Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    1/66

    PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUSEKOLAH RENDAH (PPG)

    MODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH

    BMM3103

    PENTAKSIRANBAHASAMELAYUSEKOLAHRENDAH

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Berkuat kuasa Jan 2012

    IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    2/66

    Cetakan Jan 2012Institut Pendidikan Guru MalaysiaKementerian Pelajaran Malaysia

    MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJARYANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU,KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAMPENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDAPERGURUAN.

    MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    3/66

    i

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usahaini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

    Falsafah Pendidikan Guru

    Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dansaintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjungwarisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,

    dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,demokratik, progresif, dan berdisiplin.

    Cetakan Nov 2009Kementerian Pelajaran Malaysia

    Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidakada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapamengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dandengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulisdaripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, KementerianPelajaran Malaysia.

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    4/66

    ii

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan i

    Falsafah Pendidikan Guru i

    Kandungan ii

    Kata Alu-aluan iii

    Panduan Pelajar iv

    Pengenalan v

    Agihan Tajuk vi

    Tajuk Pembelajaran

    Tajuk 1. Pengertian dan Konsep

    1.1 Sinopsis

    1.2 Hasil Pembelajaran

    1.3 Kerangka Konsep

    1.4 Kandungan

    Tajuk 2. Taksonomi dan DomainKrathwohl

    2.1 Sinopsis

    2.2 Hasil Pembelajaran

    2.3 Kerangka Konsep

    2.4 Kandungan

    Tajuk 3. Jadual Spesifikasi Ujian

    3.1 Sinopsis

    3.2 Hasil Pembelajaran

    3.3 Kerangka Konsep

    3.4 Kandungan

    1

    8

    14

    KANDUNGANMUKA SURAT

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    5/66

    Tajuk 4. Pembinaan Ujian

    4.1 Sinopsis

    4.2 Hasil Pembelajaran

    4.3 Kerangka Konsep

    4.4 Kandungan

    Tajuk 5. Jenis Penilaian Bahasa

    5.1 Sinopsis

    5.2 Hasil Pembelajaran

    5.3 Kerangka Konsep

    5.4 Kandungan

    Tajuk 6. Kaedah Penilaian Bahasa

    5.1 Sinopsis

    5.2 Hasil Pembelajaran

    5.3 Kerangka Konsep

    5.4 Kandungan

    Tajuk 7. Kaedah Penilaian Bahasa

    7.1 Sinopsis

    7.2 Hasil Pembelajaran

    7.3 Kerangka Konsep

    7.4 Kandungan

    Tajuk 8. Kaedah Penilaian Bahasa

    8.1 Sinopsis

    8.2 Hasil Pembelajaran

    8.3 Kerangka Konsep

    8.4 Kandungan

    20

    28

    33

    40

    46

    Rujukan 50

    Panel Penulis Modul 51

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    6/66

    Panel Pemurni Modul 52

    Ikon Modul 53

    Struktur Pelaksanaan (Akan ditulis kemudian)

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    7/66

    vi

    PENGENALAN

    Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskanpembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkinkembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahunmeninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arahkendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untukmenguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

    PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

    Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentangpembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan araspencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini denganmudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagaipeluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

    SASARAN KURSUS

    Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan InstitutPendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah ProgramPensiswazahan Guru (PPG).

    JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

    Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jampembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalahseperti dalam Jadual 1:

    PANDUAN PELAJAR

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    8/66

    vii

    * Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.

    SUSUNAN TAJUK MODUL

    Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajukbergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingatsemula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentangapa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.

    Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebihmembantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda ataumenyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda bolehberbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapatmasalah berhubung dengan modul ini.

    IKON

    Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agarpada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

    Aktiviti-aktiviti Pembelajaran

    Agihan Jam pembelajaran

    Mengikut Kredit Kursus

    3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit

    Tanpa

    Amali

    (3+0)

    Ada

    Amali

    (2+1)

    (1+2)

    (0+3)

    Tanpa

    Amali

    (2+0)

    Ada

    Amali

    (1+1)

    (0+2)

    Tanpa

    Amali

    (1+0)

    Ada

    Amali

    (0+1)

    Membaca modul

    pembelajaran dan

    menyiapkan latihan /

    tugasan terarah / amali

    70 60 70 62 70 65

    Menghadiri kelas interaksi

    bersemuka (5 kali)10 10 5 5 5 5

    Latihan Amali* - 10 - 8 - 5

    Perbincangan Atas Talian 7 7 5 5 5 5

    Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15

    Ulangkaji 10 10 10 10 5 5

    Amali/Peperiksaan 2 2 2 2 2 2

    Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    9/66

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    10/66

    v

    Pengenalan

    Kursus Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM 3103)

    merupakan sebahagian daripada kursus dalam Program

    Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah. Dalam modul ini para pelajar

    akan diperkenalkan dengan 8 tajuk daripada 12 tajuk seperti yang

    terdapat dalam Pro Forma kursus. Tajuk 1 hingga 8 telah dimodulkan.

