36
1 JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA BANCI EKONOMI 2011 (BAGI TAHUN RUJUKAN 2010) PANDUAN MENGISI SOAL SELIDIK A. UMUM 1. Banci ini dijalankan di bawah peruntukan Akta Perangkaan,1965 (Disemak-1989). Akta ini menjamin bahawa kandungan soal selidik pertubuhan yang diterima adalah SULIT dan tidak boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini. Soal selidik tuan akan hanya digunakan bersama-sama dengan soal selidik lain bagi memperoleh perangkaan menyeluruh. Akta ini juga memperuntukkan denda yang berat ke atas keengganan memberikan kerjasama. 2 Semua maklumat yang diberikan di dalam soal selidik ini hendaklah meliputi tahun takwim 2010. Walau bagaimanapun, bagi pertubuhan-pertubuhan yang tahun kewangan tidak sama dengan tahun takwim, laporan yang tahun kewangannya berbeza tidak lebih daripada enam bulan dari tahun takwim boleh diterima. Sekiranya akaun tuan belum dimuktamadkan, sila berikan anggaran yang munasabah. 3. Tanggungjawab mengemukakan maklumat untuk soal selidik ini adalah terletak kepada pemilik pertubuhan ini dan bukan wakil, setiausaha atau akauntannya, meskipun mereka ini boleh bertindak bagi pihak pemilik. 4. Semua nilai hendaklah dilaporkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang terhampir. 5. Semasa melengkapkan soal selidik ini, sekiranya terdapat mana-mana perkara yang mempunyai perbezaan yang ketara berbanding dengan tahun sebelumnya, sila jelaskan perbezaan tersebut pada kolum catatan di muka surat 27 soal selidik ini. Penjelasan ini akan membantu meminimakan pertanyaan. B. SKOP DAN LIPUTAN 1. Banci ini meliputi semua pertubuhan yang terlibat dalam sektor pengkuarian batu di Malaysia. 2. Pengkuarian Batu adalah ditakrifkan sebagai penggalian, dari bumi bagi batu untuk bangunan dan peringatan termasuk batu sabak, batuan untuk batu lada dan batu baur konkrit, batuan simen dan batu matra. Kegiatan yang dijalankan bersama-sama dengan aktiviti penggalian batu seperti potongan kasar, membentuk, mengisar, menghancur dan kerja-kerja lain yang berkaitan adalah termasuk di sini. Banci ini meliputi penggalian batu kapur, granit, batu pasir, silika, batu marmar dan kuarza. PENGKUARIAN BATU

BAHASA MELAYU kuari 080411

  • Upload
    others

  • View
    12

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BAHASA MELAYU kuari 080411

1

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

BANCI EKONOMI 2011(BAGI TAHUN RUJUKAN 2010)

PANDUAN MENGISI SOAL SELIDIK

A. UMUM

1. Banci ini dijalankan di bawah peruntukan Akta Perangkaan,1965 (Disemak-1989). Aktaini menjamin bahawa kandungan soal selidik pertubuhan yang diterima adalah SULITdan tidak boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini.Soal selidik tuan akan hanya digunakan bersama-sama dengan soal selidik lain bagimemperoleh perangkaan menyeluruh. Akta ini juga memperuntukkan denda yang beratke atas keengganan memberikan kerjasama.

2 Semua maklumat yang diberikan di dalam soal selidik ini hendaklah meliputi tahuntakwim 2010. Walau bagaimanapun, bagi pertubuhan-pertubuhan yang tahun kewangantidak sama dengan tahun takwim, laporan yang tahun kewangannya berbeza tidak lebihdaripada enam bulan dari tahun takwim boleh diterima. Sekiranya akaun tuan belumdimuktamadkan, sila berikan anggaran yang munasabah.

3. Tanggungjawab mengemukakan maklumat untuk soal selidik ini adalah terletak kepadapemilik pertubuhan ini dan bukan wakil, setiausaha atau akauntannya, meskipun merekaini boleh bertindak bagi pihak pemilik.

4. Semua nilai hendaklah dilaporkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang terhampir.

5. Semasa melengkapkan soal selidik ini, sekiranya terdapat mana-mana perkara yangmempunyai perbezaan yang ketara berbanding dengan tahun sebelumnya, sila jelaskanperbezaan tersebut pada kolum catatan di muka surat 27 soal selidik ini. Penjelasan iniakan membantu meminimakan pertanyaan.

B. SKOP DAN LIPUTAN

1. Banci ini meliputi semua pertubuhan yang terlibat dalam sektor pengkuarian batu diMalaysia.

2. Pengkuarian Batu adalah ditakrifkan sebagai penggalian, dari bumi bagi batu untukbangunan dan peringatan termasuk batu sabak, batuan untuk batu lada dan batu baurkonkrit, batuan simen dan batu matra. Kegiatan yang dijalankan bersama-sama denganaktiviti penggalian batu seperti potongan kasar, membentuk, mengisar, menghancur dankerja-kerja lain yang berkaitan adalah termasuk di sini. Banci ini meliputi penggalian batukapur, granit, batu pasir, silika, batu marmar dan kuarza.

PENGKUARIAN BATU

Page 2: BAHASA MELAYU kuari 080411

2

3. Tuan hendaklah melaporkan semua aktiviti ekonomi yang dijalankan di kawasan lombongyang dilaporkan termasuk semua kegiatan sampingan kepada aktiviti lombong itu. Bagilombong-lombong yang terletak di tempat-tempat lain, tuan hendaklah menghantar soalselidik yang berasingan, walaupun di bawah hak milik yang sama.

4. Unit melapor bagi banci ini adalah pertubuhan. Pertubuhan ditakrifkan secara ideal sebagai‘satu unit ekonomi yang bergiat di bawah satu hak milik atau penguasaan tunggal iaitu dibawah satu entiti yang sah. Ia menjalankan satu jenis aktiviti ekonomi utama di satu tempat /lokasi fizikal’.Sebuah pertubuhan pengkuarian adalah dikelaskan di bawah satu industrimengikut produk kuari yang dikeluarkan oleh kuari tersebut. Walau bagaimanapun, jika kuariitu juga mengeluarkan produk lain yang diliputi oleh industri lain pada tahun itu dan ia dapatmengemukakan penyata yang berasingan berkaitan dengan industri tersebut, ianya bolehberbuat demikian dengan meminta borang-borang tambahan daripada Jabatan Perangkaan.Jika tiada data yang berasingan bagi kegiatan pengkuarian sampingan tersebut, ianyahendaklah dilaporkan bersama-sama dengan kegiatan pengkuarian utamanya dalampenyata itu.

5. Soal selidik ini dihantar kepada pemajak lombong. Jika pemajak lombong mengusahakanlombong itu pada tahun rujukan, tanggungjawab mengemukakan maklumat-maklumat untuksoal selidik ini terletak kepada pemajak. Jika pemajak lombong bukan pengusaha, soalselidik hendaklah dilengkapkan oleh pengusaha lombong berkenaan.

6. Jika pertubuhan ini adalah ibu pejabat, sila laporkan semua maklumat dalam borang soalselidik ini. Jika pertubuhan ini adalah cawangan yang tidak mempunyai akaun yangberasingan dengan ibu pejabat, sila pastikan ibu pejabat melaporkan semua maklumat yangberkaitan dengan cawangan.

PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK

Soalan 1 : Maklumat Pengenalan

Perkara 1.1 Sila laporkan Nombor Pendaftaran Syarikat / Perniagaan (SSM) tuan.

Perkara 1.2 Nyatakan Status Pertubuhan tuan sama ada Pelesen atau Operator atau kedua-duanya

Perkara 1.3 Sila nyatakan aktiviti industri utama pertubuhan tuan, berasaskan kepadakeluaran/perkhidmatan utama.

Perkara 1.4 Sila laporkan tarikh permulaan aktiviti semasa.Ia merujuk kepada tarikh bila pertubuhan tuan mula mengeluarkan barangan danperkhidmatan.

Perkara 1.5 Sila laporkan tempoh operasi/perakaunan pertubuhan tuan sama ada tahun takwim atautahun kewangan. Tempoh operasi perlu meliputi sekurang-kurangnya enam bulandalam tahun rujukan.

Page 3: BAHASA MELAYU kuari 080411

3

Contoh-contoh di bawah adalah sebagai panduan:-

Contoh:

(a) 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2010

(b) 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011

Perkara 1.6 Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja.Pelaburan merujuk kepada pemegangan aset kewangan di luar negara oleh residen(individu, pertubuhan atau organisasi lain). Aset kewangan terdiri daripada pelaburandalam anak syarikat atau syarikat bersekutu, sekuriti ekuiti, sekuriti hutang, bon, unitamanah, kredit perdagangan, pemberian pinjaman, deposit, pemberian pendahuluan danaset lain.

Perkara 1.7 Sila laporkan alamat kuari tuan jika ianya berlainan dengan alamat yang diberikan dimuka depan.Alamat kuari merujuk kepada alamat lokasi fizikal di mana kuari sebenar terletak. Jikalokasi kuari sebenar terletak di luar kawasan bandar, sila berikan lokasinya denganlengkap seperti kampung atau bandar yang hampir sekali dengannya.

Perkara 1.8 Sila pastikan data yang dilapor dalam Soal Selidik ini hanya berkaitan denganpertubuhan ini di mana lokasinya adalah sama seperti alamat yang diberikan di dalamsoalan 1.7.Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja.

Perkara 1.9 Jika Perkara 1.8 jawapannya “TIDAK”, sila berikan penyata berasingan.

Soalan 2: Taraf Sah

Perkara 2.1 Tanda (X) dalam satu kotak sahaja

(a) Hak Milik PerseoranganMerujuk kepada perniagaan yang dimiliki oleh orang perseorangan dan ianyadijalankan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pemilik mempunyaihak mutlak untuk mengendalikan urusan pertubuhannya.

(b) PerkongsianMerujuk kepada sekumpulan individu yang telah bersetuju untuk mengkontrakdan menjalankan perniagaan dengan matlamat untuk mendapat keuntungan.Perniagaan tersebut diuruskan oleh mereka atau salah seorang daripadamereka yang bertindak mewakili semua pihak. Perkongsian perniagaan ini

KeDari

TahunBulanHari

0 1 0 1 2 0 1 0/ /

TahunBulanHari

3 1 1 2 2 0 1 0//

KeDari

TahunBulanHari

0 1 0 7 2 0 1 0/ /

TahunBulanHari

3 0 0 6 2 0 1 1//

Page 4: BAHASA MELAYU kuari 080411

4

hendaklah mengandungi ahli sekurang-kurangnya dua orang dan tidakmelebihi had maksimum dua puluh orang.

(c) Syarikat Sendirian BerhadMerujuk kepada sebuah perbadanan swasta yang ditubuhkan untukmenjalankan perniagaan dengan matlamat untuk mencari keuntungan.Saham dipegang secara tertutup oleh pemegang–pemegang saham yangmempunyai kawalan terhadap operasi syarikat. Ia didaftarkan dengantanggungan berhad.

Sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai Memorandum dan ArtikelPersatuan sendiri, yang antara lain:

i. menghadkan hak untuk memindahkan sahamnya;

ii. menghadkan bilangan pemegang sahamnya di antara dua hingga limapuluh orang (tidak termasuk pekerja syarikat itu dan bekas pekerja yangmasih menjadi ahli);

iii. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai untuk membeli apa-apa saham atau debentur syarikat itu; dan

iv. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai supaya menyimpanwang di syarikat itu bagi sesuatu tempoh yang ditetapkan ataupun untukdibayar bila dituntut, sama ada dengan faedah atau tidak.

(d) Syarikat Awam BerhadMerujuk kepada sebuah perbadanan swasta yang ditubuhkan, dengantanggungan berhad, oleh sekurang-kurangnya dua orang untuk menjalankanperniagaan dengan tujuan untuk mencari keuntungan. Saham syarikat awamberhad ini dipegang secara terbuka dan bagi sesebuah syarikat yangdisenaraikan di Bursa Saham, sahamnya boleh bertukar milik secara bebas.Syarikat tersebut dianggap sebagai sebuah entiti yang sah dan ditubuhkanmengikut Memorandum dan Artikel Persatuan.

(e) Syarikat KoperasiMerujuk kepada sesebuah persatuan sukarela yang bilangan ahlinya tidakterhad dan didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993. Kumpulan wang yangada adalah milik bersama untuk memenuhi keperluan ahli-ahlinya.

