52
Falsafah Pendidikan KM • Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia bertujuan untuk menjana minda dan emosi, mengukuhkan jati diri, menyuburkan budaya bangsa dan memupuk sikap berdaya saing ke arah pembinaan insan bestari.

Nota Kesusasteraan Melayu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BM

Citation preview

Page 1: Nota Kesusasteraan Melayu

Falsafah Pendidikan KM• Pendidikan Kesusasteraan Melayu di

Malaysia bertujuan untuk menjana minda dan emosi, mengukuhkan jati diri, menyuburkan budaya bangsa dan memupuk sikap berdaya saing ke arah pembinaan insan bestari.

Page 2: Nota Kesusasteraan Melayu

Matlamat• Melengkapkan murid dengan ilmu sastera

agar dapat menghayati, menghargai, mencintai dan memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya ke arah pemantapan cita rasa sastera di kalangan masyarakat.

Page 3: Nota Kesusasteraan Melayu

Objektif• memahami isi dan menganalisis aspek sastera• mengapresiasi karya sastera melalui aktiviti sastera• menghayati dan menghargai estetik bahasa• menghargai penulis dan karya yang dihasilkannya• memberikan pandangan, menilai karya sastera secara

kritis dan menyuburkan nilai kemanusiaan di samping memupuk semangat cinta akan negara.

• menghasilkan karya sastera yang pelbagai, sesuai dengan kebolehan murid

• memupuk budaya membaca untuk memperkembang dan mengekalkan minat terhadap sastera Melayu.

Page 4: Nota Kesusasteraan Melayu

Kandungan Suk Pelajaran• Kajian teks Prosa dan Puisi

• Prosa Moden - novel, cerpen, drama

• Prosa Tradisional -sastera sejarah, sastera epik, sastera hikayat, sastera rakyat

• Puisi Tradisional - pantun, syair, gurindam dan seloka

• Puisi Moden - sajak

Page 5: Nota Kesusasteraan Melayu

Aspek sastera• Tema dan persoalan, watak dan

perwatakan

• Plot, latar, gaya bahasa, bentuk, nada,

• sudut pandangan, nilai kemanusiaan dan pengajaran

Page 6: Nota Kesusasteraan Melayu

Hasil Pembelajaran• Pengenalan Kesusasteraan Melayu• - definisi, cirri, bentuk, sejarah perkembangan,

peranan kesusasteraan Melayu• Prosa • - definisi, biodata pengarang, aspek sastera,

menghasilkan karya kreatif• Drama• - definisi, biodata, aspek sastera,

menghasilkan skrip drama• Puisi

– definisi, biodata, aspek sastera, menghasilkan dan mempersembahkan puisi

Page 7: Nota Kesusasteraan Melayu

Kemahiran Bernilai Tambah• Kemahiran Berfikir

• Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

• Kemahiran Belajar Cara Belajar

• Kajian Masa Depan

• Kecerdasan Pelbagai

• Pembelajaran Konstruktivisme

• Pembelajaran Konstektual

Page 8: Nota Kesusasteraan Melayu

Sinopsis• Ringkasan cerita

• Gambaran keseluruhan cerita

• Membantu pembaca memahami cerita

• Paku Payung Limau Mandarin

• Pensel Sebatang

Page 9: Nota Kesusasteraan Melayu

Tema• Persoalan pokok atau persoalan utama/

idea dasar, gagasan, fikiran

• Tema hanya satu

• menjadi panduan pengkarya mengumpul, memilih, menyusun bahan

• keadilan, perjuangan, sejarah, kemiskinan, kemanusiaan, kehijauan alam

Page 10: Nota Kesusasteraan Melayu

Persoalan• perkara-perkara kecil dalam karya yg

ada

• hubungan dengan tema

• Persoalan bertujuan mengukuhkan tema

yang diketengahkan

• Dapat dikesan melalui tindakan watak atau

• peristiwa yang berlaku

Page 11: Nota Kesusasteraan Melayu

Watak dan Perwatakan• Sesuatu objek atau pelaku (manusia, haiwan,

tumbuh-tumbuhan) - Watak – Midun, Aku, Ikram,

• mempunyai sifat-sifat tertentu -perangai dan pemikiran

• Perwatakan - Sifat-sifat yg digambarkan pada watak – Lahiriah - bentuk, paras rupa, tingkah laku. Jasmaniah - perasaan, sikap dan pemikiran