    Bagi Tajuk 8 ( Penilaian Melalui Projek ) telah dimodulkan manakala

    tajuk Penilaian Melalui Kertas Kerja akan dibincangkan semasa

    interaksi bersemuka.

    Para pelajar akan mempelajari tajuk-tajuk berkenaan dalam modul ini yang

    meliputi:-

    Pengertian dn Konsep

    Taksonomi dan Domain

    Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU )

    Pembinaan Ujian

    Jenis Penilaian Bahasa

    Kaedah Penilaian Bahasa

    Sepanjang mengikuti modul ini, para pelajar akan melaksanakan latihan dan

    aktiviti bagi setiap tajuk dan pada akhirnya pula para pelajar akan

    melaksanakan 2 latihan utama modul ini sebagai memenuhi aspek penilaian

    dalam proses pelengkap modul akses kendiri ini.

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    11/66

    AGIHAN TAJUKPanduan kepada pengguna

    Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan limabelas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajukuntuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

    Bil. Tajuk/Topik Modul(jam)

    Jum.Jam

    1 Pengertian dan Konsep

    Pentaksiran Pengujian

    Penilaian

    Perkaitan antara Pentaksiran,Pengujian dan Penilaian

    2 2

    2 Taksonomi dan Domain

    Taksonomi Bloom

    Domain Krathwohl

    2 2

    3 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Definisi

    Kepentingan

    Langkah Pembinaan

    2 2

    4 Pembinaan Ujian

    Soalan Objektif

    Soalan Subjektif

    2 2

    5 Jenis Penilaian Bahasa

    Ujian Formatif, Sumatif

    Ujian Kefasihan, Kemajuan

    Ujian Bakat, Pencapaian

    2 2

    6Kaedah Penilaian Bahasa

    Penilaian Melalui Portfolio

    Penilaian Melalui Pemerhatian

    2 2

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    12/66

    Bil. Tajuk/Topik Modul(jam)

    Jum.Jam

    7 Kaedah Penilaian Bahasa

    Penilaian Melalui KontrakPembelajaran

    Penilaian Melalui Soal Jawab

    2 2

    8 Kaedah Penilaian Bahasa

    Penilaian Melalui Projek

    Penilaian Melalui Kertas Kerja

    1 2

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    13/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    1

    1.1 Sinopsis

    Topik ini membincangkan konsep-konsep penting dalam penilaian dan

    pentaksiran bahasa Melayu iaitu pentaksiran, pengujian, penilaian. Di akhir topik,

    para pelajar akan menjalankan beberapa aktiviti serta menjawab beberapa

    soalan untuk menguji pemahaman anda. Rujukan lanjut melalui sumber internet,

    perbincangan dalam talian serta aktiviti kolaboratif bersama pensyarah anda

    boleh juga dilakukan.

    Tahukah anda, penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada

    proses pengajaran dan pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata

    dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses

    pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar.

    Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan

    untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar

    TAJUK 1: PENGERTIAN DAN KONSEP

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    14/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    2

    1.2 Hasil pembelajaran

    1.2.1. Konsep pentaksiran

    1.2.2. Konsep pengujian1.2.3. Konsep penilaian

    1.2.4. Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

    1.3 Kerangka Konsep

    1.4 Pentaksiran

    Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat

    penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal-

    hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti

    pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula

    melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula

    Pengertian

    dan

    Konsep

    Pentaksiran Pengujian Penilaian

    Perkaitan antaraPentaksiran,

    Pengujian danPenilaian

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    15/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    3

    melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran

    ialah:-

    i. Instrumen

    ii. Kumpulan yang ditaksir

    iii. Respon

    iv. Kumpulan yang menaksir

    v. Skor

    1.5 Pengujian

    Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara

    yang sistematik.

    Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.

    Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas

    sesuatu pengajaran

    Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan

    untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre-

    test.

    Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada

    secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang

    dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.

    Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau

    tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatukemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman

    membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perlu

    diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian

    menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu, ujian

    perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya,

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    16/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    4

    jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan

    bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini

    tidak menggalakkan.

    1.6 Penilaian

    Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv)

    menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and

    providing useful information for judging decision alternatives.

    Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu

    proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat

    pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

    Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia

    adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan

    membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat

    tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan

    keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data

    kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau

    selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu

    pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum.

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    17/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    5

    Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah

    Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk:

    mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang

    sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.

    menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar

    mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang

    telah disampaikan.

    membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-

    teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di

    sekolah.

    menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat

    lemah dalam pencapaian mereka.

    membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta

    kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka

    sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka; dan

    membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka

    dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula

    memperbaikinya.

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    18/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    6

    1.7 Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

    Rajah 1.

    Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai

    perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses

    pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk

    P&P membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan.

    PENILAIAN

    PENGUJIANPENTAKSIRAN

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    19/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    7

    Arahan:

    Anda dikehendaki mengumpul satu set bahan ujian bulanan, semester dan akhir

    tahun. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, sila jawab soalan-soalan dibawah;

    a. Sila nyatakan tujuan-tujuan pengujian, pengukuran, dan penilaiandilakukan.

    b. Sila buat catatan dan rumusan tentang perbezaan antara konsep-konsep pengujian, penilaian, dan pengukuran ini dalam bentuk grafik.

    c. Sejauh manakah kertas ujian bulanan, semester dan akhir tahun yang dibinamenepati ciri-ciri pentaksiran yang berkesan?

    1.8 Aktiviti

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    20/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    8

    2.1 Sinopsis

    Sebagaimana yang anda tahu,Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang

    dibuat untuk tujuan pendidikan. Taksonomi ini pertama kali disusun oleh

    Benjamin S. Bloom pada tahun 1956 dan seterusnya Domain Krathwohl. Dalam

    hal ini, tujuan pendidikan dibahagi kepada beberapa domain (ranah, kawasan)

    dan setiap domain tersebut diperincikan berdasarkan hierarkinya. Dalam

    panduan pembelajaran ini, dua aspek ini akan dibincangkan serta aktiviti yang

    berkaitan boleh dijalankan bersama pensyarah anda untuk memudahkan

    pemahaman anda. Selamat berjaya !

    2.2 Hasil Pembelajaran

    2.2.1. Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian.

    2.2.2. Menjelaskan taksonomi Bloom, taksonomi Solo, dan domain

    Krathwohl.

    2.2.3. Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu;

    2.2.4. Menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan

    sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa

    Melayu.

    TAJUK 2: TAKSONOMI DAN DOMAIN KRATHWOHL

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    21/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    9

    2.3 Kerangka Konsep

    2.4 Taksonomi Bloom

    Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:

    1. Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan perilaku-perilaku yang

    menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan

    keterampilan berfikir.

    2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang

    menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan

    cara penyesuaian diri.

    3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku

    yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan,

    berenang, dan mengoperasi mesin.

    Taksonomi

    danDomain

    TaksonomiBloom

    DomainKrathwohl

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    22/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    10

    Domain Kognitif

    Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri

    dari dua tahap iaitu:

    i. Pengetahuan

    ii. Kemampuan dan Keterampilan Intelektual

    Pengetahuan (Knowledge)

    Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi,

    fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.

    Pemahaman (Comprehension)

    Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan,

    jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.

    Aplikasi (Application)

    Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan

    gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam

    persekitaran sebenar.

    Analisis (Analysis)

    Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang

    diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam

    bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu

    mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario

    yang rumit.

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    23/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    11

    Sintesis (Synthesis)

    Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau

    pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali

    data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk

    penyelesaian yang diharapkan..

    Penilaian (Evaluation)

    Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian,

    gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang

    sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.

    Domain Psikomotor

    1. Persepsi

    2. Persediaan (Set)

    3. Respons Terpimpin

    4. Mekanisme (Mechanism)

    5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response)

    6. Penyesuaian (Adaptation)

    7. Penciptaan (Origination)

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    24/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    12

    2.5 Domain David Krathwohl

    Domain Afektif

    Penerimaan (Receiving/Attending)

    Tanggapan (Responding)

    Penghargaan (Valuing)

    Pengorganisasian (Organization)

    Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai (Characterization by a Value or Value

    Complex)

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    25/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    13

    Arahan:

    Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami Taksonomi Bloom dan

    Domain Krathwolh. Setelah itu, anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang

    diberikan.

    1. Analisis soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun

    di sekolah anda dari segi:

    a. Aras kesukaran/ kognitif Taksonomi Bloom.

    b. Sila nyatakan bilangan soalan yang dianalisis mengikut aras Bloom.

    c. Sila huraikan sejauh manakah penggunaan Domain Krathwohl dalam

    soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun untuk

    setiap kelas di sekolah anda.

    Lawatilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut:-

    1. http://www.nwlink.com/~Donclark/hrd/bloom.html

    2. http://classweb.gmu.edu/ndabbagh/Resources/Resources2/krath

    stax.htm

    3. http://pkukmweb.ukm.my/~upak/pdffile/2008E/aqilah.pdf

    2.6 Aktiviti

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    26/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    14

    3.1 Sinopsis

    Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan

    sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian

    secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan

    yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang

    tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan

    menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU

    dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan

    matrik dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras

    Kemahiran (melintang).

    3.2 Hasil pembelajaran

    3.2.1. Memahami aspek-aspek dalam penyediaan JSU3.2.2. Penggunaan JSU dalam pembinaan item ujian

    TAJUK 3: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    27/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    15

    3.3 Kerangka konsep

    3.4 Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)

    Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.

    Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.

    Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa

    mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.

    Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan

    lain-lain.

    Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.

    Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.

    3.5 Kepentingan JSU Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.

    Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

    Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.

    Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran

    yang diuji.

    JADUAL SPESIFIKASIUJIAN

    KEPENTINGAN JSU DEFINISI

    LANGKAH

    PEMBINAAN JSU

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    28/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    16

    Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.

    Bil Bentuk Soalan Objektif

    Kemahiran Aras Kognitif

    Bidang/Topik/Topik Kecil Jam1 2 3 4 5 6

    Jumlah

    Item

    1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa

    Melayu 5 4

    Asal usul BM, BM sebelum

    dan selepas merdeka 2 2

    1.2Linguistik BM 15 12

    Pengenalan linguistik

    Definisi, Sejarah, Linguistik

    Diskriptif 1 5 4 1 1

    1.3Fonologi 20 16

    Definisi, alat artikulasi, cara

    penghasilan 3 2 1 1

    Fonem segmental 2 2 1 1 1

    Fonem suprasegmental 1 1

    Jumlah 40 32

    Jadual 1: Contoh JSU

    Contoh di atas boleh disesuaikan dengan keperluan dan spesifikasi di

    sekolah.

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    29/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    17

    3.6 Langkah-langkah Membina JSU

    Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji

    Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu

    a. soalan objektif (30 soalan)

    b. 1 markah bagi 1 item

    c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:

    = Jumlah masa X Jumlah soalan

    Jumlah Masa keseluruhan

    Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item

    Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom

    Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor

    Domain Kognitif

    6. Penilaian Sukar

    5. Sintesis

    4. Analisis

    3. Penggunaan

    2. Kefahaman

    1. Pengetahuan Mudah

    Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?

    Ujian objektif

    Ujian struktur

    Ujian esei, dan lain-lain.

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    30/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    18

    Langkah V:

    Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei

    dll)

    Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah soalan sukar)

    Pemarkahan

    Langkah VI

    Nyatakan mata pelajaran

    Nyatakan tingkatan

    Susunan nombor soalan mengikut tajuk

    Rumusan

    Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan

    ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata

    sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data

    yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan

    pemilihan, pengkelasan atau bimbingan.

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    31/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    19

    Arahan:

    Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan Semester yang telah

    ditetapkan. Kertas 1 mengandungi 20 soalan objektif.

    Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan peratusan item mengikut aras

    kognitif berdasarkan topik dalam sukatan pelajaran.

    Sediakan satu JSU berdasarkan format ditetapkan.

    Layarilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;

    1. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf

    2. http://www.geocities.com/kheru2006/iv.htm

    3.7 Aktiviti

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    32/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    20

    4.1 Sinopsis

    Anda telah membincangkan konsep penilaian dan kepentingannya dalam

    pendidikan serta P&P di dalam bilik darjah. Dengan itu, dalam proses menilai

    ini, guru sewajarnya dapat menentukan dengan jelas kedudukan ujian sebagai

    alat penilaian dalam pendidikan. Ujian bermaksud bahan-bahan yang tertulis

    yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Dalam

    topik ini anda, kita akan membincangkan bagaimana untuk membina bahan-

    bahan ujian untuk para pelajar kita dan pada akhir topik ini, anda bolehlah

    menjawab soalan-soalan dalam aktiviti yang diberi serta berbincang dengan

    pensyarah anda. Hasil tugasan anda perlu dimasukkan dalam folio pembelajaran

    anda.

    4.2 Hasil Pembelajaran

    4.2.1.Memahami serta menghuraikan konsep-konsep ujian.

    4.2.2. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan objektif.

    4.2.3. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan subjektif.

    4.2.4. Mengaplikasikan kemahiran pembinaan soalan .

    TAJUK 4 : PEMBINAAN UJIAN

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    33/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    21

    4.3 Kerangka Konsep

    4.4 Pendahuluan

    Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan

    ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang

    pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-

    pelajar dalam pembelajaran mereka. Ini berguna bagi guru untuk

    memperbaiki dan meningkatkan kualiti P&P.

    4.5. Jenis-jenis Ujian

    Berikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif.

    4.5.1. Ujian Objektif

    Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu

    jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item

    jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.

    PembinaanUjian

    Objektif Subjektif

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    34/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    22

    Item Respons Bebas

    i.Jenis soalan:

    contoh:

    a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)

    b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai

    kasut)

    ii. Item Melengkapkan Penyataan

    contoh:

    a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah

    turun.b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya

    bekerja.

    Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)

    Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling

    tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu

    ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.

    Item Salah - Betul

    Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi

    penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau

    salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS)

    pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    35/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    23

    Item Padanan

    Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan

    objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya denganmemadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/

    perkara di sebelah kanan.