(f) Perbadanan AwamMerujuk kepada sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah AktaParlimen atau Dewan Perundangan Negeri.

(g) Pertubuhan Persendirian Tidak Mencari KeuntunganMerujuk kepada syarikat tanpa saham yang ditubuhkan dengan tanggunganberhad. Kebanyakan syarikat ini terdiri daripada pertubuhan kebajikan,keagamaan, pendidikan, kesihatan, kebudayaan, rekreasi dan pertubuhanlain yang membekalkan perkhidmatan sosial dan komuniti kepada isi rumah.Ia memberikan perkhidmatan tersebut secara percuma atau pada harga yang

Page 5: BAHASA MELAYU kuari 080411

5

tidak meliputi sepenuhnya kos perkhidmatan. Sebarang keuntungan yangdiperolehi dilabur semula ke dalam pertubuhan berkenaan.

(h) Lain-lainMerujuk kepada semua pertubuhan lain yang tidak termasuk di mana-manakategori yang tersebut di atas, contohnya syarikat sendirian bukan berhad.

Perkara 2.2 Tandakan (X) dalam kotak yang sesuai bagi yang menjawab (a), (b) atau (c)sahaja.

Pertubuhan milikan wanita: Ia merujuk kepada pertubuhan sekurang-kurangnya51 peratus pemilikan ekuiti dipegang oleh wanita ATAU pemengang sahamterbesar adalah wanita dan pertubuhan diuruskan oleh wanita ATAU PengarahUrusan atau Ketua Pengarah Eksekutif adalah wanita yang memiliki sekurang-kurangnya 10 peratus ekuiti.

Soalan 3: Dana Pemegang Saham Dan Struktur Hak Milik

Perkara 3.1 Dana pemegang saham:

Perkara 3.1.1 Modal berbayar

Masukkan nilai modal berbayar di dalam kotak yang disediakan.

(a) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, ia merujukkepada modal yang disumbangkan oleh pemilik perseorangan ataurakan kongsi.

(b) Bagi syarikat sendirian berhad atau syarikat awam berhad, ia merujukkepada modal saham yang dibayar oleh syarikat.

(c) Bagi perbadanan awam, ia merujuk kepada modal yang dibayar olehkerajaan Malaysia.

(d) Bagi koperasi, ia merujuk kepada saham yang dilanggani dan dibayaroleh anggota-anggota, dan / atau modal yuran.

Perkara 3.1.2 Rizab

Masukkan nilai rizab dalam kotak yang disediakan.

(a) Bagi syarikat berhad, ia merujuk kepada keuntungan atau kerugianyang terkumpul, rizab modal, akaun premium saham, rizab am, rizabtukaran mata wang asing dan rizab lain.

(b) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, ia merujukkepada baki dalam akaun keuntungan dan kerugian.

(c) Bagi koperasi, ia merujuk kepada keuntungan atau kerugian yangterkumpul dan dana rizab.

Page 6: BAHASA MELAYU kuari 080411

6

Perkara 3.2 Struktur hak milik

Sila berikan peratus (%) hak milik pertubuhan berdasarkan modal berbayar sepertipada 31 Disember 2010 dalam kotak yang disediakan.

Hak milik sesebuah pertubuhan dikelaskan mengikut taraf residen pemilik modalberbayar terbesar (lebih daripada 50%) dan bukannya mengikut tarafkewarganegaraan mereka.

Perkara 3.2.1 Dipegang oleh Residen Malaysia

Residen Malaysia adalah individu, pertubuhan atau organisasi lain yanglazimnya berada di Malaysia untuk jangka masa sekurang-kurangnya satu tahun.Residen Malaysia meliputi:

Cawangan dan anak syarikat asing yang didaftarkan di Malaysia; dan Warga asing yang menetap atau bekerja di Malaysia lebih daripada

setahun.

Perkara 3.2.1.1 IndividuJelas maksudnya.

Perkara 3.2.1.2 Institusi / syarikat

(a) Bumiputera

Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki olehBumiputera, contohnya:Lembaga Tabung HajiLembaga Tabung Angkatan TenteraKoperasi PolisJabatan KoperasiASM MaraAmanah Saham PNB

(b) Bukan Bumiputera

Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki olehBukan Bumiputera.

Perkara 3.2.2 Dipegang secara langsung oleh Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeridan Tempatan

Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh KerajaanPersekutuan, Negeri atau Tempatan seperti contoh di bawah:

Khazanah Nasional BerhadKumpulan Wang Simpanan PekerjaKumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)Kementerian Kewangan MalaysiaKeretapi Tanah Melayu

Page 7: BAHASA MELAYU kuari 080411

7

Bank Pertanian MalaysiaLembaga Air PerakYayasan Kemiskinan KelantanLembaga Pelabuhan JohorSuruhanjaya Pelabuhan Pulau PinangPerbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu SarawakUniversiti Teknologi Malaysia (UTM)Universiti Putra Malaysia (UPM)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Universiti Malaya (UM)Universiti Utara Malaysia (UUM)Universiti Sains Malaysia (USM)Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)Universiti Malaysia Sabah (UMS)Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Universiti Teknologi Mara (UiTM)Universiti Industri Selangor (UNISEL)Kementerian Kewangan Negeri SabahPenerbangan Malaysia BerhadPesuruhjaya Tanah PersekutuanMenteri Besar IncorporationSelangor State IncorporationSarawak Goverment Employee Co-operative Society LtdMajlis Amanah Rakyat (MARA)Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Bhd (BPIMB)Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)Perbadanan Nasional Berhad (PNS)Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri PerlisPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri KedahPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pulau PinangPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri PerakPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri SelangorPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri SembilanPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri MelakaPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri JohorPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri PahangPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri TerengganuPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri KelantanPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri SabahPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sarawak

Perkara 3.2.3 Dipegang secara langsung oleh bukan Residen Malaysia

Bukan Residen Malaysia ialah individu, pertubuhan atau organisasi lainyang lazimnya tinggal atau terletak di negara lain selain Malaysia. Bukanresiden Malaysia terdiri daripada: Cawangan dan anak syarikat di luar negara kepada syarikat induk di

Malaysia; dan Rakyat Malaysia yang bekerja atau menetap di luar negara melebihi

setahun.

Page 8: BAHASA MELAYU kuari 080411

8

Perkara 3.3 Jika modal berbayar pertubuhan dipegang 51 peratus dan ke atas olehsyarikat / individu di luar nagara, secara langsung atau tidak langsung, silanyatakan negara syarikat induk muktamad.

Syarikat induk muktamad merujuk kepada entiti teratas dalam rantaian pemilikansyarikat yang memiliki, secara langsung atau tidak langsung, kepentingan milikanekuiti dalam pertubuhan ini sebanyak 51 peratus atau lebih. Saham syarikat indukmuktamad adalah tidak dimiliki secara majoriti oleh syarikat lain.

Negara merujuk kepada lokasi di mana syarikat induk muktamad menjalankanaktiviti ekonomi/perniagaan.

Contoh pemegangan secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat indukmuktamad dalam anak syarikat di Malaysia:

Contoh 1: Pemegangan secara langsung oleh syarikat induk di luar negara

Jepun-------------------------------------------------------

Parent Company (X)

80%

Respondent Company (R)

Negara syarikat induk muktamad: Jepun

Malaysia

Page 9: BAHASA MELAYU kuari 080411

9

Contoh 2: Pemegangan secara tidak langsung oleh syarikat induk muktamad diluar Negara melalui pemegangan syarikat induk immediate di Malaysia

USA--------------------------------------------------------

Malaysia

Contoh 3: Pemegangan secara tidak langsung oleh syarikat induk muktamad diluar negara melalui pemegangan syarikat induk immediate di negaraasing lain.

--------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------

Ultimate Parent Company (X)

80%

Indirectly owned80%

Immediate Parent Company (B)

100%

Respondent Company (R)

Negara syarikat induk muktamad: USA

Ultimate Parent Company (X)

80%

Immediate Parent Company (B)Indirectly owned 80%

100%

Respondent Company (R)

Negara syarikat induk muktamad: USA

USA

Bermuda

Malaysia

Page 10: BAHASA MELAYU kuari 080411

10

Soalan 4: Perbelanjaan Modal Dan Nilai Harta

i. Maklumat yang dikehendaki dalam soalan ini adalah:

i. nilai inventori harta seperti pada hari pertama dan hari terakhir bagi tahun rujukan; dan

ii. nilai urus niaga harta pada tahun rujukan.

ii. Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dansebagainya.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripadasetahun dan ianya adalah bertujuan untuk digunakan oleh pertubuhan ini.

iii. Harta lain meliputi paten, muhibah, lukisan, barang kemas, kerja masih dalam pembinaan dansebagainya.

iv. Nilai buku bersih pada awal tahun perlu direkodkan dalam kolum (01), iaitu nilai setelahmengambil kira susut nilai pada masa itu.

v. Nilai tambahan pada tahun itu termasuk semua pemilikan harta oleh pertubuhan itu sama adadiperoleh daripada pertubuhan lain atau dikeluarkan oleh pekerja-pekerja sendiri.Pengubahsuaian dan pembaikan besar kepada harta yang masih ada yang memanjangkan lagiusia ekonomi biasa atau meninggikan lagi daya pengeluaran mereka, hendaklah dilaporkan.Pembaikan dan penyelenggaraan semasa adalah dikecualikan.

vi. Pemilikan daripada pertubuhan lain hendaklah dinilaikan pada kos penuh yang terlibat, iaitu padaharga serahan dicampur dengan kos pemasangan, termasuk sebarang bayaran dan cukai yangperlu, tetapi tidak termasuk kos pembiayaan iaitu kos-kos berhubung dengan mengadakankumpulan wang bagi membiayai pembelian harta seperti komisen kepada bank atau underwriterdan bayaran yang dikenakan bagi mengapungkan sebarang pinjaman yang diperlukan.

vii. Harta yang diperoleh dengan percuma daripada pertubuhan lain di bawah hak milik yang sama,hendaklah dinilaikan seperti dibeli dari luar pertubuhan.

viii. Pembelian baru termasuk import (baru & terpakai): Meliputi perolehan harta baru termasukharta terpakai yang diimport kerana ia merupakan harta baru diperoleh untuk ekonomi Malaysia.Ini merujuk harta tetap yang belum pernah digunakan di Malaysia, termasuk harta tetap yangdiimport sama ada baru atau terpakai (kolum 02).

ix. Pembelian aset terpakai Malaysia: Semua harta yang dahulunya digunakan dalam Malaysiatermasuk semua harta yang telah dibaikpulih atau diubahsuai sebelum pemilikan hendaklahdianggap sebagai terpakai (kolum 03).

x. Membuat / membina sendiri: Bagi harta tetap yang dikeluarkan oleh pertubuhan ini untukkegunaan sendiri, kos bagi semua kerja yang dijalankan pada tahun itu hendaklah direkodkan.Sebarang kos overhead yang diperuntukkan bagi kerja ini hendaklah dimasukkan (kolum 04).

xi. Urus niaga modal pada amnya hendaklah direkodkan apabila pemilikan diperoleh. Kebiasaannyaia hendaklah direkodkan serentak pada masa harta tersebut disiapkan sepenuhnya dandiserahkan untuk penyeliaan pertubuhan itu. Ini adalah merupakan asas merekod perbelanjaanbagi semua harta tetap kecuali bagi kerja-kerja binaan. Dalam kes pembinaan, nilai kerjapembinaan ialah nilai kerja yang dijalankan ke atas projek yang disempurnakan pada tahun

Page 11: BAHASA MELAYU kuari 080411

11

rujukan, dicampur dengan nilai kerja yang masih dijalankan pada akhir tahun rujukan dan ditolaknilai kerja pada awal tahun rujukan.

xii. Nilai harta yang dijual atau ditamatkan penggunaannya dalam tahun rujukan tanpa mengirakeadaannya, hendaklah dilaporkan mengikut hasil sebenar yang diperoleh di kolum 05.

xiii. Keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta: Apabila sesuatu harta dijualmelebihi / kurang daripada nilai buku bersih, maka keuntungan / kerugian daripada jualan hartadiperoleh hendaklah dilaporkan dalam kolum 06.Dalam keadaan yang serupa, sesuatu harta boleh dinilai semula untuk mencerminkan hargapasaran semasa dan keuntungan / kerugian daripada penilaian semula harta diperoleh jugahendaklah dilaporkan dalam kolum 06. Jika berlaku kerugian, angka hendaklah ditulis dalamkurungan atau bermula dengan simbol (-).

xiv. Susut nilai: Merupakan kerugian atau kejatuhan nilai bagi sesuatu harta disebabkan oleh haus,lusuh, luput atau kejatuhan kekal dalam nilai pasaran (susut nilai yang dibenarkan untuk maksudcukai boleh diterima). Nilai yang dilaporkan dalam penyata akaun bagi tiap-tiap kelas harta tetaphendaklah dilaporkan dalam kolum 07 secara berasingan. Ini termasuk juga pelunasan(pengurangan nilai) tanah pajak. Jumlah susut nilai ini hendaklah sama dengan perkara 9.22Soalan 9.

xv. Nilai buku bersih akhir tahun rujukan (kolum 08) =+ nilai buku bersih awal tahun+ nilai harta yang diperoleh- harta yang dijual atau dilupus± keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta- susut nilai semasa

xvi. Pembayaran yang dilakukan bagi kegunaan mana-mana harta yang diambil atas dasar pajakanatau sewaan hendaklah dilaporkan dalam kolum 09.

