18
143 BAB 8 PENENTUAN PENDAPATAN NEGARA OBJEKTIF BAB Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami cara pengukuran pendapatan negara diamalkan. 2. Mendefinisikan konsep-konsep asas pengukuran pendapatan negara. 3. Membezakan setiap kaedah pengiraan pendapatan negara yang diamalkan. 4. Memahami konsep pengiraan pendapatan negara. 5. Menilai kepentingan imbangan pembayaran. 8.1 PENGENALAN Teori makroekonomi menumpukan analisis dan perhatian berkaitan dengan kegiatan ekonomi negara secara menyeluruh atau lebih dikenali sebagai agregat. Setelah memahami konsep asas dalam makroekonomi, bab ini akan mengupas beberapa persoalan berkaitan dengan makroekonomi yang sering digunakan untuk menganalisis perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara. Persoalan mengenai berapa banyak pertumbuhan yang dicapai pada tahun semasa, tahun-tahun yang lalu atau fokus perancangan untuk pertumbuhan tahun-tahun akan datang sering kita dengar dan baca melalui akhbar, majalah atau berita-berita yang dipaparkan di televisyen dan radio. Namun begitu, kita kurang arif dengan cara atau kaedah yang digunakan untuk menghasilkan petunjuk-petunjuk perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara. Kebiasaannya, maklumat berkaitan dengan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara sering menggunakan data-data makroekonomi seperti Keluaran Negara Kasar, Keluaran Dalam Negara Kasar dan komponen-kompeonen lain yang berasaskan konsep perbelanjaan negara atau pendapatan negara tersebut.

Bab 8

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bab 8

143

BAB 8

PENENTUAN PENDAPATAN NEGARA

OBJEKTIF BAB

Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami cara pengukuran pendapatan negara diamalkan. 2. Mendefinisikan konsep-konsep asas pengukuran pendapatan

negara. 3. Membezakan setiap kaedah pengiraan pendapatan negara yang

diamalkan. 4. Memahami konsep pengiraan pendapatan negara. 5. Menilai kepentingan imbangan pembayaran.

8.1 PENGENALAN Teori makroekonomi menumpukan analisis dan perhatian berkaitan dengan kegiatan ekonomi negara secara menyeluruh atau lebih dikenali sebagai agregat. Setelah memahami konsep asas dalam makroekonomi, bab ini akan mengupas beberapa persoalan berkaitan dengan makroekonomi yang sering digunakan untuk menganalisis perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara. Persoalan mengenai berapa banyak pertumbuhan yang dicapai pada tahun semasa, tahun-tahun yang lalu atau fokus perancangan untuk pertumbuhan tahun-tahun akan datang sering kita dengar dan baca melalui akhbar, majalah atau berita-berita yang dipaparkan di televisyen dan radio. Namun begitu, kita kurang arif dengan cara atau kaedah yang digunakan untuk menghasilkan petunjuk-petunjuk perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara. Kebiasaannya, maklumat berkaitan dengan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara sering menggunakan data-data makroekonomi seperti Keluaran Negara Kasar, Keluaran Dalam Negara Kasar dan komponen-kompeonen lain yang berasaskan konsep perbelanjaan negara atau pendapatan negara tersebut.

Page 2: Bab 8

144

8.2 PENGUKURAN PENDAPATAN NEGARA Pengukuran pendapatan negara sangat penting bagi membolehkan setiap negara dapat membuat analisis dan pengukuran perkembangan serta pertumbuhan prestasi pencapaian ekonomi negara. Kebanyakan negara membentuk dan mengamalkan satu sistem pengurusan perakaunan negara bagi membolehkan segala pergerakan aliran masuk dan keluar wang ke dalam negara dapat direkod dan dianalisis. Sistem pengiraan pendapatan negara ini dikenali sebagai sistem perakaunan pendapatan negara atau national income accounting system. Sistem ini dapat membantu setiap negara untuk mengumpul data-data atau maklumat-maklumat seperti berikut:

(i) Nilai barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara.

(ii) Nilai pelbagai jenis perbelanjaan ke atas keluaran negara yang diciptakan.

(iii) Jumlah pendapatan yang diterima oleh pelbagai faktor pengeluaran yang digunakan untuk mencipta keluaran negara tersebut.