    Kata Bilangan Contoh

    1. Kata Adjektif Sifatan A. Gadis cantikitu anak Pak Zaini.

    2. Kata Adjektif

    Pancaindera

    B. Budak baikselalu dipuji.

    3. Kata Adjektif Bentuk C. Jalan bengkokke kampung itu telah ditutup.

    4. Kata Adjektif Perasaan D. Dia amat rinduakan emaknya.

    Item Aneka Pilihan

    Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana

    diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang

    berikut.

    a. Item aneka pilihan berbentuksoalan

    b. Jenis jawapan terbaik

    c. Analogi

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    36/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    24

    Item Jenis Cantuman

    Teknik Kloz

    Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji

    kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah .

    Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan

    ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan

    sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz

    pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh

    guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta

    melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian,

    berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan

    mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling

    sesuai menurut makna keseluruhan teks.

    4.5.2. Soalan Subjektif

    Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-

    Item Jenis Struktur

    Item Jenis Esei

    Pembinaan Ujian

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    37/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    25

    Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian

    Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam

    pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:

    i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat Kesahan (validity)

    a. Kesahan Isi

    b. Kesahan Ramalan

    c. Kesahan Serentak

    d. Kesahan Gagasan

    ii. Kebolehpercayaan Ujian

    Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatandan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang

    diuji.

    Rumusan

    Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan

    dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya ialah

    objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan

    seterusnya aras ujian itu sendiri.

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    38/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    26

    Arahan :

    Anda dikehendaki membaca dan memahami aspek-aspek pembinaan ujian dan

    sila sediakan carta pengurusan grafik bagi perkara-perkara yang berikut:

    a. Senaraikan dan huraikan garis panduan membina item objektif dan

    esei.

    b. Sila bina 24 item objektif aneka pilihan untuk menguji kemahiran tatabahasa

    bagi pelajar anda. Item yang anda bina mestilah merangkumi 4 soalan untuk

    setiap aras iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan

    penilaian.Tunjukkan soalan-soalan yang dibina itu kepada guru

    panitia Bahasa Melayu dan bincangkan bersamanya tentang kelebihan dan

    kelemahan pembinaan item objektif tersebut berdasarkan garis panduan

    membina item ujian objektif. Aplikasikan atau ujikan item tersebut kepada

    pelajar anda. Kemudian buat laporan menyeluruh tentang pencapaian pelajar

    anda dan kaitkan keputusan itu dengan item yang telah dibina dari segi

    kelebihan atau kelemahannya.

    4.7 Aktiviti

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    39/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    27

    Layari Internet untuk mendapatkan maklumat lanjut;

    1. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf

    2. http://www.usm.my/education/publication/JPP23-

    9_PEMBINAAN%20DAN%20PENGESAHAN%20UJIAN%20MEMBACA.pdf

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    40/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    28

    Jenis Penilaianbahasa

    Ujian Formatif

    Ujian Sumatif

    Ujian Kefasihan

    Ujian Kemajuan

    Ujian Bakat

    Ujian Pencapaian

    5.1 Sinopsis

    Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami jenis

    penilaian bahasa yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan proses

    p&p Bahasa Melayu. Jenis penilaian tersebut merangkumi ujian

    Formatif,Sumatif, Ujian Kefasihan, Kemajuan, Ujian Bakat, Pencapaian.

    5.2 Hasil Pembelajaran

    5.2.1Menghuraikan dan menjelaskan jenis penilaian bahasa.

    5.2.2 Menganalisis dan membanding-beza jenis penilaian.

    5.2.3 Menerangkan dan menganalisis ujian kefasihan, kemajuan dan ujian bakat,pencapaian.

    5.3 Kerangka Konsep

    TAJUK 5 : JENIS PENILAIAN BAHASA

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    41/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    29

    5.4 Ujian Formatif dan Sumatif

    5.5 Ujian Formatif

    Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji

    sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop

    pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan

    utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses

    pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan

    pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam

    bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.

    5.6 Ujian Sumatif

    Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada

    akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalamkalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian

    Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran

    dan aspek bahasa.

    Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujian

    kefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara

    ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka

    masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    42/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    30

    5.7 Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif

    Ujian Formatif Perbezaan Ujian Sumatif

    1. Maklum balas kepada pelajardan guru: kemajuan dankelemahan.

    Fungsi

    1. Pensijilan atau

    penggredan

    2. Sepanjang pengajaran Masa

    2. Pada akhir

    unit/kursus

    3. Kognitif, psikomotor dan afektif Penekanan 3.Kognitif

    4. Terhad kepada tugasan Sifat

    4. Beraneka jenis

    5. Berubah-ubah Kesukaran

    5. Senang sukar

    6. Dibentuk khas Alat

    6. Peperiksaan akhir

    tahun

    7. Rujukan kriteria Jenis ujian 7.Rujukan norma

    5.8 Ujian Bakat, Ujian Pencapaian, Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan

    Manakala ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalammenguasai bahasa asing.

    Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telahdipelajari.

    Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakahseseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secarakeseluruhan.

    Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid darisemasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.

    Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan danmengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    43/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    31

    Ujian Bakat

    Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungiunsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melaluiujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasaseperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktursesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dansebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pastimurid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatubahasa dengan cepat.

    Ujian PencapaianUjian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnyasesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasaidalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua setujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.

    Ujian Kefasihan

    Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yangdipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkanseseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai denganpengetahuan dan kebolehan mereka.

    NOTA TAMBAHAN

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    44/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    32

    Arahan

    1. Anda dikehendaki mendapatkan seberapa banyak maklumat yang berkaitandengan tajuk di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

    2. Kemudian buat banding beza antara kaedah-kaedah penilaian bahasa yangtelah dihuraikan di atas menggunakan borang pengurusan grafik.

    Sila ambil satu contoh kaedah penilaian bahasa di atas untuk menilai satukemahiran bahasa. Nyatakan kesesuaian dan keberkesanan kaedah tersebutuntuk menguji kemahiran bahasa yang telah anda pilih itu.

    AKTIVITI

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    45/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    33

    6.1 Sinopsis

    Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan

    cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara

    penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple

    ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi

    penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar

    kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.

    6.2 Hasil Pembelajaran

    6.2.1 Menghuraikan kaedah penilaian melalui portfolio.

    6.2.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui

    pemerhatian.

    6.2.3. Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui

    pemerhatian penilaian melalui portfolio.

    TAJUK 6 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    46/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    34

    Kaedah PenilaianBahasa

    Penilaian MelaluiPortfolio

    Penilaian MelaluiPemerhatian

    6.3 Kerangka Konsep

    6.4 Penilaian Melalui Porfolio

    Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan

    merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui

    bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks

    pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti

    pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang

    menyeluruh.

    Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan,

    pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara

    kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran

    secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal

    hingga ke akhir.

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    47/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    35

    6.4.1 Tujuan Portfolio

    Tujuan portfolio ialah untuk :

    Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan

    yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.

    Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka

    secara sistematik.

    Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat

    peribadi.

    6.4.2 Kegunaan Portfolio

    menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).

    menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.

    digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam

    penyempurnaan gred.

    menilai secara sumatif pembelajaran.

    menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar

    6.4.3 Ciri-ciri Portfolio

    (a) Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat,

    halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.

    (b) Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah

    konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika

    melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    48/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    36

    (c) Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan,

    komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu

    tugasan pembelajaran.

    (d) Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan

    membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.

    (e) Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan

    pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara

    aktif.

    6.4.4 Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.

    Portfolio Kerja Harian

    Portfolio Hasil Terbaik

    Portfolio Dokumen

    6.4.5 Bagaimana Menilai Portfolio?

    Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan

    berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-

    kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.

    Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi

    gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir.

    Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang

    mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.

    E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan

    J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru

    A 3 Membentuk suku kata

    A 2 Menyebut bunyi huruf

    N 1 Permulaan mengenal huruf

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    49/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    37

    Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil

    pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran

    seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.

    Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi

    matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya

    membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

    6.4.6 Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio

    Sesebuah portfolio mengandungi:

    Senarai semak yang disediakan oleh guru

    Nota-nota yang disediakan oleh guru Catatan jurnal

    Buku log

    Refleksi kendiri murid

    Gambar dan foto

    6.4.7 Kebaikan Penilaian Portfolio

    Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran

    Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid

    Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid

    Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman

    kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.

    6.5 Penilaian Melalui Pemerhatian.

    Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu

    yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang

    keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek

    kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan

    persekitaran.

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    50/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    38

    6.5.1 Jenis Pemerhatian

    Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:

    Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.

    Memerhati apa yang telah dirancang secara open ended. Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang.

    6.5.2 Strategi Pemerhatian

    Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.

    Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal

    berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.

    Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod

    anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan

    dan persekitaran.

    Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang

    dijalankan.

    6.5.3 Pelaksanaan Proses Pemerhatian

    Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian.

    Antaranya ialah:

    Kualiti Pemerhatian

    Bentuk Perancangan

    Jenis-jenis Pemerhatian

    6.5.4 Fungsi Pemerhatian

    Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu prosespembelajaran.

    Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan

    sebaya dalam sesuatu pembelajaran.

    Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti

    projek.

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    51/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    39

    6.6 Rumusan.

    Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan

    tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara inibiasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai,

    pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan,

    dan sikap bias serta prasangka penilai.

    1. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat di perpustakaan atau pusatsumber yang berdekatan.

    2. Anda juga dikehendaki membuat penilaian murid dalam kelas andaberdasarkan penilaian portfolio. Sediakan laporan ringkas tentang kelebihandan kelemahan kaedah penilaian tersebut.

