2
PENYELIDIKAN DAN INOVASI YANG BERIMPAK TINGGI UKM telah mengenal pasti tujuh (7) cabaran perdana sebagai agenda utama penyelidikan dengan merujuk kepada keperluan negara dan industri. Harapan Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi (HEPI) ini agar UKM akan menjadi rujukan utama dalam menyelesaikan isu-isu utama negara. Pusat Cabaran Perdana (IDEA UKM) berperanan sebagai pusat strategik yang merancang dan menentukan hala tuju penyelidikan yang akan dilaksanakan oleh warga penyelidik UKM di semua fakulti, institut dan makmal alami. Penyelidik UKM yang terdiri daripada sarjana dan pakar dalam pelbagai bidang dari pelbagai fakulti/institut akan berinteraksi dan berkolaborasi melaksanakan penyelidikan berbentuk multi-disiplin dan translasional bersama dengan pelbagai pihak bekepentingan untuk menghasilkan penyelesaian yang komprehensif. BULETIN KEBERHASILAN STRATEGIK BILANGAN 10 DISEMBER 2017 Mesej Pengurusan Pencapaian & Kejayaan KRA 2 2017 Cabaran Perdana Aktiviti KRA dengan Pihak Berkepentingan HUBUNGI SIDANG PENGARANG Penasihat Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Marzuki Mustafa Ketua Editor Prof. Madya Dr. Wan Zawiah Wan Zin @ Wan Ibrahim Editor Prof. Dr. Mohd Zaidi Omar Prof. Madya Dr. Fariza Md. Sham Hj. Zanudin Mohd Daud Puan Zaimi Makhtar Puan Nor Saribon Ramli Editor Bersekutu Encik Saipulizam Abd. Ghani Datin Dr. Hajah Saadah Hj. Jaffar Reka Bentuk Encik Barudin Baharin Urus Setia Encik Ahmad Hazreen Wagiman Puan Nur Hazimah Abd. Kadir Pusat Strategi UKM Aras 3, Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan Tel: 03-89213856 Faks : 03-89214590 www.ukm.my/strategi-ukm Sekiranya anda mempunyai sebarang bahan sama ada berbentuk artikel ataupun gambar (resolusi tinggi), mohon dapat majukan bahan tersebut ke alamat e-mel [email protected] Mesyuarat Jawatankuasa Ranking Universiti Bil.2/2017 di Bilik Mesyuarat BITARA Fakulti Pengajian Islam - 28 Julai 2017 Audit Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA 2017) di Pusat Teknologi Maklumat, UKM - 12 September 2017 Sesi Pemantauan Pencapaian 2017 dan Perancangan 2018 KRA FTSM pada 4/10/17 di Bilik Mesyuarat Canselori Bengkel Penyelarasan Sistem e-Iktiraf & e-Khidmat Bagi Keperluan Myra di Danau Golf UKM pada 5 Oktober 2017 Pembentangan Laporan Pencapaian 2017 & Sasaran 2018 KRA Fakulti Ekonomi Pengurusan dan Fakulti Pendidikan - 16 Oktober 2017 Pembentangan Pencapaian 2017 & Perancangan 2018 KRA Fakulti Perubatan dan HCTM UKM - 2 November 2017 Pembentangan Pencapaian 2017 & Perancangan 2018 KRA Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina - 3 November 2017 Pembentangan Pencapaian 2017 & Perancangan 2018 KRA Institut Biologi Sistem, Institut Perubahan Iklim, Fakulti Farmasi dan Fakulti Pergigian- 18 November 2017 Majlis Anugerah Bitara UKM 2017 (Penilaian 2016) - 28 November 2017 Bengkel Penyelarasan Data Strategik 2018 di Hotel Bangi-Putrajaya bersama semua penyelia data UKM - 4 Disember 2017 Pembentangan Pencapaian 2017 & Perancangan 2018 KRA Institut Kajian Etnik - 5 Disember 2017 Pembentangan Pencapaian 2017 & Perancangan 2018 KRA Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) - 5 Disember 2017 Bengkel Retreat MPU UKM di Bilik Mesyuarat Canselori UKM - 5 Disember 2017 Pembentangan Pencapaian 2017 & Perancangan 2018 KRA Institut Sel Fuel dan Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik di Bilik Mesyuarat FSSK - 8 Disember 2017 Pembentangan Pencapaian 2017 & Perancangan 2018 KRA Institut Islam Hadhari dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan - 9 Disember 2017 Pembentangan Pencapaian 2017 & Perancangan 2018 KRA Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan - 13 Disember 2017 Pembentangan Pencapaian 2017 & Perancangan 2018 KRA Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia - 15 Disember 2017 Pembentangan Pencapaian 2017 & Perancangan 2018 KRA Fakulti Undang-undang dan Fakulti Pengajian Islam - 16 Disember 2017 AKTIVITI KRA DENGAN PIHAK BERKEPENTINGAN KANDUNGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI YANG BERIMPAK TINGGI Kepakaran dan hasil penyelidikan UKM menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi dan sosial melalui ekosistem yang dapat memupuk penemuan intelek, inovasi, penyebaran dan pengaplikasian ilmu. 4 Hubungan antara kumpulan penyelidikan dengan IDEA UKM akan menjadi lebih akrab dengan penstrukturan baharu semua fakulti UKM. Hal ini akan memberi lonjakan kepada penyelidikan “Gegar Gamat” (breakthrough) yang hasilnya akan memberi impak besar kepada akademia, komuniti, masyarakat dan negara. Penyelidikan dan Inovasi UKM akan bersedia untuk menyahut cabaran perkembangan teknologi Revolusi Industri ke-4 (4iR). Penyelidikan dalam bidang Internet of Thing (IoT) dan Artificial Intelligence (AI) akan terus berkembang di samping penyelidikan dalam bidang lain seperti teknologi kejuruteraan, teknologi perubatan dan sebagainya. Penyelidikan dan inovasi akan terus menyumbang kepada penerbitan, pengkomersilan, penjanaan kewangan dan penarafan universiti termasuklah penilaian universiti penyelidikan. Penyelidikan dan inovasi juga akan terus menghasilkan sarjana tersohor yang meraih pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa. Saya yakin dan percaya dengan kesungguhan dan keazaman semua warga UKM, kita akan dapat menjulang UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan tersohor yang memberi manfaat dan impak besar kepada masyarakat, industri, negara dan antarabangsa. Prof. Dr. Hj. Mohd Ekhwan Hj. Toriman Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Penyelidikan & Inovasi 1