• Watak pembantu /watak sampingan - perbezaan dgn watak

• menimbulkan unsur ketegangan/konflik

Page 12: Nota Kesusasteraan Melayu

Watak dan Perwatakan• watak - untuk menyalurkan buah fikiran atau

pandangan hidup penulis• watak digunakan mengembangkan tema /

persoalan/mengubah persekitaran• Watak utama, watak sampingan, antagonis (watak

penyambut - lazimnya nilai negatif), protagonis (watak pemula -biasanya nilai positif), watak hitam, watak putih (baik), watak bulat/bundar - lebih hampir kpd manusia yang ada kelemahan (watak yg dinamis, mengalami perubahan, bersifat kompleks),

• watak pipih (tidak kompleks), tidak berubah) sama dengan watak statik (tidak mengalami perubahan iaitu jahat sejahat-jahatnya),

• watak kodi (nenek kebayan)

Page 13: Nota Kesusasteraan Melayu

Plot– Jalinan peristiwa/ Rentetan peristiwa yg

berasaskan sebab-akibat, – dijalin dgn permulaan, perkembangan,

konflik, puncak dan peleraian– Bukannya jalan cerita

• Jalan cerita -kejadian yang berlaku kerana sebab tertentu, sementara yg menggerakkan kejadian cerita itu adalah plot.

• Teknik plot - Ada imbas muka, imbas kembali, dialog, monolog, monolog dalaman

• Cerpen - hanya ada satu plot• Novel -ada plot utama, plot sampingan

Page 14: Nota Kesusasteraan Melayu

Latar• Keterangan mengenai ruang, Tempat,

suasana terjadi sesuatu peristiwa• Digunakan untuk mengembangkan

watak/perwatakan, tema dan persoalan• Terbahagi tiga• Latar tempat – sek. rendah, hospital, wad

kelas 3• Latar Masa- minggu ke-2 belajar, berlangsung

2 hari• Latar masyarakat – pelbagai bangsa, tak suka

membazir masa

Page 15: Nota Kesusasteraan Melayu

Gaya Bahasa• Cara penggunaan bahasa yang baik,

kreatif untuk menyampaikan tema/ persoalan

• Diksi, bahasa kiasa/perbandingan, pengulangan, lambang

Page 16: Nota Kesusasteraan Melayu

Gaya Bahasa• Diksi - pemilihan kata• Asonansi• Aliterasi• Alusi - tokoh• Simile - gaya bahasa perbandingan jelas• Metafora -bahasa perbandingan atau kiasan,

perahu waktu, laut itulah cermin manusia• Anafora -pengulangan awal baris• Epifora -pengulangan pada akhir baris• Hiperbola/bombastik -berlebih-lebihan• Personafikasi- sifat-sifat manusia

Page 17: Nota Kesusasteraan Melayu

Nilai Kemanusiaan– Amalan atau tingkah laku baik yang ada

pada individu, kumpulan atau masyarakat– Dikemukakan dgn fakta, huraian, contoh– Contohnya - sikap bekerjasama, kasih

sayang, kesabaran, simpati, mengenang jasa

Page 18: Nota Kesusasteraan Melayu

Pengajaran– Nasihat/ bimbingan yg diambil dari karya– Dikesan melalui tindakan watak dan

peristiwa yg terjadi– Dikemukakan dgn fakta, huraian, contoh

Page 19: Nota Kesusasteraan Melayu

Sudut Pandangan• Kedudukan pengarang dalam menyampaikan

cerita• Sudut pandangan orang pertama - pengarang

salah seorang daripada watak - aku, saya• Sudut Pandangan oaring ketiga - berada di luar

cerita, solah-olah serba tahu tentang watak

Page 20: Nota Kesusasteraan Melayu

Bentuk» Susunan unit-unit berirama» Bilangan rangkap» Bilangan baris dalam rangkap» Bilangan suku kata dalam baris» Rima akhir» Rumah baru pak cik saya roboh ke bumi

Page 21: Nota Kesusasteraan Melayu

A. Wahab AliKe Pelabuhan JauhUsia melayarkan kita ke pelabuhan jauhDi atas perahu waktu berlarut peristiwaKita leka dan setahun sekali tersedarBila anak meningkat besar

Menoleh kita ke belakangCantik warna bercorakanApa yang ada tidak disetujuiApa yang enggan dulunya belum tentu

Makin lanjut di laut umurTampak melambai kemesraan zamanUsia masa anak-anak di pelabuhan bertolakBergamitan saying di usia yang bergolak