    AKTIVITI

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    52/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    40

    7.1 Sinopsis

    Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan

    cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara

    penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple

    ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi

    penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar

    kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.

    7.2 Hasil Pembelajaran

    7.2.1Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui kontrak

    pembelajaran.

    7.2.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui soal jawab.

    TAJUK 7: KAEDAH PENILAIAN BAHASA

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    53/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    41

    Kaedah PenilaianBahasa

    Penilaian MelaluiKontrak Pembelajaran

    Penilaian Melalui SoalJawab

    7.3 Kerangka Konsep

    7.4 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

    7.4.1 Cara Pelaksanaan

    Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk

    keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.

    Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan

    proses pelaksanaan tugasan.

    Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai

    Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak

    yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan)

    berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak ini

    biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan

    kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat

    kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh

    guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    54/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    42

    Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar

    berdasarkan kriteria yang ditentukan.

    Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau

    penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.

    7.4.2 Fungsi Kontrak Pembelajaran

    Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang

    berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan :

    a. pelajar mengenal pasti dan merekod,

    b. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,

    c. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai

    matlamat tersebut.

    7.4.3 Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?

    Penilaian objektif tugasan

    Hasil Pembelajaran

    Penilaian

    Format / Bentuk

    7.4.4 Format Kontrak Pembelajaran

    Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut

    keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukan

    kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas.

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    55/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    43

    Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak

    formal tetapi terancang dan jelas.

    Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu

    KONTRAK PEMBELAJARAN

    Mata Pelajaran : ............................................................

    Nama : ........................................................................

    Tahun/Tingkatan :...........................................................

    Tugasan : .....................................................................

    Objektif :

    1..................................................................

    2..................................................................

    3..................................................................

    Perkembangan

    Peringkat

    Apa yang ingin

    dicapai padaperingkat ini

    Bagaimana

    akandilaksanakanpada peringkatini

    Tempoh masa

    pelaksanaanperingkat ini

    Bagaimana

    penilaian peringkatini dibuat

    Catatan

    Tandatangan murid Tandatangan rakan sebaya Tandatangan guru

    .............................. .................................... ...............................

    Nama: Nama: Nama:

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    56/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    44

    7.5 Penilaian Melalui Soal Jawab

    Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular

    digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa

    Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara

    berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-

    konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan,

    penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.

    7.5.1 Cara Pelaksanaan

    Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang

    berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas

    yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan

    pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan

    penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk

    menguasai teknik menyoal.

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    57/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    45

    1. Pilih satu bahan pengajaran grafik untuk sesi pengajaran Bahasa Melayu

    kelas KBSR, anda mahu menguji dan menilai murid melalui kaedah soal

    jawab, sediakan soalan-soalan yang sesuai untuk menguji pemahaman

    murid tentang grafik. Sediakan rumusan tentang pencapaian murid anda dan

    keberkesanan kaedah tersebut.

    2. Bagaimana anda menjalankan Penilaian Kontrak Pembelajaran semasa

    proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

    Huraikan dengan contoh-contoh yang tepat dan cara pelaksanaannya.

    AKTIVITI

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    58/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    46

    Kaedah PenilaianBahasa

    Penilaian MelaluiProjek

    Penilaian MelaluiKertas Kerja

    8.1 Sinopsis

    Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan

    cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara

    penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple

    ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi

    penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar

    kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. Modul ini membincangkan tajuk

    penilaian melalui projek sahaja. Tajuk penilaian melalui kertas kerja akan

    disampaikan ketika interaksi bersemuka.

    8.2 Hasil Pembelajaran

    8.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui projek

    8.2.2 Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui projek

    8.3 Kerangka Konsep

    TAJUK 8: KAEDAH PENILAIAN BAHASA

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    59/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    47

    8.4 Penilaian Melalui Projek

    Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?

    Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:

    Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.

    Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan

    inovasi.

    Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang

    terdapat di luar bilik darjah.

    Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh

    masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data

    persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah,

    projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara

    individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka

    masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses

    sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.

    Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau

    membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins,

    1989).

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    60/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    48

    8.5 Ciri-ciri Penilaian Projek

    Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).

    Jangka masa yang panjang

    Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.

    Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan

    yang benar.

    Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan

    projek atau dalam kumpulan.

    Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.

    Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran

    merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasanbersama orang lain.

    Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.

    Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.

    Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

    8.6 Jenis-jenis penilaian Projek

    Latihan dan soalan open-ended untuk pelajar meneroka secara lisan

    atau bertulis.

    Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan

    menerangkan keputusan ujikaji, membina model.

    Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.

    Tugasan prestasi drama, lakonan, persembahan, poster atau model.

    8.7 Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.

    Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.

    Langkah 2 : Penilaian awal projek.

    Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.

    Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.

    Langkah 5 : Penilaian hasil projek.