BULETIN - ukm.my · PDF filepusat strategik yang merancang dan menentukan ... Sesi Pemantauan Pencapaian 2017 dan Perancangan 2018 KRA ... mencapai matlamat kesejahteraan universal

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BULETIN - ukm.my · PDF filepusat strategik yang merancang dan menentukan ... Sesi Pemantauan Pencapaian 2017 dan Perancangan 2018 KRA ... mencapai matlamat kesejahteraan universal

PENYELIDIKAN DAN INOVASI YANG BERIMPAK TINGGI UKM telah mengenal pasti tujuh (7) cabaran perdana sebagai agenda utama penyelidikan dengan merujuk kepada keperluan negara dan industri. Harapan Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi (HEPI) ini agar UKM akan menjadi rujukan utama dalam menyelesaikan isu-isu utama negara. Pusat Cabaran Perdana (IDEA UKM) berperanan sebagai pusat strategik yang merancang dan menentukan hala tuju penyelidikan yang akan dilaksanakan oleh warga penyelidik UKM di semua fakulti, institut dan makmal alami. Penyelidik UKM yang terdiri daripada sarjana dan pakar dalam pelbagai bidang dari pelbagai fakulti/institut akan berinteraksi dan berkolaborasi melaksanakan penyelidikan berbentuk multi-disiplin dan translasional bersama dengan pelbagai pihak bekepentingan untuk menghasilkan penyelesaian yang komprehensif.

BULETIN KEBERHASILAN STRATEGIK

BILANGAN 10

DISEMBER 2017

Mesej Pengurusan

Pencapaian & Kejayaan

KRA 2 2017

Cabaran Perdana

Aktiviti KRA dengan Pihak

Berkepentingan

HUBUNGI

SIDANG PENGARANG

Penasihat

Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Marzuki

Mustafa

Ketua Editor

Prof. Madya Dr. Wan Zawiah

Wan Zin @ Wan Ibrahim

Editor

Prof. Dr. Mohd Zaidi Omar

Prof. Madya Dr. Fariza Md. Sham

Hj. Zanudin Mohd Daud

Puan Zaimi Makhtar

Puan Nor Saribon Ramli

Editor Bersekutu

Encik Saipulizam Abd. Ghani

Datin Dr. Hajah Saadah Hj. Jaffar

Reka Bentuk

Encik Barudin Baharin

Urus Setia

Encik Ahmad Hazreen Wagiman

Puan Nur Hazimah Abd. Kadir

Pusat Strategi UKM

Aras 3, Bangunan Canselori

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi

Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-89213856

Faks : 03-89214590

www.ukm.my/strategi-ukm

Sekiranya anda mempunyai

sebarang bahan sama ada

berbentuk artikel ataupun gambar

(resolusi tinggi), mohon dapat

majukan bahan tersebut ke alamat

e-mel [email protected]

