Upload
sollehah-alhabshee
View
411
Download
22
Embed Size (px)
DESCRIPTION
fdcggsd
Citation preview
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGHARGAAN……………………………………………………………………..2
2.0 PENGENALAN………………………………………………………………………..3
3.0 PERBEZAAN BAHASA ISYARAT MALAYSIA DAN KOD TANGAN BAHASA
MELAYU……………………………………………………………………………….4
4.0 KESIMPULAN…………………………………………………………………………9
5.0 RUJUKAN……………………………………………………………………………...10
1 | P a g e
1.0 PENGHARGAAN
Pertamanya, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan limpah kurnia dan keizinan dari-Nya, kerja kursus pendek ini telah
berjaya disempurnakan. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W dan para sahabat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada
pensyarah saya, Dr. Shahrul Arbai’ah bt Othman kerana telah banyak memberi
nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya sehingga saya berjaya
menyempurnakan kerja kursus ini.
Setinggi-tinggi penghormatan dan penghargaan buat ibu saya, Maimun binti
Ali dan ayah saya, Syed Mohamad Kher bin Syed Shith di atas dorongan dan
semangat yang diberikan sepanjang saya menjalankan kerja kursus ini. Ucapan
jutaan terima kasih terutamanya kepada sahabat perjuangan daripada kelas G4.1
(Pendidikan Khas masalah Pendengaran) kerana telah banyak memberikan
sokongan moral kepada saya serta tidak lupa kepada sahabat-sahabat serumah
iaitu Basirah, Azwin, Shikin dan ‘Atiqah di atas jasa baik yang telah diberikan selama
ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam memberi sumbangan kepada kerja kursus
pendek saya.
2 | P a g e
2.0 PENGENALAN
Bahasa isyarat merupakan kaedah komunikasi yang menggunakan
pergerakan tangan, badan dan bibir untuk menyampaikan maklumat dan melahirkan
maksud kata-kata seorang penutur. Bahasa Isyarat digunakan secara meluas oleh
kebanyakan orang pekak di Malaysia. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan
antara bahasa isyarat mengikut tempat dan lokasi. Bagi orang biasa, ia boleh
dikatakan sebagai loghat atau dialek tempatan.
Di Malaysia terdapat dua jenis bahasa isyarat yang utama digunakan secara
meluas iaitu Bahasa Isyarat malaysia (BIM) dan Kod tangan Bahasa Melayu
(KTBM). Untuk membezakan dua jenis bahasa isyarat ini bolehlah dikatakan
bahawa BIM lebih kepada percakapan harian biasa manakala KTBM lebih kepada
bahasa yang biasa digunakan dalam penulisan dan rasmi
Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) ialah bahasa yang tulen bagi Orang Pekak
Malaysia. BIM juga merupakan bahasa ibunda dan bahasa istimewa bagi Orang
Pekak Malaysia. BIM digunakan dan diterima pakai oleh Orang Pekak Malaysia
secara meluas. Bahasa yang dibukukan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia
(MFD) pada tahun 2000 mengandungi 1000 isyarat-isyarat yang digunakan oleh
orang pekak untuk tujuan komunikasi dan penterjemahan. Persekutuan Orang
Pekak Malaysia (2003).
Menurut Abdullah Yusoff (1996) Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) adalah
bahasa isyarat yang menggunakan seluruh anggota termasuk mimik muka semasa
berkomunikasi. Bahasa Isyarat dicipta untuk orang pekak. KTBM adalah menurut
asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa melayu sebagaimana yang
didengar, diperbualkan, ditulis, dibaca dan difahami . Penurunan KTBM ini ke dalam
bahasa tulisan sedikitpun tidak mengalami sebarang perbezaan dalam struktur dan
semantik Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia (1985). KTBM dapat
membantu kanak-kanak pekak membentuk ayat yang betul, menggunakan kod-kod
yang sama bagi perkataan yang sama. Melalui KTBM akan dapat menggalakkan
kanak-kanak menulis perkataan-perkataan setelah kod untuk semua jenis kata
dipelajari, Melalui KTBM matapelajaran Bahasa Melayu kanak-kanak pekak lebih
mudah untuk dipelajari dan difahami.
3 | P a g e
3.0 PERBEZAAN BAHASA ISYARAT MALAYSIA DAN KOD TANGAN BAHASA MELAYU
BIM adalah kaedah komunikasi yang sesuai untuk pendidikan dan komunikasi
kanak-kanak yang mempunyai tahap kecatatan pendengaran lebih daripada 70 dB.
