Matlamat Pendidikan Islam

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    1/26

    Matlamat Pendidikan Islam

    PENDAHULUAN

    Pendidikan membawa pengertian yang cukup luas. Ia meliputi hampir

    kesemua bidang aktiviti manusia daripada yang paling kecil seperti menjala ikan

    untuk dijadikan lauk hingga kepada aktiviti yang lebih kompleks seperti berfikir

    dalam bentuk individual ataupun secara kolektif. Boleh dikatakan, ia mencakupi

    bidang-bidang yang sama luasnya dengan tamadun sesuatu bangsa itu sendiri.

    Ini termasuklah bidang-bidang seperti falsafah,kesusasteraan, matematik, sains

    dan teknologi, pertukangan, ekonomi, agama, dan lain-lain. Jadi persoalannya,

    bagaimanakah sesuatu pendidikan itu mampu mencapai hasrat untuk melahirkan

    individu yang dapat menyumbang ke arah kemajuan diri, masyarakat dan

    negara.

    Jawapannya adalah bergantung kepada isi kandungan kurikulum suatu

    mata pelajaran. Kandungan Kurikulum menentukan sama ada suatu matapelajaran itu mampu mendidik individu untuk menjadi seseorang yang bukan

    sahaja dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehinya untuk kegunaan sendiri,

    malah dapat digunakan sebaiknya untuk kesejahteraan masyarakat dan negara.

    Memandangkan betapa pentingnya kandungan kurikulum itu sendiri,

    maka pakar-pakar pendidikan telah menyediakan mata pelajaran-mata pelajaran

    yang difikirkan mempunyai kepentingan kepada masyarakat masing-masing.

    Jadi dalam konteks Malaysia, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

    dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan. Dalam

    kurikulum ini, pendidikan agama (Islam) dan moral adalah dititikberatkan dan

    menjadi teras kepada mata pelajaran yang lain untuk memastikan matlamat

    1

    http://kulanzsalleh.com/tag/pendidikanhttp://kulanzsalleh.com/tag/kesusasteraanhttp://kulanzsalleh.com/tag/kesusasteraanhttp://kulanzsalleh.com/tag/kandungan-kurikulumhttp://kulanzsalleh.com/tag/kesusasteraanhttp://kulanzsalleh.com/tag/kandungan-kurikulumhttp://kulanzsalleh.com/tag/pendidikan
  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    2/26

    pendidikan negara yang digariskan melalui Falsafah Pendidikan Negara dapat

    dicapai.

    Kurikulum yang perlu dimasukkan dalam pendidikan Islam seharusnya

    merangkumi semua usaha dan tujuan agar anak-anak Islam dapat dibentuk

    sebagai seorang individu yang soleh melalui penerapan nilai-nilai intelek, rohani,

    jasmani dan emosi yang seimbang agar mereka ini nanti mampu memikul

    tanggungjawab yang dituntut dalam ajaran Islam.

    DEFINISI

    Pendidikan Islam boleh diertikan sebagai proses mendidik dan

    melatih akliah, jasmaniah, dan rohaniah manusia. Ia berasaskan nilai-

    nilai Islamiah yang bersumberkan al-Quran dan sunnah Rasulullah

    s.a.w bagi melahirkan insan yang bertakwa dan mengabdikan diri

    kepada Allah semata-mata. Untuk mencapai matlamat tersebut,

    pendidikan akliah atau intelektual amat penting dalam mendidik akal.

    Ini kerana akal merupakan unsur paling berharga kepada manusia

    yang bertindak (berfikir) secara rasional tetapi kemampuannya agak

    terbatas.

    Fungsi tersebut telah dijelaskan dalam perkataan iqra yang

    mana keadaan akal sentiasa menerima bimbingan Allah. Oleh itu,pendidikan Islam menekankan peri pentingnya pengisian dalam

    melatih akliah manusia dengan nilai-nilai ketuhanan (ilmu tauhid), sifat

    ketaatan (taabbud) dan penyucian rohani (tazkiyyah). Dengan

    demikian, pendidikan akal atau mental tidak tersisih daripada nilai-nilai

    kerohanian. Pendidikan jasmani pula meliputi aspek fizikal dan mental.

    2

    http://kulanzsalleh.com/tag/falsafah-pendidikan-negarahttp://kulanzsalleh.com/tag/pendidikan-islamhttp://kulanzsalleh.com/tag/falsafah-pendidikan-negarahttp://kulanzsalleh.com/tag/pendidikan-islam
  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    3/26

    Kedua duanya turut diberi perhatian dalam pendidikan Islam. Ia

    merangkumi kebersihan, kesihatan, kecergasan, kekuatan, keberaniandan disiplin. Ia bertujuan melahirkan insan yang sihat dan kuat untuk

    menjalankan kewajipan kepada Allah. Selain itu, pendidikan jasmani

    juga dilihat dari sudut kerohanian dan kejiwaan yang menitikberatkan

    pembersihan jiwa (tazkiyyah nafs) serta keluruhan budi pekerti melalui

    akhlak. Pendidikan yang berbentuk rohani atau spiritual juga penting

    dalam Islam iaitu dalam konteks hubungan manusia dengan Allah.

    Keyakinan kepada Allah menjadi asas dalam mencapai kejayaan

    kerana kekuatan rohani yang dimiliki oleh individu itu membawa

    kepada kekukuhan pendidikan fizikal, intelektual dan akhlak. Dengan

    itu, pendidikan Islam tidak akan wujud tanpa disertai pendidikan

    rohani. Maka bertitik tolak dari pengertian ini, Islam menekankan

    beberapa aspek tertentu yang perlu diutamakan dalam pendidikan

    Islam. Pendidikan Islam itu berlaku secara berterusan sama ada formal

    atau tidak formal. Ini bererti pendidikan yang berasaskan nilai-nilai

    Islamiah tidak hanya terhad kepada pengajaran akademik tetapi juga

    bimbingan asuhan yang dilakukan oleh pendidik. Justeru, pendidikan

    Islam juga merupakan satu proses menerapkan nilai-nilai Islam dan

    merealisasikan hasilnya dalam bidang pembinaan insan, pembentukan

    dan pemasyarakatannya mengikut dasar-dasar yang digariskan oleh

    Allah serta membentuk sikap dan tingkah laku seseorang. Ia juga boleh

    dianggap sebagai suatu konsep yang mengandungi langkah-langkah

    dan kaedah-kaedah ilmiah yang dibawa oleh Islam bagi menjamin

    pembentukan peribadi yang sesuai dengan akidah Islam.

    KONSEP DAN SIFAT PENDIDIKAN ISLAM

    3

  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    4/26

    1. Pendidikan yang tidak sama ertinya dengan pembelajaran atau

    pengajaran tetapi merangkumi kedua-duanya ditentukan sifatnya olehpandangan hidup(Weltanschauung) sesuatu kebudayaan kerana ia merupakan

    alat terpenting untuk merealisasikan tujuan-tujuan dari pandangan hidup itu.

    Oleh kerana ruang lingkup agama Islam merangkumi semua aspek kehidupan

    insan sebagai homo sapien, homo politicus, homo aeconomicus, homo

    religious, dan sebagaitheomorphic being (iaitu makhluk yang dapat mengenal

    Tuhan dan mencapai penghampiran denganNya ) maka pendidikan Islam

    mempunyai sifat yang serba merangkumi.

    2. Kecenderungan tabi'e pendidikan Islam ialah menyatukan semua ilmu

    pengetahuan di bawah authority dan pengendalian Al Quran dan Sunnah yang

    merupakan teras di dalam sistem pendidikannya dan kebudayaan Islam

    seluruhnya. Di dalam kebulatan dan kesatuan ilmu-ilmu itu akidah Islamiah yang

    menjadi pusatnya yang menentukan orientasi dan methodology dan matlamat

    ilmu-ilmu lain oleh kerana ia membicarakan soal-soal yang terpenting di dalam

    hidup manusia -- dari mana ia datang, apakah sifat manusia yang sebenar, untuk

    apakah ia dijadikan dan untuk apakah alam raya ini diciptakan, kemana ia akan

    pergi dan bagaimanakah seharusnya ia melakukan hubungan dengan

    Penciptanya dan bagaimanakah ia harus menjalani hidup di dunia ini.

    kebenaran-kebenaran mutlak yang terkandung di dalam "ilmu agama" (baik

    dalam bidang akidah, kerohanian, ibadah, akhlak, ilmu Al-Quran dan Hadith)

    mewarnai dan menjiwai seluruh pendekatan seorang Muslim kepada ilmu-ilmu

    lain seperti sains fizikal dan tabi'e, sains kemanusiaan dan sains

    kemasyarakatan.

    3. Konsep pendidikan yang unifiedini yang berdasarkan kepada konsep ilmu

    yang integratedyang merupakan keistimewaan Islam berlawanan sekali dengan

    4

  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    5/26

    aliran pemikiran yang memisahkan ilmu ke dalam dua "water-tigh compartments"

    yang tidak dapat di damaikan iaitu yang disebut di Barat sebagai "theology" dan"science" atau "religious knowledge" dengan "secular knowledge"

    atau faith dan knowledge. Pengkotakan yang "antagonistic" ini tidak dapat

    berlaku dan tidak dibenarkan berlaku di dalam teori pendidikan Islam, oleh

    kerana isi kandungan "theology" dan "science" di dalam Islam tidak

    mengkontradik satu sama lain malah ia bersifat isi-mengisi dan lengkap

    melengkapi. Kedua-duanya lahir dari outlookyang satu iaitu Tauhid. sebaliknya

    sejarah peradaban Barat dari zaman Pertengahan sampai kepada zaman moden

    menunjukkan pertarungan yang hebat "theology" dan "science" yang akhirnya

    dimenangi oleh science. Sebab permulaan timbulnya permusuhan itu tidak lain

    oleh kerana "theology" mengemukakan dogma-dogma yang anti-rasional yang

    hendak dipertahankan mati-matian walaupun akal waras sudah tidak dapat

    menerimanya lagi. Pertentangan itu berubah menjadi konflik antara "authority"

    dan "truth". Dengan terpisahnya gereja dari Negara, terpisahlah juga "science"

    dari "religion", sehingga berkembanglah sains di atas dinamismanya sendiri,

    lepas dan bebas"autonomous" dari segala norma-norma agama. Sekularisma

    atau faham keduniaan semata-mata menjadi fait accomplidalam tamaddun

    Barat dan ini membolehkan akal manusia Barat dengan scientific

    methodnya berkembang tanpa sekatan dari irrational dogmas lagi. Akhirnya akal

    yang tidak lagi dikendalikan oleh norma-norma transcendant(samawi) membawa

    para cerdik pandai kepada faham scientism atau pendewaan sains dengan

    segala akibat-akibat buruk yang dapat dilihat dalam zaman technocentricini.

    4. Selain daripada sifat kesatuannya, pendidikan Islam merangkumi

    pendidikan formal dan informal. Ia adalah pendidikan "sepanjang hayat". Di

    dalam pendidikan informal yang sangat berkesan ialah pendidikan di rumah

    tangga dalam lingkungan keluarga kerana di sinilah seorang Muslim mendapat

    asas-asas pembentukan peribadinya. Seterusnya pendidikan di dalam

    5

  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    6/26

    masyarakat, melalui proses sosialisasi seorang Muslim, tidak kurang besar

    pengaruhnya di atas pertumbuhan peribadi Muslim. Pendidikan formal danpendidikan informal di dalam Islam mempunyai pengaruh timbal balik dan

    hubungan yang complementaryyang satu tidak dapat berdiri sendiri tanpa

    mengalami sesuatu ketidakseimbangan.

    Sejarah tamadun Islam menunjukkan bahawa bentuk pendidikan formal

    adalah biasanya responsive kepada perubahan zaman dan tingkatan kemajuan

    kehidupan sosio-politik masyarakat tanpa mengorbankan prinsip-prinsip yang

    asasi dalam pendidikan Islam. Adanya sistem halaqah di masjid-masjid, kitab-

    kitab untuk mengajar membaca dan menulis, sekolah istana, "sekolah" kedai

    buku, kumpulan-kumpulan diskusi (literary salons) untuk cendiakawan-

    cendiakawan tertentu, madrasah-madrasah, pusat-pusat pendidikan atau

    universiti-universiti di dalam pendidikan formal Islam menunjukkan juga bahawa

    bentuk lahiriah adalah masalah yang tidak begitu penting dalam Islam, asal

    isinya mampu membentuk manusia-manusia yang benar-benar terdidik.

    Organisasi pengajian yang berbeza-beza itu juga menunjukkan perkembangan

    pendidikan Islam dari tahap yang simple kepada tahap-tahap yang lebih

    kompleks dan sophisticated.

    MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM

    Matlamat (al-ghoyah) pendidikan Islam yang utama dan tertinggi ialah

    untuk membawa manusia mengenal penciptanya, mengabdikan diri sepenuhnya

    hanya kepada Allah, melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan

    segala larangan-Nya dengan penuh redha.

    6

  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    7/26

    Tujuan serta matlamat dekat dan khusus (ahdaf) pendidikan Islam

    dirumuskan oleh Dr Abdur Rahman Salih di dalam bukunya, dalam tiga matlamatatau tujuan, iaitu matlamat yang bersifat fizik (ahdaf jismiyah, bersifat mental

    (ahdaf aqliyah) dan bersifat kerohanian (ahdaf ruhaniyah).

    Antara tujuan khas pendidikan Islam juga telah dikemukakan oleh al-

    Syaibani, iaitu:

    (a) memperkenalkan generasi muda dengan aqidah Islam, dasar-dasarnya,

    usul-usul ibadah, dan cara-cara melaksanakannya dengan betul,

    membiasakan mereka mematuhi aqidah Islam dan menjalankan serta

    menghormati syiar-syiar ad-din;

    (b) menumbuhkan kesedaran yang betul dalam diri anak-anak terhadap din,

    termasuk prinsip-prinsip, dan dasar-dasar akhlak yang mulia,

    menyedarkannya akan bidah, khurafat, kepalsuan dan kebiasaan usang

    yang melekat tanpa disedari, sedangkan Islam bersih;

    (c) menanamkan keimanan kepada Allah, malaikat, rasul, kitab-Nya dan hari

    akhirat berdasarkan kefahaman, kesedaran dan kehalusan perasaan;

    (d) mendidik naluri, motivasi dan keinginan anak-anak, membentenginya

    dengan aqidah dan nilai-nilai syara serta membiasakan mereka menahan

    rang-sangan dalaman, mengatur emosi dan membimbingnya dengan

    baik; dan

    (e) membersihkan hati anak-anak daripada sifat dengki, hasad, iri hati, benci,

    kasar, zalim, ego, menipu, khianat, nifak, ragu- ragu serta sifat-sifat buruk

    dan hina.

    7

  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    8/26

    MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM MENURUT TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN

    1. Syed M. Naquib al-Attas (2005), matlamat pendidikan Islam untuk

    mempersiapkan manusia yang dapat berperanan dan menyesuaikan diri dalam

    masyarakat masingmasing.

    2. Burlian Somad (1989), mengatakan bahawa Pendidikan Islam ialah aktiviti atau

    kegiatan yang bertujuan membentuk individu menjadi seorang yang mempunyai

    personaliti yang baik dan bernilai tinggi menurut kaca mata Islam.

    Tujuan pendidikan Islam seperti mana yang telah dinyatakan ialah untuk

    membentuk serta mewujudkan contoh peribadi yang baik atau peribadi

    yang sempurna. Sebagaimana Allah telah mengutus nabi Muhammad

    tidak lain adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia dengan

    hidayah agama yang benar.

    3. Hassan langgulung (1997), mengatakan bahawa tujuan pendidikan menjalankan

    fungsi yang semuanya bersifat normatif. Pertama, untuk menentukan haluan

    bagi proses pendidikan, iaitu ke arah manakah ditujukan usaha manusia

    mendidik generasi muda, atau apakah corak manusia yang akan dihasilkan

    melalui pendidikan itu. Kedua, untuk merangsang dan mendorong seseorang

    supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai nilai-nilai murni

    dalam kehidupan. Ketiga, untuk menjadi kriteria dalam menilai proses

    pendidikan, iaitu menilai pencapaian pendidikan itu sama ada berjaya atau tidak.

    Tujuan sebagai alat untuk menentukan haluan pendidikan, dapat dilihat

    melalui tiga peringkat iaitu, tujuan khas, tujuan am dan tujuan akhir. Al-Syaibany

    (1979), berpendapat bahawa matlamat pendidikan Islam akan dimulai dengan

    matlamat akhir terlebih dahulu, kemudian am dan matlamat khas.

    8

  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    9/26

    a. Tujuan Akhir Pendidikan Islam

    Tujuan akhir pendidikan Islam tidak diatasi oleh tujuan am dan tujuan

    khas. Tujuan akhir bersifat umum dan tidak terperinci. Berbeza daripada

    kedua-dua tujuan am dan tujuan khas yang bersifat kurang umum

    daripadanya. Pelaksanaan tujuan akhir tidak terhad kepada institusi-

    institusi khas seperti sekolah, pondok dan masjid tetapi dilaksanakan juga

    di semua institusi masyarakat.

    Sebahagian pakar pendidikan Islam berpendapat bahawa tujuan

    akhir pendidikan Islam ialah perwujudan diri (sempurna kendiri). Maksud

    disini adalah jiwa atau roh, bukan jasmani; manakala perwujudan pula

    ialah usaha meningkatkannya supaya sampai ke alam malakut agar ia

    dapat berhubung dengan Penciptanya iaitu Allah S.W.T.

    Dengan kata-kata lain tujuan akhir pendidikan Islam ialah

    perkembangan menyeluruh personaliti manusia dalam aspek-aspek

    rohaniah, psikologikal, intelektual dan jasmaniah.

    Adapun tujuan akhir yang paling mencerminkan ciri pendidikan

    Islam ialah persiapan untuk kehidupan di dunia dan di akhirat, iaitu usaha

    menyeimbangkan di antara kemestian kehidupan di dunia dengan

    kemestian kehidupan di akhirat.

    b. Tujuan Am Pendidikan Islam

    9

  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    10/26

    Al-Abrasyi (1969:71) dalam kajiannya telah membuat lima kesimpulan

    tujuan am pendidikan Islam, iaitu :

    - Persiapan untuk kehidupan di dunia dan akhirat. Pendidkan Islam

    bukan hanya menitikberatkan soal akhirat semata-mata, atau urusan

    keduniaan sahaja, tetapi kedua-duanya sekali.

    - Persiapan untuk mencari rezeki dan pemeliharaan manfaatan, atau

    lebih dikenali sekarang ini dengan nama tujuan bidang vokasional dan

    professional.

    - Menumbuhkan semangat ilmiah dan rasa ingin tahu pada pelajar yang

    memungkinkan ia mengkaji ilmu demi ilmu itu sendiri.

    - Memperlengkapkan pengetahuan para pelajar dalam bidang-bidang

    profesional, teknikal dan pertukangan supaya dapat menguasai

    kerjaya dan kemahiran pekerjaan tertentu di samping memelihara

    aspek-aspek kerohanian dan keagamaan.

    Nahlawy (1963:67 ) merumuskan empat tujuan am dalam pendidikan

    Islam iaitu :

    - Pendidikan akal dan persiapan fikiran. Allah menyuruh manusia

    merenungi kejadian langit dan bumi agar manusia beriman kepada-

    Nya.

    - Mengembangkan potensi dan bakat semula jadi pada kanak-kanak.

    Islam adalah ajaran fitrah. Ajarannya tidak terasing daripada tabiat

    semula jadi manusia, bahakan ia sesuai fitrah kejadian manusia; tidak

    ada kerumitan atau perkara luar biasa. (Surah a-Rum ayat 30)

    10

  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    11/26

    - Memberikan kekuatan dan potensi generasi muda dan mendidikmereka sebaik-baiknya, sama ada lelaki ataupun perempuan.

    - Berusaha untuk menyeimbangkan segala potensi dan bakat manusia.

    Al-Buthi (1961:102) pula menyenaraikan beberapa tujuan am

    sebagaimana yang berikut :

    - Untuk mendapatkan keredaan Allah dengan menjauhi kemurkaan dan

    seksaan-Nya serta mengabdikan diri dengan tulus ikhlas kepada-Nya.

    Tujuan ini dianggap tujuan induk daripada semua tujuan pendidikan

    Islam.

    - Memupuk rasa cinta akan tanahair pada diri manusia berdasarkan

    agama Islam untuk membimbing manusia ke arah yang diredai oleh-

    Nya.

    - Mewujudkan ketenteraman jiwa dan aqidah yang teguh, penyerahan

    dan kepatuhan yang ikhlas kepada Allah S.W.T.

    c. Matlamat khas

    Maksud tujuan khas ialah perubahan-perubahan yang diingini, yang

    merupakan bahagian yang termasuk di bawah setiap tujuan am

    pendidikan. Di antara tujuan-tujuan khas yang mungkin dimasukkan di

    bawah tujuan am untuk menimbulkan semangat beragama dan berakhlak

    ialah :

    - Memperkenalkan aqidah Islam dan dasarnya

    11

  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    12/26

    - Menimbulkan kesedaran yang betul pada diri pelajar terhadap agama

    - Menanamkan keimanan kepada Allah Pencipta Alam- Membersihkan hati mereka daripada sifat-siata yang buruk

    Tujuan pendidikan Islam yang telah disenaraikan sama ada pada

    peringkat tujuan akhir, peringkat tujuan umum, atau peringkat tujuan khas;

    walaupun kesemua tujuan itu bersumberkan asas ajaran Islam al-Quran dan as-

    Sunnah tetapi ia telah diungkapkan dalam bahasa moden dan dapat

    dilaksanakan di dalam bilik darjah dan dalam konteks persekolahan moden.

    MATLAMAT PENDIDIKAN MENURUT AS-SUNNAH

    Fakta bahawa pendidikan Nabi Muhammad saw, dijadikan Allah sebagai

    pandidikan yang terbaik didukung oleh al-Quran yang mengesahkan kedudukan

    Rasulullah yang sangat mulia (akram), teladan yang paling baik (QS al-Ahzab

    33:21; QS al-Hujurat 49: 13; dan QS al-Qalam 68:4).

    Hal ini kemudian disahkan oleh hadis Nabi yang menyatakan bahawa

    matlamatnya adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia : Innama buisthtu

    liutammimahusna al-akhlaq. Hadis ini ditemui dalam Muwatta Imam Malik dan

    Musnad Ahmad ibn Hanbal; ditulis dalam A. J. Wensinck dan J. P. Mensing,

    Concordance et Indices de la Tradition Musulmane, 7 jil (Leiden: E. J. Brill,

    1943), 2: 75.

    Mohammad Natsir (1973), berpendapat bahawa matlamat pendidikan

    Islam sebenarnya adalah sama dengan tujuan hidup kita iaitu menghambakan

    diri kepada Allah dan menjadi hambaNya.

    12

  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    13/26

    Hanafi Mohammed (1996), pula mengatakan bahwa matlamat pendidikan

    menurut al-Quran dan as-Sunnah ialah mendidik manusia dengan seruanmenyembah Allah dan mentauhidkanNya sebagai Pencipta yang mengatur dan

    mengurus kehidupan manusia dan segala makhluk lain di alam ini. Ia juga

    mengajak dan mengajar manusia agar bertakwa kepada Allah dengan

    memelihara dirinya baik secara individu atau dalam hidup bermasyarakat.

    Pandangan di atas dikuatkan lagi dengan pendapat Abd. Halim El-

    Muhammady (1993), dimana beliau mengatakan bahawa Pendidikan Islam ialah

    proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia

    berasaskan sumber utama al-Quran dan as-Sunnah.

    Dan didukung pula oleh pendapat para pakar pendidikan, diantara ialah :

    1. Untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilam, beramal

    sholeh dan berakhlak mulia.

    (http://www.japim.edu.my/bkpim/pikbsr.pdf).

    2. Untuk membentuk akhlak yang mulia. Dari dahulu hingga sekarang umat Islam

    telah bersetuju bahawa pendidikan akhlak adalah inti pendidikan Islam, dan

    untuk membentuk akhlak yang sempurna adalah tujuan pendidikan yang

    sebenarnya (Al-Abrasyi, 1969:71) .

    3. Matlamat pendidikan Islam Meninggikan taraf akhlak masyarakat berdasarkan

    agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T untuk membimbing manusia ke arahyang diredai oleh-Nya (Al- Buthi, 1961:102 ).

    FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

    13

    http://www.japim.edu.my/bkpim/pikbsr.pdfhttp://www.japim.edu.my/bkpim/pikbsr.pdf
  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    14/26

    Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani Kuno, dan dalam

    pengertian yang bebas ia bermaksud "Cintakan Hikmah"(Al-Syaibany,1991) Hikmah ialah satu pandangan dan fikiran yang tinggi atau jauh serta

    matang. Pengamatannya tidak dapat dicapai oleh pengetahuan biasa.

    Dalam Oxfort Dictionary (1982) ditakrifkan falsafah sebagai:

    "Seeking after wisdom or knowledge especially that which deals with

    ultimate reality, or with the most general causes and principles of things and

    ideas and human perception and knowledge of them, physical phenomena and

    ethics"

    Jadi, falsafah merupakan satu usaha untuk mencari kebenaran, (seeking

    the thruth), dan kebenaran itu sebenarnya hanya Allah. Kalau kita cuba mencari

    erti hakikat hidup, maka ini adalah falsafah. Hakikat hidup yang sebenar hanya

    Allah sahaja yang mengetahuinya. Yang kita tahu berdasarkan apa yang

    diberitahu oleh Allah, maka itulah yang benar dan mutlak. Yang kita fikirkan

    sendiri menjadi falsafah kita dan tidak bersandarkan kepada kitab Allah, maka itu

    tidaklah yang sebenar, ia tidak mutlak dan ianya bersifat relatif. Sebab itu

    bermacam-macam falsafah timbul hasil pemikiran manusia. Seperti Liberalisme,

    Idealisme, Asetisme, Eksistensialime, Hedonisme, Kapitalisme, Kommunisme

    dan banyak lagi. Jika falsafah itu berpunca daripada Allah atau wahyu, maka ia

    akan sama sahaja perinsipnya dan juga matlamatnya.

    Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran dan

    As-Sunnah. Jadi apabila seseorang Islam yang faham Islam membincangkan

    mengenai falsafah, tidak kira sama ada falsafah hidup atau falsafah pendidikan

    atau pun yang lain-lain, perbincangannya tidak akan lari daripada prinsip dan

    matlamat Islam. Sebaliknya, seorang Islam yang tidak memahami hakikat Islam,

    malah ia telah lebih dahulu mendalami falsafah lain daripada Islam, menjadi

    14

  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    15/26

    sangat susah ia menerima falsafah Islam. Malah falsafahnya yang dikatakan

    Islam itu dalam banyak hal bertentangan dengan kehendak Islam.

    Jika falsafah itu diertikan dengan "cintakan hikmah atau kebenaran" maka

    falsafah Islam bererti cintakan hikmah atau kebenaran yang berasaskan ajaran

    Islam. Ajaran Islam itu bersumberkan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

    Failasuf Islam dari setiap zaman, apabila membincangkan tentang falsafah

    biasanya mereka tidak akan lari daripada soalan-soalan berikut sebagai asas

    perbincangan, iaitu: Siapa anda (apa hakikat diri anda)? Dari mana anda

    datang? Kenapa anda berada di sini (alam dunia)? Kemana anda akan pergi?

    Apa tujuan hidup? Dan apakah hakikat mati? (Yaljin, 1991).

    Perkataan hikmat disebut beberapa kali di dalam Al-Quran dengan

    maksud yang berbeza mengikut qarinah ayat berkenaan. Hikmah ada kalanya

    bermaksud bijaksana (surah An-Nahli 125). Mengikut Muhammad Nasir (1978)

    hikmah di sini bermaksud mengenal golongan. Sheikh Muhammad Abduh pula

    berkata bahawa "Hikmah itu ialah memahami sesuatu tentang rahsia dan

    faedahnya".

    Untuk memahami sesuatu tentulah memerlukan ilmu, kerana ilmulah

    penyuluh untuk mengenal sesuatu. Jadi ilmu ini tentulah ilmu yang benar.

    Dalam versi yang lain Muhammad Abduh mengatakan bahawa "Hikmah itu ilmu

    yang benar yang menjadi pengerak untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang

    berfaedah"

    Orang yang mempunyai hikmah ini digelar "Hakeem". Ia bermaksud

    orang yang mahir dalam sesuatu bidang dan melakukannya dengan cukup baik

    dan halus (Muhammad Nasir, 1978). Adakalanya hikmah itu bermaksud ilmu,

    iaitu ilmu yang tinggi martabatnya. Ini berdasarkan ayat 269 surah al-Baqarah.

    15

  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    16/26

    Orang yang mempunyai hikmah mempunyai pandangan yang jauh, bukan

    setakat lima atau enam puluh tahun ke hadapan, tetapi sampai ke alam akhirat.Ini jelas seperti cerita Luqman al-Hakeem di dalam Al-Quran.

    Falsafah Islam cuba maencari hakikat manusia dan alam semesta ini.

    Setelah berusaha mencari dan berfikir berdasarkan wahyu, maka dapat

    dirumuskan bahawa manusia dijadikan oleh Allah untuk hidup di alam ini sebagai

    hamba dan khalifah, kemudian mereka akan mati dan akan dipersoalkan tentang

    tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh Allah. Ini adalah berdasarkan

    kepada ayat-ayat 55 surah Az-Zariyat, 30 Al-Baqarah, 72 Al-Ahzab, 172 Al-A`raf

    dan lain-lain.

    Falsafah Pendidikan Islam pula ialah falsafah pendidikan yang

    berteraskan ruh Islam, iaitu falsafah Islam untuk pendidikan, dan ia disebut

    Falsafah Pendidikan Islam (Al-Syaibany, 1991). Jadi, maksud daripada Falsafah

    Pendidikan Islam ialah menyediakan manusia dengan dan ilmu pengetahaun

    yang cukup agar ia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta

    mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya

    sebagai hamba dan khalifah Allah. Bila ia dapat menjalankan tugas dan

    tanggungjawab ini dengan baik maka jadilah ia insan yang saleh.

    Ahli falsafah pendidikan Islam atau failasuf pendidikan Islam ialah orang

    yang berusaha berfikir mencari apakah perkara-perkara yang perlu dimasukkan

    ke dalam kurikulum pendidikan. Ini termasuklah ilmu, kemahiran, nilai,

    pengalaman dan sebagainya, yang mana setelah menjalani pendidikan

    beberapa lama akan lahir seorang insan yang kenal dirinya, kenal Tuhannya,

    faham tujuan Allah jadikan segala yang ada, mengetahui hukum-hukum Allah

    dan mengamalkannya, bertamadun, pandai berkawan sama ada dengan orang

    Islam atau pun bukan Islam.

    16

  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    17/26

    Antara perkara yang penting yang difokuskan oleh falsafah pendidikanIslam ialah: Pendidikan Aqidah, Pendidikan Ibadah, Pendidikan Akhlak,

    Pendidikan Akal, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Rohani, Pendidikan

    Keterampilan, Pendidikan Keibubapaan, Pendidikan Kemasyarakatan,

    Pendidikan Kepimpinan, dan banyak lagi.

    Jadi, berdasarkan falsafah Pendidikan Islam, semua perkara yang disebutkan

    diatas itu perlu ada dan menjadi tajuk-tajuk penting dalam kurikulum Pendidikan

    Islam. Dengan demikian, barulah dapat melahirkan insan soleh yang mampu

    melaksanakan tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah dengan betul dan

    sempurna seperti yang dibincang dalam Matlamat Pendidikan Islam. Penyataan

    Falsalah Pendidikan Islam yang digubalkan oleh Kementerian Pendidikan

    Malaysia, nampaknya ada unsur untuk menuju ke arah ini.

    METODOLOGI PENDIDIKAN ISLAM

    Metodologi merupakan hal yang sangat penting dalam Pendidikan Agama

    Islam. Metode adalah suatu cara mengajar, yang berfungsi sebagai alat untuk

    mencapai tujuan pembelajaran. Semakin baik metode yang digunakan, maka

    akan semakin efektif dan efisien pula pencapaian tujuannya. Dalam metode

    mengajar, faktor guru, siswa, bahan yang akan diajarkan, situasi, sarana,

    prasarana, serta pembimbing lainnya sangat besar pengaruhnya. Dengan

    banyaknya faktor-faktor yang mempengaruhi di dalam penggunaan suatu

    metode, maka sebenarnya cukup payah bagi seorang guru untuk menetapkan

    metode yang paling baik dan harus dipakai di dalam pembelajaran Pendidikan

    Islam agar pembelajaran tersebut dapat membuahkan hasil.

    17

  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    18/26

    Metodologi, menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (Depdiknas,

    2002:741), bererti ilmu tentang metode; huraian tentang metode. Sedangkanmetode, menurut kamus yang sama (2002 : 740), membawa errti : Cara teratur

    yang digunakan untuk melaksanakan suatu pekerjaan agar tercapai sesuai

    dengan yang dikehendaki; cara kerja yang bersistem untuk memudahkan

    pelaksanaan suatu kegiatan guna mencapai tujuan yang ditentukan.

    Sedangkan metode mengajar, Zuhairini dkk. (1981:68) memberikan

    definisi sebagai Metode mengajar adalah:

    merupakan salah satu komponen dari pada proses

    pendidikan.

    merupakan alat mencapai tujuan, yang didukung oleh alat-

    alat bantu mengajar.

    merupakan kebulatan dalam suatu sistem pendidikan.

    Bertitik tolak dari pengertian metode mengajar tersebut, Zuhairini dkk.

    (1981:69) merumuskan pengertian Metodologi Pendidikan Islam seperti berikut:

    segala usaha yang sistematik dan pragmatik untuk mencapai tujuan

    pendidikan agama, dengan melalui berbagai aktiviti dan kaedah, baik di dalam

    mahupun di luar kelas dalam lingkungan sekolah.

    Seorang guru dituntut untuk mampu mengeksploitasikan berbagai metode

    yang relevan. Untuk pembelajaran seperti solat misalnya, seorang guru harus

    mampu menggunakan metode ceramah, soal jawab, latihan, serta harusmemberi teladan bagi anak didiknya. Menurut ajaran Islam, melaksanakan

    pendidikan agama adalah merupakan perintah dari Allah dan ibadah kepada-

    Nya. Oleh sebab itu harus dilakukan dengan sebaik-baiknya oleh guru.

    18

  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    19/26

    Seorang guru harus sentiasa membekalkan dirinya dengan berbagai

    kemampuan. Kemampuan daya intelektual dan disiplin, serta keperibadian danakhlak mulia harus dimiliki oleh seorang guru. Teladan yang mutlak harus dimiliki

    oleh guru agar ia dapat berperanan sebagaimana yang dituntut sebagai seorang

    pendidik atau guru Pendidikan Islam.

    Pendidikan merupakan perintah Allah SWT, kerana itu Allah SWT telah

    banyak memberikan petunjuk tentang kependidikan ini. Surah Al-Alaq ayat 1-5

    yang merupakan wahyu yang pertama kali turun kepada Nabi Muhammad SAW,

    begitu sarat dengan petunjuk-Nya tentang pendidikan. Ayat pertama surah ini

    merupakan perintah membaca (Iqra ). Membaca merupakan salah satu

    aktiviti dalam pendidikan yang tidak dapat diabaikan, iaitu sama ada membaca

    bahan yang bercetak, mahupun membaca fenomena alam secara pengalaman

    hidup.

    Erwati Aziz di dalam bukunya, Prinsip-prinsip Pendidikan Islam ( 2003:2),

    mengungkapkan bahawa para ahli pendidikan Islam, seperti Hasan Langgulung,

    Muhammad Fadhil Jamali, dan Fathiyah Hasan Sulaeman, sentiasa

    memasukkan wahyu pertama ini sebagai ayat pendidikan. Mereka juga

    mengemukakan bahawa gaya bahasa dan ungkapan ayat-ayat Al-Quran

    menunjukkan bahawa ia mengandungi nilai-nilai sistem pendidikan atau disiplin

    ilmu yang pelbagai sesuai dengan sasaran yang dihadapinya.

    Salah satu ayat yang banyak mengandungi dengan nilai metodologi iaitu

    Surah An-Nahl ayat 125: Serulah

    (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik.... .

    19

  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    20/26

    Pada bahagian ayat adalah mengajarkan agama,

    sedangkan pada bahagian itu adalah disiplin pendidikan

    (Abu Ahmadi, 1976:28).

    Salah satu disiplin pembelajaran Pendidikan Islam adalah pembiasaan

    dan pengamalan; sebuah disiplin pendidikan yang diisyaratkan secara tersirat di

    dalam Surah Al Alaq. Pada masa turun wahyu tersebut perintah iqra diulang-

    ulang oleh Malaikat Jibril. Latihan dan pengulangan yang merupakan disiplin

    pendidikan secara latihan untuk memahami suatu konsep pelajaran termasuk

    dalam disiplin pendidikan ini. Dalam pengamalan ajaran agama, pembiasaan ini

    sangat penting, kerana bila sudah terbiasa melakukannya dengan baik sejak

    kecil akan payah untuk berubah dari kebiasaan tersebut.

    PRINSIP-PRINSIP PENDIDIKAN ISLAM

    Memang tidak diragukan bahawa pengajaran mengenai prinsip-prinsipdasar pendidikan banyak terkandung dalam ayat-ayat al Quran dan hadits nabi.

    Dalam hal ini pendidik sejati atau Maha pendidik itu adalah Allah SWT yang telah

    menciptakan fitrah manusia dengan segala potensi dan kelebihan serta

    menetapkan hukum hakam pertumbuhan, perkembangan, dan interaksinya,

    sekaligus jalan yang harus ditempuh untuk mencapai tujuannya.

    Prinsip prinsip tersebut adalah sebagai berikut:

    Pertama: Prinsip Integrasi. Suatu prinsip yang seharusnya difahami dan diikuti

    adalah bahawa dunia ini merupakan jambatan menuju kampung

    akhirat. Oleh kerana itu, mempersiapkan diri secara sempurna

    20

  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    21/26

    merupakan hal yang tidak dapat dielakkan agar masa kehidupan di

    dunia ini benar-benar bermanfaat untuk bekalan yang akan dibawake akhirat. Perilaku yang terdidik dan nikmat Allah SWT apapun yang

    didapati dalam kehidupan seharusnya diabdikan untuk mencapai

    kelayakan itu, terutama dengan mematuhi keinginan Allah SWT.

    Allah SWT berfirman, Dan carilah pada apa yang telah

    dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) kampung akhirat, dan

    janganlah kamu melupakan kebahagiaanmu dari kenikmatan

    duniawi... (QS. Al Qoshosh: 77). Ayat ini menunjukkan kepada

    prinsip integrasi di mana diri dan segala yang ada padanya

    dikembangkan pada satu arah, yakni kebajikan dalam rangka

    pengabdian kepada Allah SWT.

    Kedua: Prinsip Keseimbangan. Kerana ada prinsip integrasi, prinsip

    keseimbangan merupakan suatu kemestian, sehingga dalam

    pengembangan dan pembinaan manusia tidak ada kepincangan.

    Keseimbangan antara material dan spiritual, unsur jasmani dan

    rohani. Banyak ayat al-Quran Allah menyebutkan iman dan amal

    secara bersamaan. Tidak kurang dari enam puluh tujuh ayat yang

    menyebutkan iman dan amal secara bersamaan, secara tersirat

    menggambarkan kesatuan yang tidak terpisahkan. Diantaranya

    adalah QS. Al Ashr: 1-3, Demi masa, sesungguhnya manusia

    dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.

    Ketiga: Prinsip Persamaan. Prinsip ini berakar dari konsep dasar tentang

    manusia yang mempunyai kesatuan asal yang tidak membezakan

    darjat, sama ada antara jenis jantina, kedudukan sosial, bangsa,

    21

  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    22/26

    mahupun suku, ras, atau warna kulit. Sehingga anak kecil sekalipun

    mendapatkan hak yang sama dalam pendidikan. Nabi MuhammadSAW bersabda: Siapapun di antara seorang laki laki yang

    mempunyai seorang budak perempuan, lalu diajar dan dididiknya

    dengan ilmu dan pendidikan yang baik kemudian dimerdekakannya

    lalu dikahwininya, maka (laki laki) itu mendapat dua pahala(HR.

    Bukhari).

    Keempat: Prinsip Pendidikan Seumur Hidup. Sesungguhnya prinsip ini

    bersumber dari pandangan mengenai keperluan dasar manusia

    dalam kaitan pembatasan diri manusia di mana manusia dalam

    sepanjang kehidupannya akan menghadapi berbagai cabaran dan

    dugaan yang dapat menjerumuskan dirinya sendiri ke jurang

    kehinaan, jika mudah terpedaya. Dalam hal ini, manusia dituntut

    sentiasa bersikap kedewasaan yang berupa kemampuan untuk

    mengakui dan menyesali kesalahan dan kejahatan yang dilakukan,

    disamping selalu memperbaiki kualiti dirinya. Sebagaimana firman

    Allah, Maka siapa yang bertaubat sesudah kezaliman dan

    memperbaiki (dirinya) maka Allah menerima taubatnya.... (QS. Al

    Maidah: 39).

    Kelima: Prinsip Keutamaan. Dengan prinsip ini ditegaskan bahawa

    pendidikan bukanlah hanya proses mekanik (membaikpulih)

    melainkan merupakan proses yang mempunyai roh dimana segala

    kegiatannya diwarnai dan ditujukan kepada keutamaan-keutamaan.

    Keutamaan-keutamaan tersebut terdiri dari nilai nilai moral. Nilai

    moral yang paling tinggi adalah tauhid. Sedangkan nilai moral yang

    paling buruk dan rendah adalah syirik. Dengan prinsip keutamaan ini,

    pendidik bukan hanya bertugas menyediakan persekitaran belajar

    22

  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    23/26

    bagi subjek pendidikan, tetapi lebih dari itu, iaitu turut membentuk

    keperibadiannya dengan perlakuan dan suri tauladan yangditunjukkan oleh pendidik tersebut. Nabi SAW bersabda, Hargailah

    anak anakmu dan baikkanlah budi pekerti mereka, (HR. Nasai).

    KESIMPULAN

    Seseorang guru hendaklah bersedia sebelum memasuki kelas

    berhadapan dengan pelajar. Guru harus faham terlebih dahulu tujuan ia

    mengajar mata pelajaran berkenaan. Guru sentiasa bertanya kepada dirinya;

    Apakah sampai objektif pengajaran dan pembelajaran, dan apakah sampai

    tujuan yang tersirat di dadanya. Guru harus pastikan bahawa setiap kali ia

    masuk kelas ada suatu yang baru yang disampaikan atau, pelajar merasakan

    ada suatu yang baru setiap kali mengikuti kelas. Maka dengan ini pelajar tidak

    merasa jemu mengikuti kelas Pendidikan Islam, kerana mereka sentiasa dapat

    sesuatu yang baru. Guru juga patut renungkan, apakah ada kemungkinan besar

    tercapai matlamat pendidikan dalam masa sekian-sekian tahun dia

    menyampaikan pengajaran untuk melahirkan generasi Islam yang faham Islam

    dan mengamalkan Islam. Yang boleh membaca Al-Quran dengan baik dan

    menghayati kandungan dan ajarannya. Jika ini berlaku, maka sejahteralah guru

    itu dunia dan akhirat. Hidupnya pasti bahagia dunia dan akhirat. Tidak terasa

    tertekan, tidak terasa lemah, tidak pernah merasa tidak cukup wang. Ia sentiasa

    kaya daripada orang lain, walaupun gajinya lebih kecil daripada orang lain. Yang

    dia rasa ialah perjuangannya belum cukup. Inilah dia Muallim, Murabbi,

    Muaddib dan Daie.

    Pendidikan kepada anak-anak Islam perlu merangkumi aspek-aspek

    berikut:

    23

  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    24/26

    1. Pendidikan akal dan persiapan fikiran. Allah menyuruh manusia

    merenungi kejadian langit dan bumi agar manusia berimankepadaNya.

    2. Mengembangkan potensi dan bakat semula jadi kanak-kanak. Islam

    adalah agama fitrah. Ajarannya tidak terasing daripada tabiat

    semulajadi manusia, bahkan ia sesuai dengan fitrah kejadian manusia;

    tidak ada kerumitan atau perkara luar biasa.

    3. Memberi kekuatan dan potensi generasi muda dan mendidik mereka

    sebaik-baiknya, sama ada lelaki ataupun perempuan.

    4. Berusaha untuk menyeimbangkan segala potensi dan bakat manusia.

    PENUTUP

    Sekolah atau persekolahan merupakan sebuah institusi yang diwujudkan

    dengan tujuan melahirkan individu-individu berguna, berwibawa serta dapat

    mencapai apa yang dikehendaki. Dalam konteks pendidikan Islam, berguna yang

    dimaksudkan bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada masyarakat,

    bangsa, agama mahupun negara. Berwibawa pula membawa pengertian

    seeorang itu mampu memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan, sama

    ada tanggungjawab itu diberikan oleh orang lain mahupun diperintahkan oleh

    Allah S.W.T. Dengan adanya ciri-ciri tersebut, Insya-Allah anak-anak Islam akan

    menjadi seorang yang berkebolehan dari semua segi.

    Justeru itu, untuk melahirkan insan yang soleh dan seimbang dari segi

    intelek, rohani, jasmani dan emosi, individu-individu khususnya anak-anak Islam

    perlu diajar dengan kurikulum yang sesuai dan dapat memenuhi tuntutan agama

    kita agar mereka ini akan lahir sebagai seorang insan mukmin yang dapat

    memikul tanggungjawab untuk memajukan diri, keluarga masyarakat, negara

    24

  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    25/26

    dan paling penting untuk agama. Oleh demikian, adalah diharapkan agar orang

    muslim, khususnya murid-murid mengambil peluang yang ada untuk mempelajariilmu yang disampaikan kerana ilmu itu adalah sunnah dan ajaran Rasulullah,

    sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Apa yang dibawa oleh rasul

    hendaklah kamu mengikutinya, sedang yang dilarang, hendaklah kamu

    menjauhinya. (al-Hasyr:7)

    Adalah diharapkan dengan adanya kandungan kurikulum pendidikan yang

    baik, matlamat untuk melahirkan insan mukmin yang soleh akan terlaksana.

    BIBLIOGRAFI

    Al-Quran Al-Karim.

    25

  • 8/3/2019 Matlamat Pendidikan Islam

    26/26

    Al-Jamali, M.F (1972), Nahw Tauhid al-Fikral Tarbawi fi al-Alam al Islami,

    Tunisia

    DRS. Sidi Gazalba (1978), Ilmu Islam I, Perbahasan ilmu dan Filsafat

    Tentang Din Islam. Kuala Lumpur: Perusahaan Offset Bumikita Sdn. Bhd.

    Hasan Langgulung (1986), Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan.

    Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan

    Malaysia.

    Ibnu Khaldun (1968),Al-Muqaddimah. Kaherah: Lujnah al-Bayan al-Arabi.

    Jurnal Pelita Bahasa (Disember 1994). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Jurnal Pelita Bahasa (Ogos 1998). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Tafsir, Ahmad. 2002. Metodologi Pengajaran Agama Islam. Bandung: PT

    Remaja Rosdakarya.

    A. L. Tibawi, Islamic Education: Its Tradition and Modernization into the Arab

    National Systems.(London: Luzea & Co., 1972), ms, 207

    Ahmad Syalaby, 1984. Islam dalam Timbangan. Alih bahasa oleh Abu Laela &

    Mohammad Tohir. PT. Al-Maarif. Jakarta.

    Dr. Haron Din, 2000. Manusia dan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Selangor Darul Ehsan.

    Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin, 2005. Pengantar Ilmu Hadis. Pustaka Salam

    Sdn, Bhd. Kuala Lumpur

    Dr. Yusuf Al-Qardhawy, 1998, As-Sunnah Sebagai Sumber Iptek dan

    Peradaban. Penerjemah : Setiawan Budi Utomo, LC., MBA., MSC.;_cet.

    1_. Jakarta: Pustaka al-Kautsar

    Harun Arrasyid Hj. Tuskan, 2005. Himpunan Hadis Pilihan. Progressive

    Publising House SDN. BHD. Kuala Lumpur.

    http://kulanzsalleh.com/tag/tauhid-al-fikrhttp://kulanzsalleh.com/tag/dewan-bahasa-dan-pustakahttp://kulanzsalleh.com/tag/tauhid-al-fikrhttp://kulanzsalleh.com/tag/dewan-bahasa-dan-pustaka