24

CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi

  • Upload
    hadieu

  • View
    240

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi
Page 2: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi
Page 3: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi

i

CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR TINGKATAN

EMPAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG ADANG DALAM

MATA PELAJARAN MATEMATIK

WAHIDA SHAKIRA BINTI AHMAD

Tesis Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2006

Page 4: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi

ii

“Saya akui karya ini adalaah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : Wahida Shakira binti Ahmad

Tarikh : 31 MAC 2006

Page 5: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dedikasi yang tidak terhingga

buat ayahanda dan bonda tersayang

Hj. Ahmad bin Daud & Hjh Zaleha binti Hj Musa

Atas curahan kasih sayang, pengorbanan

Dan kesudian melayan kerenahku

Buat suami tercinta

Muhamadi bin Mustapar

Kaulah suami, kekasih, teman dan sahabat

Pada saat diriku hampir jatuh

Kau sentiasa disisi menghibur dan mendorong

Buat adik-beradik

Ahmad Zamzamiri & Nor A’ishah,

Warisha Amira & Jaafar,

Arwah Nadia Rasmimi & Ummu Bararah

Kalian sentiasa bersama

Sering membantu kala diri ini memerlukan

Buat sahabat-sahabat seperjuangan

Seiring susah dan senang,

Terima kasih yang tidak terhingga

Atas ikatan persahabatan

Page 6: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, Projek Sarjana

Muda ini dapat disempurnakan

Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penyelia pembimbing

Projek Sarjana Muda ini, Cik Hadijah binti Jaffri di atas tunjuk ajar, perbincangan,

perkongsian ilmu dan masa yang diperuntukkan bersama di sepanjang tempoh

penyelidikan ini.

Ucapan terima kasih juga buat Hjh. Nuriah binti Jalil selaku pengetua Sekolah

Menengah Kebangsaan Tanjung Adang kerana membenarkan kajian dijalankan di

sekolah tersebut, guru-guru serta pelajar-pelajar yang terlibat kerana memberi kerjasama

dan bantuan bagi menjayakan kes ini.

Penghargaan juga kepada mana-mana pihak yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ini.

Sekian, terima kasih

Page 7: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau cara belajar yang diamalkan oleh pelajar-pelajar

tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang dalam mata pelajaran

matematik. Perbincangan tertumpu kepada cara belajar matematik meliputi aspek

tumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar

secara berkumpulan serta pengurusan masa belajar. Pengkaji menggunakan

persampelan rawak mudah sebagai cara memilih 45 orang pelajar sebagai sampel kajian.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini berupa set soal selidik. 40 persoalan kajian

dirangka untuk melihat hubungan di antara persoalan kajian dengan cara belajar yang

mereka amalkan. Data yang diperoleh dianalisis ke dalam bentuk peratus dan min

menggunakan kaedah Statistical Package for the Social Sciences (SPSS), Version 12.0

for Windows. Hasil kajian menunjukkan bahawa cara belajar yang diamalkan oleh

pelajar dalam mata pelajaran matematik bagi aspek tumpuan di dalam kelas, membuat

latihan sebagai ulangkaji, belajar secara berkumpulan dan pengurusan masa belajar

secara keseluruhannya adalah diamalkan pada tahap sederhana. Manakala amalan

pelajar membuat nota matematik adalah pada tahap yang memuaskan berdasarkan skor

min pada tahap yang tinggi (3.70). Adalah dicadangkan agar satu pendekatan yang lebih

terarah dan sistematik dapat dipraktikkan dalam perancangan amalan cara belajar mata

pelajaran matematik pada masa hadapan.

Page 8: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi

vi

ABSTRACT

The aim of this research is to observe the study methods adopted by form four students

of Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang in mathematics subject. The

discussion were focused on study methods for mathematics subject in terms of attention

in the class, making class notes, revision by doing exercises and completing

mathematics exercises, group study as well as time management. The researcher used

simple random sampling as a method to select 45 students as research samples. The

instrument used in this research was a set of questionnaires. 40 questions were

formulated to observe the study methods used by the students. The data from the

questionnaires were analysed in percentage and mean by Statistical Package for the

Social Sciences (SPSS), Version 12.0 for Windows. It was found that study methods

used by the form four students are at minimum level in terms of attention in the class,

revision by doing exercises and completing mathematics exercises, group study as well

as time management. The study showed that the practices of making class notes are at

satisfactory level based on the mean (3.70). It is suggested that more systematic and

structured approach to study mathematics should be implemented by students to study

mathematics.

