

Page 18: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

JILID 1 | Jan - Feb 201918

perSaDa InovaSI

Industri

automotif dunia

dikhuatiri agak

lembap susulan

penjualan yang

menguncup

berbanding

tahun-tahun

sebelumnya.

Bagaimanapun

dari sudut

teknologi,

pengeluar-

pengeluar kereta

dunia masih

meneruskan

perlumbaan

membangunkan

produk masing-

masing yang

diharap mampu

mengubah

landskap

automotif untuk

dekad-dekad

yang akan

datang.

Apakah

perkembangan

yang perlu diberi

perhatian bagi

tahun hadapan?

Berikut adalah

trend utama

yang diramal

untuk 2019 yang

dipetik daripada

American

Mechanic,

sebuah blog

automotif di

Amerika Syarikat.

Di Amerika Syarikat yang merupakan antara peneraju dan ‘trendsetter’

industri automotif dunia, pengilang-pengilang kereta

seperti Ford dan Chevy telah memutuskan

untuk mengurangkan jumlah pengeluaran

kereta sedan mereka berikutan permintaan yang menurun. Pada April

2018 yang lepas, Ford mengumumkan untuk menamatkan pengeluaran

kesemua model sedan dari kilang mereka kecuali Mustang dan Focus

Active, seterusnya bercadang menumpukan 90%

pengeluaran kepada SUV, crossover dan

trak menjelang 2020. Chevy juga bakal

mengikut jejak yang serupa.

Trend kereta yang boleh memandu sendiri akan terus popular. Walaupun dikaitkan pelbagai insiden dan kontroversi, namun kereta autonomous dijangka akan terus menarik

Trend IndusTrI AuTomoTIfDunia Bagi 2019

Permintaan Sedan dijangka menurun

Sumber: Rencana ini diterjemah dan diolah semula dari rencana asal oleh American Mechanic.

minat pengguna. Kerajaan Amerika Syarikat turut membantu ke arah trend ini dengan meluluskan rang undang-undang bagi menyokong kajian dan pembangunan teknologi pandu sendiri. Beberapa syarikat terkemuka

termasuk Ford, Toyota dan Google membelanjakan pelaburan tinggi

di dalam bidang ini dan dijangka lebih banyak firmateknologidanpengeluar kenderaan akan bekerjasama

untuk bersama-sama membangunkannya.

kereta-kereta akan teruS diautomaSikan

Page 19: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

JILID 1 | Jan - Feb 2019 19

Salah satu trend pada 2018 ialah peningkatan populariti kenderaan elektrik (EV). Ia jelas terlihat dengan kebanjiran EV dari Eropah ke seluruh

dunia di mana hampir kesemua jenama dari sana mengeluarkannya selain hibrid plug-in. Jumlah EV yang terjual pula dijangka mencecah 1.4 juta unit pada 2018 khususnya untuk pasaran China dan Amerika Syarikat. Juga semakin banyak stesen pengecasan elektrik dibina di Amerika Syarikat dan Eropah yang secara tidak langsung menjurus kepada peningkatan populariti EV bagi tahun berikutnya.

ai diteraPkan dalam kenderaan

Menyusuri trend penggunaan AI dalam segenap segi kehidupan,

pengeluar-pengeluar kereta telah mengumumkan usaha sama denganfirma-firmateknologiterkemuka seperti Microsoft, Apple dan Google. BMW dan

Google contohnya menjalinkan kerjasama untuk menyediakan

Google Assistant di dalam kenderaandanAlexaoleh

Amazon dijangka akan menyusul.