Terdapat tiga kaedah pengiraan yang boleh digunakan untuk mengira nilai barang-barang dan perkhidmatan yang dicipta oleh sesebuah negara dalam tempoh setiap tahun, iaitu melalui kaedah perbelanjaan, kaedah keluaran dan kaedah pendapatan. Kaedah perbelanjaan adalah merujuk kepada cara pengiraan pendapatan negara yang menggunakan cara menjumlahkan perbelanjaan ke atas barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara tersebut. Kaedah keluaran pula merujuk kepada cara pengiraan pendapatan negara dikira dengan menjumlahkan nilai pengeluaran barang atau perkhidmatan yang dihasil atau diwujudkan oleh pelbagai sektor pengeluaran negara. Kaedah pendapatan pula merujuk kepada cara pengiraan pendapatan negara yang menjumlahkan pendapatan yang diterima daripada faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk mewujudkan pendapatan negara.

Page 3: Bab 8

145

SOALAN DALAM TEKS

1. Berikan tiga kaedah pengiraan yang boleh digunakan

untuk mengira nilai barang-barang dan perkhidmatan yang diciptakan oleh sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

8.3 KEPENTINGAN PENGUKURAN PENDAPATAN NEGARA Pengukuran pendapatan negara dalam makroekonomi sangat penting kerana ianya dapat membantu sesebuah negara untuk menguruskan ekonomi negara dengan bijak dan berkesan. Terdapat beberapa tujuan penting dilakukan pengukuran pendapatan Negara. Antaranya ialah (a) Mengukur prestasi ekonomi Perakaunan pendapatan negara yang melapor dan merekodkan data-data ekonomi secara tersusun setiap tahun boleh digunakan sebagai satu petunjuk prestasi sesebuah ekonomi, sama ada keadaan ekonomi semasa adalah memuaskan atau tidak memuaskan dengan pencapaian kepada nilai pertumbuhan ekonomi negara yang ditetapkan. (b) Mengesan masalah ekonomi KNK/KDNK boleh digunakan untuk dianalisis bagi mencari punca-punca atau faktor-faktor yang menyebabkan keadaan berlakunya prestasi pertumbuhan ekonomi yang lembap. (c) Memperbaiki masalah ekonomi

Kebiasaannya apabila punca-punca masalah ekonomi dapat dikesan, maka pihak kerajaan dapat merancang dan bertindak dengan cara yang teratur seperti melaksanakan dasar-dasar yang sesuai untuk mengatasi masalah ekonomi yang wujud. Contohnya, penggunaan dasar fiskal dan dasar kewangan yang dapat digunakan untuk mengatasi masalah tersebut.

Page 4: Bab 8

146

(d) Mengukur taraf hidup rakyat Apabila Keluaran Negara Kasar (KNK) benar per kapita sesebuah negara meningkat dari setahun ke setahun, maka keadaan ini telah menggambarkan bahawa taraf hidup rakyat negara tersebut sudah meningkat. (e) Membandingkan taraf hidup antara negara

Perbandingan taraf hidup antara negara dapat dilakukan dengan menggunakan KNK benar per kapita setiap negara dibandingkan di antara satu sama lain. Jika nilai KNK benar per kapita negara itu tinggi dibandingkan dengan negara-negara lain, maka negara tersebut merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk atau rakyat yang mempunyai taraf hidup yang baik dan tinggi. 8.4 IDENTITI PENTING PERAKAUNAN PENDAPATAN

NEGARA Barangan dan perkhidmatan dalam pasaran dihasilkan melalui kombinasi faktor-faktor pengeluaran seperti modal, buruh, tanah, bangunan dan pengusaha. Penggunaan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan ini memerlukan bayaran Barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh pengeluar akan digunakan oleh pengguna (pembeli). Apabila transaksi pembayaran berlaku dalam pasaran seperti pembayaran sewa untuk tanah dan bangunan, upah buruh, bunga untuk modal dan untung kepada pengusaha, maka nilai keluaran negara adalah sama dengan nilai pendapatan yang diterima oleh pemilik faktor-faktor pengeluaran. Persamaan ini boleh diringkaskan seperti berikut:

Keluaran Negara = Pendapatan Negara Barangan yang dihasilkan oleh kombinasi faktor-faktor pengeluaran dapat dibezakan kepada barang penggunaan (consumption good) dan barang modal (capital good). Barang penggunaan ialah barang yang digunakan oleh individu untuk memenuhi kepuasan mereka. Barang modal pula merupakan barang yang menjadi pengantara untuk menghasilkan semula sesuatu pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Oleh kerana barangan yang dihasilkan adalah dalam pelbagai unit dan sukar untuk mencampurkan jumlah keluarannya, maka jumlah keluaran dikira berdasarkan nilai wang setiap barang. Nilai jumlah keluaran negara boleh