Page 9: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

Halaman Judul i

Halaman Pengakuan ii

Halaman Dedikasi iii

Halaman Penghargaan iv

Halaman Abstrak Dalam Bahasa Malaysia v

Halaman Abstrak Dalam Bahasa Inggeris vi

Halaman Kandungan vii

Halaman Senarai Jadual xi

Halaman Senarai Rajah xiii

Halaman Senarai Lampiran xiv

BAB 1 PENGENALAN KAJIAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Rasional Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Kerangka Konsep 10

1.9 Definisi Istilah 11

1.9.1 Pelajar 12

1.9.2 Cara Belajar 12

Page 10: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi

viii

1.9.2.1 Tumpuan Di Dalam Kelas 12

1.9.2.2 Membuat Nota 13

1.9.2.3 Membuat latihan sebagai Ulangkaji 13

1.9.2.4 Belajar Secara Berkumpulan 13

1.9.2.5 Pengurusan Masa Belajar 14

1.9.3 Pembelajaran 14

1.10 Penutup 14

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 15

2.2 Kajian-Kajian Yang Berkaitan 16

2.2.1 Cara Belajar 17

2.2.2 Tumpuan Pelajar Di Dalam Kelas 18

2.2.3 Membuat Nota 21

2.2.4 Membuat Latihan Sebagai Ulangkaji 22

2.2.5 Belajar Secara Berkumpulan 24

2.2.6 Pengurusan Masa Belajar 25

2.3 Penutup 27

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 29

3.2 Reka Bentuk Kajian 29

3.3 Sampel Kajian 30

3.4 Instrumen Kajian 30

3.5 Prosedur Kajian 32

3.6 Andaian-Andaian 34

3.7 Analisis Data 34

Page 11: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi

ix

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 37

4.2 Huraian Latar Belakang Responden 38

4.3 Analisis Bahagian A - Latar Belakang Responden 38

4.3.1 Jantina 38

4.3.2 Bangsa 39

4.3.3 Aliran 39

4.3.4 Keputusan Mata Pelajaran Matematik

(PMR) Tahun 2005 40

4.4 Analisis Bahagian B – Tinjauan Terhadap Cara

Belajar Yang Diamalkan Oleh Pelajar Tingkatan

Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung

Adang Dalam Mata Pelajaran Matematik 41

4.4.1 Persoalan Kajian 1 41

4.4.2 Persoalan Kajian 2 44

4.4.3 Persoalan Kajian 3 47

4.4.4 Persoalan Kajian 4 50

4.4.5 Persoalan Kajian 5 53

4.5 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 56

4.6 Penutup 57

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 58

5.2 Perbincangan 59

5.2.1 Tumpuan Pelajar Di Dalam Kelas Bagi

Mata Pelajaran Matematik 60

5.2.2 Membuat Nota Bagi Mata Pelajaran

Matematik 61

Page 12: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi

x

5.2.3 Membuat Soalan Latihan Sebagai

Ulangkaji Bagi Mata Pelajaran Matematik 63

5.2.4 Belajar Secara Berkumpulan Bagi Mata

Pelajaran Matematik 64

5.2.5 Pengurusan Masa Belajar Bagi Mata

Pelajaran Matematik 65

5.3 Rumusan Kajian 67

5.3.1 Rumusan Maklumat Latar Belakang

Responden 68

5.3.2 Rumusan Persoalan Kajian 68

5.4 Kesimpulan 70

5.5 Cadangan 73

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 74

5.7 Penutup 75

Rujukan 76

Lampiran 82

Page 13: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi

xi

SENARAI JADUAL

No. Jadual Tajuk Muka Surat

3.1 Skala Likert 31

3.2 Jadual Spesifikasi Ujian 32

3.3 Nilai Kolerasi Dan Interpretasi daripada Rowntree 33

3.4 Pemeringkatan Skala Likert 35

3.5 Petunjuk Min untuk Mengukur Darjah Penilaian Terhadap

Responden 36

4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden mengikut Jantina 38

4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Aliran 39

4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut

Keputusan PMR Bagi Mata Pelajaran Matematik 40

4.4 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Aspek Tumpuan Di Dalam Kelas Bagi Mata Pelajaran

Matematik 42

4.5 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Aspek Membuat Nota Bagi Mata Pelajaran Matematik 45

4.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Aspek Membuat Soalan Latihan Sebagai Ulangkaji Bagi

Mata Pelajaran Matematik 48

4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Aspek Belajar Secara Berkumpulan Bagi Mata Pelajaran