Jenis harta adalah ditakrifkan seperti berikut:-

Perkara 4.1 Harta tetap

Perkara 4.1.1 Tanah termasuk nilai tapak tanah dengan tidak mengambil kira pembangunandan struktur. Ia juga termasuk tanah tebus guna.

Perkara 4.1.2 Bangunan dan binaan lain:

a. Tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan dalam pembinaanbangunan, yang mana pada keseluruhannya atau sebahagian besarnya terdiridaripada tempat kediaman.

b. Bukan tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan bagi pembinaanbangunan dan struktur yang mana pada keseluruhannya atau sebahagianbesarnya untuk kegunaan perindustrian, awam dan komersil contohnya kilang,gudang, bangunan pejabat, stor, restoran, garaj, kedai, hospital, sekolah dansebagainya.

Page 12: BAHASA MELAYU kuari 080411

12

c. Binaan lain kecuali pembangunan tanah termasuk jalan, landasan keretapi,parit, jambatan, pelabuhan, medan letak kereta, saluran paip, dan sebagainya.

Perkara 4.1.3 Pembangunan tanah termasuk nilai kerja membersih, menyediakan tapakbinaan serta membuat landskap tetapi tidak termasuk nilai tanah sebelumpembangunan dibuat. Ia termasuk juga perbelanjaan terhadap pembersihan dantebus guna tanah, tidak kira sama ada ini akan memberi tambahan kepadakeluasan tanah yang ada atau tidak. Contohnya tali air dan projek kawalanbanjir, empangan dan benteng yang merupakan sebahagian daripada projek ini,membersihkan dan menanam semula di kawasan kayu balak dan hutan.

Perkara 4.1.4 Alat pengangkutan merujuk kepada alat pengangkutan yang digunakan untukpemindahan barangan dan/atau orang.

Perkara 4.1.5 Komputer

(a) Perkakasan komputer

Merujuk kepada semua perkakasan prosesan, penyimpanan,penghantaran data dan maklumat yang berkaitan dengan sistemkomputer.

(b) Perisian komputer

Merujuk kepada perisian untuk pengoperasian sistem komputer samaada dibangunkan sendiri, ditempah khas atau dibeli.

Perkara 4.1.6 Jentera dan kelengkapan termasuklah jentera penjanaan kuasa, mesin dankelengkapan pejabat, jentera pertukangan logam, jentera pembinaan dan jenteraindustri lain, kren, forklift dan sebagainya. kontena tahan lama, peralatan danperkakas yang digunakan oleh profesional dan jentera serta alat lain termasukpengubahsuaian besar dan pembaikan terhadap jentera dan kelengkapan jenisini.

Perkara 4.1.7 Perabot dan pemasangan meliputi semua perkakasan yang diperlukan bagimenghias dan melengkapkan sesebuah bangunan contohnya kerusi, meja, kainlangsir, permaidani dan sebagainya.

Perkara 4.1.8 Mencarigali MineralMencarigali mineral dijalankan untuk menemui lapisan baru mineral (bijih timah,emas, perak, tembaga, bauksit, dan lain-lain), atau bahan pembakar (minyakmentah, gas asli, batu arang, dan lain-lain) yang boleh dieksploitasikan secarakomersial. Mencarigali boleh dijalankan oleh enterpris yang terlibat dalamperlombongan atau pengekstrakan bahan pembakar atas akaun sendiri. Secaraalternatif, mencarigali mungkin dijalankan oleh enterpris yang khusus untuktujuan sendiri atau untuk mendapat bayaran.Perbelanjaan yang ditanggung pada tahun rujukan, sama ada dijalankan atasakaun sendiri atau tidak, adalah dianggap sebagai perbelanjaan kepadapemerolehan harta tetap tak ketara dan kerana itu dimasukkan dalampembentukan modal tetap enterpris. Perbelanjaan berikut dimasukkan dalamperkara ini:

Page 13: BAHASA MELAYU kuari 080411

13

(i) Kos sebenar penggerudian dan pengorekan ujian;(ii) Kos yang ditanggung untuk menjalankan ujian (contoh, kos survei udara atau

survei lain, kos pengangkutan, dan sebagainya(iii) Nilai sumber yang diperuntukkan untuk mencarigali pada tahun rujukan.

Perkara 4.2. Harta lain : Merupakan harta tak ketara.

Perkara 4.2.1 Paten: Hak eksklusif kepada pemiliknya untuk membuatciptaan-ciptaan mekanikal yang berkuasa untuk beberapatahun. Paten direkodkan pada kos.

Perkara 4.2.2 Muhibah: Wujud daripada nama baik sesebuah syarikatdan kesetiaan pelanggan yang diperoleh. Apabila sesuatuperniagaan dibeli dengan harga melebihi nilai bersih harta,maka lebihan ini dianggap sebagai muhibah.

Perkara 4.2.3 Kerja modal sedang dijalankan: Ia merujuk kepada hartayang separuh siap dan masih belum dimodalkan.

Perkara 4.3 Lain-lain: Sila nyatakan. Perkara ini meliputi harta lain / perbelanjaan modal,sekiranya ada, yang mungkin tidak dapat kelaskan di atas seperti barang kemas,barangan antik dan lukisan. Semua harta kewangan seperti wang tunai,penghutang dan stok (saham) dikecualikan.

Soalan 5 : Pekerjaan dan Gaji & Upah

A. Takrif am

Soalan ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Soalan 5A (PEKERJA LELAKI) dan 5B(PEKERJA PEREMPUAN). Sila lengkapkan butir-butir pekerja tuan seperti takrif berikut:

i. Jumlah pekerja (kolum 01 hingga 13)Sila laporkan semua orang yang bekerja dalam pertubuhan ini mengikut kategori pekerja,kewarganegaraan dan kumpulan etnik daripada kolum 01 hingga 13 pada bulanDisember atau pada tempoh pembayaran gaji terakhir dalam tahun rujukan. Bilanganyang dilaporkan hendaklah termasuk pekerja yang sedang bercuti jangka pendek seperticuti sakit, cuti tahunan atau cuti rehat dan juga pekerja yang mogok. Pengarah syarikatkorporat yang diberi bayaran hanya semata-mata kerana kehadiran mereka dalammesyuarat Lembaga Pengarah, pekerja yang diberi cuti yang tempohnya tidakditentukan, bercuti kerana perkhidmatan tentera atau telah pencen hendaklahdikecualikan.Sila pastikan bahawa semua jumlah mendatar dan menegak adalah betul.

ii. Gaji & upah tahunan (kolum 18)Sila laporkan semua pembayaran (gaji, upah, gaji cuti, bonus, komisen, bayaran lebihmasa dan elaun tunai termasuk belanja sara hidup, perumahan, kereta, makanan dansebagainya.) yang dibuat sepanjang tahun rujukan meliputi semua pekerja bergaji dalamsetiap kategori. Bagi semua pekerja yang diambil secara langsung, laporkan jumlah

Page 14: BAHASA MELAYU kuari 080411

14

bayaran yang dibuat, sebelum ditolak cukai pendapatan dan caruman pekerja kepadaKumpulan Wang Simpanan Pekerja atau pertubuhan keselamatan sosial atau kumpulanwang simpanan lain atau kumpulan wang persaraan. Caruman majikan kepadakumpulan wang seperti yang dinyatakan di atas hendaklah dikecualikan.

iii. Pekerja sepenuh masaPekerja sepenuh masa merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk sekurang-kurangnya 6 jam sehari dan 20 hari sebulan.

iv. Pekerja sambilanPekerja sambilan merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk kurangdaripada 6 jam sehari dan / atau kurang daripada 20 hari sebulan.

B. Takrif kategori pekerja

Perkara 5.1 Pemilik yang bekerja dan rakan niaga yang aktifTermasuk semua pemilik perseorangan dan rakan niaga (sambilan atau sepenuh masa)yang bekerja dengan aktifnya di dalam pertubuhan ini. Rakan niaga dan ahli keluargapemilik yang tidak aktif adalah dikecualikan, melainkan mereka yang mengambilbahagian dalam mengawal dan menguruskan perniagaan ini. Kategori ini tidak berkaitandengan syarikat berhad atau perbadanan awam, yang mana hak miliknya adalahditentukan mengikut pegangan ekuiti.

Perkara 5.2 Pekerja keluarga tidak bergajiTermasuk semua ahli (sepenuh masa atau sambilan) bagi mana-mana pemilikpertubuhan yang mana pada tempoh tertentu bekerja sekurang-kurangnya satu pertigadaripada waktu kerja biasa tetapi tidak menerima bayaran, sama ada dengan wangtunai atau mata benda, untuk kerja yang dilakukan. Pekerja ini sememangnya mendapatmakanan, tempat tinggal dan bantuan lain sebagai sebahagian daripada isi rumahpemilik ini sama ada mereka bekerja atau tidak di pertubuhan tersebut.

Walau bagaimanapun, jika gaji tetap atau elaun diterima oleh pekerja keluarga danmereka mencarum kepada KWSP atau kumpulan wang persaraan lain, merekahendaklah dianggap sebagai pekerja bergaji, iaitu hendaklah dilaporkan di dalamSoalan 5A dan 5B, perkara 5.3 dan 5.4 selaras dengan takrif pekerja sepenuh masaatau sambilan di atas.

Kategori pekerja keluarga tidak bergaji ini tidak berkaitan dengan syarikat berhad atauperbadanan awam yang mana hak milik adalah mengikut pegangan ekuiti.

Perkara 5.3 Pekerja (sepenuh masa)Termasuk semua pekerja yang bekerja sepenuh masa untuk pertubuhan ini dalam tahunrujukan dan menerima gaji, (lihat juga catatan dalam perkara 5.2 di atas). Mereka yangbekerja di luar, yang mana gaji dan perkhidmatannya di bawah kawalan pertubuhan itu,seperti wakil jualan, wakil kejuruteraan dan kakitangan penyelenggaraan dan pembaikanhendaklah dimasukkan, jika ada. Termasuk juga dalam kumpulan ini ialah pengurus danpengarah pertubuhan korporat yang bergaji kecuali jika mereka hanya menerimapembayaran semata-mata kerana hadir dalam mesyuarat Lembaga Pengarah. Semuapekerja di atas hendaklah dilaporkan mengikut kategori pekerja seperti takrifan di bawah:

Page 15: BAHASA MELAYU kuari 080411

15

Perkara 5.3.1 Pengurusan, profesional dan eksekutifPengurus ditakrifkan sebagai mereka yang membuat keputusandan mengambil bahagian dalam penentuan dasar organisasi,merancang, menyusun dan mengarah dalam pentafsiran danpelaksanaan dasar. Tugas mereka melibatkan tanggungjawabpenyusunan keseluruhan organisasi atau untuk satu atau lebihjabatan di dalam sesebuah organisasi.

Profesional ditakrifkan sebagai mereka yang menjalankanpenyelidikan dan menggunakan secara profesional pengetahuandan kaedah saintifik terhadap pelbagai masalah teknologi,ekonomi, sosial, perindustrian dan kerajaan. Istilah di atas padaumumnya digunakan kepada mereka yang mempunyaikelayakan profesional untuk menjalankan tugas-tugas mereka(contohnya peguam, akauntan, jurutera dan sebagainya.).

Eksekutif ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai hak dantanggungjawab berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusansesuatu organisasi.