Besar ertinya waktu dan dayaMenjalani hidupMakin belayar usia ke teluk tempat berlabuhMakin cahaya menghubungi rohMakin belayar usia ke teluk tempat berlabuhTerasa dunia begitu rapuh

Page 22: Nota Kesusasteraan Melayu

Citra Masyarakat

• Masyarakat yg berpegang kuat pd animisme

• Tidak yakin kpd perubatan moden

• Mengamalkan upacara memuja roh

• Mengamalkan pantang larang

• Menghormati tetamu

• Mementingkan tradisi bangsa

Page 23: Nota Kesusasteraan Melayu

DharmawijayaDi Titian KembaraBening pagi yang menitiDi bayang pandangmuMengukir tafsir imbauan waktuKupinta Dada setiamu tetap bersedia Mendepani lembah lurah titian kembaraGementar senja yang tibaDi lelah langkahmuMenduga rasa keringat dukaKupinta Cekal citamu berbulan bintang Membuang bimbang ke hujung kenangSuram malam yang terpendamDi tafakur tidurmuMenanti mentari titipan mayaKupinta Mimpi baktimu tiadakan rela Menatang kehidupan berbunga hampa

Page 24: Nota Kesusasteraan Melayu

PantunBakar gaharu di tengah halaman

Asamkan karat si pisau raut

Kalau berguru salah pedoman

Sesat di darat karam di laut

Hijau rumput di tepian mandi

Kembang berseri bungan senduduk

Elok diturut resmi padi

Semakin berisi semakin tunduk

Tikar pucuk tikar mengkuang

Alas nikah raja Melayu

Ikan busuk jangan dibuang

Buat perencah si daun kayu

Page 25: Nota Kesusasteraan Melayu

Titisan darah di Tanah IndahMoyang kami yang papa mesra berbudi bahasaMati terantai kakinya, tercelik hampa matanyaTanah pusakanya indah subur merataUntuk kita warisnya-penyambung cerita .Untaian masa bertunda memucatkan warna mukaUlangan cahaya bahagia menjelma tiada ke guaKami masih berbahasa masih berbudi jugaSedang tangan raksasa mencekik bengis mangsanya.Dalam taman hak kami berkembang puspa yang wangiAneka ragam jenisnya menghiasi persada BundaBiar bersatu segalanya erat berpadu sejiwaBiar semerbak baunya mengharumi seluruh benua!Kami berbudi bahasa penuh ikhlas di dadaTiada rela berjela cerita neraka selaksaKami berbudi bahasa mesra hati asasnyaSiapa sahaja durhaka kami ancam nyawanya!Dalam taman hak kami berkembangan puspa yang wangiSegar sihatlah puspa jernih tenang warnanyaDalam taman hak kami berkembangan puspa yang suciRumput liar bernoda kami ragut akarnyaMoyang kami yang papa mati terantai kakinyaKami titisan darahnya pelebur cengkaman rantainyaMoyang kami yang mesra tercelik hampa matintaKami titisan darahnya pencurah bahagia ke matanya!

Page 26: Nota Kesusasteraan Melayu

“ Aku tak memaksa. Cuma aku akan sedia mendengar. Mungkin bila aku tahu lebih sikit, dapat jugak aku melapik kata dalam tugas Jabatan atau arahan-arahan rasmi aku masa depan. Maklumlah, kau tak punya pilihan lagi kecuali berhadapan dengan dia dalam tugas-tugas seharian, begitu juga aku.” Suara biola yang gemersik tadi perlahan mati lalu diganti dengan nada yang punya authority. Perkataan Jalil benar-benar telah menjerat Ikram. Terkapai-kapai perasaannya disimpai oleh jerat yang begitu mahir dilontar oleh sang pemburu. Jerat menjerut kemas. Ikram berasa dirinya seumpama kerak dan suara biola itu umpama air.

Page 27: Nota Kesusasteraan Melayu
Page 28: Nota Kesusasteraan Melayu

Gaya Bahasa

• Pemilihan kata (Bahasa daerah, bahasa kolokial)

• Penggunaan ayat (Ayat panjang atau ayat pendek)

• Penggunaan puisi atau peribahasa

• Penggunaan dialog

• Penggunaan bahasa Inggeris. Contoh

Page 29: Nota Kesusasteraan Melayu

Gaya Bahasa

• Penggunaan ayat panjang. Contoh terkapai-kapai perasaannya…

• Penggunaan Dialog. Contoh “aku tak memaksa.