Page 5: Bab 8

147

diperolehi dengan mencampurkan perbelanjaan negara, iaitu jumlah wang yang dibayar untuk memperolehi barangan tersebut. Secara ringkasnya, ianya dapat ditunjukkan seperti berikut:

Keluaran Negara = Pendapatan Negara = Perbelanjaan Negara

8.5 KAEDAH PENGIRAAN PENDAPATAN NEGARA Terdapat beberapa kaedah yang sering digunakan dalam mengira pendapatan negara. Pengukuran pendapatan negara boleh dilakukan melalui tiga kaedah seperti yang dibincangkan sebelum ini, iaitu

(i) Kaedah pendapatan. (ii) Kaedah keluaran atau nilai ditambah. (iii) Kaedah perbelanjaan.

8.5.1 Kaedah Pendapatan Pengiraan cara ini perlu menjumlahkan semua jenis pendapatan yang diperolehi daripada faktor-faktor pengeluaran yang terbahagi kepada empat, iaitu tanah, buruh, modal dan keahlian keusahawanan. Apabila faktor-faktor pengeluaran ini digunakan dalam proses pengeluaran atau penghasilan barangan dan perkhidmatan dalam pasaran, maka proses pengeluaran tersebut akan menghasilkan pendapatan meliputi sewa untuk tanah, upah dan gaji untuk buruh, bunga untuk modal dan keuntungan bagi pengusaha. Jadual 8.1 menunjukkan contoh pengiraan pendapatan negara mengikut kaedah pendapatan. Secara ringkasnya, pengiraan pendapatan negara melalui kaedah pendapatan ini membahagikan pendapatan yang diterima oleh faktor-faktor pengeluaran seperti berikut:

(i) Pendapatan para pekerja, iaitu gaji dan upah. (ii) Pendapatan daripada usaha persendirian (perusahaan

persendirian) seperti gaji dan upah, bunga, sewa dan keuntungan daripada perusahaan-perusahaan yang dijalankan oleh pengusaha-pengusaha.

(iii) Pendapatan daripada sewa. (iv) Bunga bersih, iaitu seluruh nilai pembayaran bunga yang

dilakukan ditolak bunga ke atas pinjaman pengguna dan bunga ke atas pinjaman kerajaan.

(v) Keuntungan perusahaan.

Page 6: Bab 8

148

Jadual 8.1 Contoh: Pengiraan Pendapatan Negara Mengikut Kaedah Pendapatan

Jenis Pendapatan

RM juta

1. Upah dan gaji 5,000-00 2. Bunga bersih (+) 300-00 (i) bunga kasar (+) 600-00 (ii) bunga atas pinjaman pengguna (-) 100-00 (iii) bunga atas pinjaman negara (-) 200-00 3. Pendapatan dari sewa (+) 230-00 4. Pendapatan perusahaan persendirian (+) 500-00 5. Keuntungan perusahaan (+) 600-00 (i) dividen (+) 150-00 (ii) keuntungan yang tidak dibahagikan (+) 200-00 (iii) cukai pendapatan perusahaan (+) 250-00

KNB pada kos faktor (Pendapatan Negara) 6,630-00

8.5.2 Kaedah Keluaran (Nilai Ditambah) Kaedah ini melibatkan campuran semua nilai ditambah yang diwujudkan oleh pelbagai sektor ekonomi. Kebiasaannya, nilai ditambah wujud kerana ada kenaikan nilai bagi sesuatu barangan dan perkhidmatan yang melalui sesuatu proses pengeluaran. Sektor ekonomi di Malaysia boleh dibahagikan kepada 10 sektor utama, iaitu

(i) Pertanian, perikanan, ternakan dan perhutanan. (ii) Perlombongan dan kauri. (iii) Perkilangan. (iv) Pembinaan. (v) Kuasa elektrik. (vi) Pembinaan. (vii) Kuasa elektrik, gas dan air. (viii) Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan. (ix) Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran. (x) Kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan

perniagaan. (xi) Perkhidmatan kerajaan. (xii) Perkhidmatan lain.