autonomouS akan dikomerSialkan

Masih mengenai subjek automasi. Pada Pameran

Elektronik Pengguna (CES) 2018 yang berlangsung di Las Vegas,

Nevada di Amerika Syarikat, Toyota, antara pengeluar kereta terbesar dunia telah buat julung kalinya mendedahkan e-Pallette,

sebuah kenderaan konsep yang bukan sahaja mampu

memandu sendiri tetapi juga bolehdikonfigurasikanuntuk

kegunaan pelbagai model dan keperluan perniagaan yang khusus. Sebagai contoh ia boleh menjadi sebuah teksi

atau sebuah kenderaan yang menyedia dan menghantar

pizza sekali gus. Pelbagai lagi kegunaan boleh dilakukan oleh kenderaan autonomous yang

mudah suai ini.

trend menjuruS kePada elektrik

Pelan langganan seperti Amazon Prime untuk video, dan Apple atau Spotify untuk muzik bukanlah sesuatu yang baharu malah akan diterapkan untuk langganan kereta. Di Amerika Syarikat, pengeluar kereta seperti Lincoln, Porche dan Cadillac telah pun menyediakan khidmat pelan langganan ini. Ia membolehkan para pelanggan menaiktaraf kenderaan masing-masing kepada yang baharu dengan mudah dan lebih cepat berbanding pembelian secara terus atau sewa beli.

JILID 1 | Jan - Feb 2019 19

Pelan langganan kereta

SiStem elektrik diPertingkatkanPenaiktarafan sistem pendawaian elektrik

kenderaan daripada 12-volt kepada 48-volt telah lama dibincangkan di kalangan

pengeluar kereta. Selain lebih berkuasa, sistem pendawaian elektrik 48-volt

menggunakan ruang yang lebih kecil, justeru membebaskan ruang di dalam

kereta untuk kegunaan-kegunaan yang lain, sekali gus membuka peluang

untuk teknologi pandu sendiri dan IoT dibangunkan dengan lebih pesat secara

lebih meluas.

Page 20: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

JILID 1 | Jan - Feb 201920

MeraKaM Catatan

golf Persahabatan di Sarawak Samarahan Country Club, kota Samarahan, Sarawak3 November, 2018

SPAnCo Sumbang 40 unit Kerusi roda

Usaha menyantuni komuniti tidak pernah berakhir, pada bulan Disember yang lalu Majlis Penyerahan Sumbangan Kerusi Roda daripada SPANCO kepada Hospital Selayang dan Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban telah diadakan.

Majlis Penyerahan Sumbangan Kerusi Roda kepada Hospital Selayang telah berlangsung pada 5 Disember 2018 dengan

penyerahan 20 unit kerusi roda manakala di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban pula pada 7 Disember 2018, juga dengan penyerahan 20 unit kerusi roda.

Dengan adanya sumbangan ini, diharap dapat memberi manfaat dan membantu ramai pesakit di

hospital-hospital tersebut sekali gus mengurangkan beban kepada pesakit dan keluarga mereka.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Dato’ Azman Haji Idris, Ketua Pegawai Operasi SPANCO kepada Pengarah

Hospital Selayang, Dr. Sakinah Alwi dan Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Dr. Haji Jazari Jamaludin.

Page 21: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

JILID 1 | Jan - Feb 2019 21

Majlis Penghargaan rakan Kerjasama Strategik jabatan Tenaga Manusia

kementerian Sumber Manusia, Putrajaya12 November, 2018

Lawatan rasmi uganda Police Force (uPF)

Pusat Servis Wilayah Batu Caves29 November, 2018

Lawatan Institut Latihan Perindustrian Kuala LumpurPusat Servis Wilayah Bangi

19 Disember, 2018

Page 22: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

JILID 1 | Jan - Feb 201922

LIbur DeStInaSI

terengganukita

jom

Pada keluaran ini, Majalah PRIHATIN memilih Terengganu sebagai destinasi percutian untuk seisi keluarga. Apa yang ‘best’ di Terengganu? Selalu dengar cerita, orang cakap Terengganu ‘best’ sebab banyak pantai dan pulau menarik. Tetapi yang paling penting, keropok lekor dan makanan laut yang segar. Jom, kita jalan-jalan ke Terengganu.