Tetapi ia tidak sesuai digunakan bagi pelajar yang mempunyai tahap pendengaran
yang ringan dan sederhana kerana bahasa isyarat ini tidak memerlukan juru isyarat
untuk bertutur. Maka hal ini tidak membantu pelajar dalam mendengar dan
memahami bunyi-bunyi bahasa. Manakala untuk KTBM pula ia sesuai digunakan
oleh semua tahap kehilangan pendengaran tidak kira yang mempunyai tahap
pendengaran ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk. Hal ini kerana KTBM
merujuk kepada penggunaan kod yang disampaikan melalui isyarat bagi mewakili
wakil setiap kata bahasa Melayu. Hal ini bermakna guru menggunakan pelbagai
media iaitu isyarat, lisan dan lakonan semasa pengajaran untuk disesuaikan dengan
kebolehan pelajar yang mempunyai pelbagai tahap pendengaran. Oleh itu, pelajar
yang pekak sederhana dan ringan berpeluang mendengar bunyi bahasa dan mereka
yang pekak teruk dapat memahaminya melalui bahasa isyarat. Mereka juga lebih
faham apabila guru menggunakan pelbagai media semasa pengajaran.
Dalam pada itu, di dalam KTBM terdapat pengejaan jari. Pengejaan jari
bermaksud menggunakan abjad (pelajar perlu menguasainya) dan mengeja setiap
perkataan yang hendak diperkatakan. Oleh itu, setiap kosa kata perlu dieja dengan
betul dan cekap supaya komunikasi dapat berlaku. Jari mengambil alih peranan
mulut untuk mengeja. Isyarat-isyarat yang mewakili abjad perlu dikuasai dengan
cekap. Ejaan jari adalah digunakan untuk nama khas seperti nama orang, nama
tempat, nama institusi dan alamat. Juga digunakan secara meluas bagi perkataan-
perkataan yang tiada Kod Tangan. Ejaan jari adalah digabungkan dengan
penggunaan kod tangan. Ejaan jari mempunyai tiga aspek iaitu penyampaian ejaan
jari ialah penggunaan gerakan fizikal bagi menyampaikan maklumat melalui huruf-
huruf gerakan tangan. Seterusnya penerimaan ejaan jari ialah penggunaan gerakan
pandangan mata bagi menerima maklumat melalui huruf-huruf gerakan jari. Aspek
ketiga ejaan jari, mestilah diingatkan selalu yang ejaan jari ini digunakan bagi
tambahan kepada pertuturan dan bacaan bibir. Pendekatan ini dapat memahirkan
pelajar dalam ejaan perkataan. Mereka dapat mengecam bentuk perkataan dan
mempertalikannya dengan makna yang hendak disampaikan. Mereka perlu juga
4 | P a g e
mengeja apa-apa yang mahu diperkatakan. Pelajar perlu menguasai abjad dan
mengeja setiap perkataan yang hendak diperkatakan. Oleh itu, setiap kosa kata
perlu dieja dengan betul dan cekap supaya komunikasi dapat berlaku. Jari
mengambil peranan mulut untuk mengeja.
Dalam pada itu, BIM ialah bahasa yang tulen digunakan bagi orang pekak
Malaysia yang merupakan bahasa ibunda mereka. Dengan menggunakan BIM,
orang pekak mampu berkomunikasi sesama mereka dan dapat memberikan kesan
pemahaman yang baik antara satu sama lain. BIM juga mempunyai peraturan dan
tatabahasanya yang tersendiri. Hal ini demikian kerana bentuk komunikasi orang
pekak dilakukan menggunakan sistem yang sama dan dipamerkan anggota tubuh,
iaitu tangan. Di samping itu, menurut Zaizatul Azma (2008), KTBM merupakan salah
satu bahasa isyarat yang digunakan oleh orang pekak untuk berkomunikasi dalam
tatabahasa bahasa Melayu yang baku. KTBM digunakan untuk menterjemahkan
lisan (suara) kepada visual (tangan) dalam tatabahasa bahasa Melayu. Walaupun
KTBM jarang digunakan oleh orang pekak namun Jabatan Pendidikan Khas telah
menekankan penggunaan KTBM agar golongan pekak menggunakan KTBM untuk
menguasai bahasa Melayu kerana BMKT yang dihasilkan oleh jawatankuasa kerja
komunikasi seluruh tidak hanya merupakan komunikasi yang dilakukan dengan
isyarat tangan, malahan menitikberatkan asas-asas tatabahasa dan prinsip-prinsip
bahasa Malaysia. Apabila BMKT ini digunakan dalam bentuk bahasa tulisan,
bahasa tersebut sama dengan bahasa orang yang tidak pekak, baik daripada sudut
tatabahasa mahupun semantik
BIM merupakan bahasa isyarat natif orang pekak yang dibentuk dan
digunakan dalam kalangan orang pekak di sesuatu komuniti. Bahasa isyarat natif
seperti BIM ini mendukung ciri-ciri tersendiri bahasa bercorak manual-visual. Walau