Page 7: Bab 8

149

8.5.3 Kaedah Perbelanjaan Kaedah perbelanjaan merujuk kepada pengiraan pendapatan negara dengan menggunakan kaedah campuran nilai perbelanjaan sesebuah negara terhadap barangan dan perkhidmatan akhir yang dihasilkan oleh faktor-faktor pengeluaran negara tersebut dalam sesuatu tahun yang ditetapkan. Kaedah perbelanjaan ini membahagikan perbelanjaan terhadap barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi kepada empat komponen, iaitu perbelanjaan penggunaan isi rumah (C), pelaburan kasar (I), perbelanjaan kerajaan (G), dan eksport bersih (X – M). Pengiraan Keluaran Dalam Negara Kasar sesebuah negara pada harga pasar dapat dikira dengan mencampurkan semua perbelanjaan daripada empat komponen tersebut berdasarkan kepada formula berikut:

KDNKhp = C + I + G +(X – M)

(a) Perbelanjaan pengunaan isi rumah (C) Perbelanjaan penggunaan isi rumah merangkumi semua nilai perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah (household) apabila membeli pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan untuk tujuan penggunaan terakhir seperti makanan, peralatan rumah dan kediaman, barangan elektrik, kenderaan, rawatan kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan sebagainya yang merujuk kepada semua bentuk perbelanjaan penggunaan isi rumah. Barang-barang tersebut dibeli oleh setiap isi rumah dan dinilaikan dalam tempoh masa tertentu, iaitu setahun. Pembelian dan penggunaan oleh isi rumah bukan sahaja bertujuan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti hantar dengan sempurna malah untuk memuaskan keinginan memiliki dan menggunakan barangan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga aktiviti-aktiviti perbelanjaan yang tidak digolongkan kepada penggunaan, seperti pembelian rumah dan tanah yang bertujuan untuk pelaburan dan pembelian premium insuran atau tindakan mengirimkan wang kepada ibu bapa (perbelanjaan mereka). Ini kerana aktiviti-aktiviti perbelanjaan ini bukan merupakan aktiviti perbelanjaan atau penggunaan ke atas barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi.

Page 8: Bab 8

150

SOALAN DALAM TEKS

2. Senaraikan tiga aktiviti yang berbentuk penggunaan

isi rumah dan tiga aktiviti yang tidak berbentuk penggunaan isi rumah.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

(b) Pelaburan kasar (I) Pelaburan kasar dalam kaedah perbelanjaan ini merujuk kepada pembentukan modal sektor swasta. Pembentukan modal sektor swasta sering dinyatakan sebagai pelaburan tetapi pada dasarnya ia membawa maksud perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor swasta atau firma untuk membeli barang modal yang dapat meningkatkan pengeluaran barangan dan perkhidmatan pada masa hadapan. Sebagai contohnya membina bangunan pejabat, bangunan kilang, membeli peralatan seperti mesin-mesin dan alat-alat pengeluaran yang digunakan untuk mengendalikan perniagaan. Secara ringkas, segala maklumat mengenai pelabuaran kasar ini dikutip dan dikumpulkan berdasarkan kepada tiga kategori perbelanjaan seperti berikut:

(i) Perbelanjaan terhadap barang modal dan peralatan

pengeluaran. (ii) Perubahan-perubahan dalam nilai inventori pada akhir

tahun. (iii) Perbelanjaan-perbelanjaan untuk mendirikan rumah

kediaman. (c) Perbelanjaan kerajaan Terdapat perbezaan yang ketara di antara perbelanjaan isi rumah dengan perbelanjaan kerajaan. Perbelanjaan isi rumah berbelanja untuk membeli barangan yang dapat memenuhi keperluan aktiviti kehidupan sehariannya, manakala perbelanjaan kerajaan adalah untuk memenuhi keperluan dan kepentingan masyarakat.

Page 9: Bab 8

151

Perbelanjaan kerajaan ini juga dikenali sebagai perbelanjaan awam yang melibatkan segala tindakan dan aktiviti-aktiviti kerajaan berbelanja untuk menyedikan barangan dan perkhidmatan awam yang diperlukan oleh sesebuah negara. Perbelanjaan ini merangkumi perbelanjaan kesihatan, pendidikan, infrastruktur, pengangkutan, jalan raya, pembayaran gaji kakitangan awam yang bertugas untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan awam dan sebagainya. Perbelanjaan kerajaan dibahagikan kepada perbelanjaan mengurus (penggunaan) dan perbelanjaan pembangunan atau juga dikenali sebagai pelaburan awam/kerajaan. 1. Perbelanjaan mengurus Perbelanjaan mengurus boleh diidentifikasikan sebagai perbelanjaan yang berulang setiap tahun dan berterusan, atau juga disebut sebagai perbelanjaan penggunaan. Perbelanjaan mengurus ini lebih tertumpu kepada perbelanjaan dalam menguruskan hal-hal pentadbiran negara. Ianya boleh diklasifikasikan kepada perbelanjaan tanggungan (charge expenditure) dan perbelanjaan bekalan (supply expenditure) seperti emolument, membeli peralatan pejabat untuk digunakan bagi menyediakan barangan dan perkhidmatan awam, bayaran perkhidmatan profesional dan sebagainya. 2. Perbelanjaan pembangunan