Perkara 5.3.2 Juruteknik dan profesional bersekutuMereka yang di bawah juruteknik dan profesional bersekutu,antara lainnya, menjalankan kerja-kerja penyelidikan, teknikaldan kawalan kualiti. Termasuk dalam kategori ini ialah merekayang biasanya bekerja di bawah arahan dan penyeliaanprofesional (contoh juruteknik makmal, juruteknik kawalan kualiti,ketua fomen dan sebagainya.). Mereka menyelia sesuatu ataupelbagai jenis kegiatan, contohnya kegiatan pengeluaran didalam sesebuah pertubuhan. Mereka mengawal danmenyelaraskan kegiatan pekerja di bawah seliaan mereka.

Perkara 5.3.3 Perkeranian dan pekerjaan yang berkaitanPekerja dalam kumpulan ini menyusun dan menyelenggarakanrekod kewangan dan kegiatan perniagaan lain termasukpengendalian wang bagi pihak pertubuhan itu danpelanggannya, mencatat perkara lisan atau menulis dengantrengkas, menaip dan cara-cara lain. Termasuk dalam kategoriini ialah kerani, kerani akaun, jurutaip, jurutrengkas, pegawaikhidmat pelanggan, setiausaha sulit, kerani stor dan jurujual.

Perkara 5.3.4 Pekerja asasPekerja asas adalah mereka yang menjalankan kerja-kerja amdan pelbagai tugas. Termasuk dalam kategori ini ialah pemandu,konduktor, operator telefon, pembantu pejabat, penghantar suratdan pengawal keselamatan.

Perkara 5.3.5 Operator loji dan mesin dan pemasang – diambil secaralangsung

Kategori ini meliputi baki pekerja bergaji sepenuh masa yangdiambil secara langsung oleh pertubuhan ini, dan tidak termasuk

Page 16: BAHASA MELAYU kuari 080411

16

dalam kategori di bawah perkara 5.3.1 hingga 5.3.4. Ia termasukpekerja yang terlibat secara langsung dalam pengeluaran atauaktiviti berkaitan dalam pertubuhan, seperti orang yang terlibatdalam memasang siap, memproses atau memasang; pekerjagudang; pembungkus; orang yang terlibat dalam mengendalitrak dan, pembaikan dan penyelenggaraan.Operator loji dan mesin dan pemasang ditakrifkan sebagaisemua pekerja bergaji yang terlibat secara langsung dalampengeluaran atau aktiviti berkaitan dalam pertubuhan.

Perkara 5.3.6 Operator loji dan mesin dan pemasang – diambil bekerjamelalui kontraktor buruhKategori ini meliputi operator loji dan mesin dan pemasangbergaji sepenuh masa yang diambil melalui kontraktor buruh.Kontraktor buruh merujuk kepada kontraktor yang membekalkanburuh sahaja kepada pertubuhan tuan. Tuan hendaklahmelaporkan bilangan pekerja yang diambil melalui kontraktorburuh dan bukannya bilangan kontraktor buruh. Sila laporkanbayaran yang dibuat kepada kontraktor buruh ini. Sila berikananggaran jika angka sebenar tidak diperoleh.

Perkara 5.4 Pekerja bergaji (sambilan)Merujuk kepada mereka yang bekerja kurang daripada 6 jam sehari dan / atau kurangdaripada 20 hari sebulan dan menerima gaji.

Soalan 6: Bilangan Orang Yang Bekerja Mengikut Kelulusan

i. Kelulusan dikelaskan seperti berikut:

Perkara 6.1 PascasiswazahMerujuk kepada semua peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang diperolehdaripada institusi pengajian tinggi (dalam / luar negeri).

Perkara 6.2 Ijazah Sarjana Muda / Diploma Lanjutan atau yang setarafMerujuk kepada peringkat ijazah pertama yang diperoleh daripada institusipengajian tinggi (dalam / luar negeri). Kelayakan-kelayakan diploma lanjutanatau profesional yang diiktiraf setaraf atau lebih tinggi daripada ijazah jugadiambil kira seperti ACCA, CIMA (perakaunan), LLB (undang-undang) dansebagainya.

Perkara 6.3 Diploma atau yang setarafMerujuk kepada diploma yang diperoleh daripada institusi pengajian tinggi,politeknik atau kolej (dalam / luar negeri) yang tidak diiktiraf sebagai ijazah.Demikian juga kelayakan profesional yang tidak lulus sepenuhnya (lulus dalambahagian-bahagian tertentu) juga dimasukkan dalam kategori ini.

Perkara 6.4 STPM atau yang setarafMerujuk kepada kelayakan STPM / STP / HSC / GCE ‘A’ Level atau luluspeperiksaan matrikulasi yang dikendalikan oleh mana-mana universiti yangdiiktiraf.

Page 17: BAHASA MELAYU kuari 080411

17

Perkara 6.5 SPM / SPM(V) atau yang setarafMerujuk kepada kelayakan SPM / SPM(V) / MCE atau peperiksaan setarafdengannya seperti GCE ‘O’ Level, Sijil Kemahiran MARA dan sebagainya.

Perkara 6.6 Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)Merujuk kepada kelayakan seperti PMR / SRP / LCE, tamat sekolah rendah ataudi bawah taraf kelulusan yang dinyatakan.

ii. Bagi kes-kes yang tidak diketahui kelulusan, masukkan kes-kes tersebut dalam kategori “Perkara6.6 – Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)”.

Soalan 7: Jam-Manusia Bekerja pada Tahun Rujukan

(i) Maklumat yang dikehendaki di dalam soalan ini hanya berkaitan dengan jam-manusiabekerja bagi pekerja pengeluaran / operatif dalam tahun rujukan bagi pertubuhan ini.

(ii) Sila rujuk penjelasan di perkara 5.3.5 dan 5.3.6 untuk pekerja pengeluaran / operatif.

(iii) Hari bekerja merujuk kepada bilangan hari di mana pertubuhan beroperasi dalam tahunrujukan.

(iv) Jam / hari – bilangan jam bekerja dalam satu hari (tidak termasuk bekerja lebih masa).

(v) Jumlah jam – manusia bekerja lebih masa pada tahun rujukan merujuk kepada jambekerja lebih masa dari segi masa sebenar pekerja telah bekerja di luar waktu bekerja yangbiasa bagi pertubuhan ini.

Soalan 8 : Pendapatan / Perolehan

Perkara 8.1. Jualan produk kuariIa merujuk kepada jualan yang dilakukan dalam tahun rujukan bagi produk kuari yangdikeluarkan oleh pertubuhan ini. Jualan berlaku apabila penyerahan atau kawalanbarangan bertukar daripada pertubuhan ini kepada pembeli. Hanya jualan kuari yangdikeluarkan oleh pertubuhan tuan perlu dilaporkan. Produk kuari yang dibeli untuk dijualsemula tanpa proses tambahan tidak perlu diambil kira. Produk kuari yang dipindahkankepada pertubuhan lain di bawah milik yang sama dengan pertubuhan tuan hendaklahdimasukkan. Penilaian jualan produk kuari adalah nilai jualan kasar yang diinvoiskepada pelanggan, tolak diskaun dan rebet, dan elaun ke atas pemulangan baranganyang dibenarkan kepada pelanggan.

Perkara 8.1.1 Pengangkutan keluar dengan menggunakan kenderaansendiriBayaran yang diterima daripada pembeli untuk kegunaankenderaan pengangkutan sendiri seperti lori, van, kapal dansebagainya, untuk mengangkut produk kuari kepada pembeli.

Page 18: BAHASA MELAYU kuari 080411

18

Perkara 8.1.2 Pengangkutan keluar dengan pembelian perkhidmatanpengangkutan daripada pertubuhan lainIa merujuk kepada bayaran perkhidmatan pengangkutan yangditerima daripada pembeli bagi pihak syarikat pengangkutan lainuntuk perkhidmatan pengangkutan barangan yang disediakanoleh syarikat ini kepada pembeli.

Perkara 8.1.3 Bayaran royalti kepada kerajaan (contohnya bayaran doket)Bayaran royalti adalah yang dikenakan oleh Pejabat Tanah danGalian kepada tuan tanah apabila tuan tanah atau pengusahakuari mengeluarkan bahan batuan daripada tanah.

Perkara 8.1.4 Cukai produk / komoditiSesuatu cukai ke atas satu produk / komoditi ialah suatu cukaiyang perlu dibayar bagi satu unit barangan atau perkhidmatanberkenaan. Cukai itu boleh dalam nilai mata wang yang tertentuuntuk satu unit barangan atau perkhidmatan, atau ia boleh dikiraad valorem (mengikut nilai) sebagai suatu peratus pada hargaseunit atau nilai barangan dan perkhidmatan yang diurus niaga.Sesuatu cukai ke atas produk / komoditi biasanya menjadi perludibayar apabila ia telah dikeluarkan, dijual atau diimport, tetapi iamungkin juga menjadi perlu dibayar dalam keadaan lain, sepertiapabila sesuatu barangan dieksport, dipajak, dipindah, dihantaratau digunakan untuk penggunaan sendiri atau pembentukanmodal sendiri. Contoh cukai produk / komoditi ialah cukaieksport, duti eksais, cukai jualan, dan sebagainya.

Perkara 8.1.5 Komisen yang diterima daripada perkhidmatanpengangkutanKomisen yang diterima oleh pertubuhan pengkuarian daripadasyarikat pengangkutan (seperti syarikat pengangkutan lori) yangmembekalkan perkhidmatan pengangkutan kepada pembeli. Iniadalah kerana pertubuhan pengkuarian memperkenalkanperniagaan pengangkutan barangan kepada syarikatpengangkutan lori.

Perkara 8.1.6 Komisen yang dibayar kepada agen (contohnya untukmenyediakan perkhidmatan pengangkutan / jualan)Komisen yang dibayar oleh pertubuhan pengkuarian kepadaagen yangmengaturkan perkhidmatan pengangkutan dan / atau mendapatjualan produk kuari.

Perkara 8.1.7 Nilai di kuariPenilaian pada nilai di kuari hendaklah berdasarkan kepada nilaipasaran bahan batuan tolak diskaun dan rebet, yang dikenakankepada pelanggan dan tolak semua perbelanjaan pengagihanyang sebenarnya dibayar seperti (a) bayaran untukmemulangkan balik barangan atau bungkusan lain dan hal-hallain yang dibenarkan kepada pelanggan ; (b) bayaran untukpengangkutan keluar yang dibayar kepada pertubuhan lain

Page 19: BAHASA MELAYU kuari 080411

19

contohnya, kos pengangkutan, premium insurans, bayaran untukpenyimpanan, dll.; (c) komisen kepada wakil-wakil penjual,dll,dan (d) bayaran-bayaran lain seperti duti eksais, cukai jualan,duti eksport dan bayaran-bayaran lain yang dibayar olehlombong kepada kerajaan.

Perkara 8.2 Jualan daripada bahan sampingan bahan batuan lain seperti tanah liat dan pasirSila beri butiran jenis bahan sampingan lain seperti tanah liat dan pasir yang dijual.Penilaian jualan adalah nilai kasar yang diinvois kepada pelanggan, tolak diskaun danrebet, dan elaun ke atas pemulangan barangan yang dibenarkan kepada pelanggan.

Perkara 8.3 Jualan daripada produk yang dibuat / proses / pemasanganIa merujuk kepada jualan barang yang dilakukan dalam tahun rujukan, sama ada yangtelah dibuat oleh sesebuah pertubuhan, pada tahun rujukan atau tahun sebelumnya.Jualan perlu berkait kepada tahun yang mana kawalannya telah diserahkan olehsesebuah pertubuhan kepada pembeli. Hanya jualan barang yang dibuat / diproses /dipasang daripada bahan mentah sendiri atau dibeli perlu dilaporkan. Barang yang dibelidan dijual semula tanpa proses dalam kilang tidak perlu diambil kira. Produk yang dibuatdan dipindahkan kepada pertubuhan lain di bawah milik yang sama dengan pertubuhantuan hendaklah dimasukkan.

Penilaian kepada barang jualan hendaklah mengikut nilai harga di pertubuhan yangdikenakan kepada pelanggan. Penilaian hendaklah memasukkan semua bayaran dutidan cukai yang dikenakan ke atas produk-produk semasa barang ini dikeluar daripadapertubuhan ini. Subsidi yang diterima perlu dikecualikan. Rebet, diskaun dan elaun keatas pemulangan barang yang dibenarkan kepada pelanggan perlu ditolakkan.