Percutian PulauApa lagi yang mendamaikan

kalau tidak ke pulau-pulau eksotik di sini malah

tercantik di Terengganu seperti Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Pulau Redang,

Pulau Tenggol dan Pulau Lang Tengah. Pantai yang

bersih, berpasir putih, air laut yang jernih dan aktiviti snorkeling dan menyelam

skuba boleh dilakukan.

berehat di PantaiPenat berjalan di bandar, jom tenangkan diri dan berkenalan dengan alam semula jadi. Memang Terengganu punya pantai yang cantik dan menenangkan. Antaranya Pantai Penarik, Pantai Batu Buruk, Pantai Teluk Ketapang, Pantai Chendering, Pantai Bukit Keluang, Pantai Teluk Bidara dan banyak lagi.

china townMemang wajib singgah ke sini. Berjalan di

setiap lorong deretan bangunan kedai pasti terpegun dengan lukisan mural berwarna-warni.

Sambil itu, bolehlah membeli-belah pelbagai barangan unik dan kreatif.

Desa MurniNak membeli pakaian?

Di sini bermacam-macam jenis rekaan kain batik, kain pasang, baju melayu, telekung, kain

pelekat dan tudung. Ya, inilah ‘syurga’ tudung

muslimah!

Page 23: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

JILID 1 | Jan - Feb 2019 23

bukit PuteriSalah satu lokasi sejarah yang dijadikan kubu pertahanan satu ketika dahulu. Dapat dilihat dengan jelas meriam, rumah genta dan loceng antik. Terdapat kemudahan eskalator untuk yang tidak gemar mendaki.

kampung losongPusat Perniagaan Keropok Lekor di

Terengganu atau lokasi membeli keropok lekor.

Banyak pilihan gerai keropok lekor yang

sedap-sedap semuanya.

river cruise ttiBila dah ke Taman

Tamadun Islam, kita juga boleh melakukan

aktiviti menyusuri sungai di Pulau Wan Man dalam

masa 45 minit sahaja sambil menikmati

pemandangan indah termasuk Masjid Kristal dan replika Taj Mahal.

Pasar besar kedai PayangDi sinilah ‘syurga’ membeli-belah paling popular kepada pelancong. Kalau nak beli sutera, songket, batik, periuk belanga, makanan hasil laut dan macam-macam lagi... di sinilah tempatnya.

taman tamadun islamTaman ini mempunyai 21 replika bangunan yang terkenal dalam

dunia Islam. Lokasi menarik untuk menambah ilmu anak-anak.

bazar WarisanKedudukannya dekat dengan Pasar Payang. Reka bentuk bangunannya sangat unik dengan rekaan tradisional rumah Terengganu. Di sini terdapat banyak kraftangan dan seni tradisional Terengganu.

tasik kenyirBanyak aktiviti boleh dilakukan di tasik buatan manusia ini. Sewa saja bot dan boleh melawat tempat-tempat menarik di sini. Di Tasik Kenyir sendiri terdapat Santuari Kelah Sungai Petang, Air Terjun, Gua-gua menarik, Taman Herba dan lain-lain.

kampung bukit tok bengKatanya, ramai orang sanggup beratur di sini kerana keropok lekornya sedap dengan isi ikan yang banyak dan berbeza dengan tempat lain. Mungkin sebab itulah tempat ini mendapat gelaran ‘Keropok Lekor Nombor atau beratur...’.

Page 24: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

JILID 1 | Jan - Feb 201924

bICara SIhat

Kita pernah dikejutkan dengan kes pemandu yang memandu melawan arus dan memandu pada kelajuan tinggi. Hanya golongan bermasalah mental yang sanggup berbuat demikian tanpa menghiraukan nyawa dan keselamatan pengguna jalan raya lain. Pembuli jalan raya juga dikategorikan sebagai pesakit mental dan ianya semakin meruncing di

negara kita. Hasil tinjauan mendapati 20 dari 100 pengguna jalan raya di negara ini berhadapan dengan masalah mental dan jumlah ini meningkat setiap tahun.

Kepenatan serta persekitaran yang tidak kondusif juga antara penyebab ramai di kalangan pemandu kenderaan di negara ini sering terjejas kewarasan

dan pertimbangan. Personaliti yang kasar, sikap tidak sabar dan menjadikan jalan raya sebagai tempat melepaskan tekanan antara faktor yang menjadikan pemandu memandu dengan agresif.

Masyarakat perlu sedar tentang

MasalahMental

BolehMeMBahayakanPeManduan

pentingnya kesedaran terhadap penyakit mental terutamanya apabila memandu di jalan raya. Apabila seseorang itu sukar menyesuaikan diri menangani tekanan, ia boleh mempengaruhi kesihatanfizikaldanbolehmenyebabkan beliau bertindak di luar kawalan.

Malah, ramai di kalangan masyarakat yang mengalami sakit berkaitan mental namun sering mengabaikannya. Mereka juga tidak tahu bahawa diri mereka sakit dan jika tidak dirawat ianya boleh menular menjadi lebih serius seperti penyakit ‘schizophrenia’. Schizophrenia merupakan penyakit kecelaruan mental berpunca daripada tekanan hidup dan kemurungan berpanjangan.

antara FaktOr PenyuMbang terjaDinya Penyakit MentalFaktor keturunan – Mereka yang mempunyai genetik atau ada ahli keluarga yang mempunyai sejarah

FaKtoR-FaKtoR Penyebab

Kesesakan lalu lintas

Peningkatan kos sara hidup

Tertekan akibat masalah peribadi

Tekanan perasaan akibat kerja

PerSonALITI YAng KASAr, SIKAP TIDAK SABAr DAn MenjADIKAn jALAn rAYA SeBAgAI TeMPAT MeLePASKAn TeKAnAn AnTArA FAKTor YAng MenjADIKAn PeMAnDu MeMAnDu DengAn AgreSIF.

Page 25: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

JILID 1 | Jan - Feb 2019 25

penyakit mental adalah berisiko lebih tinggi berbanding yang tiada sejarah penyakit ini.

gangguan bahan kimia dalam otak – Apabila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai ‘neurotransmitter’ tidak berfungsi dengan baik, gejala penyakit mental akan muncul. Contoh:

Schizophrenia iaitu penghasilan dopamin secara berlebihan.

Kemurungan di mana paras serotonin terlalu rendah.

Mania yang mana paras serotonin meningkat secara melampau.

Kebimbangan apabila terdapat gangguan di dalam pengeluaran dan fungsi noradrenalin.

jangkitan virus – Menurut kajian terdapat penyakit mental disebabkan oleh jangkitan virus.

Sejarah hidup – Sebagai contoh, proses kelahiran yang sukar, kehilangan ibubapa semasa kecil, atau mengalami cabaran hidup yang sukar.

Keadaan sosioekonomi yang rendah – faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalam masyarakat boleh meningkatkan masalah penyakit mental.

Jenis-Jenis penyakit mentalSecara umumnya ia boleh dibahagi kepada tiga kumpulan utama:

Kecelaruan PersonalitiMereka ini mempunyai kecacatan perwatakan dan masalah ini boleh memberi kesan buruk kepada perhubungan dengan orang sekeliling

Neurosis Ia dikaitkan dengan gangguan dalam pemikiran, perasan dan kelakuan tetapi tidak menjejaskan kewarasan mereka. Mereka sedar keadaan kesihatan mereka yang mengakibatkan fungsi dan pergerakan harian mereka mungkin sedikit terganggu. Contoh: kemurungan dan kebimbangan.