Perbelanjaan pembangunan juga dikenali sebagai perbelanjaan modal atau pelaburan awam/kerajaan. Istilah ini sering digunakan tetapi semuanya merujuk kepada perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan pembangunan ini bersifat tidak berulang dan mempunyai pulangan dalam jangka masa panjang. Perbelanjaan pembangunan ini juga sering dikaitkan dengan prestasi pembangunan negara, iaitu ia menjadi pemangkin utama kepada kegiatan ekonomi negara. Contoh perbelanjaan pembangunan ialah seperti perbelanjaan untuk membangunkan infrastruktur seperti jalan raya, sekolah, hospital, universiti, kawasan perindustrian, perparitan, taman rekreasi dan sebagainya. Selain daripada perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan seperti yang dijelaskan, terdapat juga peruntukan kerajaan yang dilihat seperti perbelanjaan kerajaan, contohnya pemberian biasiswa, bantuan untuk mangsa kebakaran atau banjir dan subisidi kerajaan tidak digolongkan sebagai perbelanjaan kerajaan dalam pengiraan pendapatan negara mengikut kaedah ini. Ini kerana perbelanjaan-perbelanjaan tersebut bukan untuk membeli barangan dan perkhidmatan.

Page 10: Bab 8

152

SOALAN DALAM TEKS

3. Apakah bentuk perbelanjaan kerajaan dan bagaimana

ianya dikira sebagai perbelanjaan kerajaan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

(d) Eksport Bersih (X-M) Nilai eksport bersih ini merupakan nilai eksport yang dilakukan oleh sesebuah negara dalam satu tahun tertentu dan ditolak dengan nilai import dalam jangka masa yang sama. Nilai eksport ialah perbelanjaan penduduk-penduduk asing untuk membeli barangan dan perkhidmatan tempatan sesebuah negara dan jumlah perbelanjaan oleh penduduk-penduduk asing ini akan dimasukkan ke dalam pendapatan negara. Nilai import pula merujuk kepada perbelanjaan penduduk sesebuah negara yang berbelanja terhadap barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh negara-negara asing. Nilai import ini perlu ditolak dalam jumlah pendapatan negara melalui kaedah pengiraan perbelanjaan ini.

Secara keseluruhannya, kaedah perbelanjaan (KDNKhp = C + I + G + (X – M) ini menjumlahkan semua komponen-komponen perbelanjaan secara teratur dan tersusun bagi memperolehi nilai pendapatan negara yang boleh digunakan sebagai petunjuk kepada pertumbuhan dan perkembangan ekonomi.

8.6 IMBANGAN PEMBAYARAN Negara-negara yanag mengamalkan dasar ekonomi terbuka tidak dapat lari daripada menjalankan urus niaga ekonomi domestik dan urus niaga ekonomi antarabangsa. Semua aktiviti urus niaga ekonomi domestik (berlaku dalam negara) dicatat sebagai akaun pendapatan negara dan urus niaga ekonomi antarabangsa (melibatkan negara asing) dicatat sebagai akaun imbangan pembayaran. Imbangan pembayaran sesebuah negara dapat ditafsirkan sebagai satu rekod yang tersusun dan mengandungi semua nilai urus niaga ekonomi yang dijalankan oleh pemastautin sebuah negara dengan pemastautin negara lain dalam tempoh masa satu tahun.

Page 11: Bab 8

153

Contohnya, pemastautin atau rakyat Malaysia berurus niaga dengan rakyat Jepun. Semua nilai urus niaga yang berlaku di antara kedua-duanya akan direkodkan. Secara mudahnya, urus niaga domestik melibatkan rakyat Malaysia menggunakan mata wang Ringgit Malaysia (RM) dalam segala aktiviti urus niaga yang dilakukannya dalam Malaysia. Manakala urus niaga ekonomi dalam imbangan pembayaran ini merujuk kepada semua urus niaga perdagangan dan kewangan yang menyebabkan berlakunya perpindahan barangan, perkhidmatan dan harta daripada milikan rakyat Malaysia kepada negara Jepun kerana berurus niaga dengan rakyat Jepun. 8.7 ASAS PERAKAUNAN IMBANGAN PEMBAYARAN Secara umumnya, imbangan pembayaran sesebuah negara mengandungi tiga akaun utama, iaitu

(i) Akaun Semasa. (ii) Akaun Modal. (iii) Akaun Penyelesaian.