Perkara 8.4 Nilai kerja pembinaan yang dibuatJumlah nilai kerja pembinaan adalah termasuk kerja pembinaan baru, pembaikan besar,pemulihan, pengubahan dan pembaikan serta penyelenggaraan semasa yang telahdijalankan pada tahun itu untuk pemilik / pelabur projek. Pembinaan terhadap unit sendiridengan menggunakan akaun dan tenaga buruh unit tersebut untuk dijadikan sebagaimodal harta tetap hendaklah dikecualikan, contohnya tempat penginapan sementarayang dibina untuk pekerja binaan.

Perkara 8.5 Nilai jualan (daripada barang / bahan yang dibeli untuk dijual semula tanpa melaluiproses selanjutnya tambahan)Sila laporkan nilai jualan bagi semua barang yang dijual dalam keadaan yang samaseperti dibeli tanpa melalui proses selanjutnya sama ada jualan semula itu adalah jualanborong atau jualan runcit.

Perkara 8.6 Pendapatan daripada Perkhidmatan Perindustrian (Pembuatan, Perlombongan danPenggalian Batu) yang diberikanPerkara ini meliputi semua pendapatan yang diperolehi oleh pertubuhan tuan bagiperkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan kepada pertubuhan-pertubuhan lain di sektorpembuatan, perlombongan dan penggalian batu pada tahun rujukan.

Page 20: BAHASA MELAYU kuari 080411

20

Perkara 8.6.1 Bayaran prosesan yang diterima bagi kerja memprosesyang dibuat untuk pertubuhan lain yang menggunakanbahan mereka sendiriIa merujuk kepada bayaran yang diterima oleh pertubuhan iniuntuk kerja kontrak dan yang ditugaskan oleh pertubuhan lainyang menggunakan bahan mereka sendiri pada tahun rujukan.Kerja-kerja kontrak dan yang ditugaskan terdiri daripada kerjamemproses, mengubah atau memasang bahan yang dibekalkanoleh unit yang memesan kerja itu.

Perkara 8.6.2 Pendapatan daripada kerja membaiki danmenyelenggarakan jentera dan kelengkapan pertubuhan lainPerkara ini meliputi semua pendapatan yang diperoleh daripadakerja-kerja membaiki, menyelanggara dan memasang jenteradan kelengkapan pertubuhan lain. Harga invois hendaklahtermasuk, selain daripada kos pekerja dan overhed, bayaranuntuk bahan yang dibekalkan oleh pertubuhan ini semasamenjalankan kerja-kerjanya.

Perkara 8.7 Pendapatan daripada perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan olehpertubuhan iniPerkara ini meliputi semua pendapatan yang diperolehi oleh pertubuhan tuan bagiperkhidmatan yang diberikan kepada pertubuhan-pertubuhan lain di sektor bukanpembuatan, pembinaan, perlombongan dan penggalian batu pada tahun rujukan. Didalam keadaan di mana terdapat pendapatan-pendapatan perkhidmatan tertentu yangditerima oleh pertubuhan tuan tidak boleh dikelaskan di bawah perkara 8.7.1 hingga8.7.3, sila laporkan di bawah perkara 8.7.4. Walau bagaimanapun,tuan dikehendakimemberikan keterangan lengkap mengenai perkara tersebut.

Perkara 8.7.1 Komisen dan brokeraj yang diterima (selain daripada yangdilaporkan dalam perkara 8.1.5)Komisen dan brokeraj yang diterima oleh pertubuhan tuansebagai upah menjualkan barang / perkhidmatan pertubuhanlain, selain daripada yang dilaporkan dalam perkara 8.1.5.

Perkara 8.7.2 Tambang pengangkutan barangan selain daripada kuaridengan menggunakan kenderaan sendiri yang dilaporkandalam perkara 8.1.1Bayaran yang diterima daripada pembeli untuk kegunaankenderaan pengangkutan sendiri seperti lori, van, kapal dansebagainya., untuk mengangkut produk / keluaran seperti produkkuari, pasir dan tanah liat kepada pembeli.

Perkara 8.7.3 Bayaran pengurusan yang diterimaIa merujuk kepada bayaran yang diterima oleh pertubuhan tuanuntuk mengurus sesuatu aktiviti / projek pertubuhan lain.

Page 21: BAHASA MELAYU kuari 080411

21

Perkara 8.7.4 Pendapatan daripada semua perkhidmatan lain yang diberi(nyatakan)Sama seperti yang dijelaskan di perkara 8.7. Sila beri butiranjenis perkhidmatan yang tidak dapat terkelas dalam perkara8.7.1 hingga 8.7.3.

Perkara 8.8 Pendapatan daripada sewaanApa-apa nilai pendapatan yang diterima daripada hasil sewaan yang disenaraikandaripada perkara 8.8.1 hingga 8.8.4 hendaklah dimasukkan ke dalam kotak yangberkaitan.

Perkara 8.9 Pendapatan daripada faedahFaedah adalah hasil yang diterima daripada simpanan wang yang disimpan di institusikewangan atau bank.

Perkara 8.10 Pendapatan daripada dividenDividen merujuk kepada pendapatan yang diperolehi daripada pemilikansaham.

Perkara 8.11 Pendapatan daripada pelaburan lainPerkara ini meliputi pendapatan pelaburan selain daripada faedah dan dividen yangditerima oleh pertubuhan tuan. Contohnya jika pertubuhan tuan merupakan hak milikperseorangan, ianya mungkin mempunyai kepentingan di dalam pertubuhan lain dankeuntungan yang diterima daripada pertubuhan kedua ini hendaklah ditunjukkan di sini .

Perkara 8.12 Keuntungan daripada urus niaga lain (sebelum cukai), seperti keuntungandaripada jualan harta modal, urus niaga pertukaran asing, penilaian semula hartatetap modal dan stokJelas maksudnya.

Perkara 8.13 Tenaga elektrik yang dijual kepada pertubuhan lainJika sesebuah pertubuhan telah menjanakan tenaga elektrik bagi kegunaannya sendiridan juga untuk jualan kepada pertubuhan lain / perseorangan, nilai jualan tenaga elektrikyang dijual pada tahun rujukan mestilah dilaporkan di sini.

Perkara 8.14 Pendapatan daripada bayaran royalti yang diterima ke atas tanah sendiriBayaran royalti adalah bayaran yang dibayar oleh pengusaha kuari kepada tuan tanah,sama ada orang perseorangan atau pertubuhan bukan kerajaan bagi hasil bahan batuanyang dikeluarkan. Bayaran royalti ini dibayar mengikut sesuatu perjanjian yangdipersetujui di antara tuan tanah kuari yang memajak daripada kerajaan, denganpengusaha kuari. Perkara ini merujuk kepada bayaran royalti yang diterima daripadapertubuhan atau individu lain kepada pertubuhan tuan.

Perkara 8.15 Pemulihan hutang lapukIa merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dilupuskan pada tahun-tahun yang lepastetapi telah dipulihkan (kutipan balik hutang) pada tahun rujukan.

Perkara 8.16 Tuntutan dan pampasan yang diterimaIa merujuk kepada tuntutan dan pampasan yang diterima daripada syarikat insurandan/atau pertubuhan lain / perseorangan kerana kemalangan, kerosakan harta tetap,barangan atau harta lain.

Page 22: BAHASA MELAYU kuari 080411

22

Perkara 8.17 Kiriman wang, hadiah atau geran yang diterimaIni merujuk kepada penerimaan yang diterima oleh pertubuhan ini daripada institusi laintanpa menerima sebarang pulangan balik sama ada dari segi barangan, perkhidmatanatau aset.

Perkara 8.18 Semua penerimaan lainLaporkan butiran jenis penerimaan lain yang tidak boleh dikelaskan dalam mana-manaperkara 8.1 hingga 8.17.

Perkara 8.20 Penerimaan lain

Perkara 8.20.1 Pindahan modal yang diterimaPindahan modal ditakrifkan sebagai suatu urus niaga di manasebuah institusi memindahkan satu harta kepada institusi laintanpa menerima balik sebarang barangan, perkhidmatan atauharta daripada pihak penerima.

Perkara 8.20.2 Pendapatan daripada bayaran sewa-beli pajakan kewanganyang diterimaSesuatu pajakan kewangan ialah kontrak di antara pemajak danpemberi pajak di mana pemberi pajak membeli harta yangditempatkan untuk kegunaaan pemajak dan pemajak berkontrakmembayar bayaran sewa-beli supaya pemberi pajak bolehmendapat balik semua kos pemberi pajak termasuk faedahsepanjang tempoh kontrak. Pajakan kewangan boleh dibezakanoleh fakta bahawa semua risiko dan pulangan pemilikan adalah,de facto, dipindah daripada pemilik sah barangan itu, pemberipajak, kepada pengguna barangan itu, pemajak. Perkara inimerujuk kepada bayaran sewa-beli pajakan kewangan yangditerima oleh pertubuhan tuan sebagai pemberi pajak daripadapertubuhan lain sebagai pemajak pada tahun rujukan.

Perkara 8.22 E-dagangIa merujuk kepada transaksi jualan barangan dan perkhidmatan melalui sesuaturangkaian. Ia bermakna membeli dan menjual barangan dan perkhidmatan melaluisesuatu rangkaian terbuka (contoh Internet) atau sesuatu rangkaian tertutup (contohAOL). Ia termasuk barang keluaran fizikal (barangan perkakasan) seperti bekalanpejabat, dan barangan digital (barangan perisian) seperti perisian pendidikan.Perdagangan pertukaran wang asing, pasaran niaga hadapan, derivatif dan alatperdagangan kewangan lain dikecualikan.

Soalan 9 : Perbelanjaan (tidak termasuk semua perbelanjaan modal)

Perkara 9.1 Kos bahan dan bekalan yang digunakanMerujuk kepada semua barang / bahan dan bekalan yang dimiliki oleh pertubuhan iniyang telah digunakan pada tahun rujukan bagi menghasilkan pengeluaran pertubuhanini. Bahan yang digunakan dalam pengeluaran / pembinaan harta tetap untuk kegunaansendiri pertubuhan ini hendaklah juga dimasukkan. Ia juga termasuk bahan dan bekalanyang digunakan untuk pembaikan dan penyelenggaraan, alat tulis dan bekalan pejabat.

Page 23: BAHASA MELAYU kuari 080411

23

Perkara 9.2 Kos barangan / bahan yang dibeli untuk dijual semula tanpa prosesan tambahanLaporkan nilai kos barangan / bahan yang dibeli untuk dijual semula dalam keadaanyang sama seperti dibeli tanpa melalui proses yang selanjutnya, sama ada jualan semulaitu adalah jualan borong atau jualan runcit.

Perkara 9.3 Air yang dibeliMerujuk kepada bayaran untuk air yang dibeli. Jika bayaran ini telah dicampurkandengan tenaga elektrik, sila berikan anggaran mengikut bil air bulanan pertubuhan tuan.

Perkara 9.4 Tenaga elektrik yang dibeliMerujuk kepada bayaran untuk tenaga elektrik yang dibeli. Jika bayaran ini telahdicampurkan dengan air, sila berikan anggaran mengikut bil tenaga elektrik bulananpertubuhan tuan.

Perkara 9.5 Bahan api, pelincir dan gas yang dibeliIa merujuk kepada bayaran untuk membeli bahan api (seperti minyak diesel, petrol,minyak relau, minyak pembakar), pelincir (seperti minyak pelincir, gris) dan gas (sepertigas peroleum cecair, gas asli, gas asli untuk kenderaan).

Perkara 9.6 Gaji dan upah (termasuk bayaran lebih masa, elaun, bonus dan komisen)Maklumat perlu diisi di perkara ini adalah semua gaji dan upah (termasuk bayaran lebihmasa), elaun, bonus dan komisen yang dibayar kepada semua pekerja bergaji (termasukpekerja yang diambil melalui kontraktor buruh dan pekerja bergaji sambilan) yang bukanpengarah bekerja di sepanjang tahun rujukan. Laporkan pembayaran-pembayaran yangdibuat di sepanjang tahun rujukan dan bukannya pembayaran yang dibuat hanya padatempoh gaji terakhir pada tahun rujukan.

Perkara 9.7 Gaji pengarah, elaun, bonus dan komisen untuk pengarah yang bekerjaPembayaran kepada pengarah-pengarah yang bekerja seperti gaji pengarah, elaun,bonus dan komisen pada tahun rujukan hendaklah dilaporkan di sini. Sila pastikanperkara ini tidak dilaporkan dalam perkara 9.6, Soalan 9.

Perkara 9.8 Bayaran kepada pengarah yang tidak bekerja kerana kehadiran mereka dalammesyuarat Lembaga PengarahMerujuk kepada bayaran elaun kehadiran kepada pengarah yang hanya hadir dalammesyuarat Lembaga Pengarah sahaja.

Perkara 9.9 Bayaran manfaat ganjaran, persaraan / pemberhentianBayaran sekaligus yang dibayar oleh majikan secara langsung kepada pekerja apabilamereka bersara atau berhenti kerja.

Perkara 9.10 Bayaran berbentuk benda kepada pekerja bergajiPembayaran berbentuk benda hendaklah meliputi barangan dan perkhidmatan yangdiberikan kepada pekerja dengan percuma atau pada kos yang dikurangkan yangterutamanya berfaedah kepada pekerja sebagai pengguna. Perbelanjaan-perbelanjaanoleh majikan yang memberi faedah kepada mereka dan juga pekerja mereka contohnyaperbelanjaan terhadap mengadakan kemudahan di tempat kerja, sukan dan rekreasi danpembayaran ganti oleh majikan terhadap belanja perjalanan, keraian dan pakaianpekerja kerja, perkakas dan alat yang telah dibayar oleh pekerja mereka, hendaklah

Page 24: BAHASA MELAYU kuari 080411

24

dikecualikan. Oleh itu pembayaran berbentuk benda termasuklah pemberian percumamakanan, minuman, tembakau, rawatan perubatan, tempat kediaman dan sebagainya.

Perkara 9.10.1 Rawatan perubatan percumaSila laporkan nilai yang dibayar oleh pertubuhan tuan untukrawatan perubatan kepada pekerja / kakitangan termasuk juganilai subsidi perubatan.

Perkara 9.10.2 Bayaran berbentuk benda lain kepada pekerja sepertimakanan percuma, tempat tinggal percumaSila laporkan nilai dibayar ke atas makanan dan tempat tinggaldan sebagainya. yang disediakan percuma oleh pertubuhan tuankepada kakitangan / pekerja termasuk juga nilai subsidi.

Perkara 9.11 Kos pengangkutan pekerja (pergi dan balik dari tempat kerja)Ia merujuk kepada kos pengangkutan pekerja pergi dan balik tempat kerja yangdiuruskan oleh pertubuhan tuan seperti perkhidmatan bas kilang.

Perkara 9.12 Nilai pakaian percuma yang disediakanMerujuk kepada nilai pakaian percuma yang diberikan kepada pekerja seperti pakaianseragam, pakaian luar dan pakaian pejabat dan sebagainya.

Perkara 9.13 Kos latihan, bengkel dan persidangan pekerjaMerujuk kepada kos berkaitan dengan latihan, bengkel dan persidangan pekerja yangdibiayai oleh majikan, sama ada dalam negeri atau luar negeri.

Perkara 9.14 Bayaran levi pekerjaBayaran levi pekerja adalah bayaran yang dibayar oleh majikan yang mengambil pekerjaasing kepada kerajaan.

Perkara 9.15 Caruman majikan kepada kumpulan wang simpanan, skim keselamatan sosial,pencen dan kebajikan

Perkara 9.15.1 Kumpulan wang pencenIa adalah bayaran yang dibuat oleh majikan kepada kumpulanwang pencen untuk manfaat pekerjanya. Kumpulan wangpencen ialah satu skim atau persediaan untuk memberi pencendan / atau manafaat lain untuk ahli yang meninggalkanperkhidmatan atau bersara dan selepas kematian seseorangahli, untuk mereka di bawah tanggungannya.

Perkara 9.15.2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Ia merujuk kepada caruman yang dibuat oleh majikan kepadaKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Perkara 9.15.3 Kumpulan wang simpanan lainIa merujuk kepada caruman yang dibuat oleh majikan kepadakumpulan wang simpanan selain daripada yang ditubuh dandiuruskan oleh kerajaan.

Page 25: BAHASA MELAYU kuari 080411

25

Perkara 9.15.4 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)Ia merujuk kepada caruman majikan yang dibuat olehpertubuhan tuan kepada Pertubuhan Keselamatan SosialPERKESO.

Perkara 9.15.5 Skim keselamatan sosial persendirian (contohnya insuranpampasan pekerja dan sebagainya.)Merujuk kepada caruman yang dibuat oleh majikan kepada skimkeselamatan sosial persendirian yang bukan dikelolakan olehpihak kerajaan.

Perkara 9.16 Bayaran kepada kontraktor peletupan, penghancuran batu dan palong lombong.Sila nyatakan butir-butir terperinci di muka surat 26.Sila laporkan perkara ini jika tuan dikehendaki melengkapkan soal selidik “BanciPerlombongan Mineral / Pasir” dan / atau “Banci Pengkuarian Batu”.

Perkara 9.17 Bayaran kerja perindustrian yang dibuat oleh orang lain

Perkara 9.17.1 Bayaran bagi kerja perindustrian (memproses) yang dibuatoleh pihak lain (termasuk pemindahan tanah permukaan danpengangkutan dalaman dalam kawasan kuari)Pembayaran untuk kerja memproses yang dibuat olehpertubuhan lain / individu pada tahun rujukan ke atas bahanyang dibekalkan oleh pertubuhan tuan.

Perkara 9.17.2 Bayaran pembaikan dan penyelenggaraan semasa yangdibuat oleh pihak lain bagi harta tetap pertubuhan iniJumlah kos kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan yangdibuat oleh orang lain ke atas harta tetap pertubuhan tuan(contoh. bangunan, alat pengangkutan, jentera dan sebagainya.)hendaklah dilaporkan di sini. Walau bagaimanapun, pembaikanbesar yang bersifat modal contohnya perbelanjaan untukmemperbaiki harta tetap tidak perlu dimasukkan di sini tetapihendaklah dimasukkan ke dalam kolum (02) dan (04) yangbersesuaian bagi Soalan 4 sebagai perbelanjaan modal dan nilaiharta.

Perkara 9.18 Bayaran sewa tanahMerujuk kepada bayaran untuk kegunaan tanah berdasarkan penyewaan atau pajakanke atas tanah pertubuhan lain / individu oleh pertubuhan tuan.

Perkara 9.19 Bayaran terhadap perkhidmatan bukan perindustrianPerkara ini meliputi semua bayaran yang dibuat untuk perkhidmatan yang diterima olehpertubuhan tuan daripada pertubuhan lain di sektor bukan pembuatan, pembinaan,perlombongan dan penggalian batu pada tahun rujukan. Di dalam keadaan di manaterdapat bayaran-bayaran perkhidmatan tertentu yang dibuat oleh pertubuhan tuan tidakboleh dikelaskan di bawah perkara 9.19.1 hingga 9.19.16, sila laporkan di bawah perkara9.19.17. Walau bagaimanapun, tuan dikehendaki memberikan keterangan lengkapmengenai perkara tersebut.

Page 26: BAHASA MELAYU kuari 080411

26

Perkara 9.19.1 Bayaran bagi penyewaan (selain daripada sewa tanah)Ia merujuk kepada bayaran sewa untuk menyewa bangunan /premis, jentera dan kelengkapan, alat pengangkutan dan hartalain selain daripada sewa tanah.

Perkara 9.19.2 Bayaran telekomunikasi (contoh telefon, faks,internet, dan sebagainya.)Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan telekomunikasi.Perkhidmatan telekomunikasi meliputi transmisi bunyi, imej ataumaklumat lain melalui telefon, teleks, telegram, kabel, penyiaran,satelit, mel elektronik dan faksimili.

Perkara 9.19.3 Bayaran pos dan perkhidmatan kurierIa merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pos dan kurier.Perkhidmatan pos dan kurier meliputi pengambilan,pengangkutan dan penyerahan surat, surat khabar, majalahberkala dan bahan bercetak lain, bungkusan oleh Pos MalaysiaBerhad dan operator lain. Termasuk juga ialah perkhidmatankaunter pejabat pos dan sewaan peti surat.

Perkara 9.19.4 Bayaran bankIa merujuk kepada bayaran bank untuk perkhidmatan kewanganyang disediakan oleh institusi kewangan seperti bank.Contohnya buku cek, bayaran perkhidmatan untuk draf bank,cek pengembara, surat kredit, banker’s acceptances, dankomisen dan yuran berkaitan dengan transaksi sekuriti.

Perkara 9.19.5 Pengangkutan barangan (pengangkutan keluar)Ia merujuk bayaran untuk perkhidmatan pengangkutan barangandaripada hasil proses pengeluaran (mineral, produk kuari,danpasir) dan / atau pemindahan harta tetap. Ia tidak termasukbayaran untuk pengangkutan bahan, bekalan dan bahanpembakar dan bayaran ini perlu dimasukkan di perkara 9.1 (kosbahan dan bekalan yang digunakan) dan perkara 9.5 (bahan api,pelincir dan gas yang dibeli) yang bersesuaian.

Perkara 9.19.6 Premium insurans dibayar ke atas bangunan, jentera, alatpengangkutan dan baranganMerujuk kepada premium insurans yang dibayar olehpertubuhan ini ke atas bangunan, jentera, alat pengangkutandan barangan (tidak termasuk insurans pampasan pekerja).

Perkara 9.19.7 Komisen dan bayaran agensiMerujuk kepada komisen dan bayaran yang dibayar kepadapertubuhan lain / individu / agen sebagai upah menjual baranganatau menyediakan perkhidmatan untuk pertubuhan tuan.

Perkara 9.19.8 Pengiklanan dan promosiMerujuk kepada bayaran untuk iklan / promosi barangan,perkhidmatan dan nama syarikat / perniagaan tuan melalui

Page 27: BAHASA MELAYU kuari 080411

27

media seperti surat khabar, televisyen, radio, internet atau medialain, sama ada tempatan atau luar negeri.

Perkara 9.19.9 Bayaran perakaunan, kesetiausahaan dan auditIa merujuk kepada bayaran kepada pertubuhan perakaunan,kesetiausahaan dan audit untuk perkhidmatan perakaunan,pengauditan, simpan kira-kira, perkhidmatan berkaitan cukai,dan tugas kesetiausahaan.

Perkara 9.19.10 Bayaran guamanMerujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan nasihat guaman,perwakilan dan dokumentasi.

Perkara 9.19.11 Bayaran bagi perkhidmatan Teknologi Maklumat / KomputerMerujuk kepada perkhidmatan teknologi maklumat / komputerberkaitan perkhidmatan perundingan perkakasan, perkhidmatanperundingan dan pembekalan sofwer, perkhidmatanpemprosesan data dan aktiviti pangkalan data.

Perkhidmatan perundingan perkakasan termasuk perkhidmatanperundingan terhadap jenis dan tatarajah perkakasan denganatau tanpa aplikasi sofwer yang berkaitan. Perkhidmatanperundingan lazimnya terlibat dalam menganalisis kehendakdan masalah pengguna, dan mengesyorkan penyelesaianterbaik.

Perkhidmatan perundingan dan pembekalan sofwer termasukaktiviti yang berkaitan dengan penganalisisan, mereka bentukdan pengaturcaraan sistem yang siap untuk diguna.Kebiasaannya ia terlibat dengan analisis keperluan dan masalahpengguna, perkhidmatan perundingan untuk penyelesaian yangpaling ekonomik dan mengeluarkan perisian yang sesuai untukmengatasi masalah tersebut.

Perkhidmatan pemprosesan data termasuk pemprosesan ataupenjadualan semua jenis data. Ia mungkin mengandungikeseluruhan prosesan dan penyediaan laporan daripada datayang dibekalkan oleh pengguna.

Aktiviti pangkalan data termasuk 3 jenis aktiviti yang berkaitanpangkalan data seperti berikut:

(i) pembangunan pangkalan data, contoh mengumpulkan datadaripada satu atau lebih daripada satu sumber;

(ii) penyimpanan data, iaitu penyediaan rekod komputer untukmaklumat tersebut mengikut format yang ditentukan; dan

(iii) ketersediaan pangkalan data, contoh penyediaan data dalambentuk atau turutan tertentu, dengan mendapatkan semula ataumemperoleh data secara talian langsung.

Page 28: BAHASA MELAYU kuari 080411

28

Perkara 9.19.12 Bayaran pengurusanMerujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pengurusan yangdisediakan oleh pertubuhan lain / individu untuk pengurusanperancangan, organisasi, kos projek dan tenaga manusia.

