BAB 2 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/18/2019 BAB 2 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    1/14

    Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

    1

    BAB 2: PERANAN SASTERA DALAM PEMBINAAN DAN PENYATUAN

    BAHASA MELAYU

    Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat:

      Menjelaskan tentang peranan sastera dalam pembinaan dan

    penyatuan bahasa Melayu di Malaysia.

    2.1 Pengenalan

    2.2 Sifat Bahasa Sastera

    2.3 Peranan Sastera dalam Penyatuan

    Bahasa Melayu

    RINGKASAN

    RUJUKAN

  • 8/18/2019 BAB 2 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    2/14

    Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

    2

    Sastera dengan pengertiannya sebagai hasil kreativiti kebahasaan yang istimewa merupakansalah satu wadah bahasa yang penting. Sastera, baik yang tertulis mahupun yang lisan,

    mempunyai peranan yang besar dalam pertumbuhan sesuatu bahasa. 

    Jika bahasa sering diungkapkan sebagai “alat untuk menghasilkan sastera”, maka sastera

    dapat dikatakan sebagai salah satu wadah yang memungkinkan bahasa berkembang, maju dan

    terus hidup. Dalam hubungannya dengan hakikat itulah pembicaraan ini berusaha

    memperlihatkan peranan sastera dalam pembinaan dan penyatuan bahasa Melayu.

    Peranan sastera dalam

     pembinaan bahasa Melayu

    dapat dilihat daripada sudut

     pembinaan korpus bahasa itu

    sendiri.

    Yang termasuk di dalamnya

    ialah tatabahasa, sistem

    tulisan, perkamusan,

     pengucapan dan gaya bahasa.

    Dalam hal penyatuan pula,

    akan dibincangkan penyatuan pada peringkat serantau.

    2.1 PENGENALAN

    http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=images&cd=&cad=rja&uact=8&docid=2jWoBiD2JaR2YM&tbnid=3d0VukVsUffd_M:&ved=0CAUQjRw&url=http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/2011/10/12/dunia-semakin-menjulang-bahasa-melayu-bagaimana-pula-pemimpin-serta-segelintir-rakyat-malaysia-sendiri/&ei=p57hU7KfNsqiugSe24LwBQ&psig=AFQjCNG1D8Z4-AqxwqX-runuWXF5dC6OJw&ust=1407381058276166

  • 8/18/2019 BAB 2 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    3/14

    Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

    3

    Sudah banyak yang diperkatakan orang tentang sifat istimewa bahasa sastera, dan rasanya

    tidak perlu hal itu disentuh dengan mendalam di sini. Walau bagaimanapun, sebagai dasar

    untuk melihat peranan sastera dalam pembinaan dan penyatuan bahasa Melayu, baik juga

    sifat bahasa sastera itu disebut sepintas kilas.  

    Slametmuljana (1966 : 5 - 9) telah

    merumuskan dua ciri utama bahasa

    sastera. Pertama, setiap kata yang

    digunakan dalam ciptaan sastera ialah

    kata berjiwa, iaitu kata yang

    mengandungi nafas penciptanya.

    Dengan tepat sekali Slametmuljana

    membandingkn kata-kata yang

    terdapat dalam karya sastera dengan kata-kata yang terdapat dalam karya sastera dengan kata-

    kata yang terdapat dalam kamus. Berbeza dengan kata-kata dalam kamus yang berupa bahan

    mentah, kata-kata dalam karya sastera merupakan kata-kata yang terpilih, sesuai dengan

    maksud yang hendak disampaikan oleh pengarang. Dalam hubungan inilah kita mendapati

     bahawa diksi atau pemilihan kata menjadi soal yang penting sekali, baik dalam penciptaan

     prosa mahupun puisi.

    Ciri kedua bahasa sastera yang digariskan oleh Slametmuljana ialah bahawa ikatan ayat ataususunan katanya terasa mengandungi hembusan nafas pengarangnya. Jika buku tatabahasa

    menyajikan ayat-ayat yang berbagai-bagai pola dan jenisnya untuk maksud memperkenalkan

    atau mengajarkannya, maka karya sastera menyajikan pola-pola dan jenis-jenis ayat yang

    tertentu untuk maksud menimbulkan kesan tertentu pada khalayak. Oleh sebab adanya sifat

    istimewa pada bahasa sastera itu, maka timbullah suatu bidang penyelidikan yang diberi

    nama stilistik.

    2.2 SIFAT BAHASA SASTERA

  • 8/18/2019 BAB 2 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    4/14

    Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

    4

    Dalam pada itu, baik juga kita insafi bahawa sifat istimewa bahasa sastera itu tidaklah sampai

    keluar daripada sistem bahasa umum sesuatu masyarakat. Menurut Slametmuljana (1966: 25),

    seni sastera pada hakikatnya adalah bingkisan kata yang dikirimkan oleh seniman tidak dapat

    melepaskan diri daripada bahasa umum semasa berkarya.

    Umar Junus (1971 : 287) memperjelas hakikat tersebut dengan mengatakan bahawa kelainan

    yang ada dalam hasil sastera dengan bahasa biasa bukanlah kelainan sistem, melainkan

     perbezaan pemilihan pola-pola yang ada. Umar Junus dengan keras menolak pengertian gaya

     bahasa sebagai penyimpangan bahasa. Katanya, ”Gaya ialah manipulasi penggunaan bahasa,

     sesuai dengan yang ingin dinyatakan penulisnya, sehingga menimbulkan kesan tertentu

    kepada pembacanya...”  Dalam tulisannya yang lain (Umar Junus, 1980), ia menekankan

    bahawa ”.....manipulasi penggunaan bahasa tidaklah bererti penyimpangan bahasa, iaitu

     suatu pengertian gaya yang biasanya dihubungkan dengan unsur bahasa.....” 

    2.2.1 Peranan Sastera dalam Pembinaan Bahasa Melayu

    Peranan sastera dalam pembinaan bahasa Melayu dapat dilihat daripada sudut:

    (1) Karya sastera sebagai sumber data bagi penyusunan tatabahasa;

    (2) Karya sastera dan pertumbuhan tradisi persuratan;

    (3) 

    Karya sastera sebagai sumber data perkamusan;

    (4) Pengucapan sastera dan retorik;

    (5) Karya sastera sebagai peningkat estetik bahasa;

    1.  Apakah pengertian sastera.

    2.  Jelaskan sifat bahasa sastera yang anda fahami. Berikan contoh-contoh yang

     berkaitan.

  • 8/18/2019 BAB 2 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    5/14

    Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

    5

    (6) Karya sastera sebagai bahan pengajaran dan pemelajaran bahasa.

    2.2.2 Karya Sastera sebagai Sumber Data Penyusunan Tatabahasa

    Walaupun sastera sering dikatakan memiliki tatabahasanya sendiri, iaitu yang disebut oleh

    Slametmuljana (1966 dan 1969) sebagai gramatika stilistika atau yang dikatakan William O.

    Hendricks (1976) sebagai  grammar of style,  namun dengan berdasarkan pada hakikat

     bahawa bahasa sastera itu tetap dalam lingkungan bahasa umum juga, maka karya sastera

    dapat menjadi salah satu sumber data bagi penyusunan tatabahasa.

    Apabila Profesor Asmah Hj. Omar (1978) menyatakan bahawa bahasa Melayu tulisan yang

    ada sekarang ini merupakan lanjutan daripada bahasa kitab Sejarah Melayu yang ditulis

    dalam abjad ke-17 pada zaman Kerajaan Johor, hakikat yang tidak dapat kita tolak ialah

     bahawa Sejarah Melayu sebagai karya sastera memang dapat menjadi sumber penyusunan

    tatabahasa Melayu. Apa yang dimaksudkan

    ialah bahawa pola-pola dasar, yang dalam

    disiplin linguistik digambarkan rumus-rumus,

    yang menerbitkan ayat-ayat dalam Sejarah

    Melayu sampai sekarang masih lagi

    dipertahankan meskipun bentuk dan lenggok

    zahirnya terasa asing oleh kita (Awang

    Sariyan, 1984). Apabila pola-pola itu

    dibandingkan dengan pola-pola dasar yang

    menerbitkan ayat-ayat dalam karya sastera

    moden seperti yang dihasilkan oleh Keris

    Mas dan Anwar Ridhwan, misalnya terlihat suatu kesinambungan pola-pola dasar bahasa

    Melayu. Dalam hal ini, besar sekali peranan sastera sebagai korpus untuk penyusunan

    tatabahasa bahasa Melayu baku.

    Peranan sastera dalam pemantapan tatabahasa bahasa Melayu dengan jelas juga dapat kita

    saksikan apabila kita sedar bahawa antara yang cukup besar jasanya dalam usaha awal

     pembakuan tatabahasa bahasa Melayu di Indonesia termasuklah para sasterawan Balai

    Pustaka, yang secara aktif menghidupkan bahasa Melayu dengan hasil karya-karya mereka

    (Sutan Takdir Alisjahbana, 1971 : 29-30). Tokoh seperti St. Perang Bustami, Nur Sutan

    http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=images&cd=&docid=a-qUCfFZ6KbnHM&tbnid=RqQn3N__uSEGpM:&ved=0CAUQjRw&url=http://dwnsastera.dbp.my/?author=19&ei=c53hU43XDoiMuATB24HoCA&psig=AFQjCNG1D8Z4-AqxwqX-runuWXF5dC6OJw&ust=1407381058276166

  • 8/18/2019 BAB 2 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    6/14

    Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

    6

    Iskandar, Abdoel Moeis, Sutan Pamuntjak, Sanusi Pane, dan St. Takdir Alisjahbana

    merupakan orang yang bertanggungjawab meletakkan batu asas untuk tradisi kesusasteraan

    Melayu baharu di Indonesia (C.A. Mees, 1969 : 10-11). Bahasa yang digunakan mereka itu

     besar sekali pengaruhnya dalam pembinaan bahasa Melayu baku di Indonesia.

    Antara penyusun tatabahasa bahasa Melayu yang jelas memanfaatkan karya sastera

    termasuklah A. A. Fokker dan C. A. Mees. Buku Pengantar Sintaksis Indonesia karangan

    Profesor Dr. A. A. Fokker (1950) merupakan hasil analisis sintaksis atau pembentukan ayat

    yang berdasarkan pada karya sasterawan Angkatan 45.

    2.2.3 Karya Sastera dan Pertumbuhan Tradisi Persuratan

    Sastera diungkapkan melalui media lisan dan juga tulisan. Menurut sejarah, media lisanlah

    yang pertama menjadi wadah sastera. Sehingga sekarang ini tradisi sastera lisan masih

    kelihatan kesan dan pengaruhnya.

    Walau bagaimanapun, sangat terang pada kita bahawa tradisi tulisan atau persuratan yang

    akhirnya menjadi wadah yang dominan dalam pertumbuhan sastera sesuatu bangsa, tidak

    terkecuali sastera Melayu. Proses penciptaan karya sastera sekarang ini lebih bersifat

     penulisan daripada lisan. Bukti yang jelas ialah bahawa puisi atau sajak yang lebih hidup

    apabila dideklamasikan ternyata ditulis terlebih dahulu, kemudian diucapkan.

    Pertumbuhan sastera tertulis memberikan erti yang besar sekali kepada pertumbuhan bahasa.

    Tulisan sebagai lambang ucapan mempunyai erti yang tersendiri dalam kemajuan sesuatu

     bahasa dan kebudayaan manusia.

    Menurut Profesor St. Takdir Alisjahbana:

    ” Pentingnya erti mendapat kepandaian menulis dalam sejarah adalah akibat yang logik

    daripada peristiwa bahawa menulis itu bukanlah semata-mata mencatatkan bahasa

     percakapan, tetapi juga oleh sebab kepandaian menulis itu mengubah kuantiti dan kualiti

    bahasa sebagai alat proses perhubungan dan fikiran manusia, yang memungkinkan

    timbulnya kehidupan tinggi pertama yang pertama dalam sejarah manusia”.

    ( 1981 : 20 )

  • 8/18/2019 BAB 2 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    7/14

    Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

    7

    Dalam hubungannya dengan hakikat tersebut, karya sastera tertulis amat besar peranannya

    dalam menubuhkan tradisi persuratan yang utuh bagi bahasa Melayu. Karya sastera seperti

    Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Tajus Salatin, Bustanus Salatin, Hikayat Raja-raja Pasai,

    Hikayat Aceh, Hikayat Hang Tuah, dan beberapa banyak lagi menjadi dasar bagi bahasa

    Melayu tertulis sekarang ini.

    2.2.4 Karya Sastera sebagai Sumber Data Perkamusan

    Dengan memahami hakikat kamus sebagai rujukan tentang

    kekayaan budaya bangsa melalui bahasa, sudah semestinya

    karya sastera mempunyai peranan yang besar sekali dalam

     penyusunan kamus. Hal ini demikian kerana sastera

    merupakan salah satu sumber kekayaan budaya bangsa juga.

    Budi, perasaan, dan pemikiran masyarakat juga turut terdapat

    dalam karya sastera. 

    Oleh sebab itu, selayaknya karya sastera menjadi salah satu

    sumber data bagi penyusunan kamus, terutama kamus umum.

    Karya sastera bukan hanya dapat menyajikan kata-kata

    sebagai data mentah yang dapat menjadi masukan atau entri kamus, malah yang lebih

     penting ialah penggunaan kata-kata dalam pelbagai konteks dan pengertian khusus.

    Dalam semantik leksikal atau makna kata, kita dapat mengenal adanya metafora

    antropomorfis (sejenis metafora yang menggabungkan benda dengan bahagian tubuh

    manusia, seperti kaki langit), metafora abstraksi  (sejenis metafora yang memberikan sifatuntuk benda konkrit kepada benda abstrak, seperti pengalaman yang pahit). Selain itu, kita

    tahu akan adanya peluasan dan penyempitan makna. Misalnya, kata hidup yang asalnya

    dihubungkan dengan unsur bernyawa dapat juga digunakan untuk unsur yang tidak bernyawa.

    Misalnya, dapat kita katakan lukisan yang hidup. Kata kitab  pula ternyata mengalami

     penyempitan makna, daripada makna ’bahan bacaan’ menjadi ’buku agama sahaja’. Konsep-

    konsep semantik atau makna yang sedemikian itu akan dapat ditemukan penerapannya

    dengan meluas dalam karya sastera.

  • 8/18/2019 BAB 2 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    8/14

    Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

    8

    Demikian juga halnya dengan proses pembentukan kata yang berupa pengimbuhan,

     pengulangan, dan pemajmukan. Bentuk-bentuk kata yang terhasil daripada ketiga-tiga proses

    itu yang dirakamkan dalam kamus dapat ditemukan dengan banyaknya karya sastera.

    Selanjutnya karya sastera dapat pula menjadi sumber ayat contoh yang menggambarkan

    konteks penggunaan sesuatu kata dalam masyarakat.

    Dalam sejarah perkamusan kita, usaha R.J. Wilkinson memasukkan sekian banyak kata

    daripada karya sastera Melayu Klasik dalam kamusnya A Malay-English Dictionary ternyata

    memberikan sumbangan yang amat besar kepada pembinaan bahasa Melayu, khususnya

    daripada sudut etimologi. Kata-kata yang ejaannya menimbulkan kekeliruan dengan mudah

    dapat kita pastikan bentuknya yang betul dengan merujuk kepada kamus tersebut.

     Kamus Umum Indonesia yang disusun oleh Profesor W.J.S. Poerwadarminta yang kemudian

    diperbaharui oleh Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Indonesia pun ternyata

    menjadikan karya sastera sebagai salah satu sumber datanya. Demikianlah juga halnya

    dengan Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

    2.2.5 Pengucapan Sastera dan Retorik

    Salah satu aspek keindahan dan kekuatan sastera ialah aspek bunyi dan pengucapan. Sebuah

     puisi, misalnya lebih meningkatkan kesan apabila diucapkan. Sehingga kini kita sudah

    mempunyai tradisi pengucapan puisi yang mantap dan berkesan. Dapat dirumuskan bahawa

     pengucapan puisi Melayu yang ada sekarang ini bersifat fonemis, iaitu kata-kata yang

    diucapkan sebagaimana yang dieja. Pengucapan puisi yang fonemis sifatnya itu ternyata

    meninggalkan kesan retorik yang kuat.

    Apabila sekarang ini kita berusaha menetapkan sebutan baku, timbul saranan supaya sebutan

     baku itu didasarkan pada prinsip fonemik. Selain beberapa banyak sebab lain mengapa

     prinsip fonemik patut dijadikan dasar sebutan baku, satu sebab yang dapat kita kaitkan

    dengan sifat pengucapan puisi ialah kesan retorik yang timbul daripada pengucapan fonemis

    itu. Walau pun pengucapan kita dalam pidato, syarahan, dan sebagainya tidak sama benar

    dengan pengucapan ketika kita mendeklamasikan puisi, kerana pengucapan puisi harus

    menitikberatkan hal-hal lain seperti pemenggalan, pemanjangan, dan sebagainya, namun

  • 8/18/2019 BAB 2 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    9/14

    Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

    9

    kesan retorik yang timbul daripada pengucapan fonemis itu dapat memperkuat prinsip

    fonemik bagi sebutan baku bahasa Melayu.

    2.2.6 Karya Sastera sebagai Peningkat Estetik Bahasa

    Sesuai dengan sifat istimewa bahasa sastera yang terhasil daripada manipulasi bahasa,

     peranan sastera dalam pembinaan bahasa Melayu dapat juga dilihat daripada sudut

     peningkatan estetik bahasa.

    Karya-karya sastera bukan hanya memaparkan realiti dan menyampaikan amanat semata-

    mata, malahan harus mementingkan teknik penyajian. Dalam hal teknik penyajian itulah

    gaya bahasa memainkan peranan. Isi dan dan bahasa sebagai alat penyampaian isi berpadu

    sehingga gaya bahasa turut menentukan isi.

    Keindahan dalam sastera dapat dilihat pada aspek bunyi, ungkapan, dan ayat. Dalam aspek

     bunyi, karya sastera menampilkan unsur seperti aliterasi, asonasi, dan rima. Dalam hal

    ungkapan, karya sastera memperkaya bahasa dengan metafora, simile, personafikasi,

    hiperbola, dan sebagainya. Dalam hal ayat, pemilihan antara gaya nominal dengan gaya

    verbal, antara ayat mudah dengan ayat majmuk, dan sebagainya mencorakkan bahasa sastera

    menjadi suatu ragam bahasa yang berseni.

    Kepadatan bahasa yang terungkap dalam puisi lama seperti gurindam, seloka, pantun, dan

    syair dan yang terungkap juga dalam sebahagian puisi moden dengan jelas memperlihatkan

    suatu proses penghalusan serta peningkatan estetik bahasa Melayu.

    2.2.7 Karya Sastera sebagai Bahan Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu

    Peranan sastera dalam pembinaan bahasa Melayu dapat juga dilihat daripada sudut

     pendidikan bahasa. Matlamat pendidik bahasa yang utama ialah memberikan kemahiran

     bahasa kepada pelajar supaya dengan adanya kemahiran itu dapatlah pelajar memperoleh

     pengetahuan-pengetahuan lain yang pelbagai. Dalam hubungannya dengan matlamat

    memberikan kemahiran bahasa itu, karya sastera yang terpilih dapat dijadikan bahan

     pengajaran bahasa. Faedah menggunakan karya sastera sebagai salah satu bahan pengajaran

  • 8/18/2019 BAB 2 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    10/14

    Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

    10

     bahasa terletak pada kenyataan bahawa karya sastera menampilkan pengalaman manusia

    sehingga pengajaran bahasa menjadi lebih hidup dan berkesan.

    Di samping itu, bahasa sastera yang baik dan berkesan akan dapat menjadi contoh kepada

     pelajar dalam hal karang-mengarang dan pengutaraan buah fikiran, baik secara mahupun

    tulisan. Guru akan dapat menunjukkan contoh bahasa yang baik dan berkesan daripada karya

    sastera yang terpilih. Murid secara beransur-ansur dapat pula memperkuat rasa bahasa dan

    mempertajam daya kreatif dalam berbahasa.

    Peranan sastera dalam penyatuan bahasa Melayu dapat dilihat dalam dua peringkat, iaitu

     peringkat negara dan peringkat serantau:

    2.3.1 

    Penyatuan di Peringkat Negara

    Jika kita meneliti perkembangan sastera moden di negara ini, akan kita dapati

     bahawa pada umumnya kita hanya mengenal sastera Melayu yang berbahasa Melayu

    umum. Karya-karya sastera kita menggunakan bahasa Melayu umum. Karya-karya

    sastera kita menggunakan bahasa Melayu yang dapat difahami oleh seluruh

    masyarakat pembaca, baik pembaca itu ada di Perlis atau di Johor, di Semenanjung

    atau di Sabah dan di Sarawak.

    2.3 Peranan Sastera dalam Penyatuan Bahasa Melayu

    Huraikan peranan sastera dalam pembinaan bahasa Melayu dengan

    memberikan contoh-contoh yang berkaitan.

  • 8/18/2019 BAB 2 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    11/14

    Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

    11

    Dengan meneliti perkembangan novel Melayu di Malaysia sebagai contoh, kita

    mendapati bahawa bahasa yang digunakan dalam novel Melayu yang pertama, iaitu

     Hikayat Faridah Hanum  (1926) karangan Syed Syeikh Al-Hadi adalah bahasa

    Melayu umum walaupun lenggok bahasanya agak kearaban. Tradisi novel Melayu di

    Malaysia dilanjutkan kemudian oleh penulis-penulis daripada kalangan guru seperti

    Harun Aminurrasyid, Ahmad Bakhtiar dan Abdullah Sidik. Pada tahun-tahun 1950-

    an seperti Ahmad Lufti. Sesudah merdeka, muncul merdeka, muncul Hassan Ali,

    Atan Long, Awang Had Salleh, Arenawati dan Ibrahim Omar. Dalam tahun-tahun

    1960-an, novel Melayu meningkat lebih maju di tangan penulis seperti A. Samad

    Said, Shahnon Ahmad, dan Abdullah Hussein. Dari tahun-tahun 1970-an sehingga

    sekarang, kian banyak novel yang dihasilkan.

    2.3.2  Penyatuan di Peringkat Serantau

    Sejarah perkembangan bahasa Melayu menunjukkan bahawa sejak tradisi tulisan

     bermula, karya-karya sastera Melayu pada dasarnya menggunakan ragam bahasa

    Melayu yang sama, biar di daerah Melayu mana sekalipun, karya tersebut dihasilkan.

    Jika kita menoleh ke zaman silam, dapat kita pastikan bahawa bahasa Melayu

    mempunyai suatu ragam bahasa sastera yang dikenal sebagai ”bahasa hikayat”, atau

    daripada tilikan linguistik sejarah, ragam tersebut diistilahkan sebagai bahasa

    Melayu klasik.

    Hikayat Raja-raja Pasai yang dikarang di Sumatera, Hikayat Aceh yang dikarang di

    Aceh, dan Sejarah Melayu yang disusun di Johor, sebagai contoh telah

    memperlihatkan ragam bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu Klasik, dengan

     perbezaan-perbezaan kecil yang disebabkan oleh faktor zaman karya-karya itu

    dikarang. Banyak lagi karya besar dalam khazanah sastera kita yang terhasil di

    daerah-daerah Melayu yang luas ini dengan menggunakan bahasa Melayu yang

    difahami oleh seluruh masyarakat Melayu. Buah fikiran Hamzah Fansuri melalui

    kitab-kitab tasawuf dan syairnya tetap dapat dihayati di seluruh Alam Melayu

     biarpun Hamzah berkarya di Aceh. Madah Nurudin Al-Raniri, Syamsudin Pasai, dan

    yang lain-lain dapat kita banggakan sebagai madah pujangga orang Melayu

    seluruhnya biarpun karya mereka terhasil di Sumatera.

  • 8/18/2019 BAB 2 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    12/14

    Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

    12

    Peranan sastera dalam penyatuan bahasa Melayu banyak memberikan manfaat kepada

    kita semua. Oleh itu, jelaskan secara terperinci penyatuan peringkat Negara dan di

    peringkat Serantau.

    Dalam perkembangan sekarang, sastera berbahasa Melayu masih tetap

    menyimpulkan tali penyatuan bahasa Melayu se-Nusantara, walaupun ada

    kecenderungan yang memperlihatkan perkembangan sastera Melayu yang menjurus

    kepada sifat-sifat bahasa Melayu setempat.

  • 8/18/2019 BAB 2 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    13/14

    Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

    13

     

    Sastera dengan pengertiannya sebagai hasil kreativiti kebahasaan yang istimewamerupakan salah satu wadah bahasa yang penting.

      Sastera, baik yang tertulis mahupun yang lisan, mempunyai peranan yang besar

    dalam pertumbuhan sesuatu bahasa. 

      Jika bahasa sering diungkapkan sebagai “alat untuk menghasilkan sastera”, maka

    sastera dapat dikatakan sebagai salah satu wadah yang memungkinkan bahasa

     berkembang, maju dan terus hidup. 

     

    Peranan sastera dalam pembinaan bahasa Melayu dapat dilihat daripada sudut

     pembinaan korpus bahasa itu sendiri.

      Dengan tepat sekali Slametmuljana membandingkn kata-kata yang terdapat dalam

    karya sastera dengan kata-kata yang terdapat dalam karya sastera dengan kata-kata

    yang terdapat dalam kamus.

      Berbeza dengan kata-kata dalam kamus yang berupa bahan mentah, kata-kata dalam

    karya sastera merupakan kata-kata yang terpilih, sesuai dengan maksud yang hendak

    disampaikan oleh pengarang. 

      Profesor Asmah Hj. Omar (1978) menyatakan bahawa bahasa Melayu tulisan yang

    ada sekarang ini merupakan lanjutan daripada bahasa kitab Sejarah Melayu yang

    ditulis dalam abjad ke-17 pada zaman Kerajaan Johor, hakikat yang tidak dapat kita

    tolak ialah bahawa Sejarah Melayu sebagai karya sastera memang dapat menjadi

    sumber penyusunan tatabahasa Melayu. 

      Sastera diungkapkan melalui media lisan dan juga tulisan.

      Walau bagaimanapun, sangat terang pada kita bahawa tradisi tulisan atau persuratan

    yang akhirnya menjadi wadah yang dominan dalam pertumbuhan sastera sesuatu bangsa, tidak terkecuali sastera Melayu.

      Proses penciptaan karya sastera sekarang ini lebih bersifat penulisan daripada lisan. 

      Karya sastera bukan hanya dapat menyajikan kata-kata sebagai data mentah yang

    dapat menjadi masukan atau entri kamus, malah yang lebih penting ialah penggunaan

    kata-kata dalam pelbagai konteks dan pengertian khusus.

      Salah satu aspek keindahan dan kekuatan sastera ialah aspek bunyi dan pengucapan. 

  • 8/18/2019 BAB 2 KESUSASTERAAN MELAYU.pdf

    14/14

    Bab 2: Peranan Sastera dalam Pembinaan dan Penyatuan Bahasa Melayu

    14

     _____________. 1986. Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit

    Fajar Bakti.

    Collins, J.T. 1986. Penyusunan Salasilah Bahasa di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan

    Mangantar Simanjuntak. 1987. Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

     Nik Safiah, Farid, Hashim, Abdul Hamid. 1996. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

     Nik Safiah Karim, Farid M. Onn dan Hashim Musa. 1989. Tatabahasa Dewan Jil. 2. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Ramli Md. Salleh, Sanat Md. Nasir dan Noor Ein Mohd. Noor (sunt). 1997. Kamus Linguistik .

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Zulkifliey Hamid, Ramli Md Salleh, Rahim Aman. 2007. Linguistik Melayu Edisi Kedua.

    Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.