• Kata ganda. Contoh, arahan-arahan

• Unsur simile. Contoh,

Page 30: Nota Kesusasteraan Melayu

Gaya Bahasa

• Unsur personafikasi. Contoh, perkataan Jalil benar-benar……

• Unsur sinkof. Contoh, tak

• Anafora

• Kurasa diriku terlalu kecil

• Kurasa ibadatku terlalu nipis

Page 31: Nota Kesusasteraan Melayu

Gaya Bahasa

• Epifora• Tapi bukan mati sebenar mati• Kerana tiada mati sebelum mati• Simplok• Usia yang panjang• Rezeki yang murah• Bahasa kalasik• Pawana

Page 32: Nota Kesusasteraan Melayu

Gaya Bahasa

• Perulangan baris• Bangkitlah bangkit• Inversi• Ayuhai kaum di Malaya negeri• Perlambangan• Buah lebat• Perbandingan terus• Hujan dan panas adalah muzik setia

Page 33: Nota Kesusasteraan Melayu

Gaya Bahasa

• Pengulangan kata• Begini ya begini tragedi di bumi• Bahasa asing• Paradoks• Jiwamu tewas dengan wanita• Unsur prosaik• Kalau tuan kena, apa rasa?• Unsur Alusi• Pendekar dipimpin Maharajalela• Onomatope• Murai berkicau bersayu-sayu

Page 34: Nota Kesusasteraan Melayu

Unsur Bunyi

• Asonansi• Aliterasi• Pengulangan kalimat bunyi• Dagang datang berlagak mahir• Pengulangan imbuhan• Kibarkan panji hunuskan keris• Rima akhir• abab

Page 35: Nota Kesusasteraan Melayu

Teknik Penulisan

• Teknik pemerian

• Teknik dialog

• Teknik monolog

• Teknik imbas kembali

• Teknik imbas muka

• Teknik suspens

Page 36: Nota Kesusasteraan Melayu

Teknik Penulisan

• Teknik pemerian. Contoh, Ikram berasa dirinya seumpama kerak dan suara biola itu umpama air

• Teknik dialog, contoh,….

• Teknik monolog. Contoh, Ikram berasa dirinya…

Page 37: Nota Kesusasteraan Melayu

Pendekatan Menganalisis• Semua bahan Kesusasteraan Melayu

akan dianalisis terlebih dahulu sebelum diberikan kpd pelajar

• Pendekatan hakiki – meninjau karya dari sudut penciptaannya

• Pendekatan pengajaran – mengutamakan cara bagaimana karya sastera disampaikan kpd pelajarnya.

Page 38: Nota Kesusasteraan Melayu

Pendekatan Sejarah• Ia berlandaskan sejarah• Pentingkan periodasi dlm perkembangan

kesusasteraan yg melibatkan ketamadunan• Pada setiap perkembangan, dicari keistimewaan

setiap genre• Ia penting utk menilai karya• Beri peluang kpd pelajar membuat perbandingan

dari segi struktur, masyarakat dan psikologi• Juga memahami nilai-nilai hidup yg diamalkan

setiap generasi• Ia membantu satu pembentukan peribadi yang

sihat dan opti,is dalam kehidupan seseorang itu

Page 39: Nota Kesusasteraan Melayu

Pendekatan Sejarah• Hikayat Seribu Satu Malam

• Sejarah Melayu – Sulalatus Salatin ialah Sastera sejarah –

• Asal-usul raja Melayu

• Pembukaan Singapura dan Melaka

• Penyebaran ugama Islam

• Hang Tuah

Page 40: Nota Kesusasteraan Melayu

Pendekatan Sejarah

Page 41: Nota Kesusasteraan Melayu

Pendekatan Sejarah• Hikayat Raja-Raja Pasai

• Hikayar Misa Melayu

• Hikayat Merong Mahawangsa

• Hikayat Aceh

Page 42: Nota Kesusasteraan Melayu

Pendekatan Sosiologi• Popular di kalangan pengkritik yg melihat

hasil kesusasteraan sebagai refleksi masyarakat

• Hasil kesusasteraan dianggap mempamerkan keadaan sesuatu zaman

• Tiga aspek yg dikaji ialah sosiologi pengarang, masalah sosial, masalah audien

Page 43: Nota Kesusasteraan Melayu

Pendekatan Sosiologi• Sosiologi sosial seperti profesion, ekonomi,

status pengarang dlm masyarakat• Ideologi sosial seperti kegiatannya dalam

pertubuhan• Masalah isu sosial, implikasi dan tujuan sosial

karya itu sendiri• Masalah audien dan pengaruh kesusasteraan

dlm kalangan mskt• Hasil kesusasteraan digunakan utk mengetahui

nilai hisup, sikap dan tingkah laku masyarakat

Page 44: Nota Kesusasteraan Melayu

Pendekatan Sosiologi• Novel Salina – Karya A. Samad Said• Anak Mat Lela Gila- Pak Sako• Shit- Shahnon Ahmad• Panglima Awang – Harun Aminrrashid• Salah Asuhan – Abdul Muis• Siti Nurbaya – Marah Rusli• Atheis – Achdiat K. Miharja• Keluarga Gerilya• Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk• Pak Utih