bagaimanapun, bahasa isyarat yang diwujudkan tidak semestinya sama di antara
satu masyarakat dengan masyarakat lain khususnya jika kedua-dua masyarakat itu
jauh jaraknya antara satu sama lain dan tiada hubungan di antara orang-orang
pekak di kedua-dua tempat (Goh & The, 1993). Contoh bahasa isyarat natif ialah
bahasa isyarat Amerika atau America Sign Language (ASL). Di Negara kita, bahasa
isyarat natif yang digunakan dalam komunitit orang pekak sejak berpuluh-puluh
tahun lalu telah dikumpulkan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia dan
dinamakan Bahasa Isyarat Malaysia. Manakala KTBM pula merupakan isyarat kod
5 | P a g e
tangan yang berkhidmat untuk sesuatu bahasa verbal. Sesetengah isyarat tangan
KTBM yang diguna pakai diubah suai daripada isyarat natif orang pekak, BIM dan
ditambah juga isyarat-isyarat yang dicipta untuk melambangkan kata-kata berlainan
dalam bahasa verbal. KTBM juga merupakan komponen daripada komunikasi
seluruh yang harus diucapkan serentak dengan ekspresi muka, gerakan bibir
(bersuara) dan penggunaan ejaan jari untuk kata-kata yang tiada isyarat. Menurut
Abdullah, 2004 KTBM tidak dianggap sebagai suatu bahasa sebaliknya, ia lebih
merupakan kod ciptaan.
Sesungguhnya, dilihat daripada perspektif sejarah, perbezaan dari segi
sejarah penerbitan modul-modul antara KTBM dan BIM, didapati KTBM merupakan
modul yang terawal diterbitkan. Modul-modul kod tangan telah diusahakan oleh
guru-guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Hasil isyarat tangan yang
terkumpul akhirnya diterbit pada tahun 1985 oleh Kementerian Pelajaran sebagai
Bahasa Malaysia Kod Tangan Jilid 1. Dengan itu, isyarat-isyarat tangan dalam
KTBM telah tersebar luas melalui sekolah-sekolah khas. Murid-murid pekak yang
telah mempelajari isyarat-isyarat tangan tersebut telah menggunakannya mengikut
sistem sendiri selepas mereka melibatkan diri dalam masyarakat. Ujaran isyarat
tangan mereka mempunyai pola ayat tersendiri tapa mengikuti sistem bahasa
Melayu seperti yang dituntut oleh KTBM. Manakala, BIM pula hanya dapat
dubukukan pada tahun 2000 melalui usaha Persekutuan Orang Pekak Malaysia.
Dengan itu, tidak dapat dielakkan sesetengah isyarat tangan dalam BIM juga
digunakan dalam KTBM. Namun, Pada tahun 2003 isyarat-isyarat untuk kegunaan
informasi teknologi maklumat telah dibukukan oleh MFD untuk membolehkan kanak-
kanak pekak berinteraksi dengan ahli-ahli lain dalam keluarga. Persekutuan Orang
Pekak Malaysia (2003) menyatakan BIM merangkumi komunikasi, pendidikan,
sosial, sukan, budaya, agama, ekonomi dan politik.
Perbezaan utama BIM dan KTBM terletak pada ujarannya. KTBM mengikut
sistem bahasa melayu sepenuhnya seperti konsep yang didukungnya. BIM pula
mempunyai pola yang sesuai dengan cirinya sebagai bahasa bukan verbal yang
mengutamakan penyampaian dan penerimaan makna secara manual visual. Sistem
pengujaran BIM membolehkan maksud dapat disampaikan dengan mudah secara
visual. Dengan ini, BIM sesuai dijadikan sebagai bahasa komunikasi dalam kalangan
orang pekak dan juga untuk tujuan penyampaian maklumat khusus untuk golongan
6 | P a g e
majority orang pekak yang gagal menguasai bahasa verbal. Walau bagaimnapun,
BIM tidak sesuai digunakan untuk tujuan pengajaran bahasa kerana BIM bersifat
umum dan tidak menyeluruh. Tetapi, KTBM sesuai digunakan untuk tujuan
pengajaran bahasa, hal ini kerana KTBM mengandungi isyarat yang mempunyai
imbuhan awalan “me”, “per, “ter” iaitu bentuk terikat yang dicantumkan pada kata
dasar dalam proses pembentukan kata. Imbuhan yang dicantumkan itu
menyebabkan perubahan fungsi tatabahasa. Imbuhan terdiri daripada empat jenis
awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Murid-murid hendaklah diberitahu tentang
penggunaan dan perubahan ejaan pada awalan “me” dan “pe” yang bertukar
menjadi “men(pen)”, “mem(pem)”, “meng(peng)”, “meny(peny)”. Walaupun demikian,
semua awalan menggunakan huruf pertama seperti huruf “m” untuk awalan “me”,
huruf “p” untuk awalan “pe” dan huruf “t” untuk awalan “ter”.