Mesyuarat Jawatankuasa Ranking Universiti Bil.2/2017 di Bilik Mesyuarat

BITARA Fakulti Pengajian Islam - 28 Julai 2017

Audit Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA 2017) di Pusat

Teknologi Maklumat, UKM - 12 September 2017

Sesi Pemantauan Pencapaian 2017 dan Perancangan 2018 KRA FTSM

pada 4/10/17 di Bilik Mesyuarat Canselori

Bengkel Penyelarasan Sistem e-Iktiraf & e-Khidmat Bagi Keperluan

Myra di Danau Golf UKM pada 5 Oktober 2017

Pembentangan Laporan Pencapaian 2017 & Sasaran 2018 KRA Fakulti

Ekonomi Pengurusan dan Fakulti Pendidikan - 16 Oktober 2017

Pembentangan Pencapaian 2017 & Perancangan 2018 KRA Fakulti

Perubatan dan HCTM UKM - 2 November 2017

Pembentangan Pencapaian 2017 & Perancangan 2018 KRA Fakulti

Kejuruteraan dan Alam Bina - 3 November 2017

Pembentangan Pencapaian 2017 & Perancangan 2018 KRA Institut

Biologi Sistem, Institut Perubahan Iklim, Fakulti Farmasi dan Fakulti

Pergigian- 18 November 2017

Majlis Anugerah Bitara UKM 2017 (Penilaian 2016) - 28 November 2017

Bengkel Penyelarasan Data Strategik 2018 di Hotel Bangi-Putrajaya

bersama semua penyelia data UKM - 4 Disember 2017

Pembentangan Pencapaian 2017 & Perancangan 2018 KRA Institut

Kajian Etnik - 5 Disember 2017

Pembentangan Pencapaian 2017 & Perancangan 2018 KRA Institut

Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) - 5 Disember 2017

Bengkel Retreat MPU UKM di Bilik Mesyuarat Canselori UKM -

5 Disember 2017

Pembentangan Pencapaian 2017 & Perancangan 2018 KRA Institut Sel

Fuel dan Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik di Bilik

Mesyuarat FSSK - 8 Disember 2017

Pembentangan Pencapaian 2017 & Perancangan 2018 KRA Institut

Islam Hadhari dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan -

9 Disember 2017

Pembentangan Pencapaian 2017 & Perancangan 2018 KRA Fakulti

Sains Sosial Dan Kemanusiaan - 13 Disember 2017

Pembentangan Pencapaian 2017 & Perancangan 2018 KRA Fakulti

Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia - 15 Disember 2017

Pembentangan Pencapaian 2017 & Perancangan 2018 KRA Fakulti

Undang-undang dan Fakulti Pengajian Islam - 16 Disember 2017

AKTIVITI KRA DENGAN

PIHAK BERKEPENTINGAN

KANDUNGAN

PENYELIDIKAN DAN INOVASI YANG BERIMPAK TINGGI

Kepakaran dan hasil penyelidikan UKM menyumbang secara signifikan

kepada pembangunan ekonomi dan sosial melalui ekosistem yang

dapat memupuk penemuan intelek, inovasi, penyebaran dan

pengaplikasian ilmu.

4

Hubungan antara kumpulan penyelidikan dengan IDEA UKM akan menjadi lebih akrab dengan penstrukturan baharu semua fakulti UKM. Hal ini akan memberi lonjakan kepada penyelidikan “Gegar Gamat” (breakthrough) yang hasilnya akan memberi impak besar kepada akademia, komuniti, masyarakat dan negara.

Penyelidikan dan Inovasi UKM akan bersedia untuk menyahut cabaran perkembangan teknologi Revolusi Industri ke-4 (4iR). Penyelidikan dalam bidang Internet of Thing (IoT) dan Artificial Intelligence (AI) akan terus berkembang di samping penyelidikan dalam bidang lain seperti teknologi kejuruteraan, teknologi perubatan dan sebagainya. Penyelidikan dan inovasi akan terus menyumbang kepada penerbitan, pengkomersilan, penjanaan kewangan dan penarafan universiti termasuklah penilaian universiti penyelidikan. Penyelidikan dan inovasi juga akan terus menghasilkan sarjana tersohor yang meraih pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Saya yakin dan percaya dengan kesungguhan dan keazaman semua warga UKM, kita akan dapat menjulang UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan tersohor yang memberi manfaat dan impak besar kepada masyarakat, industri, negara dan antarabangsa.