Page 45: Nota Kesusasteraan Melayu

Pendekatan Antropologi• Menekankan aspek estetika kesusasteraan

secara menyeluruh• Aspek-aspek budaya tertentu yg menonjol perlu

dibincangkan secara khusus• Kesusasteraan dihasilkan oleh individu sebagai

ahli masyarakat. Oleh itu, semua karya terbelenggu dlm rangka budaya masyarakat

• Kesusasteraan dianggap mengandungi berbagai-bagai aspek budaya. Jadi pengarang, mempunyai aspirasi dan visi tersendiri

• Pendekatan ini bersifat interdisiplin namun budaya tetap menjadi kayu pengukur utama

Page 46: Nota Kesusasteraan Melayu

Pendekatan Psikologi• Memusatkan perhatian kpd manusia yang

mencipta• Menggunakan berbagai-bagai teori ilmu jiwa utk

mengkaji tingkah laku manusia melalui konflik watak

• Karya pengarang dibaca utk mengetahui sikap pengarang terhadap sesuatu persoalan, apakah motif yg kerap kali timbul dalam karyanya

• Apakah anasir yg mendorongnya mencipta karya

• Ahli psikolgi spt Sigmund Freud, Adler

Page 47: Nota Kesusasteraan Melayu

Pendekatan Psikologi• Dlm konteks kesusasteraan moden,

manusia digambarkan menghadapi berbagai-bagai masalah hidup yg menekan seluruh jiwanya,

• Timbul konflik nilai

• Karya kesusasteraan dianggap sebagai cetusan hati nurani manusia (pengarang) yg diwarnai elemen abstrak, emosi dan pengalaman diri, keluarga dan masyarakat

Page 48: Nota Kesusasteraan Melayu

Pendekatan Psikologi• Dengan memahami aspek psikologi, para

pelajar akan mudah menghayati karya tersebut dgn lebih mendalam terutama dari aspek penciptaan, watak/perwatakan dan kesannya kpd audien dan sebab-musabab mengapa cerita itu diolah sedemikian rupa.

Page 49: Nota Kesusasteraan Melayu

Pendekatan Biografi• Membicarakan tentang riwayat hidup dan

pengalaman diri sejak dilahirkan hingga meninggal

• Menceritakan peristiwa yg dialami seseorang dan pengalamannya dinukilkan

• Mementingkan fakta yang tepat dan diolah supaya menarik minat pembaca

• Rasa jijik, mual, simpati, benci, syang, seronok• Riwayat hidup seseorang pengarang juga

diambil kira dan pengetahuan terhadap diri pengarang menolong pengkritik membuat tafsiran lebih bermakna

• Memoir Seorang Dekan…

Page 50: Nota Kesusasteraan Melayu

Pendekatan Biografi• Hasil kesusasteraan yang bernilai dan

baik dipancarkan oleh penulis yang riwayat hidupnya juga baik

Page 51: Nota Kesusasteraan Melayu

Pendekatan Deduktif• Melihat sesuatu itu secara menyeluruh

dahulu, kemudian membuat perincian terhadap bahagian-bahagian itu

• Guru-guru membuat generalisasi, menerangkan maksud, memberikan peraturan dan definisi pada awal langkah pengajaran

Page 52: Nota Kesusasteraan Melayu

Pendekatan Induktif• Melihat ciri-ciri sesuatu sebelum membuat satu

generalisasi. Ia menggunakan kaedah pencarian (discovery) iaitu melihat, meneliti, menganalisis sesuatu pada awalnya kemudian membuat kesimpulan

• Guru tidak digalakkan memberi definisi, isi kandungan keseluruhan pelajaran

• Guru boleh mengemukakan soalan-soalan, berbincang, memerhati

• Cari seberapa banyak maklumat tentang watak utama kemudian baharulah dibuat kesimpulan terhadap watak