Walau bagaimanapun, untuk memudahkan pemahaman tentang struktur asas akaun imbangan pembayaran, lihat Rajah 8.1 berikut:

Rajah 8.1

Akaun Imbangan Pembayaran

Imbangan Pembayaran

Akaun Semasa (Current account)

Akaun Modal (Capital account)

Akaun Penyelesaian Rasmi

1. Akaun Dagangan (Trade account)

2. Akaun Perkhidmatan (Services account)

3. Akaun Pindahan (Transfer account)

1. Akaun Modal Jangka Panjang (Long term capital account)

2. Akaun Modal Jangka Pendek (Short term capital account)

Page 12: Bab 8

154

8.7.1 Akaun Semasa (Current Account) Akaun semasa merekodkan semua urus niaga atau kegiatan ekonomi negara, iaitu import dan eksport barangan fizikal, perkhidmatan serta bayaran pindahan swasta dan kerajaan. Akaun semasa ini dipecahkan kepada tiga akaun kecil bagi memudahkan pengurusan perakaunan secara tersusun, iaitu

Jadual 8.2 Akaun Imbangan Pembayaran Malaysia 1998/1999

1998

(RMJuta) 1999 (RM Juta)

A Imbangan Akaun Dagangan 69,008 83,534 Eksport 281,947 315,719 Import 212,939 232,184 B Imbangan Akaun Perkhidmatan -22,338 -28,943 Tambang (Freight) dan Insurans -8,435 -9,731 Pengangkutan 2,268 2,479 Perjalanan 3,070 5,568 Pendapatan Pelaburan -14,639 -18,790 Urusniaga Kerajaan -215 -46 Perkhidmatan lain -4,209 -8,422 C Imbangan Akaun Dagangan dan

Perkhidmatan (C= A+B) 46,670 54,591

D Pindahan Bersih -9,876 -7,210 E Imbangan Akaun Semasa

(E= C+D) 36,794 47,381

F Imbangan Modal Jangka Panjang 10,628 11,717 Modal Rasmi Jangka Panjang 2,138 6,692 Pelaburan Korporat 8,490 5,025 G Imbangan Asas

(G = E+F) 47,422 59,098

H Imbangan Modal Jangka Pendek Modal Swasta (bersih)

-20,633 -35,958

I Ralat dan Ketinggalan 13,513 -5,321 J Imbangan Keseluruhan

(J = G + I + H) 40,302 17,819

K Peruntukan SDR (Special Drawing Rights) 0 0 L Sumber IMF 0 0 M Perubahan Bersih Rizab Antarabangsa Bank

Negara Malaysia -40,302 -17,819

N Rizab Antarabangsa Bersih Bank Negara Malysia

99,424 117,244

Sumber: Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Malaysia. (a) Akaun dagangan (Trade account) Akaun dagangan merekodkan nilai-nilai eksport dan import barang-barang fizikal sesebuah negara dalam tempoh satu tahun. Perbezaan

Page 13: Bab 8

155

antara nilai eksport dan nilai import barang-barang tersebut dirujuk sebagai imbangan perdagangan (trade balance/merchandise balance). Jika nilai eksport melebihi nilai import barangan, negara tersebut mengalami imbangan perdagangan lebihan (trade surplus), tetapi jika nilai eksport kurang daripada nilai import barangan, maka negara tersebut mengalami imbangan perdagangan kurangan (trade deficit). (b) Akaun perkhidmatan (Services account) Akaun perkhidmatan merekodkan nilai-nilai eksport dan import perkhidmatan sesebuah negara dalam tempoh masa satu tahun. Antara contoh perkhidmatannya ialah tambang dan insuran penerbangan, pengangkutan lain, perjalanan, pendapatan pelaburan, urus niaga kerajaan dan sebagainya. Jika sesebuah negara itu menerima bayaran ke atas perkhidmatan melebihi pembayaran ke atas perkhidmatan, maka negara tersebut adalah di dalam keadaan imbangan perkhidmatan lebihan. Sebaliknya, jika sesebuah negara tersebut menerima bayaran ke atas perkhidmatan kurang daripada pembayaran ke atas perkhidmatan, maka negara tersebut dikatakan mengalami imbangan perkhidmatan kurangan. (c) Akaun pindahan (Transfer account) Akaun pindahan ialah akaun yang merekodkan semua bayaran pindahan sesebuah negara dalam tempoh masa satu tahun. Bayaran pindahan terdiri daripada bayaran pindahan swasta dan pindahan kerajaan.

Bayaran pindahan swasta merujuk kepada bayaran pindahan antara penduduk-penduduk dari sebuah negara ke negara lain. Contohnya, rakyat Malaysia yang bekerja di United Kingdom mengirimkan wang kepada keluarganya di Malaysia, aktiviti ini dikira sebagai aliran masuk bayaran pindahan ke dalam imbangan pembayaran. Sebaliknya, terdapat juga aliran keluar bayaran pindahan daripada imbangan pembayaran apabila rakyat negara asing seperti Indonesia dan Bangladesh yang bekerja di Malaysia mengirimkan wang kepada keluarga mereka di negara masing-masing. Perbezaan di antara aliran masuk bayaran pindahan dengan aliran keluar bayaran pindahan dikira sebagai bayaran pindahan bersih swasta. Bayaran pindahan kerajaan pula merujuk kepada bayaran pindahan di antara kerajaan sesebuah negara dengan kerajaan negara lain. Contohnya, diplomat Malaysia di negara-negara luar menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan di negara tersebut, maka kerajaan Malaysia perlu membayar terhadap penggunaan perkhidmatan tersebut. Sebaliknya pula, jika diplomat negara-negara luar yang berada di Malaysia menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan

Page 14: Bab 8

156

oleh kerajaan Malaysia, maka kerajaan negara luar tersebut perlu membayar jumlah penggunaan perkhidmatan tersebut. Perbezaan ini antara jumlah nilai bayaran pindahan dan penerimaan pindahan kerajaan yang dikenali sebagai bayaran pindahan bersih kerajaan.

SOALAN DALAM TEKS

4. Senaraikan tiga akaun penting yang berada di bawah

imbangan pembayaran. 5. Senaraikan tiga akaun di bawah akaun semasa

imbangan pembayaran. 6. Apakah akaun yang terdapat dalam akaun modal

imbangan pembayaran?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

8.7.2 Akaun Modal (Capital Account) Akaun modal merekodkan semua pergerakan mdal di antara sesebuah negara dengan negara-negara lain. Pelaburan dan pinjaman luar negara ke sesebuah negara merupakan satu aktiviti pergerakan modal yang perlu direkodkan sebagai kredit dalam akaun modal negara tersebut. Sebaliknya, pelaburan dan pinjaman ke luar negara dari sesebuah negara merupakan satu aktiviti pergerakan yang perlu direkodkan sebagai debit ke dalam akaun modal negara tersebut. Akaun modal terdiri daripada akaun modal jangka panjang dan akaun modal jangka pendek. Akaun modal jangka panjang meliputi semua akaun modal keluar dan masuk ke sesebuah negara yang mempunyai tarikh kematangan lebih dari satu tahun dan biasanya dibahagikan kepada modal jangka panjang rasmi (seperti pinjaman dari luar negara, Bank Dunia dan IMF) dan modal jangka panjang swasta (pelaburan langsung dan pelaburan portfolio/pembelian saham dan bon). Akaun modal jangka pendek pula merujuk kepada pergerakan modal keluar dan masuk ke dalam sesebuah negara yang mempunyai kematangan kurang dari setahun. Akaun modal jangka pendek ini terdiri daripada modal jangka pendek rasmi dan modal jangka pendek swasta.

Page 15: Bab 8

157

8.7.3 Akaun Penyelesaian Rasmi Akaun ini merekodkan semua perbuahan cadangan bank pusat sesebuah negara yang terdiri daripada rizab mata wang asing dan emas. Perbuahan bersih rizab mata wang asing dan cadangan emas berlaku apabila wujudnya ketidakseimbangan dalam imbangan pembayaran. Keadaan lebihan imbangan pembayaran (balance of payment surplus) merujuk kepada keadaan nilai mata wang asing dan cadangan emas negara tersebut akan bertambah. Kurangan imbangan pembayaran (balance of payment deficit) pula merujuk kepada keadaan mata wang dan cadangan emas negara tersebut akan berkurangan. 8.8 LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH

DEFISIT DALAM IMBANGAN PEMBAYARAN Kerajaan sentiasa berusaha untuk mencapai prestasi imbangan pembayaran lebihan. Walau bagaimanapun, kedudukan ekonomi terbuka ini terdedah kepada pelbagai ancaman sama ada dari dalam negara (domestik) atau luar negara. Keadaan tersebut telah memberi kesedaran kepada kebanyakan negara di dunia untuk berusaha menangani masalah imbangan pembayaran defisit seperti

(i) Meningkatkan eksport. (ii) Mengurangkan import. (iii) Menggunakan sumber-sumber emas dan pertukaran asing. (iv) Menggalakkan aliran modal ke dalam negara dan menyekat

aliran keluar modal dari negara. (v) Devaluasikan nilai pertukaran wang asing.

8.9 KESIMPULAN Bab ini menumpukan kepada penjelasan yang lebih teratur dan mendalam mengenai perakaunan pendapatan negara dan imbangan pembayaran. Konsep pemahaman dan penggunaan perakaunan pendapatan negara merupakan satu keperluan untuk memahami dengan lebih mendalam dan teratur mengenai perkembangan ekonomi di sektor awam. Perakaunan pendapatan negara dan imbangan pembayaran menunjukkan cara pengukuran prestasi ekonomi yang diukur melalui data-data ekonomi, iaitu data-data ini merupakan sumber penting dalam aktiviti-aktiviti membangunkan sosioekonomi negara.

Page 16: Bab 8

158

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Kenapakah pengukuran pendapatan negara sangat penting bagi

setiap negara? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan cara pengiraan pendapatan

negara mengikut kaedah keluaran (nilai ditambah)? 3. Kaedah perbelanjaan dalam pengiraan pendapatan negara merujuk

kepada menggunakan kaedah campuran nilai _______________ sesebuah negara terhadap barang-barang dan perkhidmatan akhir yang dihasilkan oleh __________________________________.

4. Kaedah perbelanjaan membahagikan perbelanjaan terhadap

barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi kepada empat komponen iaitu

(i) _________________________________. (ii) _________________________________. (iii) _________________________________. (iv) _________________________________.

5. Akaun Imbangan pembayaran terdiri daripada tiga akaun utama,

iaitu akaun semasa, akaun modal dan akaun penyelesaian. Berikan akaun-akaun yang terdapat dalam komponen akaun semasa dan akaun modal seperti berikut:

Akaun semasa:

(i) _______________________________________ (ii) _______________________________________ (iii) _______________________________________

Akaun modal:

(i) _______________________________________ (ii) _______________________________________

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

Page 17: Bab 8

159

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Tiga kaedah tersebut ialah melalui kaedah perbelanjaan, kaedah

keluaran dan kaedah pendapatan.

(i) Kaedah perbelanjaan - merujuk kepada cara pengiraan pendapatan negara yang menjumlahkan perbelanjaan ke atas barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara tersebut.

(ii) Kaedah keluaran - merujuk kepada cara pengiraan pendapatan negara dikira dengan menjumlahkan nilai pengeluaran barang atau perkhidmatan yang dihasil atau diwujudkan oleh pelbagai sektor pengeluaran negara.

(iii) Kaedah pendapatan - merujuk kepada cara pengiraan pendapatan negara yang menjumlahkan pendapatan yang diterima daripada faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk mewujudkan pendapatan negara.

2.

Penggunaan Isi Rumah Bukan Penggunaan Isi Rumah (i) Bayar bil telefon dan elektrik (i) Tanah untuk pelaburan (ii) Beli perabot rumah (ii) Rumah kedai untuk pelaburan (iii) Beli peralatan elektrik (iii) Insuran nyawa dan kesihatan

3. Bentuk perbelanjaan kerajaan dibahagikan kepada dua, iaitu

perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Kedua-dua perbelanjaan ini akan dikira sebagai perbelanjaan kerajaan dalam kaedah pengiraan pendapatan negara apabila unsur perbelanjaan mengurus atau perbelanjaan pembangunan yang menunjukkan terdapatnya transaksi membeli barangan dan perkhidmatan yang akan digunakan dalam ekonomi oleh sektor awam bagi menghasilkan sesuatu barangan dan perkhidmatan yang diperlukan dalam negara. Contoh, seperti berikut:

(i) Perbelanjaan mengurus - membiayai gaji angkatan

tentera yang berkhidmat menyediakan perkhidmatan pertahanan negara.

(ii) Perbelanjaan pembangunan - perbelanjaan untuk membina empangan yang bertujuan dapat menyediakan bekalan air dan tenaga elektrik kepada penduduk (barangan dan perkhidmatan awam).

4. (i) Akaun semasa. (ii) Akaun modal. (iii) Akaun penyelesaian rasmi.

Page 18: Bab 8

160

5. (i) Akaun dagangan (trade account). (ii) Akaun perkhidmatan (services account). (iii) Akaun pindahan (transfer account). 6. (i) Akaun modal jangka panjang. (ii) Akuan modal jangka pendek.