Seterusnya, dalam KTBM juga terdapat kata ringkas iaitu perkataan-
perkataan dalam Bahasa Melayu yang diringkaskan dari dua, tiga atau lebih menjadi
satu perkataan sahaja seperti: Pawagam daripada panggung wayang gambar.
Semua perkataan ringkas ini tidak diberi kod tetapi dieja kecuali pada perkataan-
perkataan yang lazim digunakan seperti cikgu digunakan “c”. Perkataan
pergandaan (kata ganda) iaitu bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan
atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara
keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa
imbuhan. Contohnya budak-budak. Manakala perkataan berganda sebahagian
seperti lelaki. Berganda Sama, semua perkataan berganda sama ini diulang kod
perkataan yang mula-mula. Contoh, orang-orang. Berganda Tak Sam ialah semua
perkataan berganda tak sama ini menggunakan kod dasar dan huruf awal
daripada kata seperti “kuih-muih” kod kuih dan huruf “m”. Berganda Separuh iaitu
semua perkataan berganda separuh ini hendaklah didahulukan dengan huruf awal
dan diikuti dengan kod dasarnya seperti “lelaki” huruf “l” dan kod laki. Dalam
KTBM juga terdapat perkataan berganda dan berpenambah iaitu semua perkataan
ini dilakukan seperti kata berganda sama, iaitu diulang kod dasarnya dengan diberi
awalan atau akhiran pada mana-mana kata yang berkenaan. Contohnya tulis
menulis, berlari-lari, buah-buahan.
Menurut Saadiah Ahmad (2009), KTBM adalah satu bahagian daripada
prinsip Komunikasi Seluruh (KS). Kombinasi bahasa isyarat, kod ejaan jari dan
7 | P a g e
pertuturan digunakan. KTBM memberi penekanan kepada pembelajaran Bahasa
Melayu, melalui kod dan bukan menukar kod kepada bahasa. KTBM adalah cara
mempelajari Bahasa Malaysia dengan menggunakan kod-kod tertentu. KTBM
membantu dalam tulisan dan pertuturan bagi membantu dalam menentukan orang
pekak dapat menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. KTBM sangat penting
untuk memperkukuhkan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Saadiah
Ahmad (2009) juga menyatakan mempelajari KTBM lebih menarik dan pergerakan
tangan lebih senang. Kegunaan kod lebih mudah daripada melatih murid-murid
bertutur. Petuturan memerlukan pengetahuan yang mendalam tentang bunyi dan
bagaimana sesuatu perkataan disebut untuk mengeluarkan suara, sedangkan orang
pekak sendiri tidak berupaya mendengar suara mereka. Manakala BIM tidak
mempunyai tatabahasa yang lengkap seperti KTBM iaitu imbuhan awalan dan
imbuhan akhiran. Tatabahasa antara BIM dengan KTBM adalah berbeza.
Perbezaan tatabahasa ini merupakan gejala utama yang memperlihatakan bahawa
bahasa tulisan murid-murid pekak sukar difahami, yang berakibat daripada
terdapatnya pengaruh BIM ke dalam penulisan Bahasa Melayu yang dihasilkan oleh
murid-murid pekak. Saadiah Ahmad (2009)
Mula-mulanya, KTBM yang digunakan dalam sistem pendidikan kita diharap
dapat menjadi media pengantar untuk murid-murid pekak menguasai bahasa
Melayu. Setiap elemen dalam ujaran bahasa Melayu dapat diucapkan sepenuhnya
dalam KTBM. Konsep KTBM ini memang idea. Namun, dari segi pelaksanaan
masalah cara pengucapan KTBM timbul apabila dalam pengucapan sesuatu ayat
yang lengkap, terlalu banyak kod yang perlu dibuat. Seperti ayat “ Saya berasa
sangat sedih apabila melihat seorang pak cik tua terbaring di tepi bangunan “
apabila diucapkan dalam KTBM, terdapat 20 kod semuanya. Di samping itu,
sesetengah kod tangan dalam KTBM dicipta tanpa mempedulikan maksud isyarat itu
dari segi visual. Misalnya, satu perkataan pelbagai makna dalam bahasa Melayu,
hanya diberikan satu kod dan sengaja mengabaikan perbezaan maknanya. Hal ini
akan menimbulkan kekeliruan dan menyebabkan orang pekak tersilap tafsir. Apabila
murid pekak menggunakan BIM mereka dapat meminimumkan penggunaan isyarat
kerana konsep BIM hanya mengisyaratkan perkataan-perkataan penting sahaja
tanpa mementingkan struktur ayat betul atau salah kerana BIM memberi makna
terus sama ada secara ekspresif atau reseptif.