Matematik 51

4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan Min

Bagi Aspek Pengurusan Masa Belajar Bagi Mata

Pelajaran Matematik 54

Page 14: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi

xii

4.9 Analisis Keseluruhan Min Responden Yang Menjawab

Persoalan Kajian 56

5.1 Purata Peratus Dan Min Bagi Setiap Persoalan Kajian

Berdasarkan Kepada Jawapan Responden 59

Page 15: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi

xiii

SENARAI RAJAH

No. Rajah Tajuk Muka Surat

1 Kerangka Konsep 11

Page 16: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi

xiv

SENARAI LAMPIRAN

No. Lampiran Tajuk Muka Surat

1 Borang Kajian Soal Selidik 82

2 Surat Kebenaran Menkjalankan Kajian Dari

Bahagian Pembangunan Dan Penyelidikan

EPRD 89

3 Keputusan Kajian Rintis 91

Page 17: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi

1

BAB 1

PENGENALAN KAJIAN

1.1 Pendahuluan

Malaysia melihat pendidikan sebagai satu aspek penting yang perlu diberi

perhatian serius demi menjamin ke arah pembangunan negara yang mantap serta

warganegara yang kaya dengan ilmu pengetahuan. Sehubungan dengan itu pelbagai

usaha telah dilakukan bagi menjamin ke arah mutu pendidikan yang mampan dan

berdaya saing tinggi.

Selaras dengan pembangunan negara yang mantap, matematik sebagai mata

pelajaran teras amat ditekankan dalam dunia pendidikan hari ini. Bahkan penguasaan

dan penggunaan matematik amat dititik beratkan dalam setiap peringkat pengajian sama

ada peringkat rendah, menengah mahupun peringkat pengajian tinggi. Matematik juga

telah dianggap sebagai mata pelajaran penilai yang bertindak untuk mengukur

kecemerlangan akademik seseorang pelajar selain telahan bahawa seseorang pelajar itu

cerdik dan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi jika mampu menguasai

mata pelajaran ini dengan baik. Namun begitu mata pelajaran ini jugalah yang sering

Page 18: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi

2

menjadi masalah kepada segelintir pelajar kerana dianggap sukar serta sulit untuk

difahami.

Meskipun matlamat pelajar berupa kecemerlangan namun sebenarnya masih

ramai pelajar yang belajar tanpa kemahiran belajar yang tinggi serta dengan gaya

mengulangkaji yang tidak betul di samping kaedah pembelajaran yang tidak efisyen.

Oleh demikian, bagi meningkatkan lagi minat pelajar dengan cara belajar yang

berkesan terhadap mata pelajaran matematik, guru merupakan agen utama dalam

membina keyakinan, motivasi, kesungguhan serta mengubah minda pelajar bahawa

matematik bukanlah mata pelajaran yang sukar dikuasai selain turut membimbing pelajar

ke arah pembelajaran berfikrah.

Setiap pembaharuan perlukan perubahan dan perubahan yang utama ialah

perubahan paradigma, sikap dan perlakuan agar setiap orang mampu berfungsi dan

bersaing secara cekap dan berketrampilan. Robiah Sidin (1994) menyatakan bahawa

pelajar harus ditekankan disiplin dan pembentukan sikap yang sesuai dan perlu untuk

kecemerlangan. Sifat-sifat seperti rajin, bersungguh-sungguh, tidak lekas putus asa, mahu

mencuba, memberi perhatian rapi dan seterusnya patut ditegaskan dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran.

Mengikut Sulaiman Masri (1996), perkara utama dalam proses pembelajaran

untuk mencapai kecemerlangan akademik adalah pelajar itu sendiri. Manakala beberapa

unsur yang mengganggu dan menggugat kecemerlangan diri pelajar adalah seperti

matlamat yang tidak jelas, tiada cita-cita, mudah terpengaruh, tidak pandai mengurus

masa, malas belajar, tidak minat membaca, lemah semangat dan berfikiran negatif.

Page 19: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi

3

Memandangkan tabiat belajar pelajar sebagai antara faktor untuk mencapai

kecemerlangan dalam pembelajaran, maka kajian ini dilakukan bagi meninjau cara

belajar yang diamalkan oleh pelajar dalam mata pelajaran matematik dari aspek tumpuan

di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar secara

berkumpulan serta pengurusan masa belajar. Namun begitu aspek tersebut bukanlah

aspek yang dominan dan boleh dipengaruhi oleh motivasi, persekitaran, dorongan

keluarga serta pengaruh rakan sebaya.