PsikosisTerdapat perubahan dalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku serta kewarasan pesakit. Mereka akan merasa keliru dan berhalusinasi. Mereka juga mengalami delusi seperti percaya ada orang yang ingin menganiaya mereka menyebabkan mereka bertindak menyerang orang tersebut. Mereka akan bercakap perkara-perkara mengarut, bercakap seorang diri, ketawa atau marah tanpa sebab.

Rujukan dari: www.myhealth.gov.my

DaPatkan raWatanPenyakit mental yang ringan boleh diubati. Terdapat ubat-ubatan berkesan dalam merawatnya dan yang

penting ia harus diambil secara konsisten.

Pendekatan sokongan seperti kaunseling, psikoterapi, terapi kognitif, terapi berkelompok, terapi

keluarga, pendidikan psikologi, terapi pemulihan cara kerja dan pemulihan psiko-sosial adalah antara

rawatan yang boleh diambil.

Semua hospital dan klinik kesihatan di Malaysia mempunyai anggota terlatih dalam memberi

rawatan kepada mereka yang mengalami masalah penyakit mental. Untuk kes-kes yang rumit akan

dirujuk kepada pakar psikiatri.

Page 26: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

JILID 1 | Jan - Feb 201926

TayarBateri Hawa Dingin

Pembaikan Kemalangan

Khidmat Tunda

Tayar & Bateri

MekanikalCawangan Proton Edar atau Wakil Servis Sah Proton Edar

pILIhan ServIS anDa

PerLiS - ScH autO Service (PerLiS) SDn BHD - kangar

WAKIL ServIS SAH ProTon eDAr SCH AuTo ServICe (PerLIS) SDn BHDNo 46C Jalan PegawaiOff Jalan Sekolah Derma01000 Kangar, Perlis.Tel 04 976 4330Faks 04 976 1689juruteknik | 4 Orang Hoist | 3 Unit

keDaH - PuSat ServiS PrOtOn eDar - Langkawi

PuSAT ServIS ProTon eDAr – LAngKAWILot 3402 Jalan Padang GaongMukim Kuah07000 Langkawi, Kedah.Tel 04 966 4711Faks 04 966 4461juruteknik | 4 Orang Hoist | 4 Unit

keDaH - Mercu uSaHa autO ServiS SDn BHD - Sungai Petani

WAKIL ServIS SAH ProTon eDArMerCu uSAHA AuTo ServIS SDn BHDNo 1 Jalan Batu LintangOff Lencongan Barat08000 Sungai Petani, Kedah.Tel 04 431 9829Faks 04 431 1859juruteknik | 4 Orang Hoist | 6 Unit

Page 27: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

JILID 1 | Jan - Feb 2019 27

TayarBateri Hawa Dingin

Pembaikan Kemalangan

Khidmat Tunda

Tayar & Bateri

MekanikalCawangan Proton Edar atau Wakil Servis Sah Proton Edar

PuLau Pinang - SPectruM eDge autOMOBiLe SDn BHD - Bayan LePaS

WAKIL ServIS SAH ProTon eDArSPeCTruM eDge AuToMoBILe SDn BHDNo 70C Jalan Sungai Nibong Kecil11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.Tel 04 643 6666Faks 04 643 7777juruteknik | 4 Orang Hoist | 7 Unit

PuLau Pinang - akn Service centre SDn BHD - niBOng teBaL

WAKIL ServIS SAH ProTon eDArAKn ServICe CenTre SDn BHDNo 2181, Main Road14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.Tel 04 593 0759Faks 04 593 7271juruteknik | 3 Orang Hoist | 5 Unit

Page 28: CoverPrihatin NovDec18 FINAL.pdf 1 03/01/2019 9:19 AM · taman Perindustrian Bukit Serdang ... Koleksi ini diperolehi di pasar antik di Kuala Terengganu daripada seorang ... lampu

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

Your Distance-HM_210x297mm.pdf 1 6/14/16 1:07 PM