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    61/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    49

    Arahan:

    1. Anda dikehendaki membaca dan memahami tajuk di atas, kemudian sila

    lengkapkan pengetahuan anda dalam borang pengurusan grafik yang sesuai.

    2. Anda memberi tugasan membuat satu projek tentang galakan membaca

    dalam kalangan murid-murid di sekolah anda. Murid-murid secara

    berkumpulan akan menghasilkan pelbagai bahan dan produk, anda

    dikehendaki menyediakan senarai semak yang lengkap untuk menilai

    keberkesanan produk atau bahan yang dihasilkan oleh murid.

    Tahniah !

    Anda telah berjaya menamatkan Modul Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah

    Rendah dengan jayanya. Pastikan anda membuat latihan yang diberikan untuk

    membolehkan anda menguasai modul ini.

    Arahan:-

    Soalan 1 hendaklah dibincangkan bersama pensyarah / tutor anda.

    Soalan 2 hendaklah dijawab secara bertaip dan diserahkan kepada

    pensyarah/tutor anda.

    ----------------------------------------MODUL TAMAT---------------------------------------------

    AKTIVITI

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    62/66

    BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    50

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    63/66

    BMM 3103 PENTAKSIRAN

    BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    50

    RUJUKAN

    Abdul Aziz Talib (1989), Pengajaran dan Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur: Nurin

    Enterprise.

    Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah danTeknik, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

    Azman Wan Chik (1987), Isu-Isu dalam Pengukuran dan Penilaian BahasaMalaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Azman Wan Chik (1994), Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Anuar Amat dan Zuariah Yusoff (1992) Pembinaan Item Ujian dalam PenilaianPendidikan Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Institut Bahasa.

    Bahagian Pendidikan Guru. Menilai dan Mentaksir, Kuala Lumpur: KementerianPendidikan.

    Ee Ah Meng (2003). Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas.Shah Alam: Fajar Bakti.

    Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2008), Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan UntukKPLI. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman.

    Raminah Hj. Sabran (1991), Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia:Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

    Tan Hui Leng (1996). Penilaian dalam Proses Pendidikan : Asas Pendidikan 3,Shah Alam: Fajar Bakti.

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    64/66

    PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN

    PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

    (PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH)

    NAMA KELAYAKAN

    PN.HASNAH BT AWANG

    Pensyarah

    IPG Kampus Ipoh,31150 Hulu Kinta,Perak Darul Ridzuan.

    Kelulusan:

    M.Ed. ( Bahasa Melayu ) UPSI

    B.Ed ( Pengajaran Bahasa Melayu Sbg BahasaPertama) UPM

    Sijil Perguruan ( Pengajian Melayu ) MPIP

    Pengalaman:

    Pensyarah Bahasa Melayu

    Guru Bahasa Melayu

    EN. NORDIN BIN SHAARI

    Pensyarah

    IPG Kampus Dato Razali Ismail,21030 Kuala Terengganu,Terengganu

    Kelulusan:

    M.Ed. (Psikologi Pendidikan) USM

    Sarjana Muda Pengajian Melayu ( BahasaMelayu / Sosio-Budaya Melayu) UM

    Pengalaman:

    Pensyarah Bahasa Melayu

    Guru Bahasa Melayu

    51

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    65/66

    PANEL PEMURNIAN PANDUAN PEMBELAJARAN

    PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

    (PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH)

    NAMA KELAYAKAN

    PN.HASNAH BT AWANG

    Pensyarah

    IPG Kampus Ipoh,31150 Hulu Kinta,

    Perak Darul Ridzuan.

    Kelulusan:

    M.Ed. ( Bahasa Melayu ) UPSI

    B.Ed ( Pengajaran Bahasa Melayu Sbg BahasaPertama) UPM

    Sijil Perguruan ( Pengajian Melayu ) MPIP

    Pengalaman:

    Pensyarah Bahasa Melayu

    Guru Bahasa Melayu

    HJ. NIK HARUN AMINARRASHEDBIN NIK MAHMOOD

    Pensyarah

    IPG Kampus Dato Razali Ismail,21030 Kuala Terengganu,

    Terengganu

    Kelulusan:

    M.Ed. (Pentadbiran Pendidikan) UPM

    B.Ed ( Pengajaran Bahasa Melayu Sbg BahasaPertama) UPM

    Sijil Perguruan ( Pengajian Melayu ) MPKB

    Pengalaman:

    Pensyarah Bahasa Melayu

    Guru Bahasa Melayu

    52

  • 7/31/2019 Bmm3103 Pentaksiran Bahasa Melayu

    66/66

    LAMPIRAN A

    IKON

    Rehat

    Perbincangan

    Bahan Bacaan

    Buku Rujukan

    Latihan

    Membuat Nota

    Senarai Semakan

    Layari Internet

    Panduan Pengguna

    Mengumpul Maklumat

    Tutorial

    Memikir