Untuk berjaya, selain motivasi yang tinggi, pelajar perlukan kemahiran belajar

yang berkesan. Belajar dengan kaedah yang betul bercampur minat, motivasi dan

kesungguhan yang tinggi. (Amer Shaker Zainal, 2001).

Kecemerlangan bukan sahaja merupakan hasil atau ‘outcomes’ tetapi ia juga

merangkumi pengisiannya dan inputnya sekaligus (Wan Abdul Manan Wan Muda,

1994).

Maka melalui penyelidikan ini diharap dapat dijadikan panduan untuk

memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan amalan pembelajaran yang berkesan

bagi setiap individu pelajar dalam mata pelajaran matematik demi kecemerlangan pelajar

itu sendiri.

Page 20: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Kebanyakan pelajar-pelajar kini mengetahui bahawa matematik merupakan mata

pelajaran penting yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Apatah lagi kepada

pelajar-pelajar tingkatan menengah atas kerana mata pelajaran ini merupakan antara mata

pelajaran penting yang perlu pelajar bawa apabila ingin melanjutkan pelajaran ke

peringkat yang lebih tinggi.

Namun rata-rata pelajar bimbang serta menganggap mata pelajaran ini sangat

sukar dan keliru tentang bagaimana cara belajar yang sepatutnya diamalkan bagi

memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam mata pelajaran ini. Seperti mana

dinyatakan oleh Masita Miskam (2002), suatu hal yang jelas ialah ilmu matematik

merupakan suatu mata pelajaran yang membimbangkan ramai pelajar sama ada peringkat

rendah mahupun diperingkat pengajian tinggi. Rata-rata pelajar berasa gelisah dan tidak

yakin untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam ilmu yang menggoncang keutuhan

semangat dan penaakulan mereka itu.

Pelajar berasa terbeban dengan perasaan bimbangkan mata pelajaran matematik

yang dianggap sukar. Malah ditambah lagi dengan cara belajar yang kurang berkesan.

Rohana Zubir (1987) menyatakan teknik pembelajaran di peringkat sekolah menengah

kelihatan tidak seimbang dengan jangkaan pembelajaran. Secara amnya, pembelajaran

yang biasa diamalkan pada masa kini ialah pelajar belajar untuk lulus periksa, menghafal

nota, tidak melibatkan diri dengan kegiatan belajar berkumpulan serta dipengaruhi oleh

jangkaan guru. Selain daripada cara belajar yang tidak menyeronokkan seperti ini,

terdapat cara pengajaran yang menggunakan banyak penyampaian lisan yang berpusatkan

guru.

Page 21: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi

5

Maka dapat dirumuskan bahawa masalah yang wujud adalah berkemungkinan

besar disebabkan oleh penggunaan cara belajar yang kurang berkesan walaupun pelajar-

pelajar ini rajin, tekun dan bersemangat dalam pembelajaran. Selain itu, mungkin ianya

dibebani dengan masalah-masalah peribadi dan persekitaran.

Sheikh Ismail (1998) yang membuktikan bahawa pelajar sememangnya berminat

dalam mata pelajaran matematik. Sungguhpun mereka berminat dalam mata pelajaran

matematik tetapi mereka mengakui bahawa mereka tidak tahu cara belajar matematik

dengan berkesan

Menurut Hassan Mohd Ali (1996), kejayaan pelajar bukanlah semata-mata

didorong oleh faktor kecerdasan mental bahkan juga dipengaruhi oleh kaedah belajar

yang baik. Kejayaan ini bukan kerana dilahirkan pintar tetapi berkat daripada usaha serta

kegigihan menjadi seorang yang berjaya. Menurut beliau lagi, usaha yang gigih belum

menentukan hasil yang maksimum sekiranya kaedah belajar yang digunakan tidak

bersistematik. Usaha yang gigih akan mencapai hasil jika dicurahkan dengan tersusun,

teratur dan bersistematik.

Maka di sini perlunya satu rancangan kerja yang teratur untuk penyelarasan

mental yang baik. Namun begitu rata-rata pelajar kini belajar tanpa pengurusan masa

yang betul yang akhirnya merugikan diri sendiri apatah lagi dalam mata pelajaran

matematik yang sememangnya perlukan latihan serta kemahiran yang berterusan

daripada pelajar.

Hassan Langgulung (1977), menyatakan bahawa keluhan yang paling sering

diucapkan oleh murid-murid (sekolah menengah) adalah mereka yang tidak mempunyai

waktu yang cukup untuk mengulangkaji pelajaran.