Prof. Dr. Hj. Mohd Ekhwan Hj. Toriman Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Penyelidikan & Inovasi

1

Page 2: BULETIN - ukm.my · PDF filepusat strategik yang merancang dan menentukan ... Sesi Pemantauan Pencapaian 2017 dan Perancangan 2018 KRA ... mencapai matlamat kesejahteraan universal

Pusat Penyelidikan

LANGKAWI

Pusat Penyelidikan

TASIK CHINI

Pusat Penyelidikan

EKOMAR

Pusat Penyelidikan

KUALA PILAH

Pusat Penyelidikan

BUKIT FRASER

3

PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN CABARAN PERDANA

MAKMAL ALAMI Makmal Alami UKM merupakan pusat penyelidikan yang mempunyai tujuan khusus sesuai dengan

lokalitinya. UKM kini mempunyai lima (5) makmal alami di seluruh negara.

Universiti Kebangsaan Malaysia

adalah universiti pertama di Malaysia

yang menjalankan penyelidikan

rawatan sisa kumbahan kelapa sawit

dari segala aspek dan paling

komprehensif.

Saintis Institut Perubahan Iklim

(IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia,

Prof Madya Dr. Wayan Suparta yang

menjalankan kajian perubahan iklim di

Antartika telah menemui serangan

kilat Permukaan Bumi Antartika.

Prof. Dr. Srijit Das meraih anugerah

“International Achievement Award” di

4th Faculty Branding Award-16 yang

dianjurkan oleh EET CRS (Research

Wing for Excellence in Professional

Education & Industry).

Penyelidik UKM, Prof Dr Mohammad

Tariqul Islam, Prof Dr Norbahiah Misran

dan Dr Mohd Fais Mansor telah mencipta

sejarah apabila mereka berjaya

merangka antena satelit terkecil di dunia

iaitu Antena Satelit Nano, CubeSat.

Prof. Madya Dato’ Dr. Hanafiah

Harunarashid, Ketua Advanced

Surgical Training Centre (ASSC)

dianugerahkan Felowship oleh Kolej

Pakar Bedah Amerika Syarikat (ACS).

2

Malaysia-Thailand Joint Authority

(MTJA) menganugerahkan geran

penyelidikan bernilai RM13.89 juta bagi

pembangunan kilang demonstrasi

bersepadu untuk menukar gas karbon

dioksida (CO2) ke metana (CH4).

Akal Budi

Melayu

Memfokuskan kepada mengekalkan identiti, kelangsungan pemikiran, budaya serta jati diri

Melayu dalam menghadapi pembangunan Nasional dan Pelan Transformasi 2050 yang baharu.

Islam

Kontemporari

Kajian permasalahan besar yang dihadapi oleh Islam semasa dan isu-isu yang berkaitan

dengannya (yang merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial) yang memerlukan

penyelesaian segera yang efektif bagi kesejahteraan masyarakat.

Integrasi

ASEAN

Kajian Governan, Wacana, Sosio-Ekonomi dan Keterlibatan dalam integrasi komuniti ASEAN.

Malaysia

Lestari

Memfokuskan kepada pertumbuhan teknologi hijau bagi menyumbang ke arah Matlamat

Pembangunan Mampan (SDG) melalui pembentukan bandar dan komuniti yang mampan,

penggunaan dan pengeluaran yang mampan dan berdaya tahan, tindakan ke atas

perubahan iklim, pemuliharaan kepelbagaian biologi dan keprihatinan terhadap alam sekitar.

Pemerkasaan

B40

Penyelidikan Cabaran Perdana yang memfokuskan kepada meningkatkan kualiti kehidupan

golongan B40 dan transformasi kualiti hidup dalam mendepani era 4IR.

Malaysia Sihat

Sejahtera

Memfokuskan kepada keluarga yang sihat sebagai pemangkin kesejahteraan nasional dan

menggalakkan lebih banyak penemuan saintifik diterjemahkan ke dalam bentuk aplikasi

praktikal.

Pengukuhan

STEM

Pengembangan ilmu, produk, nilai dan pembudayaan STEM melalui penyelidikan translasi

STEMedu, STEMeco & STEMres untuk kelestarian pembangunan masyarakat.

Cabaran Perdana adalah cabaran besar yang meluas dan

berpanjangan yang menjadi penghalang utama terhadap

kesejahteraan universal kemanusiaan. Penyelidikan melalui

Cabaran Perdana akan menggabungkan kepakaran dan

kekuatan penyelidikan fundamental dalam pelbagai disiplin

ilmu dengan penglibatan pihak berkepentingan bagi

mencapai matlamat kesejahteraan universal kemanusiaan.

Cabaran Perdana UKM merupakan penyelidikan multi-displin

untuk mencari penyelesaian menyeluruh terhadap sesuatu

cabaran perdana dengan penglibatan pihak-pihak

berkepentingan yang berkaitan. Tujuh Cabaran Perdana yang

menjadi fokus penyelidikan UKM adalah: