25
33 I. Pengenalan "Sungguhpun sejarahnya baru bermula semenjak tiga dekad yang lalu, perbankan dan kewangan Islam telah mengalami pertumbuhan dan transformasi yang pesat. Daripada sebuah industri yang berusaha untuk memenuhi kewajipan agama untuk masyarakat Islam, ia kini merupakan satu industri bernilai berbilion dolar yang didorong oleh keperluan perniagaan yang dirancang rapi dan untuk mendapatkan keuntungan optimum, di samping menegakkan prinsip-prinsip Islam. Malah, kemajuan ini dicapai dalam suasana kewangan dan ekonomi global yang mencabar. Pembangunan kewangan Islam seterusnya harus dibekalkan dengan keperluan asas yang sesuai demi menjamin evolusi satu sistem perantaraan yang berdaya maju, mapan dan berdaya tahan. Yang paling penting ialah masa yang tepat untuk membangunkan industri kewangan Islam yang komprehensif dan kukuh, yang dapat menjana kestabilan kewangan dan pertumbuhan melalui keteguhan rangka kerja pengawalseliaan, dinamisme antara pasaran yang berhubung kait, kekukuhan infrastruktur kewangan, kecanggihan produk dan perkhidmatan serta sambutan terhadapnya." Persidangan Kewangan Islam Tahunan Ke-3 13 Januari 2004, London "Menjamin Kestabilan Dalam Sistem Kewangan Islam" Ucapan oleh Tan Sri Dato' Sri Dr.Zeti Akhtar Aziz Gabenor, Bank Negara Malaysia Dalam pembangunan sistem kewangan Islam, tumpuan utama adalah untuk menjamin kestabilan kewangan. Beberapa inisiatif telah diambil untuk mewujudkan kestabilan kewangan dalam sistem kewangan Islam dan seterusnya mengukuhkan tiang asasnya. Ucapan saya pada pagi ini akan tertumpu kepada inisiatif tersebut. Izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini berkongsi dengan hadirin sekalian mengenai pengalaman Malaysia dalam usaha ini. II. Trend semasa dalam landskap kewangan antarabangsa Landskap kewangan antarabangsa sentiasa dibentuk semula dan berubah mengikut arus perubahan yang bergerak pantas yang dibawa oleh globalisasi, liberalisasi sektor kewangan dan kemajuan teknologi. Globalisasi dimanifestasikan menerusi perkembangan geografik dan penggabungan pertubuhan-pertubuhan kewangan di luar sempadan negara dan aliran sumber kewangan yang besar merentasi sempadan. Ini telah menambahkan jumlah sumber dana dalam sistem kewangan dan meningkatkan kepentingan sektor kewangan. Trend ini diperkukuhkan oleh kemajuan dalam teknologi yang mengubah dengan ketara cara

Buletin Suku Tahunan Persidangan Kewangan Islam Tahunan … filepengawalseliaan, dinamisme antara pasaran yang berhubung kait, kekukuhan infrastruktur kewangan, kecanggihan produk

Embed Size (px)

Citation preview

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

33

I. Pengenalan

"Sungguhpun sejarahnya barubermula semenjak tiga dekad yang lalu,perbankan dan kewangan Islam telahmengalami pertumbuhan dan transformasiyang pesat. Daripada sebuah industri yangberusaha untuk memenuhi kewajipan agamauntuk masyarakat Islam, ia kini merupakansatu industri bernilai berbilion dolar yangdidorong oleh keperluan perniagaan yangdirancang rapi dan untuk mendapatkankeuntungan optimum, di sampingmenegakkan prinsip-prinsip Islam. Malah,kemajuan ini dicapai dalam suasanakewangan dan ekonomi global yangmencabar. Pembangunan kewangan Islamseterusnya harus dibekalkan dengankeperluan asas yang sesuai demi menjaminevolusi satu sistem perantaraan yangberdaya maju, mapan dan berdaya tahan.Yang paling penting ialah masa yang tepatuntuk membangunkan industri kewanganIslam yang komprehensif dan kukuh, yangdapat menjana kestabilan kewangan danpertumbuhan melalui keteguhan rangka kerjapengawalseliaan, dinamisme antara pasaranyang berhubung kait, kekukuhan infrastrukturkewangan, kecanggihan produk danperkhidmatan serta sambutan terhadapnya."

Persidangan Kewangan Islam Tahunan Ke-3

13 Januari 2004, London

"Menjamin Kestabilan Dalam Sistem Kewangan Islam"

Ucapan oleh

Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz

Gabenor, Bank Negara Malaysia

Dalam pembangunan sistemkewangan Islam, tumpuan utama adalah untukmenjamin kestabilan kewangan. Beberapainisiatif telah diambil untuk mewujudkankestabilan kewangan dalam sistem kewanganIslam dan seterusnya mengukuhkan tiangasasnya. Ucapan saya pada pagi ini akantertumpu kepada inisiatif tersebut. Izinkansaya untuk mengambil kesempatan iniberkongsi dengan hadirin sekalian mengenaipengalaman Malaysia dalam usaha ini.

II. Trend semasa dalam landskapkewangan antarabangsa

Landskap kewangan antarabangsasentiasa dibentuk semula dan berubahmengikut arus perubahan yang bergerakpantas yang dibawa oleh globalisasi,liberalisasi sektor kewangan dan kemajuanteknologi. Globalisasi dimanifestasikanmenerusi perkembangan geografik danpenggabungan pertubuhan-pertubuhankewangan di luar sempadan negara dan aliransumber kewangan yang besar merentasisempadan. Ini telah menambahkan jumlahsumber dana dalam sistem kewangan danmeningkatkan kepentingan sektor kewangan.Trend ini diperkukuhkan oleh kemajuan dalamteknologi yang mengubah dengan ketara cara

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

34

kita mengendalikan urusan perniagaan sertastruktur dan aktiviti pasaran dalam ekonominegara dan global. Ini telah menghasilkan satusuasana yang membolehkan perniagaan,pasaran dan ekonomi menjadi lebih bersepadudan saling bergantung di peringkatantarabangsa.

Liberalisasi kewangan dan deregulasiindustri perkhidmatan kewangan telahmeningkatkan suasana bersaing danpertumbuhan produk kewangan sertaperkhidmatan baru dengan berlipat ganda.Operasi perniagaan konglomerat kewanganglobal pada masa kini juga merentasi pelbagainegara lain. Selaras dengan perkembanganini, pengawalselia mengkaji semula peraturanberhemat yang sedia ada dan menggunapakai rangka kerja penyeliaan yang disatukanuntuk mengelakkan jurang dalampengawalseliaan yang boleh menjadi puncakebimbangan sistemik.

Deregulasi sektor kewangan bukansahaja mengembangkan peluang pasaran,malah membuka ruang berlakunyaketidakstabilan dalam pasaran kewangan.Suasana pasaran kewangan yang semakintidak pasti dan ketaktentuan yang kianmeningkat memerlukan lebih banyak perhatianuntuk meningkatkan keupayaan pengurusanrisiko yang lebih kukuh. Pelaburan yang lebihbesar telah dibuat bagi memperkemaskanteknik kuantifikasi risiko dalam usahameningkatkan rangka kerja pengurusan risikosecara menyeluruh. Pengurusan risiko dalamperaturan antarabangsa yang baru juga diberipenekanan yang mendalam seperti yangterkandung dalam rangka kerja modal Basel II.Tidak kurang pentingnya adalah kerja

pengumpulan data dan maklumat kewanganyang relevan, yang telah membawa kepadapelaburan besar untuk meningkatkan cariandata dan keupayaan teknologi maklumat.

Ketika pasaran kewangan globalmenjadi bertambah canggih, kedudukanpasaran yang tidak stabil dan kegagalaninstitusi kewangan yang besar telahmewujudkan lebih banyak keperluanpengawalseliaan yang ketat dan meningkatkantahap ketelusan. Mesejnya ialah kejujuran danketelusan adalah sangat penting bagi institusikewangan untuk mendapatkan keyakinandaripada orang awam dan para pelabur.Sebagai tindakan susulan kepada beberapakegagalan syarikat korporat yang penting,kajian semula dijalankan terhadap standarddan amalan perakaunan antarabangsa untukmengatasi kekurangan dalam standard yangsedia ada. Di beberapa negara, jawatankuasapengawasan bebas atau badan awamditubuhkan untuk menerbitkan piawaian auditdan mengenakan peraturan baru dalamkawalan mutu pengauditan dan kebebasanjuruaudit. Oleh yang demikian, trend inimenjurus ke arah membaik pulih kesahihanlaporan kewangan dan meningkatkankeseluruhan tahap ketelusan.

Krisis kewangan Asia pada tahun 1997juga mendorong penelitian semula dasar danamalan-amalan. Ini mempercepatkanpengstrukturan dan penyusunan semulakewangan secara meluas bagimemperkukuhkan sistem kewangan domestik.Lima tahun selepas krisis tersebut, sistemkewangan di Asia Timur telah menjadi lebihkukuh dan menunjukkan daya ketahanan yanglebih tinggi.

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

35

III. Prasyarat ke arah sistem kewanganIslam yang stabil

Walaupun menghadapi persekitaranyang lebih mencabar, perkembangankewangan Islam sebagai satu pengantarakewangan yang berdaya maju terus bergerakke hadapan. Ini disebabkan peluang untukmemperkukuh asas kewangan Islam danmeletakkan prasyarat bagi membuka ruangpembangunan dan perlindungan kepadakestabilan sistem kewangan diambil ketikasistem kewangan masih berada di peringkatawal.

Tumpuan utama bukan sahaja diberikepada dimensi penyeliaan, pengawalseliaandan perundangan, malah kepadapembangunan infrastruktur kewangan danpasaran serta pembangunan keinstitusian.Pada dasarnya, bentuk pengawalseliaanberhemah dilengkapi oleh usaha-usahaserentak untuk membangunkan pasarankewangan Islam, institusi-institusi Islam daninstrumen kewangan. Bagi tujuan ini, izinkansaya memberi penekanan kepada fakta-faktapenting bagi mencapai objektif ini.

Pertama, rangka kerja pengawalseliaan danpenyeliaan efektif

Ciri penting sesebuah infrastrukturkewangan yang maju ialah wujudnya rangkakerja perundangan, pengawalseliaan danpenyeliaan yang efektif yang akan memacukestabilan sistem kewangan berkenaan.Pengawalseliaan dan penyeliaan berfungsisebagai satu komponen yang diperlukan danmustahak bagi infrastruktur kewangan. Bagisistem kewangan Islam, rangka kerja ini jugaperlu sejajar dengan keperluan prinsip Syariah,

termasuk mengadakan Majlis Syariah yangakan menjamin hala tuju strategik,pembentukan dasar dan pengendaliantransaksi kewangan yang mematuhi prinsipSyariah. Ini perlu disokong oleh sistemmahkamah yang efisien yang dapatmengendali kesemua kes perbankan dankewangan Islam dengan berkesan. Denganitu, keputusan-keputusan mahkamah dalampelbagai isu kewangan boleh dikuatkuasakanseperti kontrak, kebankrapan, cagaran danpemulihan pinjaman yang kesemuanyapenting dalam operasi perniagaan. Rangkakerja perundangan juga perlu menangani isupenyeliaan termasuk agensi pengawalseliaanyang terbabit dalam penyeliaan institusikewangan Islam yang merangkumi pelesenandan tatacara perniagaan perbankan Islam.Agensi-agensi yang berkenaan perlumempunyai tanggungjawab serta objektif yangjelas demi memastikan keberkesananpengawalseliaan kewangan.

Walaupun sistem perbankankonvensional berlandaskan kepada prinsipasas Basel yang menerangkan keperluanminimum bagi rejim pengawalseliaan, prinsip-prinsip ini perlu dikaji semula daripadaperspektif perbankan Islam dengan mengambilkira ciri dan risiko yang terlibat dalamperbankan Islam, baik produknya mahupunperkhidmatannya.

Isu utama adalah untuk menerbitkankeperluan kecukupan modal minimum yangberhemah dan sesuai untuk bank-bank Islam.Keperluan tersebut perlu mencerminkan risikoyang dihadapi oleh institusi perbankanberkenaan. Rangka kerja yang digubal perlumengambil kira konsep asas Islam. Sebagai

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

36

contoh, prinsip Mudharabah mewujudkan satukumpulan pendeposit yang juga bolehditafsirkan sebagai separa pemegang saham.Risiko berwajaran yang ditetapkan ke ataskomponen aset individu juga perlumenggambarkan ciri risiko yang terlibat. Iatidaklah semudah hubungan antara pemberihutang dengan pemiutang seperti dalamperbankan konvensional, malah ia perlu jugamengambil kira risiko lain yang timbul daripadahubungan antara pelabur dengan usahawanyang wujud dalam perbankan Islam.

Oleh yang demikian, operasiperbankan Islam perlu ditadbir berdasarkanstandard serta amalan terbaiknya yangtersendiri sejajar dengan amalan terbaik diperingkat antarabangsa. Bagi mencapaiobjektif ini, Lembaga Perkhidmatan KewanganIslam (IFSB) ditubuhkan pada tahun 2002sebagai badan penerbitan standard berhematantarabangsa bagi menggubal standardpengawalseliaan dan penyeliaan antarabangsauntuk institusi kewangan Islam. Sehubunganini, IFSB telah mencatat kemajuan dalampembentukan standard berhemat bagi rangkakerja kecukupan modal dan pengurusan risiko.Kedua-dua standard ini dijangka siapmenjelang tahun 2005. Di samping itu, IFSBakan mula merangka kerja mewujudkanstandard urus tadbir korporat.

Pada masa ini, terdapat beberapabuah negara mengguna pakai standardPerjanjian Basle dalam rangka kerjapengawalseliaan dan penyeliaan bagi industriperbankan Islam. Walau bagaimanapun,standard tersebut tidak merangkumisecukupnya keperluan operasi dan transaksiperbankan Islam, dan keadaan ini

menghasilkan jurang dalam standard. Olehitu, jurang yang dinyatakan akan diambil kiradalam menetapkan peraturan modal dan risikoyang berkaitan dengan kontrak kewanganIslam yang berlainan supaya ia benar-benarmencerminkan ciri dan sifat masing-masing.

Walaupun pada dasarnya terdapatproduk dalam kewangan Islam yang tidakperlu menyediakan modal, institusi kewanganIslam perlu mewujudkan sistem pengurusanrisiko yang lebih ketat dalam pengurusan danayang diletakkan di bawah struktur ini. Justeru,standard pengurusan risiko perlu memberipenekanan khusus terhadap keperluan ini.Institusi kewangan Islam akan dapat dikawalselia dan diseliakan dengan mengikut standardyang akan diterbitkan oleh IFSB. Selain itu,IFSB akan memainkan peranan penting untukmemudahkan usaha mengemas kini standardyang merangkumi isu-isu penyeliaansempadan-silang termasuk isu home-hostsupervisor.

Semenjak penubuhannya lebih setahunyang lalu, IFSB telah menarik banyakpenyertaan. Sehingga ke hari ini, terdapat 13ahli penuh, 3 ahli bersekutu dan 20 pemerhatidalam IFSB. Perkembangan yangmenggalakkan ini memperlihatkankecenderungan terhadap pembangunanperbankan dan kewangan Islam yang teraturdan utuh. Penyertaan luas yang turutmerangkumi beberapa agensi antarabangsadan agensi pelbagai hala serantau akanmembantu proses perundingan danpenerimaan pakai standard ini. Perananpenting lain yang akan dimainkan oleh IFSBadalah dalam pengharmonian pemahamanSyariah yang berbeza ke arah amalan yang

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

37

diterima secara universal. Perkembanganpositif ini dijangka menghasilkan rangka kerjapengawalseliaan dan penyeliaan yang teguhinstitusi-institusi kewangan Islam untukmenggalakkan kestabilan kewangan dalamsistem tersebut.

Kedua, kewujudan urus tadbir korporat yangkukuh

Adalah dikenal pasti bahawa urustadbir korporat yang baik memperkukuhpengawalseliaan dan penyeliaan yang utuh.Ia menyumbang ke arah mengekalkankeyakinan pasaran dan memperkukuhketelusan dan kebertanggungjawaban.Penekanannya adalah berorientasikan nilaidan memupukkan kesaksamaan dankeadilan kepada semua pihak yangberkepentingan terhadap institusi perbankan.Untuk melihat urus tadbir korporat ini berhasil,amalan korporat yang baik perlu ditanam dandisemai dalam segala aspek operasi danlapisan dalam organisasi tersebut.

Hakikatnya, Islam menyokong penuhkesemua bentuk urus tadbir yang positif.Nilai-nilai dan peri laku beretika telahpundisemai dan diwarisi dalam komuniti itu. Urustadbir korporat Islam dilaksanakan melaluiprinsip dasarnya iaitu kesejahteraan ekonomiumatnya, persaudaraan sejagat, keadilan,sifat bertanggungjawab dan pembahagianpendapatan secara saksama. Oleh yangdemikian, walaupun nilai-nilai murni Islamsentiasa menyokong urus tadbir korporatyang baik, cabaran yang perlu kita dihadapiadalah dalam bentuk aplikasinya. Bagiinstitusi-institusi perbankan Islam, urus tadbirkorporat yang baik seharusnya disemaidalam setiap aspek operasinya.

Isu yang berkait rapat dengan urustadbir korporat ialah peranan disiplin pasaran.Kunci kepada keberkesanan pengurusan urustadbir korporat ialah penyerahan kuasa kepadapemegang saham. Dalam hal ini, pemegangsaham mempunyai insentif dan kaedah untukbertindak mendisiplinkan pihak pengurusanmengikut syarat-syarat yang disediakan.Pasaran bagi kawalan korporat adalah carapenting yang boleh dipraktikkan olehpemegang saham demi mendisiplinkanpengurusan tentang peruntukan modalsebagaimana yang diamalkan olehpengurusan yang bijak.

Ketiga, ketelusan yang lebih tinggi danpenzahiran maklumat

Ketelusan dan penzahiran adalahperkara mustahak terutamanya dalampersekitaran yang berubah dengan pesat.Sementara ketersediaan maklumat kewanganyang lengkap dan tepat pada masanya akanmeningkatkan disiplin pasaran, penzahiranmaklumat perlu dilengkapi dengan kebolehanpeserta pasaran menganalisis danmentafsirkan maklumat tersebut dengan tepat.

Perkara yang berkait rapat dengan isu iniadalah keperluan untuk memperkukuh rangkakerja perlindungan pengguna sebagai kaedahpembetulan disebabkan oleh kurangnyaketelusan. Lebih relevan lagi adalah perananyang pelbagai yang dimainkan oleh institusi-institusi kewangan Islam apabila berurusandengan pelanggan perbankan Islam keranaurus niaga kewangan Islam bukan hanyaberdasarkan hubungan antara peminjamdengan pemberi pinjaman seperti dalamperbankan konvensional. Langkah ke arahmengguna pakai pendekatan pasaran yang

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

38

diselia memerlukan usaha yang berterusanuntuk mempertingkatkan penzahiran produkdan meningkatkan tahap pengetahuankewangan para pengguna.

Untuk mempertingkatkan ketelusanpengendalian institusi perbankan, standardperakaunan yang sesuai adalah perlu bagimencerminkan nilai operasi perbankan yangbenar dan saksama yang akan menjurus kearah kebertanggungjawaban di pihak institusiperbankan. Laporan kewangan yang tepatmemerlukan badan akauntan kewangan yangberilmu pengetahuan luas dalam prinsip-prinsip Syariah bagi memastikan akaun yangdibuat bukan sahaja mematuhi standardperakaunan antarabangsa tetapi juga selarasdengan prinsip Islam. Ini adalah untukmembolehkan para pelabur dan penyeliamemperoleh penilaian yang benar dansaksama mengenai kedudukan kewanganinstitusi Islam dan keuntungan perniagaan.Ketelusan dan penzahiran adalah lebih pentingdalam perbankan Islam kerana konsepmudharabah (perkongsian untung)melambangkan hubungan usahawan-pelaburdan merupakan elemen penting dalam sumberdana.

Penubuhan Lembaga PiawaianPerakaunan dan Pengauditan Institusi-institusiKewangan Islam (AAOIFI) telah memberikansumbangan yang ketara dalam pembentukandan penerbitan piawaian perakaunan danpengauditan untuk institusi-institusi kewanganIslam. Piawaian yang diterbitkan oleh AAOIFImenyumbang ke arah peningkatan kualitipenyata kewangan dan kaedah pelaporaninstitusi kewangan Islam. AAOIFI jugamenerbitkan piawaian mengenai peranan

jawatankuasa Syariah dan juga kod etikayang akan mengawal selia para akauntan danjuruaudit institusi-institusi kewangan Islam.Usaha AAOIFI juga mempercepatkan tahapketelusan dan urus tadbir korporat insititusi-institusi kewangan Islam.

Keempat, rangka kerja pengurusan risikoPenekanan untuk memperbaiki urus

tadbir korporat adalah seiring dengankeperluan membaiki standard pengurusanrisiko. Amalan pengurusan risiko yang bijakakan meminimumkan kesan buruk yangdihadapi oleh institusi kewangan dalamtempoh yang tidak menentu. Kawalandalaman yang mantap dalam penyediaanstandard kualitatif juga perlu untukmelengkapkan analisis risiko kuantitatif bagitujuan sekatan dan imbangan dalam amalanpengurusan risiko secara keseluruhan.

Sistem pengurusan risiko yangberkesan adalah asas kepada usaha-usahapengawalseliaan. Sistem pengurusan risikodalam institusi kewangan Islam mestilahberupaya menangani ciri dan elemen unikberkaitan operasi pembiayaan Islam yangmelibatkan kontrak dan instrumen kewangan,yang boleh membawa kepada risiko-risikolain di samping risiko kredit. Infrastrukturpengurusan risiko perlu diwujudkan bagimemudahkan pengenalpastian, pengawasandan pengawalan terhadap risiko bawaan yangwujud dalam pelbagai jenis pembiayaansupaya risiko tertentu dapat dirungkaikan.Oleh itu, kerumitan risiko-risiko berkenaandalam instrumen kewangan Islam perluditeroka dan dikuantifikasi bagi penilaian danpengurusan yang berkesan.

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

39

Di bidang perbankan Islam, keperluanmengurus risiko menjadi lebih penting keranaciri unik dalam kontraknya. Pelaksanaan BaselII, sedikit sebanyak telah memasukkan aspek-aspek pengenalpastian risiko, terutamanyapengurusan risiko kredit, pasaran dan operasiyang boleh diterima pakai oleh bank-bankIslam dari segi penawaran produk masing-masing. Walau bagaimanapun, penelitianlanjut perlu dilakukan oleh pakar-pakarkewangan Islam, khususnya dalam penilaiandefinisi modal yang bersesuaian,sebagaimana digariskan oleh JawatankuasaBasel. Salah satu pertimbangan yang perluditangani dalam penilaian risiko berkaitanbank-bank Islam adalah berhubung caj modalke atas akaun pelaburan. Basel II tidakmengambil kira ciri unik ini dalam rangkakerjanya. Aset yang dibiayai oleh dana dalamakaun pelaburan mungkin tidak memerlukancaj modal bagi tujuan pengukuran kecukupanmodal kecuali dalam kes salah laku dankecuaian. Di samping itu, sekiranya institusiperbankan Islam perlu terlibat dengan lebihlanjut dalam pengaturan perkongsian untungdalam kunci kira-kira masing-masing, bank-bank Islam perlu mempunyai penilaianpengurusan risiko dan mekanismepengawasan yang mantap. Ini adalah satubidang yang sedang diberi perhatian olehLembaga Perkhidmatan Kewangan Islamdalam pendrafan standard rangka kerjapengurusan risiko secara keseluruhan bagikomuniti kewangan Islam dengan mengambilkira keperluan unik institusi perbankan Islam.

Sementara pengurangan risikoditekankan dalam kewangan Islam, usahamembaik pulih rangka kerja pengurusan risikoyang sedia ada perlu dipertingkatkan. Dalam

usaha mencari produk pengurangan risikoyang bersesuaian, produk lindung nilai baruyang terhad di pasaran perlu dibangunkan.Selaras dengan prinsip-prinsip asas Islam,pendekatan ijtihad dibenarkan oleh Syariahberdasarkan analisis kontemporari daninferens lojik. Pembangunan produk lindungnilai baru sememangnya sesuatu yang perludiimpikan oleh komuniti kewangan Islam.Dalam perbankan konvensional, instrumen-instrumen ini diguna untuk mengurangkanrisiko. Komuniti kewangan Islam akan turutmembangunkan produk berkenaan bagi tujuanyang sama dalam masa yang terdekat.

Kelima, rangka kerja Syariah yang berkesandan dinamik

Syariah merupakan salah satu isuutama dalam pembentukan industri kewanganIslam yang dinamik. Syariah sewajarnya dilihatsebagai pemangkin kepada inovasi dankreativiti dan bukan sebagai satu kekangan.Sehubungan itu, usaha-usaha perludipertingkatkan bagi menghargai sepenuhnyadan memaksimumkan potensi dan hikmahsebenar Syariah. Usaha-usaha perludipergiatkan bagi memupuk kerjasama yanglebih erat di kalangan para ilmuan Syariah,pengamal, penyelidik dan pengawal selia untukmenjalankan kajian dan penyelidikan terperincidalam penghasilan produk. Usaha ini akanmenyediakan asas kukuh ke arahpembangunan sistem kewangan Islam yangdinamik.

Keenam, pembangunan infrastrukturperundangan yang lengkap

Prasyarat lain untuk mengekalkanpertumbuhan perbankan Islam dan kewanganyang berterusan ialah infrastruktur

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

40

perundangan yang lengkap untukmengendalikan sebarang permasalahanperundangan yang timbul daripada urus niagakewangan Islam. Infrastruktur perundanganperlu mengandungi pengawalan yangberkesan dan perundangan yang substantifserta pengadilan yang sesuai bagimengendalikan hal-hal perundanganbersangkutan dengan urus niaga kewanganIslam. Untuk menangani isu ini, usaha-usahake arah melahirkan sekumpulan peguam danhakim yang cekap, dilengkapi dengan ilmu dankepakaran dalam kedua-dua bidangperundangan Syariah dan sivil yang diperlukanuntuk menangani isu berkaitan.

Ketujuh, pembangunan pasaran kewanganIslam yang aktif

Di pusat-pusat kewangan yang lebihmaju, perkembangan pasaran kewangan yangsaling berkait telah menyumbang kepadakestabilan sistem kewangan. Ini adalah satubidang yang diberi keutamaan dalam industrikewangan Islam. Dalam hal ini,perkembangan sistem kewangan Islam yangkomprehensif termasuk pelbagai komponenpasaran kewangan mampu memenuhikeperluan pelbagai kumpulan yang berbeza.Oleh yang demikian, cabaran dalam industriperbankan Islam adalah untuk membawapembangunan sistem kewangan Islam ke arahyang lebih dinamik dan responsif.Pembangunan sistem kewangan Islam perlumemasukkan komponen utama yang terdiridaripada pasaran wang Islam serta pasaranmodal ekuiti dan hutang secara Islam,berikutan hubungkait yang kukuh dan salingmemerlukan antara satu sama lain sertasinergi antara komponen ini yang wujud dalamsistem tersebut. Yang penting adalah pasaran

wang Islam yang bertindak sebagai landasandalam penyediaan sumber pembiayaan danpelaburan jangka pendek yang sedia untukdigunakan. Instrumen kewangan danpelaburan antara bank membolehkan bankyang mempunyai lebihan menyalurkan danakepada bank yang mengalami defisit,seterusnya mengekalkan mekanismependanaan yang diperlukan bagi memupukkestabilan dalam sistem. Pasaran wang Islamturut memudahkan perlaksanaan dasarmonetari.

Sistem kewangan Islam juga perlumemasukkan pasaran modal untukmenyediakan satu sumber pembiayaanalternatif di samping memperkenalkaninstrumen kewangan Islam yang lebih luas danpelbagai kepada para pelabur. Pasaran ekuitidan bon akan menyediakan satu peruntukansumber kewangan dan ekonomi yang lebihseimbang. Ini akan menghasilkan satupengagihan risiko yang lebih efisien dalamsistem, dan seterusnya mencapai kestabilandalam sistem. Dengan adanya spektruminstrumen yang lebih luas dalam pasaran,pengurus dana akan berupaya menguruskanportfolio mereka dengan lebih baik danmenyebarkan risiko masing-masingberdasarkan toleransi risiko yang diingini danseterusnya menyumbang ke arah kestabilanyang lebih kukuh.

Pasaran kewangan ini dilengkapi olehpembang/DeviceRGB dup setcobank. Takaful atau insurans secara Islammenyediakan perlindungan risiko kepadapemegang polisi mereka dan bertindaksebagai penggerak dana jangka panjang yangpenting. Di samping itu, institusi kewangan

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

41

pembangunan, institusi tabungan dan institusikredit perumahan perlu dibangunkan untukmemenuhi permintaan pelanggan yangpelbagai. Institusi khusus seumpama ini akanmemenuhi keperluan ekonomi yang berbeza.

IV. Pengalaman Malaysia dalampembangunan dan pengurusan kewanganIslam

Strategi yang diambil oleh Malaysiaadalah untuk membangunkan satu sistemkewangan Islam yang komprehensif. Malaysiabermula dengan penubuhan sebuah bankIslam untuk menerajui pengenalan produkperbankan dan perkhidmatan Islam, dan padamasa yang sama mengenal pasti segmenkewangan berkaitan yang diperlukan bagimenyokong perkembangan aktiviti perbankanIslam. Sistem kewangan Islam di Malaysiaberoperasi selari dengan sistem konvensional.

Penubuhan takaful atau insuranssecara Islam telah menyusuli penubuhanperbankan Islam bagi menyediakanperlindungan gadai janji pembiayaanperumahan secara Islam. Setelah kedua-duasegmen ini berkembang, Malaysia telahmemperluas pendekatan pelaksanaannyadengan membenarkan institusi perbankankonvensional untuk menawarkan produk danperkhidmatan perbankan Islam berasaskan"kaunter". Bagi memelihara integriti sistemtersebut, pemisah antara dana perbankankonvensional dengan Islam diwujudkan.Operasi perbankan Islam bagi institusiberkenaan mesti diasingkan daripada operasiperbankan konvensional, sama ada secaraelekronik atau melalui kaedah tertentu yang

lain. Langkah ini boleh mewujudkan lebihramai peserta pasaran dalam sistemkewangan Islam dan menyediakan landasanbagi penubuhan satu pasaran wang secaraIslam yang berdaya maju. Pasaran wangsecara Islam bertindak sebagai satu platformbagi institusi kewangan Islam menguruskanpengubahsuaian portfolio pelaburan jangkapendek mereka. Menyedari betapa pentingnyapasaran modal, Malaysia memulakanpembangunan pasaran sekuriti kewanganswasta secara Islam sejak awal tahun 90-an.

Pada hari ini, sistem kewangan Islammuncul sebagai satu komponen penting dalamkeseluruhan sistem kewangan Malaysia yangmenyumbang kepada pertumbuhan danpembangunan ekonomi negara.

Malaysia telah menerima pakaipembaharuan perundangan, pengawalankendiri dan langkah-langkah untukmenggalakkan pengawalan berasaskanpasaran. Langkah-langkah baru diperkenalkanuntuk membaiki tahap urus tadbir di kalanganinstitusi perbankan. Langkah-langkah initermasuk mengkaji semulakebertanggungjawaban Lembaga Pengarahdan Pengurusan di samping keperluanmenubuhkan beberapa jawatankuasaLembaga Pengarah. Dalam kes Malaysia,Mahkamah Tinggi Malaysia melantik hakim-hakim mahkamah tinggi yang tertentu untukmendengar kes-kes pendakwaan yangmelibatkan perbankan dan kewangan Islam.Bagi menjalankan satu penilaian semulaundang-undang yang holistik, Bank NegaraMalaysia menubuhkan satu JawatankuasaPenilaian Semula Undang-Undang untukmengkaji semula perundangan tempatan yang

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

42

berasaskan common law bagimenggabungkan prinsip-prinsip Syariahdengan tujuan menghapuskan sebaranghalangan dan memastikan fungsi dankeberkesanan sistem perbankan dankewangan Islam. Akta Bank Negara Malaysiajuga telah dipinda untuk membolehkanpenubuhan sebuah Majlis Penasihat Syariah diBank Negara Malaysia sebagai satu badanberautoriti dan rujukan tunggal ke atas semuaperkara Syariah mengenai perbankan dankewangan Islam.

Kejayaan mengintegrasikankomponen-komponen asas ini menjadi satusistem kewangan Islam yang komprehensiftelah menyumbang ke arah satu prosesperantaraan kewangan tempatan secara Islamyang lebih aktif. Pada hari ini, perbankan Islamtelah mengumpul aset berjumlah RM76 bilionatau 10 peratus daripada saiz pasaran.Dianggarkan sebanyak 70 peratus daripadaaset perbankan Islam dijana oleh bank-bankkonvensional secara kaunter Islam. Dalamsektor takaful pula, empat buah pengendalitakaful mencatat aset sebanyak RM4 bilion.Perkembangan yang ketara dicapai dalambidang pasaran wang dan modal secara Islamyang berjumlah RM340 bilion diurusniagakandalam pasaran wang secara Islam, sementarajumlah belum bayar sekuriti swasta secaraIslam mencatat sebanyak RM75 bilion atau 44peratus daripada jumlah keseluruhan sekuritiswasta belum bayar. Dalam pasaran saham,lebih daripada 80 peratus kaunter di BursaSaham Kuala Lumpur adalah kaunter yangdiluluskan Syariah. Pada tahun ini, sektorperbankan Islam akan diliberalisasi denganmenambah sehingga tiga buah institusiperbankan Islam asing kerana sistem tersebut

menjadi lebih berintegrasi dengan sistemkewangan global.

V. Menyediakan Bank Pusat untukmenghadapi cabaran masa hadapan

Komen saya terhadap prasyaratkepada sistem kewangan yang stabil dankomprehensif tidak akan lengkap tanpamenyentuh sedikit tentang peranan bankpusat. Untuk kekal berada di barisan depanmenempuh cabaran-cabaran baru danmelaksanakan tanggungjawab kita denganefektif, usaha-usaha bank pusat juga perluditumpukan ke arah meningkatkan kapasiti dankeupayaan bank pusat.

Bank pusat yang beroperasi dalamekonomi pasaran yang baru munculmempunyai mandat yang lebih luasberbanding ekonomi yang lebih maju danmatang. Peranan kita yang utama adalahmencorakkan perkembangan sistemkewangan, pembangunan keinstitusian danpengurusan ekonomi secara keseluruhan. Inimelangkaui objektif untuk mencapai kestabilanmonetari dan kewangan dan memastikansistem pembayaran berfungsi dengan utuhdan efisien. Bank pusat juga mempunyaiperanan penting untuk membangunkaninfrastruktur kewangan, mengembangkanpasaran kewangan, rangka kerja perundangandan menggerakkan pembangunan institusi. DiMalaysia, wawasan kami terhadappembangunan sektor kewangan bagi jangkamasa sepuluh tahun yang akan datangdigariskan dalam Pelan Induk SektorKewangan. Pelan ini merangkumi hala tujustrategik dan strategi untuk membangunkansektor kewangan Islam.

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

43

Akhir sekali, kerjasama rapat antarapengawal selia amat perlu bagi memastikansistem kewangan Islam tidak terdedah kepadabahaya dan penyalahgunaan. Dalam hal ini,perkongsian maklumat antara pengawal seliatermasuk pengawal selia di luar negara amatpenting terutama dalam persekitaran yang lebihglobal dan liberal kerana urus niaga dan aktivitikewangan menjadi lebih kompleks dan global.Sehubungan ini, pengawal selia perlu sentiasabertukar-tukar pandangan dan berkongsimaklumat mengenai isu-isu penting danperkembangan yang dialami dalam pusatkewangan masing-masing.

Satu lagi aspek penting ialah berhubungdengan pembangunan pasaran kewanganIslam antarabangsa. Walaupun pasaran iniseharusnya diterajui oleh peserta pasaran, satuperanan penting yang diharapkan daripadapengawal selia dan bank-bank pusat adalahuntuk menyokong perkembangan pasarantersebut. Dalam hal ini, sokongan padu yangditunjukkan oleh pengawal selia dan bank pusatuntuk menjadikan pelancaran dan penerbitaninstrumen Sukuk berdaulat satu kejayaan cukupmenggambarkan satu kemajuan penting telahtercapai. Inisiatif-inisiatif ini akan membawakepada satu usaha yang lebih tersusun bagimengecapi pembangunan dan kestabilanpasaran.

VI. Kesimpulan

Hasrat kita untuk membangunkansistem kewangan Islam yang dinamik adalahuntuk mencapai objektif utama kewanganIslam yang boleh menyumbang kepadaperkembangan ekonomi kita secarakeseluruhan. Ini boleh dicapai melalui prosesperantaraan bagi memudahkan perdagangan,perniagaan dan pelaburan. Dengan itu, iaakan membantu penggabungan sistemkewangan Islam sebagai komponen yangberdaya maju dalam sistem kewangan global.

Hanya dengan kemampuan industrikewangan Islam untuk membina kapasitikeinstitusian, memperhebatkan usahakerjasama untuk mengukuhkan keberkesananinfrastruktur kewangan Islam, danmempercepatkan proses integrasi global yangakan dapat mewujudkan sinergi dan peluangbagi industri kewangan Islam untukberkembang menjadi komponen pentingdalam sistem kewangan antarabangsa yangboleh menyumbang kepada kestabilankewangan global dan meningkatkan prospekuntuk mencapai perkembangan global yangseimbang.

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

51

Matlamat kita adalah untukmembangunkan sistem kewangan Islamsebagai satu proses pengantara yang akanmenyumbang kepada penciptaan kekayaan,kemajuan dan pembangunan yangmenyeluruh serta perkongsian kemakmuranyang lebih besar. Berikutan kepesatanglobalisasi dan liberalisasi, penerusankestabilan kewangan dan keyakinan menuntutsistem kewangan yang lebih mapan danberdaya tahan. Cabaran kita adalah untukmerencana strategi yang dapat membinasebuah industri perkhidmatan kewangan Islamyang dinamik dan mapan. Matlamat visi iniialah mewujudkan sebuah sistem kewanganIslam yang responsif bagi memenuhikeperluan ekonomi domestik dan menjadikomponen penting dalam sistem kewanganantarabangsa.

Pengalaman Malaysia dalampembangunan sistem kewangan digariskandalam Pelan Induk Sektor Kewangan 10 tahun.Pelan induk ini adalah rangka tindakan yangmenyediakan hala tuju strategik bagipembangunan sektor kewangan untuk jangkamasa panjang demi keperluan masa depan.Matlamat pelan induk ini adalah bagimemperjelas visi dan objektif dalam konteks

Sesi Interaksi Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam31 Mac 2004, Bali, Indonesia

"Prospek Masa DepanIndustri Perkhidmatan Kewangan Islam"

Ucapan olehTan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz

Gabenor, Bank Negara Malaysia

persekitaran yang lebih mencabar, dipacu olehperubahan pantas dunia yang kian bersepadudan berteraskan teknologi dan pengetahuan.

Malaysia mengguna pakai pendekatanyang komprehensif dalam pembangunansistem kewangan Islamnya. Bagi tujuan ini,penekanan diberi kepada pembangunaninfrastruktur kewangan yang komprehensifmencakupi pasaran kewangan Islam,instrumen kewangan Islam, undang-undangkontrak dan prosedur penguatkuasaanundang-undang, rangka kerja urus tadbirSyariah, amalan perakaunan dan piawaianpenilaian Islam, keperluan pendedahanbersesuaian dan sistem pembayaran danpelunasan yang efisien dan terjamin. Perhatianturut diberikan kepada pembangunan rangkakerja pengawalseliaan kehematan yang dapatmenyumbang kepada kestabilan industrikewangan Islam. Ucapan saya pada hari iniakan memberi tumpuan kepada tiga bidangutama yang perlu diberi perhatian bagimenjamin masa depan industri perkhidmatankewangan Islam yang gemilang. Bidang-bidang ini termasuk mempercepat inovasikewangan, memperkukuh keupayaanpengurusan risiko dan memanfaatkanteknologi maklumat.

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

52

Mempercepat inovasi kewangan

Dalam perjalanan kita ke arahmembangunkan kewangan Islam, inovasi akanmenjadi tunjang bagi menjamin kelebihanpersaingan dan seterusnya menjadi aspekpenting kepada masa depan kewangan Islam.Meskipun fokus awal diberi kepada pembinaankeinstitusian dan pembangunan infrastrukturkewangan, usaha mempelbagaikan produk danperkhidmatan perlu diberi perhatian yang lebihbesar bagi memenuhi kehendak pengguna yangsemakin canggih dan kehendak perniagaan kiniyang lebih kompleks di samping meningkatkankecekapan keseluruhan dalam penyediaanproduk dan perkhidmatan tersebut.

Terdapat beberapa faktor penting dalampenyediaan persekitaran yang dapatmenggalakkan inovasi. Pertama, tenaga kerjayang berkelayakan dan berkemahiran tinggidalam industri ini amat diperlukan. Latihanadalah kaedah utama yang dapatmenggalakkan inovasi sekaligus mengiktirafkepentingan pembangunan kakitangan. Prosesini perlu disokong dengan penyertaan danpenglibatan industri dalam pendidikan universitimenerusi pembangunan kursus, pengajarandan latihan amali. Di Malaysia, terdapat sebuahinstitut kajian dan latihan yang dimiliki olehindustri perbankan dan kewangan Islam yangdikenali sebagai Institut Perbankan danKewangan Islam Malaysia atau IBFIM. Iaditubuhkan bagi menerajui usaha sama denganuniversiti bagi menjalankan kajian dalambidang-bidang penting untuk kemajuanpembangunan industri kewangan Islam.

Bagi mempertingkatkan keupayaaninovasi dan menjamin daya saing institusi

kewangan Islam untuk tempoh jangka masapanjang, keutamaan juga harus diberikankepada pembangunan pemimpin strategikyang mampu menyesuaikan diri denganpersekitaran baru. Menyedari hakikat ini,Malaysia telah menubuhkan InternationalCentre for Leadership in Finance (ICLIF)sebagai sebahagian daripada komitmen kamiuntuk melahirkan satu generasi barupemimpin bertaraf dunia yang akan memacusektor perkhidmatan kewangan ke arahprestasi yang tinggi dan cemerlang.

Kedua, perlunya pelaburan besardalam infrastruktur bagi menyokongpenyelidikan dan pembangunan danseterusnya meningkatkan keupayaan inovasi.Sokongan kewangan untuk penyelidikanlanjutan di universiti dan institut-institutpenyelidikan akan meningkatkan lagi peluangpenyelidikan. Seterusnya, peningkatan tenagakerja yang terlibat dalam penyelidikan danpembangunan juga akan meningkatkanpotensi inovasi.

Ketiga, pendidikan pengguna dankomuniti perniagaan yang meluas dapatmendorong kepada peningkatan permintaanproduk dan kaedah baru serta berinovatif.Malaysia telah melaksanakan programpendidikan pengguna yang tersusun bagijangka masa 10 tahun bertujuan meningkatkantahap kesedaran pengguna mengenaikeunikan produk kewangan Islam dan anekaproduk yang ditawarkan oleh penyediakewangan Islam. Peningkatan kesedaran iniakan mendorong permintaan pelbagai produkdan perkhidmatan Islam yang dapat diubahsuai mengikut keperluan, pada harga yangberpatutan dan melalui rangkaian dan jaringan

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

53

yang lebih selesa. Program pendidikan produkdan perkhidmatan Islam turut merangkumiperniagaan kecil. Proses ini akan mendorongindustri kewangan meningkatkan inovasi bagimengukuhkan kedudukan persaingan mereka.Pengukuhan ini boleh dilakukan denganmenjalankan kajian pasaran untukmeningkatkan lagi kefahaman mengenaikeperluan kewangan khusus pengguna dantahap penerimaan risiko, seterusnya berupayamencipta instrumen kewangan Islam yangdapat memberi kebaikan dan nilai kepadapengguna.

Di samping itu, pendedahan danketelusan dalam mengendali urus niagakewangan Islam dan kontrak kewangan Islamyang dijalankan serta profil risiko danperolehan produk kewangan Islam akanmengukuhkan lagi peranan pasaran. Ini dapatmemandu institusi kewangan Islam ke arahkepatuhan Syariah dalam operasi,meningkatkan keberkesanan operasi,memperkukuh infrastruktur pengurusan risikodan menggalakkan amalan pengurusan risikoyang teguh dan dinamik.

Perkembangan ini akan menghasilkankesan secara tidak langsung kepadapeningkatan inovasi dalam pembangunaninstrumen lindung nilai yang berteraskanSyariah. Meskipun inovasi dalam perbankankonvensional telah menghasilkan pelbagaiinstrumen lindung nilai untuk mengurangkantahap risiko, masih terdapat perbalahan dikalangan para cendekiawan Islam mengenaipenerimaan beberapa bentuk produk lindungnilai dari perspektif perundangan Islam. Olehitu, pelaburan modal intelektual dan usahabersepadu para cendekiawan, pakar

kewangan Islam dan penyelidik adalah perlubagi mempercepatkan lagi proses inovasiyang menggunakan prinsip-prinsip Syariahdalam proses mencipta teknik dan produkpengurangan risiko. Syariah seharusnya dilihatsebagai pendorong kepada inovasi danbukannya penghalang. Dengan menggunakansepenuhnya potensi dan pengetahuanSyariah, instrumen kewangan Islam akanberkembang menjadi produk yang lebihberinovatif dan maju.

Keempat, persekitaran dan strukturinsentif juga penting dalam penyediaanpersekitaran yang mendorong inovasi. Secarakhususnya, rangka kerja pengawalan danstruktur percukaian adalah penting dalamproses inovasi. Rangka kerja pengawalanseharusnya tidak terlalu ketat sehingga bolehmenyebabkan kos yang tinggi danmembebankan perniagaan. Kaedahpengawalan yang keterlaluan bagi produk barujuga akan membantutkan inovasi produk.Struktur percukaian boleh dirangka untukmenyokong proses inovasi. Dalam institusikewangan, struktur organisasi juga bolehmenghasilkan persekitaran bagi inovasidengan mengelakkan struktur berorientasikanproduk yang statik dan beralih kepada prosesorganisasi serta melaksanakan pemberianinsentif berteraskan pencapaian.

Kelima, pelaksanaan pakatan strategikantara entiti boleh mewujudkan pendekatanserta teknologi baru atau pengkhususan dalamsesuatu produk baru. Di samping itu, usahabersepadu antara institusi kewangan Islamdapat menguatkan kebolehan menggunakankepakaran industri. Pengenalan produkkewangan Islam yang inovatif dalam

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

54

perundangan yang khusus boleh diperluaskankepada perundangan yang lain, yangseterusnya akan menyumbang kepadapasaran kewangan Islam yang lebih meluasserta mantap, dan menguatkan lagipembangunan industri kewangan Islam secarakeseluruhannya. Bagi membantu pencapaianobjektif ini, perkongsian maklumat mengenaiciri produk dan kaedah Syariah yang diterimapakai boleh dilakukan dalam menentukanpenerimaan produk dalam kepelbagaianpersekitaran perundangan.

Memperkukuh keupayaan pengurusanrisiko

Walaupun liberalisasi kewangan daninovasi meningkatkan pelbagai peluang, ia jugamengakibatkan bertambahnya ketidakpastiandan ketaktentuan di samping berpotensimenjejaskan kewangan. Perkembangan inimemaksa institusi kewanganmempertingkatkan tahap kesedaran danpengurusan risiko dalam institusi mereka.Tumpuan pengawalseliaan telah beralih kearah rangka kerja pengawalseliaan keperluanmodal yang lebih sensitif terhadap risiko, sertapenilaian sistem dan proses pengurusan risikoyang diamalkan oleh institusi kewangan.Industri kewangan turut membuat pelaburanyang besar dalam usaha mewujudkaninfrastruktur pengurusan risiko dalaman yangteguh dan menyeluruh.

Dalam perbankan Islam, keperluankepada pengurusan risiko menjadi lebih ketaramemandangkan ciri khusus prosesperantaraan kewangannya yang berlandaskanSyariah. Ini kerana institusi kewangan Islammemainkan pelbagai peranan. Dari segi aset,

institusi kewangan Islam terlibat dalampelbagai bentuk kontrak kewangan Islam yangmemiliki ciri risikonya yang tersendiri. Institusikewangan Islam boleh mengaplikasikanpendekatan Basel II yang mengambil kira risikokredit, risiko pasaran dan risiko operasi.Walau bagaimanapun, institusi kewanganIslam perlu juga menerokai dimensi risiko yanglain dalam kontrak kewangan Islam. Dalamhal ini, infrastruktur pengurusan risiko dalaminstitusi kewangan Islam perlu mengenal pasti,melerai, mengukur dan mengawal selia risiko-risiko khusus yang terdapat dalam urus niagadan instrumen kewangan Islam bagimenentukan penilaian dan pengurusan risikoyang berkesan.

Keupayaan pengurusan risiko yangkukuh menjadi lebih ketara memandangkankepelbagaian kontrak yang dimeterai olehinstitusi kewangan Islam dengan kategoripendeposit yang berbeza. Depositpermintaan, di bawah kontrak jagaan terjamin,dan deposit pelaburan, di bawah kontrakmudharabah, masing-masing mempunyai ciririsiko dan pulangannya yang unik. Institusikewangan Islam perlu memastikan pendepositpermintaan dilindungi daripada risiko urusniaga perbankan Islam. Bagi pendepositmudharabah pula, sebarang kemerosotandalam prestasi kewangan portfolio aset akandisalurkan secara langsung ke bahagian liabilitidalam kunci kira-kira, yang bolehmengakibatkan impak negatif ke atas pulangankepada pendeposit pelaburan. Institusikewangan Islam mempunyai tanggungjawabfidusiari bagi memastikan dana pendepositdiuruskan secara berhemat serta pulanganterlaras risiko dimaksimumkan. Keupayaanuntuk memaksimumkan pulangan terlaras

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

55

risiko ke atas pelaburan dan mengekalkanpulangan yang kompetitif kepada pendepositakan membantu membina keyakinan kepadaindustri kewangan Islam.

Memanfaatkan teknologi maklumat

Dalam mengorak langkah ke hadapan,institusi kewangan yang berjaya adalah institusiyang berupaya mengeksploit sepenuhnyapotensi dan peluang revolusi teknologimaklumat. Keupayaan industri kewangan Islammenghasilkan produk dan perkhidmatankewangan baru dapat dipertingkatkan melaluipenerapan kemajuan teknologi yang baru dancanggih. Penerapan kemajuan teknologi jugaberupaya meningkatkan akses kepada produkkewangan melalui saluran penghantaran baruyang lebih meluas. Penggunaan teknologimaklumat secara meluas dalam industrikewangan turut menyumbang denganmeningkatkan tahap kecekapan melaluipenurunan kos yang ditanggung oleh parapelanggan dan sektor perniagaan. Selaindaripada itu, teknologi maklumat juga dapatdimanfaatkan dalam membuat keputusanstrategik bagi penjajaran urus niaga,mempertingkat kapasiti keinstitusian dankecekapan operasi, serta memperkukuhkeupayaan pengurusan risiko.

Pelaksanaan Basel II untuk perbankankonvensional memaksa institusi kewanganmembuat pelaburan strategik dalam sistemteknologi dan pengurusan risiko bagi penilaianrisiko kredit, pasaran dan operasi. Pengukuhaninfrastruktur teknologi maklumat adalah amatperlu bagi memastikan penyelenggaraan datadan maklumat kewangan yang mencukupiuntuk tujuan analisis risiko.

Dalam perbankan Islam, penggunaanteknologi maklumat dalam memperkukuhkeupayaan pengurusan risiko adalah lebihmencabar memandangkan kerumitan risikodalam mod pembiayaan Islam yang berbeza.Contohnya, kemudahan pembiayaan yangdiberikan kepada seseorang pelangganberdasarkan murabahah, ijarah, istisna' danmusyarakah masing-masing mempunyaipendedahan risiko yang unik dan tersendiri.Pendedahan risiko bukan sahaja berbeza darisegi jenis pembiayaan yang berbeza malahanjuga berbeza antara pelanggan. Tambahanpula, perbezaan tempoh matang kontrakkewangan Islam mempunyai implikasi risikoyang berlainan bagi jenis pembiayaan danpelanggan yang berlainan. Institusi kewanganIslam perlu mempunyai sistem penarafandalaman yang mantap bagi memeta aset-asetdalam kunci kira-kira dengan ciri risikonya.Sistem teknologi maklumat yang komprehensifdiperlukan bagi menyimpan data jangkapanjang agar kebarangkalian pulangan dapatdianggarkan dan wajaran risiko dikira dandiberikan. Kepelbagaian penjenisan dalamkewangan Islam memerlukan sistem teknologimaklumat yang lebih kukuh bagi pengiraanjangkaan pulangan berbanding urus niaga kreditberasaskan faedah.

Persekitaran kewangan yang kompleksdan tidak menentu memaksa institusikewangan Islam mempertingkatkan kapasitibagi menghadapi ketidakpastian danketaktentuan. Ini membolehkan institusikewangan Islam memperkukuh kadar toleransidalam pengurusan ketaktentuan kewangan.Bagi mencapai matlamat ini, sistempengurusan risiko dalaman yang teguhdiperlukan bagi mengenal pasti sebarang

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

56

potensi kemerosotan kualiti aset portfolioperbankan Islam. Ini membolehkan institusikewangan Islam membuat peruntukan yangmencukupi secara dinamik, meramalperolehan masa depan dan menggunakanteknik menangani risiko yang berlandaskankehendak Syariah di peringkat awal untukmenguruskan ketaktentuan dalam pulanganbagi menjana pendapatan yang stabil dankompetitif kepada pendeposit.

Penggunaan model berasaskan risikomembolehkan institusi kewangan Islammelakukan ujian tekanan, analisis kepekaandan simulasi berdasarkan pelbagai senariodengan mengambil kira semua situasi yangmungkin berlaku. Ini akan meningkatkankapasiti institusi kewangan Islam bagimenjangka implikasi yang mungkin berlaku keatas perolehan masa depan akibat kejutankewangan dan seterusnya menggubal pelankontingensi ke arah pengurusan aset danliabiliti yang lebih efektif dan efisien.

Tambahan pula, sistem pengurusanrisiko berasaskan teknologi maklumat akanmeningkatkan kapasiti institusi kewanganIslam menguruskan pengasingan depositpermintaan, akaun pelaburan terhad dan tidakterhad dan dana pemegang saham secaralebih berkesan sejajar dengan objektifpelaburan dan toleransi risiko mereka.Pemetaan prestasi kewangan aset dengan

pulangan terlaras risiko terhadap kelas-kelaspelabur tertentu akan menjurus kepadaketepatan dan ketelusan dalam penentuanpulangan. Memandangkan pulangan dalamperbankan Islam tidak menentu dan hanyadapat ditentukan secara ex post, sistemteknologi maklumat yang canggih akanmelengkapi institusi kewangan Islam dengankeupayaan melakukan unjuran terhadapperolehan masa depan bagi mengurangkankadar ketaktentuan dalam pulangan kepadapendeposit. Justeru, ia akan meningkatkankewibawaan dan memperkukuh daya saingindustri kewangan Islam.

Penutup

Prospek masa depan industrikewangan Islam bergantung kepada usahasama pelbagai entiti yang berkaitan dalamsektor kewangan iaitu pihak industri,pengawalselia, peserta pasaran dan komunitiantarabangsa. Usaha secara kolektif perludigembleng secara teratur dan rapi bagimemaksimumkan potensi ini. Menerapkan visidan matlamat bersama yang perlu dicapaimerupakan langkah pertama yang penting.Lebih penting lagi ialah langkah yang perludiambil bagi merealisasikan matlamattersebut. Inisiatif dan langkah-langkah yangkita ambil hari ini akan menyumbang ke arahmasa depan yang kita impikan.

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

57

Seminar ini bertujuan menerapkanpemahaman yang lebih mendalam tentangperubahan yang bakal berlaku kepadapengawalseliaan kecukupan modalantarabangsa. Memandangkan betapapentingnya subjek ini dan implikasinyaterhadap industri perbankan, maka adalahpenting bagi industri memahami tujuan dancabaran yang bakal dihadapi disebabkanperubahan ini, supaya langkah-langkahsewajarnya dapat diambil mengikut cara yangdapat memaksimumkan manfaatnya.Meskipun prinsip-prinsip umum persetujuanbaru ini telah diterima di peringkat global,terdapat perbezaan dari segi kaedahpelaksanaan yang diambil oleh pelbagainegara. Saya ingin mengambil kesempatan iniuntuk membincangkan Persetujuan baru dariperspektif dan pendekatan yang akan diambiloleh Malaysia. Seminar ini memberi peluangkepada para hadirin untuk berbincangmengenai isu-isu yang berkaitan Persetujuanbaru tersebut.

Falsafah dan objektif pengawalseliaanmodal

Sektor perbankan yang berfungsidengan baik dan efisien adalah pentingkepada proses pertumbuhan ekonomi.

Seminar Pengurusan Risiko berkaitanPersetujuan Modal Basel Baru (Basel II)

15 April 2004, Kuala Lumpur

"Meningkatkan Keutuhan Sektor Perbankan -Persetujuan Modal Basel Baru"

Ucapan Dasar olehTan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz

Gabenor, Bank Negara Malaysia

Institusi perbankan memainkan fungsiperantaraan yang utama untuk menggerakkandana bagi membiayai aktiviti yang produktif.Proses perantaraan ini perlu dilaksanakandalam suasana kewangan yang stabil. Di sini,keyakinan dan keutuhan sistem kewanganadalah penting. Perniagaan perbankansememangnya melibatkan risiko dan risiko iniperlu diurus dengan teliti. Dalam persekitaranyang wujud ketidakpastian yang semakinmeningkat dan mudah berubah, langkah iniperlu diperkukuhkan dengan pembangunansistem perbankan yang lebih mantap danberdaya tahan. Justeru, peraturan berhematadalah penting bagi memastikan keutuhan dankestabilan sistem kewangan.

Dalam konteks peraturan berhemat,satu komponen penting ialah rangka kerjamodal yang kukuh bagi mengukur risikodengan tepat dan memperuntukkan modalsecukupnya kepada risiko itu. Persetujuanmodal semasa yang diperkenalkan pada tahun1988 diterima pakai sebagai penanda arasantarabangsa bagi menilai kecukupan modalinstitusi perbankan. Meskipun persetujuan inimencapai hasil yang dikehendaki dari segipembangunan institusi perbankan yangmempunyai tahap modal yang lebih kukuh di

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

58

peringkat global, pembangunan pesat pasarankewangan pada tahun-tahun kebelakangan initermasuk pertumbuhan pembiayaan luar kuncikira-kira, misalnya pensekuritian bersandarkanasset, telah menyebabkan pengukuran dalampersetujuan perjanjian yang sedia ada terlalulebar dan kurang efektif.

Risiko dan Pengurusan Risiko - keperluankepada persetujuan baru

Perubahan struktur institusi baru danevolusi amalan pasaran mengurangkankeberkesanan persetujuan yang sedia ada.Meskipun pada asasnya klasifikasi risiko tidakmengalami perubahan ketara, cara bagaimanarisiko muncul telah banyak berubah. Dengankemunculan produk baru dan urus niagakewangan yang lebih kompleks berikutaninovasi teknologi, kini risiko boleh diasingkandan dijelmakan semula dalam bentuk baru.Pada masa yang sama, peningkatan dari segipenyusunan semula kewangan dan kepakarantelah membawa kepada kemunculaninstrumen lindung nilai yang baru bagimemudahkan pengurusan risiko. Kemajuanketara dicapai dalam bidang pengukuran risikopasaran apabila penggunaan model dalamanuntuk nilai berisiko dengan begitu cepatditerima sebagai piawaian industri.

Kemajuan pendekatan yang bersifat kuantitatifdalam bidang pengurusan risiko pasarandiperluas untuk merangkumi risiko kredit dankendalian. Meskipun sukar untuk memperolehdata, penyelidikan baru mengukuhkan teoriasas bagi pemodelan risiko kredit dalamandan kendalian. Pembangunan instrumenlindung nilai baru seperti derivatif kredit jugameningkatkan penggunaan mekanismepemindahan risiko kredit dalam sistem

kewangan, lantas menggalakkan pengurusanrisiko portfolio kredit secara lebih aktif.Pembangunan penting turut berlaku dalambidang risiko kendalian. Kegagalan besar yangdialami oleh sektor korporat akibat penipuandan kealpaan kawalan dalaman telahmendorong usaha ke arah membaiki tahappengurusan risiko kendalian di institusiperbankan. Ini mencetuskan keperluan segerainstitusi perbankan untuk memperuntukkanmodal kepada risiko kendalian danmenyediakan rangka kerja pengurusan risikoyang lebih bersepadu dan menyeluruh.

Intipati persetujuan baruUsaha BIS memperkenalkan rangka

kerja yang telah diperkemaskan bagipengawalseliaan kecukupan modal melaluiBasel II adalah selaras dengan perkembanganini. Ia bertujuan menyesuaikan konseppengurusan modal yang lebih ke hadapan kedalam keperluan pengawalseliaan. Penilaiankecukupan modal perlu dilihat merangkuminisbah modal yang telah dihitung. Justeru,persetujuan Basel baru merangkumi tigatonggak. Tonggak pertama menyediakanrangka kerja pengiraan modal minimum untukrisiko kredit dan kendalian. Pada dasarnya,keperluan modal yang dikawal selia berkaitrapat dengan tahap sebenar risiko yangdihadapi oleh institusi perbankan. Pengiraanmodal ini menyediakan tiga pilihan dengantahap kerumitan yang berlainan untuk risikokredit dan kendalian bagi mencerminkan risikosebenar dengan lebih tepat. Tonggak keduamenjurus kepada pengukuhan prosespenyeliaan, terutamanya dalam menilai kualitipengurusan risiko institusi perbankan. Prosespenyeliaan ini bertujuan menyediakanmekanisme bagi memastikan risiko-risiko lain

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

59

seperti risiko tumpuan dan risiko pasarandalam buku perbankan adalah terurus. Dalampersekitaran sedemikian, pemberian pinjamanberhemat seperti yang ditunjukkan oleh tahapkepelbagaian portfolio yang tinggi, bolehmenjadikan keperluan modal lebih rendah.Tonggak ketiga menentukan keperluanpendedahan minimum tentang kecukupanmodal bagi meningkatkan disiplin pasaran.

Meskipun secara relatifnya lebihkompleks, pelaksanaan rangka kerja baru inimenyediakan beberapa pilihan dankefleksibelan kepada institusi perbankan. Inibertujuan memastikan pendekatan yangdiambil sesuai dan mencerminkan aktivitipengambilan risiko dan tahap sofistikasiinstitusi terlibat. Bagi menerima pakaipendekatan piawaian untuk risiko kredit,pendedahan kredit dikenakan wajaranberdasarkan penarafan kredit luaran yangdiiktiraf. Walau bagaimanapun, bagi institusiperbankan yang besar yang menjalankanperniagaan yang lebih kompleks, pendekatanInternal Ratings Based (IRB) di peringkatasas atau lanjutan mungkin lebih sesuai bagimencerminkan profil risiko sebenar. Padamasa yang sama, tiga pendekatan alternatifboleh diguna pakai dalam memperuntukkanmodal untuk risiko kendalian, iaitu pendekatanpenunjuk asas, pendekatan piawaian danpendekatan pengukuran lanjutan.

Objektif rangka kerja baru bertujuanmenitikberatkan keperluan pengukuran risikoyang diperhalusi, pengurusan modal yanglebih efisien dan amalan pengurusan risikoyang mantap, yang akhirnya menyumbangkepada peningkatan kestabilan kewangan. Inidilengkapi oleh usaha mengukuhkan rangka

kerja urus tadbir korporat dan keutuhan sistemkawalan dalaman serta meningkatkan tahapketelusan dan disiplin pasaran. Dalam konteksini, keupayaan ahli lembaga dan pucukpimpinan pengurusan institusi perbankanuntuk menilai risiko dari perspektif yang lebihluas dan kesan strategiknya ke atas institusi,juga tidak kurang pentingnya.

Memandangkan rangka kerja modal baruini memberi implikasi ketara, Bank NegaraMalaysia akan terlibat secara langsung dalamproses perundingan melalui forum serantaubagi memastikan isu dan kebimbangan yangdibangkitkan oleh negara-negara membangunakan dipertimbangkan oleh BIS dalammerumus persetujuan baru ini. Kami berasasukacita kerana kebanyakan perkara yangdibangkitkan ini telah diambil kira.

Motivasi bagi peralihan ke persetujuanbaru

Pelaksanaan persetujuan baru adalahselaras dengan usaha mengukuhkankeupayaan pengurusan risiko. Tahap amalanpengurusan risiko yang lebih kukuh sepertiyang dikehendaki oleh persetujuan baru bukansahaja meningkatkan penjimatan modal malahmenjadi penting dalam konteks sistemperbankan domestik yang semakin kompetitifdan bersepadu dengan pasaran global. Caramembuat keputusan yang efektif dan efisienboleh dipertingkatkan hasil daripada maklumatyang relevan dan cepat, disokong oleh analisisyang lebih bersifat kuantitatif. Ini dapat dicapaidengan pengkalan data dan sistem maklumatyang lebih kukuh, di samping proses yangbersepadu serta aliran maklumat danpelaporan yang lebih cekap. Penerapanrangka kerja pengurusan risiko yang lebih

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

60

kukuh juga membolehkan institusi perbankanmenilai dengan lebih baik sumbanganmarginal saluran perniagaan yang sedia adadan baru kepada prestasi kewangan institusisecara keseluruhan. Ini membolehkankeputusan dibuat lebih berasaskan maklumat,seterusnya menyumbang kepada peningkatandalam lebihan daya saing.

Melangkah ke hadapan, penggunaansumber dalaman yang lebih efisien menjadisemakin penting. Rangka kerja pengurusanrisiko yang lebih kukuh dan bersepadu sertapenggunaan model pengurusan prestasiterlaras risiko akan lebih merangsangaktivisme pemegang saham dan memacukecekapan di kalangan bank.

Walau bagaimanapun, pengurusan risikotidak beroperasi dalam vakum atau secaraberasingan dan tidak seharusnya dilihat dalamkonteks pematuhan kawal selia semata-mata.Keutamaan harus diberi bagi memastikanrangka kerja pengurusan risiko dipadankandan disepadukan sebaik-baiknya dengan halatuju strategik perniagaan institusi perbankan.Manfaat penilaian risiko yang lebih mendalamdan pengurusan risiko yang lebih kukuh harusditerjemahkan kepada peningkatan operasiperniagaan dan fungsi institusi yang lebihefektif. Akhirnya, ini akan mendatangkanmanfaat kepada pengguna dan ekonomisecara amnya.

Cabaran pelaksanaan dan pertimbanganBerikutan kerumitan Basel II, keupayaan

untuk mematuhinya merupakan isu pokok bagikomuniti perbankan. Ini benar-benarmerupakan satu cabaran bagi pendekatankaedah IRB ataupun sistem berdasarkan

penarafan dalaman. Jumlah sumber yangperlu digembleng dan kekurangan data seringdisebut sebagai dua cabaran utama dalammelaksanakan kaedah IRB, khususnya bagibank dalam pasaran yang baru muncul. Diperingkat ini, data mengenai kegagalanpembayaran balik pinjaman dan perpindahankredit bagi segmen pasaran tertentu adalahsangat terhad untuk membuat analisis yangbermakna. Oleh itu, institusi perbankandijangka memerlukan masa menunggu yangagak lama bagi merumus satu kaedahpengesahan yang bermakna dan utuh bagianggaran dalaman berhubung dengankemungkinan kegagalan pembayaran balikpinjaman dan kerugian akibat kegagalantersebut. Walau bagaimanapun, ini tidakbermakna bank-bank harus menunggusehingga kesemua data yang diperlukan telahdiperoleh. Bank-bank boleh memulakan usahauntuk merumus rangka kerja bagi fungsianalitis.

Meskipun kaji selidik Bank NegaraMalaysia menunjukkan terdapat minat yangtinggi di kalangan institusi perbankan diMalaysia mengguna pakai kaedah IRB,kebanyakan mereka berpendapat adalah perluuntuk mengukuhkan lagi kes perniagaan danmenjalankan analisis jurang dan impak yanglebih komprehensif. Ini sememangnyamerupakan suatu proses yang kritikal. Yangpenting adalah untuk mewujudkan keupayaanmeraih faedah daripada persetujuan barutersebut. Walau bagaimanapun, ini akanmengambil masa tanpa mengambil kira samaada ia institusi perbankan yang besar dan aktifdi peringkat antarabangsa dan yang telahmelaksanakan proses peningkatan yangketara bertahun-tahun lamanya.