8 | P a g e
4.0 KESIMPULAN
KTBM dapat membantu kanak-kanak pekak membentuk ayat yang betul,
menggunakan kod-kod yang sama bagi perkataan yang sama. Melalui KTBM akan
dapat menggalakkan kanak-kanak menulis perkataan-perkataan setelah kod untuk
semua jenis kata dipelajari, Melalui KTBM matapelajaran Bahasa Melayu kanak-
kanak pekak lebih mudah untuk dipelajari dan difahami.
BIM memberi makna terus sama ada secara ekspresif atau reseptif. BIM
adalah bahasa orang pekak. BIM digunakan sebagai bahasa pengantara
Persekutuan Orang Pekak. Ia mempunyai struktur ayat tersendiri dan tidak
menyerupai mana-mana bahasa. Bahasa isyarat yang berbentuk visual
mengutamakan perkara-perkara yang dilihat dahulu sebagai permulaan kepada
sesuatu ayat seperti bahasa isyarat Amerika (ASL). BIM menggunakan konsep
abjad sebelah tangan. BIM memudahkan komunikasi sesama orang pekak namun
BIM tidak sesuai untuk bahasa penulisan orang pekak berbanding komunikasi
seluruh dan KTBM.
Maka, BIM dan KTBM mempunyai kepentingan yang tersendiri. BIM tidak
seharusnya dipinggirkan. Begiru juga dengan KTBM. Untuk kefahaman pengajaran
diterang dengan menggunakan BIM tetapi untuk pengajaran Bahasa dan subjek lain
KTBM digunakan.
Oleh itu, seharusnya pelajar pekak dan guru serta pihak yang terlibat
hendaklah bergandingan bahu dan bekerjasama dalam memantapkan lagi kosa kat
bahasa isyarat untuk BIM dan KTBM agar pelajar pekak dapat menguasai bahasa
dan pengajaran lain dengan sempurna.
9 | P a g e
5.0 RUJUKAN
Abdullah Yusoff (2004). Kepentingan Ejaan Jari Dalam Komunikasi Pelajar
Pekak. Kuala Lumpur : Bahasa dan Pendidikan. 38-40.
Abdullah Yusoff (2010) Mengiktiraf Bahasa Isyarat Orang Pekak. Kuala Lumpur :
Bahasa Dan Masyarakat. 43-46
Abdullah Yusoff (2006). Komunikasi Warga Pekak. Kuala Lumpur: Bahasa dan
Masyarakat, Dewan Bahasa. 48-51
Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed (2004). (t.t) Penguasaan Bahasa
Melayu dalam Kalangan Murid Pekak: Suatu Sorotan dari Perspektif Linguistik
Jurnal Dewan Bahasa Dicapai pada 31 Julai 2012 dari
http://www.angelfire.com/journal2/abdullahyusoff/penguasaan_bhs.html.
Goh, & Teh, (1993) Bahasa Tulisan Pelajar Pekak: Analisis Struktur Sintaksis
Ayat Berdasarkan Teori Tatabahasa Transformasi Genaratif. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka. 32-26
Hasan Baseri Budiman (2008). Semiotik Dalam Bahasa Isyarat. Kuala Lumpur :
Agenda Bahasa, Dewan Bahasa. 18-20
Kementerian Pendidikan Malaysia (1985). Komunikasi Seluruh Bahasa Melayu
Kod Tangan. Jilid 1, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. 38-39
Mohamad Sofee Razak (2008) Memperkasakan Bahasa Isyarat. Kuala Lumpur.
Agenda Bahasa, Dewan Bahasa. 22-23
Saadiah Ahmad (2009). Pengenalan Kepada Kod Tangan Bahasa Melayu
(KTBM): Open Universiti Malaysia Kuala Lumpur.
Zaizatul Azma Zainon Hamzah (2008) Bersatu Dalam Bahasa : Agenda Bahasa,
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa. 30-31
10 | P a g e
11 | P a g e