Perkara 9.19.13 Bayaran profesional lain (contoh bayaran perundinganarkitek, jurutera, juru ukur, dan sebagainya.)Merujuk kepada perkhidmatan bayaran profesional yangdisediakan oleh pertubuhan lain atau individu meliputiperkhidmatan perundingan arkitek, kejuruteraan, danperkhidmatan teknikal lain.

Bayaran profesional untuk perkhidmatan perundingan arkitek,juruukur dan perkhidmatan lain yang berkaitan meliputi rekabentuk arkitek bagi bandar dan projek pembangunan lain,pengukuran tanah, kartografi, pengujian dan pengiktirafanproduk, perkhidmatan pemeriksaan teknikal dan perkhidmatanberkaitan perlombongan seperti penganalisisan bijih.

Bayaran profesional untuk kerja-kerja kejuruteraan sepertiperancangan, reka bentuk projek dan penyeliaan bagi projekempangan, jambatan, lapangan terbang dan projek serah kuncidan sebagainya.

Perkara 9.19.14 Bayaran bagi perkhidmatan keselamatanIa merujuk kepada bayaran bagi perkhidmatan keselamatanseperti polis pengiring untuk pemindahan barang peletupan,perkhidmatan pengawal keselamatan untuk mengeluar wangdari bank.

Perkara 9.19.15 Perbelanjaan hiburanIa merujuk kepada perbelanjaan untuk meraikan pelanggan olehpertubuhan tuan.

Perkara 9.19.16 Perbelanjaan perjalananIa merujuk kepada perbelanjaan yang dibiayai oleh pekerjapertubuhan tuan untuk menjalankan tugas rasmi di luar pejabatseperti perbelanjaan perjalanan, penginapan, makan, bil petrol /diesel, bayaran letak kereta dan perbelanjaan lain yangberkaitan.

Perkara 9.19.17 Bayaran terhadap perkhidmatan-perkhidmatan bukanperindustrian lain seperti bayaran tol, feri, pemanduan,penundaan dan pelabuhan (nyatakan)Sila laporkan butiran jenis bayaran perkhidmatan yang tidakdapat dikelaskan di mana-mana perkara 9.19.1 hingga 9.19.16.

Perkara 9.20 Bayaran faedahMerujuk kepada bayaran faedah tahunan yang dibayar ke atas pinjaman yang diambiloleh pertubuhan tuan daripada institusi kewangan seperti bank pada kadar faedah yangtelah ditentukan.

Page 29: BAHASA MELAYU kuari 080411

29

Perkara 9.21 Kerugian daripada urus niaga luar lain (sebelum cukai) seperti kerugian daripadajualan atau penilaian semula harta modal, urus niaga pertukaran asing danpenilaian semula stokJelas maksudnya.

Perkara 9.22 Susut nilai semasa ke atas harta tetapIa merujuk kepada susut nilai semasa tahunan ke atas harta tetap akibat haus dan lusuh,kemerosotan dan kian menjadi usang. Ia termasuk pelunasan tahunan ke atas tanahpajakan.

Perkara 9.23 Cukai komoditi seperti duti eksport, cukai jualan dan duti eksaisSesuatu cukai ke atas satu produk / komodoti ialah suatu cukai yang perlu dibayar bagisatu unit barangan dan perkhidmatan berkenaan. Cukai itu boleh dalam nilai mata wangyang tertentu untuk satu unit barangan atau perkhidmatan, atau ia boleh dikira advalorem (mengikut nilai) sebagai suatu peratus pada harga seunit atau nilai barangandan perkhidmatan yang diurus niaga. Sesuatu cukai ke atas produk / komoditi biasanyamenjadi perlu dibayar apabila ia telah dikeluarkan, dijual atau diimport, tetapi ia mungkinjuga menjadi perlu dibayar dalam keadaan lain, seperti apabila sesuatu barangandieksport, dipajak, dipindah, dihantar atau digunakan untuk penggunaan sendiri ataupembentukan modal sendiri. Contoh cukai produk / komoditi ialah duti eksport, dutieksais, cukai jualan dan sebagainya.

Perkara 9.24 Cukai tidak langsung lain

Perkara 9.24.1 Cukai pintu (ke atas tanah dan bangunan) dan cukai tanahMerujuk kepada cukai pintu ke atas tanah dan bangunan dikutipoleh pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya, MajlisPerbandaran, dan bayaran cukai tanah ke atas tanah dikutipoleh Pejabat Tanah dan Galian Daerah.

Perkara 9.24.2 Lesen memandu, lesen kenderaan bermotor dan bayaranpendaftaranIa merujuk kepada bayaran untuk lesen memandu, lesenkenderaan bermotor, dan pendaftaran kenderaan yangdikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

Perkara 9.24.3 Cukai jalanIa merujuk kepada cukai jalan yang dikutip oleh JabatanPengangkutan Jalan untuk kenderaan bermotor.

Perkara 9.24.4 Bayaran premium ke atas pajakan (yang dibayar kepadapejabat tanah)a merujuk kepada bayaran premium ke atas pajakan tanahkerajaan seperti tanah Lesen Pendudukan Sementara. Bayaranini dikenakan pada kali pertama ke atas tanah kerajaan semasadiluluskan untuk pajakan kepada pertubuhan tuan dan juga perludikenakan untuk membaharui pajakan tahunan bagi tempohpajakan.

Page 30: BAHASA MELAYU kuari 080411

30

Perkara 9.24.5 Bayaran pendaftaran perniagaan, duti setem dan dutihiburanIa merujuk kepada bayaran pendaftaran, perniagaan untukpertubuhan hak milik perseorangan dan perkongsian yangdikutip oleh Pendaftar Perniagaan; duti setem untuk dokumenperjanjian / kontrak; dan duti hiburan untuk aktiviti perniagaanhiburan. Ia termasuk juga bayaran pendaftaran untuk syarikatdan koperasi.

Perkara 9.24.6 Royalti yang dibayar kepada kerajaan (contohnya bayarandoket)Ia merujuk kepada royalti yang dibayar kepada Pejabat Tanahdan Galian Daerah untuk mineral, bahan batuan dan pasir yangdikeluarkan daripada tanah oleh pengusaha kuari.

Perkara 9.24.7 Bayaran perlesenan teknologiIa merujuk kepada bayaran yang dibuat kepada orangperseorangan atau pertubuhan lain bagi lesen teknologi danjuga selain daripada itu bagi tujuan pengeluaran olehpertubuhan tersebut.

Perkara 9.24.8 Lain-lain (nyatakan)Ia merujuk kepada cukai tidak langsung lain yang tidak dapatdikelaskan di mana-mana perkara 9.24.1 hingga 9.24.7 sepertibayaran lesen, pendaftaran dan permit yang dikenakan olehpihak berkuasa tempatan, agensi / jabatan kerajaan untukmenjalankan sesuatu aktiviti perniagaan dan / atau membelisesuatu perkhidmatan.

Perkara 9.25 Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunanMerujuk kepada perbelanjaan yang terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan(P&P). P&P adalah aktiviti yang mengandungi kerja kreatif yang diusahakan mengikutcara sistematik untuk menambah stok pengetahuan dan kegunaan stok pengetahuantersebut digunakan untuk mereka aplikasi baru. Aktiviti-akitiviti di bawah P&P ialah rekabentuk, pembinaan dan dasar operasi di mana objektif utama ialah ujian teknikal atauuntuk penambahbaikan. Pembinaan dan operasi loji perintis yang tidak beroperasi ataubertujuan untuk beroperasi sebagai unit komersil. Penyelidikan dan pembangunan asalatau pengubahsuaian yang besar dalam perisian komputer seperti pemprogramanbahasa dan sistem operasi yang baru.

Maklumbalas yang diarahkan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di luar fasaP&P, seperti masalah teknikal yang sering berlaku semasa pengeluaran pertama. Kerjapenyelidikan dalam biologi fizikal dan sains kemasyarakatan dan kemanusiaan.Penyelidikan sains kemasyarakatan termasuk ekonomi, kebudayaan, pendidikan danpenyelidikan sosiologi. Sekiranya objektif utama adalah untuk melanjutkan kemajuanteknikal maka kerja tersebut mesti selaras dengan definisi P&P. Aktiviti-aktiviti yang tidaktermasuk dalam P&P ialah mencarigali, menjelajah atau menggerudi untuk mineral,petroleum atau gas asli. Pengubahsuaian kosmetik atau perubahan bentuk produk yangsedia ada.

Page 31: BAHASA MELAYU kuari 080411

31

Perkara 9.26 Perbelanjaan mengurus yang berkaitan untuk mengurangkan pencemaranMerujuk kepada perbelanjaan mengurus untuk perlindungan alam sekitar berkaitandengan udara, air, air tanah / bumi, perkhidmatan sisa dan bunyi. Bagi perbelanjaanperlindungan alam sekitar, ia termasuk semua perbelanjaan mengurus sepertipengawasan alam sekitar, penilaian dan audit alam sekitar, tapak tebus guna(pembersihan kerosakan persekitaran yang disebabkan oleh operasi syarikat tuan), danperedaan & kawalan pencemaran, tetapi tidak termasuk sebarang denda atau ganti rugike atas kerosakan alam sekitar.

Perkara 9.27 Bayaran royalti yang dibayar untuk kegunaan tanah kuari orang / pertubuhan lainBayaran royalti adalah bayaran yang dibayar oleh pengusaha kuari kepada tuan tanah,sama ada orang perseorangan atau pertubuhan bukan kerajaan bagi hasil bahan batuanyang dikeluarkan. Bayaran upeti ini dibayar mengikut sesuatu perjanjian yangdipersetujui di antara tuan tanah / kuari yang memajak daripada kerajaan, denganpengusaha kuari. Perkara ini merujuk kepada bayaran royalti yang dibayar kepadapertubuhan atau individu lain oleh pertubuhan tuan.

Perkara 9.28 Hutang lapuk dihapuskanMerujuk kepada nilai hutang lapuk yang dihapuskan pada tahun rujukan.

Perkara 9.29 Pindahan semasa lain seperti kiriman wang, derma dan lain-lainMerujuk kepada pemberian yang dilakukan daripada satu institusi kepada institusi laintanpa menerima sebarang pulangan balik sama ada dari segi barangan, perkhidmatanatau aset.

Perkara 9.30 Perbelanjaan lain (sila nyatakan butiran di bawah)Laporkan butiran dalam kolum yang disediakan di bawah bagi perbelanjaan lain yangtidak dapat terkelas dalam mana-mana perkara 9.1 hingga 9.29.

Perkara 9.32 E-dagangIa merujuk kepada transaksi pembelian barangan dan perkhidmatan melalui sesuaturangkaian. Ia bermakna membeli dan menjual barangan dan perkhidmatan melaluisesuatu rangkaian terbuka (contoh Internet) atau sesuatu rangkaian tertutup (contohAOL). Ia termasuk barang keluaran fizikal (barangan perkakasan) seperti bekalanpejabat, dan barangan digital (barangan perisian) seperti softwer pendidikan.Perdagangan pertukaran wang asing, pasaran niaga hadapan, derivatif dan alatperdagangan kewangan lain dikecualikan.

Soalan 10: Stok

(i) Nilai stok yang dimiliki oleh pertubuhan itu hendaklah dilaporkan pada permulaan dan akhirtahun itu.

Perkara 10.1 Stok barangan yang sedang diprosesIa merujuk kepada nilai bahan yang sedang diproses oleh kuari. Dalam perkataan lain, iamerujuk kepada barangan separa siap termasuk komoditi (seperti produk kuari) dalamproses yang telah memasuki proses pengeluaran tetapi masih memerlukan prosesanselanjutnya seperti pada ketika itu.

Page 32: BAHASA MELAYU kuari 080411

32

Perkara 10.2 Stok barangan siapPerkara ini meliputi semua bahan batuan yang dikeluarkan oleh lombong. Barangan siapyang diproses oleh pertubuhan lain daripada bahan mentah yang dibekalkan olehpertubuhan ini, hendaklah dimasukkan walaupun masih dipegang oleh pertubuhan lain.Barangan siap yang diproses daripada bahan yang dibekalkan oleh pertubuhan lainhendaklah dikecualikan walaupun masih dipegang oleh pertubuhan ini.