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

61

Kaedah piawaian menawarkan manfaatpada tahap kerumitan yang lebih rendah

Walaupun penjimatan modal daripadapenggunaan kaedah piawaian mungkin lebihkecil berbanding kaedah IRB, faedah yangdidapati di bawah kaedah piawaian adalahmasih besar berbanding persetujuan yangsedia ada. Ini meliputi wajaran risiko yanglebih rendah untuk portfolio pinjamanperumahan, melibatkan pengurangandaripada 50% kepada 35% di bawah kaedahpiawaian. Pada masa yang sama,penjimatan modal yang besar turut diperolehdaripada pemberian pinjaman kepadaindustri kecil dan sederhana (IKS) yang layakdikategorikan sebagai pendedahan pinjamanruncit, dengan wajaran risiko dikurangkandaripada 100% kepada 75%. Penguranganwajaran risiko di bawah kaedah piawaianbagi sektor tersebut mungkin akanmeningkatkan penglibatan institusiperbankan bagi segmen pasaran tersebut.

Anggaran awal Bank Negara Malaysiamenunjukkan institusi perbankan akanmendapat manfaat penjimatan modal hasildaripada penggunaan kaedah piawaian.Walau bagaimanapun, kemajuan dalambeberapa bidang seperti sistem identifikasipinjaman dan sistem pengurusan cagaran,mampu menambah penjimatan modal untukrisiko kredit di bawah kaedah piawaian.Penentukuran berterusan adalah diperlukanbagi memastikan bank-bank di bawahkaedah piawaian akan terusmemaksimumkan penjimatan modal untukrisiko kredit berikutan keperluan untukperuntukan modal yang eksplisit bagi risikokendalian di bawah persetujuan baru.

Meskipun kaedah IRB menjanjikanpenjimatan modal yang lebih besar dalamjangka masa panjang, penggunaan kaedahpiawaian dalam proses peralihan adalahpilihan yang lebih pragmatik. Ini termasuk dikalangan kumpulan perbankan yang aktif diperingkat antarabangsa. Di bawah kaedahIRB, bank perlu mencapai persetujuan denganpengawal selia di negara mereka beroperasimengenai keutuhan anggaran dalaman danproses pengesahan kumpulan tersebut.Justeru, kaedah piawaian dapat dilihat sebagaipemberi ruang untuk melicinkan peralihankepada kaedah IRB dan pada masa yangsama membolehkan institusi perbankanmendapat faedah penjimatan modal.

Pendekatan berbeza oleh pengawal seliaMeskipun prinsip asas persetujuan baru

tersebut telah diterima di peringkat global,langkah pelaksanaan yang diambil oleh setiapnegara adalah berbeza-beza. Bagisesetengah negara, pengawal selia memilihagar persetujuan tersebut dilaksanakan olehkesemua institusi, sementara di pihak yanglain, pendekatan yang khusus ditetapkan bagibank-bank terpilih. Sesetengah pengawal seliapula memberikan lebih fleksibiliti kepada bank-bank ataupun melanjutkan tempohpelaksanaan persetujuan baru tersebut. Inimencerminkan pertimbangan dan keutamaanyang berbeza-beza di kalangan pengawal seliadalam menentukan agenda dasar mereka.Pada asasnya, keputusan oleh pengawal selianasional adalah berdasarkan beberapa faktorumum, iaitu, peringkat pembangunan industridan infrastruktur pasaran, saiz dan jenisinstitusi yang terlibat, falsafah dan keutamaanpengawalseliaan, serta persekitaran ekonomi.Yang paling penting adalah untuk memastikan

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

62

pelaksanaan persetujuan baru tersebutkonsisten dengan agenda dan objektif sektorkewangan secara keseluruhannya bagimerangsang pertumbuhan dan perkembanganekonomi.

Prinsip pelaksanaan bagi MalaysiaDi Malaysia, kesesuaian persetujuan

baru dinilai dalam konteks objektif kita untukmembentuk sistem perbankan yang lebihberkesan, berdaya tahan dan terbaik untuknegara. Memandangkan peranan penting danistimewa yang dimainkan oleh sektorperbankan dalam ekonomi, kewujudan sistemperbankan yang mempunyai modal mencukupisentiasa diberi keutamaan dalam rangka kerjapengawalseliaan. Dalam konteks ini, prinsipyang didukung oleh persetujuan baru tersebutadalah konsisten dengan falsafahpengawalseliaan yang menggalakkanpembinaan kapasiti dan pengukuhan dalampengurusan risiko.

Strategi pelaksanaan Basel II yangberkesan bergantung kepada sejauhmanaindustri memahami dengan betul mengenairangka kerja baru tersebut. Untukmelaksanakan perubahan yang diingini, pihakpengurusan institusi perbankan perlumemahami prinsip persetujuan baru tersebut.Satu tanggapan salah yang sering berlakuialah pengiktirafan cagaran kewangan dibawah rangka kerja baru akan menggalakkanlebih banyak pinjaman bersandarkan cagarandalam sektor perbankan. Ini adalahkesimpulan yang terlalu mudahmemandangkan keperluan minimum yangketat bagi pengiktirafan sesuatu cagarankewangan untuk melayakkan sesebuah bankmenikmati penjimatan modal. Tambahan pula,

potensi penjimatan modal di bawah rangkakerja baru bukanlah melalui pengiktirafancagaran kewangan semata-mata, tetapimelalui wajaran risiko yang lebih rendah keatas pinjaman yang mendapat penarafan lebihtinggi.

Sesungguhnya, faedah sebenar yangdiperolehi daripada Basel II adalah peningkatandalam standard pemberian pinjaman danpengukuran risiko yang lebih tepat danseterusnya boleh meningkatkan prestasi.Penerimaan cagaran hanyalah untukmengurangkan kesan kerugian sekiranyapinjaman tersebut menjadi pinjaman tidakberbayar. Dalam keadaan pasaran yangsemakin kompetitif, tumpuan adalah untukmemaksimumkan pulangan ke atas modalberlaraskan risiko dan mengekalkan portfolioaset yang optimal yang menggambarkantahap toleransi risiko sesebuah institusi.Dalam persekitaran sedemikian, penekananyang berlebihan ke atas cagaran pasti tidakboleh diterima.

Bank Negara Malaysia akan menggunapakai empat prinsip utama dalamperlaksanaan Basel II di Malaysia:

Pertama ialah keperluan untuk memberi ruangkepada usaha pembinaan kapasiti denganpenekanan lebih tertumpu kepada pengukuhanrangka kerja pengurusan risiko secaraberansur-ansur di kesemua institusiperbankan;

Kedua ialah tempoh masa yang lebih fleksibeluntuk membolehkan pelaksanaan langkahpembinaan kapasiti;

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

63

Ketiga ialah penekanan kepada justifikasiperniagaan dan bukan dalam bentuk mandatpengawalseliaan bagi pelaksanaan kaedahIRB; dan

Akhir sekali ialah metodologi penyeliaan yangdiperkukuhkan dalam menilai model dalamandan sistem pengurusan risiko terkini.

Malaysia akan mengamalkan pendekatandua fasa bagi Basel II

Prinsip-prinsip tersebut akandilaksanakan dalam dua fasa. Fasa pertamabermula pada Januari 2008 dengan kesemuabank dikehendaki melaksanakan kaedahpiawaian untuk risiko kredit dan kaedahpenunjuk asas untuk risiko kendalian. Institusiperbankan dikehendaki mengemukakankepada Bank Negara Malaysia pengiraankecukupan modal secara bulanan yang selariselama setahun sebelum pelaksanaan kaedahpiawaian.

Dalam Fasa 1, Bank Negara Malaysiamungkin akan membenarkan institusiperbankan kekal dalam perjanjian yang sediaada sekiranya mereka berhasrat untukmengguna pakai kaedah berdasarkanpenarafan dalaman peringkat asas (FIRB) danbukannya kaedah piawaian. Walaubagaimanapun, Bank Negara Malaysiamewajibkan pengemukaan kes justifikasiperniagaan dan pelan tindakan yang telahdiluluskan oleh lembaga pengarah institusiperbankan terbabit. Institusi perbankantersebut dijangka melaksanakan kajian jurangdan kesan perniagaan yang komprehensifuntuk menyokong pelan tindakan mereka.Sehubungan ini, satu garis panduan ammengenai proses yang dikehendaki dan

jangkaan akan dikeluarkan untuk memudahkanproses tersebut.

Institusi perbankan yang berhasrat untukmengguna pakai pendekatan FIRBdikehendaki berbuat demikian menjelangJanuari 2010. Ini adalah tarikh bermulanyafasa kedua pelaksanaan. Institusi berkenaandikehendaki mengemukakan kepada BankNegara Malaysia pengiraan kecukupan modalsecara bulanan yang selari bagi tempohsetahun sebelum pelaksanaan tersebut.Walau bagaimanapun, dalam fasa kedua,bank-bank yang menggunakan kaedahpiawaian tidak diwajibkan beralih kepadapendekatan FIRB. Bagi tujuan pengesahandan kelulusan pengawalseliaan, Bank NegaraMalaysia menetapkan semua parameter danandaian yang digunakan di bawah kaedahFIRB adalah berdasarkan input data tempatan.

Kesimpulan - modal adalah asas, tetapibukanlah faktor tunggal bagi memastikankekukuhan

Meskipun terdapat peningkatan tahapsofistikasi dalam rangka kerja modalpengawalseliaan dan modal ekonomi dalamanbank, modal masih merupakan bentengpertahanan yang terakhir bagi sesebuah bank.Keperluan modal seharusnya dilengkapi olehperbankan berhemat yang mengambil kirapeningkatan dalam standard pemberianpinjaman, kawalan dalaman dan pengurusanrisiko yang berkesan serta urus tadbir korporatyang kukuh. Dalam mencapai matlamat danaspirasi masa hadapan, manfaat besardaripada Basel II boleh diperoleh hanya jikainstitusi anda mengambil langkah yang perluuntuk menyusun semula strategi dan orientasiperniagaan supaya selari dengan standard

Buletin Suku TahunanSuku Pertama 2004

64

baru tersebut. Minat, penglibatan dan langkahsegera anda adalah penting bagimenempatkan institusi anda pada kedudukan

yang baik dalam persekitaran yang semakinkompetitif dan dinamik.