Page 22: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi

6

Hassan Mohd Ali (1996) pula menegaskan, bahawa ramai pelajar gagal dalam

peperiksaan kerana mereka tidak mempunyai perancangan yang rapi semasa belajar.

Mereka menghadapi pelajaran secara tidak sistematik. Diantaranya tidak mempunyai

jadual waktu yang baik, suka merugikan masa, suka menangguhkan masa untuk belajar,

suka belajar last minute sewaktu hampir peperiksaan dan tiada susunan prioriti atau tidak

tahu yang mana penting atau yang kurang penting.

Oleh kerana bermaknanya sebuah kejayaan kepada setiap individu dalam

menjana kemajuan negara maka perlunya satu tinjauan terhadap cara belajar yang

diamalkan bagi membantu individu pelajar disamping guru sebagai pembimbing

membantu pelajar menghadapi sebarang masalah dan kekeliruan dalam matematik.

1.3 Pernyataan Masalah

Pembelajaran dengan teknik yang betul memainkan peranan penting dalam

mempengaruhi kejayaan akademik seorang pelajar. Kamarudin (1989), mengatakan

proses pembelajaran memerlukan beberapa teknik supaya maklumat yang dihadapi boleh

difahami dan diingati dengan mudah. Dari kajiannya didapati 75% pelajar belajar dengan

teknik yang salah dan 72% pelajar kurang membaca. Beliau juga menambah bahawa

pelajar perlu diberi semangat dan kesedaran tentang teknik pembelajaran yang sesuai dan

berkesan. Nasihat yang positif seperti meyakinkan kebolehan diri, belajar berterusan

daripada awal, banyak membaca, berbincang sesama rakan dan guru hendaklah sentiasa

diberitahu.

Page 23: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi

7

Menurut Siti Hawa Munji (1987), keperluan teknik belajar adalah penting. Ini

adalah kerana adanya teknik belajar yang berkesan maka proses pembelajaran dapat

dilaksanakan dengan lebih licin dan sistematik. Kajian beliau juga mengatakan bahawa

pelajar tidak dapat bimbingan tentang teknik belajar yang berkesan seperti penggunaan

masa, pencatatan nota, mengadakan rundingcara dan masalah menghadapi peperiksaan.

Dalam kajian Omar pula (1999) mendapati 66.9% pelajar mengamalkan cara

belajar yang kurang berkesan. Kajian yang dijalankan oleh Chiam (1983) terhadap

sekolah-sekolah luar bandar, menunjukkan 60.9% daripada pelajar-pelajar menyedari

bahawa kebiasaan cara belajar mereka tidak berkesan.

Manakala kajian ke atas 323 pelajar sekolah menengah atas mendapati sebab

membenci matematik, di mana 80 % telah memberi sebab matematik adalah suatu mata

pelajaran yang sukar manakala 16 % pelajar memberi sebab membenci matematik

disebabkan sikap guru yang kurang baik (Ng See Ngean, 1972).

Berdasarkan kepada pernyataan-pernyataan masalah di atas, maka kajian ini

dijalankan bertujuan untuk meninjau cara yang diamalkan oleh pelajar tingkatan empat

dalam mata pelajaran matematik yang meliputi pelajar-pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan Tanjung Adang merangkumi aspek tumpuan di dalam kelas, membuat nota,

membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar secara berkumpulan serta pengurusan masa

belajar

Page 24: CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar ... Halaman Judul i Halaman Pengakuan ii Halaman Dedikasi

8

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan:

i. Meninjau tahap tumpuan pelajar dalam kelas bagi mata pelajaran

matematik.

ii. Mengenalpasti cara belajar yang diamalkan pelajar dari aspek membuat

nota, membuat latihan sebagai ulangkaji dan belajar secara berkumpulan

dalam mata pelajaran matematik.

iii. Meninjau tahap pengurusan masa belajar bagi mata pelajaran matematik

yang diamalkan oleh pelajar.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam penyelidikan ini, penyelidik berusaha untuk menjawab

i. Apakah tahap tumpuan pelajar dalam kelas bagi mata pelajaran

matematik?

ii. Adakah pelajar membuat nota bagi mata pelajaran matematik?

iii. Adakah pelajar membuat latihan sebagai ulangkaji bagi mata pelajaran

matematik?

iv. Adakah pelajar mengamalkan cara belajar secara berkumpulan dalam mata

pelajaran matematik?

v. Apakah tahap pengurusan masa belajar bagi mata pelajaran matematik

yang diamalkan oleh pelajar?