Perkara 10.4 Stok bahan mentah, pembakar, bekalan dan bahan pembungkusPerkara ini meliputi nilai stok bagi semua bahan, alat ganti, komponen yang terkandungdi dalam keluaran; bahan pembakar, bekalan untuk kegunaan pembaikan danpenyelenggaraan, pejabat dan urusan lain. Bahan yang dibekalkan oleh pertubuhan inikepada pertubuhan lain bagi sesuatu kerja memproses hendaklah dimasukkan walaupunbahan itu dipegang oleh orang lain; manakala bahan yang diterima oleh pertubuhan inidaripada pertubuhan lain untuk diproses hendaklah dikecualikan sungguhpun dipegangolehnya. Nilai stok bahan dan bekalan yang digunakan untuk pengeluaran

Perkara 10.5 Stok barangan yang dibeli untuk dijual semula (stok perniagaan)Stok barangan yang dibeli semata-mata untuk dijual semula hendaklah dilaporkan bagiperkara ini.

Perkara 10.6 Keuntungan atau kerugian bersih sebelum cukaiSila isikan jumlah-jumlah A, B, C dan D dari Soalan 8, 9 dan 10 di kotak-kotak yangsesuai untuk mendapat keuntungan / kerugian bersih sebelum cukai pertubuhan tuan.

Perkara 10.7 Keuntungan bersih daripada akaun tahunan tuanJelas maksudnya

Perkara 10.8 Kerugian bersih daripada akaun tahunan tuan

(i) Jika penyata akaun terakhir tuan telah disediakan, sila laporkan keuntungan ataukerugian bersih sebelum cukai di sini.

(ii) Jika terdapat perbezaan keuntungan / kerugian bersih sebelum cukai di antaraperkara 10.6 (e) atau (f) dengan perkara 10.7 atau 10.8, sila beri alasan di mukasurat 27 soal selidik ini.

Soalan 11 : Bayaran Lain

Perkara 11.1 Dividen yang perlu dibayarDividen merujuk kepada pendapatan yang diperolehi daripada pemilikan saham. Semuadividen yang dicatatkan pada tarikh penutupan buku, sama ada ianya patut dibayar atautelah dibayar dalam tahun rujukan tersebut.

Perkara 11.2 Cukai langsung (contohnya cukai syarikat) yang telah dibayar atau kena bayarIa merujuk kepada cukai yang perlu dibayar oleh pertubuhan tuan secara langsungkepada Lembaga Hasil Dalam Negeri seperti cukai syarikat untuk pertubuhan SyarikatSendirian Berhad atau Syarikat Awam Berhad, dan cukai pendapatan untuk PertubuhanHak Milik Perseorangan dan Perkongsian, sama ada telah dibayar atau kena bayar padatahun rujukan.

Page 33: BAHASA MELAYU kuari 080411

33

Perkara 11.3 Bayaran sewa beli pajakan kewanganIa adalah bayaran yang diuruskan melalui pajakan kewangan. Sesuatu pajakankewangan ialah kontrak di antara pemajak dan pemberi pajak di mana pemberi pajakmembeli harta yang ditempatkan untuk kegunaan pemajak dan pemajak berkontrakmembayar bayaran sewa-beli supaya pemberi pajak boleh mendapat balik semua kospemberi pajak termasuk faedah sepanjang tempoh kontrak. Pajakan kewangan bolehdibezakan oleh fakta bahawa semua risiko dan pulangan pemilikan adalah, de facto,dipindah daripada pemilik sah barangan itu, pemberi pajak, kepada pengguna baranganitu, pemajak.

Perkara 11.4 Pindahan modal yang dibuatMerujuk kepada pindahan terhadap hak milik aset disebabkan pembatalan hutang tanpasi pemiutang menerima sebarang pulangan yang setara. Pindahan wang tunai pulamerujuk kepada pindahan wang yang diterima daripada pelupusan / penjualan harta.

Perkara 11.5 Cukai modalCukai modal terdiri daripada cukai yang jarang dikenakan dan pada waktu tertentu, keatas nilai harta atau nilai bersih yang dimiliki oleh unit-unit institusi atau pada nilai hartayang dipindahkan di antara unit-unit institusi akibat pusaka, hadiah melalui wasiat ataupindahan lain. Ia termasuk levi modal dan cukai ke atas pindahan modal, seperti cukaiharta warisan, duti kematian, dan cukai hadiah.

Soalan 12 : Air, Pelincir, Bahan Pembakar dan Kuasa Elektrik yang Digunakan

Perkara 12.1 AirKuantiti dan nilai air yang digunakan pada tahun rujukan mestilah dilaporkan dalamkolum yang berkaitan.

Perkara 12.2 PelincirNilai pelincir yang digunakan pada tahun rujukan mestilah dilaporkan dalam kolum yangberkaitan

Perkara 12.3 Bahan PembakarKuantiti dan nilai bahan pembakar yang digunakan mengikut jenis pada tahun rujukanmestilah dilaporkan dalam kolum yang berkaitan. Kuantiti dan nilai petrol, minyak dieseldan pembakar lain yang digunakan untuk kenderaan dan jentera hendaklah dimasukkan.

Perkara 12.4 Tenaga ElektrikKuantiti dan nilai bagi tenaga elektrik yang dibeli pada tahun rujukan mestilah dilaporkandalam perkara 12.4.1. Jika sesebuah pertubuhan telah menjanakan kuasa elektrik bagikegunaannya sendiri dan untuk jualan kepada pertubuhan lain, jumlah kuantiti yangdijana dan dijual pada tahun rujukan mestilah dilaporkan dalam perkara 12.4.2 danjumlah nilai dilaporkan dalam Soalan 8 perkara 8.13.

Page 34: BAHASA MELAYU kuari 080411

34

Soalan 13: Kos Bahan dan Bekalan yang Digunakan (selain daripada Bahan Pembakar danPelincir)

(i) Ini termasuk semua barangan yang dimiliki oleh pertubuhan yang telah digunakan dalam prosesperlombongan pertubuhan tersebut pada tahun rujukan 2010. Nilai barangan yang diberikankepada pekerja dengan percuma atau pada harga yang dikurangkan tidak perlu dimasukkan disini. Tuan dikehendaki melaporkan bahan dan bekalan yang sebenarnya digunakan pada tahuntersebut.

(ii) Semua bahan, mentah atau yang diproses, termasuk bahan kimia, dan sebagainya. yangdigunakan oleh pertubuhan hendaklah dilaporkan dalam Soalan 13 mengikut perkara yangditentukan dan dalam unit kuantiti tertentu. Jika terdapat perkara yang tidak dapat ditentukan,pertubuhan hendaklah menyenaraikan semua bahan asas yang penting.

(iii) Bahan pembungkus, bekalan pejabat dan bekalan lain dan sebagainya. hendaklah dimasukkandan dilaporkan mengikut perkara yang ditentukan. Bahan yang dikeluarkan di lombong tidakperlu dimasukkan. Bahan yang diperoleh daripada pertubuhan lain di bawah hak milik yang samadan digunakan pada tahun rujukan hendaklah dimasukkan. Jika bahan pembungkus disediakanoleh peniaga atau pelebur dengan percuma, nilai bahan pembungkus tidak perlu dilaporkansebagai sebahagian daripada kos bahan yang digunakan. Bahan yang kurang penting bolehdigabungkan sekali di bawah "bahan dan bekalan lain". Nilai ini tidak melebihi 5% daripadajumlah kos bahan dan bekalan. Kos bahan dan bekalan yang digunakan di Soalan 9 perkara 9.1hendaklah sama dengan jumlah kos bahan dan bekalan yang dilaporkan di Soalan 13 perkara13.19.

(iv) Bahan yang dibeli semata-mata untuk dijual semula tidak perlu dimasukkan.

(v) Bahan yang digunakan dalam pengeluaran harta tetap yang dibuat sendiri untuk kegunaanpertubuhan tersebut hendaklah dimasukkan dalam Soalan 13 perkara 13.18.

(vi) Nilai bahan dan bekalan yang digunakan hendaklah dikira mengikut "kos serahan di kuari tolakdiskaun dan pulangan", iaitu, ia hendaklah termasuk bayaran pengangkutan dan bayaran lain,duti, cukai atau levi yang dibayar ke atas bahan tersebut.

(vii) Nilai belian bagi barangan yang diperoleh daripada pertubuhan lain di bawah hak milik yangsama boleh dianggap sebagai sama dengan nilai yang dimasukkan ke dalam buku akaunpertubuhan yang menyediakan laporan.

(viii) Semua maklumat yang dimasukkan dalam soalan ini hendaklah berkaitan dengan bahan danbekalan sebenar yang digunakan oleh kuari dalam tahun rujukan. Barangan yang dibeli padatahun tersebut atau sebelumnya, jika tidak digunakan dalam tahun rujukan, tidak perludimasukkan.

(ix) Bahan yang diterima daripada pertubuhan lain untuk sebarang kerja perindustrian yang dibuatuntuk mereka atas dasar komisen tidak perlu dimasukkan dalam Soalan 13.

(x) Bahan yang digunakan untuk pembaikan dan penyelenggaraan terhadap harta tetap pertubuhanini hendaklah dimasukkan dalam soalan ini mengikut kesesuaian.

Page 35: BAHASA MELAYU kuari 080411

35

Soalan 14 : Pengeluaran dan Jualan produk kuari

(i) Sila laporkan kuantiti pengeluaran dan nilai di kuari bagi semua jenis produk kuari yangdikeluarkan oleh pertubuhan ini sama ada untuk dijual, atau disimpan dalam stok pada tahunrujukan 2010 di kolum 22 dan 23. Laporkan juga kuantiti jualan dan nilai jualan bagi semua jenisproduk kuari yang dijual pada tahun rujukan 2010 di kolum 24 dan 25. Nyatakan kuantiti dan nilaiyang berasingan bagi tiap-tiap perkara dan nyatakan unit kuantiti yang digunakan semasamelapor (contohnya tan, kilogram, gram dan sebagainya.). Sila nyatakan jika tiada unitdinyatakan atau unit yang dinyatakan dalam soal selidik adalah berlainan daripada unit yangdigunakan.

(ii) Produk kuari yang dikeluarkan dalam tahun rujukan 2010 dan dipindahkan ke pertubuhan lain dibawah hak milik dan kawalan yang sama hendaklah dilaporkan. Kuari ini hendaklah dinilaisebagai sama dengan nilai yang dimasukkan ke dalam buku akaun. Barangan yang dikeluarkanuntuk kegunaan di dalam kuari (iaitu barangan perantaraan) hendaklah dikecualikan.

(iii) Nilai keluaran produk kuari hendaklah berasaskan kepada nilai di kuari bagi kuantiti yangdikeluarkan. Penilaian hendaklah berdasarkan kepada nilai pasaran produk kuari selepasdiskaun dan rebet yang dikenakan kepada pelanggan dan ditolak semua perbelanjaanpengagihan yang sebenar dibayar seperti:

(a) bayaran untuk memulangkan balik barangan atau bungkusan lain dan hal-hal lain yangdibenarkan kepada pelanggan.

(b) bayaran untuk pengangkutan keluar yang dibayar kepada pertubuhan lain, contohnyakos pengangkutan, premium insurans, bayaran untuk penyimpanan dan lain-lain.

(c) komisen kepada wakil penjual dan sebagainya, dan

(d) bayaran lain seperti duti eksais, cukai jualan, duti eksport dan bayaran tambahan lainyang dibayar oleh kuari kepada Kerajaan

PANDUAN BAGI SEKSYEN A HINGGA F SEPERTI BERIKUT:-

SEKSYEN A KEMUDAHAN PEMBIAYAANSila laporkan tujuan dan sumber utama pembiayaan kewangan dan kesulitan yangdihadapi untuk memperolehi pinjaman.

SEKSYEN B INOVASISila laporkan maklumat berkaitan akreditasi yang diperoleh, contoh: ISO, HACCP dansebagainya.

SEKSYEN C PEMASARAN DAN PROMOSISila laporkan jenis pemasaran dan promosi yang diusahakan oleh pertubuhan tuanseperti iklan, risalah dan sebagainya.

SEKSYEN D IMPORT DAN EKSPORTSila laporkan jumlah import dan eksport bagi barangan dan perkhidmatan.

Page 36: BAHASA MELAYU kuari 080411

36

SEKSYEN E PENGGUNAAN ICTSila laporkan penggunaan ICT oleh pertubuhan dalam tempoh laporan.

SEKSYEN F PEMATUHAN ALAM SEKITARSila laporkan jumlah perbelanjaan pematuhan alam sekitar yang ditanggung olehpertubuhan dalam tempoh laporan.